syafiqridhwan | Unsorted

Telegram-канал syafiqridhwan - Syafiq Ridhwan

1106

Our goal is simple. To encourage people to practice love through small acts of kindness everyday

Subscribe to a channel

Syafiq Ridhwan

Isteri saya seorang cikgu sains.

Jadi setiap kali dia balik rumah, dia selalu bercakap soal anak-anak muridnya yang teruja untuk belajar tentang subjek ni.

Tapi dari dapatan dia sebagai seorang cikgu, murid-murid ini sebenarnya banyak perkara yang mereka ingin tahu. Cuma kadang-kadang bila ada perkara-perkara yang tidak jelas, ia menjadi sedikit sukar untuk mereka bayangkan dan faham.

Semalam saya tunjukkan isteri tentang sebuah buku ni. Buku ni dengarnya dah terjual hampir 120,000 naskhah di tiga buah negara. Dashyat betul. Punyalah laku.

Jadi bila isteri saya dom belek-belek, jujur dia memang teruja dan suka betul dengan buku ni. Senang untuk dijadikan rujukan katanya.

Setiap buku ini ada 150 mukasurat bergambar dan berwarna. Memang menarik minat anak-anak dan mak ayah tidak kiralah pada sesiapa pun akan mudah untuk minat dan faham.

Dengarnya untuk kali ini, buku ini telah diulang cetak untuk kali kelima dan juga kali keenam. Memang laju betul jualan dia.

Kalau kalian benar-benar berminat untuk jadikan peneman bed time story anak kalian sebelum tidur atau jadikan sebagai hadiah kepada anak buah, waima nak jadilan bahan bacaan sendiri pun boleh,

Terus klik link di bawah ya.

https://app.terokasains.com/shop/000759
https://app.terokasains.com/shop/000759
https://app.terokasains.com/shop/000759

Percayalah, pasti bermanfaat!

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Kita kerja untuk apa?

Adakah dengan kita kerja, semata-mata hanya untuk duit? Andai untuk duit, kenapa kita marah bila diminta kerja lebih masa oleh boss? Bukankah kerja dan tanggungjawab itu datangnya seiring.

Adakah kita kerja semata-mata untuk beli rumah besar? Kenapa bila kita dah diami rumah besar, bil eletrik naik tinggi, kita merungut? Bukankah rumah yang besar, memang bilnya akan sedikit tinggi.

Adakah kita kerja untuk kereta yang mahal? Kenapa bila kita beli kereta mahal, kita masih merungut bila perlu membayar maintenance yang besar? Bukankah kereta yang mahal itu memang begitu harga penjagaanya.

Semua benda tu bermain dalam fikiran aku bila melangkah balik kerja tadi. Ditemani suara orang mengaji dari arah surau ditepi jalan.

Sambil jalan-jalan, teringat muka isteri, teringat muka anak. Dan aku sedar yang aku kerja kuat ini, bukanlah untuk semua benda tu, melainkan untuk keluarga ini.

Jadi bila bangun pagi, walaupun dengan rasa bermalas-malasan, aku gagahkan juga melangkah kerana fikir ada perut yang perlu aku isi dan bukan sekadar perut sendiri saja.

Bila melangkah ke dalam kereta untuk start kereta, termenung aku sekejap. Aku faham duit yang aku perolehi setiap hujung bulan ini, mampu memberikan senyuman pada mereka ini, belikan barang yang mereka suka.

Dan bila aku down dalam hal-hal berkaitan kerja, aku lihat semula gambar-gambar mereka. Aku tahu, dengan hasil jerih penat lelah aku ni, boleh membuatkan mereka bahagia. Aku down tak apa, tapi tidaklah untuk mereka.

Aku tak rasa aku seorang begini. Semua suami berusaha berikan yang terbaik untuk keluarga kecil mereka.

Balik dalam keadaan penat pun, tetap tersenyum bila disambut anak di pintu rumah. Serabut macam mana pun, bila isteri ajak makan, dituruti juga dengan penuh sopan.

Ada perkara yang dipendam dan didiamkan saja. Demi memastikan tiada siapa insan yang dia sayang kecewa dan terluka.

Hargailah suami kalian.

Memang dia tercipta untuk kalian. Untuk memelihara dan melindungi kalian kaum perempuan. Hormatilah dia. Sayangilah dia.

Ajal jodoh semua di tangan Tuhan.

Dan ya, jodoh dia adalah bersama dengan kalian. Kita pada akhirnya, akan bersama-sama dengan orang yang kita sayang.

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Bila kau ada masalah dengan orang yang kau sayang, mungkin akan ada seseorang yang datang kepada kau dan dia berkata.

“Dekat luar sana ada orang lebih baik untuk kau. Pergilah. Tinggalkan dia demi yang lebih baik”

Ya, semua orang akan berfikiran begitu.

Betul. Tinggalkanlah sebab kau rasa dia terlalu susah untuk dinasihati. Dia terlalu ego. Dia terlalu mudah melakukan perkara yang kau tak suka.

Tinggalkanlah.

Sehingga kau menyedari yang setiap orang, pasti akan ada orang yang lebih baik daripadanya. Dan perkara ini akan berterusan sehingga bila-bila.

Kerana apa? Kerana manusia tidak akan pernah rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang dia ada. Dengan apa yang Tuhan sudah berikan.

Setiap orang yang kau baru bertemu. Semuanya akan kelihatan baik-baik sahaja. Kau akan nampak dia cantik, baik, serasi dengan segala yang ada pada diri kau.

Sehinggalah bila kau tiba pada satu situasi, semuanya akan terkeluar. Kelemahan dia, kekurangan dia, ego, marah dan segala perkara yang kau rasa dia tidak lagi sesuai dengan diri kau. Dan perkara yang sama akan bermain semula di dalam fikiran kau.

“Ada orang yang lebih baik untuk aku di luar sana”

Berhentilah.

Kalau benar kau sayang, kau ambil kekurangan sebagai kelebihan.

Kalau benar kau sayang, kau temui titik kelemahan, kau jadikan semula sebagai kekuatan.

Kalau kau benar sayang, kau menerima segala yang ada pada dirinya, boleh juga kau memaafkan ketika mana dia melakukan sedikit kesalahan.

Dan bila kau benar-benar sayang, tidak kira apa pun berlaku, kau akan sentiasa bersama dengan dia.

Dan inilah sebenar-benar kesempurnaan.

Apa pun masalah yang kau hadapi dalam perhubungan kau sekarang, ambillah masa sejenak dan berfikir, bagaimana dia sanggup memberikan cinta satu tika dulu, bagaimana dia sanggup tinggalkan orang lain untuk hidup bersama dengan kau, dan bagaimana kalian bercita-cita untuk hidup gembira bersama selamanya.

Semua orang tidak sempurna. Dan jangan cari kesempurnaan.

Ciptalah ia.

Kau akan baik-baik sahaja.

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

"Dua orang yang saling mencintai. Berdiam diri"

"Saling menunggu"

"Menunggu dipertemukan oleh tuhan"

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Just pray to be married to someone that respects you, your feelings, your dislikes, your insecurities and discomfort, and your goals.

It’s one thing to love someone the way you want to love them and another to love someone the way they need to be loved.

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Bahagia ini kita yang cipta. Tapi kebahagiaan ini bila-bila masa Tuhan boleh ambil dan berikan kepada orang lain.

Kau kalau dah jumpa orang yang kau rasa betul. Jagalah baik-baik. Kau hanya akan kehilangan dia bila mana kau tidak lagi memperdulikan diri dia. Perubahan diri dia. Bila kau tidak pedulikan lagi perasaan dia. Bila kau tak lagi endahkan persoalan yang dia timbulkan dan ianya terbiar sepi.

Percayalah. Kau akan kehilangan dia bila mana kau wujudkan rasa dalam diri dia yang dia tidak lagi penting dalam hidup kau. Yang kau akan baik-baik sahaja tanpa dia. Kau ini sebenarnya tidak memerlukan dia sebagaimana dia memerlukan kau semula.

Banyak lagi perkara. Sembunyikan rahsia seorang diri tanpa berkongsi rasa. Kau menganggap dia sama sahaja seperti orang lain dalam hal-hal tertentu. Tentang apa yang dia borakkan pada kau, kejayaan dia, pencapaian dia dalam karier, walaupun orang lain memandang dia dengan pujian, tetapi tidak bagi kau. Bagi kau ianya biasa sahaja.

Kau juga akan kehilangan dia bila tiada lagi komunikasi antara kalian berdua. Kau tidak lagi menunjukkan pujian. Dan tidak lagi mengambil berat tentang kehidupan dia.

Benar. Ramai orang baik dalam dunia ini. Yang baik untuk kau itu cuma satu. Selebihnya adalah ujian. Kau sendiri tentukan.

Kadang kala orang yang jauh lebih dicari. Sedangkan di sisi setia menemani. Hingga ke hari ini dia setia menemani dan kau, hanya memejamkan diri.

Moga baik sahaja untuk kalian berdua.

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Bila kau adalah seseorang yang kerap tersenyum, orang tak akan kisah kalau kau okay ke tak. Mereka tak akan bertanya. Mereka rasa kau baik sahaja. Kerana senyuman kau buat mereka tertipu.

Walhal, senyuman itu adalah satu-satunya jalan untuk kau menutup segala kedukaan. Segala kesedihan. Dan kadang-kadang itu sahaja jalan untuk menunjukkan yang kau kuat, sedikit pun tidak terluka dan kecewa.

Bila kau adalah seseorang yang kerap tersenyum, orang akan anggap kau tiada perasaan sedih. Orang akan rasa kau mudah memaafkan. Dan kau mudah melupakan.

Walhal mereka sendiri tak tahu yang kau ingat kesemuanya. Yang mana senyuman kau ini adalah sekadar untuk menunjukkan kau juga sensitif, kau juga ada perasaan, dan kadang kala kau juga rapuh.

Bila kau adalah seseorang yang kerap tersenyum, orang tak tahu yang di sebalik senyuman kau, tersimpan satu lautan air mata dan tersimpan seribu satu kisah duka. Kau seorang diri menghadapi tanpa henti.

Ya kawan.

Orang yang menyangka kau tersenyum ini tak akan mengikut kau pulang ke rumah, dan melihat kau sendirian menangis di dalam bilik, dan satu-satunya harapan yang kau ada waktu itu, adalah Tuhan.

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Kadang-kadang, bersendirian itu lebih baik.

Betul. Kalau dengan perhubungan tu buatkan kau tak gembira, lebih baik sendiri. Tapi tak bermakna kau perlu bersendiri untuk semua perkara. Tidak bermakna juga kau perlu mengabaikan semua orang demi melindungi diri kau sendiri.

Dan tak bermakna kau perlu menolak sekiranya peluang itu tiba.

Bila kau jumpa seseorang di mana dia mampu melayan kau dengan layanan yang seharusnya, yang memberikan usaha untuk buatkan kau tersenyum, yang membuatkan kau rasa hidup untuk kesekian kalinya selepas beberapa tempoh yang lama, itu lebih baik daripada kau bersendiri.

Dan lebih baik kau berani untuk mengambil risiko tersebut. Berkenalan. Belajar mempercayai antara satu sama lain. Benarkan dia masuk ke dalam hati kau, walaupun kau tahu yang bila-bila masa dia boleh mengecewakan.

Bila kau berjumpa dengan seseorang yang seolah melengkapi kau dari segenap segi, kau tak boleh biarkan ketakutan mempengaruhi kau untuk kekal sendiri. Kau tak boleh menganggap yang perhubungan ini akan berakhir dengan kekecewaan.

Bila kau berjumpa dengan orang yang kau rasa betul, kau kena buka hati kau. Zahirkan perasaan kau. Berikan kepercayaan kepada diri kau yang orang ini tidak sama seperti orang-orang lain.

Walaupun sebenarnya, boleh saja kau melarikan diri, bersembunyi, mengabaikan, akan tetapi kau kena memberitahu diri kau yang kau berhak disayangi. Kau berhak dipandang oleh seseorang yang memandang kau seolah kau adalah dunia dia.

Berpura-pura seolah tiada perasaan tidak akan melindungi kau. Ia cuma menghentikan kau daripada orang yang mencari kau selama ini.

Percayalah.

Kau berhak dihargai seperti orang lain.

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

“Macam mana nak move on”

Satu mesej masuk ketika aku tengah menonton televisyen. Mata aku lama memerhatikan paparan skrin telefon. Jari seolah tiada sikit minat pun untuk membalas.

“Hm. Aku rindu” satu lagi mesej menyusul.

Aku melihat lagi skrin. Tapi kali ini, aku gagahkan diri juga untuk membalas.

Kawan aku ini baru kehilangan isteri. Isteri dia meninggal ketika berjuang untuk melahirkan anak mereka. Masa hari aku tahu, aku tengok tiada sedikit pun tangisan di pipi. Aku tengok dia masih boleh senyum seperti biasa. Seperti hari-hari kebiasaan yang dia lalui. Tapi aku tahu, dalam hati dia, gelora yang dia lalui bukanlah mudah.

Nak move on susah.
Kehilangan seseorang yang kau amat sayang juga susah.

Ada orang kehilangan isteri, suami, ahli keluarga, mak ayah sekelip mata. Perasaan yang ada tu bercampur baur. Tapi lagi sedih perasaan itu semuanya yang negatif. Sakit, pedih, kecewa, semuanya bersatu dalam diri.

Lagi-lagi bila selama ni, kau hidup dengan dia. Hidup dengan semangat dia. Hidup dengan senyuman dan ketawa dia. Hidup dengan semunya tentang diri dia.

Tiba-tiba, dia pergi. Dia pergi untuk selama-lamanya.

Kau akan rasa kehilangan. Secara tiba-tiba juga akan ada ruang kosong yang besar dalam diri kau. Ruang yang membuatkan kau menangis. Ruang yang membuatkan kau rasa keseorangan. Yang mana ruang ini jika kau tak mampu kawal, ia akan bunuh kau secara perlahan-lahan.

Dan ruang ini adalah ruang kebahagiaan. Kebahagiaan yang dibawa pergi sewaktu dia diangkat pergi.

Kau mahu bahagia ini wujud bersama dengan semangat dia. Bersama dengan senyum dan ketawa dia. Bersama dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan dia.

Tapi kawan, kau kena ingat. Ada orang yang memang ditakdirkan untuk datang dalam hidup kita untuk sebentar saja. Ia tidak datang untuk selama-lamanya.

Apa kau boleh buat?

Berjuanglah dengan hati kau sendiri. Kadang-kadang dengan terus menerus melarikan diri, ia tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

Jadi berani. Berani untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kau.

Bila kau besarkan hati kau. Kau redha dengan segala apa yang terjadi. Kau tahu semuanya sudah dalam perancangan Dia, kau akan baik-baik sahaja kawan.

Nothing is ever taken away except that something equally will come your way.

Kau akan dapat benda yang lebih besar dengan kesabaran kau tu kelak.

Whenever something is taken away from you, it creates space for something new to enter in your life.

Nak menangis, carilah Dia. Nak mengadu, carilah Dia. Nak berkongsi rasa, carilah kawan-kawan yang memahami. Luahkan sedaya kau mampu. Tapi untuk hari mendatang, kuatkan terus diri.

Dan aku suka cakap berulang kali tentang ini.

“Kita mungkin bukan orang yang paling beruntung, tapi kita pasti bukanlah yang paling malang”

Okay?

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Ada orang dia sanggup menunggu untuk tempoh masa yang lama. Sebab apa? Sebab dia percaya.

Ada orang dia sentiasa resah, takut kehilangan, kerana dalam diri dia tiada rasa percaya.

Benar, tak ada dalam dunia ini benda yang pasti. Tapi kepercayaan itu mengurangkan sedikit sebanyak rasa hati yang tak tenteram.

Tiada siapa marah kau nak tunggu. Walaupun benda itu tak pasti lagi. Tiada siapa boleh meyakinkan kau yang kau berhak untuk menunggu.

Disebabkan itu, letaklah kepercayaan kau pada tempatnya. Tempat di mana kau tahu hati kau tak akan mensia-siakannya.

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

“Cinta adalah pilihan. Hati, rasa, perasaan dan apa jua yang berkaitan dengannya adalah pilihan. Kau boleh pilih untuk ambil, atau meninggalkan”

Sunyi sepi.

“Aku percaya kita berhak menjadi siapa yang kita nak. Bila kau sukakan seseorang, kau rasa kau adalah orang yang sesuai untuk dia, kau boleh mengorak langkah untuk mengambilnya”

“Jadi kalau dia datang kat kau, dia kata “oh, saya rasa awak berhak dapat yang lebih baik” dia sebenarnya telah mensia-siakan peluang untuk menjadi seseorang yang baik untuk kau”

“Kau kena ingat. Seseorang tu kalau benar-benar dia nak dekat kau, dia pasti cuba. Sesukar mana, sesusah mana, kalau dia rasa kau bernilai, dia tak akan lepaskan peluang untuk terus mencuba”

“Tiada apa yang sukar untuk dicintai”

“Ia cuma bila keadaan menjadi terlalu sukar, dan kau berputus asa daripadanya. Kau melihat satu-satunya jalan yang tinggal adalah dengan hanya kehilangan”

“Walhal kalau kau duduk di sana. Kau boleh cuba untuk berjuang, tak kira betapa sukarnya. Dan kau memilih dia ini bukan kerana ia mudah, tetapi juga ketika hari-hari kelihatan sukar”

“Dan kau kena ingat. Apabila menyintai adalah pilihan, setia dan meninggalkan juga satu pilihan”

“Dunia boleh menunjukkan siapa yang akan masuk dalam kehidupan kau. Tetapi kau boleh memilih siapa yang akan tinggal di dalamnya”

“Cinta adalah pilihan”

“Kau boleh pilih dengan siapa yang kau mahu, mengikut kepada cara yang betul. Dan atas kapasiti ini, tiada salah untuk kau mencuba”

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Sebelum benar-benar ingin jatuh hati kepada seseorang. Menuai janji-janji manis. Menuturkan setiap bait-bait bahasa indah. Menabur buih-buih rindu. Tanya dulu pada diri.

"Betul ke mampu beri komitmen"
"Betul ke dah bersedia"

Kita ini.
Soalnya selalu berkisar tentang komitmen.

Semua orang suka kalau bercakap soal hati ni. Tapi bila berhadapan dengan komitmen, tak semua orang bersedia. Nak bagi nafkah, nak pikul tanggungjawab, nak jaga anak orang, nak pegang amanah, nak pimpin ke shurga. segala - galanya. Tak semua orang bersedia. Tak semua orang berani lagi.

Terdiam lama.

Tenangkan hati. Jangan tergopoh - gopoh. Jangan kelam - kabut. Hati manusia sifatnya memang sentiasa berbolak balik. Atas sebab itu, doa selalu pada tuhan. Doa ditetapkan hati. Doa ditetapkan perasaan. Doa diteguhkan iman. Dan segala rahsia yang terpendam seisinya di dalam.

Tuhan. Bila - bila masa Dia boleh membolak balikkan setiap isi hati kita dalam masa sekejap. Jangan mudah memberi janji, kalau diri sendiri pun belum pasti.

Sama - sama doalah untuk kita.

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

"Macam mana kalau orang yang dulu, pernah kecewakan saya, dia datang balik. Memulangkan semula harapan, mengingatkan kembali memori lama, then bercita - cita besar agar kami dapat kembali seperti dulu"

"Awak mahu?"

"Tak pasti. Mulut kata tak nak, tapi hati"

"Tak perlu rasanya"

"Kenapa?"

Kami berpandangan. Lama kami terdiam. Masing - masing punyai pendapat sendiri.

"Kalau saya, tak. Saya tak akan berikan dia ruang lagi. Saya tak akan beri dia peluang untuk kali kedua dia hancurkan segalanya. Saya tak akan tergelincir lagi untuk kali ini. Dia kecewakan awak untuk pertama kali, pasti dia akan kecewakan lagi untuk kali kedua. Jangan biarkan sapaan dia kali ini, buat awak lemah. Jangan letak harapan tinggi untuk semuanya kembali seperti sedia kala. Jangan"

"Ramai orang berimpian, orang yang pernah kecewakan dia dengan teruk satu tika dulu, datang semula, then bawa harapan dan perwatakan yang baru. Betul, mereka boleh buat macam itu, tapi belum tentu pengakhirannya akan sama macam apa awak jangka"

"Awak hanya akan bertambah sedih"

"And you will feel so powerless because you let the one thing that had power over you, get to you again"

"So, please. Jangan biarkan orang yang sama, henyak perasaan awak lagi dan lagi"

"Satu hari, awak akan bersyukur kerana mempertahankan apa yang awak buat ini, dan bukan menyesal atas perkara yang silap berulang kali dan tak akan terjadi"

"Kuat"

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Kalau kau masih single.

Sama ada disebabkan masa lepas yang menjadikan kau begitu. Ditinggalkan, kau meninggalkan, atau sehingga sekarang kau tak pernah menjumpai sesiapa. Kau tak perlu berasa malu.

Walaupun ketika mana kau melihat kawan-kawan kau sudah lama selesai mendirikan masjid. Sama ada kau melihat kenalan-kenalan kau sudah mula bermain dengan anak-anak. Sama ada kau melihat umur kau berganjak dari satu usia ke satu usia, tak usah berasa malu.

Single ini perlu juga kau raikan seperti orang lain. Kau berada di tempat di mana cara pemikiran kau, keputusan yang kau akan buat, apa-apa tindakan dan pilihan yang akan kau lakukan, kesan dan kelebihannya hanya kau sendiri akan alami.

Kau boleh meneruskan tanpa paksaan atau dorongan sesiapa untuk menuju ke arah jalan yang kau mahu. Gembira, bahagia, apa pun perasaan yang menyenangkan hati kau sendiri. Kau punyai banyak masa dan tak perlu tergesa-gesa.

Betul, kadang-kadang bila kau sendirian. Melihat kawan-kawan kau bahagia disamping keluarga mereka, kau akan terdetik.

"Aku ke punca sesuatu hubungan itu gagal?"
"Adakah aku yang kerap melakukan kesalahan?"
"Aku ke yang perlu disalahkan terus menerus?"

Dan persoalan demi persoalan akan berlegar-legar di dalam pemikiran kau. Sedangkan, kau sebenarnya lebih dari itu boleh disayangi. Lebih dari yang sepatutnya kau berhak dapat berbanding apa yang kau dapat satu tika dulu.

Jangan kerap memikirkan masa lepas. Bila kau terlampau fokus melihat ke belakang, kau tak akan hargai orang-orang yang datang dalam hidup kau sekarang. Dan bila kau tak dapat lepaskan kesakitan masa lepas kau, kau tak akan dapat beri ruang kepada orang yang baru, pengalaman baru, dan peluang yang baru.

Paling penting, kau kena ingat.

Single itu cuma satu status. Yang kau kena hargai adalah diri kau sendiri. Kau tak boleh biarkan status diri kau menentukan apa yang kau akan jadi.

Kau lebih bernilai berbanding status yang menghadkan keupayaan kau. Dan sama ada kau menjadi manusia yang baik atau tidak, ia tidak ditafsir berdasarkan sama ada kau dicintai atau kau mencintai.

Selagi mana kau hidup, kau kerja, kau kejar satu persatu impian kau, kau berusaha meninggalkan masa lepas kau dan bermula semula, belajar mempercayai masa depan, ketawa dan merasakan bahagia, kau adalah orang yang lebih baik dari semalam.

Kau okay, percayalah.

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Bagi sesiapa yang belum bertemu jodoh, aku doakan kalian akan bertemu jua dengan orang yang benar-benar mencintai dan menyayangi kalian, satu hari kelak. Ameen.

Dan bagi sesiapa yang masih belum berpeluang mempunyai zuriat, aku doakan jua untuk kalian, moga-moga Allah berikan kalian zuriat yang soleh dan solehah. Ameen.

Semua orang bergerak dalam "time zone" mereka sendiri. Jangan sedih. Dan tiada istilah, siapa dahulu, siapa terkemudian. Hargai dan bergembiralah dengan semua sisi kehidupan yang Tuhan telah aturkan.

Lambat laun,
Kita semua akan berjumpa juga di negeri yang paling abadi.
Senyumlah kawan-kawan.

/channel/syafiqridhwan

Bukankah kita semua masih punya kisah gembira untuk dikongsi bersama.

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Kau rasa keseorangan.

Kau rasa dunia ini memandang serba serbi tak kena pada diri kau. Kau kepenatan. Dan kau sentiasa rasa hendak berputus asa.

Tapi percayalah, yang Tuhan berikan kau ujian ini kerana kau berbeza dari orang lain.

Dia sentiasa ada dengan kau.
Dia sentiasa mendengar setiap rintihan yang kau luahkan.
Dia tidak pernah penat untuk menyayangi kau.

Tinggal lagi pada diri kau sahaja sama ada untuk belajar mempercayai atau tidak.

Dalam dunia ini, semua orang ada masalah mereka tersendiri. Tiada siapa pun dari kita terkecuali. Cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita melihat masalah itu dari sudut pandang yang positif.

Yang lepas biarkan lepas. Tinggalkan semua kesakitan, kelukaan, kekecewaan itu dibelakang. Usah ditoleh walaupun sedikit ke sana. Yang tinggal hanyalah apa yang ada di hadapan.

Bagaimana kau perlu kuat untuk menjalani kehidupan yang seterusnya. Ia tak mudah namun ia tidaklah mustahil.

Cubalah sedaya mampu untuk lahir menjadi orang yang berbeza. Untuk sampai ke tahap ini hari ini, ia sangat sukar namun lihatlah, kau berjaya melepasi.

Hati kau yang kau ada sekarang sudah hancur berkeping-keping. Tapi yang sebenarnya-benarnya memegang hati ini bukan kau, bukan sesiapa pun melainkan Tuhan yang Maha Agung.

Dia akan menjaga kau dan hati kau sebaik-baiknya. Dan dia tidak akan membiarkan kau bersedih selama-lamanya.

Dan paling penting, jangan pernah berputus asa dari rahmat Tuhan.

Jangan sedih dan jangan risau.

Kau akan baik-baik sahaja kawan.

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Melupakan dan memaafkan.

Tiga perkataan yang mudah, tapi sangat-sangat sukar untuk dizahirkan.

Untuk mula memaafkan, kau kena kena mengetahui dan menerima kesakitan yang kau rasakan. Buka balutan yang membalut kesakitan itu, dan biarkan luka itu bernafas semula. Berikan masa kepada diri untuk proses penyembuhan.

Untuk mula memaafkan, kau kena menjauhkan diri dari orang yang menyakiti hati kau. Katakanlah pada diri sendiri yang “Dia yang melukakan aku, dan ia bukan atas kesalahan yang aku lakukan”.

Perlahan-perlahan menerima yang atas muka bumi ini, tiada satu orang pun yang sempurna walaupun berulang kali dia menyakitkan kau.

Berdiri dalam kesakitan kau sendiri, dan dengan berani memberitahu dia “Aku memaafkan kau, tapi tidak sekali-kali aku benarkan kau mengulangi lagi”

Dan untuk memaafkan, kau kena tambah kegembiraan dalam diri kau. Beri ‘reward’ pada diri sendiri walaupun dengan secawan kopi di pagi hari, apa jua kegembiraan sehingga wujud kemampuan dalam diri untuk memaafkan.

Kau akan berperang dengan diri kau sendiri. Sama ada ia satu keputusan yang betul atau tidak sebab kesannya kau tidak akan nampak serta-merta. Tapi pada akhirnya, kau akan belajar yang hanya diri kau sendiri akan mengalami kesan tersebut.

Kita selalu dengar, orang berkata,

“Lupakan jela”
“Biarkan jela benda tu”
“Lupakan, dah tak guna ingat”

Semua seolah satu perkataan yang mudah untuk dihantar. Tapi sangat sukar untuk dilakukan.

Ia kadangkala merungsingkan, menyakitkan, menyedihkan hatta menakutkan untuk satu-satu ketika.

Bekas luka akan sentiasa di situ. Tapi kesakitan itu, boleh saja kau halau pergi untuk menunjukkan yang kau sudah menjadi lebih baik dari semalam.

Mengalami kesakitan, belajar melepaskan kesakitan, dan percaya pada diri untuk terus maju kehadapan dengan mengambil langkah-langkah yang betul adalah satu cebisan pengalaman.

Dan terakhir,

To forget and forgive is to love yourself enough to let go and move forward.

Kau boleh memaafkan. Kau boleh melupakan. Kebebasan itu sentiasa berada di hadapan, menunggu kau sejak dari dulu lagi.

Percayalah, ia hanya terletak beberapa langkah lagi untuk kau mengecapinya.

Hanya tinggal kau sahaja,

Mahu atau tidak.

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

"Duduk sendirian. Saya selalu berfikir. Macam mana kalau kita ini ditakdirkan hidup, menjalani kehidupan seperti orang lain. Mungkin seperti orang - orang yang kita kagumi dari segi hartanya yang banyak, atau mungkin Tuhan kurniakan dia bakat suara yang sedap, paras rupa persis seorang model. Punyai ramai orang yang suka dengan dia. Yang memuja dengan kehidupan dia"

"Agak - agak macam mana ya"

"Mungkin kita tak perlu fikir nak gigih kerja dari pukul 8 - 5 petang. Buat kerja part time hujung minggu untuk dapatkan rezeki tambahan. Atau korbankan waktu hujung minggu untuk sambung belajar, semata dengan niat bakal beroleh jawatan besar kelak. Tak perlu susah - susah semua ini. Atas alasan kita ini dah dikurniakan bakat dan peluang"

"Mungkin senang"

"Tapi itulah kita"

“Kadang kala, suka berfikir untuk hidup seperti orang lain. Sibuk dengan angan - angan menjadi orang lain. Meneliti kehidupan orang lain sehingga terlupa dengan kehidupan sendiri. Yang Tuhan dah berikan setiap detik dan waktu, masalah - masalah yang hadir untuk kita selesaikan. menghargai setiap perjalanan hidup sendiri yang Tuhan dah aturkan"

"Kita terlepas pandang untuk ambil pengajaran dan belajar dengan apa yang tuhan beri untuk hidup kita sendiri"

"Saya rasa Tuhan memang tak pernah salah. Meletakkan kita, mungkin di antara orang - orang yang biasa sahaja, keluarganya biasa - biasa, tidak kaya raya. Boleh jadi kita ini, kalau kaya, sombong, lupa diri, zalim dengan orang miskin, nak pandang pun tak nak, apatah lagi memberi sedikit bantuan"

"Dan kita diminta oleh Tuhan untuk mencari duit, mencari rezeki, atas sebab kita tidak mampu untuk memiliki apa yang kita nak waktu kita kecil dulu. Mungkin sebab ini, kita menjadi orang - orang yang hatinya baik"

"Mungkin juga kita ini, kalau ada rupa paras yang cantik. Sifat riak, ujub dan takbur dalam diri tak dapat dielakkan. Seolah kita paling cantik dalam dunia, mengenepikan terus kawan - kawan yang tidak punya kelebihan seperti kita"

"Dan atas sebab itu kita tidak ada semua ini, kita bebas berkawan dengan sesiapa pun. Tidak memilih. Dan kita kekal tenang menjalani setiap inci kehidupan kita"

"Dan kalau kita ini. Kadang - kadang rasa miskin, tiada duit nak pergi tengok wayang, waima nak beli apa yang kita suka, palingkan wajah, lihat orang yang jauh lagi susah. Dia mungkin, seumur hidup dia, nak dapatkan air minuman bersih pun, terpaksa merayu dengan orang lain"

"Kita ini, selalu pandang dan pasang impian nak jadi macam orang lain. Tapi sebenarnya, jauh di sudut kehidupan sana, ramai orang berharap nak menjadi macam kita"

"Boleh pergi belajar, mampu berkerja, beli telefon baru, apa pun"

"Semoga kita ini sentiasa bersyukur"

"Dan apa yang Tuhan kurnia dalam hidup kita hari ini, lebih dah dari harapan kita selama ini"

Syafiq Ridhwan
Tengah belajar menjadi lebih bersyukur.

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

"Ada orang, dia terpaksa suka pada orang, sebab umur dia dah lanjut. Dia jemu dengan orang - orang sekeliling dia yang asyik mengata soalan yang sama. Akhirnya, dia ambil keputusan drastik untuk berkawan dan jatuh cinta dengan sesiapa pun. Dia belum bersedia, tapi dia pasrahkan juga hati"

"Ada orang pula, sebab dia suka ambil kesempatan dengan kelebihan orang lain. Dia malas kerja. Cuma dia punya rupa, dan dia boleh ambil kesempatan untuk buat orang suka pada dia. Tapi hati dia tak ada dekat situ. Dia hanya mahu kelebihan lain yang hanya ada pada pasangan dia untuk kepentingan diri sendiri"

"Ada orang, dia pernah kecewa berkali - kali. Dia pernah bercinta dengan orang itu, orang ini. Akhirnya dia tetap dengan pendirian dia, untuk mudah terima sesiapa pun yang datang, asalkan dia tidak keseorangan lagi. Walhal, dia punya hati belum bersedia. Dia menerima sekadar untuk melupakan orang yang lama"

"Soalnya di sini"

"Ada orang akan datang pada kita bila - bila masa, dan mengambil kesempatan dan peluang untuk jatuhkan kita sekali lagi. Waktu kita dikecam kerana kahwin lambat, disoal tentang pasangan yang masih belum tiba, waktu kita sudah punya segalanya, dan waktu kita dikecewakan setelah beberapa kali"

"Jangan mudah memberi hati"

"Bila seseorang luah perasaan pada kita. Ia bukan sekadar luah"

"Ia termasuk sekali memperjuangkan nilai cinta itu hingga ke akhirat"

"Ada orang kata cinta berkaitan komitmen. Ada orang kata cinta berkaitan dengan kesetiaan. Ada orang kata cinta itu sendiri nilainya terletak pada persefahaman. Masing - masing punya definisi sendiri"

"Carilah orang yang membantu awak untuk menyukai diri awak sendiri"

"Yang mana kalau awak gemuk, dia berjuang bersama awak untuk menguruskan badan. Bila awak tak cantik, dia berjuang bersama awak untuk menyediakan alat - alat yang menambahkan kecantikan. Dan bila mana awak tiada apa - apa, awak bermula dari kosong, dia sama sama berjuang dengan awak untuk awak gapai segala impian awak"

"When you love someone, make them feel loved. That is all"

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Kalau hari ini awak minta bahagia. Dan tiba-tiba hari ini awak gagal dalam perhubungan yang awak bina. Jangan bersangka buruk dengan Tuhan.

Ingat balik apa yang awak minta.

Awak minta bahagia. Mungkin awak nampak perhubungan yang gagal tu tak bahagia. Tapi akan datang, pasti Tuhan beri kebahagiaan seperti mana awak mahu.

Paling penting,

Jangan pernah sesekali putus asa dari rahmat Tuhan.

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Ada hal yang bila awak ada masalah dengan pasangan, tak perlu khabarkan pada masyarakat awam. Tak perlu post ia di dalam media sosial.

Ia hanya memberi peluang kepada orang lain menghancurkan lagi permasalahan sedia ada.

Tenangkan diri, ambil masa untuk bersendiri, dan bila mana sudah tenang, kembali berbincang secara rasional bersama dengan pasangan awak semula.

Ada perkara, walaupun susah macam mana pun, atau sakit macam mana pun, punca dan penyembuhnya perlu datang dari orang yang sama.

Good luck.

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Ada orang, dia tak sedar pun yang sebenarnya dia telah diberikan satu harapan palsu kepada diri dia sendiri.

Dia jalani kehidupan dia gembira seperti biasa, tanpa sedikit pun dia mengetahui yang dia hanya diberikan janji-janji kosong. Dan orang yang memberi itu, dia hanya ada bila mana dia benar-benar memerlukan, selebihnya, dia hilang begitu sahaja.

Ada banyak cara orang sebegini datang dan pergi. Antaranya,

1. Dia akan cuba rapat dengan kau ketika mana dia baru lepas dikecewakan. Ketika mana dia tiada siapa-siapa. Dan untuk menarik perhatian kau, dia berikan pujian. Dia berusaha memberikan kau pertolongan tika mana kau susah. Dia menemani kau. Tapi semua yang dia buat ini, dia lakukan atas dasar kawan. Tidak lebih dan kurang.

Dia akan tinggalkan persahabatan kalian ini dengan tanda tanya. Kadang-kadang kau rasa ia seolah lebih dari sekadar kawan, tapi jujur pada dia, ia masih sama sekadar kawan biasa.

Percayalah, bila dia sudah berjumpa dengan orang yang dia benar-benar suka, dia akan meninggalkan kau pergi tanpa sedikit pun khabar berita.

2. Ada benda dalam hubungan persahabatan ni, ia memerlukan jawapan yang ringkas. Ya atau tidak. Ada beberapa persoalan yang bila diajukan, ia memerlukan hanya kepada dua jawapan ini sahaja. Lain daripada ini, ia hanya menimbulkan satu tanggapan yang mengelirukan.

“Sebenarnya, awak ada perasaan dekat saya atau tidak?”
“Awak anggap saya lebih dari sekadar kawan?”

Jawapan yang perlu diberikan cuma dua sahaja. Kalau ya, lihatlah bagaimana dia usaha untuk menjadikan kau pasangan seumur hidup. Kalau tidak, pastikan dia tidak hanya memerlukan di waktu dia susah sahaja.

3. Dia akan berjanji memberikan kau kebahagiaan di masa hadapan. Dia berjanji akan sehidup dan semati. Dia melafazkan semua janji-janji manis. Tapi usaha yang dia buat tak seiring dengan apa yang dia beritahu.

Pula, dia mempunyai kawan lain yang dia juga layan seperti mana kau. Dia bebas memberikan janji kepada mereka seperti mana diberikan kepada kau.

Hati-hatilah dalam membuaf pilihan. Tenangkan diri, fikir sedalam-dalamnya, dan buatlah pilihan selepas kau rasa itu adalah yang terbaik.

Dan ingatlah,

Bahagian dalam tubuh badan manusia ini, yang paling lembut adalah hati. Ia cuma ada satu. Jagalah sedaya mana yang kau mampu.

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

“Mahukah pakcik berkongsi dengan saya, apa rahsia pakcik dan makcik kekal bahagia” ujar aku ketika membeli sarapan satu tika dulu.

Jujurnya, aku selalu beli sarapan di sini. Nasi lemak yang makcik ini buat sedap. Sambal dia pekat dan ikan bilis yang digunakan rangup. Santan dia yang secukup rasa mengingatkan aku tentang rasa nasi lemak waktu kecil dahulu.

Yang jual ini adalah pasangan suami isteri. Setiap hari rutinnya membuka gerai seawal 6.45 pagi. Sudah hampir 5 tahun mereka berniaga di sini. Dan sejak aku di sini, setiap kali aku tiba, aku disambut dengan senyuman mereka berdua.

Pakcik itu tersenyum sambil menoleh ke arah isterinya. Senyuman dibalas. Isyarat mata diberi seolah merestui apa jua jawapan yang akan keluar dari mulutnya.

“Mahukah kamu tahu?” dia bertanya perlahan.

Aku mengangguk.

Dia menarik nafas dan menghembus perlahan.

“Kunci untuk kekal menyintai adalah dengan kekal bersyukur”

Ayat pertama membuatkan aku begitu teruja untuk terus mendengar. Aku betulkan sedikit kedudukan kaki. Kedua-dua tangan aku letakkan di atas meja.

“Bila kamu dah jumpa dengan orang yang baik, jangan cuba cari yang lebih baik. Belajar untuk menghargai apa yang kamu ada. Belajar untuk mengetahui yang perhubungan yang baik, kamu tak akan berputus asa antara satu sama lain”

Aku mengangguk berulang kali mengiyakan apa yang dia cakap.

“Hari ini, kamu hidup di zaman semua orang cepat sangat berputus asa. Putus asa bila dilanda sedikit ujian. Putus asa bila tak nampak jalan penyelesaian. Kamu rasa dengan membawa diri dan berpisah adalah jalan yang terbaik”

“Jangan buat macam tu” suara dia sedikit keras dilontarkan.

“Hargai apa yang kamu ada. Jadikan jalan cerita kamu berdua. Di mana kamu yang mulakan bersama, kamu tempuh semuanya sama-sama, dan disebabkan itu, ia menjadikan siapa kamu hari ini”

“Paling penting. Saling ingat-mengingati. Saling menampung kelemahan masing-masing”

“Dan selalulah cakap sesama sendiri”

“Kita ini bertuah kerana Tuhan aturkan kita untuk mengenali antara satu sama lain”

Syafiq Ridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Salah satu cara untuk kau cepat move on. Kau tak perlu lagi berkawan dengan orang yang telah menjadi sebahagian sejarah kau.

Awal-awal kau akan rasa biasa saja. Tapi lama-kelamaan perasaan bimbang itu akan menerjah tanpa kau sedar. Kenangan akan datang menghantui diri kau. Dan segala memori lama akan menghampiri diri kau dan cuba melekat kekal di situ.

Terutama bila kau cuba membina perhubungan yang baru. 'Persahabatan' ini akan cuba membayangi setiap satu momen yang baru hendak tercipta.

Orang yang baru kau hendak mulakan hidup bersama ini seharusnya layak menerima cinta yang baru. Yang tidak langsung dibayangi dengan kisah lama.

Sebab itu bila kau benar-benar maksudkan untuk move on, kau perlu korbankan kenangan lalu. Ia tiada lagi dalam kamus hidup kau yang sekarang.

Semua orang kata betul, tak salah kalau kita berkawan lagi. Mana ada dah perasaan. Tiada lagi dah elemen-elemen romantis tu. Sebab itu dia dipanggil ex. Sejarah. Dan sejarah ini bermaksud tiada dah waktu sekarang. Ia sangat kontradiks kalau cuba mengadakan perkara lampau yang seharusnya tiada lagi.

Kau boleh je cakap.

"Aku tak ada apa-apa dah"
"Benar, aku tak ingat lagi"

Tapi tak mudah untuk melupakan orang yang pernah janji bersama-sama menyemai rasa dari satu keadaan yang tidak punya apa-apa hingga sekarang. Tak mudah.

Kau berhak berikan ruang kepada hati kau untuk bercinta dengan orang yang betul. Jika kau mahu perhubungan yang baru, jika kau rasa orang yang datang dalam hidup kau perlu dihargai, kau berhak memberikan ruang.

Untuk apa kau meletakkan risiko ke atas diri kau sendiri untuk tersepit antara dua keadaan.

Buktikanlah yang kau juga berhak bahagia.

A world where your love is unique and irreplaceable. Not a love second to the one you had before.

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

“Macam mana nak tahu bila kita perlu bertahan, atau bila kita perlu melepaskan”

Aku menolak kerusi ke belakang. Memperbetulkan sedikit kedudukan, meletakkan kedua tangan di atas meja sambil menghela nafas perlahan.

Aku menoleh.

“Kau rasa?”

Tiada jawapan.

“Kau rasa macam mana?” aku mengulangi semula soalan yang sama.

“Entah. Aku tiada jawapan”

Aku memandang skrin komputer di hadapan. Sebelah sisi kanan aku masih kelihatan sebuah cawan berisi nescafe caramel yang masih panas.

“Semua perhubungan ada masalah dia. Ada juga kekuatan, ada juga kelemahan”

“Tapi cuma ada satu cara untuk kau tahu. Sama ada berbaloi atau tidak kau beriya mempertahankan, atau memang sudah masanya kau perlu melepaskan”

“Cinta semuanya tentang perasaan. Tentang rasa. Tentang niat dalam hati kau. Jadi bila kau tengok dua orang ada perasaan antara satu sama lain, kau akan faham yang mereka berdua ada niat, ada hati, dan ada rasa juga. Dua-dua mahu memberikan komitmen antara satu sama lain”

“Kau boleh tengok seseorang itu, walaupun dia ada rupa yang elok, atau harta yang banyak, atau mungkin menarik pewatakan dia, tapi bila hati kau rasa tiada apa, maka tak akan jadi”

Dia mengangguk.

“Dan satu-satunya cara untuk memastikan yang rasa dan perasaan itu masih utuh, benar-benar kuat adalah dengan melalui masalah”

“Cara kau mengatasi masalah tersebut. Atau bagaimana kau fikirkan masalah tersebut dengan memastikan hati kau masih hati yang sama semasa kalian memulakan perhubungan”

“Orang kalau dah sayang, tak akan sampai memukul. Orang yang sayang tak akan sampai mencarut dengan kata-kata cacian, orang kalau masih sayang, dia tidak akan memalukan kau di khalayak ramai”

“Dan orang kalau masih sayang, dia tak akan biarkan kau sepi seorang diri tanpa apa-apa khabar berita untuk satu masa yang lama” dia mencelah dengan suara perlahan.

Aku mengangguk.

“Kalau dah sayang tak berhak disakiti sebegitu teruk. Kita yang buat cinta itu kelihatan besar. Jadi, kenapa kita juga mahu membuatkan cinta tu hancur dan hilang”

“Kau tahukan apa kau perlu buat sebenarnya sekarang”

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Ada orang berusaha menjadi sesempurna yang mungkin semata untuk mendapatkan jodoh yang diingini. Pada dia dengan menjadi sempurna, dia akan beroleh kebahagiaan. Begitulah.

Tapi kadang-kadang kalau diteliti betul-betul, pasti tiada seorang pun yang sempurna. Yang ada hanyalah orang yang berani menerima kekurangan dan kelemahan.

Pokok pangkalnya, hati dan peribadi itu lebih utama. Kebahagiaan itu cuma kita yang cari, kita yang bina dan kita yang rasa.

Buatlah pilihan yang betul.
Berserah pada tuhan.

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Sebelum awak sembuh sepenuhnya, keadaan awak akan menjadi sedikit teruk berbanding sebelumnya.

Awak akan sedikit menangis ketika mana mahu melelapkan mata di waktu malam, awak akan merasa kesunyian untuk setiap perkara harian yang awak lakukan, dan bila mana awak memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa, awak akan menyedari orang itu sudah lama meninggalkan ruang ini.

Tarik nafas perlahan, dan melepaskan.

Tak senang untuk awak move on. Tak senang untuk awak melepaskan. Saya tahu, melepaskan kenangan ini ibarat awak melepaskan segala-galanya yang awak pernah berpenat-lelah untuknya.

Bersabarlah. Semuanya akan kembali pulih.

Awak akan menangis sedikit demi sedikit bila mana mendengar namanya. Atau tika mana bait-bait lirik lagu yang mengingatkan awak kepada dia dimainkan. Gambar-gambar lama yang terlihat. Mesej-mesej lama di dalam telefon. Awak akan menangis.

Perkara-perkara begini akan melemahkan awak, dan membuatkan awak percaya yang kesakitan ini tidak akan berjaya sembuh dengan sendirinya.

Tapi percayalah.

Satu hari kelak, awak akan bangun dan melupakan segalanya. Jadi untuk ketika ini, buang segala harapan yang awak letakkan. Sebesar atau sedikit mana pun, buang kesemuanya. Jangan berpura-pura mengambil tahu dengan melihat kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan dirinya. Berhenti meletakkan harapan yang dia akan kembali dengan mesej dan panggilan telefonnya.

Saya tahu awak akan cuba mengambil tahu apa yang berlaku di sana. Apa yang berubah, apa yang terjadi. Awak cuba meletakkan perkara yang positif agar awak dapat kembali gembira semula.

Lepaskanlah.

Kerana kalau benar dia mahu, dia tak akan biarkan segala-galanya yang tercipta di jalan bahagia, melalui jalan yang berbeza. Yang penuh dengan kecurigaan, dan kesakitan. Dan kalau benar dia memerlukan, dia akan bertahan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Lepaskanlah.

Dia bukan orang yang sebenar. Percaya kepada ketentuan tuhan. Bernafas dan berdoa.

Dan biarkan masa menyembuhkan segala keperitan jiwa.

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Jangan kau risau.

Seandainya Tuhan hendak memberikan rezeki kepada kau, ia tidak lain dan tidak bukan kerana sememangnya kau layak. Ia sedikit pun tiada kaitan dengan rupa fizikal kau, paras rupa kau, hatta kekayaan yang kau miliki.

Walaupun ramai orang mengata dan memperkecilkan kerana kau tiada kelebihan macam orang lain. Jangan risau. Tuhan tak sekejam mereka.

Sebagaimana kita berharap kepada sesuatu, dan kita kecewa sekiranya kita tidak dapat menggapainya. Sebegitu jugalah bila kita memberi harapan kepada orang, tetapi pada akhirnya kita tinggalkan dia dengan kecewa.

Seeloknya, usahlah memberi harapan sekiranya tak mahu, berikan kata putus, dan berilah ruang kepada dia untuk memilih jalan lain.

Dan untuk hati - hati yang kecewa, ditinggalkan, tiada peluang untuk mencapai satu - satu pengharapan, tetaplah berdoa kepada Tuhan selalu. Sebab Tuhan itu selalu mendengar doa dari orang - orang yang kecewa hatinya.

Yang berdoa dengan penuh pengharapan. Dan Dia pasti akan tunaikan satu hari kelak.

Jangan putus asa.

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Memaafkan itu dibenarkan.

Tapi dalam percintaan, kadang-kadang kau memberi maaf kepada orang yang salah. Bila mana kau dikecewakan, kau memaafkan. Kerana kau rasa itulah jalan terbaik untuk meneruskan perhubungan, untuk memperbetulkan apa yang salah, untuk membuatkan kalian berdua kembali rapat semula.

Dengarlah.

Memaafkan tidak bermakna sewenang-wenangnya kau membenarkan dia datang sesuka hati masuk dan keluar hati kau. Tifak bermakna kau membuka semula kehidupan kau, dan kau memberi dia peluang memegang kuncinya.

Memaafkan tidak bermakna kau perlu membiarkan dia berada dalam kehidupan kau lagi.

Benar, kau boleh memaafkan orang yang menipu kau. Kau boleh memaafkan orang yang menghancurkan hati kau. Kau boleb memaafkan orang yang mengabaikan kau, meninggalkan kau seorang diri ketika mana kau sangat-sangat memerlukan.

Akan tetapi, itu tidak bermakna kau membenarkan kepercayaan itu bercantum semula untuk dia. Tidak bermakna juga kau memberikan tempat semula untuk dia ketika mana dia adalah orang yang memusnahkan tapak yang kau penat bina satu tika dulu.

Memaafkan itu adalah kau tahu dia melakukan kesalahan, kau biarkan dia pergi, dan kau mulakan kehidupan baru. Kau tak salah memaafkan dan meninggalkan masa lalu di belakang.

Atas sebab itu, memaafkan tidak bermakna kau perlu tinggal di situ bersama dia. Kau lebih tahu tentang diri kau.

Paling penting, kau kena tahu yang memaafkan ini tak menjadikan kau lemah, tetapi lebih kuat. Kuat untuk meninggalkan, move on dan terus menjadi orang yang lebih baik.

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…

Syafiq Ridhwan

Kalau kau dah sedaya upaya menjelaskan, tetapi tetap saja kau diendahkan. Pergilah. Tiada guna mengejar orang yang tiada hati.

Kelak, akan ada seseorang yang sudi mendengar apa yang perlu diperjelaskan. Dan dia akan kekal menemani kau selamanya.

Bukankah Tuhan yang membolak-balikkan hati insan ini. Janganlah sedih sangat.

/channel/syafiqridhwan

Читать полностью…
Subscribe to a channel