😰 Anak terlampau garang? 😰
Ada masanya anak kita jadi terlampau garang pada adik beradiknya walaupun dia anak yang baik je.
Ni 5 pantang kita kena elakkan supaya anak jadi lebih lemah lembut & lebih penyabar :
❌ Tak bagi main luar rumah
❌ Banyak sangat hukum dia
❌ Tak bagi dia luah perasaan
❌ Selalu moody dengan dia
❌ Banyak sangat bagi anak tengok TV & hp
InsyaAllah bila elakkan 5 pantang yang saya sebut di atas kita boleh tengok perubahan anak perlahan-lahan. Bagi dia masa ya. Boleh? ☺️
#notaparentingTaufiqRazif
🤓 Nak anak IQ tinggi? 🤓
Kalau nak anak IQ tinggi tolong buat 2 perkara ni :
1. Kurangkan bagi anak makan jajan & processed food
2. Banyakkan bagi anak makan ikan 🐟
Memang ada kajian bahawa anak yang selalu makan ikan ni IQ nya lebih tinggi daripada anak yang tak pernah makan ikan 🙅♂️🐟
Omega-3 yang ada dalam ikan ni sangat membantu perkembangan otak anak sebenarnya.
Dan anak yang selalu makan ikan ni tidurnya jadi lebih berkualiti
p/s : Bila dah tahu rahsia ni agak agak nak masakkan ikan selalu tak lepasni? Bestnya kalau ada pasar ikan segar di area dekat rumah kan 😍
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Anak suka memberontak walau macam macam kita dah buat? 🥵
Kadang kita dah buat macam-macam untuk anak tapi anak masih :
😫 Rasa sunyi
😫 Rasa tak disayangi
😫 Rasa nak memberontak
Ada kemungkinan sebab anak kita tu Love Language dia adalah Words of Affirmation!
Anak dengan Love Language Words of Affirmation nak apa?
Mereka nak kita :
💗 Whatsapp kata kata cinta
💗 Selalu ucap I Love You
💗 Selalu bagitahu kita sayang dia
InsyaAllah anak yang penuh tangki emosinya akan mudah taat & susah untuk memberontak
#notaparentingTaufiqRazif
☹️ Anak selalu jatuh sakit? ☹️
Antara penyebab anak selalu jatuh sakit juga adalah :
❌ Sebab tak jaga Ventilation bilik anak (poor ventilation)
Tanda ventilasi bilik anak tak okay :
❌ Nampak kulat di dinding
❌ Debu di celah celah tingkap
❌ Bau kepam & lembap
p/s : Boleh tengok cara nak baikpulih ventilation bilik anak di gambar ya 👌
#notaparentingTaufiqRazif
☹️ Anak moody pagi hari? 🙁
Cuba periksa cara kita bangunkan anak kita
Ni adab bangunkan anak kita supaya mood-nya terjaga :
❌ Jerit nama dia
❌ Terus bebel dia
❌ Tepuk kuat² badan dia
✅ Pegang kaki anak
✅ Usap belakang dia
✅ Panggil nama dia pelan²
✅ Peluk cium bila dia mamai
✅ Ajak baca doa bangun tidur sama²
p/s : Faham je kadang ibu ayah semua nak cepat kan? Tapi kena fikir juga, kadang anak moody ni lagi lambatkan keadaan
#notaparentingTaufiqRazif
🙋♂️ Nak anak jatuh cinta dengan buku tak? 🙋♀️
Anak adalah 'makhluk comel' yang penuh dengan sifat sensory-seeking 👶
Dia akan mudah melekat pada benda yang boleh menarik minat 'sensory' dia
Sebab tu nak anak jatuh cinta dengan buku, buku tersebut kena ada elemen-elemen ni semua :
📚 Warnanya terang
📚 Gambarnya berwarna warni
📚 Gambarnya besar-besar
📚 Ada elemen komik
📚 Ada fakta-fakta pelik & menarik
Ni semua akan bagi kepuasan pada sifat 'sensory-seeking' seorang anak, jadi dia akan lebih melekat dengan buku tersebut
Ingat, anak yang selalu baca buku ni focus-span dia lebih tinggi dan biasanya lebih cemerlang akademik dan pelajarannya 💪
#notaparentingTaufiqRazif
😓 Anak suka pendam? 😰
Salah satu cara nak BACA & AKSES emosi anak adalah :
👉 melalui Family Drawing dia
Cuba perhatikan bila dia melukis lukisan keluarga
Apa yang kita tengok?
🌟 Warna terang ke tak
🌟 Banyak warna hitam ke tak
🌟 Apa gambaran tentang kita
🌟Ada simbol tangisan ke kegembiraan
Sebenarnya membaca emosi anak melalui lukisan ni ada ilmu yang tersendiri
Tapi sebagai mak ayah at least kita boleh dapatkan sedikit gambaran tentang emosi anak melalui lukisan dia
Kid's drawings are windows to their heart 💓
#notaparentingTaufiqRazif
😱 Salah cara bercuti? 😱
Sekarang ni musim cuti sekolah dan ramai mak ayah bawa anak pergi bercuti
Cuma bercuti ni kalau salah cara ianya tak membantu pun bonding kita dengan anak malah boleh memburukkan keadaan‼️
Cara bercuti yang betul dengan anak anak bila kita jaga Quality Time kita dengan anak ✅
Cara bercuti yang salah :
❌ Banyak main handphone
❌ Fikiran banyak menerawang
❌ Tak fokus main dengan anak
❌ Banyak menyendiri
❌ Muka selalu masam je
❌ Tak banyak buat aktiviti bersama anak
p/s : Jom bercuti betul betul dengan anak kali ni nak? ☺️
Announcement : Saya ingat nak buat Merdeka Sales untuk semua ebook saya untuk mak mak yang kurang berkemampuan. Tapi saya buka peluang ini 4 jam sahaja. Mungkin hari rabu nanti kot. Standby tau, takut terlepas 👌
#notaparentingTaufiqRazif
😡 Nak marah anak? 😡
Nak marah pun ada seninya yang tersendiri.
Antaranya adalah :
👉 Be responsive, not reactive
2 komponen penting yang kena buat supaya kita jadi lebih Responsive adalah :
i. Faham NEEDS anak dulu
ii. Jangan terlampau cepat hukum
Saya ajar yang nombor ii tu dulu ya. Salah satu caranya adalah :
👉 Kira 60 saat dulu sebelum nak react pada perangai anak
Contohnya bila nampak anak tumpahkan air dan kena laptop kesayangan kita..
" Kira dulu 1 hingga 60 dalam hati. 1,2,3,4..sampai 60. Lepastu barulah pergi kat anak. Jangan terus jerit atau jerkah anak. Kita taknak jadi reactive yang mana tindakan kita itu dibuat ketika kita sedang dikuasai emosi marah"
p/s : Belajar sesuatu? ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
Supaya tidak sesat arah tuju, pada Formula 1 ini, Ibu-Ibu akan mulakan perjalanan dengan mengetahui dahulu, Dimana saya sekarang? Apa tugas saya sebenarnya? Nak kemana saya akhirnya?
Читать полностью…🙋♀️ Nak anak sulung jadi Leader yang bagus? 🙋♂️
Salah satu kemahiran terpenting yang kita kena ajar anak sulung adalah :
👉 Jadi Mediator adik-adiknya
Mediator ni adalah orang yang pandai mendamaikan, pandai memujuk dan dipercayai oleh adik beradik yang lain untuk jadi Pendamai mereka
Ajar anak sulung jadi Mediator dengan cara :
✔️ Ajar dia skill bertenang
✔️ Ajar dia untuk empati
✔️ Ajar dia untuk jadi adil
✔️ Ajar dia skill mendengar
✔️ Ajar dia skill conflict resolution
"Anak sulung yang hebat Leadership akan mampu mendamaikan & mengharmonikan seluruh adik beradik"
#notaparentingTaufiqRazif
🤷♀️ Nak tahu ke tanda² anak mengalami trauma? 🤷♂️
Ni 5 tanda anak mengalami trauma disebabkan emosi kita :
1. Suka kumpul barang
2. Try hard sangat ambil hati kita
3. Mudah marah-marah
4. Pendiam & suka pendam
5. Anak mengalami Regression iaitu dia kembali pada tabiat lamanya seperti kencing di tempat tidur, hisap jari balik dan lain lain
Jangan risau. Perkara ni boleh dirawat kembali bila kita ada ilmu yang betul tentang parenting.
Teruskan belajar dan praktikkan ilmu parenting yang dipelajari dalam rutin harian boleh? 🥰
Kalau boleh klik icon ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🤒 Anak selalu bergaduh? 🤒
Bergaduh sesama adik beradik ataupun disebut sebagai Sibling Rivalry ni perkara biasa
Cuma kita kena latih & didik anak sulung kita jadi :
👏 Mediator
👏 Peacemaker
👏 Negotiator
Kunci untuk didik 3 perkara ni adalah anak sulung kita kena pandai memujuk, mendengar dan pandai bertenang
p/s : Benda ni nampak je kecil tapi bila kita tak ada dah suatu hari nanti, anak sulung kita lah yang akan isi kekosongan tersebut & menyatukan seluruh adik beradiknya. Sebak
#notaparentingTaufiqRazif
🕺 Nak anak kita disukai ramai orang tak? 💃
Nanti boleh lah ajak anak selalu bertandang atau ziarah saudara mara supaya kita boleh ajarkan atau contohkan anak kita :
👉 Social Etiquette
Apa contohnya?
🦋 Minta izin
🦋 Berterima kasih
🦋 Pandai tanya khabar
🦋 Pandai mulakan perbualan
🦋 Pandai tunjuk wajah manis
Anak yang ada Social Etiquette yang tinggi ni memang sangat disukai orang di sekeliling dia
Bila dia disukai, self confidence jadi tinggi dan perwatakan dia pun jadi menarik 😍
Dan biasanya orang yang ada perwatakan menarik & menyenangkan hati ni lebih berjaya dalam kerjaya dia suatu hari nanti 🕺
#notaparentingTaufiqRazif
😫 Nak lembutkan hati anak? 😰
Ni 3 tanda hati anak mulai 'keras' :
i. Dia kurang empati
ii. Dia susah menangis
iii. Dia jadi agak 'kejam' sikit
Antara sebab hati anak jadi macam tu adalah :
- dia banyak luka pada emosinya
- dia ditekan setiap masa
- dia dimarahi keterlaluan
- dia dibiarkan survive sendiri
- terlalu banyak 'interaksi' dengan kawan & orang luar
p/s : Kunci nak 'lembutkan' kembali hati anak terletak pada attachment dia dengan kita. Ilmu tentang attachment ni rumit sikit tapi nanti ada rezeki saya share secara bertahap ya, insyaAllah
#notaparentingTaufiqRazif
🙋♀️ Nak baiki mood anak? 🙋♀️
Bila mood anak tak ok kadang mood kita pun jadi tunggang langgang sekali kan? 😅
Salah satu cara nak baiki mood anak adalah dengan cara :
👉 Bright light exposure
Bright ligt yang dimaksudkan di sini adalah cahaya matahari yang terang.
Untuk anak dapatkan bright light ni boleh lah bawa anak ke :
🔆 Padang
🔆 Taman permainan
🔆 Bersukan di luar rumah
Cahaya yang anak dapatkan ketika ke sekolah, duduk dalam bilik darjah tu tak dikira tau 🙅♂️
Sebagainya tumbuhan yang perlukan cahaya matahari, begitulah juga anak kita sebenarnya.
Cahaya matahari yang terang boleh bantu baiki 'biological clock' anak kita & baiki waktu tidur dia. Barulah mood dia pun mudah stabil & terjaga
p/s : Belajar sesuatu yang best tak harini? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
🤓 Nak tajamkan otak anak? 🤓
Sebenarnya ada cara untuk bagi otak anak hebat & jadi lebih tajam TANPA KELUAR KOS 😎
Nak tahu tak apa?
Caranya adalah dengan buat aktiviti Mental Stimulation dengan anak.
Contoh aktiviti Mental Stimulation :
🏆 Minta hafal 10 Hadis pendek
🏆 Main teka teki dalam kereta
🏆 Main rubic cube sama sama
🏆 Buat kuiz pada anak anak
🏆 Bertanding siapa congak sifir paling laju
Dan banyakkk lagi aktiviti lain sebenarnya.
Jadi sebenarnya tak susah pun nak latih otak anak jadi hebat ni jika tahu caranya 🤫
#notaparentingTaufiqRazif
☹️ Rasa tak berguna? ☹️
Antara cabaran paling besar seorang surirumah & ibu ni adalah rasa LOSER & USELESS
Sebab tu saya cadangkan pada ibu semua untuk :
👉 buat Life Project masing²
Contoh Life Project :
🏆 Buat NGO sendiri
🏆 Buat kelas mengaji
🏆 Buat kelas menjahit
🏆 Anjur kelas agama
🏆 Dan macam macam lagi
Yang penting projek tu adalah Passion & Minat ibu ibu semua
p/s : Dah tahu ilmu ni boleh ke cuba tanya diri sendiri apa Life Project yang ibu semua nak buat dalam hidup. Boleh? Kalau boleh click ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
☹️ Anak mudah bosan? 🙁
Kebanyakan anak yang melekat dengan TV, HP dan gajet memang akan jadi mudah bosan sebab otak dia dah terbiasa dengan 'stimulation' daripada TV, HP dan gajet
Jadi apa nak buat bila mereka bosan?
👉 Let them bored 😱
Biar mereka bosan? Ya, itu je ubatnya. Ni 4 proses anak anak akan lalui daripada kebosanan kepada otak yang lebih kreatif
🥇 Boredom - dia jadi sangat bosan
🥈 Introspection - dia mula bermonolog dalam diri dan fikir cara nak isi kebosanan tu
🥉 Problem-solving - dia akan mula cari idea & buat sesuatu untuk hilangkan rasa bosan
🏆 Creativity - dia akan dapat bermacam idea baru untuk buat aktiviti. Di sini nanti kreativiti anak akan meningkat
"Boredom is a precursor of creativity. Makin anak bosan, makin otak dia jadi lebih kreatif"
#notaparentingTaufiqRazif
Alang alang bercakap pasal buku, saya nak recommend buku Teroka Sains ni untuk ajar anak anak kita untuk minat baca buku & fakta fakta sains
Kenapa?
🎉 Buku ni ditulis oleh sahabat saya sendiri, iaitu Dr. Wan Fahmi (Bioinformatik dan Biologi Pengkomputeran)
🎉Ditulis juga oleh Dr. Nur Annies (Epigenetik Bioperubatan) graduan PhD dari University of Edinburgh, UK.
🎉 Anak saya, Aesya Soolihah yang berumur 5 tahun lebih pun suka baca buku yang dihasilkan oleh mereka berdua ni sebab warna dan gambarnya sangat sangat colourful dan menarik
🎉 Buku ni saya sangat recommend pada yang ada anak 3 tahun dan ke atas
Klik je link di bawah ni untuk beli sekarang sebab stok ada 2000 unit je sedangkan Keluarga Telegram kita dekat 200 ribu orang. Siapa cepat dia dapat. Klik link di bawah cepat sebelum sold out 👇
https://shop.terokasains.com/order/form/koleksiterokasains/AnakHebat
🥵 Banyak mengadap TV & gajet ketika cuti? 🥵
Mak mak yang penyayang ni biasanya ada masalah nak kawal anak lagi lagi bila anak :
📛 Tak henti-henti main hp
📛 Tak henti-henti tengok TV
Sebab tu mak mak semua kena amalkan ilmu ini :
👉 Emphatetic Limits
Teknik ni adalah kita set limit pada anak kita tapi pada masa yang sama kita tetap empati dengan perasaan dia
Contohnya : "Mama tahu awak nak sangat tengok cerita tu tapi awak dah sejam tengok hp. Mama taknak awak jadi ketagih nanti. Mama sayang awak"
Nampak kan bagaimana cara nak guna teknik Emphatetic Limits ni kan? Kita tetap firm tapi pada masa yang sama tetap faham emosi anak. Barulah anak tetap sayang kita 🥰
#notaparentingTaufiqRazif
🙋♀️ Nak ubah perangai anak? 🙋♀️
Saya share sikit 1 rahsia untuk ubah perangai anak 🤫
👉 Salah satu caranya adalah kita kena faham "Language Anak"
Kita kena tahu kita dan anak bercakap dengan "Language" yang berbeza
Ni saya bagi contoh :
Mesej : Rasa bahang
Language kita : "Aduh. Panas betul hari ni ya"
Language anak kita : Merengek dan menangis je dari tadi
Kita yang tak faham "language anak" ni akan rasa serabut dengan tangisan anak padahal anak cuma nak bagitahu dirinya panas je 😢
Banyak isu terjadi bila si Ibu faham A, tapi anak maksudkan B. Kadang tu anak buat sebab nak A tapi si ibu bagi B. Maka anak pun buat hal dan perangai sebab kita tak setelkan NEEDS / KEPERLUAN sebenar mereka
InsyaAllah bila kita belajar untuk fahami "language anak" insyaAllah mudah nak urus dan ubah mereka 👌
p/s : Maaf agak panjang tapi ilmu penting ni. Okey ke saya tulis panjang gini? Kalau okay cuba klik icon ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
👋 Nak anak hebat & soleh? 👋
Antara perkara yang efek diri & dalaman anak adalah :
👉 "Suasana Rumah"
Cuba tengok apa jenis "suasana rumah" kita
🏠 Suasana Restoran (mewah dengan makanan)
🏠 Suasana Penjara (anak penuh ketakutan)
🏠 Suasana Hotel (mewah dengan perabot mahal)
🏠 Suasana Perpustakaan (mewah dengan buku)
🏠 Suasana Madrasah (penuh dengan aktiviti mengaji & belajar)
Ibu ibu semua kena pilih suasana apa yang ibu semua idamkan dalam rumah
Sebab "suasana rumah" itu nanti yang akan membentuk anak anak samada dia jadi anak yang gagal ataupun berjaya
Boleh ibu ibu semua? Kalau faham klik ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
Nanti kalau nak dengar sambungan Audio ni boleh dapatkan audio course tu di sini 👇
promo72jam.tac-penat.com
Saya nak bagi hadiah pada Keluarga Besar Telegram Nota Parenting semua.
Ni saya nak ibu semua dengar salah satu audio daripada Audio Course - Formula Kurangkan Kepenatan Emosi Ibu
Pasang je audio ni sekarang. Boleh je dengar sambil sambil masak, driving, cuci baju dan cuci pinggan 🌹
🙋♀️ Nak jadi ibu yang lebih ceria harini? 🙋♀️
Antara rahsia keceriaan seorang ibu juga terletak pada Priming Effects
Saya bagi contoh Priming Effects yang ada dalam diri kita yang kita tak perasan
Tandas berbau 👉 stress
Bilik bersepah 👉 serabut
Katil tak kemas 👉 tak tenteram
Jadi nak ubah emosi negatif kita pastikan kita ubah perkara di atas, barulah emosi keceriaan tu akan muncul dan 'bertandang' di jiwa kita
✅ Cuci tandas
✅ Kemas bilik
✅ Kemas katil
Emosi ni kadang susah nak dijangka sebab ianya datang juga daripada hormon di dalam badan kita tetapi kita boleh usaha untuk mengurus & mengawalnya. Belajar sesuatu? 🥰
#notaparentingTaufiqRazif
😔 Nak jadi ibu yang lebih baik pada anak anak? 😔
Ada 2 syarat untuk jadi ibu yang lebih baik
✅ Syarat 1 : Sanggup akui silap & mula rawat trauma dalaman
✅ Syarat 2 : Sanggup korbankan duit, masa dan tenaga untuk belajar ilmu untuk didik diri & anak
Selagi tak penuhi 2 syarat ni memang susah nak jadi ibu yang lebih baik
"Kebahagiaan anak bermula daripada ibu yang berusaha untuk mendidik diri dan anak-anaknya"
#notaparentingTaufiqRazif
🦋 Nak emosi anak ok? 🦋
Ada 2 cara mudah untuk tenangkan emosi anak :
1. Grounding dengan alam
2. Free play
Dua elemen ni ada ketika kita bawa anak kita mandi sungai, main pasir pantai, berjogging di taman dan lain²
Sebab tu habis je anak buat aktiviti ni biasanya emosi anak jadi lebih mudah diuruskan dan dia jadi kurang meragam.
Nanti weekend ni ajak pasangan pergi berkelah & makan angin bersama anak anak ya. Boleh?
Kalau boleh, bagi ❤️ sikit
😉👌
#notaparentingTaufiqRazif
🏃♂️ Nak anak pandai? 🏃♀️
Salah satu teknik untuk jadikan anak kita bijak & pandai adalah :
👉 Tukarkan KERETA kita menjadi CLASSROOM anak²
Caranya adalah :
🚗 Banyakkan buku dlm kereta
🚗 Ganti lagu dengan ceramah
🚗 Ganti musik dengan podcast
🚗 Ganti radio dengan audiobook atau dokumentari
Tak ramai buat benda ni walaupun mereka dah tahu. Hanya yang bertindak je yang akan nampak kesannya pada anak²
Siapa yang betul² nak praktikkan teknik saya ajar di atas dan jadikan anak bijak pandai sila klik icon ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
😤 Geram anak asyik sakitkan hati je? 😤
Anak ni lahir dalam keadaan fitrah. Mereka ni suci, putih bersih sebenarnya.
Mereka tak ada langsung sebenarnya niat nak sakitkan hati kita
Kecuali kerana mereka sedang mengalami Connection-Hunger
Masa anak mengalami Connection-Hunger, dia nak kita :
☑️ Penuhkan tangki emosi dia
☑️ Perhatikan dia
☑️ Dengarkan kata² hati dia
☑️ Ambil berat perubahan dia
☑️ Sayang dia sepenuhnya
p/s : So sekarang dah tahu dah kan nak buat apa bila anak suka 'sakat' dan cuba ambil perhatian kita? 😘
#notaparentingTaufiqRazif