https://icitra.kwsp.gov.my
Permohonan I citra telah boleh dibuat. Boleh daftar sekarang untuk mengelakan server kwsp jem jika terlalu ramai yang acces esok pagi.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Hi. This is non medical related sharing but if you happen to know anyone or patients with financial difficulties, kindly share this to them.
Program Bakul Makanan RM100
Bantuan Bakul Makanan RM100 SEGERA dari kerajaan dibuka sekarang. https://bantuanrakyat.my/bantuan-bakul-makanan-jkm-2021/
✅ Gaji bawah RM3,500 sebulan tapi tak dapat sediakan bekalan makanan yang cukup
✅ Ibu tunggal
✅ Ada anak ramai, pendapatan kecil
✅ Peniaga pasar malam
✅ Dapat notis cuti tanpa gaji
✅ Hilang pendapatan harian
✅ Tiada lagi duit untuk beli barang keperluan
✅ Sudah tiada duit lagi
Semakan Kelayakan Bantuan Bakul Makanan
Pemohon boleh membuat semakan dengan menghubungi:
1. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)/Negeri yang berdekatan dengan tempat tinggal. Direktori JKMN dan PKMD boleh didapati di laman sesawang www.jkm.gov.my;
2. Bilik Gerakan JKM di talian 03-83231996;
3. Talian Kasih 15999;
4. Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.
Mohon panjang kepada grup2 lain.. semoga sampai kepada yang memerlukan
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Saya sertakan di sini lokasi masjid dan surau yang terlibat dengan Gerobok Rezeki (barang asas dapur) dan Dapur It’am (makanan tengahari) yang bermula sejak Mac 2020 di Wilayah Persekutuan. Ambil jika perlu, sumbang sekadar mampu.
Jumlah keseluruhan untuk dua inisiatif ini adalah melebihi RM4 juta. Terima kasih JAWI dan MAIWP. Terima kasih pembayar zakat!
📥 GEROBOK REZEKI DI MASJID
1. Masjid Wilayah Persekutuan
✅ KUALA LUMPUR
🕌 ZON 1
1- Masjid Al-Imam Al-Ghazali
2- Masjid Abu Hurairah
3- Masjid Saidina Hamzah
4- Masjid Amaniah
5- Masjid Al-Firdaus
6- Masjid Al-Ubudiah
7- Masjid Al-Zakirin
8- Masjid Al-Qurtubi
🕌 ZON 2
1- Masjid Jamek Saad Bin AbiWaqqas
2- Masjid Al-Hidayah
3- Masjid Saidina Ali K.W
4- Masjid Amru Ibn Al-'Ass
5- Masjid Bilal bin Rabah
🕌 ZON 3
1- Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Jalan Perkasa Taman Maluri
2- Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Jalan Perak
3- Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan
4- Masjid Bukit Aman
5- Masjid Nurul Islam, Taman Perwira Jaya
6- Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras
🕌 ZON 4
1- Masjid Al-Akram, Datuk Keramat
2- Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Tmn Sri Rampai
3- Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
4- Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati
5- Masjid Ibn Mas'ud, Jln Damai Ampang
🕌 ZON 5
1- Masjid Al-Muqarrabin
2- Masjid Al-Imam Al-Tirmizi
3- Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam
4- Masjid Saidina Othman Ibnu Affan
5- Masjid Ibn Khaldun
6- Masjid Abd Rahman Bin 'Auf
7- Masjid Al-Muhsinin
8- Masjid Al-Khasyi'in
9- Masjid Al-Najihin
10- Masjid Al-Mukhlisin
11- Masjid Talhah Bin Ubaidillah
12- Masjid Zaid Bin Thabit
🕌 ZON 6
1- Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.
2- Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
3- Masjid Al-Hidayah, Kg. Sg. Penchala.
4- Masjid Jamek Tg Abdul Aziz Shah, Kg. Sg. Penchala.
5- Masjid Al-Ghufran, Pinggiran TTDI.
6- Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi.
7. Masjid Jamek Abdullah Hukum, Eco City.
✅ LABUAN
1- Masjid Jamek An-Nur
2- Masjid Jamek Layang-layangan
3- Masjid Sultan Muhammad V
4- Masjid Al Ehsan Kg Sungai Labu
5- Masjid Kg Bebuloh
6- Masjid Nurul Iman Kg Ganggarak
7-Masjid Muzakirullah Kg Lubuk Temiang
📥 GEROBOK REZEKI DI SURAU
1. Surau Al-Furqan, Presint 11
2. Surau Putra Al-Amin, Presint 8
3. Surau Ar-Rahman, Presint 16
4. Surau Al-Iman, Presint 9
5. Surau Fathurrahman, Presint 11
6. Surau Al-Istiqlal, Presint 14
7. Surau Al-Muhajirin, Presint 9
8. Surau Pudina, Presint 17
9. Surau Istiqamah, Presint 18
10. Surau An-Najah, Presint 9
11. Surau As-Syakirin Presint 14
12. Surau Al-Mizan, Presint 8
13. Surau Ar-Rayyan, Presint 6
14. Surau Al Falah, PPR Ampang Hilir
15. Surau Syakirin Taman Muhibbah
📥 DAPUR IT’AM
🕌 ZON 1
1. Masjid Al-Qurtubi, Taman Seri Segambut
2. Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda
3. Surau Al Hikmah, PPR Beringin
4. Surau Al-Hijrah, PPR Intan Baiduri
5. Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu 2
6. Surau Al-Muhajirin, PPR Batu Muda
7. Surau Al Hijrah, PPR Pekan Batu
8. Surau Al-Hijrah, Mutiara Magna
9. Surau Al-Muttaqin, PPR Pekan Kepong
10. Surau Al Hijriah, PPR Sri Aman
🕌 ZON 2
1. Masjid Masjid Amru Bin Al-'Ass
2. Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati
3. Surau Medan Idaman
4. Madrasah Iktisamiah, Taman Melati
5. Surau At-Taqwa, Jalan Dato’ Senu Utama
6. Madrasah Raudatul Muttaqin, Taman Dato’ Senu
7. Surau Al-Ehsaniah, Flat Danau Kota,
8. Surau Al-Amin, PPR Sentul Murni
9. Surau Sakinah, PPR Gombak Setia
10. Surau An-Nuur, Bandar Baru Sentul
🕌 ZON 3
1. Masjid As-Sodiqin , Taman Kobena Cheras
2. Masjid As-Syakirin KLCC
3. Surau Silaturrahim, PPR Sri Alam Fasa 2
4. Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang
5. Surau At-Taufiqiyah, Jalan Perkasa
6. Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
7. Surau Abbas Al-Habshee, PPR Laksamana
8. Surau Al-Aslahiyah, Jalan San Peng
9. Surau Al-Islah, PPR Sri Sarawak
🕌 ZON 4
1. Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
2. Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Tmn Sri Rampai
3. Masjid Al Akram, Datuk Keramat
4. Surau Jumaat Balai Islam, Jalan Tun Razak
5. Surau Jumaat Al Husna, Blok F, PPR Sri Semarak
6. Surau Jumaat At Taqwa, PPR Kampung Baru Ayer Panas
7. Surau Jumaat As Saadah, Wangsa Maju
@seronokkawin
❗TERKINI❗
✅ I-Citra (Menggantikan I-Sinar dan I-Lestari)
👉 Ahli KWSP boleh mengeluarkan sehingga 5 ribu ringgit (RM1000/setiap bulan).
👉Ahli boleh memohon mulai 15 Julai'21.
👉Pembayaran pertama ialah pada Ogos'21.
✅Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
👉Dibayar mulai Ogos'21 secara berperingkat mengikut kategori.
👉Miskin Tegar : 500 pd Ogos, 500 pd November dan 300 pd December.
👉B40 : 500 pd Ogos dan 300 pd December.
👉M40 : 250 pd Ogos.
✅Bantuan Prihatin Rakyat (Fasa 3)
👉Dibayar mulai September'21.
✅Bantuan Prihatin Rakyat (Lulus Rayuan)
👉Dibayar mulai September'21.
✅Bantuan Prihatin Rakyat (Tambahan)
👉Dibayar mulai esok, 29hb Jun'21.
✅Geran Khas Prihatin 3.0 (Tambahan)
👉Dibayar pada pertengahan Jun'21 - RM1000
👉Dibayar mulai pertengahan July'21 - RM500
✅Geran Khas Prihatin 4.0
👉 Dibayar mulai September'21 (RM500) dan November'21 (RM500).
✅Bantuan Kehilangan Pekerjaan
👉 Dibayar mulai Oktober'21 (Berdasarkan data pada KWSP dan Perkeso)
✅Moratorium Selama 6 Bulan Tanpa Syarat.
👉Permohonan akan dibuka pada 7 Julai'21.
Sekian Info.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Hangatkan hubungan intim semula selepas ada anak
Selepas ada anak, semua masa dan usaha anda akan difokuskan untuk anak, betul kan? Sampai satu tahap, susah juga nak "bersama" suami ketika sibuk menjaga anak. Ada tak petua hangatkan hubungan intim balik yang mudah?
Ha... Ikuti petua hangatkan hubungan intim selepas ada anak dari sepasang suami isteri ini. Apa yang membuatkan petua dari Umairah* (bukan nama sebenar) ini amat unik adalah kerana ia mudah saja nak dibuat oleh mana-mana ibu bapa.
Jadi, tiada alasan lagilah kenapa anda tak boleh panaskan balik aksi di ranjang hanya kerana anda dan suami sudah beranak-pinak!
Saya sudah masuk usia 30-an dengan 2 orang anak. Dulu masa saya masih muda bergetah dan ramping, saya dan suami amat menggemari hubungan intim.Tapi sekarang, saya selalu penat, sibuk dengan anak-anak dan kerja.
Memang saya seronok jadi seorang ibu. Tapi kadang-kadang saya cemburu apabila mendengar kawan-kawan saya yang seusia dengan saya tapi baru kahwin bercakap tentang hubungan "cinta" mereka.
Saya dan suami pun asyik dilamun cinta juga dulu. Kami selalu bermesra diam-diam dan "amat nakal". Tapi kini dek tanggungjawab dengan anak, kami sudah jarang berasmara.
Bukan sebab tak bernafsu ke apa, tapi nak cari masa yang "betul-betul" sesuai untuk berasmara itu tiada. Ada saja penghalangnya!
Tanpa kami sedar, dengan 2 anak ini, kami hanya akan bersembang tentang jualan murah barang baby, takpun tentang lampin dan kesihatan anak saja.
Jarang kami meluangkan masa untuk berdua-duaan. Nak capai klimaks dengan aksi hebat di ranjang? Lagilah bermimpi!
Petua hangatkan hubungan intim balik lepas ada anak - berlaku jujur!
Walaupun kami sedar yang kami sudah kurang bermesra dan meluahkan tentang isi hati masing-masing, tapi saya dan suami tak pernah terlintas nak memperbaiki hubungan intim ini.
Tapi satu hari, ketika saya dan suami tengah berbaring di sofa sambil menonton Game of Thrones, (dan anak saya sedang tidur sekejap), saya terlihat satu adegan "panas".
Selepas habis scene itu, saya pandang suami dan saya tanya, bagaimana kami boleh hangatkan hubungan intim ini balik, walaupun lepas kami ada anak?
Jawapannya satu saja - kami berjanji akan jujur jika rasa mahu melakukan seks
Dari perjanjian kami itu, saya dan suami berjanji kami akan meluangkan sedikit masa (5 minit pun tak apa!) untuk quickie sex.
Sejak hari itu kami sedar powernya quickie sex ini. Selepas kami berasmara "dengan cepat" pada bila-bila masa kami berpeluang, kami akan lebih bertenaga selepas itu.
Malah ketika quickie sex juga, kami akan meluahkan perasaan secara kandid. Ia merapatkan lagi hubungan suami isteri!
Sejak itu saya tak lagi merancang "special holiday" bagai untuk berasmara dengan suami.
Hangatkan hubungan intim lepas ada anak - quickie sex jawapannya!
Jadi, inilah nasihat saya untuk suami isteri merangkap ibu bapa di luar sana yang merasakan hubungan intim kalian sudah semakin hambar dan jarang berlaku, ikut tips atau petua saya ini.
Lakukan quickie sex pada bila-bila masa, berbanding anda tunggu masa yang "sesuai". Sampai bila-bila pun masa yang "sesuai" itu tak akan tiba, melainkan anak anda sudah besar dan masuk ke sekolah!
Selagi tak cuba, selagi itu anda tak tahu apa powernya quickie sex ini.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
KWSP Mampu Laksanakan I-Sinar, I-Lestari 2.0, Pengeluaran One-Off RM10,000 Buat Semua Ahli
Susulan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam krisis Covid-19 ini, pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mampu untuk mengeluarkan simpanannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat.
Menurutnya, KWSP masih mampu melaksanakan i-Sinar 2.0 serta i-Lestari 2.0 walaupun harga saham agak rendah ketika ini.
Bagaimanapun, ia harus diteliti kerana kebanyakan golongan B40 sudah mengeluarkan hampir kesemua simpanan dan baki caruman kebanyakan mereka kurang daripada RM1,000.
"Oleh itu, matlamat pengeluaran bagi i-Sinar dan i-Lestari 2.0 ini haruslah tepat kerana kemungkinan besar jika dibuka, ia lebih memberi manfaat kepada golongan M40 dan T20 sahaja berbanding B40 yang lebih memerlukan mengikut baki pinjaman yang ada” katanya.
Barjoyai menambah, jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi, selain pelaksanaan i-Sinar dan i-Lestari dilihat dapat membantu rakyat untuk jangka masa pendek.
Malah, pengeluaran yang dibuat secara one-off maksimum RM10,000 untuk semua ahli pasti mempunyai kesan positif untuk membantu ekonomi yang dikenali sebagai kesan pengganda.
"KWSP sudah mengeluarkan lebih RM78 bilion daripada pendeposit di bawah i-Sinar, namun ia masih menunjukkan prestasi keuntungan yang baik.”
“Ia dilihat dapat membantu dalam jangka masa pendek di mana penyimpan yang masih ada baki akan berpendapat bahawa ini merupakan satu peluang,”
Sumber : Sinar Harian
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Topik hubungan kelamin semasa hamil jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita masih terikat dengan sifat malu sehingga melabelkan isu ini sebagai cerita 18SX atau rahsia ‘dalam kelambu’.
Malah, ramai wanita hamil yang segan untuk bertanya doktor secara berterus terang walaupun mereka mempunyai kemusykilan mengenai perkara ini.
Bagi Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pusrawi Kuala Lumpur Dr Daud Yahya, sifat malu sebegini seharusnya dibuang jauh kerana pengetahuan pelbagai perkara mengenai kehamilan termasuk soal hubungan di tempat tidur perlu dititikberatkan.
“Masyarakat perlu lebih terbuka kerana membicarakan hubungan seks bukan perkara yang jelik atau lucah, apatah lagi jika ia berkaitan kesihatan.
“Dalam konteks hubungan kelamin semasa hamil, ia tidak boleh diambil ringan oleh pasangan suami isteri terutama bagi ibu yang pernah mengalami masalah sepanjang kehamilan,” ujarnya.
Menurut Dr Daud, walaupun kajian saintifik membuktikan hubungan seksual tidak membawa sebarang kemudaratan sama ada kepada ibu atau janin, dalam keadaan tertentu ia berkemungkinan boleh menimbulkan implikasi buruk.
“Ada bertanya, adakah hubungan kelamin boleh menyebabkan kecederaan atau jangkitan kuman kepada bayi yang dikandung?
“Jawapannya tidak, jika ibu dan bayi berada dalam keadaan normal. Ini kerana janin dalam rahim dilindungi oleh mukus tebal yang menutupi serviks.
“Kantung amnion dan otot uterus yang kuat turut melindungi bayi. Malah, semasa hubungan berlangsung, alat kelamin lelaki tidak akan menjangkau lebih dari vagina.
“Oleh itu, jika ibu dan janin dalam keadaan sihat, aktiviti seks boleh dinikmati seperti biasa sepanjang kehamilan. Tidak ada istilah ‘berpantang’ sama ada pada awal mahupun akhir kehamilan,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Daud berkata, lazimnya, pada peringkat awal isteri akan berasa tidak selesa atau hilang selera seksual jika mereka mengalami alahan teruk terutama bagi ibu yang pertama kali hamil.
Begitu juga pada hujung kehamilan, keadaan perut yang memboyot mungkin tidak memberi keselesaan semasa hubungan dilakukan meskipun pelbagai posisi dicuba.
“Ada juga yang bertanya, adakah hubungan seksual pada awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran? Jawapan saya, tidak jika kehamilannya normal.
“Walaupun air mani yang mengandungi prostaglandin boleh menyebabkan kekejangan dan rahim mengecut semasa klimaks, namun ia tidak akan menyebabkan keguguran,” jelas Dr Daud.
Namun, beliau menegaskan, aktiviti hubungan kelamin perlu diberi perhatian jika ibu mengalami beberapa gejala sepanjang kehamilan.
“Jika ibu mempunyai sejarah keguguran atau kelahiran pramatang, dia perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah lebih mudah.
“Lazimnya, keadaan ini berlaku kerana ibu memiliki rahim yang lemah. Oleh itu sebarang aktiviti seksual yang memerlukan pergerakan lasak boleh mengundang padah.
“Apatah lagi ketika wanita mencapai kemuncak ghairah, terjadi kekejangan pada otot termasuk rahim. Jadi, jika rahimnya tidak kuat, ia boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.
“Jadi, seelok-eloknya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti seksual,” kata Dr Daud.
Beliau turut menasihati pasangan supaya segera menghentikan hubungan seksual dan mendapatkan nasihat doktor jika berlaku pendarahan semasa aktiviti berkenaan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan keguguran.
Di samping itu, hubungan kelamin turut mendatangkan risiko berlakunya pendarahan jika uri berada pada kedudukan di bawah sehingga menutup sebahagian atau seluruh laluan kelahiran.
Selain itu, menurut Dr Daud, hubungan intim juga dilarang apabila ibu mengalami pecah ketuban kerana boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman kepada janin.
“Bagi ibu yang pertama kali hamil, saya sarankan agar sentiasa mendapat pandangan doktor termasuk soal hubungan kelamin sepanjang kehamilan bagi mengelak sebarang kemudaratan ,” ujar Dr Daud.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Artikel ini disahkan oleh Habib Dato Dr Syed Latiff Alsagoff alHajj
3 tahun yang lalu saya masih bersenam - berbasikal dan senaman kecergasan ... sangat cergas dan sihat ... Tetapi .. 3 tahun kemudian saya TERKENA STROKE ...
Suatu hari, ketika saya berdiri, persekitaran saya terasa seperti bergoyang dan tangan dan kaki saya terasa geli.
4 hari di ICCU
15 hari di bilik hospital
Hasil diagnosis ...
Tekanan darah tinggi, darah tebal, saluran darah pecah di otak kanan
Keluar dari hospital.
Setiap hari mengambil ubat tanpa henti ...
Pelbagai produk kesihatan ...
Menahan sakit, urut, akupunktur ....
Duduk di kerusi roda.
Gunakan tongkat U untuk belajar berdiri ...
Keadaan seperti kanak-kanak berusia 2 tahun belajar berjalan ...
Ia bukan keadaan yang mudah !!!
Saya fikir ...
Mengapa saya mengalami stroke ketika melakukan senaman secara teratur, tidak merokok / alkohol / menjaga kesihatan?
Saya baru tahu sebab sebenarnya adalah,
Haus tempoh lama ... kekurangan air didalam tubuh badan...!
Di sini saya ingin mengingatkan semua orang:
Ingatlah untuk selalu minum air supaya badan tidak kekurangan air!
Kita memerlukannya setiap hari.
Berat 1 kg = 30 cc
Berat 60 kg = 60x30
= 1800cc (sekurang-kurangnya)
Semasa keluar, bawa bekalan air minum
Ada orang yang mengatakan minum banyak air membuatkan mereka sering ke tandas.
Jawapan saya adalah ... Lebih baik kerap ke TOILET daripada terkena STROKE!
Harap selalu INGAT:
• Sebelum / selepas bersenam, minum 1 gelas air.
• Sebelum / selepas makan, minum 1 gelas air.
• Sebelum tidur, minum 1 gelas air.
• Bangun tidur, minum 1 gelas air.
. Sebelum mandi, minum 1 gelas air.
Semoga kita semua sentiasa sihat hingga ke usia tua
Saya berkongsi pengalaman peribadi saya untuk memberi nasihat.
(Sekiranya kita mengambil air secukupnya, tidak mudah mendapat stroke)
Ingat! STROKE bukan lagi hanya penyakit IBU BAPA dan LELAKI, tetapi anak-anak MUDA juga menderitai STROKE
MINUMAN SECUKUP AIR adalah kaedah pencegahan
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
8 PETUA MILIKI RAMBUT SIHAT DAN CANTIK
1. Limau purut hilangkan kelemumur.
kulit kepala yang gatal mungkin disebabkan kelemumur. Untuk mengjilangkan kelemumur dan kegatalan anda boleh mengambil 2biji limau purut kemudia dibelah dua. Picit dan gosok limau tersebut dikulit kepala secara rata. Mungkin sedikit pedih terutama jika kulit kepala anda terluka akibat digaru. Selepas 5-10 minit, bilas bersih. Lakukan selang sehari sehingga kulit kepala rasa segar dan kelemumur hilang.
2. Santan Kelapa Hitamkan Rambut.
Rasanya petua yang satu ni ramai yang sedia maklum. Cara dia mudah sahaja, perah kelapa menjadi santan. Sapu rata santan pada seluruh rambut anda kemudia balut rambut dan kepala. Biarlan selama 15-20minit. Cuci hingga persih. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya jika kerap kali anda cuba petua ini. Santan bukan sahaja boleh menghitamkan rambut anda malah menyubur dan menyejukkan kulit kepala.
3. Lidah Buaya Menguatkan rambut.
Pokok lidah buaya mmg terkenal dengan khasiatnya dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Salah satu khasiat lidah buaya ialah merawat masalah rambut gugur. Cara mudah petua ini ialah dapatkan lendir lidah buaya dan sapu dikeseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan dlm 15minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan sekerap mungkin insyaallah masalah rambut gugur dan rambut kering dapat diatasi. Selain itu juga ia mampu menyejukkan kulit kepala dan melegakan sakit kepala.
4. Daun Bunga Raya Melebatkan Rambut.
ok, ramai tahu khasiat daun bunga raya kan? Antaranya ialah menurunkan suhu badan. Terutamanya bagi kanak2 yang kena demam panas. Tapi tahukah anda daun bunga raya juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Caranya...ambil beberapa tangkai daun pokok bunga raya bersihkan dengan air. Kemudian ramas daun bunga raya dalam sedikit air sehingga daun mengeluarkan lendir. Ambil dan lumurkan kerambut dan kulit kepala. Perapkan dalam 10-15minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua atau 3kali seminggu.
5. Daun Rambutan Merawat Rambut Rosak.
Perghh..kalau tengok buah rambutan yang merah2 nih mmg keliur habis. siapa yang tak makan buah rambutan yang manis berjus ni kan? Semua orangpun suka. Tapi berapa ramai pula yang tahu selain buahnya yang sedap dimakan, daun dari pokok rambutan juga mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya. Daun pokok rambutan dikatakan mampu merawat rambut kerng dan bercabang. Caranya, ambil segenggam daun muda dari pokok rambutan, basuh bersih, ramas hingga daun mengeluarkan lendir, lumur pada rambut dan kulit kepala. Lakukan 3 kali seminggu, insyaallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Buahnya sedap, daunnya berkhasiat.
6. Kulit Tembikai Membersihkan Kulit Kepala.
Bahagian lapisan putih pada kulit tembikai dikatakan mampu membersihkan kulit kepala dari kotoran dan habuk. Hanya gosokkan bahagian putih itu kepada kulit kepala dan biarkan 20-30minit sebelum dibilas dengan air bersih. Ins Syaa Allah, bila kulit kepala bersih, kelemumur tidak mudah mendekati dan rambut akan lebih sihat.
7. Air Rendaman Kacang Hijau Lebatkan Rambut.
Petua ini pula sgt mudah...ambil secawan kacang hijau basuh bersih dan kemudian rendam semalaman kacang hijau terbabit didalam bekas yang mana airnya lebih sedikit. Kemudian tapis dan asingkan kacang hijau terbabit dari air rendaman. Ambil air rendaman dan lumur keatas kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala dan perap dalam sehingga kering. Apabila kering bilas rambut dengan air bersih.
8. Yogurt Melembab dan Mengilatkan Rambut.
Sedapnya yogurt!...ha, selain sedap dimakan, yogurt juga boleh dijadikan perapi rambut sekaligus merawat rambut rosak. Yogurt berfungsi melembabkan rambut. caranya, sapu yogurt pada rambut dan biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas. ulang sekerap mungkin bagi merawat rambut. insyaallah, rambut anda akan mudah diuruskan dan menjadi lebih sihat.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Tarikh Penebusan eBelia Wallet RM150
Tarikh & tempoh tuntutan kredit e-Wallet ini adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.
Cara Penebusan & Permohonan Kredit e-Wallet RM150
Kerajaan telah memilih beberapa eWallet yang popular di Malaysia dan anda boleh tebus melalui aplikasi berikut :
Touch n Go
ShopeePay
Boost
Ikuti setiap langkah penebusan melalui aplikasi eWallet masing-masing.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Barangsiapa yang membaca doa ini sebanyak 25 kali selepas subuh dan maghrib. Jika mana ia mati. Maka matinya dalam keadaan mati syahid dan kematiannya adalah husnul khatimah. Jadikan amalan ini setiap hari. AAMIIN.
“Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut”
Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas mati”
Sayyidah 'Aaishah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW
"Adakah ia betul Itu yang Syahid hanya satu siapa yang terbunuh di jalan Allah?
Rasulullah SAW "Wahai 'Aaishah! Jika Itulah yang terjadi kepada Kemudian orang yang mati syahid dari umatku akan menjadi sangat sedikit, sesiapa yang berkata
“Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut” dua puluh lima kali setiap hari dan meninggal dunia di tempat tidurnya, Allah akan memberinya pahala syahid "
Diriwayatkan oleh Imam Al Tabarani rahimahullah.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Berita baik untuk usahawan wanita, MARA menawarkan Skim DanaNITA khusus untuk anda untuk keperluan modal pusingan dan pembelian mesin.
Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah, MARA menawarkan Skim DanaNITA.
Ia merupakan pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.
Had pembiayaan: RM50,000.00
Tempoh pembiayaan: 1-10 tahun @ 12-120 bulan
Kadar keuntungan: 4%
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi Majlis Amanah
Rakyat (MARA).
Sila ikuti langkah berikut:
Layari https://www.mara.gov.my/
Pilih E-Perkhidmatan
Pilih MyUsahawan
Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
Daftar dan Mohon DanaNITA MARA di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf
Hantar permohonan.
Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistem
yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD)
melalui emel atau telefon.
Hubungi Pejabat MARA Daerah terdekat untuk maklumat lanjut atau layari http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/
Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada infobpn@mara.gov.my atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA
atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri
(PMN).
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
𝐌𝐎𝐑𝐀𝐓𝐎𝐑𝐈𝐔𝐌 𝟑.𝟎 (𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓)
𝗟𝗶𝗻𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗼𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿𝗶𝘂𝗺 𝗔𝘂𝘁𝗼 𝗔𝗽𝗽𝗿𝗼𝘃𝗲𝗱 𝗕𝟰𝟬/𝗠𝟰𝟬/𝗧𝟮𝟬 :
1. Moratorium 𝙈𝙖𝙮𝙗𝙖𝙣𝙠
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page
2. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩
https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
3. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢
https://vao.bankislam.com.my/ppb/
4. Moratorium 𝘾𝙄𝙈𝘽
https://www.cimb.com.my/covid19support
5. Moratorium 𝘽𝙎𝙉
https://www.bsn.com.my/page/TRA
6. Moratorium 𝙋𝙪𝙗𝙡𝙞𝙘 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx
7. Moratorium 𝘼𝙢𝙗𝙖𝙣𝙠
https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance
8. Moratorium 𝙍𝙃𝘽
https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747
9. Moratorium 𝘼𝙛𝙛𝙞𝙣 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY
10. Moratorium 𝙈𝘽𝙎𝘽
https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium
11. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙈𝙪𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙩
https://map.muamalat.com.my/
12. Moratorium 𝙆𝙪𝙬𝙖𝙞𝙩 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html
13. Moratorium 𝘾𝙞𝙩𝙞𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html
14. Moratorium 𝘼𝙡𝙡𝙞𝙖𝙣𝙘𝙚 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do
15. Moratorium 𝘼𝙜𝙧𝙤𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.agrobank.com.my/my/bbb/
16. Moratorium 𝙃𝙤𝙣𝙜 𝙇𝙚𝙤𝙣𝙜 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html
17. Moratorium 𝙎𝙈𝙀 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance
18. Moratorium 𝙎𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧𝙙 𝘾𝙝𝙖𝙧𝙩𝙚𝙧𝙚𝙙 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/
19. Moratorium 𝘼𝙡 𝙍𝙖𝙟𝙝𝙞 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance
20. Moratorium 𝙐𝙊𝘽 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page
21. Moratorium 𝙊𝘾𝘽𝘾 𝘽𝙖𝙣𝙠
https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html
22. Moratorium 𝙋𝙏𝙋𝙏𝙉
https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Senarai pusat Food Bank bantuan
1)Shell Setia Alam,Shah Alam
2)Shell SKVE,Seri Kembangan
3)Shell P16,Putrajaya
4)Shell Batu Belah,Klang
5)Shell Meru Batu 5 Klang
6)Shell Jalan Haji Sirat,Klang
7)Shell Kota Bayu Emas,Pulai Indah,Klang
8)Shell Bandar Botanik,Pelabuhan Klang
9)Shell Pandamaran,Pelabuhan Klang
10)Shell Tanjong 12,Banting
11)Shell Kanchong Darat,Banting.
12)Shell Elite Highway,Sepang
13)Shell Seksyen 1(Federal Highway),Shah Alam
14)Shell Seksyen 7,Shah Alam
15)Shell Bukit Rimau,Shah Alam
16)Shell Seksyen 18,Shah Alam
17)Shell Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang*
18)Shell USJ18,Subang Jaya
19)Shell USJ6,Subang Jaya
20)Shell SS19,SubangJaya
21)Shell Putra Heights,Subang Jaya
22)Shell SG BESI PUCHONG HIGHWAY,Kuala Lumpur*
23)Shell Jalan Klang area),Petaling Jaya
24)Shell Puchong Jaya,Puchong
25)Shell LDP Putra Heights,Puchong
26)Shell JALAN PUCHONG KM 12,Puchong*
27)Shell LDP PUCHONG,Puchong
28)Shell BANDAR KINRARA 5,Puchong
29)Shell BANDAR PUTERI PUCHONG,Puchong
30)Shell JALAN PUCHONG (PUTRA PERDANA),Puchong
31)Shell RAWANG,Kuala Selangor
32)Shell IJOK,Kuala Selangor
33)Shell Puncak Alam,Kuala Selangor
34)Shell Bandar Utama,Petaling Jaya
35)Shell KAJANG BANGI OPP JANA,Kajang
36)Shell SG LONG 2,Kajang*
37)Shell JALAN SUNGAI BULOH KEPONG,Kepong*
38)Shell DESA AMAN PURI*
39)Shell LDP KELANA JAYA,Petaling Jaya*
40)Shell JALAN KAJANG SEMENYIH,Kajang*
41)Shell LIGAMAS BATANG KALI,Batang Kali
42)Shell BANGI SEKSYEN 7,Kajang*
43)Shell USJ2,Subang Jaya*
44)Shell KOTA DAMANSARA Seksyen 7,Sungai Buloh
45)Shell KESAS HIGHWAY KL BOUND,Subang Jaya
46)Shell FEDERAL HIGHWAY SUBANG (SIC),Shah Alam
47)Shell Titi Jaya,Shah Alam
48)Shell PUCHONG PERMAI,Puchong*
49)Shell KOTA DAMANSARA Seksyen 6,Sungai Buloh
50)Shell PUTRAJAYA P18,Putrajaya*
51)Shell USJ 9,Subang Jaya
52)Shell PRECINCT 8 PUTRAJAYA,Putrajaya*
53)kedai khemah hijau Giant Prima Saujana Kajang
54)food Bank Pondok Biru Desa Ros Kajang
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Kemungkinan besar anda tidak tahu bagaimana posisi tidur boleh memberi kesan kepada kesihatan anda
Sesetengah posisi adalah lebih baik daripada yang lain!
Setiap orang mempunyai tabiat tidur dengan cara yang sangat tertentu dan unik, Sebahagian daripada kita gemarkan bantal yang lembut, manakala orang lain menggemari selimut tebal yang berat. Samalah seperti cara kita tidur, samada kita suka untuk tidur menelentang atau melingkar seperti posisi bayi. Ia mungkin nampak pelik, tetapi ini sebenarnya berkait rapat dengan bagaimana kesihatan secara umumnya!
Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut apakah tabiat tidur anda katakan mengenai kesihatan peribadi anda!
Kita perlu tidur untuk memulihkan semula tenaga dan berehat selepas seharian bekerja, ianya seperti mengecas bateri telefon anda. Tetapi tidur yang sempurna bergantung pada postur yang sihat ketika tidur, juga!
Tidur membantu untuk mengembalikan semula fungsi penting dalam badan, contohnya proses pusingan ganti sel, masalah fisiologi yang mungkin kita sedang mengalaminya dan juga proses penyahtoksikan, jika dinamakan beberapa. Selepas rehat yang sempurna pada waktu malam, ianya akan terasa lebih bertenaga untuk memulakan hari baharu. Walaupun sesetengah orang amat mudah untuk tidur, terdapat orang lain yang mendapati ianya sangat sukar untuk merehatkan diri untuk jangka masa yang panjang. Ini mungkin berkaitan dengan postur tidur, percaya atau tidak?
Selain daripada postur unik yang kita tidur, ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum. Kedudukan tidur sisi, perut/meniarap dan belakang/menelentang semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tidur melentang dianggap paling menguntungkan berbanding yang lain. Kedudukan ini adalah yang terbaik dari segi untuk memastikan tulang belakang yang stabil semasa tidur, ia membantu memelihara keadaan fleksibel dan kesihatannya. Satu-satunya keburukannya adalah bahawa orang yang cenderung untuk berdengkur akan mendapati bahawa postur ini meningkatkan kekerapan dengkurannya.
Ramai orang lebih gemar untuk tidur di bahagian sisinya. Samada kiri atau kanan, posisi ini amat biasa dipilih. Anda mungkin mendapati bahawa anda cenderung untuk banyak berguling ke sekeliling ketika tidur, untuk mengelakkan tangan atau kaki anda menjadi kebas. Jika anda seorang yang tidur mati yang kekal pada satu sisi sepanjang malam, berbaring pada sisi kanan anda boleh menyebabkan anda sakit perut, contohnya refluks.
Jika anda tidur meniarap, anda perlu berhati-hati dengan kedudukan bantal dan leher anda.
Banyak masalah dan sakit belakang berpunca daripada vertebra leher, dimana ia amat berat digunakan dalam posisi ini. Jika anda tidak boleh tidur dengan apa cara sekalipun, pastikan anda berbelanja sedikit untuk mendapatkan bantal yang direka khas untuk orang yang tidur meniarap, bertujuan untuk menjaga kesihatan tulang belakang.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Janganlah usik simpanan KWSP lagi, kata MTUC
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengecam cadangan Kementerian Kewangan untuk membenarkan pengeluaran I-Sinar 2.0 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata cadangan itu dibantah berikutan tidak dibincangkan bersama MTUC dan MEF sedangkan ia melibatkan simpanan pekerja.
"MTUC membantah cadangan menggunakan simpanan hari tua pekerja. Kerajaan seharusnya membantu menambah tabung simpanan pekerja dengan memberi pelbagai insentif untuk membolehkan pekerja bersara dengan tenang dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan.
“Tugas dan tanggungjawab kerajaan adalah untuk mencari dana bagi tujuan membantu pekerja.
“Jangan usik duit simpanan pekerja bagi menunjukkan bahawa bantuan telah diberikan, (dan) kerajaan mengambil kredit ke atas simpanan pekerja sedangkan itu adalah simpanan hari tua.”
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan kerajaan akan mengumumkan bantuan ‘wajar’ dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan mengenai isu moratorium dan i-Sinar bersama Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan agensi-agensi berkaitan.
Dalam pada itu, Kamarul berkata MTUC mendesak kerajaan memberikan bantuan kepada B40 dan M40 sebanyak RM1,200 sebulan.
Selain itu, MTUC juga mendesak kerajaan memberikan moratorium automatik selama enam bulan kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Moratorium 1.0 yang telah dilaksanakan berjaya membantu pekerja,” katanya.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Zikir Yang Berpahala 2 Juta
Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan . (Riwayat Thabrani).Zikir ini mengandungi 2 bahagian iaitu:
1) Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah (Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, dan Allah itu Zat yang Maha Esa dan tiada sesuatupun yang menyamaiNya)
2)Ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad.. yang juga kalimah daripada surah Al-Ikhlas (Qul huwallah). Yang Maha Esa. Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Di dalam zikir ini terdapat kalimah tauhid yang sangat berat timbangannya iaitu “Laa ilaaha illallah” dan juga ayat-ayat yang mengesakan Allah s.w.t.
Amalkanlah zikir ini sebelum tidur, selepas bangun tidur dan juga semasa berjaga malam untuk bertahajjud.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Berzikir Pemberat neraca amal
Berzikir sememangnya mempunyai ganjaran yang sangat luar biasa.
Allah SWT akan mengingati hamba-hamba-Nya yang berzikir kepada-Nya.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan ingat kepada-Mu. Bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu kufur ingkar kepada-Ku.”
Sebuah hadis qudsi menyebut: “Aku bersama hamba-Ku yang mengingati-Ku.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim menyatakan, terdapat dua kalimat yang ringan diucapkan di lisan, dicintai oleh Allah yang Maha Merahmati, berat pada timbangan iaitu Subhanallah wabihamdih, subhanallahil ‘Azim.
Di akhirat nanti semua amalan kita akan ditimbang. Sekiranya amalan kebaikan kita lebih berat berbanding kejahatan, kita akan dimasukkan ke dalam syurga.
Sekiranya amalan kejahatan lebih berat berbanding amalan kebaikan, kita akan dihumban ke dalam neraka.
Mengapa kita tidak amalkan saja zikir Subhanallah wabihamdih subhanallahi ‘Azim kerana zikir itu boleh memberatkan timbangan amalan kebaikan kita.
Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Abid Dunya, an-Nasa’I, At Tabrani dan al-Nazzar menyebut, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud?”
Para sahabat menjawab: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud?” Nabi SAW bersabda: “Kamu semua mampu.”
Mereka bertanya: “Bagaimana caranya?” Baginda bersabda: “Ucapan Subhanallah lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La ila ha illallah lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan Alhamdulillah lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan Allahuakbar lebih besar daripada Gunung Uhud.”
Mungkin kita tidak terbayang sebenarnya kalimah zikir itu mempunyai nilai pahala lebih besar daripada Gunung Uhud.
Hatta sekiranya anda suka pergi membeli-belah, anda juga mampu meraih sejuta pahala dan dihapuskan sejuta dosa serta anda akan dibangunkan sebuah rumah di dalam syurga dengan syarat sebelum masuk ke pasar bacalah doa yang diajar Baginda SAW: “Sesiapa yang mengucapkan ketika masuk pasar: La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahuwa hayyun la yamut, biyadihil khair, wahuwa ‘ala kulli syai in qadiir, nescaya Allah akan menulis untuknya sejuta pahala kebaikan, dihapuskan untuknya sejuta keburukan dan dibangunkan untuknya rumah di syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)
Kalau anda hendak pokok kurma di syurga, ada zikir yang sekiranya anda baca akan dibalas dengan pokok kurma.
Sebagaimana yang diketahui, buah kurma mempunyai keberkatan antaranya dapat menguatkan tubuh badan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
Ada caranya untuk kita ‘menanam’ pokok kurma yang nanti akan dapat kita nikmati hasilnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berkata Subhanallahil Azimi wabihamdihi, maka akan ditanam untuknya sepohon kurma di syurga.”
Bayangkan kalau kita mengucapkan berkali-kali sudah tentu akan memiliki ladang kurma di syurga.
Ada sebuah hadis riwayat Ahmad dan lain-lain menyebut, Ummul Mukminin Juwairiyah binti al-Harith pada satu hari, Nabi berjalan melaluinya pada waktu Subuh untuk keluar kerana ada keperluan.
Sedangkan Juwairiyah berada di tempat solatnya. Kemudian setelah hampir tengah hari, Nabi pulang dan melaluinya lagi, Baginda bertanyakepadanya: Engkau masih seperti tadi?”
Beliau menjawab: “Ya.” Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kamu saya ajar beberapa kalimah kalau kamu hendak timbang dengan semua tasbih yang kamu ucapkan tadi nescaya ia menyamainya iaitu Subhanallah ‘adada khalqih (tiga kali), Subhanallah zinata ‘arsyih (tiga kali), Subhanallah redho nafsih (tiga kali),
Subhanallah midaada kalimatih (tiga kali).
Begitulah antara zikir yang boleh diamalkan. Walaupun kelihatan ringan, ia dijamin mendapat pahala sangat besar.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Doa Selepas Tahiyyat Akhir Sebelum Salam
Rasulullah SAW mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal.
doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang.
Doa itu adalah:
Allahumma, Wahai Allah
Inni a'uuzubika, Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min 'azaabi jahannam, Dari azab Neraka Jahannam
Wa min 'azaabil qabr, Dan dari azab seksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat, Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal, Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma, Wahai Allah
Ya muqallibal quluub, Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi 'ala diinik, Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa 'ala taa'atik, Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat.
Jom amalkan
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Bagi anak-anak yang baru dapat result SPM, boleh tengok ni.
Mana tahu rezeki dapat biasiawa.
Tahniah pada semua pelajar yang dapat keputusan semalam.
Ibu Ayah peluk la anak-anak, Ucap Tahniah kepada mereka. Walaupun mungkin mereka tidak dapat keputusan seperti yang anda harapkan. Mereka masih lagi anak anda. Mungkin keputusan Akademi tak bagus. Tapi mungkin mereka lah yang akan menjaga anda diusia tua anda nanti.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Anak-anak baru lahir kebanyakkannya, menghadapi KUNING ..
CARA Membuat AIR JAMPI/TAWAR KUNING
Sediakan segelas air.
Baca Surah Al-Fatihah
(Surah ini adalalah Ibu segala jampi).
- Baca Surah Al-Fatihah itu 3kali.
- Setiap kali habis baca Tiup/hembus pada air itu.
Kemudian, baca Ayat Kursi.
- Selesai baca, tiup pada air itu.
.
Baca Surah Al Hasyr, Ayat 21:
- Bismillahirrahmanirrahim...
“Lau anzalna hazal qur ana ‘ala jabalil lara aitahu
khasyiammutasoddi’ammin qhasyatillah, watilkal amtsalu nadhribuha linnasi la’allahum yatafakkarun. ”
(Sila rujuk Al-Quran, untuk lebih jelas)
- Kemudian, hembus juga pada air itu.
.
Selepas itu,minta doa pada Allah:
“ Ya Allah dengan berkat ayat2 suci, yang aku baca ini...
jadikanlah air ini, sebagai air penawar untuk
menyembuhkan sakit kuning anak ini (sebut nama).”
Ambillah air penawar itu sedikit dihujung sudu teh,
kemudian bagi dia(baby) itu minum.
.
InsyaAllah mudah2an Allah MEMAKBULKAN doa kita,
dengan ayat2 suci itu menjadi penawar untuk
menyembuhkan penyakit... insyaAllah...~
Wallahu’alam...
.
Ustaz Syed Mahyuddin Anuar Syed Akil
(Kalam Ustaz @ Radio Penang)
.
# Aamiin3YaRobbalAlamin ..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina
Muhammad
.
Kredit:Kak Rina Abdullah
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Isteri Mudah Stres & Moody Sebab Setiap Masa Nak Fikir Semua Sampai Diri Terabai
Kenapa wanita mudah sangat stres dan moody? Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada perasaan ni walaupun tak terlalu serius. Ibaratnya semua perkara nak difikirkan serentak hingga hati dan perasaan sendiri terabai.
Perkongsian dari saudara Mohd Fhais yang selalu berkongsi ilmu keibubapaan dan rumah tangga ini ada betulnya.
Selalu orang kata wanita mudah sangat stres dan moody kan. Kenapa? Jawapannya kerana mereka suka nak menjaga hati orang lain lebih dari hati diri sendiri. Walaupun hati sendiri terabai.
“Bang jangan lupa ya kenduri aqiqah adik abg hari sabtu ni.”
“Bang dah lama tak balik jumpa mak abg, bila nak balik?”
“Bang nanti kita pergi melawat adik abg tengok baby”
“Bang nanti kita pergi tengok mak kat hospital”
“Bang mana nak cari sofa bed untuk ayah, senang dia nak duduk dan baring”
Begini la bila jadi wanita, setiap masa dia duk fikir pasal orang lain. Pasal adik la, adik ipar la, mak mertua la, mak dengan ayah sendiri la.
Memang sahih bahawa wanita ni dilahirkan sebagai CONNECTOR
Yang mahu menjaga silaturahim, selalu fikir akan kebaikan orang lain dan sentiasa berusaha supaya rasa bahagia itu dapat di beri pada ahli keluarga lain terlebih dahulu.
Diri sendiri selalu jadi yang terakhir…
Sebab itulah penting sangat bagi seorang wanita untuk mempunyai lelaki yang boleh mendengar dan memahami dengan baik.
Apa yang di cakap tu hanya la secebis dari apa yang bermain di otak mereka. Dalam otak dia orang ni berselirat banyak lagi benda lain.
Belum cerita lagi pasal anak, rumah, kerja, penat, mengantuk dan berat badan naik. Kalau cerita semua 7 hari 7 malam belum tentu habis.
Makin lama pendam, makin berselirat jadinya otak wanita ni. Makin mudah la stres!
Tugas lelaki kena dengar dan korek sebanyak mungkin maklumat dari otak isteri supaya otak yang berselirat tadi boleh jadi lapang selapangnya.
Bila otak dah lapang kerja banyak macam mana pun isteri tak akan stres, anak meragam pun boleh gelak ketawa.
Bukan sahaja stres boleh hilang malah segala kedutan dan kulit kusam isteri pun boleh hilang sekali.
Sebab suami yang rajin mendengar ni akan beri isteri Self Care dan Self Healing yang paling diorang idamkan.
Jangan terkejut pula lepas selalu jadi pendengar setia isteri korang jadi semakin cantik dan awet muda.
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
TOTAL Lockdown: Pakej Bantuan Akan Diumum Segera
YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan ‘total lockdown’ yang banyak diluahkan di media sosial.
Perdana Menteri memaklumkan sekiranya Fasa Pertama ‘lockdown’ berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, Fasa Kedua akan dilaksana.
Ia akan membenar pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.
Jelas beliau dalam kenyataan media, Lockdown Fasa Kedua akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.
Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah Fasa Ketiga, iaitu melaksana PKP seperti yang berkuat kuasa di Malaysia ketika ini.
Bagaimanapun, keputusan untuk Malaysia beralih dari ‘total lockdown’ dan dari satu fasa ke fasa berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memberi jaminan sistem kesihatan awam negara tidak akan runtuh akibat penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi.
Pelbagai sokongan dan bantuan akan diberi kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan kapasiti hospital dan pemberian vaksin meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Menerusi satu kenyataan media, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
Pengumuman mengenai pakej bantuan itu bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.
Justeru, rakyat dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
SOP penuh total lockdown di Malaysia akan dikemaskini oleh MKN dalam masa terdekat ini.
Sumber: Berita RTM
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Semak Arah Kiblat
Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing berikutan fenomena Istiwa A’dzam yang akan berlaku pada pukul 5.16 petang ini.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, Istiwa A’dzam ialah apabila kedudukan matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 tengah hari waktu Mekah).
Menurutnya, fenomena itu berlaku dua kali dalam setahun yang membolehkan umat islam di negara ini menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.
“Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.
“Sila pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda,” katanya.
Katanya, sila pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim.
Jelasnya lagi, sebaik selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.
Fenomena Istiwa A’dzam berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang)
@seronokkawin
T.me/seronokkawin