sarahcikgusejarah | Unsorted

Telegram-канал sarahcikgusejarah - SarahCikguSejarah

2667

Setiap persoalan, kemusykilan, pertanyaan,blh direct PM @PnSarahNoor

Subscribe to a channel

SarahCikguSejarah

Hari ini 28 tahun yang lalu, novel "Harry Potter and the Philosopher’s Stone" mula diterbitkan di United Kingdom.

Ia merupakan sebuah kisah fantasi karya penulis British, J.K. Rowling, tentang perjalanan hidup seorang anak yatim piatu bernama Harry Potter, yang menyedari dirinya berketurunan magis & dijemput menyertai sebuah sekolah ajaib bernama Hogwarts School of Witchcraft & Wizardry.

Di sekolah itu, dia bersahabat rapat dengan Ron Weasley & Hermione Granger. Dalam menjalani kehidupan di Hogwarts, Harry mengetahui kebenaran tentang dirinya yang berhubung kait dengan seorang ahli sihir jahat bernama Voldemort.

Ilham hadir ketika Rowling, yang ketika itu penyelidik di Amnesty International, di dalam tren dari Manchester ke London. Draf pertama disiapkannya pada 1995, namun tak kurang daripada 12 penerbit menolaknya sebelum Bloomsbury sudi menerima & menerbitkannya pada 1997.

Tahun 1998 ia mula diterbitkan di Amerika Syarikat oleh Scholastic Corporation dengan nama "Harry Potter and the Sorcerer’s Stone." Ini novel pertama ditulis Rowling & pantas menjadi sensasi global, terjual lebih 120 juta salinan seluruh dunia & diterjemah kepada sekurang-kurangnya 70 bahasa.

Ia juga diterjemah ke layar perak pada 2001 terbitan Warner Bros. dibintangi Daniel Radcliffe, Rupert Grint & Emma Watson. Novel ini menjadi pemula kepada 6 lagi novel sekuel yang sama hebat & masing-masing turut menjadi filem pecah panggung.

Rowling diangkat sebaris dengan penulis legenda terdahulunya seperti Jane Austen, Roald Dahl serta penglipur lara Greek Purba, Homer kerana gaya penulisannya yang mudah difahami, menyentuh segenap emosi & susunan plot yang bijak.

Semasa menyiapkan novel ini, Rowling mengharungi tempoh sukar; kematian ibu, penceraian, kehilangan kerja & terpaksa bergantung kepada bantuan kebajikan ketika membesarkan seorang anak kecil. Dia mengalami kemurungan & hampir membunuh diri.

Begitupun, novel tersebut telah melonjak kehidupan Rowling menjadi seorang bilionair, yang kemudian hilang status itu kerana banyak hartanya disumbangkan kepada usaha-usaha kebajikan.

Sumber: Britannica, Wizarding World

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

📚 Jom Baca!
Terokai sejarah agung Langkasuka: Negara Melayu Pertama karya Mohd. Zamberi A. Malek – sebuah kajian mendalam yang membongkar asal-usul tamadun Melayu.

📖 Dapatkan di Perpustakaan Arkib Negara Malaysia!

#myarkibnegara
#AAD
#HarmoniMADANI
#taatsetia
#segulaisejalai
#KembaraPerpaduan

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Hari ini 210 tahun yang lalu, Napoleon Bonaparte kecundang di Waterloo, menandakan berakhirnya Era Napoleon di Eropah.

Napoleon Bonaparte adalah antara strategis tentera terulung dalam sejarah, diisytihar sebagai Maharaja Perancis pada 1804. Menjelang 1807, jajahannya seluas dari sungai Elbe di utara hingga ke selatan Itali, dari Pyrenees di timur ke pantai Dalmatian di barat.

Mulai 1812, Napoleon melalui rentetan kekalahan selepas kempen di Rusia yang gagal & dibuang negeri pada 1814. Bagaimanapun beliau berjaya melarikan diri untuk kembali ke Perancis pada awal 1815, membentuk regim baharu & berarak ke Belgium.

Pada Jun 1815, Napoleon menewaskan angkatan Prussia di Ligny & menghantar 1/3 daripada angkatannya untuk mengejar musuh yang berundur. Bersama selebihnya, beliau mendepani tentera bersekutu pimpinan Arthur Wellesley, Duke of Wellington di Waterloo.

Ketika itu tanah di sana basah, jadi Napoleon menanti hingga tengahari sebelum mengarahkan serangan dilancarkan. Tidak dijangkanya bahawa penundaan itu membolehkan angkatan Prussia yang berundur tadi kembali untuk menyertai barisan tentera bersekutu.

Serangan demi serangan dilancarkan namun Napoleon gagal memecahkan barisan tengah angkatan bersekutu, ketika sama sayap kanan angkatannya diserang oleh angkatan Prussia sehingga akhirnya Napoleon & "La Grande Armée"nya bertempiaran melarikan diri.

Napoleon kembali ke Paris 4 hari kemudian, menyerahkan takhta kepada anaknya & memutuskan untuk keluar dari Perancis sebelum berdepan sebarang gerakan penentangan. 15 Julai itu, Napoleon menyerah diri kepada perlindungan British di pelabuhan Rochefort.

Beliau dibuang negeri ke Saint Helena, sebuah pulau terpencil jauh ke tengah Laut Atlantik di barat Afrika di mana seorang bekas general perang terbilang itu menghabiskan sisa hidupnya hingga ke nafas terakhir yang dihembuskan pada 5 Mei 1821.

Hanya selepas hampir 2 dekad kemudian, kerajaan British membenarkan mayat Napoleon dibawa pulang ke Perancis. Ia diberi sambutan pengebumian negara & dimakamkan di Les Invalides, Paris.

Sumber: History, Smithsonian Magazine

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Hari ini 700 tahun yang lalu, dipercayai Ibn Battuta memulakan pengembaraannya.

Pada usia 21 tahun, Ibn Battuta meninggalkan kampung halamannya Tangier, Maghribi (Morocco) pada awalnya hanya untuk menunaikan haji di Mekah yang perjalanannya mengambil masa 16 bulan. Tanpa diduga, perjalanannya itu berlanjutan hingga 27 tahun.

Seusai menunaikan haji, Ibn Battuta terdorong untuk mengembara ke negara-negara Islam selepas mendapat satu mimpi. Maka dilanjutkan pengembaraannya yang ditempuh dalam tiga peringkat dengan cara berjalan kaki, menaiki haiwan tunggangan dan menaiki kapal.

Petualangan Ibn Battuta menjangkau lebih 40 buah negara merentas tiga benua dari Zanzibar, Bulgaria, Sepanyol, Turki, Iraq, Rusia, India, Maldives, China malah hingga ke Kepulauan Melayu. Pada 1352, beliau akhirnya pulang ke Maghribi dan menetap di Fez.

Ibn Battuta tidak pernah membuat sebarang catatan sepanjang kembaranya, hanya selepas kembali dari petualangan panjang itu Sultan Abu Inan yang kagum dengan ceritanya mengarahkan supaya pengalaman kembaranya itu dibukukan.

Dengan bantuan penulis bernama Ibn Juzay, kisahnya dibukukan sebagai ‘Rihlah’ (Catatan Kembara). Antara yang diceritakan dalam Rihlah itu adalah tentang tujuh raja yang dikaguminya, dan salah seorangnya adalah Raja Melayu Pasai, Sultan Malik al-Zahir Thani.

Kembara Ibn Batutta dianggar sejauh 117,000 km, rekod pengembara paling jauh berkelana dalam sejarah mengatasi Zheng He (50,000 km) dan Marco Polo (12,000 km). Beliau meninggal dunia pada 1369 dan dikebumikan di Tangier.

Sumber: Rancak TV, World History

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Berikut ialah infografik rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memaparkan perbandingan faedah skim pencen dan KWSP untuk penjawat awam di Malaysia.

Penjawat awam dapat memahami perbezaan utama antara kedua-dua skim dari aspek caruman, faedah persaraan, kemudahan rawatan, serta ganjaran sekiranya berlaku kematian dalam perkhidmatan.

📱 @infoSPLKPM 📱 InfoSPLKPM

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Boleh check utk mak ayah

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Tarikh : 4 Jun 2025 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Pautan : Taklimat Pengurusan Kewangan

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama ketua-ketua negara ASEAN di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan" dimulakan dengan mesyuarat dan perbincangan peringkat tinggi yang tertumpu kepada kerjasama serantau, integrasi ekonomi dan kestabilan geopolitik.

📸 Astro AWANI / Shahir Omar

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

📝 PERTANDINGAN e-PEMBELAJARAN

Berita baik untuk semua warga pendidiK KPM‼️

Jom sertai Pertandingan e-Pembelajaran melalui Platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bersempena Hari Guru Tahun 2025

Hadiah menarik menanti kepada pemenang.

Kriteria pemenang adalah berdasarkan total completion dan telah menyelesaikan Kursus AI for Educators

📆 Tarikh pertandingan:
25 Mei - 31 Mei 2025.

#sipp #KPM #hariguru

🔵 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐍𝐅𝐎 𝐒𝐏𝐋𝐊𝐏𝐌
/channel/SPLKPM2021

🎚️ 𝐂𝐇𝐀𝐍𝐍𝐄𝐋 𝐖𝐒 𝐈𝐍𝐅𝐎 𝐒𝐏𝐋𝐊𝐏𝐌
https://whatsapp.com/channel/0029Va1xj660gcfORr1JjP2L

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Semuanya di hujung jari anda. Walaupun secara maya, feel macam lawat secara fizikal tau! Eksplorasi Negarawan #klikdijari telah dilancarkan pada 10 November 2021 oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Lawatan secara Virtual 360° membolehkan pengunjung melakukan lawatan secara maya di setiap sudut pameran Arkib Memorial dengan hanya menggunakan telefon pintar ataupun komputer. Secara tidak langsung ianya memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman melawat memorial secara maya sekiranya mereka tidak berkesempatan melawat secara fizikal.

https://enegarawan.arkib.gov.my/

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

71 BUAH SEKOLAH DI SEKOLAH DAN SELANGOR DIBERI KEBENARAN MELAKSANAKAN PDPR SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-46

PUTRAJAYA: Sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 Mei hingga 28 Mei ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.

📱 @infoSPLKPM 📱 InfoSPLKPM

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

KURSUS JANGKA PENDEK AI DALAM PENDIDIKAN PERCUMA

Jom ikuti Kursus 'Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pendidikan' PERCUMA anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menariknya kursus ini adalah modul kursus dan cara penyampaian sangat memudahkan pelajar untuk mengakses.

Ikuti kursus jangka pendek ini di sini: https://mooc.utm.my/courses/ai-pendidikan/homepage/?cl=1

Hasil pembelajaran akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

1) Mengenalpasti penggunaan kecerdasan buatan dalam pendidikan.
2) Menggunakan kecerdasan buatan dalam pendidikan secara beretika
3) Mengaplikasi penggunaan kecerdasan buatan dalam pendidikan

Cara untuk mengikuti kursus adalah seperti berikut:
1) Daftar kursus
2) Lengkapkan 100% kuiz dan video pembelajaran bagi 3 modul tersebut
3) E-sijil akan diberikan pagi yang berjaya melengkapkan kursus

𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐦𝐮𝐚𝐭 𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐏𝐋𝐊𝐏𝐌 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭

Kedit: Helmi Salleh

📱 @infoSPLKPM 📱 InfoSPLKPM

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Menara berkembar yang pertama bukanlah dibina di Kuala Lumpur. Sebaliknya telah dibina di negeri Kedah oleh nenek moyang kita sejak abad ke-18 lagi.

Seorang jurugambar Perancis, Antoine Samuel telah merakam sebuah menara berkembar yang dibina menggunakan logam besi di Yan Kedah pada tahun 1839 ketika ekspedisi beliau ke Tanah Melayu.

Dalam foto yang dirakam itu, kelihatan sebuah menara berkembar di tengah sawah padi dengan latar belakang Gunung Jerai.

Sumber: Paleteãu National Museum

📏

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Assalamualaikum.

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS “SEMBANG-SEMBANG SEJARAH” PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) akan mengadakan Siri “Sembang-Sembang Sejarah” yang bertajuk "Pengalaman Dalam Bidang Perfileman". Pembicara jemputan ialah YBhg. Dato’ Hajah Rosnani Jamil, Primadona Filem Melayu Klasik. Sehubungan dengan itu, pihak PSM amat berbesar hati menjemput YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai majlis ini. Butiran majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 14 Mei 2025/16 Zulkaedah 1446 (Rabu)

Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: Dewan Aminuddin Baki, Aras 1, Wisma Sejarah,Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

3.Sebarang pertanyaan mengenai majlis tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat PSM melalui talian 03-2681 5388/6388. Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan mengimbas QR kod pada poster yang disertakan atau email psejmal@gmail.com.

Kesudian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk melapangkan masa turut sama menghadiri majlis ini amatlah dihargai.

Sekian. Terima kasih.

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Tajuk: Podcast IAB Siri 1: Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah
Tarikh: 02 Mei 2025
Masa: 10 pagi
Pautan YouTube: https://youtu.be/350SRohuPB4

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Salam Maal Hijrah 1447H

Semoga tahun baru ini membawa rahmat, kesembuhan jiwa, rezeki yang luas serta ketenangan dalam setiap langkah.

🌙 “Moga segala luka menjadi kekuatan, segala harapan menjadi kenyataan dan hidup sentiasa dalam lindungan Allah.”

Daripada:
Siti Sarah binti Mohd Noor

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Hari ini 15 tahun yang lalu, Penjara Pudu mula dirobohkan.

Penjara Pudu mula dibina pada tahun 1891, di atas tapak bekas jirat Cina Jalan Shaw (kini Jalan Hang Tuah) Kuala Lumpur seluas 8.9 hektar. Ia siap sepenuhnya pada 1895 hasil keringat para banduan kemudian menjadi penghuni penjara tersebut.

Pembinaannya bermula dengan struktur tembok setinggi 4.5 meter & sepanjang 394 meter. Pada 1984, ia dihias mural berukuran 860x16 kaki karya seorang banduan, Khong Yen Chong yang diiktiraf Rekod Guinness sebagai mural terpanjang di dunia.

Penjara Pudu terdiri daripada 4 blok menempatkan 240 sel yang boleh memuatkan hingga 2,000 banduan pada satu-satu masa. Begitupun ada 1985, penjara ini mencatat kemuncak kepadatan apabila penghuninya melebihi 6,500 banduan.

Jabatan Penjara Malaysia merekodkan 180 pesalah digantung sampai mati di Penjara Pudu sejak 1960 hingga operasinya ditamatkan pada 31 Oktober 1996 selepas 101 tahun. Para banduannya dipindahkan ke Penjara Kajang & Penjara Sungai Buloh.

Ia kemudian berfungsi sebagai tempat tahanan sementara banduan yang menghadiri perbicaraan mahkamah, juga dibuka untuk kunjungan pelancong pada Mei 1997. Hinggalah pada Jun 2009, kerajaan memutuskan supaya Penjara Pudu dirobohkan.

Walaupun ditentang hebat para pertubuhan pencinta sejarah & warisan, pendirian kerajaan tak berubah. Akhirnya pada Isnin 21 Jun 2010, kerja-kerja perobohan Penjara Pudu dimulakan di tembok timur untuk memberi laluan kepada projek pelebaran jalan.

Menjelang Disember 2012, seluruh struktur Penjara Pudu selesai dirobohkan, ditinggalkan hanya pintu masuk utamanya. Di tapak itu, dibangunkan kompleks komersil Bukit Bintang City Centre (BBCC) dengan kos RM8.7 bilion bermula 2018.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Astro AWANI (Foto AP/Vincent Thian)

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Hari ini 563 tahun yang lalu, Vlad III cuba membunuh Sultan Mehmed II al-Fatih dalam Serangan Malam di Târgoviște.

Vlad III merupakan pemerintah Wallachia (hari ini Romania), wilayah di antara Kerajaan Hungary dengan Bulgaria yang berada di bawah taklukan Uthmaniyah. Konflik berputik apabila Vlad enggan membayar jizyah kepada Uthmaniyah sejak 1459.

Delegasi yang dihantar Sultan Mehmed dibunuh Vlad yang terkenal dengan sikap suka menyula. Kemudian Vlad menakluk kubu Uthmaniyah di Giurgiu & melancarkan kempen pembersihan etnik di wilayah Bulgaria yang bersempadanan dengan Wallachia.

Sebagai respon, Sultan Mehmed membentuk angkatan besar 150,000 tentera & mula berarak ke Târgoviște, ibu kota Wallachia. Namun mereka disulitkan dengan dasar bumi hangus, penyebaran wabak & beberapa serangan gerila yang dilancarkan Vlad.

Pada 16 Jun 1462, angkatan Uthmaiyah tiba di selatan Târgoviște & mendirikan kem. Malam itu, Vlad menyamar sebagai tentera Uthmaniyah menyelinap masuk, mengimbas susunan dalam kem & kembali ke persembunyian angkatannya berdekatan.

Beberapa jam kemudian, Vlad & sekitar 10,000 tentera Wallachia menyerbu masuk ke dalam kem, mencetuskan huru-hara & pertempuran dengan tentera Uthmaniyah yang panik & keliru. Dalam huru-hara, Vlad menuju ke khemah Sultan, namun baginda tiada di situ.

Selepas beberapa ketika, Uthmaniyah berjaya menyusun barisannya & mengusir angkatan Wallachia sebelum fajar menyingsing. Serangan malam itu menyaksikan kira-kira 15,000 askar Uthmaniyah terbunuh sementara sekitar 5,000 tentera Wallachia terkorban.

Beberapa hari kemudian, angkatan Uthmaniyah meneruskan perjalanan & akhirnya tiba di Târgoviște, namun pintu kota itu dibiar terbuka. Mereka ‘disajikan’ dengan sekitar 20,000 lelaki, wanita & anak kecil disula yang dipacak di sepanjang jalan utama kota itu.

Menyedari kegilaan & kekejaman Putera Wallachia itu sukar ditundukkan, Sultan Mehmed memutuskan untuk meninggalkan Târgoviște, lalu berarak ke Brăila sebelum berlayar pulang ke Adrianople.

Sumber: Weapons and Warfare, War History Online, Youtube/HistoryMarche

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Hari ini 1,393 tahun yang lalu, wafatnya Nabi Muhammad SAW.

Setelah Baginda berhijrah ke Madinah pada 622M, Mekah akhirnya menjadi milik Islam sekitar 630M. Ketika itu, keliling Kaabah ada 360 buah berhala. Baginda bertindak menghancurkannya termasuklah berhala di dalam Kaabah selain para sahabat memusnahkan yang lain di kawasan berhampiran.

Apabila Mekah telah dibersihkan, Baginda berangkat lagi ke kota suci itu buat kali terakhir sekitar 631/632M untuk menunaikan ibadah haji yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.

Pada 9 Zulhijjah (6 Mac), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Arafah di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup terbaik.

Ketika Baginda menyebut agama Islam telahpun disempurnakan, para sahabatnya tidak dapat menahan rasa hiba kerana merasakan hayat Baginda sudah menghampiri penghujung.

Sebelum pulang ke Madinah, Baginda menziarahi makam isteri tercinta, Saidatina Khadijah RA, insan pertama yang mempercayai penerimaan wahyu pertama Allah SWT kepada Baginda dan yang pertama memeluk Islam, buat kali terakhir.

Selepas dua bulan sekembalinya ke Madinah, Baginda mengalami demam dan sakit kepala. Untuk beberapa hari Baginda masih boleh mengimamkan solat sehingga sakitnya semakin teruk dan meminta Abu Bakar RA untuk menggantikannya.

Pada 8 Jun 632M, bersamaan 12 Rabiulawal 11H, Rasulullah SAW menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan isterinya, Aishah RA. Baginda dimakamkan di lokasi wafatnya di dalam bilik Aishah RA (kini di dalam Masjid Nabawi, Madinah).

Sumber: Biography, The Life of the Prophet Muhammad (Ibn Kathir), muftiwp.gov.my

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Jom sertai komuniti Malaysian Cub Prix dalam "KEMPEN DERMA DARAH"!

Sertai para pelumba dan pasukan yang bertanding di Kejohanan PETRONAS MAM Malauysian Cub Prix dalam usaha murni untuk membantu Pusat Darah Negara mendapatkan bekalan darah untuk tujuan perubatan.

Ini merupakan salah satu langkah komuniti Malaysian Cub Prix untuk memberi sumbangan yang dapat menyelamatkan nyawa.

Anjuran adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 Julai 2025
Tempat: Function Hall, Tingkat 9, Blok B, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Masa: 10.00am - 4.00pm

JOM sertai kami dalam usaha murni ini!

Untuk pendaftaran, sila klik link ini >> https://forms.gle/DFCpKBsiwaFH4ybj8

#CubPrix #PETRONAScubprix #PETRONASmotorsports #CubPrixNewEra #BloodDonation

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Hari ini 572 tahun yang lalu, Constantinople berjaya ditakluk Uthmaniyah pimpinan Sultan Mehmet II.

Kota Constantinople diasaskan pada tahun 324 oleh Maharaja Rom Constantine I sebagai ibu kota Empayar Byzantine. Selama lebih 800 tahun, kota tersebut teguh menahan pelbagai ancaman, namun semakin melemah pasca kekalahan pada Perang Salib Keempat.

Pada masa sama, kerajaan Orthodoks itu tak mendapat sokongan daripada Barat kerana enggan menyatu dengan Gereja Katolik. Kesempatan diambil Sultan Mehmet untuk menggerakkan angkatannya seramai lebih 100,000 orang untuk mengepung Constantinople.

Maharaja Byzantine, Konstantinos XI Palaeologus hanya punyai tak lebih 10,000 orang tentera, tak cukup untuk disusun sepanjang 19km tembok kota. Mereka serba-serbi kekurangan - infantri, armada laut & persenjataan untuk mendepani ketumbukan Uthmaniyah.

Angkatan Mehmet memiliki sesuatu yang tak pernah dibawa oleh mana-mana musuh Byzantine sebelum itu, yakni meriam. Meriam Uthmaniyah bukan calang-calang, yang terbesar adalah sepanjang 9 meter & berupaya menempak peluru seberat 500kg sejauh 1.5km.

Pada 5 April, Sultan Mehmet menghantar utusan menuntut Konstantinos XI menyerah, namun tak dibalas. Esoknya, Uthmaniyah mula melancarkan serangan. Pada 22 April, baginda mengarahkan armadanya dipindah merentas darat dari Selat Bosphorus ke dalam ‘Golden Horn’.

Selepas 53 hari, pada subuh 29 Mei 1453, Sultan Mehmet mengarahkan serangan habis-habisan dilancarkan. 3 lapisan Dinding Theodosian yang masyhur akhirnya bocor, membolehkan barisan Janissari memasuki kota & menghapuskan tentera musuh yang tersisa.

Konstantinos XI terbunuh dalam pertempuran akhir itu & mayatnya tak ditemukan. Menjelang tengahari, Sultan Mehmet masuk ke kota & mengisytiharkan Hagia Sofia, yang asalnya gereja, ditukar menjadi masjid & Constantinople sebagai ibu kota baharu Uthmaniyah.

Kejatuhan Byzantine itu menandakan berakhirnya riwayat Empayar Rom selepas wujud hampir 1,500 tahun, di tangan Sultan Mehmet yang berusia 21 tahun. Kerana itu baginda digelar 'al-Fatih', yang bererti ‘Sang Penakluk’.

Sumber: World History

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Hari ini 75 tahun yang lalu, bendera Persekutuan Tanah Melayu pertama kali dikibarkan.

Pada 1949, satu jawatankuasa ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja menganjurkan satu pertandingan mereka bentuk bendera baharu untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu sedang dalam proses menuntut kemerdekaan daripada British.

Pertandingan peringkat kebangsaan anjuran Majlis Perundangan Persekutuan itu menerima 373 penyertaan, daripada jumlah itu 3 rekaan dipilih ke peringkat akhir yang ditentukan dengan undian orang ramai yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail.

Keputusannya diumum pada 29 November 1949, di mana majoriti memilih rekaan bendera ke-3 ciptaan Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan negeri Johor. Ciptaan Mohamed itu diilhamkan daripada bendera Empayar Uthmaniyah & Majapahit.

Dato’ Onn Jaafar, salah seorang AJK majlis itu, mencadang supaya bintang berbucu 5 menjadi 11, jalur biru kepada merah & kanton merah kepada biru. Sultan Kedah ketika itu, Sultan Badlishah menitah supaya bulan & bintang putih ditukar kepada kuning.

Selepas diubahsuai, rekaan akhir diteliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 22 & 23 Februari 1950. Usul bendera itu dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara kepada Majlis Perundangan Persekutuan & diluluskan pada 19 April 1950.

Rekaan akhir bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baharu itu turut mendapat perkenan Raja UK ketika itu, George VI pada 19 Mei 1950, sebelum ia dikibarkan buat julung kalinya di perkarangan Istana Selangor (kini Muzium Diraja, KL) pada 26 Mei 1950.

Upacara menaikkan bendera itu dilaksanakan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney, disaksikan Raja-Raja Melayu & pegawai-pegawai British di Tanah Melayu. Ia menjadi bendera rasmi persekutuan apabila kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957.

Apabila terbentuk Malaysia pada 16 September 1963, jalur & bucu bintang diubahsuai dari 11 kepada 14.

*Gambar: Bendera pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dipamer di Muzium Negara sempena Hari Malaysia 2022.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, The Patriots, Astro AWANI

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

TAHUKAH ANDA

📚 APA ITU KP2027?
Kurikulum Persekolahan 2027

Tahukah anda bahawa Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) akan menjadi kurikulum kebangsaan baharu yang akan menggantikan kurikulum sedia ada secara berperingkat mulai tahun 2027.

KP2027 merangkumi semua peringkat persekolahan bermula Prasekolah hingga ke Sekolah Menengah secara berperingkat dengan penekanan kepada pembangunan kompetensi murid secara menyeluruh, bersesuaian dengan keperluan abad ke-21.

Mari kita bersama-sama menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan sistem pendidikan negara terus relevan, progresif dan inklusif untuk anak-anak generasi masa depan.

#kurikulumkita
#ReformasiPendidikan
#kp2027
#kurikulumbaharu
#PendidikanUntukMasaDepan
#KPM
#TransformasiPendidikan

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Dh buat ke ni?

https://moeeduskillsacademy.percipio.com/login?state=%2Fprofile%2Fbadges#/

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Hari ini 33 tahun yang lalu, Malaysia merangkul Piala Thomas buat kali ke-5.

Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas sebelum edisi 1992 adalah pada 1967 di Jakarta apabila menundukkan tuan rumah Indonesia 6-3. Sejak itu hingga 1992, 4 kali kita berjaya ke final (1970, 1976, 1988 & 1990) namun langkah tak kesampaian.

Tewas mengejut 2-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan pembukaan, Malaysia selaku hos bangkit dengan membelasah Denmark (5-0) & England (4-1) untuk menduduki tempat ke-2 Kumpulan B & melangkah ke separuh akhir berdepan penyandang juara, China.

Namun Tembok Besar runtuh dibinasa skuad negara selepas pertarungan sengit berakhir 3-2 & Malaysia melangkah gah ke final bagi perhitungan dengan seteru tradisi, Indonesia - mengulangi final 1970 yang menjadi memori hitam buat negara.

Malaysia bukan pilihan utama, ketika Indonesia dibarisi beberapa pemain berkedudukan 5 teratas dunia ketika itu. Begitupun, Malaysia bermula cemerlang apabila Rashid Sidek menundukkan pemain nombor 2 dunia, Ardy Wiranata 15-11, 10-15, 15-4.

Namun kemudian Indonesia menyamakan kedudukan apabila Razif/Jalani Sidek tersungkur kepada Eddy Hartono/Rudi Gunawan 9-15, 15-9, 3-15. Malaysia kembali mendahului apabila Foo Kok Keong menang bergaya ke atas Alan Budi Kusuma 15-6, 15-12.

Debaran memuncak di perlawanan regu ke-2, berakhir dengan gegak-gempita di Stadium Negara tatkala Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang membenam Ricky Subajga/Rexy Mainaky 15-2, 10-15, 15-8, sekali gus menamatkan penantian 25 tahun untuk sekali lagi bergelar juara.

Perlawanan perseorangan ke-3 Kwan Yoke Meng-Joko Suprianto sekadar melengkapkan jadual, menyaksikan Yoke Meng tewas 3-15, 7-15. Selepas pertarungan epik selama 5 jam 37 minit, dendam kekalahan 1970 terbalas. Mata akhir: Malaysia 3-2 Indonesia.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, NST, The Star

#PeristiwaHariIni

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengajak anda semua ke Program Arkib Komuniti 2025!

📅 17 Mei 2025 (Sabtu)  
🕗 11.00 pagi – 11.00 malam  
📍 Pekarangan Galeri Warisan MBDK,
      Jalan Tengku Kelana, Klang, Selangor

Majlis akan dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Jom datang beramai-ramai dan memeriahkan program ini. Luangkan masa hujung minggu bersama keluarga ke sini… pasti anda akan dapat info dan pengalaman baharu menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan khusus untuk komuniti Klang/ Selangor 🎉

Moh, Pa'i Ka Kolang Kito!

#myarkibnegara
#AAD
#HarmoniMADANI
#taatsetia
#segulaisejalai
#KembaraPerpaduan
#ArkibKomuniti

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Jawatan Inspektor Polis, sila isi

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Jom tonton AWANI Pagi bersama YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Topik:
“Bina Negara Melalui Sejarah: Inisiatif Arkib @ Sekolah & Arkib Komuniti”

🗓️ Tarikh: Rabu, 7 Mei 2025
🕣 Masa: 8:30 pagi
📺 Saluran: Astro AWANI (501), Live TV & Aplikasi Astro AWANI

Jangan lepaskan peluang untuk ikuti perkongsian menarik tentang bagaimana sejarah dan arkib boleh membentuk jati diri negara melalui pendidikan & komuniti!

#myarkibnegara
#AAD
#HarmoniMADANI
#taatsetia
#segulaisejalai
#KembaraPerpaduan
#arkibkomuniti
#arkib@sekolah

Читать полностью…

SarahCikguSejarah

Allah SW T berfirman:
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki."
(Surah A1-Baqarah: 261 )
Jom rebut peluang pahala berlipat kali ganda! Salurkan sumbangan anda untuk membantu generasi pewaris Al-Quran di:
RHB BANK
— No. Akaun: 26221400006770
Nama Akaun: PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DAN TAHFIZ AL-ULUM

Читать полностью…
Subscribe to a channel