Teruskan melangkah untuk menjadi yang lebih baik. Everyone have flaws. So accept and adapt. Don't give up ☀️ Never surrender ☀️ Stay qowiy ☀️ Hanya kerana satu ayat, mereka bangkit.. Welcome and feel free to pm my bot, @GadismerahBot Since 22July17
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Pada zaman sekarang ada setengah pengantin lelaki yang turut memakai inai pada tangannya.
Adakah perkara ini harus disisi syarak kerana setahu saya hanya pengantin perempuan yang memakai inai pada tangannya?
JAWAPAN: Memakai inai atau seumpamanya yang bertujuan memerahkan jari-jari tangan dan kaki hanya diharuskan bagi kaum perempuan sahaja.
Haram hukumnya kaum lelaki memakai inai atau seumpamanya pada tangan atau kakinya kerana ia adalah perhiasan yang dikhususkan bagi kaum perempuan melainkan jika kerana berubat seperti lelaki itu ada menderita penyakit pada jarinya maka harus ia memakai inai tersebut kerana tujuan berubat.
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:
وأما خضبُ اليدين والرجلين للرجال فلا يجوز إلا في التداوي
Maksudnya: “Dan adapun mewarnakan kedua tangan dan kedua kaki bagi kaum lelaki itu maka tiada harus ia melainkan kerana berubat.” [Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari]
Berkata Imam Nawawi pula:
أما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمتزوجة من النساء؛ للأحاديث المشهورة فيه، وهو حرام على الرجال إلا لحاجة التداوي ونحوه
Maksudnya: “Ada pun mewarnakan dua tangan dan dua kaki dengan inai maka disunatkan bagi yang berkahwin dari kaum perempuan kerana hadith yang telah masyhur padanya. Dan ia haram atas kaum lelaki melainkan kerana hajat untuk berubat atau seumpamanya.” [Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab]
Kesimpulannya harus pengantin perempuan memakai inai pada jari tangan dan jari kakinya dan haram atas pengantin lelaki memakainya sekalipun atas alasan sekali seumur hidup.
Wallahua’lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Ketika saya keluar selepas solat di sebuah masjid saya dapati kasut saya tidak ada.
Bolehkah saya ambil kasut yang ada disitu kerana selepas saya tunggu saya dapati sudah tiada seorang pun yang masih ada dalam masjid. Dan ada sepasang kasut yang diletakkan disitu yang mungkin tuan kasut itulah yang mengambil kasut saya?
Bagaimana pula kalau kita yang terambil kasut orang lain kemudian tidak dapat menemui tuannya untuk dipulangkan?
JAWAPAN: Jika kita tidak tahu kasut siapakah yang tertinggal disitu maka kita tidak boleh mengambilnya atau memakainya.
Berkata Syeikh Bujairimi:
فرع من ضل نعله فى مسجد ووجد غيره لم يجز له لبسه
Maksudnya: “Barang siapa yang hilang seliparnya pada masjid dan mendapati ada selipar yang lain maka tiada harus ia memakainya.” [Bujarimi ‘Alal Al-Khatib]
Jika kita pula yang terambil kasut orang maka wajib pulangkan semula kepada tuannya dan jika tidak berjumpa tuannya maka jadilah hukumnya seperti barang temuan iaitu hendaklah diumumkan selama setahun supaya datang tuannya menuntut kasutnya itu.
Tersebut pada kitab Bughyat Al-Murtassyidin:
فا ئدة من اللقطة ان يبدل نعله بغيرها فياخذها فلا يحل له استعملها الا بعد تعرضها
Maksudnya: “Ini satu faedah termasuklah barang temuan itu seorang yang bertukar seliparnya dengan yang lain lalu diambilnya maka tiada halal baginya memakainya melainkan kemudian daripada diumumkannya.”
Kesimpulannya orang yang kehilangan kasut atau selipar ketika pulang dari masjid haram mengambil kasut atau selipar orang lain.
Siapa yang terambil kasut orang lain ketika pulang dari masjid wajib memulangkannya semula sekalipun sudah sampai ke rumah atau sudah berlalu masa yang sangat lama.
Wallahua’lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
If you're reading this I hope something good happens to you today✨
@penagadismerah🐬
‘You may not control all the events that happen to you, but you can decide not to be reduced by them.’
©Maya Angelou, Letter to My Daughter
@penagadismerah🐬
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Ketika membaca surah Fatihah dalam sembahyang jika seorang itu tersalah menukar huruf atau barisnya adakah sah sembahyangnya?
JAWAPAN: Membaca Fatihah adalah rukun solat maka wajib dibaca dengan bacaan yang betul iaitu betul segala hurufnya dan barisnya.
Jika tersalah menukar hurufnya atau barisnya maka wajiblah ia mengulangi semula dengan membaca huruf dan baris yang betul.
Jika tidak diulangi membaca yang betul maka solatnya adalah tidak sah kerana dikira tidak membaca Fatihah.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili:
ويشترط في القراءة: عدم اللحن المخل بالمعنى كضم تاء: أنعمت، أو كسرها ممن يمكنه التعلم، وكقراءة شاذة: وهي غير السبعة إن غيرت المعنى كقراءة {إنما يخشى الله من عباده العلماء} [فاطر:28/ 35] برفع الأول ونصب الثاني، أو زادت ولو حرفاً أو نقصت، فمتى فعل شيئاً من ذلك بطلت قراءته
Maksudnya: “Dan disyaratkan pada bacaan itu tiada ia salah yang mencederakan makna seperti dibaca an’amtu atau an’amti bagi orang yang mampu belajar. Dan seperti bacaan yang ganjil yang bukan dari qiraat yang tujuh yang mengubah akan makna ayat seperti ayat dari surah Fathir ayat 35 dibaca dhammah lafaz Allah dan nasab lafaz ulamak. Atau menambah ia akan satu huruf atau dibuang satu huruf. Maka bila masa sahaja dibaca begitu nescaya batal bacaannya.” [Kitab Al-Fiqh Al-Islami]
Kesimpulannya hendaklah orang yang solat membaca Fatihah dengan bacaan yang betul yaitu dipelihara segala huruf dan barisnya.
Jika tersalah ia membaca pada salah satu ayat Fatihah maka wajib dia ulangi ayat tersebut dengan bacaan yang betul.
Tidak mengulangi bacaan yang salah dengan bacaan yang betul akan menyebabkan Fatihahnya tidak sah dan jadilah solatnya juga tidak sah.
Wallahua’lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Saya ingin tahu adakah membaca hadis Nabi wajib mengikut hukum tajwid seperti membaca Quran?
JAWAPAN: Hukum membaca Quran adalah wajib dengan mematuhi hukum-hukum tajwid. Ada pun membaca hadis Nabi SAW maka kebanyakkan ulamak berkata dengan sunat mengikut hukum tajwid.
Telah berkata Al-Alim Syeikh Ahmad Syarif An-Na’san:
فالوَاجِبُ على المُؤمِنِ أن يَقرَأَ القُرآنَ العَظِيمَ قِرَاءَةً صَحِيحَةً، بِحَيثُ يُحَافِظُ على نَطْقِ الحُرُوفِ بِإِخرَاجِهَا من مَخَارِجِهَا الصَّحِيحَةِ، والبَعْضُ أَوجَبَ تِلاوَةَ القُرآنِ العَظِيمِ تِلاوَةً مُجَوَّدَةً صَحِيحَةً، فَيُحَافِظُ على الغُنَّةِ والمُدُودِ إلى آخِرِ أَحكَامِ التَّجوِيدِ.
ومَا ذَكَرَ أَحَدٌ من الفُقَهَاءِ بِوُجُوبِ قِرَاءَةِ الحَدِيثِ الشَّرِيفِ مُجَوَّدَاً كَقِرَاءَةِ القُرآنِ العَظِيمِ.
وبناء على ذلك: فلا تَجِبُ قِرَاءَةُ الأَحَادِيثِ الشَّرِيفَةِ مُجَوَّدَةً كَمَا يُجَوَّدُ القُرآنُ العَظِيمُ، ولكن يَجِبُ عَلَيهِ أن يُحَافِظَ على أَلفَاظِ الحَدِيثِ الشَّرِيفِ، ويَنطُقَ بِهَا نُطْقَاً صَحِيحَاً حَتَّى لا تَتَدَاخَلَ الحُرُوفُ. هذا، والله تعالى أعلم.
الشيخ أحمد شريف النعسان
Maksudnya: “Maka yang wajib atas orang mukmin bahawa membaca akan Quran yang mulia akan bacaan yang sahih dengan sekira-kira memelihara atas menuturkan segala huruf dengan mengeluarkan huruf-huruf daripada makhrajnya yang sahih dan sebahagian ulamak mewajibkan baca Quran dengan bacaan yang bertajwid yang sahih. Maka dijaga segala ghunnahnya dan madnya sehingga sekelian hukum-hukum tajwid. Dan tiada menyebut seorang pun daripada fuqahak dengan wajib membaca hadith Nabi secara bertajwid seperti mana membaca Quran yang mulia.
Maka dibina atas itu tiadalah wajib membaca hadis Nabi secara bertajwid sebagaimana ditajwidkan Quran. Akan tetapi wajib atas pembacanya memelihara atas lafaz-lafz hadis yang mulia itu dan menuturkan dengannya dengan sebutan yang sahih sehingga tiadalah bercampur baur segala huruf.
Inilah hukumnya.
Kesimpulannya sunat membaca hadis-hadis Nabi SAW dengan bertajwid.
Wallahua’lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Ketika seorang sedang sujud manakah yang sah antara merenggangkan kedua kaki atau merapatkannya?
JAWAPAN: Ketika sedang sujud seorang yang merenggangkan antara dua tapak kakinya atau merapatkan keduanya adalah sah solat keduanya.
Yang afdhal ialah merenggangkan ke dua tapak kaki kadar sejengkal.
Diriwayatkan dari Abu Humaid r.a menceritakan tentang cara solat Nabi SAW dengan katanya:
وإذا سجد فَرَّج بين فخذيه
Maksudnya: “Apabila Nabi SAW sujud baginda merenggangkan antara kedua pahanya.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
Berkata Imam Syaukani:
فرَّجَ بين فخذيه أي : فرق بين فخذيه ، وركبتيه ، وقدميه
Maksudnya: “Merenggangkan antara dua pahanya itu artinya merenggangkan antara kedua paha dan kedua lutut dan kedua tapak kakinya.” [Kitab Nailul Authar]
Ada pun jarak yang afdhal antara dua kaki itu menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah merenggangkan kedua kaki sekadar sejengkal.
Al-Imam An-Nawawi berkata:
قال أصحابنا ويستحب أن يفرق بين القدمين قال القاضي أبو الطيب قال أصحابنا يكون بينهما شبر
Maksudnya: “Para ulama madzhab Syafie mengatakan, disunatkan untuk memisahkan antara dua kaki. Telah berkata olih Al-Qadhi Abu Thayib para ulama madzhab kami menganjurkan jarak antara kedua kaki lebih kurang satu jengkal.” [Raudhah Thalibin: 1/259]
Hukum tersebut hanyalah sunat sahaja maka jika merapatkan oleh seseorang akan kaki ketika sujud maka tidak menjadi kesalahan.
Manakala menurut pendapat ulama-ulamak mazhab Hanafi disunatkan meraptkan kedua kaki ketika sujud.
Wallahua'lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
“Don’t be afraid to give up the good to go for the great.”
— John D. Rockefeller
@penagadismerah🐬
“We need to accept that we won’t always make the right decisions, that we’ll screw up royally sometimes – understanding that failure is not the opposite of success, it’s part of success.”
— Arianna Huffington
@penagadismerah🐬
"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka."
— Charles Cahier
@penagadismerah🐬
Malam ini adalah malam Jumaat. Jangan lupa membaca سورة الكهف dan سورة يس. Jika tidak mampu membaca semua (سورة الكهف), jangan tidak membaca langsung, seperti kaedah Usul Feqh:
ما لم يدرك كله لا يترك كله
(Jika tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua).
Bolehlah membaca ayat 1 hingga ayat 10 dan ayat 100 hingga ayat 110.. agar kita dihindari dari penipuan Dajjal bermata satu sebelum menjelangnya kemunculan hari Kiamat . والله اعلم .
@penagadismerah🌸
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Apabila seorang yang berbalut dahinya sebab luka adakah sah sujudnya kerana syarat sah sujud itu hendaklah dahinya terbuka tanpa berlapik ketika ia sujud?
JAWAPAN: Bermula syarat sah sujud itu hendaklah sujud dengan dahi ke lantai dalam keadaan dahi terbuka tidak berlapik dengan suatu seperti serban atau kain atau lengan baju dan seumpamanya.
Ada pun bagi seorang yang ada balutan pada dahinya sebab luka maka jika balutan itu boleh dibuka sekejap untuk bersolat maka wajib dibuka atau pun balutan itu tidak menutup sekelian dahi maka hendaklah ia sujud kenakan ke lantai bahagian dahi yang tidak tertutup itu.
Jika balutan itu tidak boleh dibuka dan balutan itu menutup semua bahagian dahi maka sah ia sujud dalam keadaaan berlapik dengan pembalut seperti itu sebagai satu kelonggaran baginya.
Dan jika tidak mampu kenakan dahi berbalut itu ke lantai sebab sakit maka memadai tunduk kepala sahaja ketika sujud.
Berkata Imam Taqiyudin Al-Hushni:
لو كان على جبهته جراحة وعصبها وسجد على العصابة أجزأه ولا قضاء عليه على المذهب لأنه إذا سقطت الإعادة مع الإيماء بالسجود فهنا أولى ولو عجز عن السجود لعلة أومأ برأسه فإن عجز فبطرفه ولا إعادة عليه والله أعلم
Maksudnya: “Jikalau adalah atas dahinya luka yang berbalut dan sujud ia atas pembalut itu maka sah ia dan tiada perlu qadha lagi atasnya atas pendapat mazhab kerana sungguhnya apabila tidak perlu qadha bagi yang sujud dengan isyarat maka masalah disini lebih utama lagi. Dan jikalau lemah seorang dari sujud kerana sakit hendaklah ia sujud dengan menundukkan kepalanya. Dan jika tidak mampu tundukkan kepala maka isyarat dengan gerakan mata adalah memadai dan tidak ada qadha atasnya.” [Kitab Kifayatul Akhyar]
Wallahua’lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
🧸
Make my heart believe that you are the right person :)
@penagadismerah
🧸
Tak tahu di mana akhirnya, tapi aku hanya ingin terus berjuang.
@penagadismerah
🧸
Takut kehilangan sebelum sempat memiliki secara halal🙂
@penagadismerah
🧸
Nak berharap boleh. Tapi jangan salah tempat 👌
@penagadismerah
10 things money cannot buy:
1. Love
2. Faith
3. Character
4. Integrity
5. Compassion
6. Forgiveness
7. Trust
8. Respect
9. Wisdom
10. Peace
@penagadismerah🐬
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Apakah hukumnya seorang yang sedang berada dalam tandas berzikir akan Allah?
JAWAPAN: Antara adab ketika berada di dalam tandas atau tempat membuang najis ialah tidak membaca dengan lisan akan Quran atau zikir atau doa atau yang seumpamanya kerana memuliakan sekelian yang tersebut itu. Dan tiada mengapa jika dia tuturkan di dalam hati.
Berkata Imam Ibnul Munzir:
وقال عكرمة لا يذكر الله وهو على الخلاء بلسانه ولكن بقلبه .
Maksudnya: “Dan telah berkata olih Ikrimah orang yang sedang berada di dalam tandas itu tidak berzikir akan Allah dengan lisannya akan tetapi harus dengan hatinya.” [Kitab Al-Awsath]
Berkata Syeikh Ahmad Mamduh Ahli Majlis Fatwa Negeri Mesir:
الإنسان إذا ذكر الله تعالى فى الحمام فلم يكن قد ارتكب حراما وإنما ارتكب مكروها لأنه لم يليق بالتعظيم الواجب مع اسم الله ولفظ الجلالة فالأدب خير من الذهب، حيث أنه يفضل تجنب الذكر فى هذه الأماكن.
Maksudnya: “Bermula manusia itu apabila zikir ia akan Allah Taala di dalam tandas maka tidaklah ia melakukan yang haram hanya ia telah melakukan yang makruh kerana sungguhnya tiada layak ia mengagungkan yang wajib serta nama Allah dan Lafzul Jalalah. Maka adab itu lebih berharga dari emas sekira-kira afdhal ia jauhkan berzikir pada tempat-tempat sebegini.”
Berkata Syeikh Ahmad Syarif An’Na’san:
فالذِّكْرُ باللِّسَانِ مَكْرُوهٌ، لأنَّ المَكَانَ غَيرُ لائِقٍ لذلكَ، وإنْ ذَكَرَ اللهَ تعالى بِقَلبِهِ فلا حَرَجَ عَلَيهِ بِدُونِ أن يَتَلَفَّظَ بِلِسَانِهِ
Maksudnya: “Maka zikir dengan lidah itu makruh dari kerana tandas itu tiada layak dengan demikian itu. Dan jika ia zikir dengan hatinya maka tiada menjadi kesalahan tanpa ia berlafaz dengan lidahnya.”
Wallahua’lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
You create opportunities by performing, not complaining. - Muriel Siebert
@penagadismerah🐬
Love yourself enough to know that you deserve to be treated right.
@penagadismerah🐬
“No one is to blame for your future situation but yourself. If you want to be successful, then become “Successful.”
― Jaymin Shah
@penagadismerah🐬
“Magic is believing in yourself. If you can make that happen, you can make anything happen.”
— Johann Wolfgang Von Goethe
@penagadismerah🐬
"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat."
— Joseph Conrad
@penagadismerah🐬
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya tidak terkena air mandian.
1) Soalannya adakah kena ulang semula mandi kerana sedikit sangat yang tidak kena air itu?
2) Jika sedar selepas solat pula macamana nak buat?
JAWAPAN:
Antara syarat sah mandi hadas ialah rata sekelian badan yang zahir dengan air. Oleh itu, jika ada bahagian badan sama ada kulit atau rambut atau bulu-bulu badan yang tidak kena air maka mandi tersebut adalah tidak sah.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan sifat mandi Rasulullah SAW dengan katanya:
ثمَّ غسَل سائِرَ جَسَدِه
Maksudnya: “Kemudian Nabi SAW membasuh sekelian bahagian tubuhnya.” [Hadis Riwayat Bukhari]
Berkata Imam Shon’ani:
والحديثُ دليلٌ على أنَّه يجِبُ غَسلُ جميعِ البَدَن في الجنابة، ولا يُعفَى عن شيءٍ منه
Maksudnya: “Dan hadis ini menjadi dalil atas wajibnya membasuh sekelian badan pada mandi janabah dan tiada dimaafkan meninggalkan sedikit pun darinya.” [Kitab Subulussalam]
Berkata Dr Wahbah Zuhaili:
وقد أوجب العلماء في الغسل ما يأتي
تعميم الجسد شعره وبشره بالماء الطهور: هذا متفق عليه بين الفقهاء، فيجب تعميم (أو إعمام وهو الأصح) الشعر والبشرة بالماء مرة واحدة، حتى لو بقيت بقعة يسيرة لم يصبها الماء، يجب غسلها
Maksudnya: “Sungguhnya telah mewajibkan oleh para ulamak pada mandi hadas itu meratakan air yang suci pada badan yaitu pada bulu dan kulit. Ini telah sepakat atasnya antara segala ulamak fiqah. Maka wajib meratakan mengikut pendapat yang paling sahih segala bulu badan dan badan dengan air sekurangnya sekali sehingga jika ada tinggal kawasan yang sedikit sekalipun tidak sampai padanya air maka wajiblah membasuhnya.” [Al-Fiqh Al-Islami]
Jika selepas solat baru sedar ada bahagian badan yang tidak kena air maka wajib ulangi mandi kemudian mengulangi solat tersebut kerana solat yang pertama tadi adalah tidak sah kerana tidak sempurna satu syarat sah solat yaitu suci badan dari hadas. Mandi yang tidak rata air tidak dikira sebagai mandi yang sah.
Wallahua’lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
Jom tambah vocabulary nak?😬 Sebab ramai student dekat sini, i would like to share thisssssss 👇🏻
Semoga bermanfaat✨
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Apakah sah solat seseorang yang di dalam mulutnya ada sisa makanan atau ada pada lidahnya rasa makanan atau minuman?
JAWAPAN: Diantara perkara yang boleh membatalkan solat ialah menelan suatu benda samada makanan atau minuman atau lainnya.
Ada pun jika sisa makanan ada di dalam mulutnya ketika dia mengerjakan solat atau ada pada lidahnya rasa makanan atau rasa minuman dan tidak ia telannya maka tidaklah batal solatnya itu.
Jika dengan sengaja ia telan sisa makanan tersebut sekalipun sedikit atau air liurnya ada rasa makanan atau rasa minuman lalu ia telan air liurnya itu maka batal solatnya.
Telah menyebut oleh Syeikh Sulaiman Al-Jamal:
أَمَّا مُجَرَّدُ الطَّعْمِ الْبَاقِي مِنْ أَثَرِ الطَّعَامِ فَلا أَثَرَ لَهُ لانْتِفَاءِ وُصُولِ الْعَيْنِ إلَى جَوْفِهِ وَلَيْسَ مِثْلُ ذَلِكَ الأَثَرُ الْبَاقِي بَعْدَ الْقَهْوَةِ مِمَّا يُغَيِّرُ لَوْنَهُ أَوْ طَعْمَهُ فَيَضُرُّ ابْتِلَاعُهُ لأَنَّ تَغَيُّرَ لَوْنِهِ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ بِهِ عَيْنًا
Maksudnya: “Ada pun sisa makanan yang berbaki dalam mulut itu tidak membatalkan solat kerana tidak sampai ia ke dalam perut. Dan tidak sama umpama yang demikian itu sisa yang tinggal kemudian dari minum kopi dari barang yang mengubah warna air liur atau mengubah rasa air liur maka bolih memberi mudarat menelannya dari kerana berubah warna air liur itu menunjukkan atas ada padanya juzuk makanan.” [Hasyiah Al-Jamal ‘ala Al-Minhaj]
Sebaiknya ia bersihkan dulu mulutnya sebelum memulakan solat selepas makan atau minum kerana itulah sunat berkumur sebelum solat.
Kesimpulannya jika sisa makanan itu kekal dalam mulutnya tiada ditelannya sepanjang ia melakukan solat maka solatnya sah dan tidak batal.
Setengah ulamak menyebut dalam kitab-kitab mereka sunat diludah akan sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika sedang melakukan solat.
Wallahua’lam
• Persatuan Belia Nasional Islam •
@pembinapkb
"Once you decide to work for yourself, you never go back to work for somebody else."
© Alan Sugar
@penagadismerah🐬
https://www.facebook.com/Psychology4schools/
Membantu anak-anak membentuk keyakinan diri
- penghargaan
- penghormatan
- pujian
- perhubungan
- aktiviti termasuk pembacaan
- kesedaran
- mendengar
- ajar tentang budaya
- galakkan pertanyaan
Kadang kadang saya tak minta untuk dihakimi, tapi hanya ingin didengari 🙂
@penagadismerah🐬