notataufiqrazif | Unsorted

Telegram-канал notataufiqrazif - Nota Parenting Taufiq Razif

191222

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Subscribe to a channel

Nota Parenting Taufiq Razif

💖 Anak perempuan kita makin remaja? 💖

Akan ada fasa hidup anak perempuan kita yang mana dia akan mula tertarik dengan lelaki di luar sana

Itulah kenapa penting sangat untuk kita ajarkan anak kita :

👉 Bezakan Lust & Love

Lust = ketertarikan semata
Love = disertai action

Kadang mereka terpengaruh dengan drama/filem Barat yang mana cinta disamakan dengan nafsu syahwat.

Itu konsep yang amat salah!

InsyaAllah anak yang faham konsep sebenar cinta akan lebih terlindung daripada godaan & rayuan lelaki di luar sana


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🏃‍♂️Gali potensi anak? 🏃‍♂️

Rugi sebenarnya kalau mak ayah semua tak tahu potensi anak kita bukan terletak pada IQ semata

Ada banyak lagi potensi anak yang kita boleh gali sebenarnya

Yang ni mak ayah semua kena tahu :

IQ - Intelligence Quotient
EQ - Emotional Quotient
PQ - Physical Quotient
SQ - Spiritual Quotient

Yang merangkumi semuanya adalah SQ (Spiritual Quotient)

Contoh karakter & sifat anak dengan SQ yang tinggi :

🏃‍♂️ Kenal tujuan diciptakan
🏃‍♂️ Kenal potensi diri
🏃‍♂️ Tahu destinasi nak dituju
🏃‍♂️ Fokus selesaikan misi hidup
🏃‍♂️ Tak mudah mengalah

Tiada istilah anak yang bodoh. Yang ada hanyalah anak dengan kecerdasan yang berbeza


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤴Boleh ke bagi semua yang anak minta? 👸

Yang kita paling takutkan bila kita tunaikan segala permintaan & kehendak anak adalah :

👉 Mereka jadi Entitled Child

Apa itu Entitled Child?

Apabila seorang anak merasa dia BERHAK dapat layanan yang istimewa daripada semua orang terutamanya daripada ibubapanya sendiri!

Apa kesan Entitled Child ni?

Anak itu jadi susah empati, tak fikir orang lain, taknak usaha dan fokus pada kesenangan diri dia sendiri sahaja

Itulah kenapa tak salah untuk kadangkala ajarkan anak untuk merasakan kesusahan & kesempitan hidup


Belajar sesuatu? 👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😥 Mak mak semua masih emosi? 😢

Antara cara untuk capai Emotional Maturity adalah :

i. Kurangkan Over-react
ii. Kurangkan Excessive Sharing
iii. Kurangkan Over-Thinking
iv. Kurangkan Over-Indulging
v. Kurangkan Over-consuming

Antara perkara yang mak mak kena elak daripada terlalu banyak 'consume' adalah :

🙅‍♀️ Berita berita negatif
🙅‍♀️ Circle mengumpat
🙅‍♀️ Makanan tinggi lemak & gula
🙅‍♀️ Terlalu banyak tengok drama, sinetron dan rancangan TV

p/s : Keseronokan ni kalau salah caranya kadang tak membawa pada ketenangan pun kan. Setuju? 😉

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤓 Nak anak hebat dalam akademik tak? 🤓

Sini saya nak bongkar apa rahsia terbesar anak boleh skor akademik diorang

👉 M.I.N.A.T

Ya, bila anak minat, tanpa kita paksa paksa pun mereka akan sedaya upaya untuk skor akademik mereka

Apa cara untuk bagi anak minat sesuatu subjek?

😍 Cerita pada anak asal usul subjek tersebut
😍 Cerita pada anak ilmuan terkenal dalam subjek tersebut
😍 Cerita pada anak apa benefit subjek dia belajar tu pada dunia sekeliling & diri dia
😍 Cerita pada anak apa benefit subjek dia belajar tu pada cita-cita dia

Makin anak minat sesuatu subjek, makin terbuka subconscious mind anak untuk menyerap sesuatu ilmu dan makin tinggi daya ingatannya terhadap ilmu tersebut


Ni rahsia kita kita je tau 🤫

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤓 Nak anak ada karakter orang yang hebat-hebat? 🤓

Sebenarnya kita ada satu TOOL yang hebat untuk TRANSFER karakter orang hebat hebat pada anak kita

Tool tersebut adalah STORYTELLING (bercerita pada anak kita)

Contoh :

Kalau nak anak ada karakter Trustworthiness, boleh cerita tentang betapa jujurnya baginda Nabi SAW dalam menjaga harta & amanah orang lain


Kalau kita nak anak kita ada karakter Resilience, boleh cerita betapa kuat & resilient nya anak anak di Gaza


Jadi malam ni dah boleh mula bercerita pada anak anak la kan? On? Kalau ON bagi tanda ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋‍♀️ Nak baiki hubungan dengan anak sulung? 🙋‍♀️

Antara perkara yang buatkan hubungan antara mak dan anak sulung jadi renggang adalah :

👉 Power Struggle

Nak bagi isu Power Struggle ni jadi ok balik adalah :

🌿 Bagi anak buat pilihan dia
🌿 Tugas kita bimbing sahaja
🌿 Bagitahu anak anak yang lain yang anak sulung adalah Person In Charge bila kita tak ada

p/s : Anak sulung ni ada proud & ego dia yang tersendiri. Tak boleh tekan dia sangat, nanti dia meletup dan memberontak. Belajar sesuatu?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😭 Anak asyik main hp? 😭

Walau cuti sekalipun dan walau sesibuk apa sekalipun kita, jangan sampai anak jadi :

👉 Screen Zombies

Screen Zombies ni apa?

🧟 Dia tak respon dunia luar
🧟 Dia cuma nak hp/gajet je
🧟 Dia tak boleh fikir benda lain
🧟 Kita panggil pun tak menyahut dah

Paling bahaya kalau dia sampai tunjuk tanda tanda Pseudo-Autistic‼️

Tolong belikan buku ni dan bagi pada anak untuk kurangkan ketagihan gajet/hp 👇

gantigajet.com
gantigajet.com
gantigajet.com

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Risau anak lelaki? 🥲

Anak lelaki anak yang selalu mencari peranan & identiti diri.

Akan sampai masanya dia akan cuba mencarinya di dalam 'geng' dalam 'kawan-kawannya'

👉 Fasa itu dinamakan Cliques Rule ( biasanya berlaku pada anak umur 10-13 tahun)

Pada fasa itulah anak lelaki akan :

🕺Banyak meniru kawan²
🕺Banyak dengar cakap kawan
🕺Nak sama dengan kawan
🕺Nak geng dengan kawan
🕺Rasa terpinggir kalau tak sama dengan kawan

Waktu ni lah juga anak mudah TERIKUT kawannya..

Itulah kenapa SEKOLAH & KEJIRANAN kita tersangat la penting. Di situlah penawar, disitulah juga racunnya


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😡 Tak berhenti marah anak? 😡

Ada ilmu Anger Management yang mak mak semua kena tahu

Kemarahan juga boleh jadi satu signal yang diberikan oleh tubuh kita ( bodies' warning signs ) bila :

💥 Banyak sleep debts
💥 Ada isu mental health
💥 Ada isu physical health
💥 Ada isu social cause seperti :

- harapan terlampau tinggi
- kesibukan melampau
- terikut parenting style mak ayah kita
- banyak lagi

Jangan risau. Makin banyak kita belajar tentang parenting maka kita akan semakin kenal diri kita


Di situ nanti insyaAllah mak mak semua akan jumpa kunci kepada kedamaian & ketenangan hati dan emosi 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😘 Nak emosi anak ok waktu cuti? 😘

Ada 2 cara mudah untuk tenangkan emosi anak :

1. Grounding dengan alam
2. Free play [ bagi je anak main tanpa kita tetapkan aturan & tanpa bagi arahan ]

Dua elemen ni ada ketika kita bawa anak kita mandi sungai, main pasir pantai, berjogging di taman dan lain²

Sebab tu habis je anak buat aktiviti ni biasanya emosi anak jadi lebih mudah diuruskan dan dia jadi kurang meragam.

Nanti weekend ni ajak pasangan pergi berkelah & makan angin bersama anak anak ya. Boleh?

Kalau boleh, bagi ❤️ sikit

😉👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Banyak mengadap TV & gajet ketika cuti? 🥵

Mak mak yang penyayang ni biasanya ada masalah nak kawal anak lagi lagi bila anak :

📛 Tak henti-henti main hp
📛 Tak henti-henti tengok TV

Sebab tu mak mak semua kena amalkan ilmu ini :

👉 Emphatetic Limits

Teknik ni adalah kita set limit pada anak kita tapi pada masa yang sama kita tetap empati dengan perasaan dia

Contohnya : "Mama tahu awak nak sangat tengok cerita tu tapi awak dah sejam tengok hp. Mama taknak awak jadi ketagih nanti. Mama sayang awak"

Nampak kan bagaimana cara nak guna teknik Emphatetic Limits ni kan? Kita tetap firm tapi pada masa yang sama tetap faham emosi anak. Barulah anak tetap sayang kita 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋‍♀️ Siapa sini surirumah? 🙋‍♀️

Ramai sebenarnya surirumah jadi terbeban sebab tak dapat duit poket yang cukup untuk dia SELF-CARE

Contohnya nak ke Spa, shopping baju sendiri, check out chart shopee sendiri, sesekali nak bercuti dan sebagainya

Sebab tu saya galakkan juga surirumah cari cara buat duit sendiri juga (bukan wajib ya)

Ada sahabat saya, Tuan Hilmi Jailani ajarkan pada surirumah cara nak buat duit dengan template Canva

Dia sendiri berjaya buat rm9590 dalam masa 19 hari dengan template canva sambil jaga anak anak di rumah je katanya

Dia kongsikan rahsianya di dalam ebook Buat Duit Dengan Template Canva ini. Klik sini👇

https://templatemudah.com/order/form/ERBDDTC/BuatDuitDenganCanva

Nak puasa & raya ni template canva yang paling ada demand adalah :

✅ Poster bisnes Ramadhan
✅ Kad ucapan Ramadhan
✅ Kad ucapan Selamat Hari Raya

Dan macam macam lagi. Nanti try lah baca dulu ebook tu ya ibu ibu semua

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤔 Penting ke isi tangki emosi suami ni? 🤔

Sangat penting‼️

Suami yang PENUH tangki emosinya akan mudah untuk ISI TANGKI EMOSI si isteri

Si isteri yang PENUH tangki emosinya pula akan mudah untuk ISI TANGKI EMOSI anak anaknya pula nanti

Nampak kan benda ni berantai?

Okay, macam mana nak tahu cara nak isi tangki emosi suami?

Sebenarnya ada Questionnaire khusus untuk tahu apa Love Language suami supaya kita tahu cara nak isi tangki emosi dia

Tapi secara umumnya suami perlukan 3S:

Serve - khidmat bakti pada dia
Sex - layani keperluan batin dia
Showing Respect - tunjuk rasa hormat

Agak segan saya nak tulis tapi itulah ilmu yang saya nak ibu ibu semua tahu & amalkan untuk kebaikan keluarga ibu ibu semua ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

✍️ Case Study anak saya ✍️

Tiba-tiba minat mengaji
Tiba-tiba nak hafal Al-Quran
Tiba-tiba nak hafal surah Al-Mulk


Nak tahu apa saya dan isteri buat?

Kami ajak seorang anak jiran yang suka hafal Al-Quran duduk rumah kami dalam setengah hari

Di rumah kami dia :

🏃‍♂️ Bersembang & berbual
🏃‍♂️ Makan di rumah kami
🏃‍♂️ Main badminton dengan anak kami
🏃‍♂️ Jadi imam solat pada anak kami

Tanpa saya dan isteri suruh, tiba-tiba anak kami jadi OBSES nak hafal Al-Quran!

Sebab apa? Sebab dia terinspirasi. Ini yang mahal.

Nak didik anak tak cukup suruh suruh je. Kena buat dia terinspirasi juga. Itu yang nanti akan 'gerakkan' hati dan jiwanya


Belajar sesuatu tak? 👋

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😢 Maaf 😢

Harini saya tak sempat nak post apa apa. Ibu saya kena jangkitan paru paru. Doakan semoga ibu saya kembali sihat seperti sediakala ya. Terima kasih sebab memahami ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Apa nak buat dengan Entitled Child ni ek? 🥵

Ada 7 perkara kita boleh buat supaya anak yang Entitled ni lebih baik perangai & sikapnya :

1. Tunjuk gambar anak² Gaza
2. Cerita kesusahan org lain
3. Jgn beri semua dia minta
4. Kena jadi lebih tegas
5. Kena berani cakap NO
6. Kurangkan bagi reward
7. Tukar reward berbentuk material kepada bentuk pujian pada usaha yang anak buat

Terkadang ibubapa terlebih manjakan anak kerana merasa bersalah pada anaknya

Maafkanlah dirimu wahai ibu wahai ayah. Kerana kamu dah berusaha sebaik yang kau mampu


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😢 Anak tak minat belajar? 😢

Sebab tu saya ajar jangan sekali kali :

Bunuh sense of curiosity anak

Apa contoh bunuh "sense of curiosity" anak?

🚩 Tak bagi anak banyak tanya
🚩 Marah bila anak bertanya
🚩 Bagi kata kata sinis bila anak banyak tanya

Semua anak berada dalam genius state mereka yang tersendiri


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋‍♀️ Siapa sini nak anak dia jadi bahagia? 🙋‍♀️

Kalau serius nak anak betul-betul bahagia, kena jaga 1 benda penting ni :

👉 Jaga Visual Environment anak kita

Bagaimana caranya?

Muka selalu serius ❌
Rumah bersepah ❌
Semua tersusun rapi ✅
Maniskan wajah pada anak ✅
Banyakkan indoor plants atau warna hijau dalam rumah ✅

Anak yang selalu berada dalam keadaan Visual Environment yang tenang dan damai akan mudah bahagia & membahagiakan orang di sekelilingnya ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak macam tak rapat dengan kita? 🥵

Kita kena tahu tahun pertama kelahiran anak kita, dia 'connect & attach' dengan kita melalui senses dia..

👋 Sense of touch
👃Sense of smell
👂Sense of hearing
👁️ Sense of sight
❤️ Sense of feel


Cuma kadang ada mak ayah yang ada childhood trauma ni dia jadi tak reti sangat nak 'connect & attach' dengan anak melalui sense of touch

Itulah kenapa dia rasa awkward nak peluk cium anak..

Selagi tak setel isu ni, agak susah anak nak 'connect & attach' dengan ibubapanya

Itulah kenapa makin lama dia makin menjauh daripada ibubapanya 😓

Belajar sesuatu?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak tak dengar cakap? 🥵

Antara cara untuk mengajar & mendidik anak yang tak dengar cakap adalah dengan :

👉 Natural Consequences

Teknik ini dipraktikkan juga oleh ibubapa zaman dahulu kala

Pernah tak kita dengar mak mak kita dulu cakap macam ni? 👇

🗣️ "Haa, panjatlah pokok tu kalau nak panjat sangat! "

🗣️ "Larilah laju laju kalau nak lari sangat! "


Kita tetap terus buat apa kita nak buat (sambil mak ayah kita perhati dan duduk di sebelah) sampailah kita jatuh pokok atau tersadung dan jatuh

Jatuh pokok & tersadung lalu jatuh itulah Natural Consequences

Kadang kita jadi serik, kadang kita jadi beringat lalu kita ambil pengajaran.

Experience is the best teacher


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😒 Taknak anak yang tak reti bersyukur? 😒

Anak ni bila kita tak ajar dia untuk bersyukur dia akan mudah :

⛔ Merungut
⛔ Banding-bandingkan
⛔ Nak lebih lagi
⛔ Selalu rasa tak cukup
⛔ Tak pandai hargai penat lelah orang lain

Sebab tu lah saya sendiri jadikan rutin anak anak untuk sebut 3 perkataan ni :

i. "Terima kasih Allah"
ii. "Terima kasih Ummi"
iii. "Terima kasih Abi"


Dan saya pun akan selalu sebut perkataan terima kasih ni pada anak anak bila dia dah tolong saya buat sesuatu

Jom mulai harini jadikan perkataan ni sebagai Family Culture kita semua boleh? 😉👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😵‍💫 Risau anak tak ada bapa? 😵‍💫

Ya, memang tak dinafikan wujud kesan pada anak bila mereka tiada bapa

Tapi kesannya tak semestinya negatif belaka

Jika betul cara didikan si ibu pada anak yang tak berbapa, mereka akan jadi :

✨ Lebih kental
✨ Lebih berdikari
✨ Lebih empati

Yang penting dekatkan diri anak dengan :

🎉 Circle yang betul
🎉 Kejiranan yang positif
🎉 Sekolah yang okay
🎉 Pakcik & makcik yang baik
🎉 Atuk & nenek yang membantu

Setiap yang menimpa kita dan anak-anak insyaAllah di dalamnya ada hikmah yang tersembunyi dan luar biasa kebaikannya


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😵‍💫 Risau anak perempuan? 😵‍💫

Anak perempuan ni anak yang penuh emosi. Inilah kenapa mereka mudah dipengaruhi.

Benteng terkuat seorang anak perempuan selain daripada iman dalam hatinya adalah SEORANG AYAH

Satu perkara yang seorang ayah tak boleh terlepas pandang adalah :

👉 Jadilah lelaki pertama yang MEMUJI anak perempuanmu & beritahu dia bahawa dirinya CANTIK

"Ketika anak perempuan puas dengan pujian seorang bapa akan kecantikannya dia takkan bergantung lagi dengan pujian daripada lelaki di luar sana"


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Anak susah fokus? 🥲

Anak zaman sekarang memang 'focus span' mereka sangat pendek lagi lagi yang jenis suka tengok rancangan kartun di Youtube

Banyak kartun di Youtube tu bersifat 'fast-paced'. Macam juga video tiktok. Jenis laju betul transition setiap video tu kan? Haa tu lah video 'fast-paced'

Sebab tu kalau nak anak lebih fokus :

📺 Tukar tontonan anak kita
📖 Bagi anak kita baca buku
📱 Hadkan screentime anak

Lagi lagi cuti sekolah ni. Mesti ramai anak anak yang tengok TV dan laptop kan? Tak pun tumpang main hp kita kan? 🤔

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😭 Rumah makin bersepah sejak anak cuti? 😭

Itulah kenapa kena ajar anak 'sense of responsibility'

Anak yang bertanggungjawab atau ada 'sense of responsibility' ni akan jadi :

✅ Lebih pembersih
✅ Lebih teratur
✅ Lebih berdisiplin

Ada ke cara mudah nak ajar anak 'sense of responsibility' ni di rumah tanpa perlu susah payah?

Ada.

Nanti dalam minggu ni saya kongsikan tekniknya ya 👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🔥 Tegas sangat bila dengan anak anak? 🔥

Sebenarnya tegas boleh tapi sebelum nak tegas kena buat :

👉 Bonding & connection dulu dengan anak

Kalau tak ketegasan kita tu akan efek pada hubungan kita dan anak

So alang alang cuti sekolah dah ni, so ni lah masanya untuk kuatkan kembali bonding & connection kita dengan anak anak

Satu cara termudah adalah dengan jadi 'more playful' dengan anak anak

✅ Main sama sama
✅ Banyak bersenda gurau
✅ Banyak lepak bersama
✅ Turunkan ego kita
✅ Jangan serius sangat

Boleh tak ni praktik terus pada anak hari ni? Kalau boleh bagi ❤️ sikit

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

👨‍🔧 Nak anak cepat matang? 👨‍🔧

Antara cara mudah untuk bagi anak cepat matang adalah :

👉 Sesekali bagi anak kita galas tanggungjawab

Contoh :

🚲 Tolong tengokkan adik
🚲 Rutin siram bunga tiap hari
🚲 Rutin bagi makan kucing
🚲 Rutin angkat baju
🚲 Rutin kemas katil tiap pagi

Apa apa sahaja yang asah 'sense of responsibility' seorang anak akan buatkan dia jadi lebih matang daripada usianya

p/s : Yang bongsu tu yang biasanya paling mencabar untuk latih jadi matang kan? 😅

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

✌️Nak asah Sense of Responsibility anak? ✌️

Ini 10 rutin untuk buatkan anak jadi makin bertanggungjawab :

1. Solat awal waktu
2. Letak baju kotor dlm bakul
3. Kemas katil sendiri
4. Bersihkan bilik air sendiri
5. Ikuti Jadual Tugasan Rumah
6. Siapkan adik ke sekolah
7. Siram pokok awal pagi
8. Bersihkan halaman rumah
9. Cuci pinggan lepas makan
10.Bagi makan binatang peliharaan

Yang penting adalah...

❌ Jangan paksa-paksa anak
❌ Jangan bagi tugas yang tak sesuai dengan kemampuan dan umur anak

✅ Selitkan dengan pujian, ganjaran, galakan & pelukan bila anak buat tugasan-tugasan rumah yang ditetapkan

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤫 Nak teknik anak jadi hebat & baik tak? 🤫

Untung la siapa baca apa yang tulis harini sebab saya nak kongsi teknik untuk anak jadi lebih baik & lebih hebat

Tekniknya adalah : ROLE MODEL INVITE

Langkahnya :

1. Cari keluarga yang baik baik yang boleh inspirasikan anak anak kita (contohnya keluarga yang ramai anak hafiz Al Quran atau semuanya anaknya jadi doktor)

2. Paling bagus kalau anaknya ada yang sebaya/seumur dengan anak kita

3. Ajak mereka bertandang ke rumah. Buat jamuan kecil pun okay

4. Fikirkan aktiviti yang anak kita boleh buat bersama sama anak tetamu tersebut. Contohnya solat bersama, hafal Al Quran sama sama, eksperimen sama sama

5. Kita nak KARAKTER anak tetamu kita tersebut tempias pada anak kita melalui aktiviti yang mereka lakukan bersama

Nanti esok saya cerita case study anak saya sendiri ya kalau ada kesempatan nanti insyaAllah 👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…
Subscribe to a channel