syurgacinta | Unsorted

Telegram-канал syurgacinta - 💕 Cinta Kerana Allah 💕

2399

29-JUNE-2017 " cinta Allah cinta hakiki " " cinta Allah kekal abadi " [ " sabar itu perlu dicari , marah itu perlu disembunyi " ] 🌼🌼🌼created by => dakkktecikkk

Subscribe to a channel

💕 Cinta Kerana Allah 💕

selalu menjaga kebahagiaan orang , sampai terlupa menjaga kebahagiaan diri sendiri , ingatlah , bukan semua keadaan mengharuskan kita supaya terus berkorban , bukan tiap kali kita membuat keputusan , pilihan itu cuma perlu mendahulukan orang lain , kita juga perlukan ruang .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

ketika perempuan mulai menangis disaat menjelaskan sesuatu . percayalah , apa yang dia bicarakan itu sangat menyakitkan perasaannya .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

kaLau kita berubah utk jadi baik krn ALLAH,maka ALLAH akan hantar orang2 yg baik utk bersama2 kita . .

#be a good p3rs0n#

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Dimana sahaja kamu berada, berharaplah kepada Allah"

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


#AllahDiHati
#AllahLebihTahu

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

orang yang mudah terasa adalah orang yang mudah sedar diri . manakala orang yang suka buat orang lain terasa hati adalah orang yang tak pernah cermin diri sendiri .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Benda paling mahal pada akhir zaman ketenangan jiwa. Maka, solat itu merehatkan jiwa daripada ujian dunia bukannya satu beban.

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

nothing is perfect . kita tak boleh tukar benda yang sudah jadi . so kalau benda tu sudah jadi , kita mesti lupakan sahaja .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

ada sampai satu tahap dimana kau ada masalah tersendiri dan kau dah tak cerita kat kawan lagi . kau heal sendiri kau handle sendiri . kau malas nak bagi kepercayaan kat orang , takut salah cerita takut terbuka cerita .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

zaman sekarang nak cari orang yang betul betul ikhlas ada dengan kita masa susah dan senang memang susah . but itsokay , selagi kita boleh jatuh bangun sendiri . kita kena kuat untuk diri sendiri .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Wanita yang baik-baik itu bukanlah wanita yang sempurna.

Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya, persis Maryam As.

Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah swt, persis Ibu Nabi Musa As.

Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.

Setiap wanita, ada kisahnya.
Kisah jatuh dan bangkitnya. Melalui hari-hari dengan segala rasa yang tidak boleh ditafsirkan dengan kata-kata. Hanya diri seorang wanita yang mengetahui.

Memang dia tidak terlihat kuat seperti lelaki, tapi kesabarannya, kekuatannya & kekentalannya mengatasi semua itu membuatkan dia menjadi lebih kuat untuk mengharungi segala ujian dan tanggungjawabnya.

Buat wanita diluar sana,

Tahniah kerana menjadi wanita sangat kuat , tahniah kerana tidak pernah mengalah dalam hidup, tahniah kerana tidak pernah berhenti berdoa, tahniah kerana sampai ke saat ini, anda tetap berjuang untuk menjadi yang terbaik disisi Allah dan keluarga. Semoga Allah mengangkat darjatmu, semoga Allah bersama dalam setiap langkahmu, semoga Allah makbulkan setiap doa dan impianmu. Semoga syurga adalah balasan atas segala usahamu dan keringatmu.

Wanita, kebahagiaan itu milikmu ❤️

Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita diluar sana!

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

NIQAB.

1. Niqab asalnya hitam legam.

Tanpa taqwa maka ditambahlah warna warni. Ditampal manik serta labuci. .

2. Niqab asalnya labuh dan panjang.

Tanpa taqwa dipendek-pendekkan dan disingkat-singkatkan. Dipintal pelbagai gaya dan citarasa. .

3. Niqab asalnya menutup dan tertutup.

Tanpa taqwa maka si pemakai jadi tayangan. Sengaja mendedahkan diri buat tatapan umum. .

4. Niqab asalnya mendidik akhlak.

Tanpa taqwa maka lahirlah si pemakai yang membabi buta. Di tempat awam pun masih sakan bergelak. .

5. Niqab asalnya ilmu.

Tanpa taqwa maka hilang tawadhuk. .

6. Niqab asalnya dipakai oleh orang yang pemalu. .

Tanpa taqwa maka bersepahlah potret sang niqabis di sana dan di sini.
NIQAB ITU BUKANLAH PAKAIAN DI WAJAH SAHAJA TAPI PENYEMPURNAAN PENUTUPAN AURAT. .

GAGAL SI PEMAKAI JIKA MEMAKAINYA TANPA TAQWA. .

Bukan sahaja jadikan niqab itu perisai. Tapi jadikanlah niqab sebagai satu ibadah mendekatkan kamu pada Allah dan Rasul-Nya. .

Have haya' sis. Wallahua'lam.

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam.

Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala :

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)

Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Hadis Riwayat Imam At Tirmizi dan Imam Ahmad)

TUJUAN SOLAT TAHAJJUD :

1. Sebagai petanda perhambaan kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya.
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

CARA MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda, “Amalan yang disukai oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”
(Riwayatkan : Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Saidatina Aisyah RA)

NIAT SOLAT TAHAJJUD :

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Sahaja aku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana ALLAH Ta’ala.

2. BACAAN SURAH SELEPAS AL FATIHAH

Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

ATAU

Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

(Atau baca mana-mana surah yang di sukai).

3. DOA SESUDAH TAHAJJUD

Tidak ada doa khusus yang harus dibaca setelah Solat Tahajud, dengan kata lain kita bebas menentukan doa apa yang ingin munajatkan kepada ALLAH Azza wa Jalla.

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD :

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
5. Diberikan keistimewaan oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala di dunia dan akhirat.
18. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
19. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal ~ Mustaqim.

Sumber : Tanyalah Ustaz

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. ❤️

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Bacalah Al Quran kerana sesungguhnya ia akan datang sebagai pembawa syafaat kepada si pembacanya
HR Muslim

Bacalah Al Quran walaupun satu muka sehari
Asalkan baca ;)
Bukan senang Al Quran nak dibukukan
Susah perit Sayidina Uthman berusaha untuk mengumpulkan Al Quran
Sehinggakan beliau telah membentuk satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penulisan Al Quran yang terdiri daripada 4 orang sahabat dan diketuai oleh Zaid bin Thabit
Zaid bin Thabit merupakan seorang penghafaz Al Quran dan penulis wahyu
Jawatankuasa Penulisan Al Quran ditugaskan untuk menyalin semula kesemua ayat quran yang dikumpulkan pada masa Abu Bakar
Nak salin Al Quran semula bukan senang!
Mana ada mesin photostate ke apa zaman sahabat dulu
Allahu
Tugas kita untuk memartabatkan Al Quran
Nak letak Al Quran tolong letak di tempat yang tinggi!
Jangan letak atas peha jangan letak atas lantai jangan letak tempat rendah!
Tolong hormat Al Quran
Bacalah kamu takkan pernah menyesal
Boleh baca buku Ulum Al Quran untuk mengetahui sejarah Al Quran dibukukan...

Borak+dating+ws makwe/pakwe boleh
Haram is tetap haram!

Baca sejarah Islam takkan tak boleh?


@syurgacinta

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

salam 1 rejab semua🤗

jom kita amalkan doa ni agar kita sampai di bulan Ramadan 🥰

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Kenapa perlu membenci jika kata maaf itu ada.
Kenapa perlu bergaduh jika ada kata pendamaian.

Kita hidup ni tak tahu bila masa ajal tiba. Sebab tu, maafkan & berbaik sesama kita ☘🌸

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

aku sedih , hati aku hancur , hati aku sakit , aku tak kongsi dengan siapa siapa . aku pendam sorang sorang kerana itu adalah yang terbaik .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

"jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..jika engkau mahukan musuh,cukuplah Nafsu sebagai seteru..jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-quran sebagai bacaan..jika engkau mahukan Nasihat,cukuplah Mati sebagai penasihat"

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

orang yg kuat dan sabar adalah orang yg berjaya menyembunyikan perasaan sedihnya kpd orang lain . .dan sentiasa mengukir senyuman dengan ikhlas . .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

جك تيدق ممڤو برلومبا دڠن اورڠ يڠ صالح دالم عمالنڽ مك برلومباله دڠن اورڠ يڠ جاهيل دالم توبة دان ايستيغفرڽ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

" when you find Allah , happiness finds you . "

demi Allah aku tidak kuat , kerana Allah aku harus kuat .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

kadang-kadang kena pekakkan telinga dan butakan mata , bukan kerana penat dengan mainan dunia tapi penat dengan sikap manusia yang bertalam dua muka .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Walaupun kita berdosa tetapi Allah terus mengizinkan kita hidup. Bukan untuk terus berdosa tetapi memberi peluang untuk kita bertaubat segera.. Allah terus cinta walaupun kita derhaka.. Allah terus kasih walaupun sering dipersia.. 💕💕

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

terkadang kita bukan benci dan pendendam . tapi kita tak dapat nak melupakan , apa yang orang dah buat pada kita .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

" awak sayangkan saya tak ? "

dia tanya soalan macam tu seolah olah dia tak tahu and even dia tahu awak sayangkan dia , tapi dia tetap rasa nak tahu lagi .

sebab dia nakkan kepastian . dia tidak akan rasa jemu dengan jawapan yang awak bagi , sebab hati dia dah sayang sangat dekat awak .

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Bila terbaca post yang boleh usik hati, kita rasa insaf sekejap. Tapi kita lupa,insaf tu tak kemana kalau kita sendiri tak cuba apply apa yang kita baca tu dalam kehidupan seharian...Kan ?

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Bergembiralah labuhnya tudungmu menghiasi rupamu berbanding singkatnya tudung itu mempamerkan mahkotamu.

Berbanggalah menjadi wanita muslimah disaat wanita lain bangga menjadi wanita moden.

Tak usah malu menyarung stokin semasa wanita lain sibuk menyingkatkan kain.

Subhanallah..

Istiqamahnya engkau dalam menurut perintah Allah.

Seronok jadi bintang, takda siapa boleh pegang.

Tapi lagi seronok jadi matahari, takda siapa mampu pandang.

Cantik dalaman kerana ilmu di dada, jelita luaran kerana aurat yang dipelihara dengan sempurna.

#tarbiah #dakwah #jentikhati #sharinghadramiyah #hadramiyah #niqab #muslimah #niqabis #niqabi #tutupaurat

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Ingat hidup kita cuma sekali, hiasilah hidup kita dengan penuh keceriaan dan kasih sayang.

Tapi jangan lupa selimutlah dengan keimanan, maka hidup kita akan bahagia didunia mahupun di akhirat.😉


@syurgacinta

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Korang... Dah baca quran ke belum hari ni... 😊😊
Rugi taw sape tak baca..
Sebab hati korang akan rasa tenang jer masa baca n lepas baca tuu.. 😉😉
Betul.. Tak tipu...
Kalau tak percaya try buka Quran n baca..
Insha Allah...
Korang akan rasa ketenangan yg sy cakap...


@syurgacinta

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Berapa ramai di kalangan manusia yang berselisih kerana hal keduniaan?

Bergaduh kerana hal keduniaan?

Bila ada diantara mereka yang tidak bersependapat dengannya, hati dia akan sakit dan mengharapkan musibah menimpa di atas diri orang lain.

Ini hati adalah hati yang suka melihat kesusahan menimpa orang lain demi mendapatkan dunia.

Mereka yang dianiaya atau ditimpakan musibah, muka mereka mampu tersenyum tetapi hati mereka hanya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala Yang Maha Mengetahui.

Berjumpa sesama manusia, mereka akan senyum kerana itu yang sewajarnya mereka lakukan. Tetapi di dalam hati mereka, tersimpan 1001 kesedihan.

- Ad Da'ie ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

Читать полностью…

💕 Cinta Kerana Allah 💕

Nah kata ii sikit untuk malam ni❤️

"Wanita cantik boleh buat lelaki tergilakan mereka tetapi wanita yang baik & kuat agama yakni (solehah) boleh membuatkan lelaki jatuh cinta dalam diam."

-Ustaz Azhar Idrus-

Читать полностью…
Subscribe to a channel