Ayuh! Mulakan aktiviti santai dan hindari tingkah laku gaya hidup sedentari, khasnya untuk warga emas berusia 65 tahun dan ke atas. Nikmati harian anda dengan aktiviti fizikal yang menyihatkan.
Читать полностью…Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka. Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk.
Jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik. Selain merawat masalah jerawat, terdapat juga cara untuk menghindari jerawat.
T.me/PetuaDanKesihatan
Buah yang punya banyak nama..
Terung belanda.. Terung pipit .. juga dikenali sebagai .. Terung Rembang.. Terung Manggul.. Dan lelaian lagi nama merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles.
Nama botani terung ini ialah Solanum Tarvum. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.
Batangnya berkayu liat.. mempunyai dahan banyak dan berduri.
Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya.
Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting.. berwarna putih.
Kata orang kampung.. Buah terung ini sangat baik untuk mata. Bahkan dikatakan lebih baik dari carrot dalam hal mengubati rabun mata.
Beberapa manfaat dan khasiat Terung Pipit:
Buah Terung Pipit..
Sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga.
Caranya ialah tumbuk buah terung pipit hingga lumat dan cecair yang dikeluar itu diambil dan disapu pada tempat sengatan.
Biji Terung Pipit..
Digunakan untuk merawat sakit gigi.
Caranya: Bijinya digoreng tanpa minyak.. Tumbuk dan jadikan seperti kopi. Masukan dalam gelas air panas. Campur sikit garam. Sebatikan dan berkumur kumur dengan air bancuhan tersebut.
Akar..
Digunakan mengubati retak kulit pada kaki atau bengkak.
Cara merawatnya bolehlah menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yang bermasalah.
Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yang bengkak.
Merawat sawan dan pitam.
Caranya ialah rebus dan minum air rebusan akarnya.
Khasiat lain
Mengubati sakit kepala
Mengubati sengal-sengal badan
Mengubati taun dan cirit-birit
Mengurangkan demam panas
Merawat buasir
Menurunkan tekanan darah tinggi
Terung pipit tidak mempunyai kafein.. boleh mengurangkan kadar gula dalam darah ..mengawal diabetes.. lemak dan kolesterol.. merendahkan tekanan darah.. merawat asma.. kembung perut dan kecacingan.
Air rebusan terung pipit boleh di jadikan sebagai minuman untuk mencuci darah dan melegakan sakit perut.
Bahkan banyak lagi manfaatnya keseluruhan pokok ini.
T.me/PetuaDanKesihatan
Caranya : ambil daun dan akar asam gelugur secukupnya, lalu rebus dengan air. Setelah hangat atau dingin, teteskan sedikit ke dal
am telinga.
Obat Jerawat
Ambil beberapa keping asam gelugur kunyit dan sikit air, tumbuk sampai hancur. Kemudian sapu pada muka dan biarkan 20 minit. Kemudian cuci bersih. Jika diamalkan selalu insyaAllah akan mengelak dari jerawat dan resdung.
Terdapat sejenis penyakit yang ganjil yakni mulut terasa pahit. Tanda-tandanya terkena sakit, hilang selera makan dan susut berat badan. Jika anda mengalami penyakit ini, ubatlah dengan menggunakan asam keping gelugur.
Cara-caranya: Ambil lima keping asam gelugur dan rebus hingga mendidih. Masukkan sedikit garam ke dalam rebusan. Bila air rebusan sudah suam, berkumur-kumurlah dan minum. InsyaAllah pahit mulut anda akan berunsur hilang.
SATU PETUA RAWATAN PERUT BUNCIT DAN GEMUK
a) Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
b) Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam.
c) Minum setiap pagi dan malam.
d) Jika di amalkan selalu InsyaAllah perut buncit akan mengempis serta badan yang gemuk akan menurun.
Resepi Singgang Ikan Tenggiri (untuk makan 3 orang)
Bahan-Bahan:
3 potong ikan tenggiri
2 inci lengkuas, potong dan ketuk
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1-2 keping asam gelugor
5-6 biji cili padi
4 batang sayur bendi
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka laa)
Cara Penyediaan:
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali.
4. Rebus sehingga ikan betul-betul masak.
5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
# Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu. (Soheh orang lalu kat belakang pun tak nampak)
T.me/PetuaDanKesihatan
✨ Menu Harian 1800 Kalori! ✨
Tahukah anda? Keperluan kalori harian berbeza bagi setiap individu! Menu 1800 kalori ini adalah panduan yang ideal untuk lelaki dan wanita dewasa. Ia menyediakan nutrien seimbang yang diperlukan untuk menyokong gaya hidup aktif anda.
Mengimbangi pengambilan kalori mengikut jantina, umur, dan tahap aktiviti fizikal adalah kunci untuk kekal sihat dan bertenaga. Mari kita jadikan pilihan makanan sihat sebagai gaya hidup!
Sertai kami dalam perjalanan ini dan saksikan perubahan positif dalam kehidupan anda! 🌟
T.me/PetuaDanKesihatan
PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN BOLEH ‘MEROSAKKAN’
Gula merupakan antara penyumbang utama kepada pertambahan kalori yang tidak perlu (empty calorie). Ia hanya membekalkan tenaga dan tiada kandungan nutrien atau khasiat pemakanan lain.
Pertambahan kalori yang tidak sepatutnya ini akan menyebabkan anda kurang mengambil makanan yang lebih berkhasiat.
Pilihan di tangan anda!
T.me/PetuaDanKesihatan
🍉🍉Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.
💧Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.
❗️Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.
T.me/PetuaDanKesihatan
Doa itu sebuah harapan dan kedamaian jiwa…
Bukannya paksaan dan bebanan.
Doa itu senjata paling misteri. Ada dalam hati, namun boleh mengetuk pintu-pintu langit.
Teruskan berdoa.
#kembalipadaMu
BUKAN BENCI TAPI SUDAH KECIL HATI
Kita kalau sudah tersinggung dengan kata-kata orang, jangan kata mahu menyapa, pandang muka dia pun rasa malas. Bukan benci tapi sudah kecil hati. Orang yang biasa merendahkan kita, biarlah mereka. Tak perlu kita rasa tersinggung, apatah lagi merasa sedih. Yang penting kita tetap yakin dan tidak merasa rendah diri.
Orang yang selalu mencari kekurangan dan kesalahan orang lain, tidak akan pernah menemukan kekurangan dan kesalahan dirinya sendiri. Jika kita dinilai baik ya Alhamdulillah, dinilai tak baik.. takpe, terserah. Semua yang hadir dalam hidup kita memiliki peranan masing2. Entah mereka memberi kita kebahagian atau memberi kepedihan.
Dalam berbagai hal tidak semua orang akan menyokong, menyukai atau pun membantu. Sebahagiannya suka menghalang dan ada yang menghina tanpa sebab kita ketahui. Inilah hidup, kita tidak boleh memaksa semua orang agar menyukai kita. Kita tidak mampu menutup mulut orang lain yang berkata buruk. Apa yang mampu kita lakukan adalah menutup kedua telinga dari perkataan yang menyakiti.
Memaksa diri agar disukai semua orang itu sangatlah melelahkan. Maka, jadilah diri sendiri walaupun tak banyak yang menyukai, hingga kita menemukan yang menyukai kini dan nanti tanpa tapi. Jauhi orang yang membuat kita kecewa. Berhenti berusaha menyenangkan orang yang tidak pernah menghargai. Semakin kita menjauhi yang meracuni jiwa, kita akan lebih sihat.
Kredit: Rohana Saad
Juling sejak lahir yang tidak dirawat boleh menyebabkan gangguan pada penglihatan 3 dimensi dan boleh menyebabkan lazy eye atau ambliopia.
Juling yang berlarutan boleh menyebabkan kurang percaya kepada diri dan dibuli secara emosi di sekolah. Ia dapat dirawat dengan kacamata atau pembedahan.
Rawatan awal akan memberikan penglihatan dan kesan yang baik untuk emosi dan keyakinan diri.
T.me/PetuaDanKesihatan
Bersederhana dalam penggunaan garam pada setiap masakan demi memastikan kita menikmati manfaat garam secara optimum.
Hadkan pengambilan makanan terproses kerana ia mengandungi tinggi natrium dan boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, risiko kanser dan penyakit jantung.
T.me/PetuaDanKesihatan
🥕🥗 Corak pemakanan sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesihatan dan mencegah penyakit.
✅ Salah satu amalan pemakanan sihat adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia Suku-suku Separuh yang terdiri daripada suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah.
⚠️ Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk menghindari obesiti dan penyakit tidak berjangkit.
T.me/PetuaDanKesihatan
👨🚀 Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.
Cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.
Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami di tempat kerja.
T.me/PetuaDanKesihatan
_ASSALAMUALAIKUM WBT_
🔰MUTIARA PAGI🔰
Hebat macam mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita maka sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit.
Benarlah kata ulama, bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati.
*_Maafkan saya doakan saya_*
*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*
_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._
Makanan yang baik untuk tulang dan sendi:
1. Salmon
Salmon adalah sumber penting asid lemak omega-3, terutamanya EPA dan DHA. Bahan-bahan ini bukan sahaja membantu mengurangkan keradangan tetapi juga mengambil bahagian dalam penjanaan semula sel, membantu mengekalkan fleksibiliti dan keanjalan tulang dan sendi.
2. Biji rami dan biji chia
Ini adalah sumber tumbuhan omega-3 yang membantu mengurangkan keradangan dan menyediakan nutrien penting untuk pertumbuhan semula tisu tulang dan sendi. Selain itu, ia juga mengandungi serat untuk membantu mengekalkan berat badan dan mengurangkan tekanan pada tulang dan sendi.
3. Nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain, yang mempunyai keupayaan untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan. Bromelain juga menyokong pencernaan makanan, membantu badan menyerap nutrien dengan berkesan. Oleh itu, nanas adalah salah satu makanan yang baik untuk tulang dan sendi yang tidak boleh diabaikan.
4. Beri
Ini adalah kumpulan makanan yang baik untuk tulang dan sendi kerana ia kaya dengan antioksidan: karotenoid, anthocyanin, askorbik,... yang membantu menghapuskan radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan sakit sendi. Contoh biasa kumpulan ini termasuk: strawberi, raspberi, beri biru,...
5. Sayuran hijau gelap
Sayuran hijau gelap mengandungi banyak vitamin K - nutrien penting yang membantu menguatkan tulang dan mencegah degenerasi tulang. Selain itu, beberapa sayuran hijau seperti salad juga kaya dengan kalsium dan magnesium, yang baik untuk perkembangan tulang.
6. Sayuran berwarna-warni
Sayuran berwarna-warni seperti tomato, lobak merah dan lada benggala mengandungi banyak antioksidan dan vitamin A dan C, yang membantu mencegah degenerasi tulang dan melindungi sel tulang dan sendi.
7. Jenis cendawan
Cendawan bukan sahaja membantu meningkatkan penyerapan vitamin D tetapi juga kaya dengan antioksidan sehingga ia sangat baik untuk tulang dan sendi. Khususnya, cendawan shiitake boleh membantu mencegah riket dan kebas anggota badan; Cendawan telinga kayu mempunyai sifat anti-radang yang agak baik.
8. Susu dan produk yang diperbuat daripada susu
Makanan dalam kumpulan ini adalah sumber kalsium dan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang. Kedua-dua mikronutrien dalam susu dan produk tenusu ini juga membantu mencegah osteoarthritis, arthritis, sendi kering,...
T.me/PetuaDanKesihatan
Rahsia 20 biji ubat..
13 ramuan ubat untuk bertenang dan 7 biji ubat lagi sudah ada pada kamu semua.
Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah..tetapi bersabar. Ketika bersabar...kita menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah.. kita masih nampak marah cuma dalam jumlah yang ditapis tapis.
Kita masih menampakkan marah di wajah kita. Ketika bersabar.. kita memujuk diri kita supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang kita sedang marah tetapi ditahan tahan.
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah.. sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang kita berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan kita nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati kita terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir kita harus menunjuk kepada orang lain bahawa kita berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang kita lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa kita bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir kita mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara kita boleh terus cuba memujuk..tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang kita hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan kita.. mereka bersifat tidak wajar terhadap kita.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Kita mengharapkan mereka membenarkan kita mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri kita.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri kita.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu kita bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri orang yang baik pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri kita itu.
Wallahualam
T.me/PetuaDanKesihatan
Petua orang kampung merawat orang kena badi, sawan, kerasukan, sentiasa takut takut, rasa diekori sesuatu dan siher.
Ambillah 7 helai daun sirih hijau dan 21 helai daun bidara yang segar.
Tumbuklah sehingga lumat. Takda masaalah kalau nak menggunakan mesin blender.
Masuk tumbukan daun sirih dan daun bidara itu dalam satu mangkuk besar.
Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan atau sebagai campuran mandi dan untuk merenjis kawasan.
Letakkan telapak tangan kanan pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih dan daun bidara.
Bacakan ayat bawah ni dan tiup perlahan lahan pada air tersebut setiap lepas baca ayat ayat tersebut:
Astaghfar
Mengucap dua kalimah syahadah
Selawat
Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 1 - 5
Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 163
Surah Al-baqarah (surah 2) ayat 255-257
Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 284-286
Surah Al-Imran (Surah 3) ayat 18
Surah Al-Imran (Surah 3) ayat 26-27
Surah Al-A'raaf (Surah 7) ayat 54-56
Surah Al-Israa' (Surah 17) ayat 110 -111
Surah Al-Mu'minuun (Surah 23) ayat 115-118
Surah As-saaffaat (surah 37) ayat 1-11
Surah Ar-Rahman (Surah 55) ayat 33-40
Surah Al-Hasyr (Surah 59) ayat 21-24
Surah Al-Jinn (Surah 72) ayat 1-4
Surah Al-Kafiruun (Surah 109) ayat 1-6
Surah Al-Ikhlas ( Surah 112 ) ayat 1-4
Surah Al-Falaq (Surah 113) ayat 1-5
Surah An-nas (Surah 114) ayat 1-6...
Selawat
Air itu diguna buat minum, sapu tubuh badan dan mandi.
Ini hanyalah persediaan herba dan baca bacaan saja, jika tidak memberi sebarang kesan sila rujuk ke klinik.
Sekian
T.me/PetuaDanKesihatan
Dibalik rasa buahnya yang super masam, tersimpan beberapa khasiat dari Asam Gelugur. Di antaranya mampu mengempiskan perut buncit, menurunkan demam, sakit gusi, dan sengal sendi....
Tidak semua orang mengenal tanaman yang satu ini. Buah dan tanaman ini lebih banyak dikenal dikalangan ibu-ibu yang hobi memasak, terutama dalam masyarakat Melayu.
Bentuknya unik, seperti buah labu mini, namun sebenarnya termasuk dalam keluarga manggis. Tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenal dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.
Buahnya berwarna hijau dan kuning keemasan bila sudah tua. Biasanya dia dijadikan asam keping ketika masih berwarna hijau ataupun kuning.
Jika buah ini masih berwarna hijau, asam keping akan terasa sedikit kelat selain masam. Orang Melayu biasa menyebutnya sebagai asam keping atau kayu gelugur.
Selain di negara kita, pokok asam gelugur juga banyak tumbuh di Thailand, Kamboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Filiphina dan India.
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging.
Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain.
Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.
Pucuk muda yang mentah atau dicelur dibuat makanan bersama dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi. Buah muda asam gelugur boleh dibuat campuran dalam sambal belacan.
Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
Selain itu buah tersebut dikatakan juga dapat mengurangi tekanan darah tinggi.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi.
Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Buah asam gelugur ditumbuk halus bersama ramuan lain (kunyit, halba jintan manis dan jintan putih) atau direndam di dalam cuka dan disapu pada tubuh wanita selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil.
Selain khasiat di atas, asam gelugur juga memiliki khasiat lain, yaitu :
- Dengan rajin memakan daun, bunga, atau buah asam gelugur dikatakan dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, menurunkan berat badan, tidak selera makan, dan sakit jantung.
- Buah, bunga, dan pucuknya bermanfaat sebagai antioksidan. Bagi yang rajin mengamalkannya, akan senantiasa terlihat awet muda. Pucuk mudanya enak dimakan dengan sambal belacan.
- Asam gelugur boleh dibuat jus minuman dan dapat membantu mengurangi kolesterol dalam badan.
- Air rebusan asam gelugur boleh diminum untuk meredakan demam panas.
Beberapa Resepi Pengobatan dengan Asam Gelugur
Sakit Gusi
Caranya : ambil sekeping asam gelugur kering, kemudian cuci hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut dan lunak. Letakkan atau selipkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 15 minit. Kemudian buang asam tadi dan berkumurlah dengan air hangat.
Kempiskan Perut Buncit
Caranya : ambil satu atau dua keping asam gelugur yang sudah kering. Lalu masukkan ke dalam segelas air panas. Biarkan beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam atau hangat. Minum setiap pagi dan malam. Jika dilakukan secara rutin, Insya Allah perut yang buncit akan mengempis.
Obat Sengal Sendi dan Asam Urat
Caranya : air rebusan kulit buah asam gelugur mampu digunakan untuk merawat sengal sendi. Ambil beberap bunga asam gelugur segar lalu rebus. Minum selagi masih hangat.
Obat Sakit Telinga
Petua orang lama untuk kesihatan
Sediakan beberapa bahan-bahan seperti berikut:
*. 2 biji telur ayam kampung
*. 3 ulas bawang putih
*. 1/2 sudu kecil jintan manis
*. 7 butir lada hitam
*. 1 sudu besar madu asli
*. 1 sudu air perahan halia
Cara mengadunkan bahan-bahan tersebut:
- Memula sekali ambil bawang putih, jintan manis dan lada hitam tadi dan tumbuk sampai halus.
- Kemudian campur hasil ‘tumbukan’ tu dengan telur ayam kampung.
- Ambil kuning telur saja, yang putihnya tak perlu.
- Lepas tu campurkan pula dengan madu asli, air halia dan kacau kesemuanya hingga sebati.
- Apabila dah siap diadun boleh lah minum ramuan tersebut.
Cuba amalkan minum ramuan ni setiap hari pada waktu pagi.
InsyaAllah..
Dalam seminggu korang akan merasakan hasilnya.
#Hanya untuk suami isteri saja
T.me/PetuaDanKesihatan
🏃Berjalan merupakan aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan dengan mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit di samping membantu memantapkan tahap optimum fizikal dalam kehidupan.
Berjalan sesuai untuk semua peringkat umur. Aktifkan diri dengan melakukan selama 150 hingga 300 minit seminggu.
Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan untuk mendapatkan manfaat kesihatan.
T.me/PetuaDanKesihatan
Minum manis-manis tu best tapi hanya tingkatkan jumlah kalori yang tak perlu! Jom kurangkan gula, krimer, dan susu pekat manis dalam minuman kita. Badan sihat, hati pun senang!
#KurangkanGula
#MinumSihat
#TipsSihat
💪 Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.
📌 Kerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.
Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.
T.me/PetuaDanKesihatan
Pengambilan sayur sangat penting untuk membekalkan mikronutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita agar kesihatan berada pada tahap optimum.
Oleh itu, KKM kongsikan tip sayur kekal segar.
Anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran setiap hari.
JOM MAKAN SAYUR!
T.me/PetuaDanKesihatan
Jantung🫀berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita. Jika berlaku sebarang kerosakan pada jantung, banyak bahagian dalam tubuh badan kita akan turut terjejas. Inilah sebabnya kita perlu jaga serta pelihara kesihatan jantung dan kardiovaskular.
Penyakit jantung yang berlainan akan memberikan gejala yang berlainan.
Terdapat perbezaan antara keadaan jantung terhenti dan serangan jantung‼️
⚠️ Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, tindakan pantas perlu diambil bagi menyelamatkan nyawa.
T.me/PetuaDanKesihatan
_ASSALAMUALAIKUM WBT_
💛MUTIARA PAGI💛
Orang yang ikhlas dan pandai bersyukur akan selalu mendapat jalan keluar dari setiap masalah.
Nikmat bahagia yang Allah berikan ini akan terasa sempit lagi menjemukan jika masih ada sifat benci, dendam dan sombong di dalam hati.
*_Maafkan saya doakan saya_*
*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*
_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._
Persekitaran kerja yang sihat menyumbang kepada kesihatan mental yang baik untuk golongan pekerja.
Stres di tempat kerja akan memberi impak kepada sesebuah organisasi, justeru, untuk mencapai cara bekerja yang sihat, para pekerja perlu mengenali punca-punca stres atau tekanan yang boleh memberi kesan ke atas kerja dan persekitarannya.
Ayuh! Utamakan kesihatan mental di tempat kerja 👩💻🧑💻
T.me/PetuaDanKesihatan
Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya.
Dikongsikan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan obesiti.
T.me/PetuaDanKesihatan