petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

9759

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. https://t.me/+RYcY5K7TfvsGgphQ t.me/CdBundleMurah t.me/Resepidanpetua 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💊 Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.

Sila baca dan patuhi arahan pengambilan yang betul jika diberikan ubat antibiotik oleh doktor.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan

TANDA MERTUA YANG BAIK

1. Tak pernah ikut campur urusan rumah tangga anaknya

2. Tak pernah menganggap menantunya adalah orang lain melainkan dianggap seperti anak sendiri

3. Tak pernah membanding2kan menantunya dg menantu yg lain apalagi menantu orang lain

4. Tidak menuntut menantunya untuk menjadi apa yang dia mahu

5. Tidak suka menyalahkan dan mencari kesalahan menantunya

6. Membantu menantunya ketika kesusahan

7. Tidak menyebarluaskan aib menantu

MasyaAllah tabarakallah, bersyukur jika ada mertua yang masih mampu melakukan hal-hal seperti ini..

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petudankesihatan

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh😅. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,

Kredit: Ika Hazman

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan rawatan.

Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan


Antara zikir yang memberikan kekuatan mental dan fizikal, adalah ḥawqalah, iaitu bacaan:

لَا حولَ ولَا قوة إلَّا بالله.

"Tiada daya, tiada upaya; melainkan dengan bantuan Allah."

Pada zikir ini, kita berlepas diri daripada diri sendiri, mengakui kelemahan diri sendiri. Seterusnya bergantung dan berserah secara mutlak kepada Allah.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan

Sekadar Perkongsian ilmu sahaja.

Penyakit Ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang.

Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, orang jahat atau orang soleh.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha berlindung dengan tawakal kepada Allah SWT disertai dengan melakukan perkara yang diperintahkannya serta mengamalkan surah al-Falaq supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki.

Selain membaca doa agar terhindar dari penyakit ain, dianjurkan pula bagi Anda untuk senantiasa menyertai lontaran-lontaran pujian kepada orang lain dengan ungkapan seperti TabarakAllah (تبارك الله) atau Masha'Allah (ما شاء الله).

Kemudian berwudu dilengkapi dengan membaca surat al-Ikhlas, surat al-Falaq dan surat an-Nas sebanyak tiga kali setelah Subuh dan setelah Magrib.

🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan

Bila kamu cuba sehabis baik, tapi tetap tak berjaya.
Bila kamu dapat apa yang kamu mahukan, tapi bukan apa yang kamu perlukan.
Bila rasa lelah menguasai tubuh, tapi lena tak kunjung tiba.
Terperangkap dalam keadaan yang serba salah.
Dan air mata mula mengalir di wajahmu.
Bila kasih yang kamu beri tidak dihargai.
Dan kamu tertanya, "Boleh ke ini jadi lebih buruk?"

Hidup kadang-kadang terasa seperti berjalan dalam kabus tebal. Kau tahu jalan ada di hadapan, tapi pandanganmu terhalang. Setiap langkah terasa ragu-ragu, setiap nafas terasa berat. Tapi ingatlah, kabus itu tidak kekal.

Di sebalik setiap kegelapan, ada cahaya yang menanti. Cahaya itu tidak datang sekaligus, tapi perlahan-lahan. Ia akan membimbingmu pulang, menguatkan semangat yang hampir padam, dan memberi harapan baru untuk terus melangkah.

Melepaskan itu sukar, lebih-lebih lagi bila kamu terlalu takut untuk kehilangan. Tapi jika kamu tak pernah mencuba, kamu tak akan tahu betapa berharganya dirimu.

Seperti hujan yang membersihkan udara, air mata itu membersihkan luka di dalam hatimu. Ia bukan tanda kelemahan, tapi tanda kamu sedang berjuang untuk sembuh. Selepas setiap hujan, ada pelangi. Selepas malam yang panjang, pasti akan ada pagi yang membawa cahaya baru.

Bayangkan dirimu seperti pokok yang dilanda ribut. Daunmu mungkin gugur, dahanmu mungkin patah, tapi akarmu tetap teguh di bumi. Dan satu hari nanti, daun-daun baru akan tumbuh, dan kamu akan berdiri megah semula.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan


TUKAR CARA BERDOA? 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

IN SHAA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, ThePowerofDoa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

❤️FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku “.

❤️FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila IN SHAA ALLAH.

❤️FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

❤️FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

❤️FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

❤️FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'

Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Jom kurangkan gula dalam pemakanan harian dengan tip praktikal seperti:

• Baca label makanan dan pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah
• Amalkan gula semulajadi seperti buah-buahan segar
• Kurangkan secara beransur-ansur kuantiti gula yang ditambah ke dalam teh dan kopi
• Elakkan snek bergula dan pilih alternatif yang lebih sihat seperti kacang dan buah-buahan

Langkah kecil hari ini boleh bawa perubahan besar kepada kesihatan anda.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Berdasarkan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, obesiti merupakan salah satu faktor utama penyebab masalah jantung dan juga strok. Kanak-kanak yang obes cenderung membesar menjadi dewasa yang obes. Langkah untuk mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak bermula dari amalan pemakanan sihat di rumah.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💪 Umum mengetahui buah tembikai mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. Tetapi tahukah anda tembikai susu juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan?

Tembikai susu terdapat dua jenis utama iaitu yang berwarna kuning pucat dan kuning.

✅ Berikut dikongsikan kelebihan tembikai susu.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Happy birthday to me....🎂🎉🎈

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.

💪🏻 Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*8 Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur*

Jikalau terkena minyak panas, air panas, atau terkena api pasti kulit kita akan melecur. Ianya akan meninggalkan parut jikalau tidak dirawat dengan segera.

▪️1. Air

Alirkan air sejuk dengan segera pada bahagian yang terkena air panas, atau minyak panas tadi selama 10-20 minit.

▪️2. Daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani

Sapukan bahagian kulit yang melecur dengan sedikit lendir daripada daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk sehingga lumat.


▪️3. Kopi

Letakkan kopi serta merta pada bahagian yang yang melecur. Anda akan rasa pedih untuk seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan dan anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

▪️4. Kapur sirih

Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

▪️5. Getah pelepah pisang

Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang melecur dengan sekata. Elakkan daripada terkena air supaya kulit tidak melepuh.

▪️6. Sebiji telur

Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang melecur menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.


▪️7. Sabun mandi

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

▪️8. Ubat gigi, kicap atau marjerin

Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian melecur. Biarkan sehingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Jika melecur serius sila mendapat membuat rawatan di hospital.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Inilah cara Taiwan membina tanpa mencederakan alam semula jadi 🤯

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Jantung merupakan organ yang paling penting bagi setiap individu dan perlulah dijaga demi kesihatan yang lebih baik.

Salah satu punca utama penyakit jantung adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah tabiat pemakanan anda demi jantung yang lebih sihat. Mari kita sama-sama jaga jantung kita dari penyakit dengan mengamalkan tip di bawah.

Sayangi jantung anda, makan secara sihat.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💊 Antibiotik telah digunakan sejak sekian lama untuk merawat penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Antibiotik perlu diambil mengikut dos yang diarahkan oleh doktor.

‼️ Pengambilan antibiotik secara tidak wajar boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💊 Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus.

Antibiotik hanya digunakan untuk rawatan jangkitan bakteria sahaja.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kesedaran tentang petanda kelahiran pramatang membolehkan intervensi dilakukan bagi mengurangkan risiko kepada bayi.

Sempena Hari Kelahiran Pramatang Sedunia, ketahui faktor risikonya dan dapatkan penjagaan antenatal yang optima.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Self Reminder untuk diri sendiri ☺️

Jangan ikut-ikutan membenci orang lain hanya kerana mendengar cerita buruk tentangnya.
Apa yang kita dengar itu belum tentu benar.
Sekarang kita berada pada zaman yang paling hebat “FITNAH”
Fitnah direka oleh pembenci, disebarkan oleh orang kurang cerdik dan dipercayai oleh orang bodoh. Jadi lebih baik diam dari menyebarkan fitnah, Hati-hati dengan fitnah manusia (mulut jahat), Dengki busuk hati, Hati hitam 😊

@petuadankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan

BERSIHKAN HATIMU

Hati yang busuk tak boleh dihidu, tapi boleh dikenal melalui kata-kata yang kotor dan perbuatan yang keji dan jahat. Perilakunya bagai asap yang gelap, sehingga budi pekertinya akan condong kepada keburukan. Hati adalah seperti cermin, ia akan mewujudkan apa saja yang tersimpan didalam hati seseorang.

Setiap tutur kata yang keluar dari bibir akan menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya. Teruslah mendengar dan belajar. Minta nasihat. Terima kritik yang membangun. Rendahkanlah hati. Jangan pernah merasa bijak, kerana sehebat apapun ilmu kita ternyata kita tetap saja masih bodoh.

Sentiasa berusaha mencari dan melihat kebaikan orang lain kerana kita juga mahu ALLAH Swt melihat kebaikan kita dan menutup keburukan kita. Jangan sesekali ada sifat merasa diri kita yang pandai dari orang lain, kerana dari situ sedikit demi sedikit benih kesombongan akan tumbuh.

Sebaik-baik hidup ini adalah ketika tenang tanpa dendam, tenteram tanpa dengki, lembut kerana ketulusan, indah kerana kesabaran, harum kerana kejujuran, bersih kerana doa dan damai kerana memaafkan. 'Manusia yang paling dicintai oleh ALLAH adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna pada manusia yang lain'.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan

BERSIKAP TAK PEDULI KADANG PERLU

Dua alasan mengapa kita tidak mempercayai orang lain, pertama kerana kita belum tahu siapa dia dan kedua kerana kita sudah tahu siapa dia. Kita bukan sombong kerana menjauhi orang-orang yang kita belum percaya atau yang tidak percaya. Kita berhak hidup damai dan bahagia. Membataskan diri dari mereka adalah bentuk peduli terhadap diri sendiri.

Selama kita tidak menyakiti sesiapapun, biarlah orang melihat kita seperti yang mereka inginkan, tidak perlu kita peduli. Diri kita bukan untuk semua orang. Hanya orang yang tertentu saja yang boleh mendapatkan perhatian, bantuan, masa, tenaga dan kepedulian dari kita. Beberapa orang lain kadang-kadang bukannya tahu berterima kasih dan bersyukur atas kepedulian kita pada mereka.

Tak valid berbuat baik pada semua orang. Bila kita dah mula marah, tunjuk yang kita tak puas hati terus di anggap kita dah keluarkan perangai sebenar. Selama kita berbuat baik sampai orang pijak kepala pun kita masih bersabar, orang tak nampak. Setiap manusia punya mental, tapi tak semua mental manusia kuat. Demi menjaga kewarasan, kadang-kadang bersikap tak peduli itu perlu.

Tak ada masalah bagaimana cara orang melihat dan mendengar tentang diri kita, sebab orang lihat tentang kita hanya sebuah perspektif, bukan kebenaran. Dan orang dengar tentang kita hanya sebuah katanya, bukan sebenar-benarnya. Tidak ada sesiapapun mengerti tentang kita selain ALLAH dan diri kita sendiri. Kita hanya akan menghabiskan masa untuk memperbaiki diri sendiri. Tidak akan membuang masa untuk orang-orang yang memandang rendah pada kita, persekitaran yang tak pandai berterima kasih dan semua bentuk yang merimaskan. Kita memperbaiki diri, hidup cara sendiri dan memperdulikan pada orang-orang yang menerima diri kita sepenuh hati.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

⚠️ Awas makanan bergoreng!

Makanan bergoreng memang sedap, rangup dan mudah didapati di mana-mana.

Tetapi makanan bergoreng 🍗🍔🍕🍟🌭 mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko penyakit jika diambil secara berlebihan.

👍🏻 Pilihlah kaedah masakan yang sihat untuk seluruh keluarga tersayang.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tahukah anda, pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung? Cuba langkah kecil untuk mengurangkan gula dalam diet harian kita:

✨ Pilih air kosong atau teh tanpa gula berbanding minuman bergula.
✨ Hadkan makanan ringan dan snek manis.
✨ Nikmati manis secara semula jadi daripada buah-buahan.

Kesejahteraan bermula dari pilihan kita setiap hari. Jom sama-sama kurangkan gula dan rasai perbezaannya!

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Budaya hidup masyarakat kini yang terlalu sibuk dengan tugasan harian menjadikannya cenderung keletihan pada penghujung hari.

Keletihan yang dialami oleh seseorang mengurangkan produktiviti dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang memerlukan keupayaan fizikal dan mental.

Oleh itu, masyarakat disarankan untuk mengikuti tip yang dikongsikan untuk gaya hidup yang sihat.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Petua pilih bendi 🫛🫛

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

☕️ Minuman Lebih Sihat, Pilihan Bijak! 🥛

Tahu tak? Anda masih boleh menikmati minuman kegemaran dengan pilihan yang lebih sihat!✨

Apa kata cuba gantikan krimer manis dengan susu rendah lemak atau susu skim dalam minuman anda! Pilihan yang lebih baik untuk kesihatan dan tenaga seharian 🦾

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
.
Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
.
Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.
.
Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.
.
Kredit: Dr Zubaidi

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Penyakit Kardiovaskular adalah penyebab utama kematian. Penyakit kardiovaskular boleh dikesan dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Pengesanan awal ini mampu mengawal dan merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih efektif.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…
Subscribe to a channel