🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab10
Setelah selesai makan Fatin bergegas masuk ke dalam biliknya dia merebahkan badannya di katil. Nikmat yang tak terhingga kerana akhirnya dia dapat berbaring juga setelah seharian. Mata nya menjadi kuyu dan akhirnya menyebabkan dia tertidur sebentar.
Sementara di ruang tamu,
"Makcik, Pakcik Haidar balik dulu lah ye" kata Haidar sambil menghulurkan tangan ke arah Encik Sufian untuk bersalaman.
"Elok elok drive kereta tu kalau mengantuk berhenti dulu" Pesan Puan Maria lalu mengukir segaris senyuman.
"Baik makcik. Thaqif salam Makcik dengan Pakcik" pinta Haidar.
Thaqif menghulurkan tangan untuk bersalaman lalu di sambut oleh Puan Maria dan Encik Sufian.
Mereka mengiringi Haidar ke kereta.
"Aku balik dulu apa apa nanti aku bagitau kau" Kata Haidar sambil bersalaman bersama Amsyar.
"Baik elok elok bawak kereta" Pesan Amsyar.
Haidar mengangguk lalu dia mendukung Thaqif dan membawa masuk ke dalam kereta.
Kereta Haidar menghilang dari perkarangan rumah mereka semua masuk ke dalam rumah.
"Kamu betul ke ni nak bawak adik kamu pergi KL tu" tanya Puan Maria kembali.
"Iya umi. Am dah kenal lama Haidar tu, dia baik orangnya. Lagipun nanti Fatin duduk dengan mama nya Haidar, Fatin tak kan duduk dekat rumah Haidar" Jelas Amsyar.
Puan Maria menghelah nafas berat.
"Sudah lah tu Maria, Anak kamu tu pun perlukan kerja, sampai bila dia nak terperuk dekat kampung. Biar dia rasa hidup dekat bandar tu, asalkan dia boleh jaga diri dan jaga iman cukup dah" Kata Encik Sufian cuba menenangkan Isteri nya itu.
"Baik abang" akur puan Maria
Fatin yang baru keluar bilik itu hanya mendengar perbualan umi abah nya serta abangnya itu.
Amsyar yang berjalan hendak ke biliknya merasa pelik melihat adiknya yang hanya termenung di depan bilik.
"Fatin Sofea binti Muhamad sufian, kenapa termenung depan pintu bilik tu, ingat elok lah tu anak dara duduk depan pintu" tegur Amsyar.
Fatin tersentak. "Erkk Sorry bang hehe, Haidar dah balik ke bang ?" Tanya Fatin.Amsyar mengerutkan dahinya. Pelik.
"Dah baru je balik kenapa ?" Tanya Amsyar.
"Tak ada apa tanya je" jawab Fatin selamba."iye ke ?" Usik Amsyar.
"Betul lah ish abang ni dah lah Fatin masuk bilik dulu" kata Fatin lalu dia bergegas masuk ke dalam biliknya semula.
Di dalam bilik Fatin termenung di balkoni luar biliknya. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
"Mama.." dia teringat akan panggilan Thaqif kepadanya.
"aku terlalu muda untuk di panggil mama, khawin pun aku belum sedia" Rungut nya. dia kembali ke katilnya. Tanpa dia sedar dia sudahpun di hanyut mimpi.
🦋🦋🦋
"abah mana umi ?" tanya Fatin yang baru turun dari biliknya.
"umi pergi hantar kuih dekat kedai makcik Hajar sana kejap lagi balik lah tu" kata Encik sufian yang sedang menonton televisyen itu.
Fatin berjalan ke arah dapur lalu membuka tudung saji di atas meja. Dia mencapai sebiji karipap lalu membawa ke ruang tamu dan duduk di sebelah abahnya.
"adik dah fikir masak masak ?" tanya Encik sufian tiba tiba.
Fatin mengeluh kecil. "Dah abah adik rasa ni je masa yang sesuai untuk adik berdikari" Balas Fatin.
"bila pergi KL nya nanti" tanya Encik sufian lagi.
"Ahad ni abang kata" Balas Fatin lalu menyuakan karipap tadi ke mulutnya.
Encik sufian mengangguk sahaja. Walaupun dia membenarkan puteri bongsunya itu namun di sudut hatinya mempunya sedikit rasa risau. Siapa yang tidak risaukan anaknya, lagi pula anaknya seorang perempuan.
"assalamualaikum" Kata Puan Maria yang baru balik dari menghantar kuih.
"waalaikumussalam" jawab Fatin dan Abahnya serentak.
"Bangun pun anak dara sorang ni, ingatkan dah Innalillah dah tadi" perli Umi.Fatin tersenyum seperti kerang busuk. "tak baik lah umi ni, Fatin ada je lagi ni ape nya yang dah Innalillah" Protes Fatin.
"iyelah umi kejut dari bawah tak bangun bangun ingatkan dah out dah tadi" Balas Umi sambil tergelak kecil.Fatin memuncungkan bibirnya.
"sudah abah nak pergi rumah Pak Nakim sekejap" Kata encik Sufian.
"buat apa abah ke sana ?" tanya Fatin.
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab8
"Sebelum tu encik Haidar boleh saya tau nama anak encik ?" Tanya Fatin.
"Nama dia Thaqif, and One more thing jangan panggil aku encik, just call me Haidar or Isyraf" kata Haidar.
Fatin mengangguk. "Thaqif jom kita keluar ikut papa" Fatin mengajak Thaqif lantas anak itu memaut tangan Fatin.
Haidar terkesima dengan perbuatan anaknya itu. Mereka bertiga jalan menuju ke kereta.Fatin membuka pintu hadapan lalu membantu Thaqif masuk.
"Kau duduk depan jaga Thaqif" pinta Haidar.
"Eh tak apalah saya duduk belakang" tolak Fatin.
"Aku boss ke kau boss ?" Tanya Haidar dingin.
Lantas Fatin akur dengan permintaan Haidar. Sikit sikit ugut. Di dalam kereta suasana sepi sahaja. Tiba tiba Thaqif menarik tudung Fatin.
"Mama...mama" Fatin tersentak dengan panggilan itu begitu juga Haidar.
"Erkk ya Thaqif kenapa ?" Thaqif menunjuk ke arah luar jendela. Dia melihat pemandangan yang sungguh indah.
"Thaqif suka ke ?" Tanya Fatin.
Lantas dia mengangguk laju. Tanpa sedar Haidar melukis segaris senyuman di bibirnya lalu mereka meneruskan perjalanan.
Mereka tiba dia sebuah pantai. Fatin ingin mendukung Thaqif namun di halang oleh Haidar.
"Tak payah biar aku dukung dia kau tak larat" kata Haidar.
"Ingat saya tak larat ke" balas Fatin lalu dia mencebik. Mereka beriringan jalan ke pantai. Sudah sebuah keluarga gayanya.
Sampai sahaja di pantai Haidar menurunkan Thaqif. Lantas dia berlari lari di situ.
"Eh nak pergi mana Thaqif" kata Fatin.
"Biarkan dia main" kata Haidar.
"T-tapi"
"Biarkan je duduk sini" pelawa Haidar yang duduk di bawah pokok kelapa itu.
Fatin mengambil jarak antara Haidar sebelum duduk.
"Kenapa Thaqif panggil saya mama tadi ?" tanya Fatin.
Haidar mengeluh. "Mungkin dia rindukan mama dia" balas Haidar acuh tak acuh.
"Erkk kalau saya tanya ni jangan marah" Kata Fatin lagi.
"Apa dia ?"
"Mama dia mana ?"
Haidar tersentak dengan pertanyaan itu. Apakah dia harus menjawab atau diam sahaja.
"Aku dah bercerai dengan mama Thaqif dan aku tak bagi dia jumpa dengan Thaqif"
"T-tapi kenapa awak buat macam tu, tak baik pisahkan dia dengan mama dia, dia pun perlukan kasih sayang seorang ibu" kata Fatin.
"Fatin kau tak faham apa yang aku rasa selama ni jadi jangan pandai pandai kau cakap macam tu, kau tak kenal aku sapa !" Kata Haidar dengan nada yang keras.
Fatin tersentak dengan percakapan Haidar. Haidar yang sedar dia telah terlanjur itu lantas meminta maaf.
"S-sorry aku tak patut marah kau" Haidar meminta maaf.
"Ta-tak apa saya sepatutnya kena mintak maaf sebab saya tanya macam tu" kata Fatin.
Haidar hanya berdiam diri sahaja. Dia masih kesal dengan perbuatan bekas isterinya kepada dia dan anaknya.
"Minggu depan aku nak kau masuk kerja, nanti aku suruh amsyar hantar kau dekat rumah mama aku" kata Haidar lalu dia bangun dari duduknya.
Begitu juga Fatin.
"Thaqif sini" Panggil Haidar.
"Aku nak kau teman aku Harini untuk jaga Thaqif" pinta Haidar.
Fatin mengangguk perlahan dia hanya akur dengan permintaan Haidar. Seharian Fatin mengikut Haidar berjalan jalan di kampungnya. Selepas selesai dia menghantar Fatin pulang ke rumah.
Puan Maria yang sedang menyapu sampah di luar rumah hairan melihat sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan rumahnya.
"Siapa pula datang petang petang ni" ngomelnya sendiri.
Fatin keluar dari kereta begitu juga Haidar dan Thaqif.
"Eh lelaki mana pulak si Fatin ni bawa" kata Puan maria
"Assalamualaikum umi" Fatin menyalami tangan Maria. Dia menyambut huluran salam itu.
"Kamu bawa siapa ni ?" Tanya puan Maria kepada Fatin.
Haidar tersenyum lalu dia meletakkan tangan di dada tanda hormat.
"Assalamualaikum makcik, saya Haidar kawan Amsyar" Haidar memperkenalkan dirinya.
"Oh ye ke eh jemputlah masuk dulu Amsyar ada dekat dalam" jemput puan Maria ramah.
Haidar dan Fatin beriringan masuk ke dalam rumah.
"Wah lama kau bawa adik aku berjalan" tegur amsyar lalu dia bersalaman dengan Haidar.
"Aku ingat nak bawa balik KL dah tadi" sindir Haidar.
Amsyar tergelak kecil. "Duduk lah dulu"
Fatin berjalan meninggalkan mereka dan masuk ke dalam biliknya.
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab6
"Assalamualaikum Abah esok Along gerak balik kampung" kata Amsyar di talian.
"Waalaikumussalam awalnya balik kata Jumaat baru kamu balik" balas Encik Sufian.
"Along dapat cuti awal tu yang ingat nak balik terus, lagipun kawan Along ada yang kat sini, jadi Along ingat nak bawa dia jalan jalan sekali" terang Amsyar.
"Iyalah hati hati balik esok" kata Encik Sufian.
"Baik abah, Along tutup dulu assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab encik Sufian
"Kenapa abah ?" Tanya Fatin yang baru tiba dia ruang tamu sambil menatang secawan kopi untuk diberikan kepada abahnya.
"Along call abah, dia kata esok dia balik" kata Encik Sufian lalu dia mencapai cawan tersebut dan menghirupnya perlahan Lahan.
"Wahh Along balik esok lah Nuh" kata Fatin teruja.
"Haah"
Fatin diam sejenak lalu dia tersenyum. "Abah Fatin naik bilik dulu ya" izin Fatin.
"Pergilah". Segera Fatin meninggalkan abah bersendirian di ruang tamu lalu naik ke biliknya. Dia duduk di birai katil sambil termenung keluar jendela. Cahaya bulan malam menemaninya.
"Kalau Along dah balik, maknanya bolehlah aku ikut Along kerja dekat bandar kan" ngomelnya sendirian.
Fatin berbaring di atas katilnya lalu tertidur disitu.
Keesokan harinya...
Bunyi kicauan burung di luar menyedarkan Haidar dari tidurnya. Dia bangun lalu duduk di birai katil sebentar. Dia memandang wajah anaknya yang sedang tidur lalu diusap kepalanya serta mencium dahi anaknya. Dia bangun lalu mencapai tuala dan segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Selesai mandi dia mengejutkan anaknya.
"Thaqif wake up" kata Haidar.
Thaqif hanya menggeliat dengan mata yang tertutup. Haidar tersenyum melihat anaknya berkelakukan seperti itu.
"Thaqif bangun, kejap lagi kita nak keluar breakfast" kejut Haidar sekali lagi.
Kalini Thaqif telah terjaga dari tidurnya, lantas dia duduk menghadap Haidar.
"good morning dear, let's take a shower and then we'll go out for a walk okey" kata Haidar lalu mencium pipi anaknya. Dia mendukung Thaqif masuk ke dalam bilik air lalu mandikan anaknya itu. Selesai menyiapkan Thaqif, Haidar berjalan keluar dari chalet itu. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mencari nama Amsyar untuk di hubungi.
"Hello ha kenapa ?" Kata Amsyar di hujung talian.
"Kau dah sampai kampung ke ?" Tanya Haidar.
"Lagi 10 minit aku sampai kenapa ?"
"Aku nak ajak kau breakfast sekali ni" kata Haidar.
"Boleh je tapi kau kena tunggu aku dulu, aku nak bilik rumah jumpa umi dengan abah aku dulu" jelas amsyar.
"Boleh, nanti aku share location nak breakfast kat mana" kata Haidar.
"Oritee siap boss" kata Amsyar lalu menamatkan panggilan.
Haidar masuk ke dalam kereta lalu menuju ke sebuah Restoran berdekatan.
Amsyar pov
"Assalamualaikum Abah, umi Along dah sampai" amsyar memberi salam dari luar rumah.
"Waalaikumussalam" jawab encik Sufian lalu amsyar bersalam dengan encik Sufian.
"Adik, angah , umi mana ?" Tanya Amsyar.
"Angah ikut mak kamu ke pekan cari barang, Fatin ada dekat bilik dia" kata Encik Sufian.
Amsyar mengangguk lalu dia masuk ke dalam biliknya. Selepas meletakkan barang barang di biliknya dia menuju ke bilik adiknya.
"Oi abang balik pun kau tak perasan eh" terjah Amsyar.
"Oh mak ko pocot terpelanting" latah Fatin yang sedang duduk di meja belajarnya.
"Abang !" Lantas Fatin memeluk abangnya.
"Sihat tak ?" Tanya Amsyar.
"Sihat, abang sihat ke ?"
"Alhamdulillah, eh dik kau sorang je kan dekat rumah, teman abang jumpa kawan abang jom" ajak Amsyar.
"Lelaki ke perempuan ?" Tanya Fatin.
"Lelaki"
"Malas lah lelaki" kata Fatin.
"Alah jom lah Fatin teman abang" rayu amsyar. Akhirnya dia akur dengan permintaan abangnya.
"Adik siap kejap" pinta Fatin
"Baik abang tunggu dekat kereta, jangan lama sangat"
Dia mencapai sehelai tudung bawal berwarna putih lalu dia mengenakannya dengan blouse berwarna cream. Dia mencapai stokin dan beg tangannya lalu berjalan keluar dari biliknya.
"Nak kemana ?" Tanya encik Sufian.
"Abang ajak keluar" kata Fatin.
Encik Sufian mengangguk lalu memandang kepergian anaknya itu
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab4
"Best tak belajar dekat bandar ?" Tanya Fatin.
"Best gila weh, kau tak nak sambung belajar ke ? Sia sia lah 11 A+ kau tu kalau tak sambung belajar" kata Isya. Dia mengangumi rakan baiknya itu. Sudahlah cantik pandai pula.
Fatin mengeluh. "Macam kau tak kenal Abah aku tu" kata Fatin hampa.
Isya mengangguk. Dia mengenali sikap Encik Sufian yang tidak membenarkan anak perempuan untuk menyambung pelajaran. Cermerlang bagaimana pun keputusan anaknya dia tidak akan membenarkan dengan alasan 'alah anak dara belajar tinggi tinggi ke dapur juga nanti'.
"Aku cadangkan aku nak kerja dekat bandar, nanti dah ada duit poket aku nak sambung belajar" kata Fatin.
Isya membutang kan matanya.
"Serius lah kau nak cari kerja dekat bandar ? Abah kau kasi ke ?" Tanya Isya.
"Abah aku kasi tapi kena tunggu abang long aku balik dulu, baru aku boleh ikut dia ke bandar" kata Fatin.
"Bila abang long kau balik ?"
"Minggu depan mungkin" kata Fatin
"Assalammualaikum" percakapan mereka berdua terhenti selepas mendengar orang memberi salam
"Waalaikumussalam, lambat umi balik ?" Sambut Fatin
"Biasalah kalau dah jumpa makcik Hajar tu, semua cerita dia nak buka, kalau umi melayan gamaknya kamu tak makan tengah hari lah" kata Puan Maria.
"Assalamualaikum makcik" tegur Isya lalu dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Puan Maria.
"Eh Isya ! Mintak maaf ye nak makcik baru perasan kamu" kata Puan Maria lalu menyambut huluran tangan itu.
"Eh tak apa makcik, saya singgah pun sekejap je nak tengok si Fatin ni" kata Isya.
"Ha ye lah, Fatin kamu borak dulu dengan Isya. umi nak ke dapur" kata Puan Maria.
Fatin hanya mengangguk.
"Kau ingat lagi tak Hazim ?" Tanya Isya.
"Hazim Hakim ?" Tanya Fatin kembali
"Haah"
"Budak skema kelas sains tu, ha kenapa ?".
"Dia satu universiti dengan aku, by the wat dia tak skema dah weh hensem nok dia" puji Isya.
Fatin hanya membuat riak biasa sahaja. Lelaki yang pernah mengoratnya pada zaman sekolah dulu, walaupun sudah ditolak beberapa kali, namun dia masih berusaha mendapatkan dirinya.
"Eh Fatin aku nak kena gerak balik ni, kang nanti mak aku bising pulak merayap je" kata Isya.
Fatin bingkas bangun lalu bersalam dengan Isya.
"Nanti free free lagi datanglah sini lagi, aku bosanlah" kata Fatin.
"Yelah Fatin, okey okey aku gerak dulu byee" Isya melambaikan tangan kepada Fatin lalu dia berlalu meninggalkan perkarangan rumah Fatin.
Fatin menutup pintu utama lalu berjalan ke dapur.
"Dah balik dah Isya ?" Tanya Puan Maria.
"Dah umi"
"Kak ngah kamu mana ?"
"Dalam bilik" kata Fatin.
Puan Maria menyambung kerjanya kembali. Fatin membantu umumnya di dapur.
"Siapa datang tadi umi ?" Tanya Najwa.
"Isya" balas Fatin.
"Oh kenapa dia datang ?"
"Saja nak jumpa adik, rindu katanya".
"Minggu depan abang long balik kan umi ?" Tanya Fatin.
"Haah kenapa ?"
"Ermm sebenarnya macam ni, Fatin ingat Fatin nak ikut abang long pergi KL"
Puan Maria dan Najwa memandang Fatin serentak.
"Biar betul kau ni dik, kau pergi nak sana buat apa, nanti nak duduk mana, siapa nak tanggung makan minum kau" kata Najwa.
"Alah adik nak pergi sana sebab nak cari kerja lah, nak sambung belajar abah tak bagi" protes Fatin.
"Dekat kampung ni dah tak ada kerja langsung ke sampai nak pergi KL sana tu" sindir puan Maria.
Fatin mengeluh.
"Bolehlah umi please, kalini je umi" rayu Fatin. Najwa dan Puan Maria saling berpandangan.
"Kamu tanya abah lah nanti, kalau abah bagi baru umi bagi" kata Puan Maria.
Fatin mengangguk lalu dia berjalan masuk ke dalam biliknya.
"Aku akan keluar dari kampung ni dan cari kerja dekat bandar nanti" dia mengomel seorang diri.
Assalamualaikum. okeyh first kali aku nak mintak maaf banyak - banyak mewakili may . aku daniall . ass dia. bermulai hari ini, saat ini, mayy dah tarik diri jadi admin dan aku ikut dia . dia tak nak jadi admin kat sini dah. aku faham dia tekanan sangat hadapi segala cabaran . tapi tu tak bermakna dia takkan tulis cerita dah . dia tetap akan tulis cuma berlainan channel . tajuk novel mungkin juga ditukar berserta jalan ceritanya . aku harap sangat jangan ada yang copy cerita dia even sedikit mana pun . dia dah cuba dah naikkan subs channel ni tapi macam tak berkesan semenjak is takde. channel pula jadi sunyi membuatkan dia dah betul - betul patah semangat . aku mintak maaf sekali lagi . aku harap yang ada ni boleh stay sini walaupun mayy dah takde kat sini . mcm yg aku ckp, dia mungkin ada kat channel orang lain . thanks so much sebab selalu support mayy . selalu bagi semangat kat dia dan tak pernah buat dia jatuh . jangan left tau channel ni, ingat is . if ada apa-apa kekeliruan pm mayy ataupun aku je. thank you .
Читать полностью…🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab2
"Dah abah tak bagi sambung belajar, adik nak cari kerja lah lepastu dah ada duit poket sikit bolehlah sambung belajar kan ?" Kata Fatin.
Najwa menggelengkan kepala.
"Kalau abah tau, tak ke abah marah adik nanti" kata Najwa, adiknya yang sorang ini memang degil, kalau dia nak sesuatu dia akan dapatkan juga walaupun harus bertarung nyawa.
"Alahhh tak apa akak tolong lah back-up adik" balas Fatin sambil menggedipkan dua belah matanya.
"Ikut kau lah dik, akak cuma nak pesan, duduk bandar lagi susah tau tak, memang peluang kerja banyak tapi kehidupan dia berbeza dengan kita yang dekat kampung ni" pesan Najwa.
Fatin hanya mengangguk sahaja kemudian dia keluar dari bilik kakak. Dia bertekad dia akan keluar dari kampung ini.
Tapi perkerjaan apa yang sesuai dengan dirinya yang lemah lembut ini.
Dahulu pun dia pernah berkerja sebagai guru di sebuah tadika, itupun hanya 6 bulan sahaja, selepas 6 bulan dia berhenti berkerja.
~
"Kau apply cuti bila Haidar ?" Tanya Danial.
"Minggu depan, aku apply seminggu" balas Haidar.Seketika mereka berdua senyap.
"Kau tak teringin ke Haidar nak cari babysitter untuk anak kau ?" Kata Danial membuka topik kembali.
Haidar mengeluh. Dia sudah penat hendak menjawab soalan rakannya itu.
"Aku tak boleh nak percaya dekat perempuan lagi Dani, susah lepas apa Bella buat dekat aku" kata Haidar.
Danial turut mengeluh. Siapa tidak mengenali Haidar, jejak ini sekiranya dia sudah membenci kepada sesuatu, akan tetap membenci selama lamanya.
"Ikut kau lah Haidar, tapi kalau nak cari babysitter kau call je aku, aku tolong carikan" Tawar Danial.
Haidar hanya mengangguk. Selepas mereka selesai makan, mereka terpisah kembali untuk memulakan penerbangan masing-masing.
Destinasi penerbangan terakhir Haidar adalah di Malaysia. Selepas tiba di Airport langsung dia bergegas untuk pulang. Dengar tergesa gesa dia berjalan, tiba tiba dia terlanggar seseorang.
"Aduhh" kedengaran suara seorang perempuan mengaduh.
"Ishh orang nak cepat lah terlanggar lah apa lah" Haidar bingkas bangun.
"Sorry" ucap Haidar tunduk.
"Haidar ?" Sapa perempuan itu. Haidar mengangkat wajahnya, lantas riak wajahnya berubah.
Dia lantas mengutip bagnya yang terjatuh lalu berjalan meninggalkan perempuan itu. Namun perjalanan di tahan oleh perempuan itu. Lengannya di paut.
Haidar mengeluh. "Nak apa lagi ?" Kata Haidar dingin
"I nak jumpa you sekejap, please ada hal yang perlu I tanya pada you" Rayu Bella.
"Aku nak cepat lah, esok esok tak boleh ke ?"
"No I nak settelkan benda ni cepat" kata Bella lagi seolah olah memaksa Haidar.
"Fine, kita bincang dekat rumah mama" kata Haidar.
Bella tergamam. Rancangannya hendak berduaan dengan Haidar gagal.
"But I nak kita bincang berdu..."
"Nabila Irdeena, kita dah tak ada apa apa hubungan, tak manis orang tengok kita berdua duaan, kalau dekat rumah mama sekurang kurangnya ada Mama and Thaqif" kata Haidar malas.
Nak tak nak Bella hanya mengangguk sahaja. Mereka berdua pulang ke rumah mama.
"Assalamualaikum mama Haidar dah balik" balas Haidar.
"Waalaikumussalam ye Haidar" Puan Kaisah berjalan ke arah anaknya itu.
"Assalammualaikum mama" Bella memberi salam kepada puan Kaisah.
"Eh Bella pun ada waalaikumussalam"
"Ada apa Bella ke sini, nak jumpa Thaqif ke ? Dia ada dekat atas tengah main" kata puan Kaisah.
"Eh tak lah mama, Bella datang ni ada benda nak bincang dengan Haidar"
Puan Kaisah hanya mengangguk sahaja lalu meninggalkan Haidar dan Bella di rumah tamu.
"Apa benda yang nak bincangkan" kata Haidar.
"Haidar.. i Miss you so much"
"Just straight to the point" kata Haidar malas.
Bella mengeluh hampa.
"I-I nak rujuk dengan you" kata Bella teragak agak.
Pantas Haidar memandang Bella.
"Kau ? Nak rujuk dengan aku ? Haha, kau tak ingat ke macam mana kau buang aku dulu, ha Nabila Irdeena ?" Haidar mengungkit kisah penceraian mereka.
"Ya I tau I salah, please Haidar give me another chance ?" Rayu Bella.
🦋✦Mr Pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbprolog
"lepas ni flight kau kan Haidar ?" Tanya Danial.
"Haah aku nak kena cepat ni, sampai jumpa nanti bro Chaw". Haidar berjalan ke arah lapangan terbang lalu naik ke atas kapal terbang.
"Semua dah check ?" Tanya kapten kapal kepada Haidar. "Sudah kapten" balas Haidar. Dia hanya duduk diam kaku disitu sementara menunggu semua penumpang masuk ke dalam kapal terbang. Selepas beberapa minit dia menunggu akhirnya para penumpang sudah memasuki kapal terbang tersebut lalu Haidar membuat pengumuman.
"Selamat pagi kepada semua para penumpang, saya Kapten Isyraf Haidar. Pastikan anda semua dalam keadaan selesa dan selamat. Terima kasih".
Selepas semua keadaan berjalan lancar, dia memulakan penerbangannya. Penerbangan dari Malaysia yang menuju ke Indonesia mengambil masa 2 Jam. Selepas 2 jam mereka selamat sampai ke destinasi.
"Yow bro, macam mana flight okey ke ?" Tanya Alex. "Okey je bro cuma penat sikit, Harini banyak flight lah" balas Haidar."Biasalah tu, eh jom makan tengah hari, kau pun mesti belum makan kan ?". Haidar hanya mengangguk sahaja. Mereka makan di cafe yang berada di Airport.
"Macam mana anak kau sekarang ? Semenjak dua menjak ni aku tengok kau macam busy semacam je, anak kau siapa jaga ?" Tanya Alex. Haidar mengeluh lemah. "Itulah, aku dah tak banyak masa dah dengan anak aku tu, sekarang ni anak aku tu Mama aku jaga, kalau aku ada flight aku hantar lah dekat mama aku" balas Haidar sambil menghirup kopi yang panas.
"Mama aku pun dah tak larat nak jaga anak aku dah" sambung Haidar. "Aku rasa better kau cari babysitter jelah Haidar" saran Alex.
Haidar memandang sinis ke arah Alex "babysitter ? Haha memang taklah, aku dah tak percaya mana mana perempuan kecuali mama aku, perempuan ni semua sama je" kata Haidar. Dulu dia sangat mencinta bekas isterinya sehingga dia sanggup berikan apa sahaja, namun selepas dia mendapat tahu bahawa bekas isterinya curang dengan lelaki lain, lantas dia menceraikan bekas isterinya. Bagi Haidar tiada lagi perempuan yang perlu dia percaya dalam dunia ni kecuali mamanya.
"Haih kau ni kalau tak sampai bila nak suruh mama kau jaga ?" Tanya Alex lagi. "Hei Alex cuba kau bayangkan, kalau babysitter tu apa apa kan anak kau macam mana, aku tak percaya orang luar lah Alex" balas Haidar, dia sendiri sedang buntu. Sampai bila dia nak mengharapkan mamanya yang menjaga anaknya. Baru baru ini dia mendapat perkhabaran bahawa anaknya itu semakin nakal, mana mampu lagi mamanya hendak menjaga anaknya yang sudah berusia 4 tahun itu.
"Ikut kau lah Haidar" balas Alex. Tiada guna dia cakap pasal perempuan dengan Haidar kerana dia tau Haidar seorang yang 'Anti' pada makhluk bernama perempuan.
"Mungkin aku akan ambil cuti untuk luangkan masa dengan anak aku" kata Haidar. "Baguslah, jangan risau pasal flight kau aku dengan Danial tolong cover" kata Alex.
"Wah nice lah Alex sayang kau" kata Haidar lalu dia seperti mengacah acah untuk memeluk Alex.
"Geli lah sial, nak peluk peluk pulak" kata Alex lalu dia membuat reaksi hendak muntah. Haidar hanya gelak sahaja melihat reaksi Alex.
>>>>>>>> <<<<<<<<<
"Assalamualaikum mama Haidar dah balik" kata Haidar yang baru memasuki rumah agam itu.
"Waalaikumussalam ye Haidar mama dekat dapur ni" laung Puan Kaisah dari dapur.
Haidar mencabut tali tie yang tersemat di lehernya dan meletakkan bagnya di sofa lalu berjalan menuju ke dapur.
"Ma masak apa sedap je bau" kata Haidar.
"Mama masak, masak lemak ayam je Haidar tu je" kata Puan Kaisah.
Haidar duduk di meja lalu dia mencapai pinggan dan menceduk nasi ke dalam pinggan.
"Mama nak cakap sikit dengan kamu ni Haidar"
"Apa dia ma ?" Tanya Haidar yang sedang menjamu makanan itu.
"Pagi tadi.. Bella ada datang sini" kata puan Kaisah.
Haidar tergamam. Dia menguis nguis nasi di dalam pinggan itu. "Dia nak apa datang jumpa mama ?" Tanya Haidar dingin
"Dia datang jumpa Thaqif" balas puan Kaisah.
★ ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━
૮₍ ଗ ᨳ Mr. Pilot Miss Babysitter 💌
🎀⩉ #sinopsismpmb ♡
ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׅ━ ★
Jadi babysitter ? Berkahwin ?. Ughh, bagai mimpi buruk yang berlaku kepada diri Fatin selepas dia mengetahui dia perlu menjadi "babysitter" kepada anak seorang duda yang hanya dia kenali daripada abangnya.
Demi menyambung pelajarannya dan mencari duit poket, dia menerima tawaran tersebut. Alah jaga budak sahaja, mudah bagi dirinya. Namun sangkaan nya terpesong. Siapa sangka, anak dari seorang duda itu bersifat nakal dan susah di atur membuatkan dirinya berputus asa.
Satu konflik telah berlaku di antara si duda dan bekas isteri nya, demi menyelamatkan keadaan, Fatin terpaksa menjadi "bidan terjun " kepada si duda tersebut. Dia perlu berkahwin dengan duda tersebut. Apakah Fatin merelakan perkhawinan itu atau hanya memenuhi hasratnya untuk menyelamatkan keadaan ?
Teen fiction
Start: 23 June 2022
End:
━━━━━━━━━ ・ ・ ・ぉ
⋆ ʬʬʬ @novelmrspanda .𝗰ᨵ𝗺 ‹3
╭┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ ✦
sweetie pie
✦ ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈╯
ִ۟ ˒ ׁ۪૮ list ch♡pter Mr Google I Love You !۪ 𓄳۪ 🪜˵ ִ ۪۫
꒱🪜 #MGILYsinopsis ‹3
⋆ 🧺 #coverbookmgily
⋆ 🧺 #MGILYProlog
⋆ 🧺 #MGILYBab1
⋆ 🧺 #MGILYBab2
⋆ 🧺 #MGILYBab3part1
⋆ 🧺 #MGILYBab3part2
⋆ 🧺 #MGILYBab4
⋆ 🧺 #MGILYBab5Part1
⋆ 🧺 #MGILYFamily
⋆ 🧺 #MGILYBab5Part2
¡ ⨾ #MGILY (vol 1) OG ﹆ׂׂ ˖
﹆ׂׂ ˖ hrt #αsydαnny 🕰
─────── ・ ・ ・ ✦
˓ ִ۟ ꒰ heαrt @secretz_12 ˓˓ ꒱
⋆ ʬʬʬ @novelmrspanda .𝗰ᨵ𝗺 ‹3
#MGILYBab5Part2
"Bila Faqih nak bawa keluarga Faqih jumpa kami?" tanya Che Intan Safiya.
"Mungkin esok petang. Sebab harini, abi dengan mama baru pulang dari bercuti." jawab Faqih.
"Esok kau nak datang eh. Mummy, Ian tak ada kat rumah tau esok. Ian nak keluar date dengan Ilyana." ujar Hayyan.
"Sampai hati kau, long. Esok nak berbincang. Kau pulak nak date." ujar Ariana acah sedih. Drama kuat Ariana ni. Apa lah nasib Faqih dapat bini kuat berdrama ni.
"Sampai hati atau tak, along tetap nak keluar esok. Yang nak tunang angah bukan along. Pasal along mummy dah bincang dengan umi. Angah tahu apa. Merayau je lebih." kata Hayyan malas. Orang nak date, ada pula suruh cancel. Kerat 14 satgi.
"Mummy, tengok Along tu." ujar Ariana.
"Betullah apa along kamu cakap tu. Urusan dia dah selesai. Biarlah dia nak dating sekalipun." bebel Che Intan Safiya.
"Betul tu, sayang. Rian kan yang nak tunang. Abang kamu tu biar lah, dia nak keluar. Dia nak bawa lari bakal tunang dia sebab musuh bakal tunang dia nak datang rumah esok. Tu yang diaorang nak date." terang Encik Fattah. Ini Fattah lah, semua benda dalam poket dia. (Ceh riak betul.)
"Betul tu, Flower. Biarlah Hayyan nak keluar dengan Ilyana. Biarlah abang flower nak dating." sokong Faqih.
Muram muka Ariana apabila semua orang back up abangnya. Hayyan sudah memaparkan senyuman manisnya.
Hehe, dating yahoo.
****
"Abang Long Ray serius ke ni nak bawa bakal bini abang datang rumah? Tak main-main." tanya Ilyana yang ke seratus kalinya. Dia pelik. Tak pernah abangnya ada perasaan kat perempuan. Macam something wrong somewhere je.
"Betullah angah. Buat apa along nak tipu. Buang masa je." ujar Rayden malas. Penat dia menjawab soalan sama adiknya. Balik-balik ditanya soalan yang sama.
"Ingat long, ambil twins esok. Abang Long tak ambil diaorang angah kerat bebird along." ugut Ilyana.
" Apa kata kita call twins. Tanya twins, siapa yang twins nak suruh ambil kat airport nanti." cadang Rayden.
" Okay. Angah on je. We will see." ujar Izzandra. Rayden mengeluarkan telefon berjenama Vivo dari poket seluarnya. Ikon WhatsApp ditekan. Nombor twins dicari. Butang video call ditekan.
Trutt Trutt Trutt Trutt
"Hello little Ilman" ujar Rayden selepas adiknya menjawab panggilan.
"Waalaikummusalam, abang long Ray." sindir Irman. Izzandra menahan tawa.
"Maaflah little Irman. Abang lupa nak bagi salam. Mana little Ilman. Rasanya abang call Ilman bukan Irman." tanya Rayden.
"Ilman turun buat air. Abang long ni kenapa? Kitaorang bukan budak lagi. Nak ber little bagai." ujar Irman tidak puas hati.
"Ada nampak abang long kisah. Selagi umi tak bersalin, selagi tu lah korang little boy abang long." kata Rayden.
Izzandra menggeleng kepala. Apa nak jadi lah dengan abang sulungnya itu. Dengan adik pun nak gaduh. Lain orang suruh, lain dibuatnya.
"Assalamualaikum, adik-adik angah. Apa khabar?" ujar Izzandra. Rayden memandang Izzandra tajam.
"Waalaikummusalam, angah. We miss you, angah. Alhamdulillah sihat angah." ujar Twins.
"Angah miss you guys too. Angah nak tanya sesuatu ni." kata Izzandra.
"Angah mesti nak tanya siapa yang akan ambil kitaorang an?" teka Irman.
"Ye, betul lah tu. Pandai korang ni." puji Ilyana.
"Angah je lah yang ambil kitaorang, tak nak abang long. Nanti ada bakal bini along. Dislike. Dislike. Dislike. Tapi guna duit along. Along kan kaya, angah kan tak ada duit. Asyik duit angah je." ujar Ilman tidak suka.
"MUAHAHAHAHAHAHAHA! Kita geng twins, angah pun tak minat. Tak apa, esok angah ambil twins, kita guna card along. Boleh balik lambat." cadang Ilyana berniat jahat. Ternganga mulut Rayden mendengar pengakuan adik-adiknya.
"Okay cun angah. Angah bawa abang Ilyas sekali tau. Kita boleh lepak-lepak. Jangan lupa card abang long tau angah. Kita orang nak end call dulu, nak kemas barang. Kirim salam kat semua tau angah, good night. Assalammualaikum." kata twins ingin meminta diri.
"Orite twins, nanti angah sampaikan. Good night, waalaikummusalam." balas Ilyana kemudian mematikan telefonnya.
"Habis dah?" tanya Rayden.
"Dah. Nak card. Teehee." pinta Ilyana.
📍; ↱[ #chap9cintalana ]↲ෞ
- POV CINTA -
"Come." Helmet pada kepalaku dibuka perlahan-lahan oleh Luqman.
Secara tiba-tiba,
BUSHH!!
Wajah Luqman ditumbuk oleh seorang lelaki yang sedikit berusia dari kami berdua.
"LUQMAN!!" Aku terus berlari mendapatkan Luqman yang sedang terbaring kesakitan.
"HOW DARE YOU TOUCH MY DAUGHTER!" Suara itu terus membulatkan mataku.
"WHAT WRONG WITH YOU!" Dengan keadaan marah aku terus menolak kedua-dua bahu lelaki yang bergelar .. papa.
"Cinta, how could you push me like that?" Lenganku terus digenggam oleh papaku.
"Let her go uncle, or who ever you are." Terus Luqman menarik tangan papaku dan mengenggam lenganku lalu terus berdiri dihadapanku sambil menahan perit ditumbuk.
"Who are you? Her boyfriend, huh? I know all Cinta's friends but i never see your face before. Don't be rude.."
Tanpa berfikir panjang, aku terus memeluk lengan Luke dengan erat dan menolaknya agar menjauhi papaku.
"Stay away from him or i will lose all my respect to you as my father."
"Dear, what's happen?" Muncul lah seorang wanita yang aku labelkan sebagai ' penghancur keluargaku '.
"Eh kenapa ni? Cinta buat apa dekat sini? Cinta nak jumpa papa dengan ibu.."
"You're not my mother. Don't you ever call me Cinta. And one more thing, mind your own business please."
Terus aku kembali melangkah bersama Luqman dan tanpa aku sedar, tanganku masih kemas memeluk lengannya.
"Tunggu sini." Aku terus menarik sebuah kerusi untuk Luqman lalu terus melangkah masuk kedalam sebuah kedai.
Aku mengatur langkah keluar dari kedai itu dengan membawa sebuah plastik kecil yang berisi ais.
"Sini la.." Tegasku sedikit apabila Luqman seakan menjauhi dari aku.
"Sorry pasal tadi." Kataku perlahan sambil menyapu ubat luka pada hujung bibirnya.
"He is the one i hate the most.. the one who left my mother when she need him by her side." Sekali lagi air mataku menitis ketanah.
"Kau kenapa ni? Harini kau asyik nangis je. Tak best tau." Tangan kasar Luqman dengan pantas mengesat air mataku.
"Aku baru je nak ajak kau makan aiskrim dekat depan restoran tadi, nak happy kan kau." Kata-kata Luqman sedikit demi sedikit seakan memunjuk hatiku.
"Aku betul-betul minta maaf pasal tadi tau." Kataku perlahan.
"Sini aku tuam dengan ais. Nanti makin teruk lebam tu." Aku pun meletakkan ais yang berada didalam plastik itu dengan perlahan-lahan.
"Kau nak tahu something tak?" Soalan Luqman menarik perhatian aku.
"Bila aku dengan kau, baru aku dapat rasa kasih sayang even dari seorang kawan.."
"Eh bukan, aku kan "boyfriend" kau." Terus Luqman tersenyum lebar.
"Itu dia yang cakap, kau dah kenapa!" Entah mengapa aku beremosi..
"Weh Lana.. lek arr aku gurau.. sorry arr.. jangan marah cenni." Luqman memujuk sambil memegang tanganku dan memandang sayu kedalam anak mataku.
"Jom arr balik. Aku penat." Aku terus meletakkan plastik yang berisi ais itu diatas tapak tangan Luqman lalu terus melangkah laju meninggalkannya dibelakang.
"Aku hantar kau balik eh." Bisikan Luqman menusuk gegendang telingaku sambil tangannya lincah memakaikan helmet padaku.
"Hm." Ringkas aku menjawab.
SKIP.
Sebaik tiba dihadapan pagar rumahku, aku terus menepuk bahu Luqman agar memberhentikan motornya disitu saja.
"Dear.." Atuk rupanya sudah menunggu aku didepan pintu masuk bersama papa dan .. auntie Sarah (ibu tiri).
"Em ni kawan Cinta, Luqman." Kataku gugup.
"Kawan apa sampai naik motor berdua? Ntah sejak bila Cinta pandai naik motor ni." Bebelan papaku berjaya mengubah riak wajah atukku menjadi semakin bengis.
"Luqman kau balik dulu, esok kita jumpa." Kataku perlahan.
"Tengok tu, esok nak jumpa lagi. Cinta pandai ponteng sekolah sekarang ni kan?"
"HE IS MY CLASSMATE, DATO' KHAIRUL JAILUDDIN. CAN YOU STOP TALKING NONSENSE? LAST TIME YOU COME HERE WERE THREE MONTH AGO. AND YOU DON'T COME HERE TO SEE ME BUT YOU JUST WANT TO TALK TO ATUK ABOUT BUSINESS. AND NOW YOU COME HERE THEN TALK SHIT ABOUT ME. HUH, ITS SO GREAT TO HAVE A FATHER LIKE YOU." Kesabaran aku sudah melampaui batas.
Aku terus memberanikan diri untuk menyentuh tangan Lana.
"Kau boleh percaya aku.." Kataku dengan lembut.
"Aku taktau la nak cakap macam mana.." Lana terus mengambil tempat disebelahku tanpa menarik semula tangannya.
"Cerita dekat aku. Apa yang jadi?" Sengaja aku menggenggam tangan Lana dengan lebih erat untuk melihat reaksinya.
"Aku.. aku pernah sayang someone ni more than my own self. Then, satu hari dia buat aku kecewa. Kecewa sangat-sangat." Tanpa aku duga air matanya mengalir dipipi.
Baru saja tangan milik Lana bergerak ingin mengesat air matanya, jari jemariku lebih pantas mengesatnya.
Mata aku dan Lana bertembung selama beberapa saat.
"Em.." Aku cuba kembalikan situasi yang selesa..
"Aku sebenarnya .. Aku just nak kau tahu kalau kau tak ready untuk story dekat aku, aku akan sentiasa ready bila - bila masa ja kau perlukan aku. Dan.. walauapapun masalah yang kau ada, aku akan ada dengan kau, untuk kau. Dan juga.. kalau satu hari kau terfikir kau takde sesiapa dalam dunia ni, takde siapa yang sayang kau, takde sesiapa yang nak backup kau. Waktu tu aku nak kau ingat, aku akan sentiasa ada untuk kau."
Entah macam mana ayat tu terkeluar dari mulut aku...mungkin dari hati.
"Jom aku bawa kau pergi satu tempat."
"Taknak ar.." Lana menolak dengan sayu lalu terus menarik tangannya dari peganganku.
"Please ikut kali ni. Aku yakin kau takkan menyesal ikut aku. Trust me?" Aku menghulurkan tangan kananku sambil menunggu jawapan dari Lana.
"Okay.." Lana pun menyambut tanganku lalu berjalan beriringan denganku menuju kearah motorsikal milikku.
"Sini aku pakaikan." Aku terus merapatkan jarak aku dengan Lana dan menundukkan badan sedikit kerana Lana ketinggiannya hanyalah bahu aku.
"Kau buruk juga eh bila nangis." Sengaja aku mengusiknya.
"EEEEE." Lana terus mengesat baki air matanya sambil tersenyum.
Kedua-dua tanganku terus bergerak untuk memakaikan helmet pada kepala comel Lana. Eh jap aku cakap comel eh? Hiks.
"Sorry la aku ada motor buruk ni je nak bawa kau. Aku takde kereta mewah macam kau.." Ngomelku perlahan sebaik selesai.
"Weh aku tak cakap apa pun eh. Lagipun aku mana penah naik motor. So cepat sikit eh, aku excited nak naik ni." Bebel Lana.
"Ha naik arr. Pijak tu yang kelabu tu." Kataku lembut.
"Macam mana nak naik!!" Rungut Lana.
"Kau pijak benda alah tu then kau pegang la bahu aku astu kau naik la."
"Hah? Takpa ke centu?" Soal Lana blur.
"Naik cepat Cinta Lana." Ugutku dengan membulatkan mata kearahnya.
"YEAYYY DAH NAIKK!!!"
Keterujaan Lana sebaik berada dibelakangku membuatkan aku tersenyum lebar.
"Peluk aku! Kang jatuh tergolek, senget hidung kau aku tak tahu.."
BUKK!!
Dengan erat Lana terus memeluk aku.
"Kau jalan cepat, membebel je kerja kau." Bising Lana apabila aku seakan terdiam apabila dia memelukku.
"Ha yer sabooo." Aku pun terus menunggang motor itu menuju ketempat yang aku katakan kepada Lana.
Diorang pergi mana? Tunggu next chapter okay >< stay tuned 🤍
📍; ↱[ #chap8cintalana ]↲ෞ
"Sekarang aku nak kau cerita dekat aku semua benda yang kau sembunyikan dari aku tapi aku patut tahu." Tegasku sambil menggengam erat cebisan bajunya.
"Apa ni tarik-tarik baju aku?" Bebel Imran perlahan.
"Takpa arr." Aku terus melepaskan genggaman aku.
"Dah pandai berahsia en kau dengan aku. Takpa arr. Aku ingat kita bestfriend dunia akhirat dow, takde rahsia apa semua. Takpa arr."
Sengaja aku membuat ayat pasrah dan mula melangkah perlahan-lahan.
"Lana.. Lana!" Panggilannya sengaja aku abaikan.
"Weh weh okay aku cerita. Jangan macam ni dengan aku dow."
Perlahan-lahan Imran menarik tangan aku dan menyuruhku duduk disebelahnya.
"Kau ada 10 minit. Kalau tak aku blah." Merajukku lagi hiks.
"Okay okay. Sorry sebab aku rahsiakan benda ni tapi.. aku just taknak kau sakit lagi macam dulu. Aku sayang kau, kau tahu kan?" Ayat Imran cuba aku hadam sedikit demi sedikit.
"Mirz dan parents dia.. kemalangan and papa dan mama dia meninggal sebelum sampai hospital.."
Terus aku terkedu disitu. Lidahku bagaikan terbelit tidak mampu bersuara.
"Mirz pula cedera parah dan dia koma 2 bulan. Kaki dia patah, tengkorak kepala dia belah kanan ada retak dan.."
Ayat Imran tergantung disitu.
"Dan?" Air mataku yang mengalir dari awal tidak aku hiraukan.
"Dia hilang ingatan tentang semua benda kecuali kau dan kenangan manis korang sebelum korang putus."
"Mirz..." Namanya disebut dibibirku.
"Kau sepatutnya bagitahu lebih awal kalau betul kau sayang aku, Imran."
Terus aku melangkah pergi dengan hati yang sedikit kecewa apabila Imran merahsiakan perkara yang begitu penting untuk dia tahu.
SKIP
Sebuah pokok besar yang sentiasa aku pergi kesitu untuk tenangkan diri menjadi tempat yang aku tuju sebaik mendengar kata-kata Imran. Silent pula hanya berjalan bersamaku kemana saja aku pergi sebaik keluar dari pagar sekolah.
Sekolah.. langsung aku tidak hiraukan. Biasalah bila jadi anak orang yang terpengaruh, boleh sesuka hati je ponteng sekolah. (back to the topic)
"Come." Arahku kepada Silent. Silent yang kini seberat 75kg terus melompat dan perlahan-lahan duduk ni atas ribaku.
"Makin berat Silent ni." Bebelku cuba menenangkan diri sambil mengusap kepala dan badan Silent.
"Weh !! Bodoh la Lana !! Terkejut aku !!" Secara tiba-tiba aku mendengar keluhan dari mulut Luqman.
"Eh kau pahal Luqman! Macam mana kau boleh tahu tempat ni hah! Kau ikut aku ke?"
Bengisku sambil menampar lengan Luqman beberapa kali.
"Sesuka hati kau je panggil aku Luqman. Aku Luke la! Btw, aku memang selalu datang sini la. Aku tahu tempat ni sebelum kau masuk sekolah tu lagi tau tak?" Bidas Luqman.
"Hah aku kesah apa, dah nama kau Luqman. Cukup elok aku tak panggil kau Longkang! Btw, aku tahu tempat ni since aku umur 6 tahun okay. Kau baru pindah sini setahun je so kau jangan nak ' palataw '." Balasku geram.
"Eyy kau ni.." Baru saja Luke bergerak satu langkah kehadapan, Silent mula berderam.
"GRRRR.." Silent memandang tajam kearah Luqman.
"Eh kau ni tak takut dosa ke bela anjing hah!" Secara tiba-tiba dia menukar topik.
"Woi dia bukan anjing la. Dia serigala!" Geramku.
"Kau tu yang anjing.." Tambahku perlahan.
"Kau cakap aku anjing.. "
"Ok aku salah. Aku just pantang bila dengar orang cakap aku bela anjing." Potongku untuk mengelak daripada bergaduh.
"Jom Silent, balik." Aku pun melangkah perlahan-lahan bersama Silent.
"Em weh."
- POV LUKE -
' Walauapapun cara kau nak guna, aku tak kesah. Yang penting, aku nak kau kikis duit cucu tan sri tu. Kalau tak, aku akan suruh abang kau guna cara kasar! Aku nak duit aku tak kira!! ' Amukan Ibuku terus bergema didalam fikiranku.
'Baik aku ambil peluang ni untuk dekat dengan Lana.' Ngomelku sendiri dalam hati.
"Em weh." Dengan selamba aku memanggilnya.
"Kau free tak? Aku nak ajak training basketball. Tinggal 3 minggu je lagi en?"
'ARGHH, tembak je lah. Training pun training la.' Rungutku apabila terfikir bertapa penatnya aku kalau berlatih dengan Lana yang lebih aktif dari aku.
📍; ↱[ #chap7cintalana ]↲ෞ
"Hah, dah kenapa panggil aku time weekend macam ni?"
Soal Imran sebaik tiba di court basketball.
"Kau ada rahsia apa-apa kedari aku?" Soalku sambil memeluk bola.
"Rahsia apa pulak ni, Cinta Lana? Dah dua kali kau tanya aku tau. Apa kata kau cerita apa masalahnya? Apa yang tak kena?" Imran pun mengambil tempat di tempat duduk penonton.
"Aku tak pasti. Sejak dua menjak ni, aku rasa macam ada orang perhatikan aku. Silent pun rasa benda yang sama tapi aku just suruh Silent rilex je lah sebab kau tahu kan aku lebih suka orang lain yang start 'game' dengan aku." Ceritaku bersungguh-sungguh.
"Pastu?" Soal Imran lagi.
Aku pun melangkah mengambil tempat disebelah Imran.
"Semalam aku jumpa 'dia'."
"Serious arr? Kau nampak dia ke?" Soal Imran lagi.
"Dia.. cakap dengan aku.. pastu dia.. pp.. ppee.. peluk aku."
"SI*L lah, ni bukan yang.." Ayat Imran tergantung.
"ARGHHH!!" Jeritan dari luar court menarik perhatian aku dan Imran untuk berlari ke luar.
"Silent, let go." Arahku.
"GGGRRR."
Silent mengundur diri namun dia tetap berderam sambil memandang ke arah.. 'dia'.
"Cinta, let me explain.."
"Get lost." Baru saja aku ingin melangkah masuk kedalam court, tanganku diraut seseorang.
"Please.."
BUKK! Wajah Mirz ditumbuk dengan kuat oleh Imran.
"MIRZ!!" Aku terus mendapatkan Mirz yang terbaring kesakitan.
"KAU PAHAL HAH!" Bengisku kepada Imran.
"BODOH!" Tengkingku lagi.
Melihat Mirz yang dahinya berkerut seribu menahan kesakitan, aku terus memapahnya.
"ARGHH!!" Mirz menjerit sambil menggenggam kuat kakinya.
"Kenapa dengan kaki?" Soalku gelisah.
"Sakit." Balas Mirz perlahan.
"IMRAN, KALAU KAU TAKNAK TOLONG BLAH LA!" TENGKINGKU SEMAKIN MARAH DENGAN SIKAP IMRAN.
Aku dapat mendengar rengusan kasar dari Imran sebelum dia membantu aku untuk memapah Mirz masuk kedalam rumah.
"NEK PAH! BAWAKAN FIRST AID!" Jeritku sehingga bergema didalam rumah agam yang besar itu.
Aku terus mengambil first aid yang dibawa oleh Nek Pah, bibikku lalu membawa keluar bandage untuk membalut kaki Imran.
"Kejap kaki awak.."
Aku terus memerhati kakinya dengan lebih teliti.
"Kaki kiri awak.. patah ke Mirz?" Soalku dengan terkejut.
Bandage pada tanganku terus terlepas apabila terpandang mata Mirz yang sudah berkaca dengan air mata.
Aku menarik nafas dalam untuk bertenang lalu terus mencapai telefon bimbitku yang berada didalam poket seluar.
"EMERGENCY, MY HOUSE. NOW!"
Aku terus putuskan panggilan dan merenung lama kaki kiri milik Mirz yang dahulunya selalu digunakan untuk bermain basketball bersamaku.
Tanpa aku sedar, air mataku menitis kelantai.
"Lana.." Teguran dari Imran terus membuatkan aku bingkas bangun berdiri.
"Cinta." Langkahku terhenti apabila tanganku diraut Mirz.
"DON'T TOUCH HER, BRO." Warning Imran lalu menolak tangan Mirz dari menyentuhku.
"Can you leave us alone?" Minta Mirz perlahan.
"Cik Lana.." Sapaan dari doktor peribadiku menangguhkan niat Imran untuk membalas.
"Do your best." Kataku kepada doktor lalu menarik lengan Imran.
"Let's go." Tegasku apabila Imran mengeraskan dirinya tidak mahu bergerak.
"FINE." Suara Imran yang agak dalam itu menandakan Imran hampir kehilangan tahap kesabarannya.
"Aku rasa aku yang patut marah dengan kau, bukan sebaliknya." Sindirku geram.
"Then? Kau ingat aku nak diam je bila dia sentuh kau sesuka hati macam takde benda yang berlaku? Kau pun sama lah. Tengok muka dia kau terus cair. Dulu konon takkan percaya dia dah, taknak tengok muka dia bagai pastu .."
Ayat Imran terhenti.
"Asal diam? Sambung arr." Potongku sayu sambil menahan air mata yang bertakung.
"Aku sayang kau Lana, aku taknak benda yang sama jadi lagi. Aku dah penat tengok kau sedih, tolong arr. Aku penat, aku minta maaf."
Terus Imran cuba memujuk dengan memegang tanganku namun aku lantas mengelak.
"Kalau kau faham aku, kau sepatutnya tahu apa yang aku rasa bila aku nampak Mirz dalam keadaan macam tu. Tidak mencintai tak bermakna membenci, Imran."
Bunyi pintu bilikku ditutup mematikan niat Imran untuk membalas.
"Go home Imran. I can handle this."
"Kau lupa apa yang anak tiri bapak kau buat dekat kita? Orang kaya semua sama ja! Aku nak balik hak aku!"
Tengking ibuku lalu terus melangkah laju masuk kedalam bilik.
"Apa susah? Kau ajak dia couple astu bila dia jadi awek kau, kau kaut harta dia sampai habis astu kau tinggal la dia. Lepas tu, kau nak dekat perempuan mana pun kau bolah dapat la bila poket kau dah tebal. Kau kena ingat tu."
Sampuk Lutfi sambil menepuk belakangku.
"Jangan sentuh aku la." Bengisku lalu menepisnya.
"Kalau kau tak bole buat kerja tu, bye bye. Sebab aku tak rasa ibu nak simpan anak yang tak berguna macam kau." Tambah Lutfi lagi lalu beredar pergi.
"Semua ni kerja bodoh la." Ngomelku sendiri sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh ibu dan Lutfi.
- END THROWBACK -
"Takkan sebab budak-budak tak guna tu aku kena permainkan Lana? Kau rasa logik ke?" Soalku kepada Yazid.
"Kau apahal ni? Sejak bila kau rasa kesian dekat si Lana tu? Kau suka dia ke?" Soalan yang keluar dari mulut Yazid membuatkan aku terlopong.
"Aku? Suka si diva Lana tu? Memang tak arr. Kau tahu kan aku suka yang manja, ayu, bukannya brutal macam si Lana tu. Dia yang lead team basketball tau tak. Dia boleh.."
"Yah yah kau dah cerita Luke. Takyah banggakan si Lana tu sangat. Mana tau sejak kecil dia memang main basketball. So tak pelik la kalau dia boleh score macam tu." Potong Yazid.
"Tak aku bukan nak fokus pasal tu. Aku nak cakap yang .."
"Dia limited? Dia tak macam anak orang kaya yang lain? Yang suka berlagak, sombong pastu apa pun tak reti nak buat? Yah, you are right. She's not like other girls. She's definitely hit different." Puji Yazid pula.
"Amboi kau, tadi kau yang cakap jangan nak banggakan dia sangat." Potongku pula.
"Aku bukan banggakan dia. Aku puji yang dia tu tak sombong, tak pijak kepala macam anak orang kaya yang lain." Dalih Yazid.
"Yerlah Zid, kau tu dah la jarang nak boleh puji orang." Dugaku sengaja.
"Sebab aku jarang puji lah, kau akan tahu bertapa lainnya someone tu bila aku puji dia." Balas Yazid lalu melangkah pulang.
"Kenapa la aku terbabit dalam drama ni.." Ngomelku sendiri lalu melangkah pulang ke rumah.
"Semak lah." Ngeluhku sepanjang perjalanan pulang.
- POV CINTA -
Sedang aku leka berlatih basketball, Silent berderam.
"GGGRRRRR."
"Silent go!" Arahku lalu terus Silent berlari sepantas kilat kearah sesuatu yang sejak beberapa minggu ini menggangu ketenteraman Silent.
"ARGHH SILENT SAKIT."
Suara itu terus menghentikan langkahku yang sudah aku pandang pandang susuk tubuh yang kaki seluarnya digigit kuat oleh Silent.
"Silent, let go." Arahku lalu Silent yang mendengarnya terus akur.
"Cint.."
"Jangan awak berani sebut nama saya dengan mulut awak yang penuh dengan janji palsu."
Air mata secara tiba-tiba bertakung dikelopak mata.
'Tuhan, aku rindu lelaki ini.'
Hatiku yang bisu ingin menjerit untuk memberitahu satu dunia bertapa sakitnya hati aku.
Tanpa aku sangka, Mirz menarik tubuhku kedalam pelukannya.
"Please, i want you in this position just for a minutes."
Suara serak Mirz yang berbisik pada telingaku terus mematikan niatku untuk menolaknya.
"I am sorry, Cinta." Pelukan Mirz dieratkan.
"Let me go, Mirz. I don't wanna hurt you." Mintaku perlahan apabila hatiku yang beku selama setahun lalu hampir gugur melihat keadaannya yang tidak terurus.
Mirz pun perlahan-lahan melepaskan pelukannya dan melangkah sayu menjauhiku.
"Lana!" Panggilan dari Luke membuatkan aku melepaskan pandanganku dari Mirz.
"Kau masuk dulu." Sahutku cuba bertenang.
"Oh okay." Balas Luke lalu hilang disebalik dinding.
"Awak.."
Ayatku terhenti apabila tiada lagi bayang-bayang Mirz dihadapanku.
"Silent.." Aku pun mengusap kepala Silent yang berguling manja di kakiku.
"Let's go." Aku pun melangkah masuk semula kedalam court dengan pelbagai soalan diminda.
'Aku mimpi ke tadi? Kenapa Silent macam okay je? Kalau lah betul Mirz ada lepastu dia lari, mesti Silent akan kejar.'
Ngomelku didalam hati.
"Kau cakap dengan siapa tadi?" Soalan Luke menambahkan keraguan aku terhadap apa yang baru berlaku.
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab9
"Aku rasa minggu depan kau dah boleh bawa adik kau ke rumah mama aku" kata Haidar.
"Boleh tapi aku kena minta persetujuan umi dengan abah aku dulu" balas Amsyar yang sedang menghirup secawan teh panas itu.
Haidar hanya mengangguk. Fatin hanya mengintai mereka dari dapur sahaja. Perbualan mereka pun hanya terdengar samar samar sahaja.
"p-papa ane m-mama ? (papa mana mama ?)" Thaqif menarik narik lengan baju Haidar.
"Mama ada dekat dapur pergi tengok" kata Haidar. Lalu Thaqif bangun dan berjalan ke arah dapur
Amsyar tergamam. "Thaqif panggil Fatin mama ?" Tanyanya untuk kepastian.
"Haah aku pun terkejut juga mula mula, sebab dia tak suka panggil orang sebarangan mama" sambung Haidar.
"Itu yang aku cadang nak suruh adik kau masuk kerja cepat sebab aku tengok anak aku boleh ngam dengan adik aku" sambungnya lagi.
Amsyar tersenyum. "Boleh nanti aku bincang dengan umi dan abah aku" katanya.
Haidar mengangguk. Dia melihat jam tangannya itu. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7 malam, dia bangun dan bersegera meminta izin untuk pulang.
"Eh Haidar kamu nak balik dah ke ?" Tanya Puan Maria.
"Haah makcik" balas Haidar.
"Ishh kamu makan malam dekat sini jelah makcik dah masak banyak dah" pelawa puan Maria.Haidar mengangguk. Dia melihat jam tangannya itu. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7 malam, dia bangun dan bersegera meminta izin untuk pulang.
"Eh Haidar kamu nak balik dah ke ?" Tanya Puan Maria.
"Haah makcik" balas Haidar.
"Ishh kamu makan malam dekat sini jelah makcik dah masak banyak dah" pelawa puan Maria.
Haidar hanya mengangguk.
"Nah kau pergi mandi dulu sekejap lagi nak azan dah" Amsyar menghulurkan sehelai tuala kepada Haidar. Haidar mencapai tuala tersebut lalu berjalan ke arah bilik air.
Kedengaran azan berkumandang di masjid Encik Sufian bersiap untuk ke masjid berdekatan rumahnya.
"Kau dah siap ke ?" Tanya Amsyar.
Haidar mengangguk Fatin yang baru keluar dari dapur terpegun melihat ketampanan Haidar yang mengenakan baju melayu berwarna cyan serta kain pelikat hitam itu.
"Fatin kau tolong tengokkan dulu anak aku, kalau dia nak susu ada dalam kereta, kunci kereta dekat atas tu" pesan Haidar sampai tangannya menunjuk ke arah meja di ruang tamu.
Fatin mengangguk lalu Haidar keluar berjalan bersama amsyar.
Fatin duduk di sebelah thaqif sambil melihat anak kecil itu sedang ralit menonton televisyen.
"fatin Sofea dah solat belum ?" tanya umi kepada Fatin.
"Fatin cuti umi tak boleh solat" jelas Fatin.
Uminya hanya mengangguk sahaja.
"jadi bertulah lah Ahad ni kamu ikut abang pergi KL" kata Puan Maria.
"ye umi, Fatin nak kena jaga Thaqif ni dah" kata Fatin sambil mengusap lembut kepala Thaqif.
"kamu pasti ke Haidar tu baik ?" tanya Puan Maria lagi.
"umi apa umi kata macam tu, tengok cara dia layan keluarga kita pun okey kan ?" lantas dia memotong kenyataan yang cuba di cakap oleh Uminya.
puan Maria menghelah nafas berat.
"dekat sana nanti dengar cakap abang, jangan suka suka merayau sorang sorang" pesan Uminya. Dia mengangguk faham. Uminya bangkit dari duduk di kerusi dan berjalan ke arah biliknya.
Fatin terdiam seketika, dia juga berat hati untuk meninggalkan uminya namun dia perlu menerokai dunia luar juga. Tiba terdengar bunyi kereta Haidar di luar.
"Thaqif tu papa dah balik" kata Fatin ke arah Thaqif lantas Thaqif bangun dan berjalan ke arah pintu utama bersama Fatin.
"Assalamualaikum" Amsyar memberi salam.
"Waalaikumussalam" jawab Fatin.
"Eh Thaqif" Lantas amsyar mengambil thaqif lalu di dukungnya.
"Umi mana ?" Tanya Encik Sufian.
"Dalam bilik rasanya" balas fatin.
Tiba tiba Puan Maria turun.
"Abang, Am Haidar mari makan, Fatin tolong ibu hidang" Kata Puan maria ke arah Fatin. Fatin mengangguk sahaja dia berjalan ke arah dapur bersama uminya.
Setelah selesai menghidang mereka semua menikmati hidangan di meja makan sambil berborak. Fatin hanya berdiam diri sahaja semasa makan.
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab7
Ruang di dalam kereta sunyi sepi. Hanya kedengaran suara di corong radio. Tiba tiba Fatin membuka bicara.
"Abang sebenarnya adik nak cari kerja" kata Fatin.
Amsyar lantas memandang adiknya sekilas. "Serius lah adik abang nak cari kerja, wahh" balas Amsyar.
Fatin buat muka meluat. "Iyaa and adik ingat adik nak kerja dekat b-bandar" kata Fatin lagi.
Kali ini amsyar betul betul tidak percaya. Biar betul adiknya ini.
"Engkau biar betul dik" tanya Amsyar untuk kepastian.
"Ya Allah betul takkan adik nak tipu"
"Kau nak kerja apa dekat bandar ?" Tanya Amsyar lagi.
"Apa apa je janji kerja halal" jawab Fatin.
Amsyar hanya berdiam diri. Dia agak khawatir dengan keputusan Fatin.
Setelah beberapa minit mereka sampai di sebuah restoran mewah.
"Kita makan dekat sini ke ?" Tanya Fatin.
Amsyar mengangguk lalu mereka berdua beriringan masuk ke dalam. Fatin tidak biasa dengan suasana seperti ini.
"Haidar" panggil amsyar dari jauh. Lantas Fatin melihat lelaki yang di panggil oleh abangnya itu. Alangkah terkejutnya bila dia melihat imej seorang lelaki itu.
"what takkan mamat ni kawan abang" desisnya dalam hati.
Amsyar bersalam dengan Haidar.
"Haidar kenalkan ni adik aku Fatin, Fatin ni kawan abang Haidar" Amsyar memperkenalkan Haidar kepada Fatin.
Haidar hanya beriak biasa begitu juga Fatin.
"Duduk lah" kata Haidar. Fatin duduk bersebelahan dengan seorang kanak kanak lelaki. Dia melambaikan tangan kepada kanak kanak itu. Kanak kanak itu turut menyambut lambaian ya.
Haidar terkesima. Dia kenal anaknya itu, anaknya seorang yang selalu nakal ketika jumpa orang asing, namun tidak ketika bertemu dengan gadis ini. Sepertinya gadis ini ada sesuatu yang menarik minat anaknya.
"Aku rasa aku memang kena cari Babysitter untuk anak aku" kata Haidar.
Seketika Fatin terkejut. What anak dia?.
"Aku dah cakap, kau je yang tak nak, alang alang kau dah cakap macam tu, adik aku ni tengah cari kerja, aku rasa dia boleh jaga anak kau sebab adik aku ni pun dulu pernah kerja dekat tadika" pelawa Amsyar.
Fatin dia mengangkat kepalanya apabila namanya di sebut.
Haidar memandang Fatin dengan pandangan yang sinis. Perempuan ni nak jaga anak aku ? Bawa motor pun sampai nak langgar aku.
"Kalau kau nak tau, 'adik' kau ni lah yang langgar aku semalam" kata Haidar.
Amsyar yang sedang minum air itu tersedak.
"Betul ke Fatin ?". Fatin diam tak terkata.
"Dia yang bawa kereta tak tengok kiri kanan, bukan salah adik" bantah Fatin. Kita kaum perempuan tak boleh kalah.
Haidar mengurangkan biji mata.
"Kau yang tak reti bawa motor lepas tu kau salah kan aku" mereka berdua sudah bertikam lidah.
Amsyar yang naik serabut itu lantas memberhentikan pertengkaran itu.
"Dah cukup, Haidar kita dekat public kan malu sikit dekat orang" kata Amsyar.
Lantas mereka berdua diam.
"Aku taknak adik aku kerja jauh dari aku, atleast kalau dia kerja dengan kau aku boleh tengok tengokkan dia" saran Amsyar.
Haidar diam sejenak. Dia memandang anaknya itu.
"Okey boleh, tapi aku nak dia buktikan yang dia boleh jaga anak aku dalam masa sebulan, kalau dia tak boleh aku akan buang dia kerja" kata Haidar.
Amsyar terkejut dengan keputusan Haidar. Hadui Haidar Haidar.
"Kau faham faham lah anak aku macam mana" kata Haidar.
Amsyar mengangguk. Ya anak kepada si Haidar ini memang seorang yang nakal dan ganas.
Fatin diam tidak terkata. Biar betul aku kena jaga anak dia ni.
Mereka menjamu selera. Selepas makan amsyar meminta diri untuk pulang.
"Am aku nak pinjam adik kau boleh ?" Kata Haidar sambil dia memandang Fatin. Fatin tergamam
"Pahal mamat ni nak pinjam pinjam aku pulak, fikir aku barang ke" katanya dalam hati.
Amsyar tersenyum. "Boleh ambik lah, tapi jangan lupa hantar dia sebelum maghrib" amsyar memberi izin kepada Haidar. Dia mempercayai Haidar.
Haidar mengangguk.
"Hati hati dengar cakap dia jangan melawan, hormat dia macam kau hormat abang" pesan Amsyar. Fatin hanya mengangguk sahaja.
"Your job starts now" kata Haidar.
🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab5
Bunyi azan zohor yang berkumandangan membangun Fatin dari tidurnya. Dia berjalan ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk dia bersiap untuk menunaikan solat zohor.
Selesai melaksanakan kewajibannya, dia mencapai sehelai tudung bawal berwarna hitam lalu turun ke bawah dan berjalan ke arah luar rumahnya.
"Umi orang nak keluar sekejap" kata Fatin.
"Nak kemana ?"
"Pusing pusing kampung" kata Fatin.
"Jangan balik lambat sangat" kata Puan Maria.
Fatin mengangguk lalu dia berjalan ke arah motorsikal di bawah rumahnya. Dia menghidupkan enjin motorsikal itu lalu pergi meninggalkan halaman rumah.
Sedang dia menikmati permandangan di kampung itu, tiba tiba sebuah kereta keluar dari simpang lalu melanggar Fatin.
"Arghhh" jerit fatin lalu terjatuh di tepi jalan.
"Aduhh" Fatin mengaduh.
"Woi kau buta ke" kata pemuda itu.
Lantas Fatin mengangkat muka.
"Hello, siapa yang buta, awak ke saya, dah lah nak belok tak bagi signal lepastu salahkan orang lain" Bidas Fatin.
"Ah lantak lah, lain kali bawa motor tu pakai mata bukan pakai lutut" kata pemuda itu lagi.
"Encik ada nampak ke mata saya kat lutut tak ada kan, suka suka je" cebik Fatin.
Malas dia ingin melayan Fatin lalu dia mengeluarkan 3 keping Not 100 lalu menghulurkan kepada Fatin.
"Kau ambik duit ni, lepastu kau pergi ubat apa yang jadi dekat kau, dah bla" kata lelaki itu lalu dia masuk ke kereta semula lalu meninggalkan Fatin.
Fatin terkedu. "Eihh dasar mamat sombong, masuk kampung bawak perangai bandar tu" protes Fatin.
Dia kembali ke rumah nya, tidak ada mood untuk berjalan lagi selepas dia sudah dilanggar oleh 'mamat kerek' itu.
"Orang dah balik" kata Fatin lemah.
"Aik sekejap je ke ?" Tanya Puan Maria.
"Tak ada mood lah, umi nak tau tak, tadi ada orang langgar Fatin" Fatin mengadu kepada puan Maria.
"Ya Allah kamu ada cedera apa apa tak, tulah Umi dah pesan bawa motor tu hati hati" langsung Puan Maria berjalan ke arah anak perempuannya itu untuk cek keadaan Fatin.
"Okey je umi tak ada calar pun, cuma sakit sikit tangan ni" Fatin cuba menenangkan keadaan Uminya.
Puan Maria menggeleng sahaja. "Dah pergi naik atas mandi, lepastu kejutkan sekali akak kamu tu, anak dara tidur petang" bebel Puan Maria.
Fatin mengangguk lalu dia naik ke atas.
"NAJWA SOFEA BINTI AHMAD SUFIAN BANGUN DAH ASAR !" jerit fatin cuba mengejutkan kakaknya yang sedang tidur di ruang tamu itu.
Lantas Najwa bangun. "Kau kalau tak kejut elok elok tak boleh eh" kata Najwa dalam keadaan mamai.
"Tak boleh sebab kau kalau dah tidur, tidur mati. Mana reti nak bangun" kata Fatin, dia menjeling Najwa lalu melangkah meninggalkan kakaknya.
(Haidar pov)
"Tak guna punya perempuan, aku fikir datang sini boleh tenangkan fikiran" bebel Haidar sendiri di dalam kereta. Dia menghentak stereng keretanya.
Dia meneruskan perjalanan sehingga menuju ke sebuah pantai. Setelah tiba disitu, dia mengejutkan anaknya.
"Thaqif bangun sayang, kita dah sampai" kejut Haidar.
Thaqif yang masih mamai di angkat oleh Haidar keluar dari kereta. Mereka berpimpin tangan ke arah pantai itu.
Terlihat ramai orang sedang bersantai di pantai itu.
"Papa, aqif apar" kata Thaqif.
"Jom kita cari makanan" kata Haidar lalu dia menggendong anaknya. Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama 'Amsyar' disitu.
"Ha kenapa ?" Tanya Haidar setelah mengangkat panggilan itu.
"Woo lek lek, nak tanya, kau dah sampai dekat kampung aku ke ?" Tanya Amsyar.
"Dah baru je kenapa ?" Tanya Haidar lagi.
"Tak ada saja nak memastikan kau jumpa kampung aku tu je" kata Amsyar.
"Jumpa. Aku nak bawa anak aku pergi makan dulu ni, nanti apa apa kau whatsapp je aku" kata Haidar.
"Okey okey enjoy your holidays"
"Kau bila balik sini am ?"
"InshaAllah esok, okey lah enjoy your holidays" ucap amsyar lalu menamatkan panggilan.
Lalu dia menyambung misinya untuk mencari makanan. Mereka berhenti di sebuah gerai keropok lekor.
Selesai membeli dia memberikannya kepada Thaqif.
sorry sbb is busy sngt dngn asrama skrng 😔 is balik pun kdng ii sebulan sekali , so memang tak sempat nak handle 😔 skrng plak is ada problem sikit , is tngh cri org yg boleh dptkan ig lama is 😭😭 so for those yg tau cara ataupun boleh tolong is dptkan ig yg is tak ingat pass , num fon dh tukar pastuu email pun tak ingat 😭😭 hope ada org yg boleh tolong 😭😭 just pm is @simp4mieyy
Читать полностью…🦋✦Mr pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab3
"Kau melutut depan aku pun, aku tak akan rujuk dengan kau lah, kau dengar sini sampai bila bila aku tak akan lupa yang kau dah buat dekat aku dengan anak aku faham!."
Air mata bella jatuh bercucuran. Hatinya terguris selepas mendengar kata kata Haidar.
"B-baiklah kalau itu keputusan You. I mintak maaf sekali lagi, I janji tak akan ganggu you lagi. I balik dulu" Bella bingkas bangun lalu mengelap sisa air matanya yang masih bertakung di kelopak mata.
Haidar hanya memandang pemergian bekas isterinya itu. Dia cukup muak dengan perangai bella.
"Haidar.. " tegur puan Kaisah yang baru turun dari tingkat atas.
Haidar memandang mamanya itu.
"Ye ma... "
"Kamu okey ke, mama dengar kamu marah bella dari atas tadi" kata puan kaisah.
Haidar mengeluh kuat. Malas dia hendak menjawab pertanyaan itu.
"Ma haidar naik atas dulu nak rehat" kata haidar.
Puan kaisah hanya mengeluh melihat perlakuan anaknya itu.
Haidar duduk di birai katil biliknya. Dia hanya termenung sendirian.
"Mungkin aku perlukan babysitter" ngomel Haidar sendirian.
Dia berbaring di katil lalu memicit perlahan kepalanya. Hari ini hari yang memenatkan baginya. Selepas beberapa minit dia terlena.
~
"Selamat pagi abahku !" sapa ceria Fatin.
Encik Sufian hanya tersenyum ke arah Fatin.
"Umi mana bah?"
"Macam biasalah umi kamu tu, ke kedai makcik Hajar hantar kuih" balas Encik Sufian yang sedang membaca surat khabar sambil menghirup secawan kopi panas.
Fatin mengangguk faham lalu dia menuangkan air teh o panas ke dalam cawannya.
"Abah, fatin nak cakap sikit boleh? " kata fatin.
"Apa dia? "
"Boleh tak kalau fatin nak cari kerja dekat bandar" kata Fatin.
Lantas Encik sufian memandang wajah anak daranya itu.
"Dah kenapa kamu tiba tiba dah kerja dekat bandor, kampung ni dah tak ada kerja yang sesuai ke dengan kamu" tanya Encik sufian.
Fatin diam sebentar. "Alah bolehlah bah, sekali ni je, haritu abah tak bagi fatin sambung belajar, ni tak bagi fatin kerja pulak" protes fatin.
Encik sufian mengeluh. Anak bongsunya itu jenis keras kepala, makin di marah makin menjadi jadi.
"Yelah, dengan syarat tunggu abang long kamu balik kampung baru kamu boleh ikut dia ke bandar" kata Encik Sufian.
Fatin mengangguk. Dia tidak kisah tentang itu asalkan dia boleh keluar dari kampung ini.
"Assalamualaikum" kedengaran orang memberi salam dari luar rumah.
"Fatin pergi tengok siapa yang datang tu"
Fatin mengangguk lalu dia berjalan ke arah pintu utama.
"Waalaikumusalam" balas Fatin.
"Surprise ! Terkejut tak ?" kata Isya teruja.
"Wei Isyaa! Ya allah rindunya kau" lantas Fatin memeluk rakan lamanya itu.
Nur Farisya atau Isya, rakan baik Fatin semasa sekolah menegah. Selepas tamat persekolahan Isya menyambung pelajarannya di menara gading.
"Aku pun rindu kau juga" Isya membalas pelukan Fatin.
"Eh Isya ke, pakcik ingat siapa lah tadi" kata Encik sufian.
Isya tersenyum seperti kerang busuk sahaja.
"Ye pakcik saya lah siapa lagi" balas Isya.
"Ha fatin jemput lah dia masuk, tak elok biar tetamu duduk dekat luar" pesan Encik sufian.
"Jemput lah masuk, kau duduk dulu aku pergi buatkan air" kata Fatin.
Isya duduk bersama Encik sufian.
"Pakcik sihat, lama saya tak nampak pakcik" Isya memulakan perbualan dengan Encik sufian.
"Sihat alhamdulillah, kamu sihat? " tanya Encik Sufian.
"Macam biasalah lah pakcik, Sihat je"
"Ni kamu balik ni, cuti ke sya? " tanya Pakcik sufian.
"Haah pakcik saya cuti 3 minggu, tu yang balik jenguk mak, kesian mak sorang sorang" kata Isya.
"Oh yeke, lama kamu cuti" kata Encik sufian.
Fatin kembali dengan menatang air lalh dia menuangkan untuk Isya.
"Jemputlah minum, buat macam rumah sendiri" pelawa Fatin.
"Eishh kau ni segan lah aku, kau cakap macam tu"
"Nak segan apa, kamu masa sekolah menengah pun rajin kesini kan" kata Encik Sufian lalu diselangi ketawa halus.
Isya tersenyum sendiri. Betul juga kata Encik sufian itu.
"Ayah nak ke kebun ni, kamu layan lah isya ni" kata Encik sufian. Dia bingkas bangun dari kerusi lalu meninggalkan mereka berdua.
🦋✦Mr Pilot Miss Babysitter ♪
#mpmbbab1
"Dia datang jumpa Thaqif" balas Puan Kaisah.
Haidar tergamam. Lantas dia memandang mamanya itu. "Jumpa Thaqif ? Wow haha ingatkan tak mengaku anak dah" balas Haidar sinis. Dia masih ingat kata kata terakhir Bella yang mengatakan bahawa anaknya Thaqif bukan anaknya.
"Haidar, walaupun dia tak mengaku dia mak Thaqif, tapi dia sayang Thaqif tu"
"Sayang ? Ma kalau dia sayang dia dah cari Thaqif lama dah ma, ni kalau setakat dah besar baru nak cari buat apa ? Konon nak tunjuk dia sayang? Pastu dia nak rujuk dengan Haidar ? " Kata Haidar melulu.
"Haidar, tak baik kamu kata macam tu" pesan puan Kaisah.
"Dah lah ma, Haidar malas lah nak cakap pasal dia, dengar nama dia pun dah buat Haidar panas" kata Haidar lalu dia bingkas bangun dan berjalan ke arah sinkin untuk mencuci tangan.
"Haidar naik dulu" pinta Haidar. Semenjak papanya meninggal Haidar duduk di rumah Agam itu sahaja untuk menemani mamanya.
Haidar berjalan ke arah bilik anaknya. Perlahan Lahan dia membuka pintu bilik anaknya, terlihat susuk tubuh seorang anak kecil sedang tidur nyenyak di atas katil. Dia menghampiri anaknya itu lalu duduk di birai katil.
"Sian anak ayah, ayah mintak maaf ye sayang sebab tak banyak masa dengan Thaqif" kata Haidar lalu dia mengusap lembut kepala Thaqif. Dia mencium dahi Thaqif lalu beredar dari bilik itu ke biliknya.
Masuk sahaja ke dalam biliknya, dia merebahkan badannya di katil. Fikirannya serabut dengan bermacam masalah. Dia bangkit semula lalu berjalan ke dalam bilik air untuk menunaikan solat fardhu
Isya'.
Selepas selesai solat, Haidar duduk di luar balkoni biliknya sambil melayan angin yang bertiup sempoi sempoi bahasa sahaja.
"Aku rasa better kau cari babysitter jelah Haidar" kata kata Alex petang tadi berlegar legar di kepalanya. Perlukah dia mencari seorang "babysitter" untuk anaknya ?.
Haidar menggelengkan kepalanya. Tak dia tak akan mencari babysitter. Dia hanya tetap dengan pendirian nya yang tidak akan percaya kepada perempuan lagi. Baginya perempuan adalah manusia paling tak berguna.
Dia kembali ke katilnya semua lalu mencapai sebuah novel untuk dibaca sebelum tidur.
-Fatin pov-
"Alah abah boleh lah, orang nak sambung belajar" pujuk Fatin.
"Tak boleh, kalau kamu sambung belajar siapa nak tanggung yuran belajar kamu tu Fatin" bantah Encik Sufian.
"Nanti Fatin cari duit poket lah, boleh ye abah" pujuk Fatin lagi."Abah kata tak payah tak payah, muktamad !" Kata Encik Sufian.
Fatin memuncungkan bibirnya tanda protes kepada abahnya. Dia berlalu meninggalkan abahnya di dapur dan berjalan memasuki bilik kakaknya. Dia membuka pintu bilik kakaknya perlahan Lahan.
"Macam mana, abah bagi ke ?" Tanya Najwa selaku kakak nya itu. Fatin menggeleng lemah.
"Akak dah cakap dah dengan kau, abah mesti tak akan bagi anak perempuan dia sambung belajar, alasan sebab tak ada yang nak tanggung yuran" kata Najwa.
"Adik nak sambung belajar je, bukan pergi bunuh orang pun, abah ni" protes Fatin.
"Sabar lah dik, kau pun senasib dengan akak je. Yang lepas sambung belajar cuma abang long je" Najwa membahas tentang abangnya yang berjaya sambung belajar dan kini menjadi seorang juruterbang yang berjaya.
Dia sendiri pun tidak dibenarkan Encik Sufian untuk sambung belajar, dah akhirnya dia membuat keputusan untuk berkahwin dan sekarang sudah mempunyai 2 orang anak.
Fatin merenung jauh memikirkan nasib dirinya. Sia sia sahaja keputusan 11A+ yang dia dapati pada peperiksaan SPM 3 tahun lepas.
Angan angan ya yang ingin menyambung pelajaran di menara gading musnah dek percakapan abahnya itu.
"Abang long tak balik ke minggu ni ?" Tanya Fatin
"Dia kata dia banyak flight minggu ni, minggu depan lah Kut" kata Najwa yang sedang bermain bersama anaknya itu."Kalau adik nak ke bandar boleh tak Kak ?" Tanya Fatin.
Najwa memandang adiknya itu dengan perasaan hairan. "Aihh dik tak dapat sambung belajar nak keluar rumah terus" perlu Najwa.
"Dah abah tak bagi sambung belajar, adik nak cari kerja lah lepastu dah ada duit poket sikit bolehlah sambung belajar kan".
▬▭▬▭▬▭▬▭▬▭▬▭▬
꒰ pretty mini 🎪 ♫ ₎ა
▬▭▬▭▬▭▬▭▬▭▬▭▬
૮₍ list ch♡pter Mr pilot Miss bαbysitter ⋆ ꜝꜞ 🍄
⩉📍#sinopsismpmb ‹3
🎟꒰#mpmbprolog
🎟꒰#mpmbbab1
🎟꒰#mpmbbab2
🎟꒰#mpmbbab3
🎟꒰#mpmbbab4
🎟꒰#mpmbbab5
🎟꒰#mpmbbab6
🎟꒰#mpmbbab7
🎟꒰#mpmbbab8
🎟꒰#mpmbbab9
🎟꒰#mpmbbab10
¡ ⨾ #MPMB (vol 1) OG ᦑ
ᦑ sweetie #sweetsyαα 🍄
━━━━━━━━━ ・ ・ ・ぉ
⋆ ʬʬʬ @novelmrspanda .𝗰ᨵ𝗺 ‹3
꒰ pretty fαst ‹𝟥 ૮ ˶• 0 •˵ ა
૮ αuthor ⨾ @fvtpinaa ✰ ₎ა
— kitten ⨾ #sweetsyαα
✧𓈒 ׂ #MPMB (vol 1) CS
﹆ׂׂ 🐈◗ Mr pilot Miss bαbysitter
━━━━━━━━━ ・ ・ ・ぉ
⋆ ʬʬʬ @novelmrspanda .𝗰ᨵ𝗺 ‹3
"Dah kutuk orang, nak card orang pulak. Tak malu ke?" perli Rayden.
"Betul ni tak nak bagi card?" tanya Ilyana minta kepastian. Rayden menganggukkan kepalanya.
"Okay tak apa lah. Bye-bye, good night, Assalamualaikum." ujar Ilyana lalu naik masuk ke bilik.
"Lah, merajuk sudah. Esok okay lah tu." kata Rayden sendirian. Dia menutup suis tv dan lampu kemudian naik masuk kebilik.
______
heyyow guys, i'm back. miss me? teehee. maaflah sebab lambat. busy sikit. Baru lepas exam.
"Luqman, pakaikan.." Aku menghulurkan helmet pada Luqman untuk aku pakai semula.
"Dear.."
"I hate him , atuk. He is my mother's murder. And nothing can change that." Suaraku mula serak.
"Luqman.."
Luqman yang awalnya terdiam terus memakaikan helmet padaku dan terus menghidupkan enjin motor.
"I won't back home if he still here with his beloved wife." Aku terus menepuk lembut bahu Luqman sebagai tanda untuk gerak.
SKIP.
"Sorry susahkan kau." Kataku sebaik Luqman memberhentikan motornya disebuah pondok rehat di taman permainan.
"Takde hal. Aku okay je."
Tiba-tiba telefon bimbit milik Luqman berdering.
Luqman hanya memandang sekilas telefon nya lalu terus mematikan telefonnya.
"Kau nak tunggu siapa dekat sini?" Soal Luqman kepadaku sambil memberi isyarat untuk berehat dipondok itu dahulu.
"Aku tunggu .."
"Lana!" Ayatku tergantung sebaik terdengar satu suara menjerit memanggilku.
"Kau okay ke? Atuk risaukan kau tau tak! Jangan la buat macam ni dekat atuk kau. Even kau bencikan bapak kau yang tak guna tu, at least jangan la sampai taknak balik dow." Panjang lebar Imran membebel.
"Wait, apa kau buat dekat sini?" Soal Imran kepada Luqman sebaik menyedari kewujudannya disitu.
"Aku training dengan dia. So aku minta dia tolong hantar aku dekat sini." Balasku selamba.
"Naik motor? Seriously? Kau pandai ke naik motor?" Perli Imran yang memang sudah mengenaliku sejak kecil.
"Alahai kau ni, aku bonceng dekat belakang je. Yang bawa tu Luqman." Bidasku geram apabila diperli.
"Argh tak kesah lah apa pun. Err rasanya kau boleh balik kot. Lana nanti biar aku yang hantar." Kata Imran seakan menghalau Luqman.
"Em btw thanks for listening and for everything. Sorry pasal papa aku." Bisikku perlahan pada Luqman.
"Its okay. Take care au. Apa apa kau call aku, okay?"
"Okay." Bidasku lalu tersenyum nipis.
Luqman pun menghidupkan enjin motornya dan bersedia untuk pulang.
"Elok elok." Pesan Luqman sebelum dia terus memecut pergi.
"Sejak bila kau rapat lain macam dengan Luke hah? Siap bisik bisik depan aku." Soal Imran pelik.
"Takde apa la. Kau ni halah. Macam kau dengan aku. Sama je." Kataku selamba.
"Weh ayat kau baik sikit, apa pula aku dengan Luqman sama. Kau baru kenal berapa hari je terus dia sama label dengan aku. Bagi kau aku sape do dekat mata kau senanya?"
Imran dengan laju terus melangkah menjauhi aku.
"ARGHH." Ngeluhku perlahan apabila menyedari sikap Imran berubah.
"Im .. Im .. Im sorry la. Aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap. Kau tahu aku tengah serabut sekarang kan. Jangan macam ni .." Pujukku perlahan.
"Kedudukan kau dalam hidup aku takkan pernah berubah, Im. Kau sentiasa penting dalam hidup aku. Kau tahu kan , kau nombor tiga lepas atuk dan arwah mummy aku. Kau antara yang terpenting dalam hidup aku. Sumpah aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap tadi. Cukup la papa kecewakan aku, tinggalkan aku. Kau nak tinggalkan aku juga ke?" Terus mengalir deras air mata aku.
Perlahan-lahan Imran menarik tanganku lalu terus mendakap aku dengan erat.
"Aku ada kau je Lana dalam hidup aku. Jangan kecewakan aku weh." Kepalaku dengan lembut diusap oleh Imran.
Aku terus membalas pelukan Imran. Sejujurnya, aku bukan memeluknya sebagai seorang kawan baik tapi .. lebih dari itu.
"Buruk dow kau nangis. HAHAHAHAHA." Aku cuba untuk mengeluarkan kami berdua dari situasi tegang itu.
"Untung arr kau nangis pun cantik." Puji Im sambil mengesat laju sisa air mata yang masih terbaki dipipiku.
"Tengok la adik siapa en .." Tanpa aku sedar, aku ..
"Adik sapa?" Im terus menujukan soalan itu kepadaku.
"Eh tak maksud aku kawan apa en haa tak la aku anggap kau dah macam abang aku tau. Kau jaga aku, backup aku apa semua. Aku sayang kau dow."
"I know." Potong Imran dengan riak.
"Eishhh." Terus aku menyerabaikan rambut lebatnya itu.
"Jom balik." Ajakku lalu memeluk lengan Imran.
"Jom." Imran sempat mengusap kepalaku seketika sebelum melangkah beriiringan denganku menuju kearah kereta milik Imran lalu terus pulang ke rumah.
to be continued ..
hii em is nk minta maaf to those yg tunggu sambungan Cinta Lana .. so mlm ni is akan send sambungan dia tpi kepada sesiapa yg terlupa apa yg berlaku pada chapter yg sebelumnya boleh terus tekan #chap8cintalana okay 😘
Читать полностью…'Step by step, Luke. Kalau tak, kau merempat tepi jalan la jawabnya.' Ngomelku dalam hati.
"Okay jumpa dalam setengah jam." Aku pun melangkah laju kembali ke sekolah lalu menghidupkan enjin motor dan pulang ke rumah.
"Macam mana? Berapa banyak dapat?" Soal yang sudah aku duga dari awal.
"Ibu, Luq bukannya sepanjang masa kena try Lana je. Luq nak belajar.."
"Huh, kau cakap apa? Belajar? Eh kau jangan nak tipu aku lah. Kau bukannya pernah belajar pun dan aku tahu kau tak suka belajar. Aku yang besarkan kau. Aku kenal kau lah." Balas ibuku kasar.
"Kalau ibu tak cukup duit, Luq boleh kerja la." Mintaku sedikit tegas.
"Kau nak kerja apa? Kau ingat ada orang yang nak bagi kau kerja?" Sampuk Lut dari belakang.
"Kau tak payah nak sebut hal aku lah!!" Tengking aku geram.
"Eh kau pahal nak tinggi suara dengan aku?" Baju sekolahku di cengkam oleh Lut.
Ketinggian Lut dan aku yang lebih kurang sama hanya membuatkan aku merenung matanya lama.
"Lutfi! Lepas! Lutfi! Lepaskan Luqman!" Ibu cuba meleraikan tangan Luqman.
"Lepas ni ibu jangan tanya kenapa Lut tak bagi ibu duit." Bengis Lut lalu melepaskan tangannya dan melangkah sambil menghentak kaki.
"Alaa... em Lutfi! Lutfi sayang.. " Ibu terus mengejar dan memujuknya kerana.. DUIT.
"Serabut.." Bengisku perlahan lalu melangkah masuk kedalam bilik dan terus bersiap untuk berlatih basketball bersama Lana.
"Woi!" Suara Lutfi yang bersandar pada pintu bilik terus menarik perhatianku.
"Kau nak apa?" Bidasku kasar sambil merapikan rambut didepan cermin.
"Aku dengar kau masuk team basketball. Kiranya nanti teamn kau lawan dengan team aku lah." Kata-kata Lutfi hanya masuk melalui telinga kanan dan keluar melalui telinga kiri.
"Owh ya lah tu, betul-betul." Sinisku lalu terus melangkah keluar menuju kearah motorsikal.
"Bawa helmet lebih la. Mana tahu aku boleh hantar dia balik en. Boleh la aku tahu rumah dia dekat mana." Bebelku sendiri.
Aku pun terus menghidupkan enjin motor dan memecut terus ke court basketball milik Lana.
Sebaik aku memarkirkan motorsikal itu, aku terpandang seseorang yang memakai hoodie hitam bersama sebuah tongkat menampung kaki kirinya.
"Mamat mana pula ni?" Soalku pelik.
Aku pun berjalan perlahan-lahan menghampiri lelaki itu lalu memerhati tindakan lelaki itu.
"DIA USYA LANA!"
Aku terus melangkah laju mendekatinya lalu terus menepuk bahunya.
"Kau buat apa?" Soalku kepada lelaki itu.
Wajahnya aku renung lama. 'Macam aku pernah tengok dia ni.' Bebelku dalam hati.
"Woi aku tanya kau buat apa? Kau usya perempuan dalam ni ke? Macam mana kau boleh masuk? Ni tempat private tau. Kau boleh kena saman sebab masuk kawasan peribadi." Perhh main tembak je aku cakap AGAGAGA.
"Sorry.." Lelaki itu terus melangkah perlahan-lahan bersama tongkatnya menuju ke pintu pagar.
"KAU BUAT APA DEKAT LUAR TU LUQMAN!" Jeritan Lana menarik perhatianku kepadanya.
"KEJAP!" Balasku lalu terus mengembalikan pandangan aku kearah pintu pagar namun.. lelaki itu sudah hilang dari pandangan.
"CEPAT LAAAA!!" Lana mula menjerit semakin kuat.
Tanpa berlengah aku terus berlari menghampiri Lana.
"Kau ada ajak orang lain ke?" Soalan itu secara tiba-tiba muncul difikiranku.
"Hah? Orang lain? Kan aku train kau sorang je. Yang lain semua Imran handle." Balas Lana pelik.
"Jap kau asal tanya centu? Kau nampak ada orang lain ke?" Lana mula sangsi.
"Eh tak, aku tanya ja. Jom arr start."
Aku dan Lana pun mula berlatih namun hari demi hari yang berlalu, hubungan kami semakin akrab dan Lana mula selesa untuk bercerita apa saja yang terjadi denganku.
SKIP
Hari hari yang berikutnya aku jalani dengan.. okay lah aku rasa. Tapi tidak pada Lana. Aku seperti dapat rasakan sesuatu yang lain.
Bola yang dibaling oleh Lana terus aku tangkap dan memeluknya.
"Kau okay ke tak ni? Kau macam tak fokus je." Kataku perlahan.
"Kau asal ni? Kalau ada benda yang kau nak cerita dengan aku, kau boleh cerita dekat aku. Lagipun sejak kebelakangan ni, aku nampak kau macam sedih je. Cuba duduk sini cerita."
Aku terus mengambil langkah menghampiri doktor untuk mengetahui keadaan Mirz.
"Ini rekod pemeriksaan Encik Wan Mirza. Saya minta diri dulu." Kata doktor itu sopan.
"Okay, thank you doktor." Balasku lembut.
"You're welcome, Cik Lana." Terus doktor itu melangkah pulang ke rumah.
Aku pun mencapai fonku lalu menghubungi uncle.
"Alaa uncle angkat la." Ngeluhku apabila papa Mirz tidak mengangkat panggilanku.
Tiba-tiba tangan Mirz berada diatas telefonku.
"Please jangan call papa.." Minta Mirz sayu.
"Why?" Soalku pelik.
"Please let me stay here for a while.. I just wanna spend time.."
"No no. I am helping you right now as a friend. Please stop." Kataku senada.
Hati aku masih tidak mampu menolaknya tapi cukuplah otak aku mampu berfikir dan bertindak mengikut apa yang telah terjadi.
"Balik Mirz, nanti atuk bising." Tegasku sedikit.
"Awak tak bencikan saya kan?" Soalan dari Mirz membuatkan aku merenung lama kedalam anak matanya.
"I hope i am but no, i still hate you but not enough to see you die." Terus aku memegang tangan Mirz untuk memapahnya keluar.
"JOM." Tegasku apabila Mirz membekukan kakinya tidak mahu bergerak.
"Awak nak saya balik jalan kaki ke, Cinta?" Soal Mirz sayu.
"Saya ni bukanlah kejam macam awak. Saya dah suruh driver saya hantarkan awak." Balasku sambil melangkah.
"Em Imran dah tahu pasal semua ke?"
Langkahku serta merta terhenti. Otakku terus mengumpul semua maklumat...
'Macam mana aku boleh lupa pasal hal penting ni!' Bengisku sendiri.
"Cinta?" Teguran Mirz menarik perhatianku.
"Belum. Cepat la jalan nanti atuk balik." Gesaku lagi.
"Ayah Man!" Jeritku kepada driver yang lebih selesa aku memanggilnya ayah Man.
"Tolong papahkan Mirz eh. Lana nak siapkan makanan atuk."
"Baik, Lana." Balas ayah Man lalu memapah Mirz terus kedalam kereta.
Aku hanya memandang Mirz sekilas sebelum melangkah terus ke dapur.
SKIP.
"Atuk, Cinta pergi sekokah dulu eh."
"Kejap dear." Atuk terus memaut pergelanganku dengan erat.
"Kenapa ni?" Aku terus mengambil tempat disisi atuk.
"Cinta dah terima Mirz balik ke?" Soalan dari mulut atuk terus membuat aku terdiam membisu.
'Takkan ada satu rahsia pun yang aku boleh sembunyikan dari atuk.. ' Ngomelku dalam hati.
"Dear.. Jawab soalan atuk." Soal atukku semakin tegas.
"Tak. Dia.. Sakit. Sebab tu Cinta call doktor untuk rawat dia. Kaki dia.."
"Atuk tahu. Sebab kemalangan tu kan?" Dahiku terus berkerut.
"Kemalangan? Mirz kemalangan ke? Bila ni?" Soalku mula bertubi-tubi.
"Waktu kali terakhir uncle datang. Waktu tu dia nak bagitahu yang Mirz kemalangan tapi kan dear sendiri taknak tahu apa-apa.." Tegas atuk.
"Cinta pergi sekolah dulu, atuk." Aku terus menyalam tangan atuk dan berlari keluar dari rumah.
"Ayah Man, Lana nak naik basikal je." Kataku dengan laju lalu terus berlari mendapatkan basikal yang berada dibawah garaj kereta.
"Byeee."
Aku terus mengayuh dengan laju terus ke sekolah.
"Woaww!" Terkejut Imran apabila aku berhentikan basikalku betul-betul disebelahnya.
"Laju betul kau kayuh sampai break pun terangkat tayar belakang tu. Kau pahal!" Bengis Imran risau.
"Kau tahu ke yang.. "
"Hye Lana." Seorang lelaki yang sudah biasa dilihat dikawasan sekolah menegurku.
"Sorry aku busy." Aku terus meletakkan basikal ditempat yang disediakan lalu kembali disisi Imran.
"Jom." Aku terus menarik tangan Imran agar terus melangkah.
"Saya cuma nak bagi awak ni." Potong lelaki itu lalu berdiri tegak dihadapanku.
"Thanks but it's okay. Awak boleh bagi dekat orang lain." Kataku menolak pemberian sebuah kotak coklat yang dihulurkan.
"Luqman!" Sengaja aku memanggilnya lalu menariknya menghampiri Imran dan lelaki itu.
"Kitorang ada study group sekarang so kitorang kena pergi. Sorry." Aku pun menarik tangan kiri Luke dan tangan kanan Imran sebagai bodyguard dikiri dan kanan.
Kami pun melangkah sehingga tiba didepan pintu kelas sebelum melepaskan pegangan.
"Nasib baik muka kau cantik tau, kalau tak dah lama aku sepak muka kau ni. Sesuka hati tarik aku macam tunggul." Bebel Luke.
"Whatever. Jom Imran. " Aku pun berlalu pergi.
📍; ↱[ #chap6cintalana ]↲ෞ
"Alert semua. Macam yang kita semua dah bincang, Luke dah rasmi jadi kita punya team. Syafiq dan Fairus as kita punya simpanan. But kita semua train sama eh sebab kita perlu bersedia kalau ada sesiapa yang injurt." Pesanku sebaik latihan basketball itu berakhir.
"Ada soalan?" Soalku mula bersuara santai.
"Aku training dengan Imran kan?" Soal Luke.
"Err.." Aku terpandang kepala Imran yang menggeleng.
"Kau berlatih dengan aku. Tapi kau kena ikut cara aku, masa aku, jadual aku dan tempat aku. Boleh?" Soalku pula.
"Aku okay je." Balas Luke santai.
"Okay, Syafiq dan Fairus training dengan Luke. Yang lain macam biasa, berlatih sendiri but please training. I trust you all so please, give me that too."
"Okay dismiss." Aku pun bingkas bangun dan mencapai botol airku.
Wisel yang dipegang terus aku tiup.
"Wouw." Jelas riak cuak pada wajah Luke.
"Rilex, that's my pet." Kataku perlahan.
"Silent, calm down."
Arahku apabila Silent ingin bertindak agresif kerana Luke ingin menyakitinya mungkin kerana takut atau terkejut.
"Just rilex yourself. Kalau kau ada rasa takut or tak suka dengan dia, dia akan serang kau. Just calm down." Pesanku sambil melangkah perlahan-lahan menghampiri Silent.
"Silent, sit."
Bibirku terus mengukirkan senyuman apabila Silent mendengar arahanku.
"Good boyy." Pujiku sambil mengusap kepala Silent yang berbulu lebat itu.
"That's it?" Soal Luke.
"Yah, that's it. Come."
Imran dan teammates ku yang pada awalnya menjauhikan diri terus melangkah santai menghampiri Silent dan mengusap badannya.
"Dia ni memang perempuan pelik." Bebel Luke perlahan sambil melangkah keluar dari court itu.
"GGGRRRRRR."
Tiba-tiba Silent bertindak agresif.
"Sit." Arahku lalu terus ke arah satu sudut yang dipandang tajam oleh Silent.
"Siapa?"
Jeritku sambil memerhati keadaan sekeliling apabila aku gagal mencari sesuatu yang membuatkan Silent bertindak begitu.
"Siapa?" Soal Imran yang berada dibelakangku.
"Ntah. Takde siapapun. Jom arr balik."
Aku cuba berfikiran positif kerana court basketball itu berada dikawasan yang terbuka. Sekiranya berlaku apa-apa, orang awam akan menyedarinya.
"Yerlah jom balik." Imran pun memberi isyarat tangan kepada rakan-rakannya untuk pulang.
- POV LUKE -
"Luqman anak kesayangan ibu dah balik.."
Geli telinga aku apabila ibuku mula bersuara.
"Macam mana? Dapat tak couple dengan budak tu?"
Soalan yang sentiasa bergema didalam telingaku setiap kali aku pulang dari rumah.
"Dah la ibu. Luke pergi sekolah untuk belajar la. Bukan.."
"Eh kau jangan nak melawan cakap aku. Kau cakap pasal belajar? Yang aku pergi sekolah kau setiap bulan sebab masalah kau tu kau panggil belajar?"
Bengis ibuku sambil menolak kepalaku beberapa kali.
"Ibu.. dah la." Terus aku melempar beg sekolahku diatas sofa lalu bergegas kedapur.
"Ibu! Mana makanan!" Jeritku dari dapur.
"Apa? Kau ingat aku bibik kau nak kena masak makanan untuk kau? Pandai-pandai kau la nak hidup. Kau taknak dengar cakap aku kan?"
Terus ibuku menghempas pintu biliknya dengan kuat.
"Kau ni pahal Luke? Kau suka buat ibu marah la." Bebel Lutfi aka abangku.
"Diam lah kau." Bidasku kasar.
"Apa yang susah sangat untuk kau dengar cakap ibu? Budak tu apa ke namanya?.."
"Cinta Lana."
"Hah lantak arr apa pun nama dia. Aku tengok dia lawa pun lawa. Apa yang kau susah sangat nak tackel dia? Owh lupa kau bukannya handsome pun. Memang dia takkan pandang kau la en. Huh, sian kau. Bagi aku je la buat 'kerja' tu."
"Woi kau. Kalau aku nampak kau dengan dia, aku pecah-pecah kan kepala kau Lut. Abang tak abang, kau aku 'langgar'."
Warningku lalu terus melangkah laju kedalam bilik dengan perut yang lapar.
- THROWBACK -
"Ibu nak Luq tackel cucu tan sri tu sampai dia tak kesah apa pun yang Luq nak. Ikut cakap ibu atau keluar dari rumah ni." Ugut ibuku kasar.
"Asal pulak Luq yang kena buat? Asal bukan Lut?" Bengisku.
"Lut bukan sekolah kau. Kau tu sama sekolah dengan budak tu, lagi senang kau nak tackel dia. Aku tak kira." Bidas ibuku kasar.