sindiransigadis | Unsorted

Telegram-канал sindiransigadis - Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

12954

" Allah sayang, sebab tu adanya ujian "

Subscribe to a channel

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Channel ;
@diarygadis
@coretan_dakwah

Groupchat ;
@diarygadisxcoretan

Please do join our groupchat and you guys can share quotes or anything in this group !

Thank you !💕

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Sentiasa mengucapkan syukur dengan kurnianNya walaupun kita telah berusaha keras untuk memperolehi sesuatu kejayaan

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝Belajarlah dengan hati yang merasa kejahilan, bukan dengan akal yang merasa kecerdikan. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Dan kefahaman akal itu, amatlah terbatas.❞

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

🌈nak result cemerlang ?
🌈nak tips belajar ?
🌈nak macam macam info?
🌈nak tahu supliment minda yang berkesan??
JOIN CHANNEL👇
@RahsiaKejayaan
@RahsiaKejayaan

🌷nak tips cantik ?
🌷nak tahu info kecantikkan?
🌷inginkan serum yang berasaskan bunga bunga?
🌷nak kulit cantik natural?
EHH TUNGGU APA LAGI. JOIN CEPAT channel ni👇coming soon🌹
@tipscantikmenawan
@tipscantikmenawan

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Orang buat onar, buat tahi, buat jahat, kita balas kembali dengan hal yang baik.

Orang buat baik, buat hati gembira, kita balas berkali ganda dengan kebaikan.

Beruntung lah, orang yang dalam dirinya tidak ada kejahatan.

Susah?
Tak mengapa,
Cuba lah dulu sikit-sikit .


@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Although we are encouraged to talk about our troubles, we often simply make it worse by dwelling upon it. Focus somewhere positive instead. Troubles need time to reveal themselves properly.. so the best way to be patient is to use that time to triumph somewhere else in your life.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

"Tidak akan ada kebencian di hati yang dipenuhi kecintaan pada Sang Khaliq.

Tidak akan ada sikap merendahkan makhluk dalam diri orang yang sibuk dengan melihat keburukan dirinya sendiri.

Tidak ada erti putus asa bagi orang yang sentiasa menyaksikan nikmat ALLAH dan kebaikanNya ke atas dirinya."

- Al Allamah Ad Da'ie ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abdurrahman Al Jufri

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Rajin-rajinlah berdoa kebaikan untuk orang lain. Kerna ia adalah suatu doa untuk diri sendiri. Doa seorang muslim kepada saudaranya tidaklah sia-sia.

Abu Ad Darda berkata bahawasanya dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) secara sembunyi, maka malaikat akan berkata: ‘Amin dan bagimu kebaikan yang sama.'”

- Sahih Muslim, no. 4913, Sunan Abu Daud, no. 1311

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Beberapa bulan lepas, saya diganggu oleh dua beranak yang tak habis-habis pm nak jumpa.

Sampai ke tahap saya terpaksa block si ibunya. Kerana mendesak dengan beriya-iya.

Akibat rintihan dan resahan yang pun sama beriya-iya, saya pergilah berjumpa di sebuah restoran yang sentiasa ramai orang. Mereka datang berdua.

Saya panggil kakitangan restoran, pesan minuman. Ibunya macam tegang-tegang sahaja wajahnya. Anaknya macam segan-segan.

“Ok, ceritalah. Saya ada dalam 20 minit sahaja. Lepas ini kena bergegas ke KL”.

Yang ibu mula bercerita.

Katanya perkahwinannya dah sampai tahap dia tak tahan. Suaminya tak suka mandi, tak suka sejuk-sejuk, tak suka begitu tak suka begini.

Saya pun tanya, “dah berapa lama makcik berkahwin?”

“41 tahun.” Jawabnya.

“Takkanlah dah 41 tahun boleh bertahan, sekarang tak boleh.” Saya lawan.

Anaknya duk tambah, “ayah kami tu malas sangat. Mandi pun malas. Masa dulu time kerja, elok ja dia. Sekarang kami semua tak tahan. Baunya busuk sangat. Cucu pun asik nak wek wek. Itu satu hal, tak tahu dia sembahyang macam mana.

Jiran lain elok ja boleh pergi surau, pergi masjid, yelah dah 70 lebih umurnya. Mak pun 69, kuat ja buat kerja hari-hari. Ini kami nasihat dia mesti jawab dan marah-marah.”

Saya pun tanya, “habis tu jumpa saya ni untuk apa ya?”

“Untuk cerita di wall encik, beri pengajaran.” Jawab si ibu.

“Pengajaran apa? Jika kalian tak suka dia, saya beri idea ini.

1. Hantar dia ke rumah orang tua. Itu hal kalian dengan Tuhan, tak tahulah apa balasan terhadap kalian.

2. Sabar dan kalian dapat syurga.

Ayah saudari ini nampaknya dah berumur, tak larat, mungkin masa muda dah kerja kuat. Dan sampai masa dia memang nak rehat.

Nak paksa-paksa orang tua kena ke sana ke mari, tak boleh. Memang ya geram. Manalah kita tahu dia kesejukan kerana sakit-sakit badan.

Lelaki, lebih lagi seorang ayah, dia rela ja sakit sendiri tanpa susahkan orang.

Ada beri dia option air panas? Di rumah ada water heater? (Dua-dua menggeleng).

Makcik, burukkan suami, sahih makcik masuk neraka walau makcik sebarkan keburukan itu kepada anak-anak makcik.

Bertahan sudah puluhan tahun, namun sebab kecil-kecil, nak marah sampai jumpa orang. Kalau makcik berani, pergi report pejabat agama, kita tengok apa hasil ceramah yang sampai ke muka makcik.”

3-3 diam serentak. Saya memang naik hangin. Muka makcik itu berubah. Saya sambung lagi, saya duk kata takkanlah anak-anak yang dah berjaya ini, makcik terus nak lupa jasa suami sebab dia jadi malas. Mesti ada sesuatu.

Entah-entah esok dia dah tak bernafas dah. Masa itu, rugilah semua orang yang menyayangi dia tanpa sabar yang dulunya bertindak mahu sebar-sebarkan keburukan dia tanpa ada jalan penyelesaian.

Kami berpisah di situ. 3-3 tak minum air yang dipesan. Bangun, bayar dan saya lupakan sahaja dua beranak ini.

Semalam, sedang bermesyuarat dengan orang-orang besar, dapat PM dari anaknya. Aduh, malasnya nak buka.

“Salam bang,

Mak ayah nak buat umrah sama-sama. Berangkat malam ni. Mak suruh kirim salam dan jangan block dia lagi.

Mak minta maaf dekat abang, saya pun sama. Kalau tak jumpa abang, mesti mak masih tak perasan yang ayah tu sakit urat rupa-rupanya.

Ayah duk rasa semua bermusuh dengan dia sebab semua orang tahu marah ja. Tak tanya pun dia sihat ke dak.

Dah bawa pergi klinik dan bawa berurut, dah pasang air panas semua. Lepas dah banyak sihat, ayah minta nak pergi umrah dengan mak.

Terus kami buat payment dan insya-Allah malam ni berangkat.

Maafkan saya juga bang dan doakan semuanya baik-baik ja.”

Dan saya senyum seorang diri sampai pagi ini. Itulah kawan-kawan, hidup kita ini walau selalu jumpa, sudah bertahun hidup bersama, namun jika ada masalah, tak bersabar dan tak mahu beralah dengan semua itu, kita akan memenangkan kerosakan.

Kita lebih sanggup memilih jalan buruk dari jalan perbaiki. Sedang lorong kasih sayang itu kita sudah lalui berkurun lama, maka ada baiknya kita teruskan bertolak ansur, dan bercinta kembali demi untuk dapat kasih sayang Tuhan.

Akhirnya, di hujung sana hanya ada syurga dan neraka. Kita yang putuskan mah

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

🇲🇾§ŲPƏŘ PŘØMØŢ BÝ ŔØBØŢ🇲🇾
MENGHIMPUNKAN CHANNEL TERBAIK DI MALAYSIA
🔊 SESI 🕛
➖➖➖➖➖➖➖➖➖

➡️ @sentaplaatuu
Sentap Dengan Teguran?
"Bermakna Iman Hang Masih Ada Dan Hati Masih Hidup."

➡️ @QuoteTalks
Sebuah Channel Yang Memaparkan Quote Yang Beterusan Tanpa Mngira Bahasa

➡️ @Giflawak
Channel Untuk Hiburkan Hati

➡️ @VideoTazkirahQnA
Channel Ini Menghimpunkan Video Ceramah Agama Dan Soal Jawab Agama

➡️ @KauAkuDiaOfficial
Kau,Aku,Dia&Perasaan

💰 @shoesoxickl
RM70 Jer!! Mana Nak Dapat? Sekarang Ni Tengah Promosi Tau.Jom Grab Cepat! Stock Tak Banyak Dah Ni

➡️ @Cerita_Seram
Koleksi Cerita2 , Audio Serta Video Seran , Misteri & Menakutkan

➡️ @lawak_sempoi
Kami Menyediakan Perbagai Lawak ,Lawak Yg Tak Berlebihan,Dan Juga Lawak Antarabangsa

➡️ @PickUpLineMy
Pickup Line Lawak Dan Jiwang.Mari Join Ramai2

➡️ @hatikuhatimu
Pabila Tinta,Mencari Jiwa
Bicara Tentang Cinta.

➡️ @BicaraHatiLukisanJiwa
Bicara Hati, Puisi Dan Lagu.

➡️ @MedanDakwah
Mata Ialah Jendela Hati,Jika Kita Hendak Menjaga Mata Hendaklah Menjaga Hati.

➡️ @BestMuzikMp3
Selamat Datang Ke Channel Mp3 Boleh Share,Dngn Syarat/Tuk Kegunaan Diri Bukan Tuk Kegunaan/Channel Anda.

💰 @BarangGojes
Menjual Pelbagai Jenama Handbag , Blouse , Dress dan Macam² Lagi ! Gerenti Rambang Mata !

➡️ @damnwrds
Unexpected Quotes Every Single Day !

➡️ @typicalfriends
Inilah Saat Awak Mengenal Mana Satu Sahabat Mana Satu Musibat.

💰 @JamTanganModen
Kami Menyediakan Jam Tangan Terbaik Untuk Anda.

➡️ @sindiransigadis
Penkongsian Ilmu,Cerita Teladan Dan Motivasi Dakwah.

➡️ @quotephotovideo
Nasihat² ISLAM via
Quote, Photo & Video.

➡️ @islamitu_indah
Himpunan Kata Nasihat Agama

➡️ @travelogdunia
Perkongsian Tempat Dan Pengalaman Pengembara, Makanan, Tips, Itenari Perjalanan Dan Berita Semasa.

➡️ @pickuplineterbaik
Find Someone Who Knows You're Not Perfect But Treats You As If You Are.

➡️ @KutipanKata
Jangan Pernah Memberi Harapan Kat Someone.Kalau Hati Pun Tak Pasti Dengan Harapan Yang Kita Beri.

➡️ @HIDDEN_HISTORY
Perkongsian Info2 Menarik Serta Fakta2 Sejarah Yg Boleh Dikongsikan Untuk Tatapan Umum.

➡️ @HatiSado
Sєитαραи Uитυк Hαтι Yαиg Sє∂αиg Tєяℓυкα.

➡️ @petuabonda
Tips2 Serta Petua2 Lama

💰 @teknikjualbeliemas
Teknik Pajak Gadai Berkesan Dan Pembukaan Akaun Emas No. 1 Di Malaysia

➡️ @KetenanganUmat
Agama,Kehidupan.Carilah Ketenangan Yang Hakiki.

➡️ @DakwahSteady
"Islam Akan Berjaya Di Tangan Mereka Yang Mentarbiah Hati, Mendidik Jiwa Dan Membersihkan Diri"

➡️ @rahsiakejayaan
Anda student nak atasi masalah pembelajaran? Jum join

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

♨️ COME JOIN AND ENJOY ♨️

💥 @queenofpsycho
Penggila aksara melontar rasa.

💥 @ketenanganumat
Ketenangan Umat

💥 @mrdoityourself
DIY ~ Do It YOURSELF

💥 @sindiransigadis
Allah sayang, sebab tu ada ujian

💥 @quotephotovideo
Nasihat² KEHIDUPAN

💥 @HIDDEN_HISTORY
Disebalik Sejarah Tersembunyi

💥 @Bertabahlahati
Kau tak selemah yang kau bayangkan

💥 @VideoTazkirahQnA
Koleksi VIDEO Tazkirah & Soal Jawab Agama

💥 @SentapWeh
Ayat ISLAMIK & Lawak SENTAP

💥 @CeritaKauAkuKita
Kadang² dunia mimpi itu, lagi indah daripada dunia realiti.

💥 @inspirasisahabat
Sebarkan IBRAH

💥 @kitabdoa
HIMPUNAN DOA

💥 @PhotoliciousWorld
Foto² WOW SEDUNIA, Ayat² DEEP

SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH! ♨️

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

_Jika nanti kamu mendapati dirimu lelah menanti jawapan dari banyaknya doa yang kamu langitkan untuk setiap harinya._

_Cubalah diam sejenak dan lihatlah pada semua amalan yang kamu lakukan setelah berdoa._

_Kerana sebenarnya, DIA tidak perlu balasan, tapi DIA hanya memerlukan ketaatan._

_Ketaatanmu dalam erti yang sebenarnya..._

_Bukan semata-mata ketaatanmu kerana adanya keperluan hidupmu, bukan juga kerana harapan rezekimu atau bahkan kerana gelisahnya separuh hatimu._

Fahamilah, bahwa semuanya soal sejauh mana ketaatanmu padaNya, tidak harus melulu soal meminta balasan doa.

Lakukan sahaja semuanya kerana memang tugasmu adalah menghambakan diri, bukan memaksakan kehendak sendiri.

Semua hanyalah soal menunggu waktu.

Kamu, dia, mereka, bahkan aku pun sama...

Menikmati setiap alur cerita hidup masing-masing dengan mengikuti perintahNya dan menjalaninya dengan harapan bahwa semua akan indah pada waktunya.

Percayalah.

Kerana tidak ada satu pun dari ketetapanNya yang tiada kebaikan bagi setiap manusia.

Bersyukurlah.

Kerana masih ada teman atau catatan yang kamu temukan untuk sekadar menguatkan dan mengingatkanmu.

Bahwa hidup di duniya ini hanya sebentar, lalu beranjak menuju perjalanan yang hakiki.

_Manusia yang sabar, adalah yang ketika rezeki sampai pada tangannya duniya tidak ikut masuk ke dalam hatinya. Ketika makanan masuk ke dalam mulutnya, haram tidak ikut masuk ke dalam darahnya. Ketika nikmat sampai pada dirinya, sombong tidak ikut masuk ke dalam jiwanya._

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

"Allah Menciptakan Kita Adalah Untuk Beribadah"

Allah SWT Tidak menciptakan kita untuk makan dan minum, tetapi hanya untuk beribadah kepada-Nya, tidak ada yang lain.

Bahkan tidur dengan istri kalian adalah ibadah; itu adalah sebuah contoh bagi kalian bahwa segala sesuatu yang baik yang kalian lakukan adalah ibadah: menjenguk(melawat) orang sakit adalah ibadah; membawakan air bagi orang yang haus adalah ibadah.

As-Sayyid Shaykh Hisham Kabbani

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

*Doa hari Khamis.*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.*

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Yaa اَللّهُ.
Tetapkanlah hati kami di atas agama MU.
Kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Yaa Allah.
Kami memohon kepada Mu berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak2 yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Yaa Allah.
Jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.

Yaa اَللّهُ .
Ampuni dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami serta sekalian muslimin dan muslimat.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.*

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Sometimes the good you try to do to help others, ends up being thrown back at your face😡😡😡. Do things for Allah’s sake, not to please people.😇

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

🇲🇾§ŲPƏŘ PŘØMØŢ BÝ ŔØBØŢ🇲🇾
MENGHIMPUNKAN CHANNEL TERBAIK DI MALAYSIA
🔊 SESI 🕕
➖➖➖➖➖➖➖➖➖

➡️ @KamiSarcasm
Hanya Hati Cekal Sahaja Mampu Bersama Kami(Sarcasm/Troll/Deep)

➡️ @Luahan_BerkacaMata
Dalam Hati, Ada Kisah Tersurat Dan Tersirat, Bila Di Luah Tak Akan Cukup Muka Surat.

💰 @wardrobefarha
Menjual Pelbagai Jenis Baju Yang Cantik

➡️ @CeritaKauAkuKita
Terkadang, Dunia Mimpi Itu Lagi Indah, Daripada Dunia Realiti (CKAK).

💰 👟 @Shoes_at 👟
Sneakers Ready Stock, Latest, Dan Termurah Abad Ini!

➡️ @pickuplinemalaysia
Memaparkan Pelbagai Ayat-Ayat Pickupline Dari Seantero Dunia.

➡️ @Bertabahlahati
"Kau Tak Selemah Yg Kau Bayangkan Kerna Kau Masih Ada Allah 🤓"

➡️ @IMANQOWIYY
"Tarbiah Hatimu, Bangkit Demi Ilahi"

➡️ @LawakStatus
Nak Banyak Ayat-Ayat Yang Menarik?Apa Lagi, Meh La Join Channel Ni!

➡️ @LawakSengal
Chanel GameShow Pertama Di Arena Telegram.Kami juga Menyediakan Lawak2 Antarabangsa Dalam Berbagai Bahasa Yg Ada Di Malaysia

💰 @SerumRambutMurah
Serum Untuk Semua Masalah Rambut

➡️ @jodohtilljannah
Kepada Yang Mencari Pasangan.. Send adetails Disini..

➡️ @ayatstatus
Random Post From Admin. Macam Macam Ada !

💰 @COSMETICMURAH
Shop for Halal And Muslim-Friendly Cosmetics Online!
Best Sellers

➡️ @sweetquotes
Choose People Who Choose You. Love Yourself First Before You Love Others

➡️ @Hati_Remaja
Remaja Yang Kini Sedang Meningkat Dewasa Dalam Meniti Arus Pemodenan Dunia

➡️ @PhotoliciousWorld
Pemandangan Indah & Wow, Foto2 Unik & Deep, Jom Travel Ke Seluruh Dunia.

➡️ @InShaaAllahTheNumberOne
"Semua Pasti Ada Waktunya"

➡️ @otakkoyak
Channel Koyak,Bahan Troll Dan Lawak

➡️ @FriendManners
Life Is Better With Friends

➡️ @NakCakap
Channel Yang Mengisahkan Tentang Perihal Manusia

➡️ @BloodyQuotes
Tak Kental Mohon Berambus!

➡️ @uKiranHati
Sahabat,Cinta,Perasaan,Agama.Merungkai Semua Menjadi Satu.

➡️ @flyingcolours
Nothing Can't Be Solved ✨

➡️ @Shoesrack
Koleksi Kasut Sneakers. Dropship Diperlukan.

➡️ @sumberilmu
Kata Nasihat Agama Dan Tarbiyah.

➡️ @Hatimenangis
Peritnya Hati Jika Kehilangan.Di Sini Aku Mencoretkan Bait ii Nukilan Menjadi Satu.

💰 @jamjersey
Pelbagai Jam Murah2(COPY ORI/GRED)

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

“Jangan hairan orang lain membuat maksiat. Tetapi hairanlah kepada diri kita yang tak berusaha mengekangnya.

(Mufarwa Farid)”

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Mencintai Allah dan Rasul

Ali bin Hujr menceritakan kepada kami, Ismail bin Ja'far mengabarkan kepada kami, dari Humaid. dari Anas, bahwa ia berkata. "Ada seseorang yang datang kepada

Rasulullah S.A.W, lalu ia berkata. "Wahai Rasulullah, bilakah hari kiamat datang"?"

Rasulullah berdiri untuk melaksanakan solat. Setelah selesai beliau bertanya, "Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?

Seorang pemuda menjawab, "Aku, wahai Rasulullah".

Beliau lalu bertanya, "Apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya ?"

Dia menjawab, "Wahai Rasulullah, aku tidak mempersiapkan untuk menghadapinya dengan banyak melakukan solat (menjaga yang fardhu) dan tidak juga dengan banyak berpuasa (menjaga yang fardhu) Aku hanya mencintai Allah dan Rasul-Nya".

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Seseorang itu beserta orang yang dicintainya. Dirimu bersama orang yang kamu cintai".

Aku tidak pernah melihat kegembiraan kaum muslimin setelah datang ajaran Islam seperti kegembiraan mereka terhadap sabda Rasulullah ini.

Sahih: Ar-Raudh An-Nadhir (104); Muttafaq alaih

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Kalau tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu paksa diri untuk suka apa yang kita dapat. Kita bukan tuan, lebih-lebih lagi kita bukan Tuhan.

Apa yang kita tidak minta, jangka dan suka, akan sentiasa datang dalam kehidupan. Belajar 'menerima' sama penting dengan belajar 'melepaskan'...

Hati umpama tangan, jangan terlalu menggenggam (kedekut) dan jangan terlalu terbuka (boros).

Ingat itu wahai diri, agar kau tidak sentiasa 'berperang' dengan diri sendiri, manusia, alam dan Tuhan!

-ustaz pahrol muhammad joui

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Selagi Allah kurniakan tubuh badan kita dengan kesihatan yang sempurna ni, dirikanlah ibadah solat.

Jangan nanti bila Allah dah tarik nikmat sihat, dah terbaring tiba-tiba baru teringat nak solat.

Waktu itu, nak rasa solat dengan 'sempurna' tak dapat dah.

Allahu


Jaga Solat


@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya melebihi dari seseorang yang gembira mendapatkan kembali barangnya yang hilang. Ayuh, istighfar dan taubat.

An Nu’man bin Basyir berkhutbah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sungguh, kegembiraan Allah kerana taubatnya hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang pada suatu ketika dia membawa perbekalan dan minumannya di atas unta lalu dia berjalan di padang pasir yang luas.

Kemudian dia beristirehat sejenak dan tidur di bawah pohon. Tiba-tiba untanya lepas, dia pun mencarinya ke perbukitan, namun dia tidak melihat sesuatu sama sekali, kemudian dia mencari lagi di perbukitan yang lain, namun juga tidak melihatnya, dia pun naik lagi keperbukitan yang lain, tapi tetap tidak menemukan sesuatu pun. Akhirnya dia kembali ke tempat istirehatnya.

Tatkala dia sedang duduk, tiba-tiba untanya datang kepadanya seraya menyerahkan tali kekangnya ke tangannya. Maka sungguh kegembiraan Allah dengan taubatnya seorang hambanya melebihi kegembiraan orang ini ketika dia mendapatkan untanya kembali dalam keadaan seperti semula. (Sahih Muslim, no. 4930, no. 4931, no. 4932, no. 4933, Sunan Ibnu Majah, no. 4239, Musnad Ahmad, no. 7845, no. 11364, no. 12750, no. 17696, no. 17761)

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Have we realised.. that Jannah is a place where good deeds are not needed.. there is no helping anyone.. it is a place of only reward. The place for helping someone is here! So do your best... but don't only rely on the deed.. rely solely on Allah by intending it for His pleasure.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

u ke mana.

Fikirlah panjang-panjang. Dan alhamdulillah, syukurnya buat makcik dan pakcik yang ini.

Kasih sayang itu separuhnya adalah sabar.

Kredit : Khairul Hakimin Muhammad.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

"Kepada yg mempunyai sangka buruk pd kawan dan ahli keluarga. Ingatlah teori 'Apa yg kita fokus akan kembang.'

Titik hitam di papan putih akn nampak besar kerana kita terlalu fokus pdnya. Begitu juga dengan hubungan sesama manusia, jika terlalu fokus pd kelemahan drp kebaikan seseorang, kelemahan itu akan membesar sehingga menjadi satu masalah dan timbul perasaan benci semata-mata tertelan byk air liur beracun yg dihasilkan tanpa sedar, wahlal sebenarnya ia bukan masalah pun.

Belajarlah teknik memokus kpd putih di papan putih drp titik hitam yg menonjol. Sedarlah bisikan syaitan yg sentiasa bermain di minda utk asyik memandang ke titik yg hitam, walaupun putih itu jauh lebih meluas.

Setiap kita yg kecil ini ada kelemahan. Manusia ini pula ada sj yg boleh dirungut, sehingga org yg berjalan kaki dua tu ada yg rungut.

Fokuslah pd kebaikan, kawallah mulut dan minda - spy air liur racun tidak terhasil dan mengganggu emosi kita. Sekadar perkongsian utk semua."

-Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

​DUNIA INI HIJAU DAN MANIS​
.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:
.
‏"‏ إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ
Sesungguhnya dunia ini manis lagi hijau.
.
وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا
Sesungguhnya Allah menyerahkan urusan dunia ini kepada kalian.
.
فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
Lalu Allah akan melihat bagaimana kalian melakukannya.
.
فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ
Berhati-hatilah dengan dunia, dan berhati-hatilah dengan wanita.
.
فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ
Sesungguhnya ujian yang pertama berlaku kepada Bani Israel adalah berkaitan wanita. [Sahih Muslim, Kitab al-Riqaq, hadis no: 2742]
.
Faedah hadis:
.
1- Dunia ini zahirnya cantik dan menyeronokkan. Maksud 'hijau' ialah dunia ini sangat indah apabila kita lihat. Maksud 'manis' pula ialah dunia ini sungguh menyeronokkan untuk manusia berlazat-lazat padanya.
.
2- Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi untuk menguruskan hal duniawi.
.
3- Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang bagaimana kita menguruskan dunia yang merupakan amanah kepada kita.
.
4- Kita perlu berhati-hati dengan ujian kehidupan di dunia.
.
5- Salah satu ujian yang paling berat ialah berkaitan hubungan lelaki dan perempuan.
.
6- Lelaki paling berat menghadapinya kerana mereka lazimnya sering keluar dari rumah dan akan kerap bertemu wanita-wanita yang bukan isteri mereka.
.
7- Walaupun hadis ini menerangkan wanita adalah ujian kepada lelaki, bukan bermaksud lelaki bukan ujian kepada wanita. Dalam al-Quran disebutkan kisah isteri pembesar yang diuji dengan kehadiran Nabi Yusuf. Dalam al-Quran juga ada arahan menundukkan pandangan kepada lelaki dan perempuan.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Musuh paling berat yang harus selalu kita waspada adalah diri kita sendiri.

Kita tidak akan celaka kecuali oleh diri kita sendiri.
Orang yang menyakiti kita, menghina kita, memfitnah kita, itu tidaklah berbahaya. Yang berbahaya ada jikalau kita yang menyakiti, menghina, memfitnah orang lain.

Kita rendah bukan kerana direndahkan oleh orang lain, tapi kita rendah jikalau kita melakukan perbuatan rendah.

Kita hina bukan kerana dihinakan oleh orang lain, tapi kita hina jikalau kita melakukan perbuatan hina.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Sahabat nabi saw yang bernama Khalid Ibnu Walid apabila memegang mushaf Al Quran menangis dan berkata, "Jihad telah menyibukkan kami darimu.."

Beliau menangis kerana kurang baca Al Quran kerana sibuk berjihad sedangkan jihad adalah amalan yang baik.

Kita pada hari ini sibuk dengan gajet sehingga terlupa membaca Al Quran. Pernahkah kita menangis kerana jarang membaca Al Quran?

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Kisah Sayyidina Ali & Selendang Buruk.

Setelah wafatnya Khalifah Umar bin Khattab r.a. dan Uthman bin Affan r.a. maka Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. lebih suka hidup menyendiri jauh dari kesibukan kota dan orang ramai.

Pernah terjadi pada suatu malam di mana Sayyidina Ali sedang duduk menyendiri di dalam rumahnya. Di malam itu udara dingin mulai menyejukkan tubuh sedangkan pada tubuhnya hanya dibalut pakaian biasa dan selendang yang buruk yang tersangkut pada lehernya. Beliau duduk sambil mata tertunduk ke bawah sambil bertasbih memuji kebesaran Allah swt tiada henti-henti

Tiba-tiba datang seorang laki-laki mengetuk pintu rumahnya. Tetamu itu dikenali ramai sebagai Abu Maryam. Setelah dibukakan pintu maka ia pun dipersilakan masuk lalu duduk bersila di hadapan Sayyidina Ali sambil kedua tangannya memegang lutut beliau.

Dengan penuh hurmat dan rendah diri Abu Maryam berbisik kepada Sayyidina Ali :

“Wahai Amirul Mukminin. Saya ada satu perkara yg ingin saya sampaikan kepadamu.”

Sayyidina Ali pun berkata :

“Silakanlah! Sebutkan apa saja keperluan kamu wahai Abu Maryam.”

Kemudian Abu Maryam berkata :

“Buanglah selendang yang kau lilitkan pada leher mu itu wahai Amirul Mukminin. Sesungguhnya selendang itu sudah buruk dan tidak elok seorang Amirul Mukminin seperti engkau memakainya lagi.”

Mendengar perkataan Abu Maryam tersebut maka Sayyidina Ali menangis tersedu-sedu. Hal ini membuat Abu Maryam menjadi malu dan kesal kerana telah melontarkan kata-kata yang menyinggung perasaan beliau.
Setelah Sayyidina Ali mulai reda dari tangisannya beliau pun berkata :

“Ya Aba Maryam! Sesungguhnya setiap kali aku memakai selendang ini, timbul rasa kecintaanku yg meluap-luap kepadanya. Selendang ini hadiah dari sahabatku yang paling aku cintai.”

Abu Maryam sangat ingin tahu siapakah gerangan teman beliau yg paling dicintainya. Ia langsung bertanya :

“Siapa gerangan temanmu yg paling engkau cintai itu wahai Amirul Mukminin?”.

Sayyidina Ali pun menjawab :

“Umar bin Khattab. Umar bin Khattab si kekasih Allah dan Allah kasih kepada Umar.”

Kemudian beliau menangis lagi sambil menyapu air mata beliau dengan hujung selendangnya.

-Kitab Tarikh al-Madinah al-Munawarah

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

“Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar.

(HR. Al Hakim)”

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

@sindiransigadis

Читать полностью…
Subscribe to a channel