BERKORBAN JANGAN SAMPAI TERKORBAN
Ada orang, kita ketawa sama-sama, bagi semangat, bagi dorongan, kongsi idea, kata-kata manis. Belakang-belakang mengutuk kita. Ada pula jenis orang, dia sakitkan hati kita, lepas tu dia cerita kat orang, kita yang sakitkan hati dia. Dan ada juga orang, kita menjadi orang yang pertama dicari, saat dia basah kuyup terkena hujan atau saat dia tak kuasa menahan peluh kerana terik. Kita pernah menjadi teduh sebelum kita dipaksa berubah, ikut menjadi hujan yang lebur pada pipi sendiri. Kadang-kadang kita seperti melepaskan anjing tersepit. Kita digigitnya balik. Kita disalahkan. Masa bahagia lupa. Bila derita cari kita. Dah tolong tak bersyukur. Sudahnya kita yang salah. Ada lagi sadis, kita menolong kerana kasihan tapi kita ditikam belakang, periuk nasi kita ditabur pasir. Sungguh sampai hatinya, kebaikan kita dibalas sebegitu. Takpe ALLAH Maha Adil, kita serah je pada DIA.
Berhati-hati dengan gelagat manusia. Berpada pada membantu orang terutama bab rumahtangga. Dengar boleh, jangan campur. Atau lebih baik jangan layan. Biar mereka urus sendiri. Kita berkecuali. Jaga hal sendiri.
Jangan campur urusan rumahtangga orang walau sahabat baik. Nasihat mereka suruh guna saluran betul atau minta tolong keluarga terdekat. Kita tidak tahu hati manusia. Masalah rumah tangga ni lain. Masa sedang baik semua wangi, sudah bergaduh jadi tahi. Berbaik semula wangi kembali. Gaduh suami isteri ini macam biskut. Kejap okey, kejap tidak. Adakala bila mereka berbaik, kita pula dituduh menghasut. Kita yang menolong pula jadi musuh.
Biarlah kita yang disalahkan, memang kita salah pun sebab menolong orang membabi buta. Dah terkena baru tersedar, orang mengambil kesempatan atas kebaikan kita. Kita buat baik sampai penat, bersusah payah kita menolong tapi akhirnya kita yang jahat. Bukan nak menghargai pertolongan kita tapi siap dijaja, difitnah malah ajak orang lain sekali membenci kita. Lain kali kita kena lebih berwaspada, jangan terlalu percaya pada manusia. Jadikan pengalaman pahit sebagai pelajaran. Rajin jangan sampai diperguna. Baik jangan sampai diperbudak. Percaya jangan sampai diperdaya. Niatlah pertolongan kita kerana ALLAH. Nanti kita susah, ALLAH wujudkan orang yang ikhlas menolong kita. ALLAH tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Jangan terlalu banyak korban diri sendiri untuk orang lain. Kadang-kadang mereka tak hargai pun. Fikirkan perasaan diri kita sendiri juga. Manusia mudah lupa. Pandai bermuka-muka. Ramai manusia bangga punya sahabat. Tapi mereka berubah bila yang di katakan sahabat itu telah berubah. "Kenapa kau berubah wahai sahabat?". "Aku berubah kerana sahabat itu hanya pada nama, tidak kelakuan. Sahabat itu hanya pada kata, tidak kasih sayang. Dan sahabat itu hanya manis bicara, tidak pada kepercayaan". Yang pernah di khianati pasti memahami. Pujuklah hati selalu kita menolong dengan ikhlas, mungkin ALLAH nak menguji kesabaran kita. Kesabaran penting dalam kehidupan. Kifarah itu pasti, diaorang tunggulah dapat balasannya nanti.
Kredit : Rohana Saad
Kesibukan sehari-hari sering membuat kita lupa akan pentingnya relaksasi. Luangkan waktu untuk meregangkan otot, agar tubuh dan fikiran kembali segar.
"KESIHATAN MENTAL UNTUK SEMUA"
"HENTIKAN STIGMA"
T.me/PetuaDanKesihatan
CUTI SEKOLAH DATANG LAGI 📚✏️🖍️🚌
Selamat bercuti adik-adik!
Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang cuti persekolahan ini.
Manfaatkan cuti sekolah ini dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan, terutamanya menghadkan masa pengunaan gajet serta tidak melayari bahan yang tidak berfaedah di media sosial bagi mengekalkan tahap kesihatan mental dan fizikal anda.
Jaga diri ya 🫶🏻
Kebanyakkan penyakit mulut boleh cegah menerusi amalan penjagaan pergigian yang sempurna dan diikuti dengan penjagaan kebersihan gigi yang baik.
Ikuti cara pencegahan penyakit mulut seperti yang dikongsikan sebagai peringatan bersama bagi mencegah penyakit mulut yang boleh mengundang ketidaselesaan dan jaminan kesihatan mulut di tahap optimum.
T.me/PetuaDanKesihatan
Kesihatan mental yang baik dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan yang baik.
Oleh itu, setiap individu disarankan untuk mengamalkan tip yang dikongsikan untuk memastikan kesihatan mental pada tahap optimum.
T.me/PetuaDanKesihatan
JOM BIASAKAN DERIA RASA DGN KURANG MANIS!
Pengambilan gula yang tinggi dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan deria rasa kurang sensitif terhadap rasa manis dan menyebabkan pengambilan lebih banyak gula bagi memberi rasa manis.
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi. Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
_ASSALAMUALAIKUM WBT_
🔰MUTIARA PAGI🔰
Jagalah rahsia temanmu, tutupilah keburukannya dan diamlah jangan memperbesar kesalahannya yang sedang dibicarakan oleh orang lain.
Memang baik untuk selalu bersabar dengan segala hal, namun lebih penting jika mampu bersabar dengan diri sendiri.
*_Maafkan saya doakan saya_*
*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*
_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._
𝐉𝐎𝐌 𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀
Ayuh kekal aktif setiap hari dengan menggunakan tangga berbanding lif untuk lebih sihat.
Terdapat banyak faedah kepada kesihatan apabila kita menggunakan tangga.
Seharian bekerja di pejabat dan duduk dalam kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat.
Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman.
Lakukan aktiviti fizikal berikut di tempat kerja anda.
𝙅𝙤𝙢 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙖𝙠𝙩𝙞𝙛 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙝𝙖𝙧𝙞‼️
T.me/PetuaDanKesihatan
Untuk yang nak ke Tanah Suci Mekah dalam masa terdekat jangan lupa tempat-tempat ini 🤲
T.me/PetuaDanKesihatan
Buah-buahan 🍊🥭 dan sayur-sayuran 🥦🥬 sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, buah dan sayur sebenarnya membantu dalam mencegah penyakit dan dapat meningkatkan daya tahan badan.
Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.
Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakan makanan. Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera.
Sayur-sayuran pula boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam-ulaman. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam 🍗, daging 🥩, ikan 🐟 dan kekacang 🫘untuk dijadikan sebagai hidangan.
‼️Walau bagaimanapun, bagi anda yang menghidapi diabetes, pengambilan buah-buahan perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.
T.me/PetuaDanKesihatan
Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat 👍🏻
Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah 🥕🥚🍗 sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.
‼️ Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat
⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.
🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.
Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?
Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.
Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea.
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam.
Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang👍🏻. Pemakanan harian yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, terutamanya dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular dan kanser.
Menurut Piramid Makanan Malaysia, kita perlu makan sekurang-kurangnya 2️⃣ hidangan buah-buahan setiap hari. Namun, berapa banyak yang ada dalam satu hidangan?
T.me/PetuaDanKesihatan
🌺 Telinga Gajah (Kolocasia)
Daun-daun yang besar dan bertenaga dgn warna ungu-merah yang menarik ini adalah titik tumpuan paparan taman yang subur ini. Tumbuhan Telinga Gajah, juga dikenali sebagai Colacasia, adalah tumbuhan tropika yang terkenal dengan dedaunannya yang mengagumkan dan besar yang boleh mencapai sehingga 3 kaki panjang.
Cahaya: Teduhan separa kepada matahari penuh, bergantung kepada kultivar.
Air: Kekalkan tanah lembap secara konsisten, tetapi tidak tersumbat air.
Tanah: Tanah yang kaya, mengeringkan dengan baik.
Suhu: Lebih suka suhu hangat 60-85°F (16-29°C).
Kelembapan: Kelembapan sederhana hingga tinggi adalah ideal.
Baja: Sapukan baja yang seimbang, perlahan-lahan dikeluarkan pada awal musim bunga.
Daun tumbuhan Telinga Gajah yang berani dan dramatik menjadikan tambahan yang menakjubkan kepada mana-mana taman, menambah bakat tropika yang subur. Warna-warni mereka yang bersemangat dan ketinggian yang besar mencipta titik tumpuan yang menarik untuk landskap yang direka dengan cantik ini. 🌺
Snek Sihat untuk Kanak-Kanak: Lindungi Gigi Mereka dari Karies!
Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi
Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:
Kurangkan Gula, Kurangkan Karies - Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
T.me/PetuaDanKesihatan
⚠️Tip penyediaan dan penyimpanan makanan yang selamat di rumah
Makanan 🍲🍜 yang dimasak di rumah hendaklah sentiasa bersih untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan.
Pengguna diseru untuk sentiasa menitikberatkan kebersihan bahan mentah dan peralatan agar hidangan yang selamat, bersih dan berkualiti dapat dihasilkan.
📌 Berikut adalah tip penyediaan dan penyimpanan makanan di rumah sebagai panduan.
T.me/PetuaDanKesihatan
@petuadankesihatan
Tips Kediaman Berbau Wangi :
Tips Kediaman Bau Macam Rumah Orang Kaya, Tahan Sampai 2 Minggu Guna Cara Ini
Rumah Sentiasa Wangi Ala macam Rumah Orang Kaya
Ada tiga cara yang dikongsikan untuk rumah sentiasa wangi seperti rumah orang kaya. Tapi, boleh abaikan yang ada alkohol dan gantikan dengan cuka. Hasilnya tetap sama.
Bahan-bahan:
3 biji lemon
Garam
Pelembut baju
Bunga cengkih
Cuka
Cara Membuat:
Pilihan 1:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Kemudian masukkan ke dalam bekas kecil Masukkan 3 sudu garam di antara lemon yang telah dibelah tadi.
Diikuti dengan pelembut baju.
Boleh letak di bahagian ruang rumah.
Pilihan 2:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Masukkan ke dalam bekas kecil.
Kemudian, letakkan garam, bunga cengkih dan cuka.
Pilihan 3:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Masukkan ke dalam bekas kecil. Letakkan garam dan cuka. Ambil bekas tersebut dan letak pada penjuru ruang, bilik air atau ruang tamu.
Hasilnya, bau dari bahan ini seperti berada di rumah orang kaya. Paling penting, tak perlu guna banyak duit untuk beli air freshener. Malah, bahan ini mampu bertahan sehingga 2 minggu.
Impiana : Jimat dan wangi. Kalau nak tahu bau rumah ala-ala orang kaya, bolehlah buat macam nie.
Sumber: IMPIANA, Sabrosos Tasty