Sama-sama kita fahami maksud kenyataan dari Sheikh Emran ini.
Rangkap 1
* Emas adalah simpanan jangka masa panjang. Emas juga penyimpan nilai. Selama mana pon kita simpan, emas tetap dengan nilainya. Perbandingan paling popular, 1 dinar seekor kambing sejak dari zaman Rasulullah sampai ke hari ini.
Rangkap 2
* Kertas merujuk kepada wang fiat atau duit kertas. Duit kertas semakin hilang nilai atau nilai merosot. Ini bermakna bukan emas yang naik harga tapi nilai duit yang semakin merosot.
Rangkap ke 3
* Seseorang merompak wangku merujuk kepada inflasi, perompak senyap. Siapa yang ambil? Sistem kewangan atau bank kerana mereka yang memegang nilai wang kertas.
Buatlah sesuatu sekiranya anda fahami maksud yang tersirat dalam rangkap rangkap di atas.
#PelbagaikanSimpanan #JomMula #SimpanEmas #SimpanPerak #SimpanDanLupakan
NAK KUMPUL DUIT ATAU EMAS ?
Katakan 21 tahun lepas anda ada impian nak jadi jutawan. Jadi anda pun fokus kumpul hingga ada RM 1 juta dalam bank. Lepas 20 tahun anda berjaya kumpul. Namun adakah anda tahu 1 juta anda telah hilang dimamah inflasi. Angkanya masih sama tetapi nilai dan kuasa belinya telah hilang dirompak inflasi.
21 tahun lepas RM 1 juta nilainya sangat besar. Boleh beli macam macam. Dulu boleh dapat 13 buah rumah. Harini mungkin hanya dapat 3 buah rumah saja dengan jumlah yang sama. 21 tahun lepas anda boleh beli 28.6kg emas dengan RM 1 juta. Harini anda hanya dapat 3.6kg emas saja. Mana hilang 25kg emas tersebut.
Sebab itu Robert T kiyosaki kata "Savers are Losers". Sebab tu orang kaya tak simpan duit yang banyak dalam bank. Mereka akan labur atau simpan dalam bentuk emas atau hartanah. Cuma kalau hartanah perlu maintenance, kena bayar cukai. Paling mudah nak simpan adalah emas.
Biasanya jika orang kumpul RM 1 juta masih tak capai lagi 1 juta selepas 20 tahun. Sebab baru kumpul rm 50 ribu dalam bank dah sibuk nak renovate rumah, tukar kereta dan macam macam lagi. Tetapi jika anda kumpul dalam bentuk emas anda akan capai matlamat anda lebih pantas. Kenapa lebih pantas?
Bayangkan nilai 1 gram emas 20 tahun lepas hanya sekitar rm 35 segram. Jika 20 tahun lepas anda kumpul emas. Katakan 20 tahun lepas anda beli 4kg emas dengan harga RM 140,000. Kemudian anda simpan. Harini anda telah menjadi jutawan tanpa perlu buat apa apa kerana nilai 4 kg emas tersebut telah meningkat menjadi RM 1 juta lebih.
Dan saya percaya nilainya akan meningkat berganda lagi 20 tahun. Anda dapat bersara dan pencen dengan tenang. Jika simpan duit 1 juta belum tentu lagi cukup kena barang semua semakin mahal. Bayangkan harga barang lagi 20 tahun. Dapat sesuatu? Pilihlah untuk jadi jutawan emas. Simpanlah emas untuk hari tua.
Saya juga galakkan anda simpan rumah tetapi rumah terlalu mahal dan anda tidak boleh beli sikit sikit. Sebaliknya emas boleh beli sikit sikit. Anda boleh beli 1 gram setiap bulan. Atau serendah RM100 saja (0.35 gram) dalam akaun emas GAP. Klik saja untuk link dibawah untuk saya guide cara betul simpan emas.
Kredit: PGBO Adam
2 teknik yang sangat penting untuk pelabur emas adalah:
1. Beli secara konsisten
2. Fokus untuk tambahkan gram.
Huraian.
Beli secara konsisten adalah satu disiplin. Samada harga naik atau turun, anda beli aja.
Apakah kelebihan melabur emas secara konsisten?
i. Ia mengajar jiwa anda disiplin.
ii. Anda boleh mendapat kelebihan pemurataan harga. Sila rujuk gambar.
Anda boleh lihat harga emas pada setiap bulan dan anda boleh melihat purata harga.
Bila anda konsisten membeli emas maka dalam jangka masa panjang anda akan mendapat kos perata per gram yang rendah.
Fokus untuk tambahkan gram.
=======================
Semakin banyak gram emas anda maka semakin tinggi keuntungan anda.
Sebagai contoh, jika harga emas naik sebanyak RM10 segram, maka orang yang memiliki 10gram emas akan dapat untung kenaikan harga sebanyak RM100 (RM10 x 10g)
Namun orang yang mempunyai 1kg emas akan dapat untung kenaikan harga sebanyak RM10,000 (RM10 x 1000g)
Mengikut pengalaman saya, halangan utama kejayaan pelabur emas adalah sifat nak untung cepat dan tak sabar tunggu.
Kalau ada mana-mana agen emas yang suka promote produk yang untung cepat dan untung banyak, percayalah cakap saya bahawa produk tersebut berisiko tinggi.
Sebagai contoh invest emas secara leverage. Apa itu leverage?
Leverage itu ibarat melabur dengan meminjam duit.
Ia boleh membesarkan keuntungan berkali ganda jika trend menaik, namun ia boleh menyebabkan kerugian berkali ganda bila trend harga emas jatuh
Bukan semua orang sesuai melabur dalam produk berisiko tinggi.
Ada segelintir orang adalah risk taker (pengambil risiko) dan ada segelintir orang adalah Risk avoiders (mengelakkan risiko).
Tepuk dahi 🤦 dan tanya otak 🧠
Kalau salah pilih produk, anda boleh rugi besar!
#NotaEmasSyukorHashim
“Bagaimana untuk cipta semangat dalam menyimpan emas?”
Ini antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Baik, saya beri pencerahan.
Untuk hadirkan semangat, kita kena beri gambaran kepada otak kita supaya otak kita akan bekerja dan berusaha ke arah tersebut.
Semangat hadir apabila kita #tahu tentang #perancangan.
Semangat datang apabila kita #jelas tentang #impian.
Semangat wujud apabila kita #faham tentang #target.
Tahu, faham & jelas. Ini antara 3 Point penting untuk hadirkan rasa semangat. Jadi, ini antara contoh-contoh target yang kita boleh rancang :
1. Simpan emas untuk Dana Kecemasan.
2. Simpan emas untuk Dana Haji & Umrah.
3. Simpan emas untuk Dana Rumah (Deposit atau Ubahsuai)
4. Simpan emas untuk Pelaburan (Jangkamasa pendek atau panjang)
5. Dan lain lain
Sebenarnya apabila kita rancang, ianya lebih mudah untuk kita faham tentang Impian & Target.
Rancang simpanan emas dengan Impian dan Target yang jelas!!
10 Perkara Wajib Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Simpan Emas.
No. 10 ramai yang tak tahu dan sehingga nama anda muncul dalam CTOS & CCRIS.
Berikut adalah senarainya:
1. Emas adalah DUIT.
Dinar emas telah lama dijadikan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu. 1 dinar = 4.25g emas.
2. Emas TIADA DIVIDEN.
Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya.
3. Emas ada SPREAD value @ SUSUT NILAI.
Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa persen dari harga pembelian kita.
Namun spread value mungkin jadi seolah-olah 'tiada' jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.
4. Goldbar/dinar boleh diPAJAK.
Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak.
Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan sesetengah goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri.
5. Pastikan ada MATLAMAT simpan emas.
Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 2-5 tahun keatas. Nak buat wang hantaran ke, selesaikan PTPTN ke, pergi haji ke dan bermacam lagi.
6. BARANG KEMAS (e.g. 916) tidak sesuai untuk simpanan.
Ini kerana susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi (20-30%) kerana caj upahnya yang tinggi.
Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.
7. Tidak perlu tukarkan semua duit kepada emas.
Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita (emas, TH, ASB, unit trust, saham, hartanah).
8. Masa terbaik BELI emas adalah 10 Tahun lalu tapi Masa KEDUA TERBAIK adalah SEKARANG.
Iaitu ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.
9. Masa terbaik JUAL emas ialah apabila perlukan duit.
Tak kiralah ketika itu harga emas turun @ naik.
Jika rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun saat kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir belum tentu kita mampu menyimpan duit sebyk mana kita menyimpan emas itu.
10. Jangan pajak emas di bank utk elak CTOS & CCRIS
Ia akn menyukarkan kita utk membuat apa² pinjaman bank pd masa akn dtg jika sudah ada rekod nama kita dlm CTOS & CCRIS.
Kredit : Abdul Aziz
*Antara faktor turun naik harga emas dunia ialah:*
1) Nilai matawang USD
2) Inflasi
3) Harga minyak naik
4) Pasaran saham
5) Permintaan emas
6) Situasi ekonomi dan politik dunia (virus dan
perang)
Pelabur jutawan pun "pegang" emas disaat
ekonomi tak menentu, apa sangat la kita ni.
Senjata yang power dalam "perang ekonomi dan
kewangan" ialah emas.
Sebab itu bila faktor2 di atas
berlaku, kesan kepada harga emas dapat kita lihat.
Walau emas boleh "jatuh tersungkur", tapi belum
pernah jatuh sampai nilai kosong.
Untuk kekalkan kuasa beli, simpanlah emas. Walaupun sehalus janggut udang, emas yg ada tetap bernilai.
Kesimpulannya..
Tambahlah simpanan emas tak kira masa asalkan ketika bajet tengah ada.
Biarlah sedikit dari tiada. Ayuh kita..
10 Perkara Wajib Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Simpan Emas.
No. 10 ramai yang tak tahu dan sehingga nama anda muncul dalam CTOS & CCRIS.
Berikut adalah senarainya:
1. Emas adalah DUIT.
Dinar emas telah lama dijadikan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu. 1 dinar = 4.25g emas.
*2. Emas TIADA DIVIDEN.*
*Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya* .
3. Emas ada SPREAD value @ SUSUT NILAI.
Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa persen dari harga pembelian kita.
Namun spread value mungkin jadi seolah-olah 'tiada' jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.
4. Goldbar/dinar boleh diPAJAK.
Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak.
Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan sesetengah goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri.
5. Pastikan ada MATLAMAT simpan emas.
Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 2-5 tahun keatas. Nak buat wang hantaran ke, selesaikan PTPTN ke, pergi haji ke dan bermacam lagi.
6. BARANG KEMAS (e.g. 916) tidak sesuai untuk simpanan.
Ini kerana susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi (20-30%) kerana caj upahnya yang tinggi.
Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.
7. Tidak perlu tukarkan semua duit kepada emas.
Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita (emas, TH, ASB, unit trust, saham, hartanah).
8. Masa terbaik BELI emas adalah 10 Tahun lalu tapi Masa KEDUA TERBAIK adalah SEKARANG.
Iaitu ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.
9. Masa terbaik JUAL emas ialah apabila perlukan duit.
Tak kiralah ketika itu harga emas turun @ naik.
Jika rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun saat kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir belum tentu kita mampu menyimpan duit sebyk mana kita menyimpan emas itu.
10. Jangan pajak emas di bank utk elak CTOS & CCRIS
Ia akn menyukarkan kita utk membuat apa² pinjaman bank pd masa akn dtg jika sudah ada rekod nama kita dlm CTOS & CCRIS.
Semua orang tahu cara utk cari duit. Hanya sebahagian yang dapat menyimpannya. Lebih sedikit yang berhasil menggandakannya.
Hasil daripada "making money", alihkan sebahagian kepada " keeping money" dalam bentuk aset emas.
Jangka masa panjang, nilai aset tersebut meningkat: "multiplying money".
Itulah kelebihan emas; menggandakan nilai dalam jangka masa panjang setelah berjaya menyimpan nilai.
Wang Perak Disebut dalam Al-Qur'an فَٱبۡعَثُوۤا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِینَةِ “...
Maka suruhlah salah seorang di antaramu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini... "
(Surah Al Kahf:19)
Kisah pemuda kahfi dalam Al Quran yang ditidurkan selama 309 tahun.
Selepas 309 tahun berlalu, perak (silver) sebagai wang satu ketika dahulu masih laku untuk beli makanan di pasar.
Jika ada pakar katakan yg Emas kini masih di tahap undervalue, Silver lebih jauh undervalue.
Kenapa undervalue?
Sebab harga kedua-dua emas dan silver sepatutnya bukan mcm sekarang. Tapi lebih tinggi.
Silver dah naik dari RM230 per 100 gram kpd RM300 per 100 gram. Harga Silver pernah capai RM600 per 100 gram, berlaku pada 10 tahun yang lalu.
Kalau kenaikan Emas 20%-30%, kenaikan Silver boleh capai 50%-100%. Kalau emas 2 ke 5 tahun dah boleh nampak untung, Silver pula 5-10 tahun sekurangnya barulah nampK untung.
Sebab itu mana-mana rakan penyimpan yg personal bertanyakan ttg silver, saya akan beri ayat "Nak simpan silver, perlukan tahap kesabaran yg amat tinggi...!"
Selain dari segi kenaikkan harga perlukan masa yg panjang, silver juga tidak akan diterima oleh mana mana arrahnu mahupun pajak gadai konvesional sebagai cagaran utk dapatkan pinjaman.
Cuma ada satu arrahnu sahaja yg terima silver sbg pajakan, iaitu:
Ar Rahnu Koperasi Dagang Emas atau ringkasnya KDE.
Salah satu entiti perniagaan yg bersama dalam PG Group. Cuma syaratnya ialah, hanya silver bar dan dirham keluaran Public Gold sahaja yg diterima utk urusniaga pajakan.
Item selain dari jenama Public Gold, hanya diterima utk jualan balik sahaja.
Walau emas dan perak sekadar simpanan, sesekali perlu juga manfaatkan kesempatan yg ada. 😁
Silver juga dikenali sebagai Poor Man Gold.
Salam Jumaat sahabat hati saya semua, selamat pagi.. 💖
Bila simpan duit, otak kita sentiasa mengatakan yang kita ini 'berduit'.
Tapi simpan emas, kita rasa yang kita tak berduit.
Tak berduit = Tak ada rasa nak berbelanja.
Tak berbelanja = Automatik jadi tak boros.
Aura emas, aura yang membimbing kepada pengurusan wang yang lebih baik.
Jangan gopoh nak terus simpan 1 kilo. Hakikatnya, mula dulu simpan RM100, 0.5g atau 1gram.
Jika bajet lebih boleh mulakan dengan gram yang lebih besar atau juga secara bayaran bulanan yang patuh syariah.
Tujuan pertama simpan Emas, kita nak ubat penyakit boros. Ubat dengan tukar cara simpan duit 😇✊
Selagi kita tak cuba, selagi itu kita tak berjaya himpun duit. Pengalaman telah mendewasakan saya.
Alhamdulillah, saya UBAH CARA MENYIMPAN (tukar simpanan duit kepada emas) menampakkan hasil hari ini.
Try dulu, baru nampak apa yang saya katakan ini.
Kita Bukan tidak mampu memiliki emas tetapi cara kita berfikir yang buatkan kita katakan tidak mampu.
Emas Tidak pernah murah.
1gram RM30 pun kita akan cakap mahal.
1gram RM50 pun kita akan cakap mahal.
1gram RM100 pun kita akan cakap mahal.
1gram RM200 pun kita akan cakap mahal.
Bagaimana Jika 1gram RM300?
Adakah kita cakap murah?
Percaya lah.
Emas Tidak pernah murah.
𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗠𝗔𝗦
Emas tak ada nombor. Simpan emas kita tak tahu berapa duit yang kita ada tetapi kita tahu berapa gram yang kita simpan.
Apabila kita tak tahu berapa yang kita ada, automatik nafsu berbelanja tak sehebat apabila kita ada duit. Ini menjadikan simpanan kita lebih selamat dan bertahan lama.
Otak kita lebih kreatif berbelanja apabila ada duit. Paling dekat apabila terima bonus.
Belum terima kita rancang macam-macam. Sebelum duit tebang tanpa dijejak, alih segera dalam bentuk emas apabila terima bonus nanti.
Ni kalau serial no masih nampak boleh lagi claim yang baru pada bank. Tapi kalau dah tak nampak apa, lesap begitu saja.
Kalau tukarkan kepada emas boleh dapat 1Kg+ emas, tak musnah dek anai², tak rosak dek panas dan hujan inshaallah. Pemegang nilai terbaik 😊
"Itulah.. kalau dulu kau belikan anakmu 10 keping, harganya baru RM10,820. Skrg ada sudah emasmu dalam RM80,000." Kalau beli..
Sebenarnya, BNM pun pernah melancarkan koin "Kijang Emas" pada 2001 untuk menggalakkan orang ramai menyimpan emas. Masa tu, saya baru 5 tahun kerja di bank.
Tapi tidak ambil peduli pun. Malah hairan lagi tengok orang hari2 beli emas. Dalam hati, "simpan saja duit tu dalam akaun, dapat juga dividen." Masa tu mata masih kabur2 sebab hari2 kira duit orang.
Harga Kijang Emas BNM masa pelancaran 2001 ialah 𝐑𝐌𝟏,𝟎𝟖𝟐 oz (seaun). Masa tu terfikir.. mahal juga! Sudahlah kecil.
Sekalinya tahun 2019, harganya sudah pun naik 420% kepada RM5,629. Hingga hari ini naik lagi kepada 𝐑𝐌𝟖,𝟎𝟓𝟗 berbanding 2019.
Kalau dikira emas Public Gold pula, harganya naik drpd 𝐑𝐌𝟑𝟓 segram (2001) kepada 𝐑𝐌𝟏𝟖𝟓 segram (2019) dan 𝐑𝐌𝟐𝟔4 segram (hari ini).
Kadang2 terfikir.. kalaulah aku tau 20 tahun lalu, aku beli awal-awal ½ kilo (500 gram). Harga baru RM17,500 dan sekarang sudah jadi RM134,500.
Kalau.. hmmm 😏😒
MENABUNG atau MELABUR
Apabila disebut tentang menabung, ianya tidak berbeza jauh daripada melabur kerana kedua-duanya tentang pengurusan kewangan untuk masa hadapan.
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh sama ada berbentuk wang kertas atau syiling, termasuk juga penyimpanan di bank, ianya juga dikira sebagai menabung.
Pada era kemodenan ini, anda boleh melakukan aktiviti menabung ini secara fizikal ataupun melalui perbankan atas talian, ia bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian anda.
Dalam kehidupan, anda tidak akan dapat lari daripada menguruskan kewangan untuk masa hadapan. Justeru itu, menabung adalah satu cara untuk anda menguruskan kewangan dan risiko yang tidak terduga.
Apabila anda mengamalkan amalan menabung dalam kehidupan, ia akan memberikan pelbagai manfaat dan faedah seperti mengelakkan hutang dan mengatasi masalah kecemasan yang tidak dijangka.
Antara faedah mempraktikkan amalan menabung adalah mengelakkan hutang. Dengan menabung, anda akan menyimpan sebahagian daripada pendapatan untuk dijadikan sebagai tabungan untuk masa hadapan.
Oleh itu, simpanan yang anda lakukan dapat mengelakkan anda daripada berhutang ketika anda tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan.
Contohnya anda seorang pelajar, anda memerlukan wang untuk membaiki motosikal, tetapi tidak mempunyai wang yang sedia ada dan salah satu jalannya adalah berhutang.
Namun, dengan adanya tabungan anda yang disimpan pada masa dahulu, maka anda boleh menggunakannya dan tidak perlu berhutang.
Selain itu, kepentingan ataupun faedah amalan menabung ialah mengatasi masalah kecemasan yang tidak dijangka. Menabung dapat mengatasi masalah yang anda akan hadapi ketika kecemasan.
Misalnya, anda terlibat dalam satu kemalangan dan memerlukan wang untuk digunakan. Dengan adanya tabungan, anda dapat menggunakannya dan dapat mengatasi masalah yang anda hadapi.
Jika anda tidak mempunyai tabungan, anda tidak mungkin akan dapat menyediakan sejumlah wang untuk digunakan semasa kecemasan.
Jadi, amalan menabung perlu diterapkan setiap individu dalam menguruskan wang kerana ia memberi banyak manfaat dan kesan positif.
Tambahan pula, bak kata pepatah ‘sikit- sikit lama-lama jadi bukit’, inilah pepatah yang sesuai dengan amalan menabung. Simpanan yang berterusan walaupun dalam jumlah yang kecil, akan menjadi banyak di masa akan datang.
Siapa disini yang tak boleh menabung atau menyimpan duit? Makin disimpan makin sedikit... Jadinya....
Saya sarankan anda bertukar kaedah menyimpan dengan cara menabung emas.
Jom saya bimbing secara percuma meh..
Salah satu faktor kepada orang tidak beli emas bukan kerana tiada duit tetapi rasa seolah-olah duit habis.
Beli emas memang rasa duit habis tapi sebenarnya duit ada dalam bentuk emas.
Beli emas memang rasa duit habis tapi sebenarnya duit beku dalam bentuk emas.
Beli emas memang rasa duit habis tapi sebenarnya duit wujud dalam bentuk emas.
Cuma kita rasa ‘tidak berduit’ dan itu bagus sebenarnya untuk mengawal sikap tidak terurus dalam pengurusan kewangan seseorang.
Jom tukar duit kpd EMAS😍
https://publicgold.me/Gold999
https://publicgold.me/Gold999
https://publicgold.me/Gold999
Dealer Public Gold
PG00121371
0️⃣1️⃣9️⃣2️⃣4️⃣9️⃣1️⃣3️⃣1️⃣5️⃣
‘Saya tak pernah berjaya simpan duit’
‘Saya pernah cuba simpan duit tetapi gagal’
‘Saya dah putus asa simpan duit’
‘Duit ASB habis saya ambil’
‘Duit Tabung Haji tak pernah menjadi’
.
Ini antara kata-kata yang saya selalu dengar sebelum seseorang menyimpan emas.
Teori mudah = Duit untuk dibelanjakan
Teori mudah = Emas untuk dikumpulkan.
Jika kita faham teori mudah ini, kita akan cuba kaedah yang betul-betul berkesan untuk menyimpan emas.
Contoh :
1. Simpan tanah
2. Simpan rumah
3. Simpan emas.
Antara kesemua perkara diatas, emas paling mudah dimiliki.
Tanah tidak boleh dibeli sekaki-sekaki.
Rumah tidak boleh beli sekecil-sekecil.
Tapi
Tapi
Tapi
Emas boleh dibeli sedikit-sedikit.
Oleh Sebab itu emas akan menjadi buruan sesiapa sahaja untuk menyimpan.
Apabila capai target, jual emas untuk miliki rumah.
Apabila capai target, jual emas untuk miliki tanah.
Nama pun duit, mana pernah lekat.
Nama pun duit, mana pernah berjaya.
Nama pun duit, mana pernah cukup.
Kalau tak habis ke bank, pasti habis dibelanja oleh kita.
Nampak?
.
Biasanya ayat penyimpan emas ni bahagia apabila kita dengar. Halwa telinga seolah olah sejuk.
‘Saya tak pernah berjaya simpan duit tapi saya berjaya Simpan emas ’
‘Dulu saya pernah cuba simpan duit tetapi gagal. Kini saya berjaya simpan emas.’
‘Saya dah putus asa simpan duit. Sekarang saya cuba pula Simpan emas. Terima kasih Ya Allah bukakan mindaku’
‘Duit ASB habis saya ambil untuk beli emas’
‘Duit Tabung Haji tak pernah menjadi. Sekarang Fokus saya ialah 10Dinar emas dan boleh pergi Umrah.’
.
Best kan?
Bahagia kan?
Sejuk telinga kan?
Dah mula?
Belum?
Bila nak mula? 😁
Kredit gambar : Kak Seha PG1M
Beli emas bukan ketika harga murah menyembah, jangan pula dibeli ketika harga tinggi melangit.
Belilah emas ketika ada duit. Hari gajilah hari yg sesuai bagi orang yg bekerja.
HARGA EMAS
Perbezaan harga emas untuk 4 tahun yang lepas.
Tahun 2019, 2020, 2021 & 2022
Harga emas naik tak akan tunggu kita. Kita yang kena tunggu harga emas naik.
Caranya mudah. Beli, simpan dan jual bila sampai matlamat kita.
Agak-agak berapa harga emas pada 20 Feb 2023?
Saya jangka RM300 segram 😊👌
Nukilan : Biskut Kuning🌹
H A R G A
S A T U
G R A M
Semalam harga RM280.
Hari ini RM278..
Penyimpan yang bijak, akan terus KONSISTEN simpan dan tidak peduli pun harga...
Kalau duk perati harga je, pasti akan terganggu emosi. Kelmarin naik sampai RM5, hari ni turun RM2.
Tapi cuba flashback 20 tahun lalu. RM30 - RM40 je harganya. Kompom harga lebih tinggi dari hari ini.
Tetapkan matlamat utk jangka panjang. Tak perlulah sampai 20 tahun kedepan kecuali utk pendidikan anak mahupun persaraan.
Yg duk tunggu sambil perhatikan harga, jgn ambil tindakan dgn hanya memerhati je.
Cuba sesekali perhati simpanan duit di beberapa akaun bank yg ada, ada berapa total keseluruhannya?
Bertambah atau statik ke berkurang? Buatlah sesuatu utk bermula.
Senyum bersama dengan
membudayakan emas sebagai
simpanan sebenar.
#IlmuEmas : Harga kambing yang naik atau Duit kertas kita yang makin menyusut nilainya.
Emas bukan macam tabung haji dan Asb boleh dapat dividen setiap bulan. Emas hanya ada kenaikan harga dan penyimpan NILAI.
Contohnya harga bagi seekor kambing sentiasa boleh dibeli dengan 1 dinar sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W
1 Dinar = 1 Kambing 🐐
Jika kita sandarkan harga seekor kambing pada duit kertas.
Tahun 2015 : RM550 - RM600
Tahun 2022 : RM1,100 - RM1,200
Makna kata, pada tahun 2022 kita sudah tak boleh beli seekor kambing dengan harga RM600 (harga kambing tahun 2015)
Berbeza dengan 1 dinar, sentiasa valid dan mampu beli seekor kambing.
Sebab rekod harga 1 dinar emas pada tahun,
2015 : RM600
2022 : RM1,150
Konsep saya, jika nak menyimpan simpanlah dalam bentuk emas, ia mengekalkan kuasa beli daripada inflasi.
Hakikatnya emas itu sendiri adalah duit yang sebenar. 🥰🥰
SIAPA CAKAP TAK UNTUNG
Beli emas dan Simpan?
Tengok gambar yang aku kongsikan tu.
Kalau dulu 6 tahun lepas 1gram emas harganya RM166, tapi setelah 6 tahun berlalu harganya hari ini adalah RM266/gram.
Peratus kenaikan adalah 60%!
Kalau kita bahagikan 60% tu kepada 6 tahun, maka PURATA peratus kenaikan harga emas adalah 10% setahun.
Sejak 6 tahun kebelakangan ni, kebanyakkan institusi pelaburan yang terkenal di Malaysia belum lagi ada memberi pulangan keuntungan mencecah 10%. Majoritinya sekitar 5.5% hingga 7% saja (jika tidak tepat sila betulkan).
Tapi untuk pengetahuan korang semua, walaupun dari sudut nombor (RM) harga emas nampak naik (menguntungkan) tapi disebaliknya korang kena faham "kuasa beli" emas tetap sama.
Contohnya kalau dulu kuasa beli 1 dinar (4.25gram) tahun 2016 RM701 boleh dapat seekor kambing, tahun 2022 kuasa beli 1 dinar RM1127 tetap boleh dapatkan seekor kambing.
Jumlah kambing tak bertambah tapi jumlah kambing tetap kekal dengan 1 dinar emas (4.25gram)
Begitulah.
Khaja Nazimudee
𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡
Apabila kita simpan emas ibarat kita kaya sepanjang zaman. Nilai emas kekal dalam jangka panjang. Malah emas membantu mengikat kuasa beli untuk beberapa tahun akan datang.
Ambil saja duit RM100 nilainya hari ini dengan 5 tahun dahulu. Terlalu banyak bezanya.
Kita simpan duit banyak-banyak hari ini dalam bentuk wang kertas belum kita kekal kaya 10 tahun akan datang.
Mahal kita semakin miskin kerana nilai duit yang kita simpan itu semakin merosot dimakan inflasi.
Inflasi ini ibarat anai-anai yang memakan nilai duit kita sedikit demi sedikit sehingga habis. Kata Robert Kiyosaki, savers are losers. Kita menyimpan tetapi kita semakin miskin.
Inilah dunia emas yang ramai tak tahu. Kalau anda membaca posting ini. Sebarkan kepada orang lain supaya rahsia dunia emas ini bukan rahsia lagi.
Begitulah
Haa beginilah asasnya simpanan emas. Anda mula dahulu, kemudian pasti anda akan faham kemudian.
Orang lain dah beratus-ratus gram simpanan emas, kita masih berkira-kira emas ini boleh pulang modal atau tidak.
Jom mula simpanan emas serendah RM 100! Klik terus
Semoga bermanfaat. 💪
HIJRAHKAN SEBAHAGIAN DARIPADA WANG ANDA KEPADA EMAS
(Petikan asal ditulis oleh Tuan Azizi Ali)
Antara berita yang panas sejak dua menjak ini ialah kenaikan harga barang-barang makanan termasuk sayur yang naik di antara 40% sehingga 200%.
Kata beliau, sebenarnya ini hanyalah satu lagi petanda yang membuktikan kadar inflasi yang sebenar di Malaysia adalah lebih tinggi daripada kadar rasmi 3.3% pada bulan November.
Malah situasi di negara-negara asing termasuk AS juga adalah sama buruknya kerana harga banyak barangan termasuk bahan mentah di negara itu naik lebih 50%. (Kadar rasmi inflasi di AS naik daripada 1.4% pada bulan Januari 2021 kepada 6.8% pada bulan November.)
Beliau pernah nyatakan sebelum ini, kita sebagai rakyat tidak dapat menahan atau mengawal inflasi kerana ianya di luar kawalan kita.
Tetapi kita boleh menyelamatkan kuasa belian wang simpanan dan pelaburan kita daripada di baham inflasi dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan dalam akaun simpanan, FD, Tabung Haji dan malah ASB ke pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi ketika inflasi sedang mengganas. Tiga daripada pelaburan ini ialah emas, hartanah dan cryptocurrency terpilih.
Kata beliau lagi, kita tidak boleh tunggu lama-lama! Kita PERLU menghijrahkan wang ini dengan secepat mungkin supaya kita tidak menjadi mangsa dan tenggelam di dalam gelora inflasi.
KEKUATAN EMAS BERBANDING TUNAI.
❤️ Emas adalah wang antarabangsa yang laku di mana saja.
✅ Nak pergi ke negara lain, kita mesti tukar duit kita dengan duit negara tersebut. Sebab duit kita tak laku di negara orang.
✅ Tapi kalau bawa emas, emas diterima di mana-mana negara. Boleh dijual atau digadai di pajak gadai negara tersebut.
❤️ Emas tiada tempoh luput.
✅ Belilah emas pada apa zaman sekalipun, jika disahkan tulen, maka ia laku untuk dijual beli.
✅ Mungkin kita pernah membeli emas pada suatu masa dengan harga yang sangat rendah. Tetapi harganya tetap akan dikira harga semasa apabil mahu dijual atau dibeli.
✅ Duit ada expiry date. Jika kerajaan menetapkan bahawa sesetengah wang kertas (sebagai contoh Malaysia pernah menggunakan wang kertas RM2) sudah tidak laku, maka sesiapa yang menyimpan duit tersebut sudah tidak boleh menggunakannnya.
❤️ Emas bernilai walaupun patah, bengkok, hancur dan sebagainya.
✅ Emas dikira dengan berat. Jadilah bentuk apa pun - hatta debu sekalipun - jika masih boleh ditimbang maka ia tetap akan mempunyai harga.
✅ Emas 100 gram jika dipotong 2 maka ia akan menjadi 50 gram setiap satu.
✅ Duit usahkan hangus terbakar menjadi debu, terkoyak sedikit pun sudah tidak laku lagi.
✅ Duit RM1 jika dikoyak 2, ia tidak jadi 50 sen setiap satu. Tetapi ia akan jadi 0 sen.
❤️ Emas akan menjadi penyelamat di kala berlaku pergolakan politik dan ekonomi.
✅ Bila sesebuah negara tidak stabil, matawangnya sendiri pun tidak boleh digunakan.
✅ Bila ada pergeseran politik, ketidakstabilan ekonomi dan masalah kesihatan global seperti covid, semua orang melepaskan pegangan terhadap aset dan pelaburan lain dan beralih kepada emas.
✅ Sebab itu emas dikenali sebagai safe-heaven investment. Pelaburan yang akan menyelamatkan diri pelabur dari ketidakpastian.
✅ Bila keadaan begitu berlalu, harga emas pasti akan melambung tinggi.
❤️ Emas menyimpan nilai.
✅ Nilai emas meningkat jangka panjang. Manakala nilai duit menjunam turun.
✅ Emas yang sama berat boleh membeli barang yang lebih banyak pada masa depan. Sedangkan duit yang sama banyak tidak boleh membeli barang yang sama pun.
✅ Emas boleh menjadi pengimbang yang baik untuk berhadapan dengan kos sara hidup dan kadar inflasi yang makin meningkat.