PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK 2021 TELAH DIBUKA UNTUK GOLONGAN B40 (TEDUH)
.
Nak Mohon Rumah Mampu Milik? Kini Bagi Golongan B40 Yang Ingin Memiliki Rumah Pertama Boleh Mohon Rumah Mampu Milik 2021 Secara Online Menerusi Portal TEDUH.
.
Antara Skim Rumah Yang Ditawarkan Iaitu :
☑️ Skim Rumah PPR (Harga RM35,000/ Sewa RM124 Sebulan)
☑️ Skim Rumah Transit (Rumah Sewa RM250)
☑️ Skim SPP (Pinjaman Sehingga RM60,000)
☑️ Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia
.
Info Lanjut Syarat Kelayakan & Cara Daftar Rumah Mampu Milik 2021 Rujuk Sini 👇👇
http://www.infoawam.com/2021/05/pendaftaran-sprn-teduh-sistem.html
Awas!!!
Ketika Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki, tiba-tiba ada sesuatu bergerak-gerak dari dalam kain kafan simati. Lalu disuruh seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya mereka, ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a mencabut pedang lalu menghampiri ular tersebut untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata:
"Apakah salahku? Kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang DiperintahkanNya”
Setelah diselidik amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan seorang yang mengambil mudah dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air.
Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.
Cara Mencuci Kemaluan LELAKI bagi hadas kecil :
Selepas membuang air kecil, disunnahkan berdehem tiga (3) kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.
Setelah itu urut kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali dengan menggunakan tangan kiri, sehingga tiada lagi air kencing yang tertinggal dalam saluran.
Kemudian basuhlah dgn air sampai bersih.
Cara Mencuci Kemaluan WANITA/PEREMPUAN bagi hadas kecil :
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari tengah tangan kiri dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.
Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.
Mencuci hadas besar bagi LELAKI dan WANITA
Semasa membasuh air besar /hadas besar (berak), jari-jari tangan kiri yang diguna sebaiknya dicuci dengan sabun, terutama bahagian kukunya.
Sangat penting untuk memasukkan satu jari ke dalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dgn air hingga terasa najis betul-betul telah hilang dan bersih.
Mari bersama kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul/sah.
Ins Syaa Allah
@seronokkawin
Sila join
T.me/seronokkawin
CARA CEPAT HAMIL
Mari kita lihat apakah tips-tips agar dapat cepat mengandung.
1. JAGA PEMAKANAN DAN DIET
Ini cara cepat hamil yang pertama dan yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Nanti ada pula yang kata, “Aku gemuk pun boleh mengandung apa!”. Itu rezeki namanya.
Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Jangan pula melantak macam masa bujang dahulu. BMI itu penting, bukannya berat badan.
Bagaimana dengan supplement? Mesti selalu dengar tentang asid folik bukan? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan ‘folic acid‘ untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.
Cakap memang senang bukan? Namun, mahu melakukannya cukup payah. Kena amalkan gaya hidup bersukan untuk badan kekal cergas.
'Supplement' seperti vitamin dapat membantu cepat hamil dan mengandung ‘Supplement’ baik untuk badan
2. MAKAN VITAMIN
Cara cepat hamil yang kedua ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement. Badan perlukan nutrien. Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk ‘conceive’:
Vitamin E
Zinc
Copper
Panthothenic acid
Potassium
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
Thiamin B6
Riboflavin
Niacin
Fuh, banyaknya kan? Kalau ada duit lebih, boleh beli di farmasi. Jika tidak, cari buah-buahan dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut. boleh juga cuba pil herba atau maajun tradisional.
3. MEMPUNYAI BERAT BADAN IDEAL
Mungkin ada yang kurang setuju. Siap ada yang kata, “Eleh, si Liza (bukan nama sebenar) tu, gemuk je aku tengok. Tapi, tiap-tiap tahun sorang. Aku ni biasa-biasa je, tapi susahnya nak mengandung”. Benar, ia rezeki dari Allah. Namun tidak salah kita mencuba bukan? Lihat semula point yang nombor satu di atas.
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight‘ atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘.
4. DETOKS (BAHASA INGGERIS: DETOX)
Ini antara cara cepat hamil yang jarang kita dengar. Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dalam badan. Perlu diingat, jangan beli semberono sahaja, lebih-lebih lagi dari penjual Multi Level Marketing (MLM) yang mahu melariskan produk mereka sahaja.
Luangkan masa melawat farmasi berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar. Jumpa ‘dietitian’ untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita. Elakkan mendengar nasihat kawan-kawan dan percaya sepenuhnya.
5. LAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN KERAP
Sudah bergelar suami isteri, apa nak malu? Bukannya orang lain, pasangan sendiri yang halal kan? Buangkan sikap malu ‘meminta‘. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.
6. KETAHUI WAKTU SUBUR ATAU OVULASI
Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya disini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan.
Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Jika ingin mengandung, kena belajar ilmu dan cara cepat hamil. Jangan main hentam keromo sahaja, dah selepas itu mengadu masih tidak hamil.
Untuk kira waktu subur, boleh guna Kalkulator Ovulasi kami. Boleh juga Google “Ovulation Calendar Tool” untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period’ untuk waktu yang tepat.
Ketua Hospital Kerajaan Dr. Adib Rizvi, pakar buah pingang memohon agar semua Muslim menahan diri dari minum sebarang air gas.
Terutama air gas yg sejuk dalam bulan Ramadan. Kata beliau setelah berpuasa sepanjang hari buah pinggang akan kekeringan, buah pinggang boleh berhenti bekerja dengan meminum air gas.
Semua minuman gas seperti 100plus, Coke, Pepsi, Fanta, Miranda, 7up, Sprite, Mountain Dew dan lain-lain hendaklah dielakkan sepenuhnya.
Adalah lebih baik minum jus buah buahan segar tanpa ais.
Tolong sebarkan maklumat ini kepada semua Muslim yang anda kenal, agar kita sihat untuk beribadat.
Salam Ramadhan Semua
T.me/seronokkawin
@seronokkawin
Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.
"Sang imam berkata, "Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir."
Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil.
"Nu'man namaku.", jawab sang imam.
"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil.
"Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku."
"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran."
"Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."
Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersujud menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.
Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.
Ya Karim!
Semoga kita menjadi seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.
@seronokkawin
Kisah sedih pembawa bekal
Anak minta saya buat bekal makanan pergi sekolah, lama saya tenung bekas makanan ni.
Terus teringat hal 30 tahun lepas. Waktu masih belajar di sekolah rendah. Saya pergi sekolah bawa bekal.
Tiba waktu rehat saya menyorok belakang sekolah. Buka bekal nasi lemak yang nenek buatkan. Lapar sangat waktu tu.
Belum sempat saya suap makanan dalam mulut,
“ Hoi bodoh. Tak malu datang sekolah bawa bekal” jerkah rakan sekolah saya.
Puiiii, dia ludah ke dalam bekal saya.
Dia hebahkan pada rakan-rakan lain dan cikgu-cikgu di sekolah. Satu sekolah pandang serong pada saya sebab bawa bekal.
Dalam usia yang begitu muda saya rasa sangat tertekan. Tak tertahan air mata. Akhirnya jatuh juga.
Balik rumah dengan bekal yang masih tak luak, saya mengadu pada nenek.
"Tok, esok tak nak dah bawa bekal. Kawan-kawan gelak. Malu".
"Ha.. Tahu pun malu. Orang lain puasa, kau tak nak puasa. Esok belajar puasa. " nasihat nenek saya.
Wassalam..
Selamat menanti ketibaan bulan ramadan semua..
☺✌
@seronokkawin
Taat seorang isteri itu perlu dibalas dgn tanggungjawab seorang suami...
Sepanjang mendirikan rumahtangga, belum sekali pun saya mengugut isteri atau menggunakan ayat "syurga isteri dibawah tapak kaki seorang suami..."
Terlalu besar dan tak tercapai utk digunakan bagi mendapatkan ketaatan isteri...
Saya sendiri pun belum tentu boleh masuk syurga...takkan saya boleh decide utk org lain plak walaupun dia tu adalah isteri sendiri...apa yg boleh seorang suami mcm saya ni buat ialah, jadikan isteri seorang yg taat dgn bertanggungjawab ke atas dirinya, jalankan kewajipan terhadap dirinya dan juga tunaikan hak yg patut seorang isteri dapat...
Bila dia taat pd suaminya, maka mudah utk dia masuk syurga...
Tiket ke syurga bagi seorang isteri adalah ketaatan dia pada suami...namun, ketaatan ini bukanlah sesuatu yg boleh disuruh, diperintah atau dibagi arahan begitu sahaja...ianya di bina perlahan-lahan sejak hari pertama dia bergelar isteri...
Semua suami nk seorang isteri yg taat...xde seorang suami pun yg nak seorang isteri yg derhaka, melawan cakap dan sebagainya...sama jugak di pihak isteri...xde seorang isteri pun yg nak seorang suami yg tak bertanggungjawab, tak menjalankan kewajipan dan tak tunaikan hak-hak yg sepatutnya seorang isteri dpt...
Buat apa yg patut kita buat dan dia akan buat apa yg patut dia buat...
Firdaus Shakirin
@seronokkawin
Salam Israk Mikraj
Hayatilah pengorbanan dan mukjizat Rasulullah SAW ketika menerima perintah kewajipan menunaikan solat kepada Allah SWT.
Perbanyakan berdoa dan bertawakal dalam usaha kita mendepani ujian pandemik COVID-19.
Bersama-sama kita memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya kita semua terhindar daripada wabak penyakit COVID-19 ini.
27 Rejab 1442H | 11 Mac 2021M
@seronokkawin
Ibu Sakit Ada 9 Orang Anak, Call Semua Tapi Seorang Pun Tak Jawab, Akhirnya Pergi Hospital Sendiri
Betullah kata orang, ibu bapa boleh jaga ramai anak, tapi ramai anak belum tentu boleh jaga seorang Ayah atau ibu.
Lumrah manusia begitulah. Sejak kecil kita dijaga dengan penuh kasih dan sayang oleh ibu bapa, malah mereka akan pastikan tidak ada secalit kesan calar pun pada badan kita.
Ditatang kita bagai minyak yang penuh. Mereka cuba berusaha membesarkan kita tanpa mengira penat lelah siang dan malam.
Mereka tidak pernah ungkit kesusahan mereka.Hanya kerana apa? Kerana demi membesarkan kita dan memberi pendidikan secukupnya dengan segala kuderat yang ada demi untuk anak tercinta.
Walaupun ada segelintir orang tua tidak pernah luah rasa cinta dan sayang mahupun rasa kasih mereka, tapi merekalah yang sebenarnya yang menjaga dan mendidik kita sehingga kita menjadi manusia berguna.
Namun bila kita dah besar, mereka pula menginjak usia tua, adakah kita curahkan bakti yang sama?
Sanggupkah kita menjaga makan, pakai dan hati mereka sebaiknya
"Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke,dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab😢"
Ini kisah Makcik Zaharah, Mungkin kisah yang dikongsikan Salehuddin Morktaruddin di facebooknya akan membuka mata kita semua, sama ada layak atau tidak kita digelar sebagai anak.
Pada anda yang duduk berjauhan dengan ibubapa, call lah mereka. Ambil tahu kehidupan mereka. Jangan biarkan mereka jalani kehidupan Sendirian.
Anda bahagia bersama keluarga tercinta, mereka menderita Sendirian tanpa anda di sisi mereka.
Kasihanilah mereka. Jangan Jadi anak yang DERHAKA!!!
@seronokkawin
Ilmu Petua Pantang Larang Bagi Lelaki
Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan sama ada serta-merta atau jangka panjang. Berbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.
Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jimak. Batang zakar harus sentiasa panas. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti meminum air batu.
Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
Tahan dan jangan hembus nafas ketika minum, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, baru selesai berlari atau bekerja berat. Berehat terlebih dahulu, sejukkan badan, barulah minum air.
Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dulu. Kurangkan dari makan Pisang Embun. Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
Elakkan dari buang air di tempat air bertakung. Carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana di waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari peha isteri yang sejuk membantutkan aliran itu dan melemahkan zakar.
Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimak lebih dari tiga kali seminggu kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin. Jangan jimak di dalam air. Jangan terus minum air selepas jimak, rehat dahulu 15 minit. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas berjimak. Jangan jimak isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit. Jangan cungkil gigi dengan semuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
Demikian antara nasihat yang ada di kalangan orang Melayu. Ada golongan muda yang menentang beberapa dari pantang larang ini terutamanya dari segi meminum air batu.
Terpulanglah kepada diri sendiri. Petua dicatatkan bagi menambah pengetahuan.
@seronokkawin
SIHIR TAFRIQ
Sihir pemisah (sihir tafriq) adalah salah 1 jenis sihir yang paling popular sehingga ke hari ini.
Suami benci isteri. Isteri benci suami. Rumah tangga porak-peranda. Hujung², bercerai. Syaitan pun bersorak.
Sebab?
Orang lain (pihak ketiga) benci, hasad, iri hati, cemburu, sakit hati dengan kebahagiaan rumahtangga seseorang (si suami atau si isteri)
Upload gambar mesra dengan suami isteri, upload gambar holiday sana sini, upload gambar beli hadiah untuk suami isteri, beli emas, beli rumah, beli tanah. Pokoknya, semua kebahagiaan dengan pasangan yang dipaparkan di media sosial.
Jangan ingat react ❤ tuh sebab dia suka akan kebahagiaan kau dan pasangan kau dalam rumahtangga. Rambut hitam semua sama, rasa hati tetap lain².
Nabi dah berpesan, pada setiap nikmat itu ada musuhnya. Dan musuh itu adalah hasad.
Nikmat kebahagiaan rumahtangga itu diberi percuma tapi jangan kau percumakan untuk tontotan orang ramai.
Rahsiakan kebahagiaan rumahtangga kita. Evil eye tu memang wujud!
Nauzubillah, moga dijauhkan dari mata mata jahat🤲🏻
Sumber : Dari Dalam Kamar Peguam
@seronokkawin
Khanzab, syaitan yang bertugas mengganggu fikiran kita ketika sedang solat.
WAKTU TAK SOLAT, TAKDE INGAT APA-APA.. TIME SOLAT JE , MACAM-MACAM BENDA MASUK KAT KEPALA ::
Ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??
Meh sini atok habaq sat... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..
Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!
Cara nak lawan si Khanzab ni 👇
(Sebelum solat)
[1] Baca Ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)
[2] Baca Ayatul Kursi 1x
[3] Baca Surah an-Nas 1x
Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku', i'tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?
Insya Allah. Aamiin...🌹
@seronokkawin
Seorang wanita sedang nazak di katilnya. Dalam saat-saat akhir itu, dia ditemani oleh suaminya. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, sempat wanita itu bertanya kepada suaminya.
"Abang, berapa lamakah abang akan mengahwini wanita lain selepas kematian saya?"
Jawab suaminya, "Terus-terang sayang, abang hanya akan mencari pengganti sayang selepas hilang basah kubur sayang."
Beberapa hari kemudian, wanita itu pun meninggal dunia. Hampir setiap hari si suami menziarahi kubur isterinya sehinggalah 15 tahun kemudian. Sepanjang 15 tahun itu, si suami mendapati kubur isterinya sentiasa basah dan tanahnya tetap merah.
Suatu petang ketika dia menziarahi kubur isterinya itu, dia bertemu dengan adik iparnya di kubur yang sedang membawa timba kosong.
"Eh, apa kau buat kat sini?" tanya si suami kepada adik iparnya.
"Saya memenuhi wasiat arwah kakak yang meminta saya datang ke kuburnya setiap hari dan membasahkan kuburnya."
Mendengar jawapan adik iparnya, pengsanlah si suami.
Haaaaa... korang jangan memain dengan wanita. Walaupun dah meninggal, cemburu tetap tebal...
😫😩🙄😇😇😭😭😭🤣🤣🤣🤣🤣
@seronokkawin
7 KEBAHAGIAAN DUNIA yang jarang orang miliki
Dari Ibnu Abbas r.a katanya : " Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu
1. Qalbun Syakirun atau HATI yang selalu berSYUKUR
2. Al Azwaju Shalihah, iaitu PASANGAN hidup yang SOLEH
3. Al Auladun Abrar, iaitu ANAK yang SOLEH
4. Albiatu Sholihah, iaitu suasana yang KONDUSIF (baik) untuk IMAN kita
5. Al Malul Halal, atau HARTA yang HALAL
6. Tafakur Fi Dien, atau SEMANGAT untuk memahami AGAMA
7. UMUR yang BARAKAH - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah
Alhamdulillah
@seronokkawin
#RASMI Semakan Bantuan Kredit eWallet RM150
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan mula menyalurkan bantuan Kredit eWallet RM150 kepada yg layak dan boleh mula dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021
Rujuk info penuh & cara penebusan:
http://www.infoawam.com/2021/05/ebelia-cara-penebusan-ewallet-rm150.html
7. JUMPA DOKTOR PAKAR
Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil? Atau sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih takk berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan.
Biasanya doktor akan melakukan ‘health screening’ dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan ‘checkup‘ juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus.
8. PASTIKAN POSISI SEKS YANG BETUL
Jangan main-main. Ini bukan benda lucah. Sebenarnya, ini antara cara cepat hamil yang ramai orang buat tidak peduli. Admin tiada masa untuk bercerita perkara yang bukan-bukan. Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi bersetubuh adalah penting dalam memastikan isteri dapat cepat mengandung. Posisi apakah itu? boleh scroll dalam channel ni, banyak yang admin dah kongsikan.
9. ELAKKAN TEKANAN
Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?
Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.
10. JAUHI ROKOK
Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.
11. KURANGKAN KAFEIN (BAHASA INGGERIS: CAFFEINE)
Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain.
Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahaja sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada.
Jika peminat tegar, ikut sahaja cara cepat hamil ini. Apa salahnya tinggalkan sementara?
12. BERDOA PADA ALLAH
Cara cepat hamil ini adalah yang terakhir. Tips ini tiada di mana-mana artikel Bahasa Inggeris. Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung seperti dibawah. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah.
Doa yang boleh diamalkan
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 38)
Semoga berjaya
@seronokkawin
t.me/seronokkawin
Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,
1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.
Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. 'Pukul' anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.
Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.
Rasanya macam baru saja dia lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.
Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.
Ini permulaan ibu ayah sekalian.
Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.
Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.
Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian.
Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.
Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama..
.
Kredit to owner
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang.
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya.
Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya:
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”
Guru yang alim dan mulia itu menjawab:
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."
Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan untuk melihat respon pekerja yang fakir itu.
Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya.
Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang!!
Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga.
Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi …
Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!!
Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:
“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.
Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan...
Guru yang mulia terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”
Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.
Gurunya pun berkata kepadanya:
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas, adalah suatu pemberian.
• Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!
والله اعلم
Selamat menyambut Ramadhan.
Maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan saya. Maaf juga jika terkasar bahasa, terlebih gurau dan sebagainya.... Semoga Ramadhan kali ini Ramadhan yg terbaik buat kita semua...
@seronokkawin
T.me/seronokkawin
Zikir untuk bangun tahajud
Ya Aziz - Allah Maha Perkasa
Ya Qowwiy - Allah Maha Kuat
Ya Matin - Allah Maha Teguh
Sebelum tido, niat nak bangun jam berapa. Mintak malaikat kejutkan kita waktu kita nak bangun.
Zikir Ya Aziz Ya Qowwiy Ya Matin banyak kali sampai tertido.
Inn Syaa Allah dengan Izin Allah akan terbangun waktu kita nak tu.
@seronokkawin
Ramai perempuan ingat yang dia sudah benar-benar kenal dengan lelaki di sisi mereka. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang tidak diketahui.
Jom kita bongkar dan baca tentang rahsia lelaki.
Berwajah cantik bukan tiket untuk memenangi hati lelaki
1. Mahu ‘awek’ cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan
Selalu kita dengar lelaki suka perempuan cantik. Pantang nampak perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki itu untuk dijadikan suri rumah. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik. Namun, mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang perempuan itu. Kadang-kadang, cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.
2. Tidak ‘call’ bukan bermakna tidak sayang
Lelaki tidak suka kalau ‘awek’ atau isteri asyik SMS atau ‘call’ dia. Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan ‘miss call’, mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.
3. Tanya soalan yang sama
“Tengah buat apa tu?”, “Dah makan ke?”. Nampak pelik kan? Tapi itu ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.
4. Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat kekasih atau isteri
Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun, walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan tentang insan tersayang.
5. Utamakan kekasih, isteri, anak-anak, lebih dari diri sendiri
Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia percaya. Apabila berkeluarga, bapa atau suami akan mengutamakan yang lain. Diri sendiri tidak penting. Asalkan ‘family happy’, mereka pun ‘happy’.
6. Cair’ atau ‘Malu’ dengan senyuman wanita
Tidak kira bila-bila wanita memberikan senyuman manis pada seorang lelaki, terutama sekali orang yang tidak dikenali, mereka akan menjadi tidak keruan. Ia mungkin adalah signal yang lain. Ia boleh jadi dua perkara, “Hensem sangat ke aku hari ni?” atau “Eh, aku tak zip seluar lagi ke hari ni?”.
7. Nombor telefon perempuan, ‘save’ nama lelaki
Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan dengan teknik ini. Sudah tentu pasangan tidak akan syak apa-apa bila ada nama lelaki. Namun, banyak kes yang sudah ‘kantoi’. Bak kata pepatah, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.
8. Jangan ingatkan kisah lampau
Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa tercabar.
9. Mempermainkan cinta
Seorang lelaki mampu mencintai wanita untuk jangka masa yang sekejap, kemudian terus melupakan perempuan yang dicintainya itu tanpa merasa apa-apa. Sebaliknya, perempuan sukar untuk jatuh hati. Jika sudah terbit rasa sayang, perempuan akan sayang lelaki itu sampai bila-bila. Pelik kan?
10. Kalau berani, masuk meminang!
Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. Lelaki yang hanya main-main tidak akan pergi sejauh ini. Mereka cuma ingin ambil kesempatan. Apabila lelaki telah menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh-tangguh. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.
Kesimpulan
Banyak lagi sifat lelaki yang sukar bagi kaum wanita memahaminya. Walau apa pun yang berlaku, terima pasangan anda seadanya. Kalau anda sudah berkahwin, jangan lupa ketahui tanda-tanda suami curang.
@seronokkawin
Isteri : awak ni selalu nak tegur kesalahan i kan?
Suami : eh mesti lah. Kalau I tak tegur u, siapa lagi yang u harapkan?
Isteri : awak asik tegur I, awak Macam takde buat salah. Awak punya salah pun banyak.
Suami : apa salah I? Cuba bagitahu.
Isteri : sudah lah. Buat-buat tak tahu pulak. Salah orang boleh je nampak.
Dalam Contoh diatas, saya jadikan suami yang selalu menegur kesalahan isteri. Hakikatnya ramai juga isteri yang selalu menegur kesalahan suami. Ni Sekadar Contoh sahaja.
Tak kisah lah siapa tegur siapa. Asalkan masih ada yang sudi nak tegur kite. Sebab memang betul, Kita takan nampak kesalahan atau kesilapan sendiri.
Bila kite ditegur. Tu tanda masih ada yang sayang.
Boleh sama-sama perbaiki diri. Bukan nak cari salah tau. Jangan salah anggap.
"Saling tegur-menegur" kearah kebaikan.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al Asr(103:1-3)
Jadikan saling tegur-menegur itu satu amalan suami isteri. Tegurlah dengan berhikmah, agar yang di tegur dapat perbaiki kesilapan diri.
Ins Syaa Allah
@seronokkawin
Suami Dan Isteri Bila Faham Agama.
Suami bila faham agama, dia akan ajarkan anak isterinya cara hidup beragama. Ajak bersolat, ngaji, dalami agama. Kalau tak pandai pun, dia izinkan isteri belajar. Bahkan tak culas dalam menafkahi mereka.
Suami bila mengerti agama, dia akan selalu ingatkan anak isteri tutup aurat sempurna. Tak biar mereka tabarruj. Sebab dia sedar, nanti jika tak tegur akan dipertanggungjawabkan segala dosa.
Suami bila cintakan cara hidup beragama, dia takkan biarkan anak isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apalagi berkhalwat. Dia ada rasa cemburu. Tak dayus.
Suami bila inginkan agama dalam dirinya, dia akan sedaya upaya menarik tangan ahli keluarganya ke Syurga. Bukan jalan ke Neraka.
Begitulah cerita sang suami sejati. Besar tanggungjawab sebenarnya.
Isteri bila faham agama, dia suka dengan cara hidup beragama. Bila diajak solat bersama, ngaji, dalami agama dia akan ikut tanpa banyak songeh. Bila dinasihati saat berbuat salah, dia tak keras melawan namun sedia berlapang dada menerima.
Isteri bila mengerti agama, dia akan selalu beramal dengan menutup aurat sempurna. Tak suka bertabarruj walaupun diajak kawan-kawan. Sebab dia sedar, nanti dia dan suami akan dipertanggungjawabkan segala dosa. Dia tak mahu suaminya terpalit sama berdosa.
Isteri bila cintakan cara hidup beragama, dia takkan bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apalagi berkhalwat. Dia berusaha menjaga diri dan maruah samaada di depan suami atau di belakangnya.
Isteri bila seronok hidup beragama, dia akan sedaya upaya menjadi pembantu ketua rumahtangga yang setia serta mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Sebab isteri lebih dekat dengan jiwa anak-anak.
Isteri yang solehah pastinya sentiasa menjaga tutur kata agar hati suami tak disakiti, bersifat qanaah, syukurnya tebal, mampu menjaga harta suami dengan baik dan saling berpesan-pesan pada kebenaran.
Begitulah cerita sang isteri sejati. Untungnya wanita, dia mudah ke Syurga
khaulah al azwar
@seronokkawin
Satu-satunya burung yang berani mematuk helang adalah burung gagak.
Gagak akan hinggap di belakang helang dan mematuk-matuk lehernya.
Namun, burung helang tidak bertindak-balas dan menyerang gagak semula.
Ia tidak membuang masa dan tenaganya untuk menentang gagak.
Cukuplah helang melebarkan sayapnya dan terbang dengan lebih tinggi ke langit.
Semakin tinggi helang terbang, semakin sukarlah gagak bernafas dan akhirnya gagak akan jatuh kerana kekurangan oksigen.
Pengajaran :
1 - Berhenti buang masa dengan orang yang ada perangai macam burung gagak.
2 - Orang yang berlagak hebat sedangkan dia lemah akan terserlah juga kelemahan bila sampai masanya.
3 - Mereka yang yakin dengan Allah akan dikurniakan kekuatan untuk terus berjuang sehingga berjaya.
Kun Anta,
Yakinlah dengan Allah, Allah akan permudahkan segalanya.
@seronokkawin
TANDA-TANDA LALAI
Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan.
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
Ada juga ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran.
Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.
KESAN LALAI :
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2. ‘Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.
5. Hati resah gelisah, tiada ketenangan, sentiasa keluh kesah dan hidup kelam kabut.
SEBAB-SEBAB LALAI :
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan mahram, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )
CARA-CARA ATASI :
1. Cari sahabat yang baik.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam dan solat.
4. Banyakkan zikir.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik dengan org lain.
Credit : MAJLIS ILMU
@seronokkawin
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan kesalahan liwat di bawah undang-undang syariah negeri Selangor adalah terbatal dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berikutan itu, kita membaca banyak ulasan. Ada yang bernada sedih dan ada yang bernada gembira. Saya ingin turut serta mengulas isu penting ini, namun saya memilih untuk bernada tenang, tidak sedih dan tidak gembira.
Saya bersikap realistik dalam isu ini.
1) Sememangnya kedudukan undang-undang syariah berada di kelas kedua berbanding undang-undang sivil, dari sudut teknikal.
Ini berikutan kedudukan Parlimen sebagai penggubal undang-undang tertinggi negara, manakala kuasa badan perundangan negeri, yang menggubal undang-undang berkaitan kesalahan agama, tidak boleh menggubal undang-undang yang telah wujud dalam undang-undang persekutuan yang diluluskan di Parlimen, dalam kes ini ialah undang-undang berkaitan liwat.
Perkara ini bukan baharu.
Cuma menjadi hangat apabila berlaku pendakwaan oleh mahkamah syariah berdasarkan peruntukan kesalahan liwat dan sitertuduh pula mencabar undang-undang berkenaan di Mahkamah Persekutuan.
2) Pentadbiran keadilan syariah, yang berkait dengan Mahkamah Syariah, yang berada di bawah kuasa Raja-raja sebagai Ketua Agama negeri serta Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Wilayah Persekutuan, hanya mempunyai tiga tahap iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
Perkara ini dengan sendirinya menunjukkan kedudukan undang-undang Syariah tidak setara undang-undang sivil.
3) Artikel 121 (1A) memang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.
Namun, dalam kes kali ini, terdapat dua perkara yang perlu diteliti.
Pertama, sangkaan bahawa mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah boleh dipertikaikan kerana undang-undang liwat itu juga berada dalam bidang kuasa mahkamah sivil.
Kedua, Mahkamah Persekutuan bersidang mengenai keperlembagaan undang-undang Syariah mengenai liwat yang dikenakan ke atas seorang lelaki, bukan mempersoalkan sabitan kesalahan oleh mahkamah syariah ke atas lelaki tersebut, walaupun implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu membawa kepada bebasnya lelaki itu daripada kesalahan.
Perkara ini mengenai keselarasan teknikal antara undang-undang sivil dan undang-undang Syariah.
4) Kita tidak seharusnya cepat melenting dalam isu ini. Kita perlu bersikap objektif dan rasional. Ini bukan masanya untuk retorik dan membangkitkan perasaan cemas terhadap masa depan undang-undang syariah.
Kepada umat Islam yang sayangkan undang-undang syariah, terutamanya pendukung gerakan Islam, perkara paling utama ialah menjawab persoalan besar iaitu apakah wajah akhir sistem perundangan negara ini yang kita mahukan?
Selama puluhan tahun, sejak sekitar hujung 70an, laungan retorik mendaulatkan undang-undang syariah sentiasa menjadi pembakar semangat perjuangan.
Namun, sedarkah kita bahawa sebahagian besar daripada undang-undang sivil itu sendiri tidak bertentangan dengan undang-undang syariah, malah yang dikatakan undang-undang syariah itu sendiri pun tidak menepati 100% kehendak Syariah.
Para sahabat ijma bahawa hukuman liwat ialah mati. Undang-undang sivil memperuntukkan hukuman maksima 20 tahun penjara, termasuk sebatan. Undang-undang syariah, yang diamalkan sekarang ini, hanya memperuntukkan hukuman penjara maksima 3 tahun, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau disebat Syariah tidak melebihi enam kali.
Dari sudut Maqasid Syariah, undang-undang manakah yang lebih hampir memenuhi kehendak Syariah?
Mesej yang ingin saya sampaikan ialah dua perkara.
Pertama, kita kena hantar ahli-ahli Parlimen yang menjiwai perjuangan mendaulatkan Syariah, bukan sekadar namanya muslim dan kemudian menghabiskan masa bertekak tak tentu arah dalam Parlimen atau jenis yang memperjuangkan ideologi liberal sekular.
Ini kerana Parlimen ialah kuasa tertinggi dalam menggubal undang-undang di negara kita ini.
Kedua, perjuangan mendaulatkan Syariah bukan sekadar laungan mendesak itu dan ini, bersifat reaktif dan retorik.
Ustaz Mohd
Pencinta kucing harus baca...rahsia kelebihan memelihara kucing dari sudut spiritual (versi Bahasa Malaysia)
MISI SEEKOR KUCING
Ramai yg menyangka kucing tidak mempunyai apa2 pekerjaan, mereka hanyalah makhluk pemalas yg hanya tau makan dan minum. Hurm, bukan itu sebenarnya !
Adakah anda tahu bahawa dizaman ini lebih ramai org memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing ???
Saya akan merungkai beberapa tips rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui...
Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian utk menyingkirkan energi negatif dr tubuh kita.
Sebaik shj kita tido, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai org dlm satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini...
Apabila mereka tido, badan kucing akan melepaskan energi negatif yg telah mereka serap dr kita td. Jika kita terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa utk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dlm badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yg kita berikan!
"Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban utk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka."
Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yg tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur...
"Sebab itu mereka suka tido di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik2 sahaja, mereka tidak akan tido dengan kita di malam itu."
Sekiranya ada sesuatu yg pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil utk melindungi kita...
Jika ada org yg berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita utk melindungi kita. Kita harus la berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.
Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pd saat itu...
'Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!". Berterimakasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing utk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yg sesuai utk nya.
Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab2 yg diketahui, dan di dalam mimpi kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda.
"Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing." Kerana ia pasti kembali kepada anda utk memenuhi tanggungjawabnya....kucing menyembuhkan kita."
Kucing adalah makhluk yg comel, kasih mereka kepada kita sgt jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yg berbeza utk menzahirkan kasih mereka.
"Mereka adalah sahabat teragung dan terbaek antara semua2 sahabat..."
*Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal utk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka."
Credit MyOwnPetShop
@seronokkawin
Sekadar berkongsi perasaan puas.
Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas.
Kira saya tukang juga la ni kan? Tukang sembur. 😅
Kredit : Khusairi via Tukang Apa Hari Ini
@seronokkawin
7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri.
Sikap lelaki ada ketikanya sukar untuk diduga dan difahami. Bagi pasangan suami isteri, nilai kasih sayang amat perlu dalam membentuk rumah tangga yang bahagia dan harmoni.
Namun, sikap suami yang dianggap sukar untuk menunjukkan rasa cinta pastinya membuatkan isteri mudah berkecil hati dan cepat merajuk. Ini kerana kebanyakan suami lebih gemar meluahkan rasa sayang dan cinta melalui bahasa tubuh malah secara indirectly.
Ingin tahu antara bahasa tubuh dan juga caraindirectly yang misteri sangat tu? Jom kita lihat.
1. MINTA NASIHAT ISTERI
Apabila suami meminta pendapat atau nasihat daripada isteri, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan memerlukan bimbingan anda. Untuk pengetahuan isteri, amat sukar untuk seorang lelaki meminta pertolongan daripada seseorang lebih-lebih lagi isterinya sendiri.
Jadi, jika suami anda memerlukan nasihat daripada anda, itu bermakna dia betul-betul menghormati, menyayangi malah benar-benar percayakan anda. Itu bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk anda tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh isteri.
2. BELI BARANG KEPERLUAN RUMAH UNTUK ISTERI
Jika suami bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar-benar menyayangi anda. Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa kena-mengena shopping dengan sayang?
Contohnya begini. Anda sering menyuruh suami membeli groceries semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata ‘tidak’ kepada anda. Malah permintaan anda itu diterimanya dengan senang hati dan barang-barang yang dipesan dibeli dengan secukupnya. Sehinggalah satu hari anda mendapat tahu yang rupanya suami jenis lelaki yang tidak begitu gemar ke pasar raya, namun dia lakukan juga kerana dia menyayangi anda.
3. LEMPARKAN SENYUMAN MANIS
Masih ingat tak lagi senyuman yang diberikan suami saat pertama kali anda berdua bertemu? Bagaimana senyuman itu boleh memberi impak besar dalam hidup anda. Impak senyuman sama juga seperti memegang tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa untuk melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis anda berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa anda sedar.
4. JADI PENDENGAR SETIA
Majoriti wanita di dunia ini mempunyai banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Lelaki bersedia untuk duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati anda itu tentang perkara yang sama berulang-ulang kali, tanpa rasa bosan. Percayalah, dia benar-benar menyayangi diri anda!
5. PEGANG TANGAN
Inilah tanda suami sayangkan isteri, kemesraan yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk sebuah cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan ke arah intim malah cara paling mudah untuk suami menunjukkan perasaan hatinya.
6. RINGAN TULANG
Walaupun penat pulang dari kerja, suami akan cuba membantu anda mengemas rumah, menjaga anak, selain membantu anda memasak. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa anda lakukan tanpa disuruh. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya kepada anda tetapi dengan pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya itu adalah salah satu cara untuknya menunjukkan yang dia ambil berat tentang anda.
7. IKHLAS BERIKAN SESUATU
Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian ataupun pandangan yang penuh dengan kasih syg. Apabila suami mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata2 sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata2. Pandang tepat ke arah mata suami dan cuba selami hatinya. Anda akan mendapat jawapannya di situ.
@seronokkawin
BULAN REJAB DAN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang istimewa buat umat Islam.
Ini kerana, ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.”
[Al-Bukhari (4054)]
Kata Abu Bakar al-Warraq:
“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadan pula adalah bulan untuk memungut hasil.”
[Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1]
Hanya 60 hari sahaja lagi untuk kita bertemu bulan mulia Ramadan.
Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama untuk mempertingkatkan amalan kebajikan & kebaikan kita, lebih² lagi perbanyakkan bersedekah.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. 🤲🏼
AGAR KEKAL HUBUNGAN DALAM RUMAHTANGGA
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah
☑Surah Al-Fatihah 1 kali,
☑Ayatul Qursi 1 kali
☑Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
🔘Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
Jom sebarkan
@seronokkawin