12954
" Allah sayang, sebab tu adanya ujian "
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
@sindiransigadis
Terlalu fOkus pada Orang lain membuatkan kita mendustakan nikmat yang Allah berikan kepada diri sendiri.....
@sindiransigadis
Orang yg dengki akan tetap merasa dengki tak kira kepada sesiapa. Kasihani mereka kerana memang hati mereka rOsak dan sakit.
@sindiransigadis
EsOk pasti ada tetapi esOk belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esOk yang pastikan mendatang.
@sindiransigadis
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
@sindiransigadis
Yang sudah couple dan akhirnya bernikah , wajib TAUBAT juga dengan dosa-dosa couple yang lalu.
Kalau kita tak bertaubat boleh jadi dosa-dosa yang pernah kita buat dulu akan dilakukan oleh anak-anak kita nanti.
Seronok ke kita tengok anak kita nanti hidup dalam maksiat?
Bertaubat sebelum terlambat.
@sindiransigadis
“Tidak lurus keimanan seseOrang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseOrang kecuali jika lurus lidahnya.”
@sindiransigadis
Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.
@sindiransigadis
Bakar Kemenyan
Benarkah Ia Bidaah Yang Dilarang?
Selalu kita lihat setengah rumah orang melayu membakar kemenyan. Tidak kurang juga kemenyan digunakan dalam perubatan tradisional.
Dan mungkin kita pernah jumpa dimana dibakar kemenyan didalam masjid atau surau.
Kemenyan berasal dari sejenis getah yang diambil dari pokok.
Apabila dibakar ia akan mengeluarkan bau yang wangi sebagaimana gaharu atau setanggi.
Untuk mengetahui jawapannya adakah harus atau haram menggunakan kemenyan kita lihat dalil berikut. Antaranya :
Daripada Abu Sufyan dari pada Jabir r.a. katanya :
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا أَجْمَرْتُمُ الْمَيِّتَ، فَأَجْمِرُوهُ ثَلَاثًا
artinya : "Telah bersabda olih Rasulullah saw : Apabila kamu membakar kemenyan untuk mayat kamu maka bakarlah tiga kali." (Hadith Imam Ahmad)
Daripada Nafi’ r.a. beliau telah berkata :
كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
artinya : Ibnu Umar r.a. apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan dengan tidak dihaluskan dia. Dan ada juga dia berwangi dengan gaharu yang dicampur dengan kemenyan. Kata Ibnu Umar r.a. : “Adalah dulu Rasulullah saw berwangi dengan cara begini.” (Hadith Muslim)
Berkata Imam Nawawi :
قال بعض أصحابنا ويستحب أن يبخر عند الميت من حين يموت لانه ربما ظهر منه شئ فيغلبه رائحة البخور
artinya : Para ashab Imam Syafie berkata : “Sesungguhnya disunnahkan membakar dupa (berisi gaharu atau kemenyan) berdekatan mayat (dari saat matinya) kerana terkadang ada sesuatu bau yang muncul maka bau wangi dari kemenyan akan menutup bau tersebut.”(Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)
Menyebut Imam Suyuthi : Imam Muthrif bercerita :
وتطيب ولبس ثيابا جددا وتعمم ووضع على رأسه الطويلة وتلقى له المنصة فيخرج اليهم وعليه الخشوع ويوضع عود فلا يزال يتبخر حتى يفرغ من حديث رسول الله صلى
الله عليه وسلم
artinya : "Lalu Imam Malik pun memakai minyak wangi dan memakai baju yang cantik kemudian memakai serban dan kain panjang atas kepalanya. Dan meletakkan umpama pelantar kecil maka keluar kepada orang-orang dalam keadaan khusyuk kemudian beliau membakar wangian yang berkekalan hingga selesai daripada membaca hadith Rasulullah saw." (Kitab Tanwirulhawalik Syarah Muwattha')
Dari keterangan di atas dapat diketahui bahawa membakar kemenyan untuk mendapatkan baunya yang wangi adalah elok bahkan disunatkan.
Sunat dibakar kemenyan atau menggunakan wangian-wangian yang lain didalam rumah dengan tujuan mewangikan rumah atau mewangikan tempat ibadah atau mewangikan majlis.
Ia diamalkan dari zaman salafu solih sampai ke masa sekarang.
Yang dilarang membakar kemenyan ialah apabila tujuannya salah seperti bomoh membakar kemenyan untuk berdamping dengan jin atau memuja nombor ekor atau seumpamanya.
@sindiransigadis
•••
Kadang kala ,
Retaknya hubungan kita dengan manusia mungkin brpunca kerana regangnya hubungan kita dengan Maha Pencipta .
•••
@sindiransigadis
•••
Terkadang Allah hadirkan kesunyian yang berpanjangan untuk kita .
Dan , itu sebagai ujian untuk kebahagiaan yang berkekalan pada masa hadapan ✨
•••
@sindiransigadis
.:
لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينَ ﴿٤٨﴾
"Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya."
~(Q.S.Al-Hijr 15:48)
Syurga, Nikmat yang tak akan pernah tamat..
@sindiransigadis
“Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.”
@sindiransigadis
"Baiknya Tuhan, soalan kubur DIA bOcorkan sekali dgn jawapan.”
@sindiransigadis
“Sesiapa yg menOlong sesuatu perkara maksiat walau hanya dgn satu perkataan maka dia berkOngsi sama dOsa spt mana org yg melakukan dOsa itu.”
@sindiransigadis
"Ketahuilah wahai manusia, Malaikat di langit melihat rumah-rumah orang yang berzikir di bumi, sepertimana kita di bumi melihat bintang-bintang yang sedang berkelip di langit"
@sindiransigadis
Jika tak bOleh terbang; lari, jika tak bOleh berlari; jalan, jika tak bOleh berjalan; merangkak, apapun dugaan, teruskan ke hadapan ........
@sindiransigadis
Apabila Ingin berteman.. Janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya,
Andai ingin berteman.. Janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan kita akan membencinya..
Andai ingin bersahabat.. terimalah dia dengan seadanya kerana dia adalah insan biasa..
Janganlah mengharapkan kesempurnaan, kerana tiada siapa di dunia ini adalah sempurna..
@sindiransigadis
Kekayaan ialah nikmat Allah, seharusnya kekayaan itu kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.
@sindiransigadis
Entahlah. Zaman sekarang ni, suami/isteri curang dah jadi benda yang sangat biasa.
Walaupun ada isteri cantik, suaminya curang juga.
Walaupun ada suami baik, isterinya curang juga.
Agamalah penyelesaiannya. Yang ada agama, bukan cuma cinta yang menjadi pengikat suami-isteri. Tetapi tanggungjawab dan amanah.
Yang ada agama, tahu menjaga ikhtilat dan tak pandang lelaki/perempuan lain selain suami/isterinya. Kalau belum kawin pun dah melayan lelaki/perempuan lain, bimbang terbawa-bawa ke alam rumah tangga kelak.
Cuma agama dan ilmu yang boleh menyelesaikan semua masalah rumah tangga. Suami/isteri jangan malas menuntut ilmu. Jangan pernah rasa kita dah cukup ilmu. Kena sentiasa belajar. Sentiasa cari ilmu. Ilmu ni adalah antara jalan untuk kita dekat dengan Allah.
Suami/isteri adalah tanggungjawab kita. Amanah yang Allah bagi pada kita.
Semua orang boleh sayang dan cinta, tapi bukan semua orang yang mampu sayang kerana Allah, disusuli tanggungjawab dan amanah.
Minta jauh daripada suami/isteri yang tak bertanggungjawab. Tapi, kalau kita sendiri memang tak bertanggungjawab, jangan haraplah boleh dapat pasangan yang bertanggungjawab.
Bagaimana diri kamu, begitulah cerminan pasangan hidupmu.
Doakanlah yang baek-baek. Hiduplah dengan baek-baek. Nescaya yang baek-baek akan datang kepada kita.
@sindiransigadis
"Ilmu itu lebih mulia dari harta, kerana ilmu itu akan menjagamu. Sedangkan harta, engkaulah yang menjaganya"
[ Saiyyidina Ali bin Abu Talib رضي الله عنه ]
selamat beramal
۞ اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ ۞
@sindiransigadis
Tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa kecuali air mata taubat.....😭
@sindiransigadis
Apabila Allah ingin seseorang itu menjadi baik . Maka , Allah memberi dia faham akan agama .
Berapa ramai manusia pada hari ini rajin melakukan amal ibadah tetapi tidak kenal pun Tuhan yang menjadikan dia .
Berkata ulama , awal-awal agama itu ialah mengenal Tuhan . Maka , penting untuk kita mengenal Tuhan supaya segala amal ibadah kita diterima Tuhan dan tidak menjadi sia-sia .
Justeru itu , carilah guru untuk belajar ilmu tauhid iaitu ilmu mengenal Tuhan . Dan , akhir zaman ini pegangan tauhid itu sangat penting supaya kita tidak terpengaruh dengan fahaman yang sesat seperti wahabi dan mutazilah .
@sindiransigadis
♨️ COME JOIN AND ENJOY ♨️
💥 @ketenanganumat
Ketenangan Umat
💥 @mrdoityourself
DIY ~ Do It YOURSELF
💥 @sindiransigadis
Allah sayang, sebab tu ada ujian
💥 @quotephotovideo
Nasihat² KEHIDUPAN
💥 @HIDDEN_HISTORY
Disebalik Sejarah Tersembunyi
💥 @Bertabahlahati
Kau tak selemah yang kau bayangkan
💥 @VideoTazkirahQnA
Koleksi VIDEO Tazkirah & Soal Jawab Agama
💥 @SentapWeh
Ayat ISLAMIK & Lawak SENTAP
💥 @CeritaKauAkuKita
Kadang² dunia mimpi itu, lagi indah daripada dunia realiti.
💥 @inspirasisahabat
Sebarkan IBRAH
💥 @kitabdoa
HIMPUNAN DOA
💥 @PhotoliciousWorld
Foto² WOW SEDUNIA, Ayat² DEEP
💥 @queenofpsycho
Penggila aksara melontar rasa.
SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH! ♨️
•••
Tidak perlu iri hati pada rezeki orang lain .
Kau tidak tahu apa yang Allah telah ambil darinya .
Tidak perlu juga sedih akan dugaan yang kau terima .
Kau tidak tahu apa yang Allah akan beri kepadamu nanti .
Bersyukur dan bersabar lah .
SENYUM 😊
•••
@sindiransigadis
Kata lmam Al-Ghazali dalam al-Ihya': "Jika Al-Quran memerintah maka kitalah yang diperintahkan, jika Al-Quran melarang maka kitalah yang dilarang, jika Al-Quran memberi janji maka kitalah yang diberi janji, jika Al-Quran mengancam maka kitalah yang diancam, jika Al-Quran bercerita maka kitalah yang harus mengambil pelajaran dari kisah tersebut, bahkan jika kitab Al-Quran berbentuk jamak maka kitalah yang paling dimaksudkannya.
@sindiransigadis
Kejayaan adalah suatu perjalanan bukannya suatu destinasi.
@sindiransigadis
Sometimes we fight so long over who is right and who is wrong that we forget what is right and what is wrong. Think & Reflect
@sindiransigadis
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
@sindiransigadis
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
@sindiransigadis