syababulmuslimeen | Unsorted

Telegram-канал syababulmuslimeen - PRISMA OFFICIAL

845

Channel ini dibuat bagi menyalurkan note-note usrah serta kata2 hikmah PRISMA

Subscribe to a channel

PRISMA OFFICIAL

💖 SEBARKAN RASA CINTA DI BULAN MULIA 💖

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera buat semua. 🤗

🌸 Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami dari D'Syabab PRISMA Consultancy akan mengadakan program Iftar Jamaie bersama pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Dar As-Thaqofah pada 19 Mei 2019 bersamaan 15 Ramadan 1440H.

🌹Bagi menjayakan program ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan dari pihak Dato'/Datin/Tan Sri/Puan Sri/Hj/Hjh/Tuan/Puan untuk sama-sama menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit.

☁ Sesungguhnya amalan sedekah itu tidak akan mengurangkan walau sedikitpun harta kita kecuali BERTAMBAH, BERTAMBAH, dan BERTAMBAH.

🌻Salurkan SUMBANGAN anda kepada :🌻

❄CIMB
❄7621190989
❄ANIS SHAFIQAH BINTI IDRIS

Resit sumbangan boleh diberikan kepada salah satu nombor dibawah (WhatsApp):

1. https://www.wasap.my/60176890567
2. https://www.wasap.my/60183593985

😊 Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Jika tidak mampu menderma, sebarkan pun InsyaAllah ada ganjarannya di Akhirat nanti.

Syukran Jazilan ☺

✨ Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya, dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk, serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” (HR Thabrani)

#DSPC
#PRISMA
#IftarJamaie
#Sebarkan

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Maksud berjaya ni sangat subjektif .

Lain orang , lain definisi nya .

Bagi students , berjaya adalah bila pass exams and dapat dekan or jadi pelajar terbaik

Bagi pekerja , berjaya adalah dapat menyiapkan tugasan dengan baik dan dapat bonus

Bagi ibu bapa , berjaya adalah berhasil membesarkan anak2 sehingga berjaya

Bagi anak2 pula adalah apabila dapat membanggakan parents dan mengubah nasib keluarga

Dan mungkin bagi para suami , berjaya adalah apabila dapat membahagiakan dan memenuhi semua permintaan isteri tercinta .

Jadi dapat saya simpulkan pendefinisian berjaya ini sebagai satu imbalan kebaikan atas setiap perkara yang kita usahakan .

Sabda Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun '
(Riwayat Abu Daud).

Namun saya lebih tertarik dengan definisi berjaya bagi seorang hamba kerana siapa pun kita , pelajar , pekerja , ibu bapa , suami itu semua adalah hamba kepada yang Esa .

Jadi apa definisi berjaya bagi seorang hamba Allah ?

Rasulullah SAW bersabda dari Sayyidina Umar Al Khattab ra :

" Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. "
[HR Imam Ahmad]

Ini adalah definisi berjaya yang sebenar .

Apabila seorang hamba di iktiraf berjaya oleh Si Penciptanya .

Dan imbalan nya tidak lain tidak bukan adalah syurga Allah swt yang kekal abadi .

Dan gagal pula membawa makna sebaliknya .

Wallahua'lam

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Mana mungkin hidup di dunia hanya bersenang-lenang. Kita pasti bersusah payah melalui duri dan badai ujian. Hingga nanti segala luka tersiram dengan reda Allah dan segala lelah terubat dengan syurga-Nya.

@syababulmuslimeen🌵

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Sunnah Rasulullah SAW itu sangatlah banyak . Ada yang dari perbuatan , pakaian , percakapan dan apa2 sahaja yang terkait dengan Rasulullah SAW, maka itu adalah sunnah yang perlu diikuti.

Rasulullah SAW telah memberi amaran bahawa banyak sunnah Baginda SAW yang akan dilupakan di akhir zaman kelak .

Rasulullah SAW bersabda :

" Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika zaman kerosakan ummat , maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid".
(Riwayat Baihaqi)

Cubalah untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sedikit demi sedikit . Bermula dengan sunnah minum dan makan duduk , berpakaian sunnah dan seterusnya ke peringkat2 yang lebih afdhal .

Imam Bukhari berkata, “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah , kerana sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya (dalam kalangan manusia) ”

Wallahua'lam 🌸

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Rasulullah SAW pernah bersabda :
" Orang yang bijak adalah orang yang menghitung dirinya sendiri, dan beramal untuk bekalan selepas mati.. "

Diakhirat kelak , kedua2 kaki seseorang itu tidak akan berganjak sehinggalah dia ditanya tentang empat perkara mengenai urusan dirinya sendiri iaitu ; umur , Ilmu, harta dan tenaga/tubuh badan.

Jadi mengapa mesti ada sikap menunding jari melihat kesalahan orang lain ? Sedangkan diri kita sendiri masih terkapai2 lemas dalan ombak nafsu yang tidak pernah reda ?

" Sebesar-besar aib adalah kamu mengaibkan (memburukkan orang lain) , tetapi aib tu sebenarnya terdapat pada diri kamu sendiri juga ” - Sayyidina Ali Ra

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Sewaktu Subuh mula menyingsing, bergegar bumi kaum Luth dengan teramat dahsyatnya. Getaran itu adalah gempa bumi yang kuat dan hebat.

Bumi mereka diterbalikkan disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil (batu daripada api) serta-merta menghancurkan Kota Sadum dan semua penghuninya. Lalu matilah mereka, bertaburan mayat yang dilaknat ALLAH.

Rasulullah SAW bersabda :

"Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki (dari pusat hingga lutut) dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perempuan dalam satu selimut tanpa pakaian."

(Riwayat Bukhari)

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Dari Abu Hurairah ra , Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya, di antara hamba-hamba Allah ada golongan yang bukan nabi, tetapi para nabi dan syuhada cemburu terhadap mereka.”

Ada sahabat ra yang bertanya,
“Siapakah mereka wahai Rasulullah? Semoga kami boleh turut mencintai mereka.”

Rasulullah SAW pun menjawab :

“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah tanpa ada hubungan keluarga dan nasab di antara mereka. Wajah-wajah mereka bagaikan cahaya di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak takut di saat manusia takut, dan mereka tidak sedih di saat manusia sedih.”

[HR ABU DAUD]

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Biasakan diri ketika 10-15 minit sebelum tidur tu , jangan melakukan sebarang aktiviti seperti baca buku , main fon, scroll ig etc .

Ambil masa ini untuk menzahirkan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW melalui rantaian selawat ke atas Junjungan mulia Baginda SAW .

Tutup mata , berselawat dan menangislah merindui pertemuan dengan Rasulullah SAW .

Kemudian tidur lah dengan pengharapan untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW di dalam mimpi . Buat hari-hari . No escape ! Bukan fikir nak mimpi boypren/girlpren .

" Siapa yang ingin bermimpi bertemu Rasulullah SAW, hendaklah memperbanyak mengingatinya pada waktu malam dan siang disertai dengan mencintai orang-orang yang mulia, para wali dan orang-orang yang terhormat (para ulama solehin) " - Imam Abdul Wahhab asy Sya’rani rhm

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Teringat kami akan pesanan guru kami ,

" Jika kamu baru ingin mengamalkan sesuatu amalan sunat , maka ringankan lah ia "

Cth , kalau kita baru nak berjinak2 dengan solat sunat rawatib , maka ringkaskan , buat yang rukun sahaja pun sudah memadai . Istiqamah dan kemudian sempurnakanlah dengan yang sunat dari semasa ke semasa .

Seperti juga selawat , tak perlu lah berasa begitu teruja untuk berselawat 10000 kali sehari , tapi cuma bertahan 2 hari sahaja (lepas tu tak selawat dah) . Biarlah dimulai dengan sedikit , kemudian ditambah dan ditambah .

Sama konsepnya dengan solat malam , membaca Al Quran , solat malam dan *amalan2 sunat* (amalan fardhu jangan buat sikit2 pula) yang lain .

Berstrategi dalam beribadah . In shaa Allah istiqamah .

“Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Muttafaqun Alaih)

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Tawaduk itu perbuatan hati .
Ia tidak dinilai melalui pakaianmu yang lusuh mahupun serbanmu yang menggunung,
Tidak juga dengan kata-kata yang menidakkan pujian ,
walhal di dalam hati hancur dengan kebanggaan dan kesombongan.

Tetapi orang yang tawaduk adalah mereka yang akhlaknya terpuji, perilakunya merendah diri, egonya diletak tepi dan nasihat orang mudah meresap ke hati .

Tawaduk menghasilkan keikhlasan dan keikhlasan membuahkan keberkatan 🌸

#islamquotes #islami #islamic #i̇slam #dakwah #dakwahislam #dakwahsentap #dakwahislamic #dakwahsunnah #tawaduk #katakata #katakatasemangat #prisma #syababulmuslimeen #consultancy #multimedia

https://www.instagram.com/syababulmuslimeen/

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 17 Ramadhan

Andai kita merasa adanya 'kekosongan' di hati, ambillah Al-Quran. Bacalah surat cinta dari Ilahi itu, lalu tadabburlah isinya. Hati akan 'terisi' dan lebih tenang, insyaAllah!

Ia boleh menjadi pembela, mampu juga menjadi pendakwa di mahkamah akhirat. Baca, selami dan amal, jangan diabaikan!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 15 Ramadhan

Saat terasa lelah menuntut ilmu, bersama banyaknya tugasan, menimbunnya tanggungjawab, duduklah dengan tenang sejenak. Ambil sedikit masa, motivasikan diri sendiri. Sedarkan hati, menuntut ilmu ini, kerana apa?

Tajdid niat kita setiap hari hanya kerana Allah dan teruslah berjuang menuntut ilmu!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

https://www.facebook.com/dsyababprisma/

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 12 Ramadhan

Dari 4 tingkatan dosa, pertamanya rasa bersalah pada dosa, kedua biasa dengan dosa, ketiga seronok dengan dosa, dan terakhir mempertahankan dosa. Dimanakah kita?

Iringkanlah rasa bersalah terhadap dosa dengan istighfar dan taubat agar kita tidak naik ke peringkat dosa seterusnya. Na'udzubillahi min dzalik!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 10 Ramadhan

Ada kalanya, kita diuji hebat. Terasa berat. Ada masa kita dihujani masalah pelbagai. Hingga otak berselirat. Tenanglah... Ujian itu warna-warni dunia sebelum kita menikmati ganjarannya di syurga.

Ujian itu, suatu bentuk cinta!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Assalamualaikum semua ahli channel yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT sekalian 🇲🇾

In shaa Allah channel ini akan *dipindahkan* ke channel baharu yang lebih baik atas faktor-faktor tertentu.

Jadi mari semua , ramai2 klik link di bawah untuk masuk ke channel baharu 😊

🐣 @dsyababprisma

P/S : Channel ini akan dihapuskan dalam masa seminggu dari sekarang . Jadi semua boleh left dari channel ini selepas masuk ke channel baharu .

Jazakumullahu Khairan ❤️

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Jangan jadikan putus asa itu rakan karib kita, tapi jadikanlah utuh asa itu sebagai sahabat baik kita.

Jadi, kita akan terus dan tetap berusaha sekalipun penat tak terkata.

@syababulmuslimeen🌵

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Amalan yang paling makbul (diterima Allah) tanpa halangan tanpa alasan. Diterima terus oleh Allah adalah SELAWAT KE ATAS NABI SAW.

Solat belum tentu diterima.
Puasa belum tentu diterima.
Sedekah belum tentu diterima.
Amal apa pun belum tentu Allah terima kalau tak bersih hati ni.

Ttetapi selawat walaupun dalam keadaan riya' sekalipun adalah DITERIMA ALLAH SWT

Dalam sebuah syair dikatakan:

أَدِمِ الصَّلاَةَ عَلَى مُحَمَّدٍ #  فَقَبُوْلُهَا حَتْمًا بِغَيْرِ تَرَدُّدٍ

أَعْمَالُنَا بَيْنَ الْقَبُوْلِ وَرَدِّهَا  # اِلاَّ الصَّلاَةَ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ

“ Istiqamahlah untuk membaca selawat, kerana selawat pasti diterima tanpa ada keraguan. Amal-amal kita antara diterima dan ditolak, kecuali selawat ke atas Nabi pasti diterima. ”

Wallahua'lam 🌸

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Akan ada satu golongan di akhirat nanti yang akan berjalan di atas titian surat dalam keadaan merangkak/mengesot membawa dosa2 mereka .

Teringat saya akan satu hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang gambaran titian sirat ini :

“ As Sirat sangat licin dan menggelincirkan, di atasnya ada  *khathaif* ( besi yang mudah tersangkut padanya ), *kalalib* ( besi bercabang – cabang yang sangat tajam ),   *haskah*  ( pohon berduri tajam yang sangat keras ), ia mempunyai duri melingkar .. "

Semoga kita dijauhkan daripada termasuk golongan ini . Ameen 🌸

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

" Eh , dia tu bila ada ustaz selebriti datang , baru nampak muka kat masjid . Kalau tak , haghamm "

" Alah dia tu mula2 je ni solat subuh berjemaah , 2-3 hari lagi nanti tak dah lah tu "

" Eee , pakai tudung waktu ada majlis agama je , kalau tak , tak pakai , munafik "

Selalu kan kita dengar kata2 di atas dalam masyarakat kita ?

Ini adalah penyakit parah yg ada dalam diri orang yang sombong .

Teringat saya akan satu hadis daripada Rasulullah SAW tentang makna sombong :

" .. Sombong adalah menolak kebenaran dan *merendahkan orang lain* "
[HR MUSLIM]

Jangan biasakan hati kita mencela orang lain . Tidak akan bersatu hasad dan takabbur dalam hati seseorang itu melainkan badannya akan menjadi bahan bakar api neraka Allah .

Cuba ubah sifat sombong kepada Tawaduk (merendah diri) . Ajar diri untuk tidak mencela , sebeliknya mendoakan nya :)

Rasulullah SAW bersabda :

" Mahukah kamu aku beritahu tentang perihal penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur (sombong). “
[Muttafaqun Alaih] 🌸

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Sang pencinta pasti merindui orang yang dicintai

Bagaimana mungkin seorang umat Rasulullah SAW tidak merindukan pertemuan dengan Baginda SAW ? Melihat wajah Rasulullah SAW sahaja sudah mampu menggugurkan segala kedukaan di hati sehingga ke hari kiamat .

Bahkan Al-Imam al-Jalil Abdurrahman al-Diba'i dalam maulidnya menuliskan bahwa wajah Rasulullah SAW adalah seperti rembulan bahkan lebih indah cahayanya daripada rembulan. Tidak akan ditemukan wajah seseorang yang lebih indah baik sebelum atau sesudah Baginda!

" Aku memandang wajah Nabi, lalu melihat ke arah bulan, maka bagiku beliau jauh lebih indah dari bulan yang sedang memancarkan cahaya itu ” - Sayyidina Jabir Bin Samurah ra

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Potensi untuk terdedah dengan fitnah media ini lebih besar dari realiti .
Apa yang ingin saya tekan kan adalah hubungan sosialisasi masyarakat

Ada masanya , bila kita chat dengan someone ,
salah faham boleh berlaku hanya kerana kita tak letak emoji 'smiley' .

Ada juga rumah tangga yang hancur disebabkan si isteri asyik leka ber'chatting' dengan sahabat2 Facebook nya sehingga mengabaikan tanggungjawab nya.

Tak kurang pula kewujudan keyboard warrior yang memecah belahkan masyarakat dengan fitnah2 yang tidak berasas sehingga runtuhnya perpaduan dan keharmonian sedia ada .

Maka berdiam diri di media sosial dan tidak cepat melatah itu adalah langkah yang paling berkesan untuk menangani masalah ini sepertimana nasihat Rasulullah SAW :

" Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat , maka dia akan berkata perkara yang baik , ataupun diam "

Wallahua'lam

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Hakikat daripada beribadah itu adalah ikhlas kerana Allah swt semata .

Keikhlasan ini yang akan menjadi kayu ukur kepada penerimaan sesuatu amalan di sisi Allah swt .

" Akhi , adakah saya perlu berhenti bertahajjud sebab kadang2 saya riak ? "

Yang perlu dibuang itu riya' nya , bukan tahajjudnya !
Tidak perlu tunggu ikhlas baru mahu beribadah .
Bagaimana nak ikhlas jika tidak beramal ?

Ingat , kamu tidak akan masuk syurga dengan amalan kamu ,
tetapi syurga tidak akan dimasuki oleh mereka yang tidak beramal .

Maka perlahan-lahan membuang penyakit riya' dan digantikan dengan ikhlas kerana Allah SWT .

".. Pada hari kiamat , ketika membalas amalan-amalan manusia, Allah SWT akan berfirman: “Pergilah kepada orang yang kamu dahulu sewaktu di dunia berbuat riya’ kepadanya, dan lihatlah apakah kamu dapatkan balasan (pahala) darinya? "
[HR. Ahmad, At-Thabrani dan Al-Baihaqi]

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Dari Abu Darda RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:

"Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?"

Para sahabat berkata,
"Tentu ya Rasulullah."

Baginda SAW bersabda:
"Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)."

(HR Abu Daud)

@syababulmuslimeen

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

D' Syabab PRISMA Consultancy mengucapkan tahniah kepada semua calon STPM/setaraf yang telah berjaya mendapat tawaran UPU. Semoga terus berjaya dalam menuntut ilmu.

Bagi yang tidak berjaya, usahlah berdukacita. Teruskan usaha kalian. Buatlah rayuan dan teruskan berdoa. Allah akan beri yang terbaik untuk semua hamba-Nya.

Setiap manusia itu, telah ditetapkan rezekinya masing-masing. Janganlah mengeluh dan banyakkanlah bersyukur.

Mubarak alaikum!

PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 16 Ramadhan

Apabila seseorang memberi kita hadiah atau memberi pertolongan, ringan dan laju sahaja bibir mengucapkan terima kasih. Andai pada manusia kita mampu berterima kasih, mengapa tidak pada Pencipta? Kita pasti mampu juga!

Seluas bumi nikmat diberi, ayuh kita syukuri!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 14 Ramadhan

Bila kita lihat ada insan yang tidak elok keperibadiannya, sikapnya, perbutannya, jangan kita membenci dia. Tapi, doakanlah dia. Jika mampu, tegur dan bimbinglah dia. Setiap orang layak berubah. Tiada orang yang tidak mahu kembali pada fitrah; sukakan kebaikan.

Membenci orang hanya akan menambah sakit di hati kita sendiri. Jangan putus asa, doakan dia!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 13 Ramadhan

Dalam bersahabat, seringkali datangnya ujian. Perselisihan, persengketaan, kesalahfahaman. Tidak hadir semua itu, kecuali untuk menguatkan lagi ikatan ukhuwah itu.

Sahabat tak selalu ada di sisi, tapi tiap kali diuji akan ada sedikit dari kekuatan yang dia salurkan melalui doa. Hargai!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 11 Ramadhan

Saat sahabat-sahabat sudah mempunyai pasangan, kita masih sendirian. Kenapa? Apakah Allah zalim? Awak, kita tak sendirian. Kita ada Al-Quran yang boleh jadi sahabat, dari hidup hingga mati. Antara 'sahabat soleh' yang dapat memberi syafaat buat kita di akhirat kelak adalah *Al-Quran.*

Membaca surat cinta dari Ilahi, jiwa kan disirami selautan ketenangan. Itulah ketenangan hakiki!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…

PRISMA OFFICIAL

Buah Cinta 9 Ramadhan

Menjadi baik itu, prosesnya panjang. Bukan cuba hari ini, esok sudah soleh. Ianya memakan masa. Yang perlu kita lakukan adalah usaha dan doa. Kadang gagal, tapi dari itulah kita akan merasai manisnya saat berada di puncak.

Sekalipun menjadi soleh bukan semudah kata, tapi janganlah berhenti berusaha!

🌸PRISMA | 2018

Читать полностью…
Subscribe to a channel