Aku masih percaya dan akan teruskan percaya yang rezeki kita itu ada. Lambat atau cepat itulah prosesnya.
-nrtlnsfa
@tacendawords
Jujur aku tak iri pada rezeki orang-orang seumur aku. Mereka adalah motivasi untuk aku terus berusaha dapatkan apa yang aku impi.
-nrtlnsfa
@tacendawords
Dulu aku berkeras dengan takdir, nangis untuk lega. Tapi sekarang aku redha dalam menerima, dan makin tenang dalam meniti pahit manisnya kehidupan.
-nrtlnsfa
@tacendawords
Kita semua pendosa, kita semua tak lari dari khilaf. Hari demi hari, satu demi satu dicatat. Tapi itu bukan alasan untuk kita terus bermaksiat. Memang susah untuk berpatah balik pada si Dia. Tapi paksa lah hati walaupun masih selesa dalam kemaksiatan. Paksa diri seolah kita akan mati sesaat lagi.
@tacendawords
Kau akan selalu nampak aku tersenyum dan ketawa seolah akulah manusia paling ceria. Tapi tanpa kau tahu, kita semua sama. Cumanya tangis, kecewa dan sedih aku, aku lepaskan hanya pada saat tiada satu manusia pun disisi.
@tacendawords
Sometimes kita tak meluah hanya untuk mahu didengari, terkadang kita mahu difahami dan lebih dihargai.
@tacendawords
Selagi belum sah, buatlah apa yang nak. Hiduplah cara yang kau nak, berkawanlah dengan siapa yang kau nak. Asalkan kau tak lupa Allah dan keberadaan aku disini, itu dah memadai untuk aku.
@tacendawords
Kata bonda, jangan terlalu serius dalam bercinta selagi belum halal. Cukup bersikap baik dan tidak mempermainkan hatinya. Kerana disepanjang perjalanan kedepannya, masih ramai lagi yang kita akan jumpa, untuk mengelakkan sakit yang terlalu dalam, cukuplah bersederhana.
@tacendawords
Semakin ia rumit, semakin kita belajar pelbagai cara untuk kita cari jalan keluar, dan semakin itu kita akan makin improve ourself to be a better person. Segalanya tentang memperbaiki.
@tacendawords
Benar kata mereka, tak semua boleh faham cerita kita. Tak semua sanggup menerima cerita kita dengan baik.
@tacendawords
Mari kita rapatkan ukhwah dan bersama membantu saudara seagama kita disana. Berilah semampu kita dan panjatkan doa untuk keselamatan mereka disana ❤️🔥🇵🇸
Читать полностью…Susah untuk aku lafazkan kata ikhlas dengan ikhlas, tatkala hati ditikam berkali-kali dengan pisau yang sama tapi ketajaman yang semakin bertambah.
@tacendawords
Sedaya upaya telah aku berjanji pada diri untuk tidak menyakitinya lagi. Tapi sering kali aku gagal dengan pemikiran ku sendiri. Tak dapat aku bendung perasaan “kurang” yang tersemat pada hati. Terasa selalu gagal menjadi seseorang untuk sesiapapun. Baik anak, baik kawan dan baik pasangan. Sering aku kecewa dengan keadaan yang selalu mengingatkan aku tentang kekurangan yang ada pada diri.
@tacendawords
Ternyata, proses mencintai diri lagi sukar dari mencintai jiwa yang lain.
@tacendawords
Ramai yang dah berumah tangga dan ada yang sudah tinggi pelajarannya. Jujur aku bangga, tapi apa yang bunuh hati kecil ini apabila orang-orang mula bersoal teki tentang pencapaian diri ini.
-nrtlnsfa
@tacendawords
Sekilas pandang aku dah jauh berbeza rupanya. Jika dulu saingan aku adalah akademik semata sekarang saingan aku adalah tentang segalanya. Segala yang ada di realiti hidup.
-nrtlnsfa
@tacendawords
Bukan senang untuk terima kekecewaan, apatah lagi meredhakannya. Tapi hidup harus terus berjalan. Pahit untuk ditelan tapi siapalah kita untuk persoalkan. Semoga hati ini kuat.
-nrtlnsfa
@tacendawords
My heart surfs even in the tidal waves, my soul dances even in heavy rains.
-areeba
@tacendawords
Aku sorok tangis bukan sebab takut dipandang lemah, tapi aku tahu, takde sapa akan faham apa yang kita lalui dan terkadang manusia lebih suka tengok kita jatuh berbanding tolong kita bangun semula.
@tacendawords
Tak semua orang ada kekuatan untuk jujur dengan perasaan sendiri, dan bukan semua orang mampu memahami dengan jelas perasaan sendiri.
@tacendawords
Ia bukan lagi tentang luahan tersebut, tapi tentang apa yang di faham setelah luahan tu diluahkan.
@tacendawords
Satu perkara yang aku selalu cuba untuk kawal adalah, perasaan ingin tahu apa yang pasangan kita lakukan disetiap harinya. Kerana aku percaya, semakin kita tahu banyak perkara semakin kita tersinggung dengan cara fahaman kita.
@tacendawords
Berjalan sejauh ini buat aku makin sedar dalam hidup ini tak boleh terlalu yakin. Cukup bersederhana dalam segala hal, kerana tak akan ada kata “kekal” di dunia ini.
@tacendawords
Tuhan tahu apa yang cuba hati nafikan, tapi kenyataan buat kita tersedar bukan semua yang kita nak, kita akan dapat.
@tacendawords
Semoga jumpa dikesempatan yang lain. Entah itu bila, masih tidak pasti. Tapi untuk saat dan ketika ini, aku senang mengenalmu.
@tacendawords
Bagaimana cara untuk aku endahkan, jika empunya pisau yang menusuk paling dalam itu adalah orang yang sama memberi aku semangat untuk teruskan berjalan diatas muka bumi ini.
@tacendawords
Jelas terbukti tiada siapa pun di atas muka bumi ini sempurna. Tapi, hasrat dihati hanya mahu dilihat dengan penuh erti. Banyak yang aku usahakan dalam sepi, namun hasilnya masih sama dan tak pernah di mengerti.
@tacendawords
Kawan yang dulunya single, cakap kita itu ini, cakap kita lebihkan partner and lupa kawan end up seolah cakap pada cermin when they are in relationship. Sebenarnya, tak sepatutnya jadi issue pun kalau kawan yang ada partner nak juga ada masa dengan partner masing-masing, diorang tak lupa kawan, cuma masa diorang kene dibahagi 2, cause situation kita dengan dia berbeza. Please be mature, because matured people do respect someone else’s boundaries.
@tacendawords
Rindu tetap rindu, namun berlebihan bukan lagi caraku. Cukup kisah kemarin kita jadikan pengajaran. Doa dari jauh insyaallah akan selalu ku kirimkan.
@tacendawords