" Allah sayang, sebab tu adanya ujian "
Lelaki sering kehilangan wanita yg dicintainya, kerana mereka tak pernah mau belajar menghargai perasaan wanitanya.
🤔🤔🤔🤔🤔🤔
@sindiransigadis
Halangan besar untuk manusia biasa adalah takut gagal.
@sindiransigadis
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
@sindiransigadis
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melakukan) solat malam, maka jangan engkau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.
Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melaksanakan) puasa, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berpuasa dengan pandangan merendahkan.
Bila Allah membukakan untukmu pintu (kemudahan untuk) berjihad, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berjihad dengan pandangan merendahkan.
Boleh jadi orang yang tertidur, tidak berpuasa dan tidak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu....
@sindiransigadis
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Jika kamu menginginkan ALLAH selalu memberikanmu apa yang kau cintai, maka jagalah selalu ketika ALLAH melihatmu dalam keadaan yang Ia cintai
-Imam Ahmad Bin Hanbal رحمه الله تعالى
@sindiransigadis
SP BY THE CREATOR'S
@kasutlawo
BISNES : KASUT YG BERKUALITI & MURAH
@KamiSarcasm
NUKILAN : KAMI SARCARSM TROLL SERTA DEEP
@sukehatisaye
NUKILAN : MADAH PUISI DAN MASALAH CINTA
@chocolicious
BISNES : MENJUAL BUBBLE RICE COKLAT BANJIR
@PILIHAN_VIDEO
HIBURAN : DOWNLOAD BERMACAM² MOVIE DISINI
@islamtalk
NUKILAN : DAKWAH & NASIHAT
@ImanQowiyy
NUKILAN : TARBIAH HATI MU,BANGKIT DEMI ILAHI.
@AkulahPerempuanItu
NUKILAN : MOTIVASI BERDAKWAH, MADAH JIWA
@bungastoriesinside
NUKILAN : CERPEN DAN KATA2 HIKMAH
@ukiranhati
NUKILAN : LUAHAN JIWA DAN SANUBARI
@Ketenanganumat
NUKILAN : KETENANGAN ITU HADIR DI SISI ILAHI.
@hatimenangis
NUKILAN : PERITNYA HATI JIKA KEHILANGAN
@PhotoliciousWorld
UMUM : FOTO2 WOW & CANTIK! AYAT2 DEEP! SELURUH
DUNIA!
@Hidden_History
UMUM : DISEBALIK SEJARAH TERSEMBUNYI
@sentaplaatuu
NUKILAN : AYAT DEEP, AYAT SENTAP SERTA TERBIAH
@sigadiskuat
NUKILAN : KANVAS UJIAN MENJADIKAN KAMU KUAT!!
@insnare
NUKILAN : HIDDEN BENEATH A SMILE .
@queenofpsycho
HAVE A SASSY MOUTH BUT HELLA SENSITIVE AT THE
SAME TIME
@otakbercakap
NUKILAN : RANDOM QUOTES
@Deepline4u
NUKILAN : KADANG KALA HATI PERLU DITARBIAH
@Hatibengkak
NUKILAN : TAK MAMPU KU SELINDUNGKAN APA AKU RASA
@TetapTersenyum
NUKILAN : BANYAK YANG NAK DILUAHKAN BUT DIRI
ALWAYS SAID " TAKPE LAH"
@Bertabahlahati
NUKILAN : KAU TAK SELEMAH YANG KAU BAYANGKAN
KLIK!! ☺️ JOIN 😆 HAVE FUN 😱
SEMOGA BEROLEH KEBAIKAN & IBRAH
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan Oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik....👌🏿
@sindiransigadis
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu,”
@sindiransigadis
Menghadapi masalah ada caranya, tumpukan kepada penyelesaian bukannya masalah tersebut.....
@sindiransigadis
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini...
@sindiransigadis
Usia tidak akan mengampunkan segala dolOsa yang kita lakukan, mintalah keampuan dengan bertaubat...
@sindiransigadis
Hukum Jampi Dalam Perubatan
Penggunaan jampi dalam perubatan adalah perkara biasa dalam masyarakat melayu.
Sebenarnya berubat yang ada padanya jampi bukan hanya dalam masyarakat melayu tetapi hampir di seluruh dunia Islam sejak dari zaman Nabi saw.
Daripada 'Auf bin Malik Al-Asja'iy r.a. berkata :
كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ فَقَالَ اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
artinya : "Kami selalu menggunakan kaedah jampi di zaman jahiliyah. Maka kami pernah bertanyakan Rasulullah saw pada hukum yang demikian itu.
Maka sabda Rasulullah saw : "Cuba kamu bacakan di hadapanku ayat-ayat jampi kamu itu. Tidak ada salahnya dengan jampi selama tidak mengandungi perkara yang syirik." (Hadith Muslim)
Daripada Jabir r.a. katanya :
كَانَ أَهْلُ بَيْتٍ مِنْ الْأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُمْ آلُ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ يَرْقُونَ مِنْ الْحُمَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ نَهَى عَنْ الرُّقَى فَأَتَوْهُ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نَهَيْتَ عَنْ الرُّقَى وَإِنَّا نَرْقِي مِنْ الْحُمَةِ فَقَالَ لَهُمْ اعْرِضُوا عَلَيَّ فَعَرَضُوهَا عَلَيْهِ فَقَالَ لَا بَأْسَ بِهَذِهِ هَذِهِ مَوَاثِيقُ
artinya : "Adalah satu keluarga Ansar yang dikenali sebagai keluarga 'Amru bin Hazm melakukan jampi dari sakit keracunan akibat sengatan dan sebelum itu Rasulullah saw ada melarang jampi.
Maka datang keluarga itu akan Nabi saw dan berkata : Wahai Rasulullah! Sungguhnya engkau telah melarang dari jampi. Kami ada mengamalkan jampi dari sakit keracunan.
Kata Nabi : Cuba kamu tunjukkan kepadaku jampu kamu itu lalu mereka tunjukkan jampi mereka kepada Nabi.
Maka Nabi berkata : Tiada salah pun dengan ini. Ia bacaan untuk menguatkan." (Hadith Ibnu Majah)
Dapatlah diambil kesimpulan dari hadith-hadith di atas bahawa menjampi dalam perubatan itu asalnya harus selama tidak ada perkara yang salah di sisi agama.
Ulama membuat garis panduan perubatan yang harus menggunakan jampi ialah :
1. Jampi menggunakan ayat Quran, hadith dan doa para Nabi
yang terdapat di dalam al-Quran.
2. Bacaan-bacaan jampi atau doa-doa yang diamalkan oleh
salafussoleh .
3. Jampi dengan menggunakan ayat-ayat yang difahami
maksudnya di mana tiada padanya perkataan yang syirik,
haram dan khurafat.
4. Menjauhi perkara yang batil dalam berubat seperti memuja
jin dan hantu syaitan dan tidak menggunakan benda-benda
kotor seperti darah, arak dan seumpamanya.
5. Meyakini hanya Allah Taala sahajalah yang memberi bekas
atas setiap perbuatan dan yang sebenarnya menyembuhkan
penyakit.
@sindiransigadis
Whoever amongst you sees an evil, he must change it with his hand; if he is unable to do so, then with his tongue; and if he is unable to do so, then with his heart; and that is the weakest form of Faith [Muslim]
@sindiransigadis
Suka download lagu terbaru dan dengarkan lagu terbaru tanpa henti?
click t.me/armvevomusic untuk join kami dan check update playlist terbaru!
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
@sindiransigadis
Wanita menangis bukan kerana mereka lemah, namun kerana mereka tidak temukan kata untuk ungkapkan perasaan mereka.
@sindiransigadis
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
@sindiransigadis
Tauhid atau akidah boleh diumpamakan sebagai satu kesimpulan. Selalunya simpulan digunakan untuk mengikat sesuatu barang yang berharga. Begitulah tauhid. Ia ibarah satu simpulan berbentuk keyakinan yang mengikat hati manusia.
Hati ialah “anggota” dalaman yang paling berharga dan berkuasa dalam diri manusia.
Pada hati itulah tempat letaknya keyakinan (tauhid). Orang yang kuat tauhidnya ialah mereka yang memiliki hati yang tersimpul kuat dengan Allah.
Sebaliknya tauhid yang lemah umpama simpulan yang longgar, mudah terbarai dan terungkai. Ikatan hatinya dengan Allah tidak mantap.
Apabila kita memperkatakan soal tauhid tidak cukup sekadar kita bercakap tentang “ada” atau “tiada” tetapi perlu dibincangkan juga soal “lemah” atau “kuat”. Inilah persoalan yang perlu difikirkan apabila menyentuh soal bangsa Melayu dan tauhid.
Belum tentu dengan hanya menjadi seorang Islam secara automatik orang Melayu kuat tauhidnya. Malah kadangkala sinar tauhid dalam hati kita umpama pelita yang kekeringan minyak. Padam tidak... menyala pun tidak. Bak kata pepatah.. hidup segan mati tak mahu.
Tauhid yang kuat amat besar pengaruhnya kepada pembentukan peribadi dan akhlak seseorang. Ia akan membentuk keyakinan.. sistem nilai dan kerangka pemikiran yang jelas dalam menjalani kehidupan.
Tauhid yang kuat ialah penjana segala kebaikan dan perisai untuk segala kemungkaran.
Soalnya sekarang mengapakah orang Melayu yang bertauhid, masih terlibat dengan pelbagai kemungkaran?
Jika orang yang tidak bertauhid terlibat dengan arak, dadah, pergaulan bebas, judi dan sebagainya. Kita perhatikan kebanyakan orang Melayu yang bertauhid ini juga terlibat dalam perilaku yang sama.
Itulah akibat Iangsung daripada tauhid yang lemah. Umpama ubat jika sekadar makan ubat tetapi bukan ubat yang sebenar atau kalau pun ubat sebenar, tetapi tidak menepati sukatan dan aturannya, melanggar pantang larangnya, makan makanan yang memudaratkan pasti ubat itu tidak berkesan untuk menyembuhkan penyakit.
Maka begitulah juga dengan tauhid, ia pun ada pantang larang dan juga racun-racunnya tersendiri.
Bukan kah sesuatu yang aneh jika masih kedapatan orang Melayu yang begitu tinggi ilmunya dalam bidang-bidang profesional seperti kejuruteraan, perubatan, ekonomi dan Iain-Iain tetapi sangat dangkal ilmu wahyu sekalipun sekadar untuk mengesahkan akidahnya (tahap fardu ain).
Kenyataannya kita kadangkala begitu arif tentang mesin, haiwan, alam dan lain-Iain tetapi begitu jahil tentang ilmu mengenal Pencipta (Allah).
Tanpa mengetepikan kepentingan persoalan fardu kifayah (bidang kehidupan), persoalan fardu ain tidak boleh sekali-kali diabaikan malah perlu diutamakan. Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, persoalan akidah ialah teras dan asas kepada semua sistem kehidupan.
Akidah umpama asas kepada bangunan kehidupan. Semakin tinggi bangunan yang hendak dibina maka semakin kukuhlah sepatutnya tapak bagi bangunan itu perlu didirikan.
Petanda orang Melayu menghadapi masalah tauhid ialah apabila percakaran sesama sendiri semakin dahsyat, peningkatan gejala sosial, jenayah dan lain-lain yang begitu membimbangkan.
Binalah setinggi mana pun pencapaian ekonomi itu hakikatnya hanya meninggi kan tempat jatuh… sekiranya tauhid terus diabaikan dan racun-racunnya terus disebarkan.
@sindiransigadis
INSTILLING QANA'AH IN OUR LIVES
Qana’ah is the feeling of contentment with the blessings Allah s.w.t. has bestowed upon us, and the absence of jealousy from our hearts. Those who practice qana’ah are confident of Allah’s decree, and are content with whatever size and amount of sustenance they are blessed with.
Such contentment affirms their belief in Allah’s decree, and thus they would never place the blame on fate. They firmly believe that by having qana’ah, Allah s.w.t. has guaranteed their sustenance. They do not whine, nor do they complain despite their situation where they may have less than others. They would rather continue to strive and work hard, whilst making dua in search of a better life.
@sindiransigadis
CINTA SEJATI
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Teladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
@sindiransigadis
Ada tiga hal yang termasuk pusaka kebajikan, iaitu merahsiakan keluhan, merahsiakan musibah dan merahsiakan sedeqah (yg kita keluarkan)
@sindiransigadis
“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah, sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung.
(QS. Al-Hajj 22:77)”
@sindiransigadis
Sesungguhnya hati Orang yang bOdoh itu ada di mulutnya tetapi hati Orang yang bijaksana ada di hatinya.
@sindiransigadis
BerkOngsilah walau setitik madu suatu kebaikan, berkOngsilah walau sesudu garam dOsa demi pengajaran, kerana kelak itulah buah bekalan.
@sindiransigadis
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesOngkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami...
@sindiransigadis
Tanda orang yang bijaksana adalah:
Apabila dia dalam kesusahan dia mengadu pada Allah dan yakin Allah membantunya.
Apabila dia melakukan dosa maka bersegera dia istighfar dan bertaubat.
Apabila dia melakukan ibadat dia tidak merasa dirinya ahli ibadat dan disembunyikan amal ibadatnya.
Apabila dia difitnah dia tidak membalas fitnah dengan celaan hanya menyerah pada Allah.
Apabila dia mendapat rezeki dia bersyukur kpd pemberi rezeki tanpa mengira sikit atau banyaknya.
-Ustaz Mustaffa Kamal
Hidup ini penuh dengan ujian
Dan ujian kita tidak akan sama
Kalau tanpa ujian itu bukan kehidupan namanya
Benar..
Ujian itu mematangkan kita
Ujian itu membuatkan kita tabah
Ujian itu membuatkan kita kuat
Tanpa ujian kita tidak akan merasai bagaimana jatuh dan bangkit kembali
Allah menguji kita tanda DIA sayang
Dia rindukan rintihan kita
Bersujudlah
Merintihlah
Luahkan...menangislah
Kerana DIA sentiasa mendengar..
Bersangka baik dengan setiap ketentuan NYA
Tabah lah dalam menghadapi ujian dari NYA
Kerana ada hikmah di sebalik semua nya..
@sindiransigadis
✨ COME JOIN AND ENJOY ✨
♨️ @ketenanganumat
Carilah ketenangan disisi Ilahi.
♨️ @mrdoityourself
DIY ~ Do It YOURSELF
♨️ @kitabdoa
HIMPUNAN DOA
♨️ @NakCakap
Jangan menilai orang lain dari luaran!
♨️ @ukiranhati
Semuanya bermula dari hati.
♨️ @islamitu_indah
Islam Itu Indah
♨️ @deepline4U
Mentarbiyyah bukan Hanya Dari Kata ii Manis.
♨️ @quotephotovideo
Nasihat² KEHIDUPAN
♨️ @hatikuhatimu
KEMBARA KASIH, MUSAFIR CINTA
♨️ @sindiransigadis
Allah sayang, sebab tu ada ujian
♨️ @AyatStatus
Random post from admin. Macam-macam ada!
SEBARKAN BENDA BAIK.
THANKYOU! ✨
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?
“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,”
-Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah
@sindiransigadis
Air mata taubat nasuha seorang hamba yang derhaka pada Tuhannya..
Allah S.W.T berfirman, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar gemuruh api neraka yang suaranya sudah dapat mulai didengar sejarak 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang, bahkan para nabi sekalipun akan berucap, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak segera kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?”
Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis karena takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”
@sindiransigadis