sigadiskuat | Unsorted

Telegram-канал sigadiskuat - #SiGadisKuat⚡🔥

3186

Notasi buat diri, tapi kalian boleh mengambil auranya sama. Karna ia bukan tentang aku, tetapi tentang kita. 🍃💪 Laman rasmi ; https://twitter.com/sigadiskuat https://www.instagram.com/sigadiskuat/

Subscribe to a channel

#SiGadisKuat⚡🔥

Jalan kehidupan kita berbeza.

Ada yang merasai senang dengan cepat, ada yang berjaya lambat.

Ada yang merasai sedih dulu, ada yang gembira selalu.

Tapi itu adalah putaran. Semua orang akan lalui.

Mungkin saja kita nampak kebahagiaan orang, tapi kita tak pernah sekalipun tahu kesedihan keperitan mereka.

Kita pun berangan untuk duduk dan merasai kebahagiaan seperti mereka.

Cuma kita lupa, yang kita ada sekarang ini sudah terlalu banyak.

Namun kita lupa, untuk panjatkan rasa syukur pada Tuhan atas kurniaan dariNya yang tak pernah henti.

Ya, kita lupa.

Dan kita akan merasai sebenar-benar bahagia bila kita belajar untuk mensyukuri apa yang kita ada.

Okay! Syukur. Alhamdulillah. 🌹❤️

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Alhamdulillah untuk nikmat di pagi hari. Allah masih izinkan kita bangun pagi menikmati kurniaan-kurniaan darinya.

Jom solat Dhuha. Tanda kita syukur kepada Allah.

❤️

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Orang sudah tidak sudi, untuk apa kamu memperjuangkan lagi?

Kita tak mampu nak memaksa setiap orang ada dengan kita, sebab hati manusia sifatnya berbolak-balik.

Hari ini dia kata sayang dan cinta, hari esok belum tentu masih setia pada kata.

Karna itu—kita tak boleh meletakkan harapan yang tinggi pada manusia, kelak kita yang tersakiti.

Namun bila dia sudah memilih untuk berganjak pergi, tiada apa yang perlu kamu sesali atau tangisi.

Karna setiap yang berlaku itu ada hikmah dan pengajaran. Ada sebab Allah hadirkan dia dalam hidup kita sebentar sebagai persinggahan. Ada sebab Allah pertemukan kita dengan orang yang salah.

Iya. Semua itu bukan dijadikan dengan saja-saja.

Bahkan dari setiap satu yang berlaku itu—Tuhan pasti akan gantikan dengan kebahagiaan yang jauh lebih besar di depan sana.

Cumanya—pilihan kamu, untuk memandang terus ke depan atau masih tetap di takuk yang sama.

Adapun hidup ini tetap perlu diteruskan. Jika ingin bahagia, keluarlah dari luka yang lama.

Karna kamu juga berhak untuk menemui cinta yang baru.

❤️

By,
sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Jangan mengalah,
Kerna belum masanya.

Rehat kalau penat.

- sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

" Making mistakes does not mean you are a failure. It just means you are trying and learning in life."

Awak,

Buat salah itu adalah hal yang biasa dalam kehidupan. Datangnya ada hikmah dan kebaikan. Bukan saja-saja ia berlaku. Bahkan tiada siapa yang mahu gagal.

Biarpun kita atur perancangan itu dengan cukup sempurna, tapi tetap saja tak berjalan dengan sebaiknya. Ada saja yang lompong sana dan sini. Ada saja yang kita tak puas hati.

Tapi itu bukan bererti kita akan tamatkan kehidupan kita disitu. Bukan juga tiada peluang lain untuk kita terus memperbaiki silap kita.

Ada. Peluang kedua sentiasa ada buat kita. Jangan kerana tertutup pintu yang satu ini, kita kuncikan semua peluang-peluang lain.

Adapun kesilapan yang kita buat itu adalah satu pelajaran untuk kita. Bagi awak yang mengharapkan ada perubahan, belajarlah audit diri dan selak satu persatu dimana salah yang kita buat.

Kita nak jadi manusia sempurna memang takkan pernah mampu. Namun setidaknya kita sentiasa ada peluang untuk memperbaiki diri. Jadi manusia yang lebih baik dari hari-hari semalam.

Sungguh beruntung bagi yang sentiasa mengambil ibrah dari setiap kekhilafan yang pernah dilakukan pada masa yang lalu. Adapun yang tidak mengambil pengajaran dari kesilapan lalu hanya akan menjadi orang yang rugi.

Kita mahu jadi orang yang mana? Terpulang dan muhasabahlah sentiasa. Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah dan kejar Syurganya semata-mata.

Tak gitu, kawan-kawan?

🌻

Oleh : sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Salam Jumaat.

Sunnah di hari Jumaat jangan dilupa. Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

Sollu AlanNabiy! ❤️

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Hai November!

Semoga saja kita akan melaluinya dengan baik-baik sahaja hendaknya.

Meskipun akan ada ujian yang dilalui, kita akan kuat untuk mengharunginya.

In sha Allah. ❤️💪

By,
sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Kongsi ilmu. Semoga bermanfaat untuk kita semua. ❤️🌹

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Dari awal lagi sudah ku pesan,
Berharap pada yang salah–hatimu akan mudah patah.

🥀

#sgk

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Barangkali hubunganmu dengan Tuhan semakin jauh, itu yang Dia biarkan kamu jatuh.

Barangkali tangis lelahmu tak sepersis dulu, kerana itu Dia menikam hatimu bertalu-talu.

Barangkali dunia yang digenggam olehmu itu terlalu mendalam, kerana itu Dia biarkan dirimu futur lalu terjunam.

Supaya—yang kamu cari di akhirnya hanya Allah semata-mata, Tuhan Penguasa segala.

Kutiplah hati yang rapuh dan cantum semula saat kau di depan Tuhan. Kerana kamu tidak lagi memerlukan pelukan manusia, yang jiwamu rindukan adalah Tuhan.

Tuhan yang selama ini kamu tinggalkan dan jauhkan. Sedang hati memanggil-manggil memintamu kembali. Itu namanya hidayah. Peluklah. Peluk sebelum ia merajuk dan tak datang lagi. 💖✨

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Hidup ini takkan pernah selesai dengan pelajaran yang baru setiap hari, sehingga kita tamat perjuangannya disini.

Bahkan dalam setiap apa yang berlaku, itu adalah proses kehidupan. Ada naik dan turunnya. Ada bahagia dan dukanya.

Kadang-kala kita terasa ingin mengeluh dan berputus asa, kerana beratnya perjuangan yang dirasa.

Tak dilupa tentang gembiranya kehidupan yang membuatkan kita ingin ia kekal sampai bila-bila.

Namun hidup tak juga bahagia jika gembira selalu, kerana kita takkan belajar erti menghargai bila tak diuji dengan duka.

Tapi percayalah itu membuatkan kita semakin tegar dan matang untuk lebih terkehadapan.

Baik gembira atau duka. Gagal atau menang. Ada butir butir hikmah yang terkandung di dalamnya.

Hidup tak boleh kalah, cuma boleh lepaskan lelah buat seketika. Nanti sambung perjuangan lagi ya! ❤✨

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Sebenarnya kita tak perlu usaha sehingga dapat. Tapi kita hanya perlu usaha sehingga ketitisan terakhir.

Maksudnya usaha sehabis mampu. Selebihnya serahkan pada Allah. Ini la tawakal namanya.☺️❤️

Kadang—kita di perjalanan yang sama, cuma ada orang laju, ada orang lambat ke depan. Nampak kat situ ada kurang sebab lambat, tapi laju tak menjamin keberhasilan pun. Bahkan yang lambat tak bermakna kau itu gagal.

Cuma yang laju mungkin dia rasa baik, sedangkan laju boleh jadi sedang mengatur kesalahan. Yang lambat bukan sekadarnya, boleh jadi kau seorang yang teliti dan bersistematik.

Tak usah bandingkan diri kau dengan orang. Sebab hanya kau yang tahu apa yang terjadi. Pandang apa yang berlaku dengan kaca mata positif, maka datanglah hal-hal yang membahagiakan dalam hidup.

Morning! 🌸🤩

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Untuk apa senja yang pergi itu kau ratap, andai indahnya bianglala masih ada untuk kau tatap.

—sgk❤🌸

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Jangan kau gantung harapan tinggi-tinggi pada manusia, kelak kau tak dapat apa yang kau ingin—hati kau bakal kecewa.

Cukup berharap sekadarnya sahaja, selebihnya kau minta pada Tuhan agar kau dapat yang terbaik sebagaimana Tuhan yang lebih tahu apa kau yang berhak.

Jika kau beri—jangan menanti kau dapat pulangan yang sama.

Jika kau kongsi—ada saat kau tak dihargai, jangan rapuh berdiri. Sebaliknya kuat semula kerana Ilahi.

Buatlah baik dan sebarkan kebaikan. Setidaknya kau buat demi Ilahi, dibalas atau tidak oleh nasia kau takkan kecewa.

Hiduplah untuk menjadi manusia yang bermanfaat, walau tak dihargai keringat—tapi sudah termeterai pahala itu kau pasti dapat.

Karna nafas kita ini sampai masa akan ditarik pergi, maka biarlah saat perginya kita—pergi yang detik terakhirnya kita sedang melakukan kebaikan. In sha Allah.

Jom jadi baik. Jadi manusia bermanfaat. 💪🏻🥰

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Allah know the best. Just keep istighfar and sabr.

Setiap masalah pasti ada jalan keluar. Jangan risau okay!

Sudah. Jangan tidur lewat sangat. Rehatkan minda.

Awak dah penat berjuang hari ini.

Get enough rest, semua. ❤️🌸

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Kau memang istimewa, sebab itu Tuhan uji kau dengan sebegitu caranya.

Belajarlah untuk terima, sebab Tuhan lebih tahu tentang segalanya.

Dia tahu kau layak untuk memikul setiap yang Dia bagi. Lalu kau janganlah bersedih hati.

Walaupun ada masanya kau terasa ujian itu sangat berat, sehingga kau sendiri akan penat.

Kadang menangis sendirian dek kerana tak mampu lagi untuk bertahan.

Tak siapa tahu apa yang kau rasa, tak siapa mengerti apa yang bersarang di dada.

Namun ketahuilah—kau bukan sendirian dalam perjalanan ini, kerana Tuhan sentiasa ada disisi.

Bahkan sangat dekat dengan dirimu.

Bila letih, mengadulah.
Bila sakit, merayulah.
Bila berat, merintihlah.

Iya, Tuhan dengar dan tahu.

Apa yang kau pikul, Tuhan bagi sesuai dengan daya dan kemampuanmu.

Cuma kau kena janji pada diri, jangan pernah mengalah dengan titipan ujian yang datang.

Ujian itu tidak lain tidak bukan, tanda Dia cinta dan sayangkan kau, hambaNya.

Jangan mengalah, teruskan langkahan.

Okay! Kau boleh lalui semua itu. 💪❤️

By,
sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Because you deserve to be happy.

🌹

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Layanilah orang sebagaimana kau ingin dilayani. Hormatilah orang sebagaimana kau ingin dihormati.

Adapun bilamana kau sudah melayan dengan cara baik, tetap dilayan dengan buruk. Biarkan saja. Kita buat baik bukan sebab nak harap balasan dari manusia. Tapi kita buat baik sebab Allah. Bahkan ganjaran dari Allah itu ada. Usah gusar.

#salamjumaat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Bukan Allah tak ingin bagi, barangkali belum masanya lagi.

— Kita seringkali mengharap dan meminta tak pernah jemu, agar Tuhan kabulkan setiap permintaan kita satu persatu.

Cumanya—kita kena sedar, tak semua akan Tuhan kabulkan dalam sekelip mata. Kerna Dia lebih lagi tahu apa yang kita layak dan berhak miliki untuk situasi serta kondisi kita pada hari ini.

Allah cukup suka kita meminta dan mengadu padanya. Kerana hanya pada Dialah, Tuhan yang layak kita meminta pertolongan. Dia jugalah Tuhan yang akan mengabulkan segala permintaan hambaNya—itu janji Rabb kita.

Namun dalam kita meminta, kita juga perlukan tindakan dan usaha. Mana mungkin kita mengharapkan diberikan sesuatu, tapi usahanya hanya menunggu. Langsung tiada langkah untuk menggapai apa yang diinginkan.

Seperti kita yang ingin memperoleh A dalam pelajaran, tapi belajar pun tidak. Apa ada peluang untuk kita mendapat keputusan yang cemerlang? Semestinya tidak.

Justeru itu—apa pun yang kita mengharap, sekalikan dengan usaha. Maka sampai masanya, Tuhan berikan apa yang kita layak menerima.

Tuhan itu Maha Baik. Mana mungkin Dia persiakan setiap doa dan rungutan kita kepadaNya.

Jangan lelah, teruskan melangkah. Tuhan sentiasa ada untuk mengabulkan permintaan kita semua!

By,
sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Maaf untuk awak yang merasakan saya sudah berubah.

:')

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Kerana kita semua berhak untuk bahagia.

Untuk duduk dalam tangisan dan kesakitan, itu pilihan kau sendiri. Sedangkan banyak ruang dan peluang yang lain—telah Tuhan bentangkan di depan mata kau.

Kau saja yang memilih untuk meratap dan menangis lama-lama. Aku tidak kata, kau tak boleh menangis.

Boleh nak menangis. Tapi jangan sampai tenggelam dalam kesedihan. Hingga kau langsung tak beri peluang untuk diri kau bangun kembali.

Tuhan beri kau sakit, bukan saja-saja. Ada hikmah yang kau belum lagi nampak.

Tuhan kasi kau rasa terluka, hanya untuk kau sedar kembali. Hidup ini bukan semua yang kita hendak, kita akan dapat.

Terkadang, Tuhan ingin kita semua lalui dulu persimpangan yang sukar—untuk menghadiahkan kita hamparan yang bahagia.

Begitulah hidup.

—sigadiskuat 🌻

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Hidup adalah satu proses. Ada gagal dan berjaya. Ada kalah dan menang. Ada senyum dan tangis.

Adapun kita inginkan kejayaan, prosesnya berliku. Kita inginkan kesenangan, pahitnya mesti dilalui.

Tapi ada yang mempersoalkan pula,

Tak boleh ke lalui proses itu dengan mudah dan senang je?

Nak hasil yang manis-manis, tapi proses pahit pun tak ingin hadap. Kita punya keinginan macam-macam, tapi jatuh bangun dalam kehidupan pun tak ingin dirasai.

Bagaimana mungkin kita akan merasai nikmatnya kejayaan, andai pahit maung perjalanannya kita tak mahu?
Bagaimana mungkin kita akan belajar jatuh dan bangun, andai semua kita ingin mudah?

Sejujurnya, hidup ini tak indah andai semua ingin mudah. Hidup tak merasai cabaran andai kita cuma ingin senyuman sahaja.

Proses dan masa perlu kita lalui untuk menjadi manusia yang lebih dewasa. Begitulah.

Morning!❤🌻

—sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Belajarlah untuk menyayangi diri. Jika selama ini kita banyak fikir untuk orang, tiba masa untuk kita beralih pada diri pula.

Cukuplah memprioritikan tentang sakit-luka orang, dalam masa yang sama hati sendiri tertanam dengan duri. Lagipula duri yang membekas kesan yang dalam.

Belajarlah membahagiakan diri, lalu nanti disebarkan pada dunia—supaya bertebaran bunga-bunga bahagia di hadapan semua.

Macam mana kita mampu nak sebar bahagia, jika dalam hati kita sirna rasa bahagia?

Jadi berbaliklah pada diri. Belajar untuk sayangi diri dengan buat sesuatu yang kita suka. Buat kebaikan yang mendatangkan manfaat pada kita.

Lalu jika jiwa penuh dengan rasa cinta dan bahagia, maka akan ada hati-hati yang terpalit rasa bahagia sama.

Semoganya, dek karna kita. Ada senyum yang terukir di wajah. Manis!

By,
sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Semoga september bulan penuh kebahagiaan.

🥀

By,
#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Kematian.

Tak sedia pun ia akan muncul jua. Sihat pun boleh saja dicabut nyawanya. Bahkan walau mudanya seseorang, jika sudah sampai masanya—pasti dijemput pulang.

Syarat mati itu bukan sihat atau sakit. Tua atau muda. Tak. Syarat mati itu adalah hidup.

Ya, kita semua.

Kita hidup dan akan mati. Pasti. Itu memang aturan yang sudah ditetapkan oleh Tuhan. Tak dapat tidak, kita semua akan lalui — tak cepat tak terlewat, tapi tepat.

Tapi pernahkah kita fikir tentang keadaan kita? Solehkah hidup kita semalam dan hari ini. Apa perubahan yang telah kita lakukan demi raih redha Tuhan?

Jika nak dikoreksi diri, memang banyak benar soalan boleh ditanya.

Tapi cubalah—jadi yang terbaik dalam kalangan yang orang baik-baik. Gandakan kebaikan sebagai bekalan. Jika mati dalam kebaikan, itu adalah impian semua orang.

Sekiranya kita dapat, beruntunglah. Moga syurga milik kita semua. Muhasabah.🥰✨

#sgk

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Jika kita tak mampu memberi banyak, beri yang sedikit pun sudah cukup.

Segaris senyuman di bibir orang dek kerana kita, sudah menghiburkan jiwa.

Percaya atau tidak, kita akan bahagia bilamana kita memberi bahagia pada orang.

Jadi penyebab orang tersenyum pada hari ini, baik melalui penulisan, percakapan, tenaga mahupun dengan harta.

Buatlah baik selagimana kita masih mampu. Sebarkan kebaikan selagimana nadi masih berdenyut.

Dan di akhirnya—jangan diharap untuk mendapat balasan dari manusia atas kebaikan kita. Buat sebab Allah, bukan sebab manusia.

Jika bergantung pada manusia, kita akan rapuh dan mudah kecewa. Namun harapan pada Allah, pasti terbalas bahagia.

Kita sebarkan bahagia yuk! ✨🥰

#sgk

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Tak salah pun kalau awak nak bersedih. Tapi jangan sampai merantaikan diri. Sebab lama-lama awak biarkan diri tenggelam dalam tangisan, ia membawa kemudaratan.

Yang lepas biarkan berlalu. Cukuplah mengenang. Yang di depan masih ada untuk awak hargai dan nikmati saatnya.

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Jumantara itu selalu hadir
Dengan penuh indah dan nyaman.

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Semuanya telah tertakdirkan. Baik atau buruk—jalani saja kehidupanmu dengan tenang dan damai.

Jika terasa tidak mampu, kembali kepada Tuhan dan berdoa. Minta dan mengadu kepadaNya untuk mempermudahkan apa yang sulit.

Tuhan takkan beri sesuatu kalau kita tak mampu hadap. :)

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…

#SiGadisKuat⚡🔥

Tak perlu fahamkan manusia, sebab mereka takkan pernah mengerti apa yang kau alami.

Ingat kembali matlamat hidupmu, bukan untuk dunia semata-mata. Tapi nak raih redha Allah.

Jika kita terlalu hiraukan kata manusia, sampai bila kita takkan berganjak ke depan.

#sigadiskuat

Telegram.me/sigadiskuat

Читать полностью…
Subscribe to a channel