roses04 | Unsorted

Telegram-канал roses04 - Q < 3

119

full with ordinary quote. satu hari satu ayat. since; 7 May 2019 🇵🇸❤

Subscribe to a channel

Q < 3

@roses04

"Mungkin sudah saatnya kau berdamai dengan diri kau sendiri."

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Dalam ketidaksedaran, ayah juga sebenarnya memerlukan seseorang untuk memahami dirinya. Memang dia terlihat kasar tetapi jauh di sudut hati, terluka ia tiada siapa yang tahu. Dirawat, dan dipujuk hati ia sendiri demi mendahulukan anak dan isteri. Maka, jika bukan kita memahami ayah, siapa lagi?

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Sentiasa menjadi bualan orang. Entah itu baik atau buruk. Yang pasti, tidak ada sekelumit rasa ingin menjadi buah mulut sekalian orang. Baik sikit atau banyak. Tidak ingin.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

All eyes on RAFAH 🇵🇸!

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

“Kalau bercakap jangan seperti orang yang tidak berakal. Takut nanti akal kita lupa nak letak Allah di hati.”

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Usah dilayan hati yang terluka. Fikiran ia sedang berkecamuk. Ia tidak habis berduka. Diratap sayu nasib yang sedih. Difikir ia punca semua, ternyata ia mangsa keadaan.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Ibaratkan terkurung di dalam sangkar yang berduri. Hati ini tercalar hebat kerana perbuatanmu. Mengabaikan aku bukan suatu solusi terbaik tetapi sebuah penyeksaan kepada hati yang ikhlas.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita. In sha Allah.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Hanya kepada Dia sahaja lah tempat kita berharap. Harapkan manusia? Jatuh berkali-kali.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Rugilah dia yang memperburuk-burukkan orang lain agar namanya dipandang suci. Dihinakan orang lain agar dirinya sentiasa kelihatan benar. Hebat permainan kata sehingga mampu menguasai fikiran.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Kita sedang menikmati keselesaan hidup sehingga kita terlalai dengan dunia. Sedangkan ada saudara dan saudari kita di Palestine; tergadai nyawa, tertumpahnya darah mempertahankan tempat mereka, mempertahankan Al-Aqsa! Mereka mati syahid! Mereka tersenyum walaupun hidup mereka tidak aman di tanah mereka sendiri. Tangisilah diri kita yang jauh lalai dengan dunia, sedangkan mereka yang ada di Palestine tidak pernah gagal dalam melaksanakan ibadah. Di kala mereka diserang dengan serangan-serangan yang tak pernah henti, hati mereka berpegang kuat kepada Allah! Allahuakbar! Palestine akan bebas! Palestine akan merdeka! Marilah kita bersama-sama bangkit untuk menentang Israel! Kekejaman yang mereka lakukan akan terbalas nanti! Palestine akan merdeka! Sama-sama kita sebarkan #freepalestine ! Allahuakbar!

🇵🇸❤

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Perlu ditanya kepada diri, apakah ucapan dulu telah memakan diri? Atau kegelisahan yang senantiasa mengejari?

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Sebuah penantian yang berujung sia-sia.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Jikalau bukan kerna diri ini menjadi penghalang, pasti kecundang dirimu. Jikalau bukan kerna diri ini menjadi pelindung, musnah dirimu kelak.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Indah kata, namun hanya sekadar mainan. Manis sekadar di mulut, ungkapan penuh dengan kiasan. Disangka benar tetapi dusta mengkaburi mata.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Salah siapa kalau kita yang gagal dalam memilih? Bukankah pilihan itu kita yang buat sendiri? Jika semua yang salah kita tunding jari kepada orang, betulkah langkah yang kita ambil? Jika tidak ditegur, semakin lama kita berjalan menuju ke arah yang memberi kerugian. Cermin diri, perbaiki diri. Terima jikalau kita ada silap. Kita manusia biasa.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Kadang-kadang terasa seperti di awang-awangan. Tidak tahu kita harus ke mana. Tidak tahu hala tuju yang sebenar. Mungkin ku terleka sendiri. Mungkin ku yang tak sedar. Atau mungkin ku sudah jauh terbawa arus.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

"Ramai orang mencari sebab untuk solat. Ada beratus sebab untuk kita solat. Yang paling penting, kenapa kita perlu solat? Kita perlu solat sebab Allah suruh."

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Biarlah berjuta kawan yang ada, pada akhirnya, engkau akan terduduk sendirian.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Semuanya tertuju kepada aku. Semua salah diserah kepada aku. Seolah-olah aku yang sepantasnya mendapat kejian dan kebencian. Mengapa aku yang engkau tunding? Mengapa aku yang engkau jauhi? Mengapa aku yang engkau ingin singkirkan?

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Orang lain juga punya hati dan perasaan. Jangan ego, pentingkan diri sendiri. Jika tidak mampu ucapkan hal-hal baik kepada mereka, usah bercakap senyapkan dirimu.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Hati-hati, sayang. Doa orang yang teraniaya itu akan dimakbulkan. Itu pasti. Jika masih diberikan peluang, segerakanlah taubat. Pergilah engkau meminta ampun maaf kepada orang yang telah engkau aniaya. Dosa dengan manusia, selagi dia tidak ampunkan, maka, Allah juga tak akan mengampunkan kita. Hati-hati. Sentiasa hati-hati.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Di kala diri ini berada di titik yang terendah, siapakah yang datang menghampiri memapah bahu untuk ku berdiri? Tiada. Tidak ada seorang pun yang datang tatkala ku memerlukan kekuatan. Ku harus bangkit walau kaki bergetar hebat menahan rasa perihnya melangkah ke hadapan. Ku harus kuat demi mengejar kejayaan yang melambai kepadaku. Ku sendirian. Aku sendirian.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Semoga Allah melindungi diri kita tidak kira di mana jua kita berada. Moga terpelihara diri ini daripada segala anasir-anasir buruk yang mendatangi kelak.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Janganlah engkau bandingkan kehidupanmu dengan kehidupan orang lain. Janganlah engkau mengeluh seolah-olah tidak pernah Allah berlaku adil terhadap dirimu. Allah memberi ujian menjadi petanda bahawa Allah mencintai hamba-Nya. Apakah engkau tidak senang jikalau Allah mencintaimu?

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Ku sangka ketenteraman pada jiwa, ternyata kekacauan menghempap jiwa di kala ini.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

Kelak kebenaran akan terbongkar. Di saat itu, dusta yang diungkap hanya menjadi kegusaran kepada engkau.

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

"Kalau tak sudi, kata tak sudi. Jangan bagi orang harapan. Jangan kasi orang berharap. Andailah hati benar ingin, bagitahu jujur jangan disembunyikan. Jikalau hati tidak ingin, bilang pada dia dan tinggalkan secara baik."

Читать полностью…

Q < 3

@roses04

"Susah hidup orang yang ada masalah hati ni."

Читать полностью…
Subscribe to a channel