tarbiahsentap | Unsorted

Telegram-канал tarbiahsentap - Tarbiah Sentap

39187

Kadang kala umat perlu diberi sentapan agar bangkit kembali menjadi singa!

Subscribe to a channel

Tarbiah Sentap

Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini.

Saya banyak salah dan silap. Namun dengan penuh rasa hina dan rendah hati, dari hujung rambut hingga hujung kaki, saya meminta maaf dengan penuh kejujuran dan ketulusan.

Andai ada yang saya fitnah, mengumpat, adu domba, buruk sangka, buka aib, pandang rendah, terkutuk, atau segala kelemahan saya yang lain samada sengaja atau tidak, saya meminta maaf dengan penuh rasa lemah dan bersalah.

Dan saya juga WALLAHI memaafkan sesiapa sahaja yang buat salah pada saya samada sengaja atau tak sengaja, salah kecil atau besar, semuanya saya maafkan.

Semoga berkat aidilfitri ini, berkat kita saling bermaafan ini, Allah swt memaafkan dan mengampunkan semua dosa dan salah yang kita lakukan sepanjang hidup kita🤲🥺

‎تقبل الله منا ومنكم الصيام والقيام وصالح الأعمال وكل عام وأنتم بخير وعيدكم سعيد .

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya, Adnin Roslan sekeluarga🥰

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Iklan Raya Tarbiah Sentap

https://youtu.be/8deKhTKPgkY?si=lVnwxxpCpcWxxmr3

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Hari raya menjadi antara hari kita sanak saudara berkumpul dan saling bermaaf-maafan sesama kita.

Antara dosa PERCUMA yang kita selalu dapat ketika hari raya ialah bersalaman dengan yang bukan mahram dengan kita.

Elak pergaulan bebas dalam keluarga, halal itu jelas, haram itu jelas. Ipar duai dan sepupu sepapat berlainan jantina… memang rasa dekat, tapi tetap tak boleh bersentuh, bertepuk tampar dan wajib pelihara aurat.

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk semua.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

🕌 Allah… Tuan puan telah menaja iftar untuk saudara kita di BaitulMaqdis.
Di bumi para anbiya’, di tanah penuh keberkatan…


Bumi Mikraj kini telah sampai di Bumi Mikraj.
Dan setiap suapan yang mereka nikmati... ada pahala tuan puan di dalamnya.

💝 Terima kasih tuan puan yang budiman.
Doa mereka mengiringi setiap rezeki yang anda hulurkan.

🌙 Kita kini berada di penghujung Ramadan.
Sabda Nabi SAW:
📿 “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.”
— [Riwayat al-Bukhari (6607)]


Jangan kita lentur di penghujung ini…
Malah kita perlu pulun sehingga ke saat terakhir Ramadan.

🤲 Teruskan berinfaq.
Biar Ramadan ini berakhir dengan amal terbaik dari kita.

📌 Infaq di sini: https://tr.ee/gN1ObkroUS
Maybank: 568621037401
CIMB: 8605512753
PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
Reference: AQSA

#IftarBaitulMaqdis #BumiMikraj #KDT #RamadanTerakhir #PulunSampaiAkhir #DoaUntukPalestin

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Benar benar ku mohon redhaMu padaku Ya Rabb, redhalah atas diriku Ya illahi Ya Rabbi, atas salah silapku...

kasihanilah aku wahai yang Belas Kasih, ampuni aku.

illahi, Engkaulah yang terbaik menyusun atur hidupku. Kurniakan aku kekuatan dan keyakinan untuk terus mensyukuriMu.

Engkau gunakanlah kami untuk agamaMu. Jangan tinggalkan ku walau pada kadar sekelip mata atau lebih pantas dari itu 🤲🏻

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Data statistik kesyahidan terkini sehingga 24 Mac 2025 sejak Israel kembali menyambung pembantaian genosid di Gaza pada 18 Mac 2025.

Semoga Allah membalas kejahatan Zionis laknatullah!

#beritaterkini
__
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang.

t.me/bumimikraj
t.me/bumimikraj
t.me/bumimikraj

Infak Malam Ganjil Bantuan Kecemasan Gaza👇
https://bit.ly/4iClU8e

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Semoga tahun hadapan direzekikan lagi kita untuk berjumpa bulan Ramadhan. Bulan mulia bulan mentarbiahkan diri.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Antara kemenangan buat kita adalah bilamana Allah beri kita "sakinah" ketenangan.

Tenang bila kita dapat sesuatu, tenang juga bila kita tak dapat sesuatu.

Bentuk dari "yakin" kepada Allah itu adalah tenang. Jadi kalau masih gelisah ertinya kamu belum yakin.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Ada sebab kenapa Rasulullah ‌‎ﷺ‌‎ mengajarkan umatnya doa “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa‘fu ‘anni/na” sering kali dibaca dan mengulanginya khususnya dalam 10 hari baki terakhir bulan Ramadan ini.

Ada kata-kata yang dinisbahkan kepada Ibn Qayyim al-Jawziyyah رحمه الله berkenaan isu ini, antara sebabnya adalah:

إذا كنت تدعو وضاق عليك الوقت و تزاحمت في قلبك حوائجك، فاجعل كل دعائك أن يعفو الله عنك فإن عفا عنك أتتك حوائجك من دون مسألة

Maksudnya: Jika kamu ingin berdoa namun kurang ada masa dan hajat-hajat yang terbuku di dalam hati kamu sangatlah banyak, maka memadai dengan berdoa memohon keampunan Allah.

Kerana apabila Allah telah mengampunkan kamu, maka segala hajat kamu akan datang tanpa perlu dipinta.”

Doa ini digalakkan untuk dibaca terutama pada 10 malam terakhir Ramadan ketika memburu malam al-Qadr, seperti yang disebutkan dalam hadis Aisyah RA, beliau berkata:

قلتُ : يا رسولَ اللهِ أرأيتَ إن علمتُ أيَّ ليلةِ القدرِ ما أقولُ فيها ؟ قال : قولي :

Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku mengetahui malam al-Qadr, apa yang aku perlu minta?”

Baginda bersabda: “Ucapkanlah:

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan mencintai kemaafan, maka maafkanlah kami.”

— HR al-Tirmidhi (3513), al-Nasa’ie dalam Sunan al-Kubra (7712), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384) dengan sedikit perbezaan lafaz.

kredit - Muhammad Nasrullah

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

"Nabi Muhammad Saw ketika memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan memilih fokus beribadah, mengisi malamnya dengan dengan ibadah, dan membangunkan keluarganya untuk ikut beribadah," (HR Al-Bukhari).

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Tiada alasan untuk kita berpaling dari perjuangan. Susah atau senang, tetaplah teguh berjuang di jalan Allah. Itulah sebaik-baik jalan bagi orang yang mengerti.

#kalampejuang
__
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang.

t.me/bumimikraj
t.me/bumimikraj
t.me/bumimikraj

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Kata-kata syahid Abu Hamzah ini adalah tamparan buat kita, umat Islam yang masih berdiam diri terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin. Bagaimana kita boleh merasa tenang beribadah tetapi dalam masa yang sama gagal menunaikan tanggungjawab untuk membela mereka yang ditindas?

Allah tidak hanya menilai ibadah peribadi kita, tetapi juga sejauh mana kita mengangkat keadilan dan membela hak saudara seagama. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan yang hanya sibuk dengan urusan sendiri tetapi buta terhadap penderitaan umat. Apa jawapan kita di hadapan Allah nanti?

#gazaberdarahlagi
#hentikangenosid
#pejuangpalestin
___
'Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan'

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Hamas terus membuktikan keteguhan mereka di medan perang, meskipun berdepan dengan peningkatan serangan penjajah Israel. Kenyataan Usamah Hamdan ini menegaskan bahawa tekanan ketenteraan tidak akan melemahkan semangat perjuangan mereka.

Sebaliknya, semakin kuat serangan musuh, semakin teguh mereka mempertahankan hak dan tanah air mereka. Allahu akbar!

Hasbunallah wa nikmal wakil
___
'Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan'

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Salam Nuzul Al - Quran dari Tarbiah Sentap.

Sempena hari Nuzul Quran ini, marilah kita merenungkan betapa besar kasih sayang Allah yang menganugerahkan kita dengan kitab suci ini sebagai petunjuk hidup.

Semoga kita menjadi hambaNya yang taat dan bertakwa.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Update terkini. Nak tak dapat sale macam ni juga?

join sini : /channel/+mX_YUTQ6R0czMjY1

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝗧𝗮𝗾𝗮𝗯𝗯𝗮𝗹𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗶𝗻𝗻𝗮 𝘄𝗮𝗺𝗶𝗻𝗸𝘂𝗺. 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐓𝐚𝐫𝐛𝐢𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐚𝐩.

𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐢𝐧𝐢.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Takbir Raya Tarbiah Sentap

https://youtu.be/hOrWmrQTr54?si=ML3xcNaEPlOXxbtS

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

“Kafan Ganti Baju Raya”

Seorang ibu mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya beberapa jam sebelum Aidilfitri, selepas dia dibunuh oleh tentera penjajah di Gaza.

Penterjemah: NK
Sumber: Quds News Network

#beritaterkini
__
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang.

t.me/bumimikraj
t.me/bumimikraj
t.me/bumimikraj

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

MALAM 28 RAMADAN 💔 GAZA MASIH MENANGIS… KITA MASIH INGAT?

Palestin belum bebas.
Bantuan disekat. Anak-anak tidur atas runtuhan.
Makanan & ubatan makin susut.

Jangan berhenti bantu.
Gaza perlukan kita sekarang, lebih dari sebelumnya.

👇 Infaq di sini sekarang:
https://tr.ee/gN1ObkroUS

📌 Atau sumbang terus ke akaun:
Maybank: 568621037401
CIMB: 8605512753
PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
Reference: AQSA

🤲 Moga infaq ini jadi penyelamat kita & mereka di akhirat.
#InfaqGaza #RamadanTerakhir #GazaMenangis #BumiMikraj #KDT

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Hari ini Malam ke 27 Ramadan!
Malam kemuncak pencarian Lailatul Qadr.❤️🌙

Malam ni sangat special kerana bertemu Malam Jumaat!

Ulama' dan orang-orang soleh sangat menantikan malam ini.

Hari ini kami nak ajak kita pertingkatkan ibadah kita.. daripada hari-hari yang lain.

Pertingkatkan nilai infaq kita pada malam ini.

Hari ini kami menyeru untuk sama kita infaq Bantuan Kecemasan Gaza.

Pihak Komuniti Dakwah Tarbiah dan Bumi Mikraj nak hantar bantuan secepat mungkin!

Klik link disini untuk infaq
👉 https://bit.ly/4iClU8e

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Malam INI!
Malam Ganjil! Malam 25 Ramadan!

Malam ganjil seperti malam 25 Ramadan adalah peluang besar untuk meraih pahala yang berlipat ganda.

Rasulullah ﷺ bersungguh-sungguh beribadah di malam-malam ini, dan kita pun dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan, termasuk berinfaq.

🤲 Salurkan infaq terbaik kita untuk Bantu Saudara kita di Gaza sana.

Keadaan di sana adalah lebih teruk daripada perang sebelum gencatan senjata.

Jangan tunda! Manfaatkan keberkatan malam ganjil ini dengan berinfaq sekarang:

🔗 Klik untuk infaq → https://bit.ly/4iClU8e

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

MALAM INI MALAM KE 24 RAMADAN..

Biarpun BUKAN Malam Ganjil..


Tetapi Lailatul Qadr itu rahsia Allah.

Kita kena berusaha mencari dalam 10 Malam Terakhir.


Malam ini kami nak ajak infak kepada;
💡 Kempen Membina Generasi Harapan


Kami menggerakkan dakwah remaja melalui:
📚 Pendidikan – Membangun jiwa muda dengan ilmu dan bimbingan.
📺 Media & Hiburan – Menghasilkan konten Islami yang dekat dengan hati remaja.
🕌 Dakwah & Aktivisme – Melahirkan pemuda yang berani menyampaikan risalah Islam.

✨ Jangan lepaskan peluang! Jadilah penyumbang perubahan. Infaq anda bakal membentuk generasi yang mencintai Islam dan menyebarkan cahaya kebenaran!

🤲 Berinfaqlah sekarang dan raih ganjaran berlipat ganda!

📌 Klik untuk menyumbang:

https://tinyurl.com/fv9sypfm

"Barangsiapa memberi sedekah seberat sebutir kurma dari rezeki yang baik, Allah akan menggandakannya..." (HR. Bukhari & Muslim)

#InfaqRamadan #10MalamTerakhir #MembinaGenerasiHarapan

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Ringkasnya:

Sesiapa yang ada banyak hajat tapi tak tahu nak doa mana dulu, maka berdoalah dengan doa keampunan ini kerana bila dosa terampun maka kesemua hajat boleh dikabulkan oleh Allah tanpa kita minta.

Wallahua’lam

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

🔥 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊 – 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐙𝐀 🔥
🌙 Malam Ke-22 Ramadan: Gandakan Pahala, Selamatkan Nyawa! 🌙

💝 Pembelian Seikhlas Hati – Harga Tidak Ditetapkan!

📖 Dapatkan Ebook Bermanfaat & Hulurkan Infaq Untuk Gaza 📖

Ramadan semakin hampir ke penghujungnya… Inilah peluang keemasan untuk beramal jariah dan membantu saudara kita di Gaza yang sedang menderita.

Kenapa anda tak boleh lepaskan peluang ini?
✅ Ilmu dapat, pahala berpanjangan
✅ Membantu saudara seakidah yang memerlukan
✅ Ganjaran berlipat ganda di 10 malam terakhir Ramadan

Jangan tunggu lagi!

Klik http://bit.ly/3Xv5XZp
sekarang untuk dapatkan ebook dan sumbangkan infaq anda.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Malam INI!
Malam Ganjil! Malam 21 Ramadan!

Malam ganjil seperti malam 21 Ramadan adalah peluang besar untuk meraih pahala yang berlipat ganda. Rasulullah ﷺ bersungguh-sungguh beribadah di malam-malam ini, dan kita pun dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan, termasuk berinfaq.

🤲 Salurkan infaq terbaik Anda untuk pembinaan Sekolah Ulama’, Kompleks Al-Juwaini!
Bayangkan, setiap Ringgit yang Anda sumbangkan akan menjadi ilmu yang mengalir di dada para ulama masa depan, yang kelak akan membimbing umat menuju cahaya Islam.

Jangan tunda! Manfaatkan keberkahan malam ganjil ini dengan berinfaq sekarang:

🔗 Klik untuk infaq → https://bit.ly/4iujMzW

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

🌙 10 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙏𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖! 🌙

Malam ini kita melangkah ke 10 malam terakhir – detik pencarian Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Inilah peluang terbaik untuk meraih pahala yang berlipat ganda!

🤲 Salurkan Infaq Anda untuk membantu saudara kita di G4z4 yang sedang berdepan dengan serangan rejim bertali arus.. mereka kini hidup dalam kesusahan dan keperitan.

Mereka berpuasa seharian tanpa juadah buka.. sehingga sahur pun masih tiada makanan😭😭

Setiap sumbangan anda adalah sinar harapan buat mereka!

Klik Link 👇
https://bit.ly/4iClU8e

untuk
📌 Infaq Kecemasan G4z4

atau transfer

🔹 Bank: Maybank
🔹 Akaun: PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
🔹 No. Akaun: 5686 2103 7401
🔹 Rujukan: AQSA

💛 Jangan lepaskan peluang emas ini! Bersama kita rebut keberkatan Ramadan dan menjadi sebab kegembiraan buat saudara kita di bumi Palestin.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Telah masuk 19 Ramadan. Bermakna 1 hari lagi kita akan memasuki 10 akhir Ramadhan. Misi memburu malam terhebat Lailatul Qadar akan bermula.

Aisyah radiallahu ‘anha berkata: "Rasulullah saw sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan."

Baginda bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan." - Sahih al-Bukhari

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Gaza diserang lagi. Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah 🤲🏻

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

17 Ramadan (bermula selepas maghrib) ini adalah hari berlakunya 2 peristiwa besar iaitu Nuzul Quran dan Perang Badar.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Malam ini bermula bacaan doa qunut pada rakaat terakhir solat witir. Kita akan baca sehingga penghujung Ramadan.

Читать полностью…
Subscribe to a channel