petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

9759

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. https://t.me/+RYcY5K7TfvsGgphQ t.me/CdBundleMurah t.me/Resepidanpetua 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

LANGIT JUGA TAK SELALU GELAP

Dipinggirkan sebab tak berjaya. Disisihkan sebab tak bergaya. Dihina sebab tak berharta. Zaman sekarang bercinta orang tak pandang setia dan jujur. Ada duit, ada rupa.. kira jalan tu. Tak payah nak sedih-sedih ditinggalkan manusia, kau pun selalu tinggalkan Pencipta. Okey.. deep?.

Kita tak boleh paksa orang sayangkan kita, apatah lagi nak halang orang benci kita. Yang penting respect each other. Tak semua dalam Dunia ini akan menjadi seperti apa yang kau harapkan. Apa yang kita nak tak semestinya kita miliki. Apa yang milik kita tak selamanya milik kita. Itu sebab kau perlu turunkan harapan yang tinggi. Just go on with the flow of life.

Move on sebenarnya bukan melupakan benda yang dah terjadi, tapi menjadikan kenangan itu satu pengalaman dan pengajaran. Kalau kau boleh lupa, itu bukan move on.. itu nyanyuk hehe.. Hari ini, jangan lupa pesan pada diri "Wahai diri, aku harap kau bahagia hari ini. Walaupun apa yang jadi, kita terus bangkit".

Langit tidak selalu cerah, tetapi langit juga tidak selalu gelap. Itu antara perumpamaan manusia. Tak selamanya kita lemah dan kalah. Suatu saat kita akan berjaya dan menang. Paling penting teruskan usaha. Orang yang sabar tak akan pernah rugi. Kesakitan yang di alami akan diganti dengan bahagia yang tak pernah terlintas dihati. Sabar.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

JOM CUBA RESIPI AIR SIHAT DI HARI RAYA!

Pasti tidak lengkap menikmati hidangan raya tanpa minuman yang menyegarkan, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Jom cuba resipi air limau pudina dan timun yang dapat membantu anda menghilangkan rasa dahaga dan membantu anda untuk kekal hidrasi semasa berhari raya.

Bukan sahaja menyegarkan, malah rendah kalori, kurang gula dan membekalkan vitamin C. Bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya pun memang mudah dan senang. Sesuai sangat jika nak dihidangkan kepada tetamu-tetamu yang bertandang ke rumah di hari raya nanti.

Nota: Resipi air boleh diolah mengikut citarasa sendiri, tapi lebih baik jika tak terlalu manis ya 😉

Selamat mencuba!
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Assalamualaikum,..
selamat hari raya semua..,🎉🎆

Malam ni admin open ucapan raya! Sampai pg esok, yg nak bg ucapan raya Pm admin sekarang terus je hantar ucapan anda . ..

@cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Banyak banyakkan Berdoa. Dan Dekatkan lah Diri Kita Dengan Allah SWT.
Semoga Rumahtangga Kita Di Berkati Allah SWT dan Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat.
Kunci kebahagiaan Adalah Sabar Ikhlas dan Sentiasa Bertolak Ansur dalam apa Jua perkara. Buangkan Rasa ego dan jangan membanding bandingkan pasangan Kita Dengan orang lain. Terima lah Buruk Baik pasangan Kita Itu Seadanya kerana perkahwinan Itu sebenarnya Menyatukan Dua Insan Yang Serba Kekurangan dan Tak Sempurna.

Semoga Kita Semua Di Rahmati Allah Taala.
Aamin Ya Robbal Alaaminn...
❤️🌹❤️
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

#foryoupage
cikda811" rel="nofollow">http://tiktok.com/@cikda811
T.me/PetuaDankesihatan
Video 60

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tubuh badan bayi bawah 6 bulan tidak sama seperti orang dewasa dan masih lagi di dalam fasa kearah kematangan. Pemberian air kosong kepada bayi di bawah 6 bulan boleh menyebabkan masalah hyponatremia iaitu keadaan di mana kepekatan garam di dalam badan menjadi rendah dan mengakibatkan organ di dalam tubuh gagal berfungsi. Justeru itu, pemberian susu ibu adalah yang sebaiknya kerana ia bukan sahaja mengandungi air malah nutrien penting untuk tumbesaran bayi. Biar tempoh penyusuan tidak lama tetapi galak diberikan kepada bayi agar dapat menstimulasikan kuantiti susu yang dihasilkan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

BAHAYA KOLESTEROL TINGGI!

Apakah bacaan kolesterol dalam darah anda? Kolesterol tinggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh mengancam nyawa. Tahap kolesterol tinggi dalam darah biasanya tidak mempunyai simptom namun ia boleh meningkatkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan strok.

Selain gaya hidup yang kurang aktif, masalah kolesterol tinggi juga boleh berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Jadi, lihat semula tabiat pengambilan makanan harian dan gaya hidup anda dan ubah kepada yang lebih sihat.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🦷Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), prosedur rawatan pergigian tidak akan membatalkan puasa dengan syarat pesakit tidak menelan sebarang bahan secara sengaja ketika rawatan dijalankan.

🪥Secara asasnya, segala bentuk penjagaan dan rawatan gigi dan mulut boleh dilakukan meskipun seseorang itu berpuasa.

👨🏻‍⚕️Pengamal pergigian juga harus mengambil langkah berhati-hati supaya pesakit tidak tertelan sebarang bahan atau ubatan sepanjang prosedur rawatan dijalankan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

1443 3 IN 1 PU SLING BAG KULIT Leather casual

Product Informations:
Materials: leather

HARGA RM22
Postage rm9sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Baju lawo, mekap tak cantik pun tak function!

Nak function kena pandai matching mekap dengan baju barulah cantik ootd awak tu.

Pilih mekap raya terpaling function kat sini

1. https://shope.ee/20YQUvV4RP
2. https://shope.ee/4VFixq0NHf
3. https://shope.ee/7zpddAap1b

💝 FREE POSTAGE
💝 FREE AKSESORI
💝 VOUCHER RM14

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

BERAS PUTIH VS BERAS PERANG

Beras datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna. Tetapi beras yang sering menjadi pilihan dan sebutan orang ramai adalah beras putih dan beras perang. Ada perbezaan ke di antara kedua-dua jenis beras ini?

Apakah perbezaan beras perang dengan beras putih?
1. Beras perang dan beras putih berasal dari pokok padi sama. Beza nya adalah
proses yang terlibat samada 'polish' dan 'unpolished'.
2. 'Polish' bermaskud beras tersebut dibuang kulitnya, manakala 'unpolished' tidak dibuangg kulit.
3. Beras putih adalah 'polish' manakala beras perang adalah 'unpolish'
4. Beberapa perkara yang membezakan beras iaitu :
- Panjang beras : Lagi panjang, lagi rendah glisemik indeks contohnya basmati.
Basmati ada 2 jenis. Biasa dan brown basmati. Brown basmati pilihan lebih baik.
- Proses lain : Rebus (parboiled). Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang
5. Kajian dari Kazemzadeh et al, 2014 mengatakan jika menggantikan beras putih kepada beras perang 100%:
- Kurang berat badan
- Kurang ukurlilit pinggang dan pinggul
- Kurangkan BMI
- Kawal bacaan tekanan darah diastolik
6. Kajian dari Tantamango et al, 2010 mengatakan jika menggantikan separuh hidangan dengan bijirin penuh, satu hidangan seminggu (~ 100-200g nasi beras perang) akan menurunkan risiko colon polyps sebanyak 40%.
7. Jika kita hanya ganti 20% sahaja beras putih kepada perang, kita dapat turunkan risiko kencing manis sebanyak 16% (Qi et al, 2010).

Walaubagaimanapun, saiz sajian nasi perang masih sama iaitu 2 senduk nasi atau segenggam nasi. Jika ambil berlebihan, tidak dapat menikmati kebaikan beras perang.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🍮Kuih-muih adalah antara makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak kira di mana kita berada, kuih-muih antaranya menjadi salah satu pilihan utama semasa berbuka puasa di bulan Ramadan.

📌Orang ramai disarankan untuk meminimumkan pengambilan makanan manis dalam rutin harian bagi mencegah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan kegemukkan.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Pernahkah anda mendengar tentang penyakit buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak😷

Selain golongan dewasa, kanak-kanak juga boleh mendapat penyakit buah pinggang.

Penyakit buah pinggang dalam kalangan kanak kanak boleh dicegah sekiranya dikesan dari awal.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, ibu menyusu perlu memastikan kesihatan diri dalam keadaan terbaik agar dapat kekal memberikan susu kepada bayi. Pastikan amalan pemakanan sihat diamalkan secara konsisten agar bekalan susu kepada bayi mencukupi.

Sekiranya ada halangan untuk meneruskan penyusuan dalam bulan Ramadan ini, tidak mengapa kerana ada kelonggaran (rukhsah) kepada ibu menyusu. Sebarang kemusykilan boleh cuba dapatkan nasihat dari pegawai kesihatan yang bertauliah, pegawai sains pemakanan atau jururawat laktasi.

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Item ( FREE )🎁 je dengan belian rm35 ke atas ‼️ boleh pilih nak yg mna..

Tekan link ni:
/channel/CdBundleMurah

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

3 TIP MAKAN KUIH RAYA

Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Setelah sebulan berpuasa ramai yang bertambah kacak, cantik dan sihat selepas kehilangan berat badan semasa berpuasa. Oleh itu, ambillah kuih raya dan juadah raya yang lain secara berhemah supaya tidak sia-sia usaha anda menurunkan berat badan di bulan puasa.

Ikutilah 3 tip mudah ini untuk mengurangkan pengambilan kuih raya yang kebanyakannya diketahui memang tinggi kandungan kalori, lemak dan gula.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

TIP MASAK SECARA SIHAT DI HARI RAYA

Ingatlah, musim perayaan bukan tiket untuk anda makan tanpa memikirkan kesihatan.

Sediakan dan masak juadah raya secara sihat tidak kiralah untuk ahli keluarga tersayang, rakan-rakan mahupun saudara mara. Pilihlah bahan-bahan yang lebih berkhasiat, kurangkan penggunaan gula, garam dan minyak berlebihan semasa memasak.

Selamat hari raya!

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Harap Ramadhan Tahun ini
Bukan LAST Untuk Kita Semua,
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP tak ada yg tak buat dosa.. bertaubatlah sentiasa,
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatapps dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di *'Aidil Fitri.*

* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• *˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★*Hari Raya*★。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚

*SELAMAT HARI RAYA* *'AIDILFITRI*
*MAAF ZAHIR DAN BATIN*
Dari: Team @PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Jenis-Jenis Ujian Dalam Rumah Tangga...

1. Ujian Mertua

Tak semua orang memiliki mertua yang baik...ada yg terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya...hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya...untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya...jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu...

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami taknak mendengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar...isteri dipersalahkan suami, suami taknak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%... Untuk keadaan ini, hanya kesabaran si isteri yabg menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan...

2. Ujian Ipar

Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik...ada pasangan yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka...apa yg mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang...ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya...ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki...

3. Ujian Kewangan

Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga...dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, Tetapi kini berdua...apa yang suami makan, isteri makan...apa yang suami pakai, isteri pakai...segala galanya kena berkongsi...waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua duanya ada pendapatan...maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus...

4. Ujian Anak

Expectation yg ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat...anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yg kita impikan itu dengan segera...Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar...Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka...ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut...pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban...

5. Ujian Kecurangan

Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita betul betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannnya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya...dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat denga rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang orang ini sangatlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan...

Akhir Kalam, ada Pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian ujian yang dinyatakan, ada yang Tak... Bagi Mereka yang berjaya, mugkin sekarang mereka dah Berbahagia...bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah...hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga Bila di Uji Allah s.w.t...

Semoga Semakin Cekal.. Tabah.. Kuat kan Bersabar Serta Berfikiran Positif Sentiasa.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tak semua yang kita inginkan dan harapkan akan selalu terwujud, boleh jadi kita merasai kekecewaan terlebih dahulu sebelum merasai sesebuah kebahagiaan. Sentiasa belajar untuk berdamai dengan keadaan sekarang dan takdir yang Allah aturkan untuk kita.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

MAKANAN TERPROSES BOLEH MEMBAWA MUDARAT

Makanan terproses biasanya tinggi kandungan gula, garam, lemak tepu, dan bahan tambahan lain yang boleh membahayakan kesihatan jika diambil dengan kerap. Selain itu, makanan terproses juga tinggi kalori dan mempunyai kurang nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.

Pengambilan makanan terproses secara kerap boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, obesiti, dan pelbagai penyakit lain.

Jom hadkan pengambilan makanan terproses dan utamakan makanan segar untuk dijadikan hidangan di rumah.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Jika kesakitan itu membuat kita ingat pada Allah, itulah nikmat.

Jika kebahagiaan itu membuat kita lupa pada Allah, itulah musibah..

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

ITEM FREE PROMO‼️
Jemput masuk

/channel/CdBundleMurah

https://chat.whatsapp.com/4howCY4lsNy6ZfjSdbyfbN

☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

1438 CANVAS BAG KOREA KULIT

Product Informations:
Materials: canvas

HARGA RM15
Postage rm9sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💞 ADA YANG NAK PROMOTE @ IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG !! 🎊

-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-ikut noted yang di beri 
-Admin promote ke 5 group
-Admin open promote bila ada permintaan sahaja

'Jom kembangkan bisnes anda'...
🤲Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan, aminn..

T.me/PetuaDankesihatan
PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

_Assalamualaikum wbt_

🌾 MUTIARA KATA 🌾

Menjadi emas mungkin memang mewah menyilaukan, tapi tanah yang seolah kotorlah yang boleh menumbuhkan banyak tanaman indah. Orang hebat bukanlah yang mewah menyilaukan, tapi ia yang punya banyak manfaat buat kebaikan pada orang lain.

*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🍛Moreh adalah budaya masyarakat di Malaysia yang merujuk kepada makan selepas terawih.

🍽️Pengambilan moreh secara berlebihan, ditakuti akan menyumbang kepada kalori yang berlebihan yang tidak diperlukan badan dan akan menyebabkan kenaikan berat badan walaupun berpuasa.

💡Ikuti tip memilih hidangan moreh sebagai panduan pemakanan anda.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

7 MANFAAT BERPUASA KEPADA KESIHATAN

Amalan berpuasa banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kesihatan apabila dilakukan dengan betul. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga memberi kesan baik kepada tubuh dari segi fizikal iaitu dengan memulihkan fungsi tubuh.

Puasa dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping memperbaiki sel-sel (Adventures in Therapeutic Fasting, Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) )

Jom manfaatkan bulan Ramadan ini dengan berpuasa untuk meningkatkan kesihatan kita. Jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan sihat, seimbang dan sederhana ketika berbuka dan bersahur agar kita dapat menikmati kebaikan puasa sepenuhnya.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Hidup ini bukan tentang diri kita. Bukan tentang berapa banyak harta kita, bukan tentang pangkat kita, kemashyuran. Tetapi tentang berapa banyak bantuan yang kita hulurkan kepada orang yang memerlukan. Seikhlas hati. Semampu daya.

Suatu hari kita akan pergi. Meninggalkan semua yang kita ada, melainkan kebaikan kita.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

TANTARI ARMANI SILK KOLEKSI ZARA ZYA 😍🤩

Material armani silk eksklusif + sulaman di bahagian lengan dan baju , beri efek klasik moden . Ada 10 pilihan corak dan warna yang cantik untuk di pakai pada hari raya nanti ✨

Available saiz S to 4XL .

🔥 OFFER : RM79.90

PLUSSIZE ADD RM5
2 PSG KE ATAS FREE POS SM

http://www.wasap.my/60127255338/TantariArmani

Читать полностью…
Subscribe to a channel