penjelasanbidaahaswj | Unsorted

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Subscribe to a channel

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

*MAJLIS PENGIJAZAHAN SELAWAT BARAKAT MAKIYYAH & AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH*

Bersama:
Maulana Zubair bin Maulana Musa Al-Ruhani Al-Bazi
(anak kepada penyusun kitab Barakat Makiyyah)

🗓 17 DIS 2017 (AHAD)

🕰 1.30 p.m - 5.00 p.m

🏢 Aswaja Learning Center, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Location:
https://waze.to/lr/hw282g7qqj
(Sebelah Restoran Cina Muslim Mohd Chan)

*Yuran RM10*

👉🏻 Tahun lepas kehadiran hampir 200 peserta, tahun ini kami had hanya *100 peserta*

📲 Peserta wajib daftar nama melalui www.wasap.my/60145317300/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1997972643753428&id=1428326364051395

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Saidina Abu Bakr as-Shiddiq dan Saidina Umar Bin al-Khattab pernah bersyair ketika menyambut kedatangan Baginda Rasulullah. Itulah cara orang Arab mengungkapkan perasaan mereka. Rasulullah mengizinkan kerana memahami perasaan mereka.
Itulah kedudukan syair dan qasidah memuji Baginda.

[Rujukan: Mukhtasor Sirah an-Nabi - Imam Abd. Ghani al-Maqdisi]

اللهم صَلِّ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلِّمْ

Disediakan oleh Ustaz Adlan Abd Aziz

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Menjawab "admin" page Rozaimi: Hadith Bilal Dalil Bidaah Hasanah

1⃣Berikut adalah jawapan ringkas ARG Johor terhadap pemahaman "admin" page Rozaimi terhadap hadith bilal di sini ARG membawakan ulasan ulama hadith muktabar terhadap hadith bilal ini bagi menjawab pemahaman "admin" page Rozaimi.

2⃣Shahabat Bilal adalah orang yang pertama kali shalat sunat setelah wudhu dengan itjihadnya dan kemudian di i'tiraf dan dibenarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai amalan yang benar. Dalilnya adalah:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِبِلَالٍ عِنْدَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ يَا بِلَالُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ عِنْدَكَ فِي الْإِسْلَامِ مَنْفَعَةً فَإِنِّي سَمِعْتُ اللَّيْلَةَ خَشْفَ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ قَالَ بِلَالٌ مَا عَمِلْتُ عَمَلًا فِي الْإِسْلَامِ أَرْجَى عِنْدِي مَنْفَعَةً مِنْ أَنِّي لَا أَتَطَهَّرُ طُهُورًا تَامًّا فِي سَاعَةٍ مِنْ لَيْلٍ وَلَا نَهَارٍ إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كَتَبَ اللَّهُ لِي أَنْ أُصَلِّيَ

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada Bilal saat hendak shalat shubuh: "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amal yang kau kerjakan yang paling engkau harap manfaatnya dalam Islam? Karena sesungguhnya aku mendengar tadi malam suara sandalmu di hadapanku di syurga". Bilal menjawab: "Aku tidak mengerjakan suatu amal dalam Islam yang paling aku harapkan manfaatnya daripada satu amalku bahawa aku tidak bersuci dengan sempurna, sama ada malam atau siang, kecuali aku shalat dengan bersuci itu iaitu apa yang diperintahkan oleh Allah supaya aku mengerjakan shalat" (HR. Bukhari, Muslim dan lain-lain).

3⃣Al-Hafizh Ibn Hajar berkata:

ويستفاد منه جواز الاجتهاد في توقيت العبادة لأن بلالا توصل إلى ما ذكرنا بالاستنباط فصوبه النبي صلى الله عليه و سلم

"Dan daripada hadits dapat diambil satu faedah bolehnya ijtihad dalam menetapkan waktu ibadah, kerana Bilal mendapatkan kemulian sebagaimana yang aku sebutkan sebab dengan istinbath dan Rasulullaah shallallahu 'alaihi wasallam membenarkannya" (Fath al-Bari, juz III, mukasurat 34).

4⃣Sedangkan hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam riwayat Uthman:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Rasulullah shallallahu 'alai wasallam bersabda: "Sesiapa yang wudhu seperti wudhuku ini, kemudian shalat dua rakaat dan didalam hatinya tidak membicarakan urusan duniawi, maka dosa-dosanya yang lalu diampuni" (HR. Bukhari).

Dan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلَّا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

"Tiada muslim yang wudhu dan mempercantik wudhunya kemudian dia shalat dua rakaat, hati dan wajahnya khusu' menghadap dalam shalat kecuali dia pasti akan mendapatkan syurga" (HR. Muslim)

5⃣Dua hadith di atas yang juga menjelaskan sunatnya shalat sunat selepas wudhu adalah datang selepas riwayat Bilal di atas. Hal ini dibuktikan dengan ucapan al-Hafizh Abu Syamah, bahawa Bila berijtihad membuat shalat setelah sunat wudhu dan ketika itu Rasulullah belum memerintahkan dan mengerjakan.

6⃣Al- Hafizh Abu Syamah berkata:

ومن هذا الباب اقراره صلى الله عليه و سلم بلالا رضى الله عنه على صلاته ركعتين بعد كل وضوء وان كان هو صلى الله عليه و سلم لم يشرع خصوصية ذلك بقول ولا فعل وذلك

"Dari bab ini adalah i'tiraf Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap shalat dua rakaat yang dikerjakan shahabat Bilal radhiyallahu 'anhu selepas wudhu, meskipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak mensyariatkan secara khusus melalui sabda dan perbuatan beliau" (al-Baith mukasurat 24).

7⃣Sekian jawapan ARG Johor kepada "admin" page Rozaimi yang majhul.

Disediakan Oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru. Johor, ARG Johor

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kesimpulan:

Tidak salah berkirim salam kepada baginda Sallallahu 'alaihi wassalam dan ia adalah perbuatan para solihin dan hukumnya adalah harus.

Dan tidak salah juga bagi mereka yang tidak mengamalkan berkirim salam ini kerana setiap yang dihukumkan harus itu boleh ditinggalkan. Bahkan dengan keyakinan yang penuh bahawa selawat dan salam kita sendiri pun sampai kepada baginda Sallallahu 'alaihi wassalam sebagaimana dalam hadis di atas.

Yang salah ialah sikap tidak terbuka dalam menanggapi amalan orang lain tanpa merujuk dulu pandangan ulama yang muktabar dan membuat rujukan sumber ilmu yang sebenar.

Ilmu Allah amat luas. Apakah hanya dengan merujuk beberapa kitab hadis kita boleh membuat tafsiran hukum sendiri dan mengenepikan pandangan dan amalan para solehin yang jelas keberkatan hidup dan ilmu mereka.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kita semua.

Oleh Ustaz Mohd Hazri al-Bindany

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Diskusi di atas bukan untuk menetapkan haram/halal seorang penzina menikahi anak zinanya. Sangat jauh jika hendak dikaitkan dengan hukum meletak bin kepada anak zina. Objektif tulisan ini hanya untuk mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dalam menisbahkan satu pendapat kepada seorang imam.

Berdasarkan perbincangan di atas, tepatkah kita mengatakan bahawa Imam al-Syafii mengharuskan seorang penzina menikahi anak zinanya? Menurut saya, ucapan ini mengandungi banyak kesilapan. Pertama, Imam al-Syafii memiliki dua qaul walaupun ulama Syafiiyah terkemudian mentarjih salah satunya sebagai qaul mu’tamad. Tarjih Syafi’iyyah berbeza dengan qaul al-Syafii. Kedua, salah satu qaul al-Syafii melarang dan satu qaul lagi mengatakan MAKRUH. Kita sedia maklum bahawa makruh adalah salah satu lafaz larangan walaupun tidak seberat lafaz haram. Justeru, ucapan yang mengatakan bahawa “Imam al-Syafii mengharuskan …” tidak tepat dan sangat mengelirukan.

Wallahu a’lam.

Oleh Ustaz Umar Muhammad Noor

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Jika seseorang bertanya: adakah hujah bagi ucapan anda ini?
Jawapan: Ya. Rasulullah menetapkan anak hamba perempuan Zam’ah untuk Zam’ah. Baginda turut menyuruh Sawdah untuk berhijab daripadanya apabila melihat kemiripan anak itu dengan ‘Utbah. Beliau (Saudah) lalu tidak melihatnya -padahal Rasulullah telah menetapkan bahawa anak itu adalah adiknya -hingga meninggal dunia. Kerana tidak melihatnya adalah mubah sekalipun ia adalah anak (bapa)-nya, dan tidak melihat anak yang terlahir daripada pernikahan adiknya pun mubah. Perkara yang menghalangi saya untuk memfasakh pernikahan itu adalah ia (anak zina) bukan anak (bapanya) kerana lahir daripada zina.”

Sila amati ucapan Imam al-Syafii yang sangat teliti dan penuh kehati-hatian. Hadith yang beliau disebutkan adalah sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim. Hadith tersebut menceritakan perebutan seorang anak antara Sa’ad bin Abi Waqqas dan ‘Abd bin Zam’ah. Anak tersebut dilahirkan oleh hamba milik Zam’ah (bapa ‘Abd dan Sawdah), namun Saad meneriwa wasiat daripada ‘Utbah bin Abi Waqqas (abang beliau) bahawa anak tersebut sebenarnya adalah anak zina beliau. ‘Abd bin Zamaah menolak menyerahkan anak tersebut kerana ia dilahirkan oleh hamba milik ayahnya, justeru secara zahir ia adalah anak ayahnya dan adik beliau. Apabila kes ini bawa ke hadapan Nabi, baginda memutuskan anak tersebut milik keluarga Zamaah. Namun oleh kerana rupa anak itu mirip dengan ‘Utbah, maka baginda memerintahkan Sawdah binti Zamaah untuk berhijab apabila berada di hadapannya, walaupun ia secara hukum adalah adiknya sendiri.

Dari hadith ini, al-Syafii merumuskan bahawa anak zina bagi penzina adalah orang asing. Justeru, jika anak zina tersebut hendak berkahwin dengan anak halal daripada “bapa kandungnya” tersebut, maka hukumnya makruh. Begitu juga jika anak zina itu menikahi “bapa” kandungnya daripada zina. Jika pernikahan itu benar-benar berlaku, maka beliau tidak dapat memfasakh pernikahan tersebut kerana tiada dalil yang melarang pernikahan antara dua orang yang tidak terikat dalam pertalian kekeluargaan.

Ucapan ini mencerminkan sikap al-Syafii yang teguh berpegang kepada Sunnah, sekaligus keengganan beliau menetapkan suatu hukum tanpa dalil. Memfasakh nikah pasangan yang disebutkan adalah tindakan yang tidak memiliki asas daripada al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas. Justeru beliau enggan melakukannya walaupun tidak menyukai pernikahan tersebut.

Sedia maklum bahawa kitab al-Um adalah riwayat Rabi’ bin Sulaiman daripada Imam al-Syafii. Ketetapan hukum ini turut terdapat dalam Mukhtasar al-Muzani. Kitab ini mengandungi nusus Imam al-Syafii yang diriwayatkan dan disusun oleh Ibrahim al-Muzani. Selepas menyebutkan nas al-Syafii yang menghukum makruh pernikahan anak zina dengan anak-anak “bapa kandung”-nya, al-Muzani meriwayatkan bahawa al-Syafii pernah MELARANG penzina menikahi anak zinanya. Beliau meriwayatkan qaul tersebut lalu mengkritiknya. Beliau berkata (dicetak Bersama kitab al-Um 8:334):

وَقَدْ كَانَ أَنْكَرَ عَلَى مَنْ قَالَ: يَتَزَوَّجُ ابْنَتَهُ مِنْ زِنًا وَيَحْتَجُّ بِهَذَا الْمَعْنَى ، وَقَدْ زَعَمَ أَنَّ رُؤْيَةَ ابْنِ زَمْعَةَ لِسَوْدَةِ مُبَاحٌ وَإِنْ كَرِهَهُ ، فَكَذَلِكَ فِي الْقِيَاسِ لَا يَفْسَخُ نِكَاحَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ ، وَلَمْ يَفْسَخْ نِكَاحَ ابْنِهِ مِنْ زِنَا بَنَاتِهِ مِنْ حَلَالٍ لِقَطْعِ الْأُخُوَّةِ ، فَكَذَلِكَ فِي الْقِيَاسِ لَوْ تَزَوَّجَ ابْنَتَهُ مِنْ زِنًا لَمْ يُفْسَخْ وَإِنْ كَرِهَهُ لِقَطْعِ الْأُبُوَّةِ ، وَتَحْرِيمِ الْأُخُوَّةِ كَتَحْرِيمِ الْأُبُوَّةِ ، وَلَا حُكْمَ عِنْدَهُ لِلزِّنَا لِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ ، فَهُوَ فِي مَعْنَى الْأَجْنَبِيِّ ، وَبِاَللَّهِ التَّوْفِيقُ.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Penerangan Ustaz Nazrul Nasir al-Azhary pendakwah ASWJ:

1. Fatwa imam Syafi'e yang nikah anak zina tu..
2. Kisah Nabi Muhammad SAW dengan Ummatul Mukminin Mariah r.anha..
3. Wahhabi di Malaysia kacau mazhab Syafi'e, Wahhabi di India kacau mazhab Hanafi dll..
4. Hukum bacaan al-Quran kepada mayat oleh Imam Syafi'e..

Untuk menonton klik di sini 👉🏼 video

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pandangan Syeikh Nuruddin al-Banjari mengenai bertasawuf dengan mengabaikan hukum hakam fiqh

video

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Isu Bid’ah Yang Ramai Orang Tidak Faham

Oleh Ustaz Datuk Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Dr MAZA menyatakan Imam Syafie r.h.a. membenarkan bapa zina mengahwini anak zinanya. Katanya sbg membuktikn kerasnya pendapat Syafie tentang tiada nasab antara keduanya.

Tetapi benarkah Imam Syafie r.h.a. membenarkan seorang bapa boleh mengahwini anak hasil zinanya?

Sekiranya ya, apakah dalilnya dan adakah ulama mazhab yang lain bersepakat dgn fatwa ni?

FATWA IMAM SYAFIE R.H.A. : KAHWIN ANAK HASIL ZINA

Jumhur Ulama berpendapat seorang penzina tidak boleh mengahwini anak hasil zinanya.

Berkata Imam Syafie r.h.a.:

"Aku tidak menyukai (makruh dalam warak) baginya berkahwin dengan anak-anak perempuan yang dilahirkan hasil zinanya" Kitab al-Umm: 5/30

Sebahagian Ulama Syafie menjelaskan, Imam Syafie r.h.a. memberikan hukum makruh jika ada kemungkinan anak itu bukan hasil dari benih penzina tersebut. Tetapi jika telah dipastikan benihnya maka haram baginya berkahwin dengan anak itu. al-Hawi al-Kabir, al-Muhazzab & syarahnya, Mughni al-Muhtaj

Ini dikuatkan dengan kenyataan Imam Muzani r.h.a. yang merupakan anak murid Imam Syafie r.h.a. selepas membawa kata-kata beliau di atas:

"Dan beliau pernah mengingkari kata-kata orang yang membenarkan seorang penzina mengahwini anak hasil zinanya". Mukhtasar al-Muzani: 228

Kesimpulan: Imam Syafie tidak menyukai dan mengingkari pendapat yang membenarkan penzina mengahwini anak hasil zinanya.

Wallahu a'lam

Oleh Ustaz Mohd Shahrizal

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ISU PENAMAAN “BIN/BINTI ABDULLAH” KEPADA ANAK TIDAK SAH TARAF OLEH MAHKAMAH RAYUAN - Mufti Wilayah

Kami (Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan) berpendapat bahawa hujah yang melarang dibinkan atau dibintikan anak tak sah taraf kepada ayah biologinya berdasarkan dalil kuat daripada nas al-Qur’an, hadith, amalan sahabat dan jumhur fuqaha.

Islam telah membatalkan apa yang diamalkan di zaman Jahiliyyah dengan menghubungkan anak-anak hasil daripada zina kepada nasab penzina.

Fahaman yang sebenar berkenaan dengan sabda Rasulullah SAW (الوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الحَجَرُ) adalah dengan makna bahawa anak dinasabkan kepada bapa yang berada dalam perkahwinan yang sahih. Sedia maklum bahawa al-firash dengan maksud perempuan mengikut kebanyakan ulama’ dan dita’birkan dengan maksud dalam keadaan iftirasy. Adapun zina maka tidak harus menjadi penyebab untuk mensabitkan nasab. Sebaliknya, yang berhak kepada yang berzina adalah direjam dengan batu.

Begitu juga zahir hadith menunjukkan anak dihubungkan dengan bapa atau dibinkannya selepas sabit bersamanya bapa dan ibunya iaitu tidak sabit kecuali selepas berlakunya persetubuhan dalam perkahwinan yang sahih atau fasid. Inilah pendapat jumhur. Sedangkan riwayat Abu Hanifah bahawa sabit semata-mata dengan akad ini kerana semata-mata zhan sudah memadai. Pendapat ini ditolak kerana tertegah hasilnya dengan sebab akad berdasarkan zahir hadis. Bahkan mesti adanya imkan al-wat’i atau kelebihan bersetubuh.

Isu menutup malu dan aib bukanlah alasan yang kuat kerana syariat Islam jelas menunjukkan larangan membinkan atau membintikan kepada selain bapanya yang sah melalui perkahwinan. Ini kerana, banyak hukuman dalam Islam diperintahkan supaya dilaksanakan secara terbuka, termasuk dalam kes sebatan zina.

Jika yang dimaksudkan mendapat malu itu adalah si anak, maka mudarat menyembunyikan itu lebih besar. Ini kerana ia berkaitan dengan soal pembahagian faraid dan wali nikah bagi wanita.

Baca selanjutnya di : 👉🏼 muftiwp.gov.my - Penjelasan Lanjut

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Dalil al-Qur’an Bagi Ijmaʿ ʿUlamaʾ Tentang Tempoh Minimum Kehamilan Yang Sah adalah Enam (6) Bulan
Bertentangan dengan ijma' adalah merbahaya - Ustaz Abdullaah Jalil USIM

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

SUKA PINDAH SESUKA HATI

Diriwayatkan oleh al-Darimi dalam Sunan-nya bahawa 'Umar Ibn 'Abdil 'Aziz berkata:

"... ومن جعل دينه غرضا للخصومة كثر تنقله"

"... dan sesiapa yang menjadikan agamanya sebagai matlamat untuk berbalah maka banyaklah perpindahannya"

Menurut Syeikh Muhammad 'Awwamah حفظه الله Athar al-Hadis al-Syarif, halaman 115, maksud perpindahan di sini ialah berpindah dari satu mazhab ke mazhab lain".

Komentar saya: Maka sewajarnya orang yang suka buat kerja macam ni bermuhasabah diri.

Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz Abdulrahman

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1) Mazhab Fiqh menjadi institusi yang menyusun secara sistematik keseluruhan syariat Islam melalui hukum-hukum Fiqh sama ada yang disepakati semua fuqaha atau yang diijtihadkan oleh fuqaha Syafi’iyyah dalam soal ibadat, mualamat, munakahat dan sebagainya. Ia secara tidak langsung menghubungkan masyarakat dengan tuntutan al-Qur'an dan Sunnah dengan cara yang wajar atas alasan, bukan semua orang mampu memahami tuntutan kedua-dua sumber tersebut. Al-Qur'an dan Sunnah mempunyai pakar yang menguasai perbahasannya. Kepakaran turut berlaku dalam semua bidang ilmu sama ada Sains Sosial mahupun Sains Tulen. Dalam hal berikut, mereka yang bukan pakar perlu merujuk kepada Ahl al-Zikr (Al-Nahl : 43). Justeru, mazhab memanifestasikan konsep rujukan Ahl al-Zikr mengikut cara yang paling baik.

2) Mazhab turut memperlihatkan proses penyusunan hukum syarak dengan penggunaan pelbagai kaedah dan metodologi ijtihad oleh para fuqahanya untuk berijtihad. Proses yang sama turut dilalui pelbagai mazhab lain seperti mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebagainya. Suatu hal yang menarik di sini ialah, teks al-Qur'an dan hadis tidak diamalkan secara literal dan semberono melainkan setelah dianalisis statusnya, diteliti dan dihubungkan dengan illah, hikmah dan Maqasid Syariah. Ia penting supaya tuntutan syarak tidak mendatangkan beban kepada mukallaf selain tidak menimbulkan kontradiksi suatu hukum furuk dengan prinsip umum Syariah. Penentuan hukum bukan sekadar bernoktah dengan semakan status kesahihan sesuatu hadis semata-mata. Analisis fuqaha turut bergantung kepada penguasaan bahasa Arab, pengambilkiraan sosiobudaya setempat yang baik dan perbezaan pendapat fuqaha lain.

3) Mendisiplinkan masyarakat awam dengan pengetahuan dan amalan berkaitan hukum syarak secara konsisten. Dengan itu, mereka yang bukan bertaraf mujtahid akan dapat mengetahui perkara-perkara yang menjadikan suatu hukum itu sah atau tidak sah, wajib atau sunat, haram atau makruh, dan wajar diikuti atau patut ditinggalkan. Dengan ikutan mazhab, para pengikut akan mengetahui fatwa dalam mazhabnya yang mungkin berbeza dengan mazhab lain. Ia memudahkan orang awam mengesani titik-titik perbezaan pendapat antara para fuqaha. Keharmonian berbeza pandangan dan sifat bertasamuh akan lebih terurus dalam konteks mazhab. Berbeza halnya tanpa mazhab. Ia akan merungkai konsistensi ilmu dan memporak-perandakan amalan apabila perkara sunat akan dianggap wajib dan yang halal dikatakan haram. Malah lebih teruk, jika hal-hal #khilafiyyah #turut #dihukumkan #bid’ah, sesat dan rekaan manusia yang kononnya bercanggah ajaran Islam.

Jangan kita mengabaikan satu hakikat penting iaitu ramai fuqaha terkemudian selepas zaman imam-imam mazhab yang turut memiliki syarat-syarat mujtahid, masih memilih untuk ‘bernaung’ di bawah salah satu mazhab empat. Mereka tidak menonjolkan diri sebagai pengasas mazhab baharu atau mengangkat tahap kesarjanaan mereka di luar daripada lingkungan mazhab imam-imam besar. Mereka menjadi salah seorang pendokong yang mengembangkan mazhab yang diikuti, kepada masyarakat awam. Hatta Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim yg menjadi rujukan sahabat kita daripada aliran Salafiyyah pun masih bermazhab Hanbali.

Kepada anak-anak muda, silalah belajar dengan mendalam untuk lebih faham dan janganlah dengan sedikit pendedahan ilmu dalam bidang tertentu, membuatkan anda merasakan diri itu sudah setanding dengan para imam mujtahidin.

Yang benar,
Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Dalam surah di atas, Allah megarahkan manusia merujuk kepada Ahl al-Zikr atau golongan pakar jika tidak tahu. Ini bermakna pengetahuan yang diperolehi daripada pakar, #tidak #akan #bernilai melainkan ia dimanfaatkan oleh orang yang bertanya. Itulah keadaan yang berlaku dalam amalan bertaklid kepada mana-mana mazhab Fiqh. Ayat ini menjadi hujah bagi kebanyakan ulama muktabar dalam mazhab empat bagi mengharuskan masyarakat awam bertaklid kepada ulama.

Juga ingin saya tegaskan bahawa tiadalah pengertian rujuk kepada Ahl al-Zikr itu melainkan bermaksud taqlid dan ittiba’. Kenapa disebut ittiba’? Kerana ia pada hakikatnya one type of taqlid. Tiada beza pun antara taqlid dan ittiba’ disebabkan motif keduanya ialah kepengikutan orang yang bukan mujtahid akan ijtihad orang lain yang menjadi mujtahid. Para ulama membahagikan manusia kepada dua kategori iaitu mujtahid dan muqallid. Istilah muttabi’ #hanya #dipopularkan oleh Sheikh al-Albani dan penyokong Salafiyyah. Walau bagaimanapun, muttabi’ walaupun bebas mazhab, tetap muqallid kepada makna dalam hadis yang diijtihadkan oleh guru-guru mereka {Al-Buthi, 2005}.

#Ketiga
Taqlid mazhab bukanlah suatu yang pelik dalam tradisi perkembangan hukum Islam. Ia tidak membawa pengertian yang hina atau menjadikan para muqallid sebagai kumpulan manusia yang menyeleweng. Para usuliyyun dan fuqaha pelbagai mazhab bersepakat (ijmak) secara dasarnya, keharusan taqlid bagi orang awam dalam mengamalkan hukum fiqh. Asas persepakatan tersebut merujuk kepada amalan para Sahabat yang merujuk atau mengikut pandangan beberapa Sahabat yang faqih hukum (mujtahid).

Ini kerana konsep taqlid juga adalah suatu yang daruri dalam erti kata semua manusia akan merujuk kepada pandangan ahli ilmu dalam pelbagai persoalan terutamanya hal ehwal agama. Majoriti ulama berpandangan orang awam wajar bertaklid dalam hukum furuk kepada para mujtahidin manakala bagi orang yang mencapai tahap mujtahid, tidak boleh bertaklid sama sekali {Al-Hafnawi, 1995}.

Antara hujah yang dikemukakan, tidak wajar memaksa orang awam berijtihad sendiri kerana ia menyalahi prinsip 'fas’alu ahla al-zikr' dalam al-Quran {Al-Nahl: 43}. Masyarakat awam pada zaman Sahabat dan Tabi’in juga merujuk kepada para fuqaha’ mereka dan tidak pernah terbukti para Sahabat dan Tabiin menyuruh mereka agar berijtihad sewaktu mengemukakan persoalan {Al-Hafnawi, hlm 211}. Hal ini juga telah dicatatkan oleh Ibn Khaldun {1988} seperti berikut :
إنّ الصّحابة كلّهم لم يكونوا أهل فتيا ولا كان الدّين يؤخذ عن جميعهم. وإنّما كان ذلك مختصّا بالحاملين للقرآن العارفين بناسخه ومنسوخه ومتشابهه ومحكمه وسائر دلالته بما تلقّوه من النّبيّ صلّى الله عليه وسلّم أو ممّن سمعه منهم ومن عليتهم. وكانوا يسمّون لذلك القرّاء أي الّذين يقرءون الكتاب لأنّ العرب كانوا أمّة أمّيّة، فاختصّ من كان منهم قارئا للكتاب بهذا الاسم لغرابته يومئذ. وبقي الأمر كذلك صدر الملّة

Dalam pengajian syariah, taklid seperti di atas berbeza dengan konsep taqlid yang dicela oleh para ulama khususnya dalam perkara yang batil, sesat dan menyeleweng dalam usul iktikad. Adapun taqlid sebagai amalan beriltizam dengan mazhab Hanafi, Maliki al-Syafi’i atau Hanbali adalah suatu yang baik malah turut didokong oleh ramai fuqaha dan muhaddiith terbilang.

#Keempat
Persepsi terhadap istilah taklid berbeza disebabkan jenis makna yang diberikan. Makna yang lebih 'cool' bagi taklid ialah seseorang muqallid mengikuti (ittiba’) fatwa-fatwa mazhab seseorang imam dan para ulamanya kerana percaya bahawa rumusan ijtihad mereka daripada sumber al-Quran dan Sunnah berdasarkan metodologi hukum yang dipercayai benar, yang mana dia (muqallid) tidak mampu mengetahuinya dengan sendiri {Al-Hafnawi, 1995}.

#Kelima
Tidak dinafikan seseorang boleh mengetahui sendiri hukum yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah jika dia menguasai ilmu-ilmu alat seperti bahasa Arab, ulum al-Quran dan tafsir ayat-ayat hukum, ulum al-hadith dan sub-sub ilmunya, maqasid syariah dan sebagainya. Itu pun jika dia mendalami disiplin pengajian Syariah daripada peringkat asas hingga peringkat pakar.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Insyallah mereka semua mati syahid

Pada saya jawapan "mereka semua mati syahid" yang diucapkan oleh Mudir Madrasah Tahfiz Ittifaqiyah ini ketika merujuk kepada tragedi yang menimpa Madrasahnya adalah tepat pada masa dan konteksnya.

Ucapan ini bukan ucapan "bangsat" atau jawapan untuk "melepaskan diri" tetapi ucapan beliau ini tepat dari segi kaedah psikologi iaitu bertujuan untuk mengurangkan kesedihan di hati para waris yang anak-anak mereka terkorban dalam tragedi ini.

Cuba kita bayangkan jika Mudir madrasah tersebut mengatakan bahawa tragedi ini adalah disebabkan kecuaian dari pihak madrasah atau beliau cuba menyalahkan mana-mana pihak, pastinya perkara ini akan lebih melukakan hati dan perasaan para waris. Seolah-olah para waris akan merasakan bahawa mereka telah tersalah memasukan anak-anak mereka ke madrasah tahfiz ini. Bagi saya, kenyataan sebegini pasti menambahkan lagi kedukaan dan kesedihan di hati mereka.

Ada ramai yang mengkritik ucapan ini tetapi bagi saya mungkin mereka telah memahami kenyataan Mudir madrasah ini di luar konteks sebenarnya daripada maksud yang beliau cuba sampaikan.

Untuk mudah faham, saya bagi 2 analogi mudah ini iaitu situasi tatkala menziarahi orang sakit.

1. Ketika kita menziarahi orang sakit, kaedah psikologi bahkan dalam Islām juga, kita dianjurkan untuk cuba mengurangkan kesedihan pesakit iaitu dengan kita mengembirakan hatinya. Apabila kita menziarahi pesakit, kita katakan kepada pesakit itu "bersabarlah di atas ujian Allāh ini", "sakit ini, Allāh akan mengampuni dosa-dosa kecil", "Allāh mengangkat darajat" dan "Allāh turunkan rahmat-Nya". Kita gembirakan pesakit supaya pesakit tidak terlalu memikir akan kesakitannya. Insyallāh dengan kaedah psikologi ini, kesakitan yang ditanggungnya pasti akan terubat sedikit setelah mendengar kata-kata gembira dan pengharapan dari orang yang datang menziarahinya.

2. Manakala sebaliknya jika kita menziarahi orang sakit dan kita katakan padanya, "ini mesti dosa tuan banyak sangat, sebab itu Allāh timpakan kesakitan pada tuan" atau kita katakan sebegini, " mesti tuan pernah berbuat maksiat, sebab itu Allāh bagi musibah (penyakit) sebegini kepada tuan".

Cuba kita bandingkan kedua-dua analogi ini, analogi yang mana satukah wajar kita implementasikan tatkala kita menziarahi orang sakit. Secara pasti kita semua akan memilih analogi yang 1 iaitu dengan kita cuba mengembirakan pesakit yang kita ziarahi dengan memberikan kata-kata gembira dan harapan kepada mereka.

Cuba bayangkan jika kita memilih analogi 2, pesakit yang kita ziarahi pasti akan berasa sedih, merasakan seolah-olah tiada lagi pengharapan baginya dan pesakit itu tidak lagi merasai apa-apa dari kesakitannya sedangkan kesakitannya itu sebenarnya adalah ujian dari Allāh. Bahkan yang lebih ditakuti ialah pesakit menjadi kufur kepada Allāh dengan bertindak menyalahkan takdir, seolah-olah tidak dapat menerima kesakitannya itu terjadi kepadanya.

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan di sini ialah kenyataan "mati syahid" yang diucapkan oleh Mudir madrasah tahfiz ini ialah satu kaedah psikologi yang dianjurkan dalam Islām iaitu memberi khabar gembira dan pengharapan kepada mereka-mereka yang terkena musibah.

Para waris yang terkena musibah ini, mereka sangat memerlukan motivasi atau kata-kata semangat dari kita semua dan apabila mereka mendengar jawapan dari Mudir Madrasah Tahfiz ini secara tidak langsung akan terubat sedikit kesedihan mereka.

Secara asasnya, kenyataan Mudir Madrasah ini adalah tepat pada masa dan konteksnya dan bukannya kenyataan yang "bangang" atau "berlepas diri". Kepada mereka-mereka yang mengkritik kenyataan Mudir madrasah ini, korang rasa kritikan korang itu boleh mengubat kesedihan Para waris kah?

Sekarang orang tengah bersedih, kata-kata berunsurkan motivasi dan semangat sangatlah diperlukan. Kata-kata tunding menunding atau menyalahkan orang lain "hold" dulu. Semua orang tengah bersedih.

Sumber dari ustaz Fuad Kamal

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Fatwa Al-Azhar: Hormat Bendera Bukan Syirik dan Bukan Bid’ah

تَحِيَّةُ الْعَلَمِ
يَقُوْلُ بَعْضُ النَّاسِ : إِنَّ تَحِيَّةَ الْعَلَمِ شِرْكٌ بِاللهِ ، فَلَا يُعَظَّمُ إِلا اللهُ وَحْدَهُ ، فَهَلْ هُنَا صَحِيْحٌ ؟

🔴Sebagian orang berkata bahwa hormat bendera adalah syirik, sebab tidak ada yang diagungkan kecuali Allah. Apakah hal itu benar?
الجواب
الْعَلَمُ رَمْزٌ لِلْوَطَنِ فىِ الْعَصْرِ الْحَدِيْثِ ، وَكَانَ عِنْدَ الْعَرَبِ رَمْزًا لِلْقَبِيْلَةِ وَالْجَمَاعَةِ، يَسِيْرُ خَلْفَهُ وَيُحَافِظُ عَلَيْهِ كُلُّ مَنْ يَنْتَسِبُ إِلَى الْقَبِيْلَةِ أَوِ الْجَمَاعَةِ ، وَكُلَّمَا كَانَ الْعَلَمُ مَرْفُوْعًا دَلَّ عَلَى عِزَّةِ أَهْلِهِ ، وَإِذَا انْتَكَسَ دَلَّ عَلَى ذُلِّهِمْ ، وَيُعْرَفُ عِنْدَ الْعَرَبِ بِاسْمِ الرَّايَةِ أَوِ اللِّوَاءِ .

🔵Jawab Syaikh Athiyah:

Bendera adalah simbol negara di masa sekarang. Bangsa Arab juga memiliki simbol suku dan kelompok. Setiap suku dan kelompok akan berjalan di belakang bendera dan menjaganya. Setiap bendera ditinggikan, maka menunjukkan ketinggian bangsanya. Jika bendera jatuh, maka akan menunjukkan kehinaannya. Bagi bangsa Arab, bendera dikenal dengan nama Rayah atau Liwa’.

وَفِى شَرْحِ الزَّرْقَانِى عَلَى الْمَوَاهِبِ اللَّدُنِّيَةِ كَلَامٌ كَثِيْرٌ عَنِ الْعَلَاقَةِ بَيْنَ الرَّايَةِ وَاللِّوَاءِ "ج 1 ص 390" وَذُكِرَ فِى غَزْوَةِ تَبُوْكَ أَنَّ حَامِلَ اللِّوَاءَ كَانَ زَيْدَ بْنَ حَارِثَةَ، وَلَمَّا قُتِلَ تَنَاوَلَهُ جَعْفَرُ بْنُ أَبِى طَالِبٍ وَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ، ثُمَّ تَنَاوَلَهُ عَبْدُ اللهِ بْنُ رَوَاحَةَ فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ، فَأَخَذَ اللِّوَاءَ ثَابِتُ بْنُ أَقْرَمَ الْعَجْلاَنِى وَتَقَدَّمَ بِهِ إِلَى خَالِدِ بْنِ الْوَلِيْدِ وَسَلَّمَهُ إِيَّاهُ لِجُدَارَتِهِ كَمَا ذُكِرَ أَنَّ جَعْفَرًا لَمَّا قُطِعَتْ يَدُهُ الْيُمْنَى حَامِلَةُ اللِّوَاءُ أَخَذَهُ بِيَدِهِ الْيُسْرَى، فَلَمَّا قُطِعَتْ يَدَاهُ احْتَضَنَهُ بِعَضُدَيْهِ ثُمّ قُتِلَ ، ثُمَّ دَعَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ أَنْ يُعَوِّضَهُ اللهُ بَدَلَ الْيَدَيْنِ جَنَاحَيْنِ فِى الْجَنَّةِ "ج ا ص 267 وما بعدها" .

Dijelaskan dalam kitab Syarah al-Zarqani atas kitab al-Mawahib al-Ladunniyah banyak pendapat antara hubungan Rayah dan Liwa’ di Juz 1/390. Disebutkan dalam perang Tabuk, bahwa pembawa bendera adalah Zaid bin Haritsah, ketika ia terbunuh maka bendera dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib, ia pun berperang hingga terbunuh. Bendera lalu dibawa oleh Abdullah bin Rawahah, ia pun berperang hingga ia terbunuh. Lalu bendera diraih oleh Tsabit bin Aqram al-Ajlani dan diserahkan kepada Khalid bin Walid, karena kehebatannya. Sebagaimana disebutkan ketika tangan kanan Ja’far yang memegang bendera terpotong, lalu ia pegang dengan tangan kiri, dan ketika tangan kirinya terpotong, maka Ja’far merangkul bendera dengan kedua pundaknya, lalu ia terbunuh. Kemudian Rasulullah berdoa agar Allah mengganti kedua tangan Ja’far dengan sayap di surga (Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, Tarikh al-Islam al-Dzahabi dan Sirah Ibni Hisyam)

فَتَحِيَّةُ الْعَلَمِ بِالنَّشِيْدِ أَوِ الْإِشَارَةِ بِالْيَدِ فِى وَضْعِ مُعَيَّنٍ إِشْعَارٌ بِالْوَلَاءِ لِلْوَطَنِ وَالاْلِتْفِاَفِ حَوْلَ قِيَادَتِهِ وَالْحِرْصِ عَلَى حِمَايَتِهِ ، وَذَلِكَ لَا يَدْخُلُ فِى مَفْهُوْمِ الْعِبَادَةِ لَهُ ، فَلَيْسَ فِيْهَا صَلَاةٌ وَلَا ذِكْرٌ حَتَّى يُقَالَ : إِنَّهَا بِدْعَةٌ أوَ تَقَرُّبٌ إِلَى غَيْرِ اللهِ (فتاوى الأزهر – ج 10 / ص 221)

Dengan demikian, menghormat bendera dengan lagu (kebangsaan) atau pun dengan isyarat tangan yang diletakkan di anggota tubuh tertentu (misalnya kepada) adalah bentuk cinta negara, bersatu dalam kepemimpinannya dan komitmen menjaganya. Hal ini tidaklah masuk dalam kategori ibadah, karena di dalamnya tidak ada salat dan dzikir, sehingga dikatakan: “Ini bid’ah adatu mendekatkan diri kepada selain Allah” (Fatawa al-Azhar, 10/221. Mufti Syaikh Athiyah Shaqr)

Sumber : Ustaz Ma'ruf Khozin

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Berlebihan memuji Nabi SAW ??

📺 tonton di sini 👉🏼 video

Oleh Habib Ali Al Jufri

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Amalan Kirim Salam Kepada Nabi SAW

Soalan:

Salam. Ana nak tanya. Tentang amalan menyampaikan salam org lain apabila menziarahi maqam baginda saw? Adakah ia dibolehkan? Atau sunnah yg diharuskan?

Jawapan:

Asas kepada perbuatan mengirimkan salam melalui seseorang kepada orang lain itu tsabit dalam hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi rahmahullah :

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَقِيتُ إِبْرَاهِيمَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي ، فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ ، أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلامَ .

" Daripada Ibni Mas'uud Radhiyallahu 'Anhu berkata : Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda ; " Aku telah menemui Ibrahim 'alaihissalam pada malam aku disra'kan, lalu Baginda berkata ; " wahai Muhammad! Sampaikan salam dari ku buat umatmu" ( HR at-Tirmidzi : 3409 )

Setiap kali mendapat tahu ada seseorang yang akan ke tanah suci, ada dari kalangan kaum Muslimin yang berkirim salam kepada Rasulullah sallallaahu 'alaihi wassalam. Ia adalah perbuatan yang dibolehkan, Imam an-Nawawi rahimahullah dalam kitab al-Idhah fi manaasikil hajj wal umrah pada halaman 453 menyatakan:

"Kemudian, jika seseorang berpesan kepadanya (yakni berpesan kepada si penziarah) untuk menyampaikan salam kepada Junjungan Rasulullah SAW, maka disampaikannya dengan mengucapkan: "as-Salamu 'Alaika, ya RasulAllah min fulanibni fulan" (Salam kesejahteraan atasmu wahai Utusan Allah daripada si fulan anak si fulan ) atau "Fulanubnu fulan yusallim 'alaika, ya RasulAllah" (Si fulan anak si fulan mengucap salam kepadamu, wahai Utusan Allah) atau dengan ucapan lain yang seumpamanya."

Perbuatan mengirimkan salam ini juga pernah dilakukan oleh salafuna as-Soleh.

Qadhi Iyadh rahimahullah dalam kitabnya asy-Syifaa bi ta'riifi huquuqil Musthafa pada juzuk ke-2 halaman 85 menyatakan:-

"Daripada Yazid bin Abi Said al-Mahriy berkata: "Aku telah datang mengadap Khalifah 'Umar bin Abdul Aziz, ketika hendak pu
lang, beliau berkata kepadaku: "Aku mempunyai satu hajat daripadamu, apabila engkau datang ke Madinah dan menziarahi kubur Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam, maka sampaikanlah kepada baginda salam daripadaku."


Dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa Khalifah Umar bin 'Abdul 'Aziz mengutus salamnya kepada Nabi SAW melalui surat yang beliau hantar dari Syam."

( Seorang ulama yang warak , alim dan adil seperti 'Umar bin 'Abdul 'Aziz juga mengamalkan kiriman salam, ini menunjukkan ia bukanlah satu perkara bidaah yang tercela-pen.)

Para ulama juga menyatakan perbuatan berkirim salam kepada baginda Sallallahu 'alaihi wassalam itu juga disusuli dengan doa agar beroleh syafaat baginda.

Maulana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam karya beliau yang diterjemahkan dengan jodol Fadhilat Haji pada halaman 204 – 205 menyebut:-

" ……., mungkin seorang lain yang telah menyuruh kamu untuk menyampaikan salamnya kepada Rasulullah SAW. Dengan demikian sampaikan salam secara demikian: (Salam ke atasmu ya Rasulullah, daripada orang ini bin orang ini yang memohon syafaatmu dengan Allah bagi pihaknya) Jika ini menjadi satu kesukaran untuk diucapkan di dalam bahasa Arab, maka lakukanlah di dalam bahasa Urdu atau di dalam bahasamu sendiri. "

Peringatan :

Kita dianjurkan memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas baginda Sallallahu 'alaihi wassalam. Sesungguhnya setiap ucapan itu akan disampaikan kepada baginda oleh para malaikat Allah sebagaimana hadis :

إِنَّ لِلَّهِ مَلائِكَةً سَيَّاحِينِ فِي الأَرْضِ ، يُبَلِّغُونِي عَنْ أُمَّتِي السَّلامَ

"Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang ditugaskan berjalan ke serata pelusuk bumi untuk menyampaikan kepadaku salam umatku." ( HR. Ahmad : 1/144, Al-Nasaa'i : 1282 )

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

“Beliau (al-Syafii) menyalahkan pihak yang berkata: (harus) menikahi anaknya daripada zina, lalu berhujah dengan makna ini, padahal beliau telah menetapkan bahawa penglihatan Ibn Zamaah kepada Sawdah adalah mubah walaupun makruh. Begitu juga secara qiyas, tidak difasakh nikahnya sekalipun makruh. Beliau tidak memfasakh pernikahan seorang anak zina dengan anak-anak perempuan yang halal kerana terputus hubungan adik beradik. Maka begitu juga secara qiyas: jika seseorang menikahi anak perempuannya sendiri daripada zina, tidak boleh difasakh meskipun makruh kerana ketiadaan hubungan anak-bapa. Pengharaman adik beradik sama dengan pengharaman bapa-anak. Menurut beliau, zina tidak memberi kesan hukum kerana sabda Nabi: Penzina hanya berhak mendapatkan batu (rajam), justeru ia seperti orang asing.”

Kebanyakan ashab (ulama Syafiiyah) selepas al-Muzani menafikan qaul kedua ini. Mereka menuduh al-Muzani tersilap dalam memahami ucapan al-Syafii. Imam al-Haramain dalam Nihayat al-Matlab 15:139 berkata:

وفيما نقله المزني ما يدل على أن للشافعي قولاً مطلقاً في منع نكاح ولد الزانية في حق الزاني إذا غلب على الظن أن العلوق منه، وهذا لم يقبله الأصحاب، ورأَوْا القطعَ بأن النكاح لا يحرم، والكراهيةُ ثابتةٌ، وردّ الشافعيُّ على من لا يكره للزاني نكاحَ بنت الزانية، وظن المزني أن ما ذكره تحريمٌ، وليس الأمر كذلك.

“Nukilan al-Muzani menunjukkan bahawa al-Syafii memiliki satu qaul yang mutlak melarang menikahi penzina menikahi anak zinanya apabila diyakini bahawa darah daging anak itu berasal daripadanya. Ini tidak diterima ole hashab. Mereka memandang telah pasti bahawa nikah tidak haram dan makruh telah sabit. Bantahan al-Syafii adalah ke atas pandangan yang tidak memakruhkan penzina menikahi anak zina, namun al-Muzani menyangka bahawa pandangan itu mengharamkan. Padahal perkara ini tidak sedemikian.”

Menurut saya, menyalahkan al-Muzani seperti ini agak sukar diterima. Beliau seorang murid kanan al-Syafii dan tokoh yang thiqah apabila meriwayatkan daripada al-Syafii. Jika beliau meriwayatkan qaul al-Syafii, kita tidak boleh menolak riwayat beliau melainkan apabila dinafikan oleh murid-murid al-Syafii yang lain seperti al-Buwaiti, al-Rabi’, Harmalah, dan lain-lain. Mungkin itu sebabnya Ibn Kathir menetapkan dua qaul bagi Imam al-Syafii dalam perkara ini. Beliau berkata (Tabaqat al-Fuqaha al-Syafi’iyyin 1:80):

وعنده في المخلوقة من ماء الزاني هل يحل له تزوجها قولان ، المشهور: نعم، ويحكي رواية عن مالك، والقول الثاني: لا، وهو المشهور عن مالك ، وهو قول أبي حنيفة، وأحمد.

“Pandangan beliau (al-Syafii) berkenaan anak perempuan yang tercipta daripada air mani penzina adakah halal menikahinya ataukah tidak, terdapat dua qaul. Yang masyhur adalah ya (halal). Pandangan ini turut dihikayatkan daripada Imam Malik. Qaul yang kedua: tidak (halal). Ini adalah pandangan masyhur daripada Malik, juga qaul Abu Hanifah dan Ahmad.”

Semakin menguatkan pandangan yang menetapkan dua qaul ini adalah ucapan Imam al-Nawawi yang menetapkan satu wajh dalam mazhab Syafii yang mengharamkan perkara tersebut. Beliau menulis dalam al-Rawdah (9:16):

فَلَا يَحْرُمُ عَلَى الزَّانِي أَنْ يَنْكِحَ الصَّغِيرَةَ الْمُرْتَضِعَةَ مِنْ ذَلِكَ اللَّبَنِ لَكِنَّهُ يُكْرَهُ ، وَقَدْ حَكَيْنَا فِي النِّكَاحِ وَجْهًا أَنَّهُ لَا يَجُوزُ لَهُ نِكَاحُ بِنْتِ زِنَاهُ الَّتِي تَعْلَمُ أَنَّهَا مِنْ مَائِهِ، فَيُشْبِهُ أَنْ يَجِيءَ ذَلِكَ الْوَجْهُ هُنَا .

“… maka tidak haram ke atas penzina menikahi anak kecil yang menyusu dengan susu itu, akan tetapi makruh. Kami telah menceritakan dalam kitab al-Nikah satu wajh bahaw atidak boleh baginya (penzina) menikahi anak zina yang diketahui berasal daripada air maninya. Justeru, wajh itu pun turut berlaku dalam permasalahan ini.”

Wajh adalah pandangan ashab yang diambil kira dalam pembentukan mazhab. Pandangan -pandangan tersebut kebanyakannya berasaskan kaedah dan kerangka usul mazhab Syafii. Justeru, besar kemungkinan pemilik wajh yang mengharamkan pernikahan bapa dan anak zina ini mengambilnya daripada qaul kedua Imam al-Syafii.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Imam al-Syafii mengharuskan bapa zina menikahi anak zinanya?

Syeikh Riyad al-Khiraqi (rahimahullah) melarang murid-murid beliau bermudah menyalahkan pendapat ulama. Terutama apabila ulama itu adalah seorang mujtahid mutlak yang dikitiraf ketokohannya oleh umat sejak berkurun. Larangan ini bukan kerana menempatkan ulama setaraf nabi yang maksum. Akan tetapi secara logik kesalahan pakar, kalau betul salah, tidak mungkin terlalu terang sehingga terlihat lebih rendah daripada orang awam yang jahil. Jika kita yang awam ini tahu perkara itu silap, tokoh alim itu tentu lebih tahu.

Oleh sebab itu, jika kami menemukan pendapat ulama yang terdengar ganjil, Syeikh Riyad (rahimahullah) menyuruh kami memastikan terlebih dahulu pendapat tersebut. Benarkah ucapan yang dinisbahkan kepada beliau itu benar-benar berasal daripada beliau? Jika benar, bagaimana lafaz ucapan beliau yang sebenarnya? Jika telah pasti, fahami sebab-sebab di sebalik pendapat itu? Selepas itu, kita boleh memilih dengan penuh tawaduk untuk setuju ataupun tidak setuju. Kecaman apalagi cemuhan? Tidak sama sekali.

Saya berusaha untuk selalu mengamalkan tarbiyah guru saya ini. Justeru, apabila melihat komen-komen negatif berkenaan Imam al-Syafii yang kononnya mengharuskan penzina menikahi anak kandungnya sendiri, saya berasa tidak selesa.

Lontaran isu ini ternyata telah berlaku sejak dahulu. Kebanyakannya adalah propaganda untuk memburukkan mazhab Syafii di mata awam. Sesetengah musuh al-Syafii zaman dahulu bahkan menuduh pandangan ini mirip dengan agama Majusi yang membenarkan incest. Tuduhan yang sangat buruk dan tidak munasabah dengan kesalehan dan keilmuan tokoh ulama ini. (lihat jawapan Fakhruddin al-Razi untuk tuduhan ini dalam Manaqib Imam al-Syafii h. 532).

Nas ucapan Imam al-Syafii yang spesifik menyebutkan perkara ini saya jumpai dalam kitab al-Um 5:32 sebagaimana berikut:

فَإِنْ وَلَدَتْ امْرَأَةٌ حَمَلَتْ مِنْ الزِّنَا اعْتَرَفَ الَّذِي زَنَا بِهَا أَوْ لَمْ يَعْتَرِفْ فَأَرْضَعَتْ مَوْلُودًا فَهُوَ ابْنُهَا ، وَلَا يَكُونُ ابْنُ الَّذِي زَنَى بِهَا ، وَأَكْرَهُ لَهُ فِي الْوَرَعِ أَنْ يَنْكِحَ بَنَاتِ الَّذِي وُلِدَ لَهُ مِنْ زِنًا كَمَا أَكْرَهُهُ لِلْمَوْلُودِ مِنْ زِنًا ، وَإِنْ نَكَحَ مِنْ بَنَاتِهِ أَحَدًا لَمْ أَفْسَخْهُ ، لِأَنَّهُ لَيْسَ بِابْنِهِ فِي حُكْمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . فَإِنْ قَالَ قَائِلٌ: فَهَلْ مِنْ حُجَّةٍ فِيمَا وَصَفْت؟ قِيلَ نَعَمْ: قَضَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِابْنِ أَمَةَ زَمْعَةَ لِزَمْعَةَ ، وَأَمَرَ سَوْدَةَ أَنْ تَحْتَجِبَ مِنْهُ لِمَا رَأَى مِنْهُ مِنْ شَبَهِهِ بِعُتْبَةَ ، فَلَمْ يَرَهَا وَقَدْ قَضَى أَنَّهُ أَخُوهَا حَتَّى لَقِيَتْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ، لِأَنَّ تَرْكَ رُؤْيَتِهَا مُبَاحٌ وَإِنْ كَانَ أَخًا لَهَا ، وَكَذَلِكَ تَرْكُ رُؤْيَةِ الْمَوْلُودِ مِنْ نِكَاحِ أُخْتِهِ مُبَاحٌ ، وَإِنَّمَا مَنَعَنِي مِنْ فَسْخِهِ أَنَّهُ لَيْسَ بِابْنِهِ إذَا كَانَ مِنْ زِنًا.

“Seandainya seorang perempuan hamil kerana zina, samaada pasangannya mengakui ataupun tidak, lalu perempuan itu menyusui anak tersebut, maka ia adalah anaknya dan bukan anak pasangannya. Saya MAKRUH-kan atas dasar warak bagi anak tersebut menikahi anak-anak perempuan pasangan zina itu (yakni bapa zina) sebagaimana aku makhruhkan beliau (penzina) menikahi anak zina. Jika ia menikahi juga seseorang daripada anak-anak perempuan (bapa zinanya) itu, maka aku tidak memfasakh pernikahan tersebut kerana ia bukan anak beliau mengikut KEPUTUSAN RASULULLAH S.A.W."

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

#PengumumanMSO

🔊 Klik link senarai group/channel Madrasah Sunni Online MSO:

👉🏼 t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

atau

👉🏼 senarai penuh URL group MSO

Group MSO dibarisi oleh panel-panel berlatar-belakang agama yang diiktiraf badan berautoriti

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

#PengumumanMSO

Channel Penjelasan Bidaah/Khilafiyah telah mencecah lebih 2000 ahli. Terima kasih atas sokongan anda. Untuk mencari nota-nota yang lepas boleh klik simbol kanta 🔍 dan taip keyword yang anda ingin cari.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

MAZHAB SYAFIE BERDALIL

1. Sekalipun, kita tidak ketemukan dalil dalam kitab fiqh Imam Syafie namun, para ulama terkemudian berkhidmat untuk mazhab Syafie.

2. Buktinya asas utama kitab mazhab Syafie ialah:
👉🏼 Al Umm
👉🏼 Al Imla'
👉🏼 Mukhtasar Al Buwaithi (w.231H)
👉🏼 Mukhtasar Al Muzani (w.264H)

3. Kemudian Imam Al Haramain (478H) mengumpul Qaul Al- Jadid (fatwa baharu) Imam Syafie daripada keempat-empat kitab tersebut di dalam satu kitab yang dinamakan:
👉🏼 Nihayah Al-Matlab 14 jilid tebal

4. Kitab Nihayah Al- Matlab oleh Imam Al-Haramain telah diringkaskan oleh anak murid beliau iaitu Imam Al Ghazali (505H) yang menghasilkan:
👉🏼 Al Basith (ringkasan pertama)
👉🏼 Al Wasith (ringkasan kedua)
👉🏼 Al Wajiz (ringkasan ketiga)

5. Dari kitab Al-Wajiz oleh Imam Al Ghazali ini maka Imam Ar-Rafie mensyarahkannya dengan dinamakan:
👉🏼 Syarh Al-Kabir (Fath Al Aziz fil Syarh Al Wajiz sebanyak 14 jilid)
👉🏼 kitab ini mengemukakan dalil Al-Quran & Hadis bagi kebanyakan permasalahan fiqh
👉🏼 dibincangkan mengenai khilaf 4 mazhab
👉🏼 perbandingan hujjah dan istidlal

6. Oleh kerana banyak hadis yang dikemukakan maka Imam Ibnu Al Mulaqqin (guru Imam Al-Asqalani) telah berkhidmat untuk takhrij hadis maka terhasillah kitab:
👉🏼 Badrul Al Munir fi Takhrij Ahadith Asy-Syarh Al-Kabir (7 jilid).
👉🏼 kitab ini disusun semata-mata untuk takhrij hadis yang dikemukakan dalam kitab fiqh tersebut.

7. Sebelum itu lagi, Imam Al-Baihaqi (w.458H) telah menyusun kitab:
👉🏼 As-Sunan Al-Kubra sebanyak 11 jilid tebal.
👉🏼 kitab ini adalah himpunan segala hadis yang menjadi dalil bagi mazhab Syafie.

8. Imam Al-Baihaqi juga menyusun kitab:
👉🏼 As-Sunan Al-Kabir 24 jilid
👉🏼 Al-Ma’rifah fi As-Sunan wa Al-Atsar 7 jilid
👉🏼 Al-Khilafiyat nushush Asy-Syafi’i
👉🏼 Manaqib Asy-Syafi’i 2 jilid

9. Maka tidak hairanlah Imam Al-Haramain Al-Juwaini memuji Imam Al-Baihaqi dengan katanya:

ما من شافعي الا والشافعي عليه منة الا ابو بكر البيهقي، فان له منة على الشافعي في نصرة مذهبه
"Tiada seorang daripada pengikut mazhab Syafie melainkan mereka terhutang budi dengan Imam Asy-Syafie kecuali Imam Al Baihaqi kerana beliau mempunyai jasa kepada Imam Asy-Syafie kerana membela mazhabnya."

10. Ulama terdahulu seperti Imam Al-Buwaithi dan Al-Muzani yang merupakan anak murid Imam Asy-Syafie. Satu level dengan Imam Ahmad. Namun, mereka lebih memilih untuk mengikut mazhab Syafie.
Imam Al-Baihaqi, Imam As-Suyuthi, Imam Al-Asqalani, Imam An-Nawawi dikatakan mencapai tahap mujtahid namun tetap taqlid kepada mazhab Syafie.

"Orang kita zaman sekarang, bertaqlid kepada mazhab Syafie bagaikan hina"

Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Imam Syafie TAK SURUH bapa zina kawini anak zina! Imam nak tunjukkan beratnya isu berbinkan anak zina!!!

Penetapan minimum 6 bulan adalah kerana berpandukan ayat suci al-Quran yang menyebut minimum 30 bulan utk mengandung (6 bulan) dan maksimum menyusukan anak 2 tahun (24 bulan). Maka cukuplah 30 bulan.

Adakah ia bertentangan hadis berkaitan al-walad lil firash? Jawapannya tidak sebab kaedah tersebut menjelaskan, kalau dah ada perkahwinan dan kelahiran lebih 6 bulan, tiada siapa yg boleh mencabar status anak kecuali si suami sahaja.

Beratnya isu ini bila jumhur ulama besar 4 mazhab, berpegang pandangan ini. Rentetan, menunjukkan ketegasan anak zina tak boleh dinasabkan dgn bapa, sehingga mereka berpandangan, tiadanya hubungan maka anak masih lagi ada aurat dgn si bapa sehingga boleh mengawini si anak zina.

Fatwa mazhab Syafie sebegitu, bukan nak suruh bapa kawini anak zina, tetapi nak menunjukkan besarnya isu mengbinkan anak zina.

Allahu al-musta'an.

Oleh Prof Asmadi Mohamed Naim

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kenapa Fatwa Tetapkan 6 Bulan Untuk Isu Nasab Anak Luar Nikah?

Pihak awam bercakap tentang polemik isu nasab anak luar Nikah. Ramai yg bertanya kenapa mesti lahir tidak kurang dari 6 Bulan kelahiran?

Berikut penjelasan Ustaz Alyasak Bin Berhan, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Daerah Tampin, kepada menara.my

baca selanjutnya di sini : 👉🏼 Penjelasan Ustaz Alyasak

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

JUJUR MEMBERI PANDANGAN DAN MENGAKU SAYA BUKAN BERMAZHAB SYAFIE

Para ustaz kena jujur... kalau bukan bermazhab, mengaku bahawa saya memang bukan bermazhab Syafie atau mazhab lain. Semua pandangan saya bukan mazhab Syafie..

Yang susahnya, melakukan 'tadlis' pada masyarakat mengatakan saya pun bermazhab Syafie... tapi keluar pandangan bukan mazhab Syafie.

Lepas tu pulangkan pada masyarakat nak menerima kita atau tidak.

Kita berdepan dengan suasana TIDAK JUJUR. Mengaku mazhab Syafie, tapi mengeluarkan pandangan bukan mazhab syafie tp dinisbahkan pada mazhab syafie.

Saya sendiripun bila mengajar, kalau bukan mazhab syafie, terang mengatakan dlm kes ni taklid mazhab lain. Terpulang mereka mahu ikut atau tidak.

Berlaku jujurlah!

Allahu al-musta'an.

dari Prof Asmadi Mohamed Naim

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

37 Masalah Populer karangan Ustaz Abdul Somad (Indonesia).

Buku ini menampilkan jawapan kepada beberapa masalah khilafiah yang sering dibangkitkan seperti masalah bid'ah, menyimpan janggut, membaca talqin, membaca al-Quran di kubur, menyambut Maulidul Rasul dan lain-lain.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Bagaimana dengan pelajar-pelajar disiplin falsafah, sejarah, bahasa Melayu, kejuruteraan, perubatan, ekonomi ataupun hanya bersekolah sehingga tahun enam?. Memaksa mereka ini untuk meneliti sendiri nas-nas hukum terutama hadis Nabi SAW dan amalan para sahabat, tanpa merujuk kepada pakar hukum Islam merupakan satu taklif yang membebankan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan umatnya sehingga semua orang wajib menjadi ustaz, agamawan, pakar syariah ataupun pakar sunnah, sehingga banyak bidang ilmu pembangunan duniawi dikuasai oleh orang-orang bukan Islam. Taklid atau ittiba’ mazhab merupakan kaedah terbaik untuk mengimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi. Solusi dalam kedua-dua keperluan ini ialah merujuk kepada ahl al-zikr (ulama/mujtahidin) seperti dalam ayat 43 surah al-Nahl.

#Keenam
Dalam persidangan Majmak Fiqh Islam kali ke-10 yang berlangsung di Mekah pada tahun 1987, suatu resolusi merumuskan khilaf antara mazhab bukanlah suatu percanggahan dalam Islam dan membenarkan umat Islam mengikut mana-mana mazhab tanpa sekatan dalam pelbagai urusan ibadat, muamalat, kekeluargaan, kehakiman dan jenayah, yang berpandukan sumber hukum syarak. Resolusi tersebut turut menyangkal pihak yang bersikap anti mazhab dan mereka yang sering mencerca mazhab-mazhab fiqh dan para Imamnya dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai keji dan menyesatkan umat Islam (Al-Qaradhawi, 1991, hlm 81-83).

Berdasarkan huraian di atas, beberapa asas penting tentang mengenai kepengikutan mazhab dapat dirumus seperti berikut :

i. Mazhab merupakan sebuah institusi Fiqh (School of Thought) yang mempermudahkan umat Islam untuk memahami syariah dengan lebih jelas dan sempurna.

ii. Bagi masyarakat awam, 'ittiba’ al-mazahib' menyediakan ruang kemudahan untuk mengamalkan rutin hukum Islam seharian tanpa diserabuti persoalan khilaf yang komplikated.

iii. Keharusan mengikut mana-mana mazhab adalah terbuka dan tidak terikat secara rigid dengan suatu mazhab tertentu. Umat Islam boleh bertukar mazhab a.k.a pandangan fuqaha’ kepada fatwa mazhab lain yang lebih kuat, releven dan bermanfaat.

iv. Ikhtilaf pendapat tidak seharusnya membawa perpecahan dalam masyarakat.

#Ketujuh
Mengenai ikhtilaf yang menimbulkan banyak mazhab pula, Abdul Karim Zaydan (1993) menyimpulkan sekiranya ikhtilaf dalam kalangan para Sahabat pun mendatangkan kesan lebih besar kepada orang lain, apatah lagi bukan sahabat. Ikhtilaf para mujtahid tidak sewajarnya dilihat memecah-belahkan agama Islam. Sebaliknya merupakan sumbangan para fuqaha’ kepada masyarakat walaupun berlaku di sana fanatisme atau pemujaan (تقديس) terhadap individu sehingga kata-kata mereka mengatasi al-Qur'an dan Sunnah.

Sedikit tambahan lagi, apabila disebut mazhab Al-Syafi’i (sebagai contoh), ia mencakupi rumusan pemikiran imam Al-Syafi’i termasuk doktrin dan juga metodologi ijtihad beliau dalam pengkajian al-Qur'an dan Sunnah, dan aliran pemikiran fiqh yang berkembang pada zamannya. Istilah mazhab Al-Syafi’i turut meliputi segala penulisan dan pandangan hukum yang dihasilkan para murid dan pengikut Imam al-Syafi’i, berlandaskan manhaj ilmiah beliau (Izz al-Din al-Tamimi,1990). Orang yang tidak melazimi mazhab ini tidak akan faham 'nature' perbezaan pandangan antara Imam Syafie dengan fuqaha Syafi’iyyah terkemudian lalu menghukumkan kita telah melanggar pandangan Imam mazhab sendiri.

Akhir sekali, saya ingin merumuskan pentingnya kita beriltizam dengan sesebuah mazhab seperti mazhab Syafi’i di Malaysia dan begitu juga mazhab lain seperti berikut:

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Taqlid Sesebuah Mazhab Tidak Menyalahi Falsafah “Mengikut Sunnah” Nabi SAW

Huraian ini dibuat terhadap soalan yang diajukan pada saya mengenai pendirian beliau bahawa lebih baik kita (#baca: dia) mengikut sunnah Nabi SAW dan meninggalkan amalan orang Melayu yang tidak pernah ada pada zaman Baginda. Katanya jika amalan itu boleh dibuat sekalipun, ia tetap tidak afdhal. Maka lebih selamat adalah mengikuti Nabi SAW. Mohon pandangan saya!

Jika dibaca pendiriannya itu memang kelihatan ringkas dan “betul”, tetapi adakah kefahamannya tentang ittiba’ perkara yang dinamakan Sunnah itu Sahih seperti yang difahami oleh semua fuqaha mutaqaddimin (khususnya sebelum kemunculan #Ibn #Taymiyyah 661H)?. Rumusan pendirian seperti itu telah melompat daripada beberapa asas penting yang telah disepakati oleh fuqaha yang hampir keseluruhannya bertaqlid mazhab muktabar. Untuk menjelaskan kembali asas-asas itu bukan suatu yang mudah kerana kita terpaksa kembali menyelongkar lembaran yang telah lama tertutup, kerana perbahasannya #telah #selesai.

Maka sebab itu, saya katakan semua orang yang mahu memahami hukum Islam secara lebih mendalam perlu mempelajari semua disiplin syariah side-by-side secara teratur. Kefahaman hukum yang holistik tidak akan sempurna jika mendalami disiplin hadis semata-mata. Hukum Islam bukan bersumberkan hadis semata-mata. Terdapat banyak lagi adillatul ahkam (dalil-dalil hukum) seperti Qiyas (meliputi istihsan), Maslahah Mursalah, Sadd al-Zara’ik, Uruf dan lain-lain yang dirumuskan fuqaha di samping hadis. Itu belum lagi melihat sejajaran hukum dengan Maqasid Syariah (umum dan khusus) dan impak perubahan zaman/tempat/sosiobudaya yang menuntut kajian terhadap illah (rasional) hukum diteliti semula. Fiqh al-Sunnah penting seperti pentingnya Fiqh al-Kitab, Fiqh al-Maqasid, Fiqh al-Waaqi’, Fiqh al-Awlawiyyat, Fiqh al-Ikhtilaf dan satu lagi Fiqh al-Nafs.

Kita mulakan dengan beberapa asas berikut :

#Pertama
Hukum syarak semua bersumberkan al-Qur'an dan Sunnah yang mana teks kedua-duanya ada yang bersifat qat’iy dan zanniyy dari segi dilalahnya (petunjuk makna). Al-Qur'an semuanya qat’iyy dari segi kesabitannya sebagai wahyu Allah, begitu juga Sunnah (hadis) yang mutawatir. Namun, banyak dilalah kedua-duanya bersifat zanniy kecuali pada tempat yang dijelaskan sendiri oleh Allah/Rasulullah mengenai bentuk dan kaifiyyat pelaksanaannya. Oleh kerana tiada dokumentasi video dan rakaman terhadap amalan pada zaman Rasulullah melainkan perkhabaran (riwayat) oleh para Sahabat yang tersebar di merata tempat, maka ketepatan dilalah dalam riwayat itu terpaksa dihukum zanniyy kerana banyak faktor. Apatah lagi every single part of petunjuknya tidak mampu diyakini 100% oleh setiap orang dalam generasi terkemudian.

Dalam bahasa mudah, hadisnya Sahih tetapi adakah kefahaman terhadap makna hadis itu Sahih? Di sinilah para fuqaha mengkaji dan menganalisis apakah makna yang hampir tepat pada ayat al-Qur'an dan hadis untuk mengistinbat hukum. Tidak pernah ada fuqaha berani berkata pendapatnyalah tepat dengan Sunnah atau Sunnah itu adalah pendapatnya. Daripada usaha penggalian makna dalam Sunnah inilah lahirnya perbezaan pendapat dalam kalangan mujtahidin yang kemudiannya melahirkan mazhab.

#Kedua
Senario khilaf dalam penggalian makna itu hanya melibatkan pakar hukum atau mujtahidin yang diiktiraf keilmuan mereka. Satu persoalan, bagaimanakah orang awam dapat mengetahui makna dalam al-Qur'an dan Sunnah? Semua ulama bersepakat (ijmak) bahawa orang awam perlu merujuk kepada orang yang lebih berpengetahuan seperti mujtahidin dan ulama. Sebagaimana diperintahkan Allah sendiri dalam surah al-Nahl ayat 43:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 43

Maksudnya:
”Dan Kami tidak mengutuskan sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (jika kamu tidak mengetahui).

Читать полностью…
Subscribe to a channel