T.me/PetuaDankesihatan
😴🛏️Tidur sangat penting untuk memastikan kesihatan seseorang individu berada pada tahap yang optimum .
📌Tidur yang cukup dapat memberikan tenaga serta membantu kita untuk fokus dan kekal cergas sepanjang hari.
Oleh itu, untuk mendapat tidur yang cukup, lakukan perkara berikut;
1️⃣ Tetapkan masa tidur
2️⃣. Elakkan melihat skrin televisyen/telefon
3️⃣ Elakkan ambil makanan dan minuman berkafein atau bergula
Sudahkah anda mengambil makanan yang tinggi serat hari ini?
Serat mempunyai banyak kebaikan terhadap badan kita. Antara sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, ubi-ubian, buah-buahan, sayur-sayuran dan legum. Panduan Diet Malaysia 2020 turut menggalakkan pengambilan serat sebagai sebahagian daripada menu harian kita. Sebagai contoh, anda disarankan untuk memilih sekurang-kurangnya separuh daripada bijirin dan produk berasaskan bijirin adalah daripada bijirin penuh.
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN. DALAM DIET.
By kelvin
T.me/PetuaDankesihatan
1.Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.
Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
2.Minuman Kedai Kopi.
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.
Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
3.Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
4.Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
5.Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
6.Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7.Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
8.Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan.
YOU GET WHAT YOU GIVE
Jangan menyakiti orang lain, kerana kita tidak tahu masa depan. Boleh jadi orang yang kita pandang sebelah mata, mungkin esuk atau lusa kita yang meminta bantuan darinya. Orang yang kita tinggalkan hari ini, kita sakiti hatinya. Boleh jadi esuk dan lusa kita hanya mampu memandang dari kejauhan, menyaksikan betapa hebat dirinya.
Andai kita tidak mahu rasai sakitnya terluka. Maka usahalah jaga dari menyakiti. Sungguh ALLAH akan kembalikan pada kita. Siapa yang menganiaya diri, andai bukan kita sendiri? Trust me, you get what you give.
Credit to rohanasaad
🍃🌸Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?🌸
T.me/PetuaDankesihatan
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna
Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
🌷MAKANAN🌷
T.me/PetuaDankesihatan
Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
🌷Apa yang menyebabkan keracunan makanan?🌷
🌸Punca keracunan makanan:
Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang
🌸Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
🌸Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
Keracunan tersebutKuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakanUmur seseorangSistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
🌸Pesakit itu mungkin akan mengalami :
Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala
🌸Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).
🌸Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
🌸Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
Makanan tidak dimasak dengan sempurna
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
🌸Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.
T.me/PetuaDankesihatan
📢Sistem penghadaman yang sihat merupakan asas kepada kesihatan tubuh.
‼️Ketidakhadaman berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat dan menghidap beberapa penyakit terutamanya yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
✅Oleh itu, orang ramai perlu mengambil berat sistem penghadaman dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
https://Telegram.me/CdBundleMurah
Tekan link biru di atas ye
Stock baru sampai
Ada set combo jimat kids
T-shirt dewasa baru
KOPI LATTE
Kopi yang sihat !! biasa orang takut nak minum kopi sebab kandungan gula tinggi/ pening kepala !! kopi latte ni kandungan gula dia jalan 30 langkah dah habis terbakar !! sangat sedap dan ia guna kopi premium.
.
Dah rasa ni confirm hari2 akan teringat !! memang lagi sedap dari minum yang mahal2 tu…stok selalu sold out sebab jadi rebutan !!
.
Ni kalau ada masalah sembelit memang sangat sesuai !! Aroma kopi tu fuhhhh asyik teringat-ingat.
.
Jom rasa kesedapan aroma kopi latte.
Harga SM... RM29 = 20 sachet
http://www.wasap.my/60127255338/NakOrderKopiLatte
SUIT CIK AQISH
KURUNG MUHANA
KURUNG MIRELLA
KURUNG MELINDA
KURUNG MAZIYA
KEBARUNG MARWAH
Offer RM59 sepasang
Exc postage
BLOUSE MELLY
BLOUSE MELINA
Offer RM39 sehelai
Exc postage
Nak order wasap ya
www.wasap.my/60127255338/BlouseSuit&KurungOffer
💞 ADA YANG NAK PROMOTE/IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG YER 🎊
-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-IKUT NOTED YG DI BERI YA
-Admin promote ke 5 group
'Jom kembangkan bisnes anda'...
🤲Semoga anda semua di murahkan rezeki selalu aminn...
T.me/PetuaDankesihatan
PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝
_Assalamualaikum wbt_
_🌹 Mutiara Pagi 🌹_
Kita tidak mampu mengubah hati orang lain berbaik sangka pada kita. Tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk berbaik sangka pada orang lain.
Kita dapat mengubah hidup menjadi lebih baik apabila kita mengubah diri menjadi lebih baik.
*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*
_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._
T.me/PetuaDankesihatan
Adakah anda pasti anak anda mengambil air kosong mencukupi pada setiap hari? Kepentingan minum 6 hingga ke 8 gelas setiap hari adalah perlu bagi fungsi fisiologi dalam badan, mengawal suhu tubuh dan perkumuhan.
Ikuti langkah-langkah berikut bagi memastikan anak anda sentiasa terhidrasi.
8 KEBAIKAN PUCUK UBI
T.me/PetuaDankesihatan
1. PEMBINA SEL BADAN
Protein pada pucuk ubi ini mengandungi unsur pembina sel badan dan merupakan komponen sistem enzim.
.
2. PEMECAH KARBOHIDRAT
Kandungan asid amino didalam daunan hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga
.
3. PROTEIN YG BAIK
Kandungan protein kepadanya boleh disamakan dengan telur dan mengandungi leboh drp 60% asid amino essensial.
.
4. CEGAH SEMBELIT
Pucuk ubi ini oleh mencegah sembelit menjaga kesihatan mata dan mampu mengiatkan immunisasi tubuh
.
5. PERBAIKI SEL KULIT
Ia juga mampu memperbaiki sel kulit dan sangat berguna utk pemulihan luka.
.
6. KUATKAN TULANG DAN INGATAN
.
7. AGEN RAWAT KANSER
.
8. MENURUNKAN BERAT BADAN.
Ia sangat rendah kalori dan boleh menyrunkan berat badan.
.
Semua khasiat ni baik jika direbus ye bukan masak lemak lak.
T.me/PetuaDankesihatan
Sudahkah anda makan sayur hijau pada hari ini? Tahukah anda, rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 sajian sayur setiap hari mengikut saranan di dalam Piramid Makanan Malaysia. Sayur-sayuran berdaun hijau bukan sahaja mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita, malah ia mempunyai nilai kalori dan lemak yang rendah.
Sayur berdaun hijau (seperti bayam, kangkung, sawi dan kailan) adalah kaya dengan asid folik dan zat besi untuk mengurangkan masalah anemia, terutamanya untuk ibu hamil. Oleh itu, saranan pengambilan sayuran berdaun hijau amat ditekankan untuk ibu hamil yang hadir ke klinik kesihatan dengan masalah anemia.
Sayuran hijau juga merupakan sumber serat yang baik. Pengambilan serat yang secukupnya dapat mengawal pergerakan keluar masuk ke dapur kerana perut kekal kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama. Malah sayuran hijau seperti salad juga boleh dijadikan snek yang boleh diambil antara waktu makan utama.
Oleh itu, jom kita ambil sayuran berdaun hijau pada setiap hari bermula dari hari ini. Kami sudah cuba, anda bila lagi?
Ada apa dengan Budu?
T.me/PetuaDankesihatan
Budu merupakan salah satu makanan tradisi yang sangat terkenal di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu diperbuat daripada ikan bilis yang telah melalui proses fermentasi untuk beberapa bulan.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan budu adalah ikan bilis, garam, asam jawa dan juga gula Melaka. Nisbah penggunaan bahan-bahan ini adalah rahsia citarasa si pembuatnya tetapi secara tradisinya, nisbah ikan bilis dan garam adalah bersamaan 2:1 hingga 6:1.
Ikan bilis merupakan sumber protein yang baik dan mengandungi vitamin B seperti niacin, riboflavin dan B12 yang memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga dan sel darah merah. Namun, budu merupakan sejenis makanan yang tinggi kandungan garam. Justeru pengambilan budu perlu dikawal supaya dapat mengawal pengambilan garam dalam sehari.
Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
9.Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.
Cuba untuk bahagia hari ini.
Walau apapun sakit yang mendatang semalam.
#tentangkita
@PetuaDankesihatan
🍃🌸Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan? 🌸
Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
Untuk Whitening Emulsion Elegant Cosmetics keluaran terbaru , terdapat formula baru yang ditambah iaitu Gluconolactone. Jenis bahan exfoliator , untuk general bahan ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit especially untuk sensitive skin. Paling penting , gluconolactone ini boleh menjadi bahan yang cukup lembut untuk penggunaan harian!
Maksudnya , product ini boleh di gunakan setiap hari. Jangan risau.
Nak order wasap
www.wasap.my/60127255338/Nakordersunscreen
𝑲𝑼𝑹𝑼𝑵𝑮 𝑩𝑨𝑻𝑰𝑲 𝑺𝑼𝑳𝑻𝑨𝑵𝑨𝑯 - 𝑲𝑨𝒀𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 ✨
Kurung batik dari Luvla 🥰
Ehemmm takkan nak tgok je cuba cik puan beli. Eh eh? 😆 mahu terlihat exclusive dan cantik, haa boleh cepat grab sekarang sebelum habis.
http://www.wasap.my/60127255338/KurungBatikSultanah
3 ITEM RM100 JEEE!
Fuh melting teruk set ni.
Set ni antara yang HOT SELLING ITEM tau!
Yela, bayar RM100 je, dapat 3 item. Set make up paling oh sem sebab dah ada bedak, sunscreen dengan blusher terus.
Sape dah pernah try blusher tu mesti suka sebab bau dia wangi sangat. Dah la effect dia sangat natural bila kita oles kat pipi.
Jom grab cepat, sebab promo ni tak lama.
Lepas ni korang kena bayar RM166 tau nak dapat 3 item ni.
Dm @FarhanaHMY sekarang!
T.me/PetuaDankesihatan
‼️Kesihatan yang baik bermula daripada sistem penghadaman yang sihat. Sistem penghadaman berfungsi untuk mencerna makanan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair.
📌Proses penghadaman yang baik membolehkan lebih banyak nutrien diserap dari makanan yang dimakan. Selain itu, penghadaman sihat juga mempengaruhi imuniti tubuh dan dapat mengeluarkan bahan buangan dengan efisien daripada tubuh.
✅Oleh itu, orang ramai perlu memastikan proses penghadaman berlaku dengan sempurna dengan mengamalkan gaya hidup dan mengamalkan pemakanan sihat.
/channel/CdBundleMurah
Jemput join tekan link biru di atas
Item baru sampai..
Set combo jimat Murah² je🔥
# Item kids
# T-shirt dewasa baru
Kenapa wanita mudah Menangis
(Sumber:wanita blogspot)
T.me/PetuaDankesihatan
1. Faktor Hormon
Mengikut kajian yang telah dilakukan hormon wanita adalah lebih mudah dalam keadaan tidak stabil terutamanya apabila pada waktu datang bulan. Tekanan yang biasa bagi mereka kadang kala akan berubah menjadi suatu tekanan yang besar di mana ia boleh membuatkan mereka menangis.
Kebanyakan wanita bersetuju bahawa mereka lebih kerap untuk menangis pada waktu datang bulan/haid. Dinasihatkan supaya jangan memberi sebarang tekanan kepada mereka kerana pada masa ini lebih sensitif daripada biasa.
2. Tujuan Manipulasi
Adakah anda sedar bahawa kebanyakan daripada wanita percaya dan yakin akan kenyataan bahawa lelaki itu lemah terhadap tangisan air mata mereka. Kepercayaan ini telah lama diketahui sejak dari dahulu lagi dan ada sesetangah wanita menggunakannya untuk memanipulasi keadaan supaya memihak kepada mereka.
Mereka juga sangat yakin bahawa seseorang lelaki itu pasti sanggup melakukan apa pun hanya untuk memberhentikan teangisan mereka.
3. Faktor Kemarahan
Wanita adalah sama sekali tidak sama seperti kaum lelaki, wanita itu lebih cenderung meluahkan perasaan marah melalui tangisan. Ini adalah sifat semulajadi bagi setiap wanita. Wanita menangis dan marah biasanya kerana anda melakukan sesuatu yang mereka tidak sukai.
Majoriti wanita bersetuju bahawa mereka merasa lebih tenang setelah meluahkan kemarahan melalui tangisan. Tangisan disebabkan kemarahan juga dianggap salah satu cara terbaik baik mengatasi emosi amarah mereka.
3. Faktor Memori
Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai pemikiran yang sangat kompleks berbanding lelaki. Sebagai contoh, ketika anda sedang bergelak ketawa dan secara tiba-tiba sahaja mereka akan mengingati akan kenangan lalu sekaligus menyebabkan mereka menangis.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kebanyakan wanita lebih kerap mengingati akan setiap detik hidup yang mereka lalui selama ini berbanding dengan kaum lelaki. Tuhan telah mengurniakan mereka memori yang kuat bagi mengingati setiap kenangan bagi membolehkan mereka muhasabah akan perkara-perkara yang dialami.
4. Faktor Emosi
Pemikiran wanita itu terlalu mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding akal fikiran. Mereka selalu secara automatik akan mengekspresikan akan satu tindakan itu berdasarkan emosi yang mereka hadapi, berbanding pula dengan lelaki yang sentiasa berusaha mengawal tindakan supaya tidak terikut dengan emosi mereka sendiri.
Ini adalah merupakan perbezaan ketara antara wanita dan lelaki di mana lelaki lebih mementingkan pertimbangan akal fikiran berbanding mengikut nafsu dan emosi.
Tangisan adalah sesuatu yang agak asing bagi kaum lelaki namun apabila seseorang wanita itu menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda di sisi mereka. Laksanakan tanggungjawab anda sebaik-baiknya bagi menenangkan mereka. 🍃
senaman perut utk anda yang selalu sibuk
Jemput kawan² join telegram
@PetuaDankesihatan
_Assalamualaikum wbt_
_🦋 Mutiara Pagi 🦋_
Kita tidak boleh mengawal apa yang orang nak fikir dan cakap buruk pasal diri kita. Tapi kita boleh mengawal diri kita untuk abaikan semua itu.
*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*
_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._