notataufiqrazif | Unsorted

Telegram-канал notataufiqrazif - Nota Parenting Taufiq Razif

191222

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Subscribe to a channel

Nota Parenting Taufiq Razif

🤺 Anak kita ada bakat terpendam tak? 🤺

Setiap anak ada bakat & genius yang terpendam sebenarnya.

Untuk cungkil & keluarkan bakat terpendam anak ni ada banyak cara tapi yang paling berkesan adalah :

👉 Experiential Exposure

Ya, kita bagi anak kita "experience & expose" diri dia dengan banyak perkara hingga dia jumpa kekuatan, genius dan passion terpendam dia. Contohnya :

🏂 Join pertandingan sukan
🏂 Join program sukarelawan
🏂 Ikut ayah pergi tempat kerja
🏂 Lawatan sambil belajar
🏂 Buat projek bisnes dengan anak

Dan macam-macam lagi. Dapat sesuatu tak?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Kalau saya tegas nanti anak ketakutan? 🥵

Sebab tu kita kena bezakan antara TEGAS & GARANG

TEGAS = Teguh dengan keputusan

Kita boleh je jadi ibu ayah yang TEGAS tetapi sangat lemah lembut dan penyayang 🥰

Contoh ibu yang TEGAS tetapi sangat PENYAYANG :

" Ibu sebenarnya kan nak bagi sangat awak tengok TV tau tapi tu lah kita kan dah janji tadi kalau tak siapkan kerja sekolah memang tak boleh TV kan sayang? Ok awak buat kerja sekejap pastu nanti kita tengok TV sama sama ok anakku sayang? "

Tegas membuatkan kita lebih dipercaya dan lemah lembut membuatkan anak lebih jinak hatinya


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Mood swings depan anak? Apa nak buat? 🥵

Seorang ibu yang penuh dengan kepelbagaian hormon ni memang tak lepas daripada mood swings

Apa nak buat bila mood swings depan anak supaya anak tak terlalu trauma dengan kita?

👉 Brief & Be Honest je pada anak contohnya :

- "Maaf ya anak anak. Ibu tengah PMS ni. Bila ibu PMS ibu jadi cepat marah"


- "Kak Long tolong jaga adik sekejap ya. Mood ibu tengah tak okay"


Bila kita bagitahu je pada anak insyaAllah anak akan kurang trauma dengan perubahan mendadak emosi kita. Cubalah sendiri nanti 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋‍♀️ Nak sangat rawat trauma emosi anak? 🙋‍♀️

Kadang bila terlampau penat emosi si ibu tanpa sedar :

🤷‍♀️ Termarah-marah
🤷‍♀️ Tertengking
🤷‍♀️ Tercubit

So apa perkara PERTAMA si ibu kena buat?

👉 Wujudkan balik rasa SAFE & SECURE dalam diri anak

Buat tak tahu ❌
Biar je anak menangis ❌
Peluk anak banyak banyak ✅
Bagitahu kita sayang dia ✅
Time-out diri sendiri bila tak dapat kawal sangat emosi ✅

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Taknak anak kurang ajar? 🥵

Antara sebab anak boleh jadi kurang ajar sebab di mata dia AUTHORITY & CREDIBILITY mak ayahnya dah berkurangan 😭

Ni 5 cara nak jaga Authority & Credibility kita :

1. Jangan mencarut depan anak
2. Jangan naik tangan selalu
3. Jangan sampai tak solat
4. Jangan burukkan pasangan
5. Jangan culas nafkah anak isteri

Ya Allah. Tutuplah aib kami daripada pandangan anak anak kami Ya Allah. Aamiin 🤲

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🦠 Kuman mudah masuk dalam tubuh anak? 🦠

Kuman mudah masuk dalam tubuh anak bila tak buat 4 perkara ni :

🙅 Tak jaga stress level anak
🙅 Tak jaga jadual ubat anak
🙅 Tak jaga makanan anak
🙅 Tak jaga sistem imun anak

Kawan saya Dr. Mazliana ada tulis ebook tentang Cara Mudah Rawat Anak Demam, Batuk & Selsema dalam masa 7 hari tanpa bergantung pada ubat

Cuma dia buka jualan ebook tu 2 hari je lagi. Tolong baca & apply pada anak anak ya. Saya recommend sangat²

Dapatkan di sini 👇 https://mazlianamazlan.onpay.my/order/form/BT041201/AnakSihat

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😭 Anak terlalu peramah dengan orang luar? 😭

Banyak penyebab anak jadi terlampau peramah & people pleaser walaupun pada orang yang tak dikenali

Cuma antara penyebab yang tak ramai orang tahu adalah :

👉 kita terlampau tegas & garang dengan anak kita

😡Ada anak jadi makin pemarah
😶Ada anak jadi makin pendiam
🤡 Tapi ada anak jadi makin "mesra rakyat", hilang identiti diri dan fikir nak tawan hati orang lain je (fawn stress response)

Ya Allah jadikan hati kami penuh dengan kasih sayang Ya Allah 🤲

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥹 Mak mak perlu ada Self Compassion ke? 🥹

Ya, tersangat perlu. Kadang kita terlalu kejam pada diri kita sendiri tanpa kita sedari.

Tu yang jadi makin lesu, makin tepu dan makin tak bersemangat dalam mendidik anak-anak 🙅

Tanda-tanda si ibu makin ada Self Compassion pada diri sendiri :

🫂 Ambil masa untuk self-care
🫂 Belanja diri untuk self-reward
🫂 Terima kekurangan diri
🫂 Mulai maafkan diri sendiri
🫂 Tak terlalu terikut dengan cakap-cakap orang luar

Kasihanilah dirimu wahai ibu. Dirimu juga ada hak untuk disayangi dan dimengerti kerana dirimu begitu berharga ❤️


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😵 Rasa diri terlalu Perfectionist? 😳

5 tanda ibu yang Perfectionist :

🤷‍♀️ Banyak micromanage anak
🤷‍♀️ Banyak pantang larang
🤷‍♀️ Tak boleh anak buat silap
🤷‍♀️ Selalu dalam mood serius
🤷‍♀️ Banyak sangat tegur silap anak dalam sehari

Ada 1 cara untuk kurangkan impak benda ni semua pada anak. Nak tahu tak? 🤗

👉 Sesekali cubalah jadi Playful Mother

✅ Mudah terhibur
✅ Tak terlalu serius
✅ Banyak senyum

p/s : Dah tahu kan apa nak buat lepasni? 😘

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Tepu jadi surirumah? 🥵

Bila asyik buat rutin yang sama setiap masa memang boleh buatkan surirumah sampai ke TITIK JENUH hingga diri tu jadi lesu dan tepu sangat sangat

Kalau boleh sesekali tu buatlah juga :

👉 Social Self-Care

Self-care ni bukan sekadar rawat & manjakan diri sahaja. Antara cara Social Self-Care :

🌿 Libatkan diri dalam persatuan
🌿 Cari circle yang baik & tak toxic
🌿 Aktif dalam aktiviti komuniti taman/perumahan

Belajar sesuatu?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😶‍🌫️ Anak rasa sunyi? 😶‍🌫️

Ya, ni lah zamannya yang mana anak buat banyak benda yang merosakkan sebab dia rasa SUNYI 😶‍🌫️


SUNYI ni boleh muncul bila :

🫥 Banyak terperap dlm rumah
🫥 Asyik belajar tanpa bermain
🫥 Banyak mengadap game je
🫥 Kita lupa bagi Quality Time
🫥 Kita kurang Eye-Contact dengan anak tapi banyak Screen-Contact dengan smartphone

Kerosakan anak bermula bila mereka terjebak dalam perkara yang salah ketika berusaha untuk mengisi kesunyian hatinya 😰


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😭 Tanda² anak tak dapat Secured Attachment daripada kita 😭

📌 Self Esteem dia sgt rendah
📌 Anak benci diri sendiri
📌 Dia rasa dia cuma beban
📌 Dalamannya sunyi
📌 Hati dia rasa sangat kosong
📌 Dia cari benda lain untuk isi kekosongan hati dia seperti ketagihan game, kapel dan lain²

Jadi mulai sekarang boleh ke mak mak semua belajar tentang Attachment & cara untuk bentuk Secure Attachment dengan anak masing-masing? 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Ada anak remaja? 🙋

Cara parenting anak remaja ni tak sama macam parenting anak kecil dah

Kena tukar strategi & kaedah dah 🤷

Jangan tinggal 2 perkara ni untuk parenting & didik anak remaja ya :

1. Kurangkan suruh²
2. Banyakkan didik melalui contoh & perbuatan kita

Contohnya : Nak anak remaja cakap elok- elok dengan kita, kita dulu kena baiki cara kita bercakap dengan mereka 🗣️

Contohnya: Nak anak remaja jadi orang yang pembersih & suka kemas bilik, kita dulu yang kena ubah diri dan jadi lebih pembersih dan suka mengemas 🤝

Teknik macam ni memang makan masa untuk bagi kesan pada anak kita tapi percayalah kesannya akan lebih kekal daripada suruhan semata mata.

Dah tahu ni terus praktik ya. Deal? 😉

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Anak asyik moody? 🙋

Bila anak selalu moody & mudah melenting, cuba buat satu perkara ini :

👉 baiki Sleep Hygiene anak kita

Sleep Hygiene ni adalah rutin & tabiat tidur anak kita.

5 perkara untuk jaga Sleep Hygiene anak kita :

🌛Tiada gajet sebelum tidur 🙅
🌛Mandi/segarkan diri sebelum tidur
🌛Tidur tutup lampu
🌛Guna selimut yang agak berat
🌛Tidur pada waktu yang sama setiap malam

Anak yang bagus Sleep Hygiene insyaAllah akan bagus juga perkembangan badan & otaknya


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥰 Nak anak disayangi oleh ramai orang? 🥰

Salah satu karakter yang buatkan anak kita disayangi oleh ramai orang adalah :

👉 Compassion

Ya, daripada kecil kita kena tanam Compassion ni dalam diri anak, antaranya :

🫰Ambil berat perasaan kita
🫰Ajar anak baca emosi org lain
🫰Ajak anak bantu ibu di dapur
🫰Ajak anak sama² bagi bantuan & sedekah pada asnaf

Anak yang penuh 'compassion' akan disayangi & disenangi oleh orang di sekelilingnya

We can't heal the world today but we can begin with a voice of compassion and an act of kindness


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Rasa diri ibu yang gagal? 🥲

Kadang bila terlampau BURNOUT ni memang boleh jadi lesu hingga timbul "sense of failure" 👇

🥺 Rasa diri tak berguna
🥺 Rasa semua benda tak jadi
🥺 Rasa diri bukan ibu yg baik

insyaAllah slowly perasaan tu boleh hilang bila kita baiki BURNOUT kita ditambah pula kita gali balik "sense of achievement" seorang ibu 👇

🏆 Berjaya kemas rumah
🏆 Berjadi jadi madrasah anak
🏆 Berjaya tahan marah
🏆 Berjaya masak untuk keluarga

Dan banyak lagiii

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤕 Anak-anak kita dalam Survival Mode? 🤕

Kadang kita tak sedar anak kita berada dalam Survival Mode selama ni.

🫨 Mudah triggered
😡 Selalu marah adik²
☹️ Selalu sedih & moody
😶‍🌫️ Dia tak jadi diri sendiri
🥳 Jadi people-pleaser
😶 Banyak pendam & pendiam
dan banyak lagi

Lagi kita tak sedar yang anak jadi begitu kebanyakannya disebabkan oleh kita sendiri juga sedang berada dalam Survival Mode 🚨🚨🚨

Ya Allah jadikan kami ibubapa yang pandai kawal emosi kami dalam mendidik anak anak 🤲

Belajarlah Formula Kawal Emosi Ibu & Anak. Klik sini untuk belajar 👇
https://kawalemosi-ibuanak.com/

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤲 Doakan untuk anak sulung 🤲

Ya Allah. Aku sayang sangat anak sulungku ❤️

Ya Allah ampunilah dosanya
Perbaiki amalannya
Bersihkan hatinya
Lindungi dirinya

Dari segala bahaya
yang merosakkan dunia dan akhiratnya 😭🤲

Ya Allah. Jadikanlah juga anak sulung kami anak yang kuat ikatan hatinya denganMu

Sehingga Engkau redha dan sayang kepadanya ❤️🤲

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin 🤲

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Tangan laju je cubit anak? 🥵

Untuk mak ayah yang masih terperangkap dalam Reactive Parenting yang mana :

❌ laju je cubit anak
❌ laju je tengking anak
❌ laju je marah² anak
❌ fikir nak hukum anak je
❌ nak setel perangai anak cepat-cepat

Kalau ada sifat-sifat di atas ni kena sesekali cuba buat teknik ini :

👉 Amalkan "Silent Pause" masa anak "buat hal"

Contohnya nampak anak pecahkan pinggan..💥

Ambillah masa 60 saat untuk tidak bagi reaksi apa apa selain daripada kutip kaca yang berderai. Kalau tak boleh tahan sangat, boleh terus masuk bilik sekejap.

Mula-mula memang susah tapi lama kelamaan akan jadi mudah. Struggle, tapi insyaAllah berbaloi-baloi 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋‍♀️ Nak anak sulung jadi Leader yang bagus? 🙋‍♂️

Salah satu kemahiran terpenting yang kita kena ajar anak sulung adalah :

👉 Jadi Mediator adik-adiknya

Mediator ni adalah orang yang pandai mendamaikan, pandai memujuk dan dipercayai oleh adik beradik yang lain untuk jadi Pendamai mereka

Ajar anak sulung jadi Mediator dengan cara :

✔️ Ajar dia skill bertenang
✔️ Ajar dia untuk empati
✔️ Ajar dia untuk jadi adil
✔️ Ajar dia skill mendengar
✔️ Ajar dia skill conflict resolution

"Anak sulung yang hebat Leadership akan mampu mendamaikan & mengharmonikan seluruh adik beradik"

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Anak yang People-Pleaser ni perlu apa? 🥲

Pertama kita kena tahu dulu perangai People-Pleasing ni adalah sejenis "Survival Strategy" anak. Untuk apa?

👉 supaya mereka boleh dapat CINTA & PERHATIAN orang lain

Jadi tak ada cara lain kecuali kita kena isi tangki emosi anak dan bagi perhatian yang EXTRA sikit pada anak yang People-pleaser ni 🥲

Wahai ibu. Cinta & perhatianmu pada anak umpama air dan baja pada pokok. Layu dan rosaklah pokok tanpa air dan baja dalam jangka masa yang terlalu lama


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙅‍♀️ Taknak anak melawan? 🙅‍♂️

Kadang ada anak melawan kerana masih fasa egocentrism tapi kadang ada juga anak melawan sebab memberontak

Itulah kenapa bila nampak anak dah mula pandai muncung mulut & tunjuk tanda nak protes :

👉 Kena bagi anak sedikit Autonomy dengan cara :

Sekat semua kemahuan dia ❌
Kawal dia ketat-ketat ❌
Sesekali bagi dia buat pilihan ✅
Bagi dia sedikit kebebasan ✅
Bagi peluang anak tunaikan impian & minat dia ✅

p/s : Makin anak meningkat usia makin lah kita kena berkawan dengan dia ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Ya Allah di hari Jumaat yang berkah ini berikanlah anak anak kami..

Kesihatan pada jiwanya
Kerehatan pada emosinya
Kesucian pada hatinya
Kecerdasan pada akal fikirannya
Kebaikan dalam perbuatannya
Keberkatan pada rezekinya


Ya Allah. Kami sayang sangat anak anak kami. Jangan pisahkan kami semua. Kumpulkanlah kami sekeluarga semua di syurgaMu kelak

aamiin aamiin Ya Allah 🤲

#doaHariJumaat
#doaIbuBapaMustajab
#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😰 Surirumah tak bahagia? 😰

Memang ada masanya seorang surirumah itu tiba tiba je boleh rasa :

🚫 gelisah
🚫 mudah marah-marah
🚫 rasa tak disayangi
🚫 rasa tak tenang

Cuba sesekali periksa :

👉 Sexual Wellness kita

Kualiti hubungan suami-isteri mempengaruhi mood, ketenangan jiwa & cara kita melayani anak-anak juga


Maaf saya terpaksa tulis tentang isu ni sebab Sexual Wellness adalah komponen penting juga dalam parenting & kekeluargaan

Boleh belajar bab Sexual Wellness ni daripada kauselor bertauliah di sini 👇

https://syoknyakaunseling.onpay.my/order/form/ANS/134

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Kita ni terlalu PERFECTIONIST ke ek? 🥲

Antara ciri mak ayah perfectionist adalah :

🥵 Anak tak boleh silap
🥵 Anak kena betul sentiasa
🥵 Terlalu micromanage anak

Sebab tu kalau kita rasa kita terlalu Perfectionist, kita kena buat 3 perkara ni :

❤️‍🩹 Bagi anak buat silap
❤️‍🩹 Belajar ketap bibir
❤️‍🩹 Belajar turunkan standard & expectation kita pada anak kita

Boleh ke tak boleh ni? Kalau boleh bagi ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😰 Apa penyebab Attachment anak dengan kita terganggu? 😰

Antara penyebab utama adalah bila kita :

👉 Ada childhood trauma hingga menyebabkan cara parenting kita menjadi Reactive

Tanda² Reactive Parenting :

😣 Tangan laju je pukul anak
😣 Laju je marah anak
😣 Fikir nak hukum anak je
😣 Banyak guna ugutan
😣 Sangat kurang puji anak
😣 Suka betul paksa paksa anak

dan banyakk lagi sebenarnya.

Yang alami benda ni semua jangan cepat mengalah tau. Semuanya boleh diubah kembali insyaAllah. Teruskan belajar jom wahai ibu ibu mithali semua 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😭 Risau anak remaja? 😭

Tak ramai mak ayah tahu antara musuh utama anak remaja adalah :

👉 Ketagihan / addiction

❌ Ketagih game
❌ Ketagih pornografi
❌ Ketagih vape
❌ Ketagih rokok
❌ Ketagih seks
❌ Ketagih makan manis
❌ Ketagih dadah & minuman keras


Dan bermacam lagi sebenarnya. Ketagihan ni kebanyakan terjadi sebab si anak remaja ni cuba untuk 'isi kekosongan dalam diri'. Ketagihan tu semua coping mechanism mereka je

Boleh jelaskan dalam bahasa yang mudah tak?

Mereka sebenarnya perlukan kasih sayang & secured attachment daripada kita sebenarnya 😭

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Risau anak stress? 😩

Zaman sekarang ni memang ramai anak jenis pendam stress

Sebab tu saya sendiri kadang memang sengaja pancing anak saya untuk bagi dia luahkan segala yang terbuku di dada dia

Kadang sampai dia menangis bila dia bercerita.

Kenapa?

❌ Sebab kita taknak dia pendam unprocessed thoughts & emotions

✅ Kita galakkan dia meluah (verbal expressions)

InsyaAllah anak yang pandai meluah akan lebih tenang jiwanya 🌷

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😥 Anak lemau belajar? 😥

Ya, antara penyebab anak jadi malas & lemau untuk belajar sebab dia tak terinspirasi (uninspired) 🙅

Ada 3 perkara nak bagi anak jadi rajin belajar & lebih 'inspired' :

1. Fokus gali Why anak. Bukan How & What semata

2. Bagi anak bermain & berehat santai juga sekali sekala. Kadang dia jadi ' uninspired' tu sebab 'Burnout'

3. Bagi anak nampak Figure & individu yang pernah berjaya sebelumnya. Ianya boleh jadi sumber inspirasi terbaik anak kita

Nampak kan apa nak buat lepasni? 💪

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Nak anak yang menjadi penyejuk mata hati? 🙋

Banyak perkara kita kena didik anak untuk dia jadi penyejuk mata hati kita, antaranya adalah :

👉 Didik anak sifat "HONESTY"

Ajar untuk untuk jujur pada 3 keadaan ini :

1. Jujur dengan Penciptanya
2. Jujur dengan dirinya sendiri
3. Jujur dengan orang di sekelilingnya

"Honesty" adalah sifat & sikap yang "rare" pada zaman sekarang. Tanamlah ia pada diri anak-anak nescaya mereka akan menjadi anak yang dimuliakan, dihormati & disukai ramai orang suatu hari nanti


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…
Subscribe to a channel