Only a girl on HIJRAH , Yang suka post tentang DAKWAH , DOAKAN saya kuat dalam TARBIYAH , SAMA SAMA MUHASABAH :) Owner : @WawaQowwiy IG & TWITTER : @QowwiyGirl 🌸 HALAL FOR - COPY & SHARE
"Kelebihan Selawat Tafrijiyah"
Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah SWT
Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.
Selawat ini jika diamalkan secara istiqamah dapat menghilangkan kesulitan dan kesempitan hidup dengan izin Allah S.W.T
Selawat merupakan salah satu amalan paling utama kerana, Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa serta satu²nya amalan yang tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T.
Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafaat Nabi SAW.
Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah
Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya. Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti.
Jika kita mahukan kehidupan seharian yang sempurna, lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan atau bersaing secara sihat dalam apa jua hal dalam kehidupan ini, ada baiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyah.
.
Selawat tafrijiyah
Maksudnya:
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan-Mu”.
.
FADHILAT SELAWAT TAFRIJIYAH
Antara kelebihan atau kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini adalah:
1. Allah akan melenyapkan kesulitan, kesusahan, kesedihan, serta bahaya yang menimpa dirinya.
2. Dipermudahkan oleh Allah segala urusannya dalam penghidupan.
3. Diberi ketinggian darjatnya dan dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya.
4. Suaranya didengari manakala idea dan pendapatnya diterima pakai oleh ramai orang.
5. Dilindungi Allah dari segala bencana dan mara bahaya.
6. Disukai, disenangi dan dicintai oleh semua orang.
7. Allah makbulkan apa yang dihajatinya.
8. Dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
o
Kata Imam ad-Dainuri R.A :
1. Baca 11 kali setiap kali selepas solat fardhu insya Allah akan diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khotimah.
2. Dibaca 41 kali setiap malam secara istiqomah, insya Allah akan tercapai segala hajatnya.
3. Dibaca 100 kali setiap kali selepas Solat Sunat Hajat pada beberapa malam, insya Allah masalahnya diselesaikan.
4. Dibaca 313 kali setiap hari, insya Allah akan mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT.
5. Dibaca 1000 kali, insya Allah tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Kata Imam Qurtubi R.A :
Dibaca 41 kali atau 100 kali, insya Allah akan dihilangkan segala dukacita dan kesusahannya. Dimudahkan segala urusan, diangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan dibuka pintu kebajikan.
Kata Imam Sayyidi Muhammad Khafi R.A :
1.
• ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
• ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
• ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Salam Penghulu Hari 😄
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Satu Rumah Satu Ibadah Korban
عَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ كُنَّا وَقُوفًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة
Daripada Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun" (HR Ibnu Majah No: 3116) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Dalam mazhab Syafie ibadat korban ini sunat Muakkad.
2. Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan
3. Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah
4. Jika kita mampu membayar bil handset RM 40.00 hingga RM 100.00 sebulan, sanggup membayar bil astro RM 60.00 bulanan, membeli surat khabar dan majalah tidak kurang RM 50.00 sebulan – sewajarnya kita juga mampu menyimpan RM 50.00 hingga 60.00 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada setiap Hari Raya Korban.
5. Dalam suasana PKP yang ada, sebahagian negeri melalui Majlis Agama Islam telah menetapkan bahawa pelaksanaan Ibadat Korban pada tahun ini dihadkan serta hanya dibenarkan sembelihan di pusat sembelihan dengan SOP yang ditetapkan. Namun kita masih berpeluang melaksanakan melalui beberapa agensi seperti MyCARE. Penyertaan korban masih dibuka.
Layari:
http://mycare.qrd.by/myqurbanijhrf
https://mycare.qrd.by/myqurbanijhrf
Bayaran boleh juga dibuat melalui CIMB BANK di no akaun
8602135592 dan hantar Salinan pada No Tel di bawah:
019-7458517 (Cikgu Rozi Bin Abd Ghani) atau 018-9677215 (En Saadon Suleiman)
Tarikh Akhir untuk Menyertai Ibadah korban bersama-sama MyQurbani MyCARE pada tahun ini ialah pada 16hb Julai 2021 untuk korban di pelbagai lokasi dengan kos serendah RM 290
Hubungi myqurbani@mycare.org.my
Ayuh yang masih belum menempah bahagian untuk korban. Masih ada kesempatan untuk turut menyertainya. Gaji pun dah masuk untuk bulan ni. Jika kita terlepas peluang untuk berkorban pada tahun ini, tak pasti tahun depan kita ada lagi atau tidak.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
30hb Jun 2021
19hb Zulkaedah 1442H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
/channel/ahadithadayAHAD
" La Hawla wala Quwwata illa billah "
There is no power and strength except with Allah . 🤍
@nsyhlya
@dakwahsyah
Semasa Talaqqi Kitab Adab Perempuan Juzuk 1, banyak perkara yang menjadi tanda tanya sebab banyak benda yang kita buat tetapi sebenarnya perkara tersebut kurang beradab sebagai seorang perempuan, terutamanya.
Kerana itu,
"Ilmu mengeluarkan kita daripada kegelapan kejahilan"
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Jika hatimu merindukan Allah, puji lah Allah didalam sujud mu.
Jika kau merindukan Rasulullah, berselawat lah sebanyak yang kau mampu.
•widadalaisya
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jangan Memusuhi Sesama Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئً إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Pintu-pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Lalu diampuni dosa seluruh hamba yang tidak berbuat syirik (menyekutukan) kepada Allah dengan sesuatu apapun. Kecuali orang yang sedang ada permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… (HR. Imam Malik dalam Al-Muwatha’ 5/1334, Sahih Muslim No:2565). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pintu syurga sentiasa terbuka untuk orang yang mendapat keampunan Allah. Terdapat pintu syurga yang dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Dalam hadis yang lain menyebutkan kelebihan hari Isnin dan Khamis:
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِى وَأَنَا صَائِمٌ
“Pelbagai amalan diangkat (pada Allah) pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka jika amalanku diangkat sedangkan aku sedang berpuasa.” (HR. Tirmidzi No: 747) Status: Hadis Hasan
2. Allah sentiasa mengampuni dosa selagi seseorang itu tidak melakukan perbuatan syirik.
3. Allah juga akan menangguhkan penerimaan amal dan keampunan daripada dua orang yang bermusuhan sehingga mereka berdamai.
4. Hadis ini mengulang 3 kali peringatan tidak diterima amal, mereka yang kekal bermusuh sesama Muslim dan tidak segera berdamai.
5. Rasulullah SAW juga memberi amaran bahawa orang yang memboikot saudaranya tanpa alasan yang benar selama setahun, dosanya seperti menumpahkan darahnya. Dari Abu Khirasy As-Sulami RA, Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ هَجَرَ أَخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ
“Siapa yang memboikot saudaranya setahun, dia seperti menumpahkan darahnya.” (HR Abu Daud 4915, dan dishahihkan oleh Syuaib Al-Arnauth).
Jadikanlah diri kita orang yang segera menamatkan permusuhan sesama Muslim jika ada, agar amal kita diterima dan mendapat pengampunan serta rahmat Allah.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
24hb Jun 2021
13hb Zulkaedah 1442H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
/channel/ahadithadayAHAD
✍🏻 Hai orang-orang yang beriman , bertaqwalah kepada الله dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) .
[ Al-Hasyr : 18 ] ✨
🤍 : @bungabhgia
" La Hawla wala Quwwata illa billah "
There is no power and strength except with Allah . 🤍
@nsyhlya
@dakwahsyah
Berat tak rasa nak berhijrah ?
Yes , berat . Tak dapat dinafikan tapi itulah membuatkan hijrahmu mahal kerna banyak perkara yang kau korbankan .
🤍 : @bungabhgia
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Kalimah Mengumpat Umpama Membusukkan Seluruh Air Laut
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم حَسْبُكَ مِنْ صَفِيَّةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ غَيْرُ مُسَدَّدٍ تَعْنِي قَصِيرَةً . فَقَالَ " لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَوْ مُزِجَتْ بِمَاءِ الْبَحْرِ لَمَزَجَتْهُ " . قَالَتْ وَحَكَيْتُ لَهُ إِنْسَانًا فَقَالَ " مَا أُحِبُّ أَنِّي حَكَيْتُ إِنْسَانًا وَأَنَّ لِي كَذَا وَكَذَا "
Daripada ‘Aisyah RA dia berkata : Aku berkata kepada Nabi SAW : Cukuplah bagimu dari keburukan Safiyah seperti ini. Berkata sebahagian perawi : Dia (‘Aisyah) mengisyaratkan bahawa Safiyah itu rendah. Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau telah mengucapkan suatu kalimah yang mana jika dicampurkan (kalimah itu) dengan air laut nescaya akan tercampurlah (rosaklah dan bertukarlah) ia.” ‘Aisyah berkata : Aku menceritakan kepada baginda mengenai seseorang, baginda berkata : “Tidaklah aku suka bercerita mengenai seseorang walaupun aku diberi itu dan ini (dari benda-benda keduniaan).” (Sunan Abu Daud No: 4875) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Mengikut Imam Ghazali, mengumpat itu ialah engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, atau dunianya termasuk pakaiannya, rumahnya atau haiwannya’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)
2. Mengumpat boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain, walau sekecil mana pun perkara itu, ia dikira mengumpat.
3. Cukuplah hadis ini menerangkan betapa buruknya mengumpat. Hanya dengan satu perkataan, bahkan dalam hadis di atas ‘Aisyah RA hanya mengisyaratkan sahaja bahawa Safiyah RA itu rendah (pendek), maka ia cukup untuk mengotorkan air laut seluruhnya.
4. Berkata al-Nawawi: Makna ‘tercampurlah ia’ dalam hadis di atas ialah air itu bercampur dengan kalimah itu sehingga bertukar rasanya atau baunya disebabkan buruknya perkataan mengumpat itu.
5. Ramai pengguna laman sosial hari ini sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja menulis seakan gembira mempersenda mana-mana tokoh figura yang tidak digemari tanpa disedari perilaku tersebut sebahagian dari cemuhan dan umpatan yang ditegah agama. Sama ada melalui pelbagai posting juga gambar yang dimuat naik serta yang di tularkan.
6. Moga kelak kita di akhirat, tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang berkata:
يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّخِرِينَ ٥٦
“Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan” [al-Zumar: 56].
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
21hb Jun 2021
10hb Zulkaedah 1442H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
/channel/ahadithadayAHAD
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Zikir Keluar Rumah
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ مَا خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مِنْ بَيْتِي قَطُّ إِلاَّ رَفَعَ طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ: “اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ
Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Nabi SAW tidaklah keluar dari rumahku kecuali baginda menghadapkan pandangannya ke langit, lalu baginda membaca dzikir: Allahumma inni a’udzu bika an adhilla aw udhilla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya [Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, dari aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain]” (HR. Abu Daud No 5094) Status Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik.
2. Antara adab ketika keluar dari rumah ialah berzikir memohon perlindungan kepada Allah;
اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ
3. Zikir ini mengandungi permintaan perlindungan dari beberapa perkara:
a) Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan agama iaitu perlindungan dari kesesatan atau disesatkan sama ada oleh Syaitan, Jin juga manusia yang ingin menjauhkan dari jalan yang lurus.
b) Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan masalah dunia iaitu menzalimi diri sendiri dengan dosa atau dizalimi orang lain dalam jiwa, harta dan kehormatan.
c) Meminta perlindungan dari perkara yang berkaitan dengan interaksi dalam masyarakat iaitu tergelincir dalam dosa atau digelincirkan oleh orang lain dengan kejahatan mereka.
d) Meminta perlindungan dari kejahilan (kebodohan) diri sendiri atau diperbodohkan orang lain.
JOM amalkan doa ini ketika keluar rumah.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
20hb Jun 2021
09hb Zulkaedah 1442H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
/channel/ahadithadayAHAD
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berakhlak Dalam Pertuturan
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : اسْتَأْذَنَ رَهْطٌ مِنَ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقَالَتْ عَائِشَةُ : بَلْ عَلَيْكُمُ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ قَالَتْ : أَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ : قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ
Daripada Aisyah RA berkata, sekumpulan orang Yahudi meminta izin untuk bertemu baginda lalu mereka mengucapkan: Assam ‘alaikum (Mati ke atas kamu). Aku (Aisyah) berkata: Ke atas kamu mati dan laknat! Lalu baginda menegur: Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu penyantun menyukai kesantunan dalam semua perkara.” ‘Aku (Aisyah) bertanya: Kamu tak dengarkah apa yang mereka sebut? Baginda berkata: Ya, aku sudah jawab Wa a’laikum (ke atas kamu juga).(Sahih Bukhari no: 6927) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam agama rahmah yang mengajar umatnya berakhlak mulia dalam perbuatan, pertuturan mahupun penulisan.
2. Islam mengajar umatnya sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan bersikap lunak dan santun kerana Allah itu menyukai kesantunan dalam semua perkara.
3. Rasulullah SAW menegur perbuatan Aisyah RA yang membalas ucapan Yahudi yang memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan Assam ‘alaikum yang membawa maksud buruk iaitu “Mati ke atas kamu”. Aisyah membalas dengan Alaikum sam wa laknatu membawa maksud “Ke atas kamu mati dan laknat!”
4. Islam mengajar kita memelihara tutur kata yang baik-baik dan jangan sampai dipengaruhi oleh syaitan dalam mengeluarkan kata-kata sama ada dalam percakapan mahupun penulisan. Firman Allah:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا
“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53).
Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).
5. Seseorang boleh, bahkan disuruh menegur ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, Islam mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang buruk dan kotor.
Orang yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri dan dipengaruhi syaitan.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
19hb Jun 2021
08hb Zulkaedah 1442H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
/channel/ahadithadayAHAD
kematangan bukan terletak pada umur,
tetapi
terletak pada cara pemikiran.
🕊
@dakwahsyah
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Saling Mencela Itu Adalah Syaitan
عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِي يَشْتُمُنِي وَهُوَ دُونِي عَلَيَّ بَأْسٌ أَنْ أَنْتَصِرَ مِنْهُ قَالَ الْمُسْتَبَّانِ شَيْطَانَانِ يَتَهَاتَرَانِ وَيَتَكَاذَبَانِ
Daripada Iyadl bin Himar ia bertanya, "Saya berkata, "Wahai Rasulullah, seorang laki-laki dari kaumku mencaciku sementara ia sendiri tidak lebih mulia dariku, maka apakah saya berdosa jika membalas cacian darinya?" baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." (HR Ahmad No: 16836) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang dicela perlu sentiasa bersabar di atas perbuatan cacian orang lain ke atasnya.
2. Rasulullah SAW menyebutkan dua orang yang berbalah sambil mencela dan mencaci itu adalah syaitan.
3. Orang yang saling mencaci akan berlumba membuat dosa dengan memperlekeh, menghina, merendahkan lawannya serta berbohong.
Semoga kita tidak tergolong dari golongan syaitan. Berusahalah menjauhi perbuatan suka mencela dan menghina orang lain.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
02hb Julai 2021
21hb Zulkaedah 1442H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
/channel/ahadithadayAHAD
Doa Merawat Jiwa
Pepatah ada menyebutkan, langit tidak selalu cerah.
Dalam kehidupan yang kita lalui, pasti perjalanannya penuh dengan liku-liku, berwarna warni. Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada di bawah.
Kita tidak setiap masa berada dalam kegembiraan. Kadang-kala kita akan diuji dengan perasaan sedih, marah, kecewa dan sebagainya.
Perasaan yang pelbagai ini hadir daripada ujian yang ditempuh. Ujian itu adalah sebagai salah satu pengalaman yang perlu diterokai dengan hati yang lapang. Ia bukanlah kesusahan kerana Allah anugerahkan kepada kita sebagai satu ujian.
Justeru, jangan terlampau bersedih dan kecewa. Lihat dari sudut pandang yang positif, hikmah disebalik kejadian dan fikirkan jalan penyelesaian. Cari lah insan-insan yang mampu membantu memberi sokongan, dorongan dan bantuan. Perbanyakkan doa dan berserah segalanya kepada Tuhan.
Lima jenis doa yang boleh diamalkan untuk membantu merawat hati yang sedang dilanda kesedihan.
1. Mohon Permudahkan
اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksud: Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu mudah jika Engkau kehendaki dengan kemudahan. (Hadis Riwayat Ibn Hiban, no. 974)
2. Mohon Perlindungan Dari Sifat Sedih, Lemah, Malas, Pengecut, Bakhil, Berhutang dan Penindasan
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksud: “Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1555)
3. Doa Nabi Yunus AS Ketika Didalam Perut Ikan Paus
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksud: “Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Anbiya, 21:87)
4. Doa Nabi Musa AS Berhadapan Firaun
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِ يَفْقَهُوا قَوْلِ
Maksud: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagikut tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha, 20:25-28)
5. Doa Nabi Ibrahim AS Ketika Dicampakkan Ke Dalam Api
حَسْبُنَا اللَّـهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Maksud: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” (Surah Al-Imran, 3:173)
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
/channel/kapsul_tazkirah
𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗔𝗗𝗗𝗠𝗔𝗧𝗛 🅰️+ 𝗠𝗔𝗦𝗧𝗘𝗥𝗬 𝗕𝗬 𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗦𝗛𝗔𝗛𝗥𝗜𝗡 | 💯𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
STUDENT : FORM 4️⃣ & 5️⃣
TARIKH : 3/7/2021 [SABTU INI]
JAM : 8AM - 5PM [ada waktu rehat no worries]
PLATFORM : ZOOM
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
DAFTAR SEGERA SEMENTARA TIKET MASIH LAGI ADA ❗️
JOM DAFTAR DI https://aster.tcloud.my/Public/OnlineSurvey/d6c15572-0058-45f6-b685-ad5000efe48f
JANGAN LUPA , GUNA UNIK ID DI BAWAH 👇🏻
✨050118✨
✨050118✨
#KAPJuz1
Mereka (anak kecil) keluar dalam keadaan suci. Mereka tidak mengetahui suatu apa pun daripada ilmu yang ada.
Jika ilmu itu dipandang remeh, lebih lagi ilmu Fardhu 'ain merangkumi ilmu agama, apa yang mahu dibekalkan kepada mereka
Mungkin sekarang tidak fikir kerana masih bawah didikan ibu bapa tetapi andai kita berjauhan apa jaminan iman kita sama seperti sekarang?
Ya Ghaffar ampunkanlah dosa dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Allahumma Aamin Ya Mujib 🤲🏻
اَللَّهُمَّ إِنِّى اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal.
[ HR. Muttafaq ‘alaih ]
crush tak notice ? alahai kesian 🥺
sini bunga tolong , tapi bukan pada crush sebab apela sgt crush tu dpt buat kn 🤪
nak tak Rasulullah notice kita ? nak tak ?
hahh cam ni , kalau nak Rasulullah notice kita rajinkan dirila selawat 🥰 bukan setakat Rasulullah notice kita je tau , kita dpt syafaat lagi ✨
اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد
اللهم صل على سيدنا محمد
🤍 : @bungabhgia
Biar sehebat mana sekalipun ilmu seseorang itu, dia juga tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.
Biar setinggi manapun pangkat sesjeorang, dia tetap ada kekurangan dalam dirinya yang boleh membawanya kepada melakukan kesilapan.
T.me/sharingtazkirah
Jumpa pada Sabtu malam Ahad nanti! Sesiapa yang nak join lagi boleh tekan link di atas. Direct to the naqibah🤍
Читать полностью…" La Hawla wala Quwwata illa billah "
There is no power and strength except with Allah . 🤍
@nsyhlya
@dakwahsyah
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
"Sesiapa yang memperbetulkan solatnya, sebenarnya dia juga sedang memperbetulkan kehidupannya"
-Ustaz Ebit Lew-
💙 @kalam_syabab 💙
Coklat banyak 😍 Orang kata sedap 🤔
Pm ⇨ @hazirahazhar
Terima kasih kpd yg join usrah semalam!
Tajuk: Macam mana nak istiqomah solat?
Istiqomah ini perlu dikejar dan diusahakan, ia tidak datang sekelip mata pada mereka yg tidak langsung berusaha. 🥀
Alhamdulillah, selesai! Insya Allah sabtu minggu depan kita akan buka tajuk couple 🙊❤️🌷
Siapa nak join usrah boleh pm saya
www.wasap.my/601137585824/nakjoinusrah
🤍 ZIKIR HARIAN 🤍
📌 Hari : Sabtu 💗 📌
لا إله إلا الله
Laa ila ha il lallah
( Tiada Tuhan melainkan Allah )
❗️Fadhilatnya❗️: Setiap kali menyebutnya , Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya .
🌼 Imam Al Ghazali Rahimahullah Taala berkata , " Aku memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dengan mengamalkan segala wirid ini " 🌼
♡︎ | @nsyhlya
❁ | @dakwahsyah
Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Читать полностью…