sindiransigadis | Unsorted

Telegram-канал sindiransigadis - Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

12954

" Allah sayang, sebab tu adanya ujian "

Subscribe to a channel

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Salam adalah salah satu nama-Nya, iaitu As-Salam yang membawa erti keselamatan. Orang yang memberi salam hakikatnya memberi jaminan keselamatan kepada orang diberi salam serta sebaliknya daripada bahaya yang bakal menimpa.

-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

SP BY THE CREATOR'S

@iklanbersamakami
UMUM : MEDIUM IKLAN ANDA

@Sindiransigadis
NUKILAN : SINDIRAN,AGAMA,AYAT DEEP DAN TARBIAH

@jodohtilljannah
UMUM : CARI JODOH DENGAN MEMBERI DETAILS

@Al_Ezhar
NUKILAN : INFORMASI DAN KISAH² TAULADAN

@otakkoyak
NUKILAN : LAWAK SERTA TROLL

@azirabookstore
BISNES : MENJUAL BUKU MOTIVASI, ISLAMIC DAKWAH

@shakleedidi
BISNES : PAKAR KECANTIKAN DAN KESIHATAN ANDA

@NonStopMovie
HIBURAN : MUATTURUN MOVIES SECARA PERCUMA
UNTUK PENGGUNA DIGI

@faktamitos
UMUM : CERITA FAKTA DAN MITOS LAMA

@serumrambutmurah
BISNES : MENJUAL SERUM UNTUK MASALAH RAMBUT

@soulofiman
NUKILAN : PURIFICATION OF THE HEART & SOUL IN ISLAM

@jamjersey
BISNES : JAM TANGAN LAWA GRED AAA SERTA JERSEY

@Damnwrds
NUKILAN : UNEXPECTED QUOTES EVERY SINGLE DAY

@tudunglawo
BISNES : PELBAGAI JENIS TUDUNG² TERBARU

@KamiInfo
UMUM : INFO DALAM LUAR NEGARA &INFO ROADBLOCK

@trustonlineseller
BISNES : MENJUAL IPHONE ORIGINAL, REFURBISHED,
KASUT DAN JAM

@Myberitaharian
UMUM : BERITA DALAM DAN LUAR NEGARA

@Luahan_berkacamata
NUKILAN : AYAT DEEP,BICARA HATI DAN CORETAN JIWA

@JamTanganModen
BISNES : PELBAGAI JENIS JAM YANG BERKUALITI TINGGI

@Serammalam
NUKILAN : CERITA-CERITA SERAM

@petuabonda
NUKILAN : PETUA KESIHATAN DAN TIPS BERGUNA



KLIK!! ☺️ JOIN 😆 HAVE FUN 😱
SEMOGA BEROLEH KEBAIKAN & IBRAH

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

MAKNA DARI SENYUMAN…

Senyuman adalah tanda kebahagian, tapi terkadang senyuman adalah tirai yang menutupi kesedihan.

​Jika engkau melihat orang yang engkau cintai maka tersenyumlah agar ia merasakan cintamu​

​Jika engkau melihat musuhmu maka tersenyumlah agar ia merasakan kekuatan dan kewibawaanmu​

​Jika engkau melihat orang yang meninggalkanmu maka tersenyumlah agar ia merasakan penyesalan ketika pergi darimu​

​Jika engkau melihat ke cermin maka tersenyumlah karena Allah telah memberikan kepadamu begitu banyak kenikmatan yang ada pada jasadmu.​

​Jika engkau melihat orang yang tidak engkau kenali maka tersenyumlah agar Allah memberi pahala kepadamu.​

Bukankah rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

تبسمك في وجه أخيك لك صدقة

​“Senyummu terhadap saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At Tirmidz 1956)​

-Ust. Fadlan Fahamsyah, حفظه الله تعالى

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Jalan kita berbeza namun tidak bermakna sesat kerana pengakhiran nya tetap sama...

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melakukan) solat malam, maka jangan engkau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.

Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melaksanakan) puasa, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berpuasa dengan pandangan merendahkan.

Bila Allah membukakan untukmu pintu (kemudahan untuk) berjihad, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berjihad dengan pandangan merendahkan.

Boleh jadi orang yang tertidur, tidak berpuasa dan tidak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu....

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝Allah ciptakan hamba-hambaNya yang pintar. Mereka meninggalkan dunia dan menghindari fitnah, mereka melihat dunia dan isinya. Tatkala mereka tahu, mereka anggap dunia ini bukanlah tempat tinggal yang abadi. Bagi mereka, dunia tidak ubahnya bagai samudera yang sangat dalam, dan bahteranya adalah soleh dan iman❞

-Imam Asy-Syafie ‎رحمه الله تعالى

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Dendam dan dengki tu racun dalam diri. Orang yang kita dendam dengki tak terjejas. Tapi kita yang terjejas.

Menyimpan rasa itu umpama meminum racun setiap hari. Memusnahkan sel diri satu persatu. Biarlah kerja menghukum itu diberi pada Allah saja.

Biarkan mereka yang khianatimu. Muliakan dirimu dengan memaafkan mereka.
Sukar?..

Doa pada Allah si pemilik hati, agar diberi mu kelembutan hati untuk memaafkan.

Nescaya hidup lebih bahagia. Rezeki lebih mudah masuk dan melekat lama.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH 💕
==============================

👉 @sindiransigadis
💛 Allah sayang, sebab tu ada ujian

👉 @quotephotovideo
💙 NASIHAT² KEHIDUPAN

👉 @HatiSado
❤ Bangkitkan Hati Yang Sedang Terluka.

👉 @HatiYangTenang
💙 HATI YANG TENANG

👉 @hatikuhatimu
💚 KEMBARA KASIH, MUSAFIR CINTA

👉 @sweetquotes
💛 L O V E

👉 @ukiranhati
❤ uKiranHati

👉 @blvckvge
💜 Sis In Black

👉 @DearHati
💙 Warna hitam tidak sesuai untuk hati

👉 @rahsiakejayaan
💚 Anda student? Meh join sini! 😍

😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...💖

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Kadang-kadang kita lihat ada
kesalahan yang kita berlanjutan..

Kita tahu ia salah.
Kita mahu berubah.
Mahu berhenti dari melakukannya.
Mahu segera cuci tangan dari
dosa dan noda.

Namun, faktor dunia selalu menjadi penghalang dari niat kita mahu berubah.
Kadang-kadang, faktor ini mendominasi dan menguasai, sampai kita lupa atau menjadi lupa ingatan pada konsep yang seharusnya kita pegang,

"Do something because of Allah.
Do anything for the sake of Allah."

Not for duniya.
Not for human.
Not for popularity.
Not for money.

Only for Allah. "

Kita bimbang kalau kita berubah,
Kita hilang manusia di sekeliling kita.

Kita bimbang kalau kita berubah,
Kita seolah-olah sedang menongkah arus adat manusia yang so-called moden dan terkehadapan

Kita bimbang kalau kita berubah,
Kita bakal lenyap dari seronok
suka yang kita miliki sekarang.

Padahal,
Kita muslim.
Semua kebaikan kita harus
kejar dan buat.
Semua kejahatan kita harus
tinggal dan henti.

Kerana Allah suka pada orang
yang bertaqwa ; melakukan kebaikan
kerana-Nya, meninggalkan kejahatan kerana-Nya.

Orang yang bertaqwa,
tempatnya di syurga.

Syurga - tanah kebahagiaan untuk orang yang menang ; Menang melawan nafsu dan berjaya lari dari ketewasan dek tersungkur di kaki dunia.

Andai kita tak faham perihal ini,
Kita akan terus terus terus istiqomah buat kebiasaan yang tidak benar.
Kita akan takut mahu melakukan perubahan.
Kita akan letih diamuk konflik mahu berubah tapi bimbang akan susah dan hilang apa yang dimiliki.
Lebih membimbangkan, kita akan jadi biasa dengan benda yang salah sehingga tiba-tiba pemikiran kita bertukar arah ; menganggap benda yang salah itu benar kerana ia sudah biasa dan sebati dalam kehidupan.

Na'uzubiLlah!

Tapi, bagi hati yang ada iman,
Dia terlalu sensitif dengan dosa.
Pabila disentak rasa tak selesa dek perbuatan yang salah, dia akan cuba cari cara untuk bertaubat dan berhenti dari terbuat benda yang sama kerana dia tidak mahu jatuh ke lubang yang sama untuk kali yang kedua.

Bila mana dia kalah untuk berubah,
malah tidak putus asa.
Senjata doanya dihunus selalu.
Siang dan malam Pagi dan petang.
Baik ketika ribut taufan atau ketika pelangi sudah bercahaya di kanvas langit.

Kerana apa?
Kerana dia punya iman,
Kerana dia faham agama,
Kerana dia tahu,

Misinya adalah untuk memburu akhirat, dan bukannya mahu selamanya bertapa di dunia.

Akhirnya,
Allah bukakan cara dan tunjukkan jalan.
Allah hantar manusia sebagai
wasilah petunjuk dari-Nya kepada kita.
Allah bentangkan masa yang sesuai hingga kita tidak lagi ragu mahu berubah.

Kerana...

Allah SAYANG pada hamba-Nya yang sudah berbuat salah, tapi dalam hatinya sentiasa ada RASA dan USAHA mahu berubah.

Kisah semalam masih segar dalam ingatan.

Praktikal kesalahan dan
Teguran On The Spot dari Tuhan.

Mungkin ini turning point untuk diri kembali pada diri yang lama ; lebih tertutup untuk menjaga. ( Walaupun diakui sangat, nak move on dari satu karekter kepada karekter yang lain itu adalah sesuatu yang sukar malah menyakitkan. Penuh kebimbangan, penuh keraguan )

Allah maha mendengar setiap doa kita. alHamdulillah, doa selama ini sudah direspon Dia.

Teruskan berdoa dan lakukan
solat malam istiqomah..

Jangan pernah berhenti.

Semoga Allah limpahkan keberkatan dan rahmatnya dengan memberi hidayah, taufiq dan hikmah kepada kita.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Jika waktu telah memasuki hari khamis malam, maka para malaikat turun dari langit dengan membawa pena yang terbuat dari emas dan juga lembaran-lembaran yang terbuat dari perak.

Mulai hari khamis malam itu, hingga terbenamnya matahari di hari Jumaat, para malaikat tersebut tidak menulis apapun diatas lembaran-lembaran yang terbuat dari perak dan bertintakan emas itu kecuali amalan bacaan SELAWAT kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ

-Imam Abu Abdillah Ja'far Ash- Shadiq ‎رحمه الله تعالى

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Bila kau berjaya 1 hari nanti jangan lupa 3 gOlongan ni: -Siapa ada waktu kau susah -Siapa yang buat kau susah -Siapa tinggalkan kau waktu kau susah....

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Those that hurt you will eventually screw up all by themselves and if you are lucky, Allah will let you watch..InsyaAllah.....

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.

Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”

Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.

Sekiranya anda mencubit garam itu dari bekasnya, garam itu khas untuk anda sahaja . Garam tersebut tidak boleh dicampur dengan orang lain kerana ia berkaitan dengan sistem penghadaman dan energi anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.

Namun demikian, janganlah pula kita tersilap dalam memilih garam untuk dijadikan amalan sunnah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun (garam asli ) yang dijadikan amalan oleh Nabi tidaklah sama kandungannya dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Jangan Jadikan Allah Pilihan Terakhir Bila Kita Gembira Dan Tiba-Tiba Jadi Pilihan Pertama Bila Kita Sedih.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Seorang jahil tidak menyedari kejahilannya. Sementara ia menikmatinya dalam kegelapan (kejahilannya). Seorang ‘alim tidak menyedari ilmunya, sementara ia menerimanya dalam cahaya (keilmuannya).

-Syeikhul Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi Al-Hatimi قدس الله سره

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

​Irihati itu boleh,​
Jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita..
Jika kita iri hati melihat orang lain lebih baik amalannya dari kita..
Jika kita iri hati melihat orang lain lebih rajin dari kita..
Jika kita iri hati melihat orang lain lebih berilmu dari kita..

Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka..

Tetapi ada segelintir 'manusia' yang iri hati sampai menjatuhkan maruah orang lain, cemburu melihat kebahagiaan orang lain, dengki melihat kebaikan orang lain..moga kita dijauhkan dari sifat iri hati/dengki/cemburu yang tidak bertempat ini

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Aku tahu REZEKI ku tidak akan di ambil Oleh Orang lain, kerana itu hati aku selalu TENANG….’

Imam Hassan Al-Bashri”

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta. Pertama tamak dan haloba, kedua bakhil.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Jika kamu fOkus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai keburukkan Orang lain...

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

"Orang yang benar-benar ingin berkumpul dengan para nabi, maka akan timbul di dalam hatinya pemikiran da'wah di setiap tempat sekalipun di dalam penjara"

-Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz حفظه الله تعالى

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

​Doa hari Jumaat.​

​بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ.​

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Yaa Allah,
Di pagi Jumaat yang mulia ini ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayah Mu agar kami sentiasa dekat dengan Mu, Yaa Allah.

Yaa Allah, kami bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini.
Yaa Allah, jadikan kehidupan kami sentiasa mendapat redha Mu.

Yaa Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu,

Yaa Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih sayang Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Yaa Allah, kami memohon perlindungan Mu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Yaa Allah, Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Yaa Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Yaa Allah, bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal.

Yaa Allah, jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.

Yaa Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal lagi berkat.

Yaa Allah, sihatkanlah tubuh badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.

Yaa Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun.

Yaa Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu.

Yaa Allah, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Yaa Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Segala puji pujian hanya untuk Mu Yaa Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

​آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن.​

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

R.I.N.D.U YANG TIBA-TIBA

Perasan tak rasa rindu yang hadir, bila kita mula kehilangan ?

Rasa tercari-cari di mana dia kini.
Tertunggu-tunggu kalau dia nak pulang ke sisi.
Ternanti-nanti keakraban untuk bertaut kembali.

Tapi, hakikatnya rindu terkadang hanya akan berdiri sebagai satu yang dirindu, kalau diri tak bergerak, mencari dan terus mencari.

Itulah cebisan iman yang semakin hilang dari diri.
Rasa rindu menangisi malam malam bersama
Dia.Rasa ternanti-nanti saat tenangnya jiwa meluahkan segala rasa kepada yang Maha Esa,Rasa ternanti-nanti seandainya perasaan dahulu, wujud kembali menemani.

Sementara masih ada baki rindu,
Pupuklah biar ia terus mekar.
Biar rindu pada Dia terus mencambah dan menjadi taman yang paling indah.Kerana rindu itulah yang mempermudah jalan kita nak ke syurga.

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

"Apa yang dah lepas tu astaghfirullah. Aku minta maaf kepada Allah."

"Allah tak heran kita buat dosa, Allah heran kita tak minta ampun kepada Dia"

-Ustaz Azhar Idrus

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Sebagaimana bumi tidak mampu hidup tanpa siraman air hujan maka begitu jugalah hati tidak akan mampu hidup tanpa kamu.


@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Kita sering terlupa yang "mengizinkan"segalanya terjadi adalah Allah swt.

Jangan over gembira atas nikmat sehingga terlupa ianya dariNya.
Jangan besarkan masalah tapi besarkan Allah yang maha membukakan jalan untuk "menyelesaikan masalah".

Semuanya terbaik ikut perancanganNya.
Husnuzon sentiasa...rahmatNya terasa.
Gundah gulana tersisa...syukur, sabar dan redha terbiasa

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Usia tidak akan mengampunkan segala dOsa yang kita lakukan, mintalah keampuan dengan bertaubat...

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

“Nikmat itu seperti binatang yang tidak diikat, dia akan lari bila tidak diikat. Maka, ikatlah dia dengan bersyukur.”

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

​UKURAN KEILMUAN​

Keilmuan seseorang tidak diukur dengan berapa kitab yang dia baca, berapa guru yang dia jumpa, dan berapa sijil yang dia punyai

Akan tetapi keilmuan seseorang diukur dengan kesannya dalam hati. Adakah ia semakin takut kepada tuhan ataukah semakin berani? Orang yang takut kepada tuhan dan hari akhirat adalah yang benar-benar berilmu.

Sifat ini tercermin dalam ucapan dan perbuatan yang selalu dikawal dan dipastikan tidak terjatuh dalam dosa.

ٍSuatu hari Imam Ahmad berbincang dan memuji Ma'ruf al-Karkhi. Beliau adalah seorang tokoh zuhud yang mustajab doanya. Seseorang lalu berkata: "Beliau tidak memiliki banyak ilmu." Ahmad berkata: "Tahanlah lisanmu, wahai saudara. Apa lagi matlamat ilmu jika bukan yang telah dicapai oleh Ma'ruf?"
Abdullah bin Ahmad berkata: "Adakah Ma'ruf memiliki ilmu?" Imam Ahmad menjawab: "Wahai anakku, beliau memiliki kemuncak ilmu, iaitu takut kepada Allah." (Bahr al-Dam)

-Ustaz Umar b Muhammad Noor

@sindiransigadis

Читать полностью…

Pensel kayu®🌸🌿SINDIRAN SIGADIS 🌿🌸

Orang-orang dahulu apabila bertemu dengan orang yang lebih pandai darinya, dia akan berkata, "Hari ini adalah hari dimana aku akan mendapat banyak ilmu", kemudian mereka belajar dengan orang itu.

Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang sepadan keilmuannya, mereka mengatakan, "Hari ini adalah hari di mana aku dapat menghalusi masalah-masalah ilmu".

Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang lebih rendah keilmuannya, maka mereka akan mengajar orang itu tentang ilmu dan tak sedikit pun terniat untuk merendahkannya.

@sindiransigadis

Читать полностью…
Subscribe to a channel