👨🔬 Nak rahsia anak berjaya? 👩🔬
Salah satu rahsia anak hebat dan berjaya adalah bila kita :
👉 Jadikan BUKU sebagai Family Culture
❌ Beli buku sekolah semata
❌ Beli buku cikgu suruh beli je
✅ Buat tabung untuk beli buku
✅ Ada mini library dalam rumah
✅ Pergi pesta buku sekeluarga setiap tahun
Dah tahu ni terus buat boleh? Cuma anak-anak yang masih ketagih hp tu kalau boleh kurangkan ketagihan dia ya
Sebab anak yang ketagih hp ni memang susah nak fokus baca buku. Dia akan jadi cepat bosan dan cepat mengantuk
#notaparentingTaufiqRazif
😑 Anak taknak berdikari? 😑
Saya faham sangat bila kita terlalu sayang ni kadang tak sampai hati nak minta anak buat itu ini
Cuma memang itu je cara supaya nak anak kita berdikari iaitu kita kena :
👉 Elakkan jadi Helicopter Parents
❌ Terlalu Overprotective
❌ Terlalu Micromanage anak
❌ Tak boleh tengok anak susah
❌ Buat semua benda untuk anak
It's ok untuk kadang kadang bagi anak susah.
Memang anak kena tahu realiti hidup supaya dia boleh bertahan andai kata kita tak ada lagi di sisi mereka suatu hari nanti. Sebak.
#notaparentingTaufiqRazif
🤷♀️ Mak mak semua tidur berapa jam sehari? 🤷♀️
Hati-hati kalau ada 5 tanda ni :
i. Mudah melenting
ii. Asyik menguap
iii. Rasa letih satu badan
iv. Susah fokus buat sesuatu
v. Rasa hanyut je
Ni antara tanda-tanda mak mak semua tengah ada Sleep Debt yang banyak
Sleep debt ni mesti :
⚠️ Dibayar
⚠️ Dilunaskan
⚠️ Ditunaikan
p/s : Jangan segan segan untuk rehatkan diri sendiri 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Anak terlampau baik? 😭
Hati-hati juga bila anak kita tu terlampau "baik"
❌ Tak pernah luah apa apa
❌ Tak pernah menangis
❌ Terlampau jaga hati kita
Boleh jadi anak kita tersebut sedang jadi People Pleaser
Anak yang jadi People Pleaser ni dia fokus untuk gembirakan orang lain semata sampai dia hilang diri dia 😭
Sebab tu kadang biarlah anak kita express emosi dia sekali sekala sebab itu bermakna dia masih ada emosi untuk diri dia sendiri. Sebak.
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Rasa bersalah pada anak? 🥵
Mak ayah yang terlampau sibuk bekerja biasanya memang ada rasa bersalah yang mendalam pada anak anaknya
Sebab tu lah mereka selalunya terlanjur amalkan Guilt Ridden Parenting
Contoh Guilt Ridden Parenting :
⚠️ Tunaikan semua yg anak nak
⚠️ Tak sanggup tolak permintaan anak
⚠️ Beli mainan terlampau banyak
⚠️ Habiskan duit untuk puaskan hati anak
It's okay kalau dah terlanjur amalkan. Asalkan kita aware & bersederhana lepasni, boleh? Demi masa depan anak anak kita juga 😊👌
#notaparentingTaufiqRazif
🥶 Taknak anak lembik? 🥶
Salah satu cara terbaik untuk jadikan anak tak lembik adalah :
👉 Kurangkan buat Lawn-Mower Parenting
Contoh Lawnmower Parenting :
❌ Terlampau bantu anak
❌ Bantu anak 24 jam sehari
❌ Terlampau Overprotective
❌ Tak boleh tengok anak susah langsung!
Kadangkala kita kena latih anak rasa susah juga supaya dia berdikari & boleh survive bila kita tak ada di sisi dia suatu hari nanti 😊
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Risau anak berubah dengan tiba-tiba? 😭
Antara ilmu psikologi yang mak ayah semua kena tahu tentang anak adalah anak kita ni :
⚠️ Sangat mudah terpengaruh dengan environment & surroundings dia
Kesilapan terbesar mak ayah adalah bila pilih environment yang buatkan anak kita mudah rosak bila :
❌ Salah pilih sekolah
❌ Salah pilih tempat asuhan
❌ Salah pilih kejiranan
❌ Salah pilih tempat tinggal
Kalau dah tersalah pilih, it's ok. Asalkan kita terima kesalahan kita dan kita sama sama berusaha baikinya
Dan pastikan pasangan pun tahu hal ni ya sebab ianya tanggungjawab dia juga dan supaya sama sama boleh fikirkan jalan keluar bersama-sama
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Trauma anak pertama? 😫
Jangan pelik kalau ada mak mak sampai jadi terselit rasa 'benci & tak suka' pada anak pertamanya
Ianya bukan salah si ibu‼️
Kebanyakan datang daripada :
😭 Trauma kelahiran pertama
😭 Amat keliru dengan situasi
😭 Tak tahu nak rujuk siapa
😭 Trauma emosi & jiwa
😭 Tak ada support yang baik
It's ok mak mak semua
Mungkin sudah sampai masanya untuk :
🌿 Berdamai dengan diri sendiri
🌿 Berdamai & maafkan anak
🌿 Berdamai dengan takdir
🌿 Berdamai dengan Pemberi ujian iaitu Pencipta kita sendiri
p/s : Dapat sesuatu yang sangat berharga pada hari ini?
#notaparentingTaufiqRazif
😱 Taknak anak jatuh sakit tiba-tiba tanpa sebab? 😱
Memang ada keadaan seorang anak boleh jatuh sakit tiba-tiba tanpa sebab yang jelas
👉 Boleh jadi anak tersebut terkena penyakit 'Ain
Penyakit `Ain ni biasanya datang bila anak tersebut dipuji tanpa disertakan dengan doa kepada Allah
Paling dasyat ianya boleh datang daripada keluarga terdekat sendiri seperti :
😰 Atuk nenek
😰 Adik beradik
😰 Saudara mara
😱 Mak ayah anak tu sendiri!
Memang penyakit ni belum ada dalam ilmu Sains moden tapi ianya ada dalam Hadis Nabi Muhammad SAW
Memang susah nak elak 'Ain ni kecuali dengan amalkan doa yang baginda Nabi Muhammad SAW ajar ini :
“أَعُوذُ بكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِن كُلِّ شيطَانٍ وهَامَّةٍ، ومِنْ كُلِّ عَيْنٍ” لَامَّةٍ”
Maksudnya:
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan, binatang berbisa dan setiap pandangan mata yang jahat.”
p/s : Doakanlah anak anakmu wahai ibu. Jangan risau, doa daripada seorang ibu sangat mustajab buat anak anaknya sendiri ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
😒 Taknak anak yang tak reti bersyukur? 😒
Anak ni bila kita tak ajar dia untuk bersyukur dia akan mudah :
⛔ Merungut
⛔ Banding-bandingkan
⛔ Nak lebih lagi
⛔ Selalu rasa tak cukup
⛔ Tak pandai hargai penat lelah orang lain
Sebab tu lah saya sendiri jadikan rutin anak anak untuk sebut 3 perkataan ni :
i. "Terima kasih Allah"
ii. "Terima kasih Ummi"
iii. "Terima kasih Abi"
Dan saya pun akan selalu sebut perkataan terima kasih ni pada anak anak bila dia dah tolong saya buat sesuatu
Jom mulai harini jadikan perkataan ni sebagai Family Culture kita semua boleh? 😉👌
#notaparentingTaufiqRazif
😞 Taknak gelisah? 😔
Kadang bila lama sangat jaga anak di rumah ni rasa tepu dan gelisah tu boleh datang tanpa sebab
Sebab itulah saya sangat sarankan mak mak semua untuk :
👉 Lakukan Forest Bathing
Forest Bathing ni adalah :
🌿 Nikmati pemandangan hutan
🌿 Nikmati bunyi-bunyian hutan
🌿 Perhati pokok-pokok di hutan
🌿 Rasakan kesegaran udara hutan
Antara kesan baik Forest Bathing ni adalah :
〽️ Kurangkan rasa gelisah
〽️ Kurangkan stress
〽️ Kurangkan kemarahan
〽️ Kurangkan simptom kemurungan
Dah tahu ni cuba terus harini atau esok ya 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😫 Taknak anak rosak? 😫
Sekarang ni anak boleh rosak dalam sekelip mata sebab di zaman digital ni semuanya di hujung jari je
Sebab tu mak ayah kena belajar untuk :
👉 Pantau digital playlist anak
◻️ Lagu dia suka dengar
◻️ Konten dia suka follow
◻️ Influencer dia suka tengok
◻️ Game anak selalu main
◻️ Apps yang anak download
◻️ Senarai filem anak suka tonton
Benda ni nampak kecil tapi impaknya sangat besar pada karakter dan dalaman seorang anak 🚨
We are what we watch
We are what we eat
We are what we consume
#notaparentingTaufiqRazif
😩Taknak anak memberontak?😩
Memang akan ada fasa dalam hidup anak remaja ni dia akan bersikap sedikit rebellious
Sebab tu lah bila anak dah masuk fasa remaja ni kita kena :
👉 Bagi sedikit Autonomy pada anak kita
Antaranya :
❌ Jangan terlalu Perfectionist
❌ Jangan terlalu kongkong dia
❌ Jangan ugut-ugut dia dah
✅ Cuba dengar suara hati dia
✅ Ajar dia buat keputusan sendiri
✅ Guide anak remaja buat keputusan hidup dia
Jangan lepaskan 100% juga sebab kita masih bertanggungjawab didik anak kita sampai bila-bila cuma bersederhanalah dalam mendidik mereka 😊👌
#notaparentingTaufiqRazif
Standby semua ‼️
Saya nak bagi Duit Raya pada 100 orang Keluarga Besar Telegram Nota Parenting di sini.
Saya akan bagi secara random je. Bergantung pada rezeki masing masing ❤️
Standby di sini semua 🎉
😩 Tak suka anak kasar? 😩
Anak akan jadi kasar disebabkan oleh 2 benda :
1. Temperament dia
2. Keaktifan reptile brain dia
Yang bab temperament tu kita tak boleh nak buat apa dah.
Tapi yang bab reptile brain jadi aktif dan dominan tu kita boleh ubah
Caranya adalah :
❌ Jangan cubit anak
❌ Kurangkan tengking anak
✅ Banyakkan peluk anak
✅ Banyakkan usap kepala anak
✅ Turunkan sikit nada suara
Dah dapat ilmu ni terus buat pada anak anak ya
#notaparentingTaufiqRazif
Happy Birthday to me 🎂
Satu je saya minta untuk Harijadi saya ni. Saya nak sangat Allah ketemukan kita semua Keluarga Besar Telegram ni semua di syurgaNya kelak. Amin amin 🤲
- Dr Taufiq Razif -
😫 Penat banyak kerja? 😩
Kadang kadang penat sebab banyak buat kerja ni bukan penat fizikal & penat badan semata tetapi boleh jadi juga :
👉 Sebab penat mental (Mental Exhaustion)
Bila dah ada Mental Exhaustion ni kita kena :
Biarkan je ❌
Pendam sendiri je ❌
Cari masa buat Mental Rest ✅
Mula susun balik masa ✅
Mula belajar delegate tugas ✅
Mula susun balik priority ✅
Dah tahu ni terus amalkan tau. Tapi kalau belum faham, teruskan belajar Telegram kita ni. Nanti perlahan-lahan akan faham, insyaAllah ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🧐 Selalu tak ngam dengan anak sulung? 🧐
Bila asyik rasa tak ngam dengan anak sulung, boleh jadi sebab 2 benda ni :
1. Power struggle
2. Trauma lama
Sebab tu lah bila dengan anak sulung ni kita kena :
Tunjuk siapa boss ❌
Kena kawal dia ketat ketat ❌
Maafkan anak selalu ✅
Kadang bagi dia buat keputusan sendiri ✅
Nak didik anak sulung memang ada cabaran tersendiri sebab terkadang kita nampak "diri kita" di dalam diri anak sulung tanpa kita sedari 😳
#notaparentingTaufiqRazif
😎 Nak anak pandai berfikir? 😎
Kalau nak anak kita bijak dan pandai berfikir cuba jangan buat 3 benda ni :
❌ Nak anak taat membuta tuli
❌ Disiplinkan terlampau keras
❌ Hukum & larang anak tanpa bagitahu sebab
Dan cuba buat benda ni :
✅ Banyakkan guna SOALAN bila anak buat silap. Contoh :
" Agak agak betul ke cara Angah buat tu? "
Bila kita buat benda ni semua kita sedang kuatkan Otak Logik & Reasoning anak kita. Dah tahu terus amalkan tau 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😔 Serabut anak asyik jerit? 😣
Bila telinga tiba-tiba jadi sensitif dengan suara anak-anak yang riuh, boleh jadi sebab dua benda ni :
1. Overstimulated
2. Overwhelmed
Bila dah jadi macam tu :
Terus cubit anak ❌
Jerit balik pada anak ❌
Pause sekejap ✅
Masuk bilik sekejap ✅
Letak hp sekejap ✅
Minta suami jaga anak sekejap ✅
Dah tahu ni terus amalkan boleh? 😊
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Taknak anak takut kita? 😭
Sampai satu masa kita akan faham bahawa kita nak anak kita RESPECT kita dibandingkan TAKUT kepada kita
Tanda anak terlampau TAKUT mak ayahnya :
- rasa cemas melampau
- terlalu takut buat silap
- suka bohong
- suka sembunyikan masalah
- banyak diam & suka pendam
Tanda anak RESPECT mak ayahnya :
- dia rasa terinspirasi selalu
- anak tak banyak protes
- anak mudah dengar cakap
- anak suka meluah & bercerita
- dia fahami apa yang mak ayahnya suka & tidak suka
Salah satu rahsia RESPECT adalah disiplinkan anak dengan cara KINDNESS.
Ada masa nanti saya share lagi ya, insyaAllah 🎉
#notaparentingTaufiqRazif
😎 Taknak anak jadi terlalu Perfectionist? 😎
Perfectionism ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja tapi kebanyakannya adalah anak sulung
👨🎓 Nak semua sempurna!
👨🎓 Mudah stress bila tersilap
👨🎓 Terlalu ikut jadual
👨🎓 Terlalu banyak fikir
👨🎓 Sangat takut buat silap
Kalau ada anak yang Perfectionist macam ni, kenalah :
Marah dia buat silap ❌
Galakkan dia buat silap ✅
Jangan tekan dia sangat ✅
Ajar dia bertenang bila jadual atau plan asal tiba-tiba berubah ✅
Ilmu mahal ni tau. Dah tahu terus amalkan 😉
#notaparentingTaufiqRazif
Claim cepat‼️
Duit raya ni saya bagi secara random je pada 100 orang.
Jadi ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit. Bergantung pada rezeki masing masing ❤️
Yang tak dapat duit raya kali ni jangan risau. Just tunggu je di Telegram saya ni pukul 9 pagi setiap hari ( saya pun memang update ilmu baru di sini setiap hari pukul 9 pagi )
Mana la tahu nanti saya nak kongsi rezeki lagi kan pada anda semua 🤫
Selamat Hari Raya semua 🎉
😔 Taknak anak rasa rendah diri? 😔
Anak biasanya tak kisah dirinya comot hinggalah dia mula nak masuk umur awal remaja
Masa tu dia mula ada "body consciousness" iaitu dia jadi sedar tentang badan dia dan kritikan orang pada tubuh badan dia
Sebab tu lah mak ayah kena :
👉 Ajar tentang Body Confidence pada anak-anak
🕺 Ajar anak hargai keunikan
🕺 Ajar anak rasa syukur
🕺 Bagitahu dirinya cantik
🕺 Ajar anak definisi kecantikan yang sebenar
🕺 Bagitahu dia ciptaan Allah yang terbaik
Dunia di sekeliling anak kita boleh menerimanya sepenuh hati ketika mana anak kita belajar untuk menerima dirinya sendiri ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
😔 Taknak anak lapar perhatian orang lain? 😔
Bila anak tak dapat 'connection' daripada mak ayah memang dia akan cuba cari 'connection' daripada orang luar
Sebab tu mak ayah kena cuba 'connect' dengan anak dengan 3 cara ini :
1. Bagi dia rasa dia special
2. Isi tangki emosi dia
3. Curi masa untuk dating berdua dengan anak
Lama kelamaan nanti kita akan faham anak kita bukannya attention-seeker tapi dia cuma connection-seeker 😉👌
#notaparentingTaufiqRazif
😡 Taknak anak tengking? 😡
3 hal yang buat anak jadi suka tengking-tengking adiknya :
1. Temperament dia
2. Terikut cara mak ayah
3. Reptile brain jadi dominan
Yang no 1 dan no 3 kita dah belajar sebelum ni kan.
So untuk no 2 tu kita kena didik anak balik dengan :
i. Ubah diri kita sedikit demi sedikit
ii. Ajar anak 'cara marah' dan 'cara luah emosi' yang betul
Bagitahu anak it's okay untuk :
😡 Marah
😡 Geram
😡 Tak suka
Tapi tetap kena jaga
🌿 Nada suara
🌿 Perasaan orang lain
🌿 Akhlak kita
#notaparentingTaufiqRazif
😩 Penat tak hilang hilang? 😫
Bila penat tak hilang-hilang ni memang kesian juga pada anak-anak sebab kita akan jadi :
🔥 Mudah marah
🔥 Mudah bebel
🔥 Mudah tunjuk wajah stress depan anak
Ada kemungkinan besar penat tu tak hilang walaupun dah berehat sebab penat yang dialami tu adalah sejenis Emotional Exhaustion
Emotional Exhaustion ni kalau lama lama kelamaan dia akan jadi Emotional Burnout
Bila burnout tu lah mak ayah akan jadi :
❌ Tak semangat dengan hidup
❌ Rasa tak berguna
❌ Rasa tak minat dengan semua benda dah
Berita baiknya adalah semua perubahan bermula dengan ILMU. Slow slow kita akan belajar ILMU urus tekanan & penat emosi bersama sama di sini ya 😉👌
#notaparentingTaufiqRazif
Duit Raya untuk 100 orang‼️
Claim cepat-cepat. Duit Raya ni saya bagi secara random pada 100 orang tercepat.
Yang tak dapat jangan risau. Standby je setiap hari pukul 9 pagi di sini. ( saya memang update ilmu baru hampir setiap hari pukul 9 pagi )
Sambil sambil dapat ilmu tentang mendidiik anak, Self Care dan ilmu keluarga bahagia mana la tahu tiba-tiba saya bagi Duit Raya lagi kan 🎉
#DuitRaya
#kongsiRezeki
😩 Tak suka anak kacau? 😩
Anak suka kacau mak ayahnya biasanya disebabkan 2 hal :
1. Unmet needs
2. Connection-seeking
Yang Unmet Needs kita kena caritahu apa keperluan dia yang belum terpenuhi.
Yang isu conection-seeking tu pula kita kena :
❌ Jangan main hp depan anak
❌ Jangan tak pedulikan anak
✅ Penuhkan tangki emosi anak
✅ Banyakkan tatap mata anak
✅ Bagi masa 15 minit untuk fokus main dengan anak
Dah tahu ilmu ni terus je amal harini ya
#notaparentingTaufiqRazif
😩 Penat sangat? 😩
Sebelum nak 'Me Time' untuk recharge balik tenaga tu kena tahu dulu ilmu 'Me Time'
Me Time ni ada 2 jenis :
1. Internal Me Time
2. External Me Time
Me Time ni tak semestinya kena terperuk dalam bilik ataupun jalan ke Mall sorang sorang
Ada orang kadangkala Me Time dia kena ajak kawan-kawan untuk keluar sebab dia jenis suka External Me Time
Ada orang memang dia suka layan fikiran & diri dia sendiri contohnya makan sorang sorang aiskrim dalam kereta atau ke pantai sorang sorang sebab dia jenis yang suka Internal Me Time
So nak buat Me Time yang mana mana pun okay je asalkan lepas dah Me Time tu badan dan emosi jadi recharged balik 🥰👌
#notaparentingTaufiqRazif