selangor | Unsorted

Telegram-канал selangor - Selangor

862

Subscribe to a channel

Selangor

26 Jun 2024 ~

KENYATAAN AKHBAR
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

Berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 (Selangor FC telah memohon penangguhan), Beta mengambil maklum dan telah membaca di media sosial serta suratkhabar.

Beta berasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan ahli-ahli Malaysian Football League (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin. Beta terkejut dan kecewa kerana Dato’ Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta menerima darjah kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) daripada Beta.

Beta amat murka dengan keputusan terbaharu MFL ini yang Beta anggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

Pada 5 Mei lalu, satu kes jenayah serangan asid yang mengancam nyawa telah menimpa ikon bola sepak Selangor dan Malaysia, Faisal Halim. Beberapa lagi insiden serangan terhadap pemain bola sepak profesional juga berlaku pada minggu yang sama. Disebabkan itu, Beta telah pun memberi perkenan kepada pihak Selangor FC untuk menghantar permohonan penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih kerana para pemain Selangor FC masih dalam keadaan trauma dan ketakutan. Bagaimanapun, pihak MFL telah menolak permohonan penangguhan tersebut dan memberi kemenangan 3-0 serta kejuaraan Piala Sumbangsih kepada pihak lawan.

Beta berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan.

Beta telah terlibat dalam arena bola sepak tempatan sejak tahun 1968 semasa zaman FAS diterajui oleh Dato’ Seri Harun Idris sehingga Beta bersara pada tahun 1990, dan dalam tempoh itu belum pernah Beta saksikan keadaan seperti sekarang ini. Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat, kini telah dicemari dengan keganasan. Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain.

Beta juga amat pelik kerana MFL dan FAM tidak menunjukkan rasa simpati dan belas kasihan terhadap pihak-pihak yang teraniaya dalam isu ini. Harus diingat, apa yang berlaku ini bukan sahaja akan mencemar kredibiliti sukan bola sepak di negara ini, malah boleh membunuh semangat dan halatuju pasukan Selangor FC.

Beta kini hanya berperanan sebagai Penaung di dalam FAS. Namun jika Beta merupakan peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC, Beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu.

Beta ingin mengingatkan sekali lagi bahawa bola sepak adalah sukan yang digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan yang tinggi. Tindakan-tindakan melampau MFL ini langsung tidak melambangkan semangat ini dan hanya akan merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan yang kita cintai ini.

Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati.

”PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM”
”BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA”

Sekian

DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor

Tarikh: 26 Jun 2024

Читать полностью…

Selangor

5 Mei 2024 ~

KENYATAAN DYMM SULTAN SELANGOR

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa pihatin dah bimbang susulan kejadian terbaru berunsur keganasan membabitkan pemain bola sepak Selangor FC, yang juga pemain kebangsaan, Faisal Halim, hari ini.

Baginda selaku Penaung Selangor FC dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Pengerusi Selangor FC, mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral ini dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera. Baginda turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis.

Baginda memandang serius kejadian ini dan mahu siasatan turut merangkumi kemungkinan sekiranya ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan.

Baginda khuatir jika insiden seperti ini tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.

Baginda mendoakan agar Faisal Halim kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC.

ISTANA ALAM SHAH
5 Mei 2024

Читать полностью…

Selangor

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdNosNOxbBdZPqIDweAXtsS5-zTFUBg6c7bx3uPN5mOBghFVA/viewform

Читать полностью…

Selangor

Selangor akhirnya mengesahkan Karsten Neitzel dilantik sebagai pengendali baru Selangor untuk (bermula) musim 2021
Pengendali berasal dari Jerman ini mengambil alih jawatan dari pengendali sementara Micheal Feichtenbeiner yang kembali kepada posisi asal sebagai Pengarah Teknikal Selangor
Sedikit biodata pengendali berasal dari Kota Indah Dresten (sebelum dibom RAF British pada Perang Dunia II)
Memulakan karier dalam bidang kejurulatihan sebagai pembantu jurulatih kepada beberapa jurulatih berpengalaman berbangsa Jerman seperti Volker Finke dan Andreas Bergmann di Kelab Bundesliga dan 2.Bundesliga bersama kelab SC Freiburg dan VFL Bochum selain di Asia bersama Urawa Red Diamonds
Sebagai pembantu jurulatih , sempatlah beliau merasakan suasana saingan piala eropah apabila kelab VFL Bochum layak ke saingan UEFA CUP pada tahun 2001 sebelum tewas pada pusingan ketiga kepada Fayernood
Bermula tahun 2012 , beliau mengambil langkah penuh untuk menjadi Ketua Jurulatih dengan menerima lamaran Kelab Devisi 3 Jerman Holstien Kiel
Bersama Holsten Kiel selama 3 musim, antara pencapaian terbaik Karsten adalah membawa kelab ini menduduki tangga ke-3 dalam Divisi 3 Jerman yang semua tahu Divisi 3 ini lebih 2 anak tangga kualiti dari Liga Super Malaysia
Namun pada penghujung musim 2016 , beliau dipecat kerana prestasi Holstien Kiel yang ketika itu berada di zon penyingkiran
Sebelum sepak mula musim 2017 Jerman bermula, beliau dinamakan sebagai pengendali kelab SV Elversberg yang bersaing dalam Regionalliga Sudwest
SV Elversberg pada musim sebelum itu adalah juara dalam saingan Regionalliga Sudwest namun dinafikan pangkat ke Divisi 3 Jerman akibat kalah playoff kepada SpVgg Uterhaching
Tidak mencapai KPI BOD Sv Elversberg yang mahukan promosi ke Divisi 3 Bundesliga tapi hanya berjaya menduduki tangga ke-5, sekali lagi Karsten dipecat pada 11.03.2018 kelab
Tempat beliau digantikan Roland Seize , namun boleh dibanggakan Karsten sebelum meninggalkan kelab adalah berjaya membawa SV mencapai ke peringkat suku akhir Piala Saarland
Ibarat pisang goreng panas , sebulan selepas dipecat beliau dilantik oleh sebuah kelab lagi yang bersaing dalam DIvisi 4 Jerman iaitu Rot Weiss Essen yang hanya berakhir dengan hanya 48 perlawanan sebelum sekali lagi dipecat
Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum mengambil alih Selangor adalah sebagai Penasihat Sukan kepada kelab divisi 5 Jerman ETB-Schwarz Weib Essen
Namun CV paling tinggi beliau dalam bidang kejurulatihan sudah tentu adalah ketika dilantik sebagai pengendali sementara Kelab Bundesliga VFL Bochum bersama Jens Todt pada musim 2012/2013 menggantikan Andreas Bergmann yang dilepaskan tugas
Walaupun hanya sementara , namun sedikit pengalaman ini diharap dapat membawa kita Selangor kembali kepuncak dengan DNA German seperti diharapkan

Читать полностью…

Selangor

14 September 2020 ~
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Majlis penyerahan ringkas berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

DYMM Tuanku berkenan trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid Jamlus pada tahun 2002 itu diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah.

Читать полностью…

Selangor

MALAYSIA BOOKS OF RECORDS ATTEMPT! 🖋⚽️
Dua pemain Selangor 2020 akan membuat percubaan untuk Highest Altitude Football Dropped & Controlled dari atas bumbung yang berketinggian 65 Meter dan perlu menimbang bola tersebut selama 5 kali.
Ayuh datang ESOK (14 Disember) di Stadium Shah Alam untuk sama-sama menyaksikan bagaimana Brendan Gan dan Halim Saari berjaya mencipta rekod baharu Malaysia.

Читать полностью…
Subscribe to a channel