Kadang kala umat perlu diberi sentapan agar bangkit kembali menjadi singa!
Kini, ramadhan tinggal menghitung beberapa hari. Bukan pada lama atau sebentar menunggunya. Tapi lebih kepada dalam masa menunggu itu persiapan seperti apa yang sudah kita persiapkan 🤲🏻
Читать полностью…4 hari lagi menuju Ramadhan. Semoga kita termasuk golongan orang yang dapat menyaksikan dan merasai nikmat ini sekali lagi 🤲🏻
Читать полностью…Assalamualaikum semua, hari ini kita ada postage untuk buku tarbiah seperti biasa.
siapa nak jadikan bahan pembacaan bulan ramadhan akan datang ni, boleh sertai pembelian hari ini 🥰
target bulan Ramadhan ni habiskan satu buku kisah tentang Nabi Muhammad 🥰
Читать полностью…Setiap hari Allah sedang mendidik diri mu. Kita namakan itu ujian. Tetapi sebenarnya itu adalah didikan. Ia akan berterusan sampai datangnya nyawa meninggalkan badan.
Takdir mengajar kita jangan keterlaluan dan berlebihan. Bersederhanalah dan terima seadanya.
Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.
Maka warmingup Ramadhan kita dengan memulakan berpuasa sunat khamis, mulakan buka Quran dan bacalah Al-Quran sehari semuka.
Latih bangun tahajjud dan melakukan Solat sunat Rawatib.
Nasihat buat diri saya sendiri terlebih dahulu,
Kita ini banyak hidup dengan mindset besarkan segala jenis nafsu dan keinginan untuk dunia.
Kita masih kat dunia tau.
Belum di akhirat lagi.
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.”
(Surah Al-An’aam ayat : 32)
Ayat ini menegaskan tentang gambaran kehidupan dunia dan akhirat yang mana kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah diumpamakan sebagai tempat permainan, hiburan semata-mata.
Dan bagi orang yang bertaqwa fokus utama adalah akhirat.
Kehidupan dunia hanyalah kesenangan sementara, sebaliknya kesenangan yang kekal abadi adalah di negeri akhirat nanti.
You only live once.
Di dunia ini, sekali ini saja.
Temporary je dunia ni. Kita akan mati. Mungkin sekejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tak sempat pun Ramadan.
Tak ada siapa pun boleh tahu dia boleh hidup berapa lama. Tapi kehidupan kita yang sentiasa seronok dengan segala maksiat ni seolah-olah kita confirm masuk syurga kalau kita mati sekejap lagi.
Kita kena selalu ingatkan diri kita hidup ini bukan untuk seronok seronok.
Hidup kita yang sekali saja ini berusahalah untuk mempersiapkan diri dengan amal kebaikan dan ketaatan sebaik mungkin kepada Allah agar kita termasuk golongan yang berjaya di akhirat nanti.
Nak masuk syurga, kena betul betul ada mindset ke syurga. Walaupun mungkin kalian tidak melakukan maksiat , jangan sesekali menyokong dan jadi sebahagian daripada mereka.
Kalau kita masih tidak berusaha dan menzahirkan sikap ketegasan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita, lebih-lebih lagi yang menyentuh isu Islam serta umat Islam,
boleh bayangkan tak kehidupan generasi akan datang nanti?
Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.”
Syahirah Omar.
Dalam satu video bertepuk tampar,
" Eh comelnya YB gurau dengan B. Kami netizen restu korang berdua. Lagipun B masih berget*h "
Dalam gambar pengantin bersiram ,
" Cantik betul la ML ni. Mandi pun cantik"
Dalam video seorang adik kepada artis sedang berpeluk bercium dengan pasangan dari negara jiran,
" Korang ni apa salahnya dieorang kan sama single . Boleh tak jangan dengki sangat tengok orang bahagia? Mak dia pun restu kan"
Dalam iklan baju Raya Primava***,
" Padan la dieorang berdua ni. Lagipun sama sama janda dan duda"
Malam ni malam NISFU SYAABAN !!
Dan MALAM JUMAAT !! 😍
Ini adalah 2 malam yang dipertemukan dalam malam yang sama!
Telah berkata Imam al-Syafie RA: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.
Malam mustajab untuk kita perbanyakkan doa.
Banyakkan amal ibadah kita.
Perbanyakkan infaq dan sedekah.
Maka kami nak mengajak untuk Infaq kepada Tabung Bangun Gz.
Kita nak bangunkan semula Gz.
✅Membina rumah sementara buat saudara kita..
✅ baiki telaga yang sudah rosak akibat peperangan..
✅membina musolla untuk tempat solat dan pendidikan anak-anak Gaza.
✅bantuan kecemasan seperti ubatan dan makanan untuk saudara kita di sana.
Jangan lengah untuk bantu saudara kita di P4leSTn..
Ini perjuangan kita!
Klik link dibawah untuk infaq 👇
https://komunitidakwahtarbiah.org/order/form/bangungazahq
Doa yang sungguh - sungguh malam ini, doa yang terbaik.
Penuhkan malam ini dengan amal ibadah. Meminta maaf pada yang kita bermusuh, berdendam selama ini.
malam ini malam nisfu syaban, hari dimana buku catatan amal orang - orang muslimin akan diangkat dan digantikan dengan buku catatan amal baharu.
jadi kepada hati - hati yang pernah terluka dan tersalah lisan, tingkah laku apa sahaja berkaitan diri kita,
maka dengan rendah diri mohonlah kita sebuah kemaafan dalam keadaan sengaja atau tak sengaja, secara terangan atau sembunyi.
moga Allah ampunkan dosa kita semua.
Ya Allah, aku serahkan semua urusanku kepadaMu
- urusan hatiku
- urusan rezekiku
- urusan kesihatanku
- urusan masa depanku
- urusan pengakhiranku
Berilah apa yang terbaik untukku menurutMu 🤲🏻
Allahumma balighna Ramadan! Semoga Allah menyampaikan kita semua ke bulan Ramadan yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Читать полностью…penghantaran online berjalan seperti biasa tau,
adik - adik masa cuti sekolah ni tak tahu nak buat apa, boleh baca buku Tarbiah Sentap sementara nak habis cuti 😁
boleh dapatkan di tiktok shop Tarbiah Sentap :
tarbiahsentapofficial?_t=ZS-8tdScrwLNBq" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@tarbiahsentapofficial?_t=ZS-8tdScrwLNBq
harga tengah mur - mur!
mulailah pagi dengan mengenang,
agar kita renungi bersama bahawa meski ibadah kita compang - camping tapi rahmat Allah tak putus - putusnya dicurahkan.....
Pernah tak rasa,ada waktu kita rasa tak ada mood nak solat, feeling tu tak ada atas keserabutan masalah itu ini dan sebagainya yang tak terungkap. Tapi kita tetap solat.
Kemungkinan, solat yang dipaksa tu boleh jadi solat paling ikhlas kita buat.
Jadi jangan tinggal solat. Walaupun ada hari kita rasa macam solat autopilot tapi buat sahaja. Kita solat bukan sebab kita baik, kita solat bukan sebab kita sempurna, kita solat bukan sebab kita nak kan sesuatu tapi sebab Allah suruh.
Kami bukan ada buku motivasi, puisi, novel je. Kami juga ada buku genre komik!
Dapatkan buku Tarbiah Kampus dari Abeben dan Ustaz Adnin di Shopee dan tiktok shop Tarbiah Sentap sekarang 🤩
ramai prefer tiktok shop, baik ini link tiktok shop Tarbiah Sentap :
https://vt.tiktok.com/ZSMSnfLfL/?page=TikTokShop
kalau ada rezeki, boleh dapat harga lagi murah. boleh selalu selalu tengok okay, selamat membeli!
selain 𝐣𝐨𝐝𝐨𝐡 adalah cerminan diri, kita pun 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 sesuai dengan kebiasaan diri
Читать полностью…Persediaan kita
- solat berjemaah di masjid, terutamanya lelaki
- baca dan tadabbur al-Quran
- puasa sunat
- bangun malam untuk qiamullail
- kurangkan habiskan masa dengan ‘scroll’ media sosial melainkan bermanfaat
Ada sebuah doa yang kebanyakkan orang tak nampak kelebihannya, sebab kita selalu baca, rasa macam doa yang biasa-biasa.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”
Doa yang ringkas, tapi padat dan cukup lengkap.
Allamah Tuan Guru Baba Haji Ismail
Pentas hiburan sebegini jangan ditambah lagi pelbagai kemungkaran yang tidak sepatutnya berlaku dalam negara.
Lelaki berpakaian wanita, wanita berpakaian syuhrah.
Libasu (berpakaian) syuhrah (berlainan dalam erti kata pelik dari norma atau pakai pakaian jantina lain) Pakaian yang dipakai untuk mendapat kemasyuran dan pengiktirafan.
Diminta team media hentikan dengan tidak memberi "spotlight" kepada mereka. Budaya normalisasi songsang sebegini perlu diambil tindakan serius. Sudah tiba masanya penganjur meletakkan garis panduan pemakaian.
Moga Allah jentikkan hati kita dengan mengenal Tuhan.
Bukan satu dua komen, beratus komen sangat menyokong perbuatan mereka melakukan maksiat.
Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا عُمِلَتِ الْخَطِيئَةُ فِي الْأَرْضِ كَانَ مَنْ شَهِدَهَا فَكَرِهَهَا كَمَنْ غَابَ عَنْهَا، وَمَنْ غَابَ عَنْهَا فَرَضِيَهَا، كَانَ كَمَنْ شَهِدَهَا
Maksudnya: “Apabila dilakukan satu kesalahan di atas muka bumi, sesiapa yang menyaksikannya lalu membencinya adalah seperti orang yang tidak berhadapan dengannya. Sesiapa yang tidak menyaksikannya (tidak berhadapan dengan maksiat), lalu dia reda dengan maksiat itu, adalah seperti orang yang menyaksikannya.”
Kalau boleh nak pejam mata setiap kali ternampak gambar dan video begini. Sakit mata,geram, pedih sangat hati.
Tenatnya ummat akhir zaman hari ini.
Macam mana boleh lalu di newsfeed kalau tak mencari?
Saya memang mencari.
Sebab nak lihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling saya. Perlu ambil tahu, perlu buat sesuatu.
Kenapa tak tegur secara personal?
Kan aib orang. Saya memang tegur secara personal. Mereka mungkin tidak perasan pun mesej saya.
Tetapi tujuan saya menulis kali ini untuk menegur secara terbuka buat semua ummat.
Hari ini kita semua hidup di zaman maksiat adalah perkara biasa. Nak tengok maksiat ni bangun tidur buka je mata terpampang di skrin telefon bimbit.
Mudah.
Apa yang lebih menyedihkan,
Sudahlah maksiat merata-rata, jadi pula sebahagian daripada mereka.
Ramai tak tahu. Dalam bulan Syaaban inilah Qiblat bertukar dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Allah nak tengok siapa benar-benar ikut perintah-Nya, siapa yang masih terikat dengan kebiasaan lama.
"Kami tidak menjadikan kiblat yang dahulu itu melainkan untuk mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang..." (Surah Al-Baqarah: 143)
Sama macam hidup kita. Kadang-kadang kita diuji dengan perubahan, tapi kita takut nak keluar dari zon selesa. Kita lebih selesa dengan kebiasaan, walaupun kita tahu ada jalan yang lebih baik.
Selamat bernisfu Syaaban.
Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan.
Читать полностью…siapa tengah free? nak minta bantuan boleh tak....
buku Tuhan, Aku Ingin Hijrah dari ustaz adnin tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca
kalau sudi boleh undi disini 😁👇🏻
https://bookfest.popular.com.my/?l=3&fbclid=IwY2xjawH__OpleHRuA2FlbQIxMAABHehCvKmugIe3nF7ZQJh_58D2ZJuZI88k_E_N78nB7QhujITcQtiqRxpYMg_aem_JvioG16o4C_yFnSzQlVZrw
bosan bosan korang tak tahu nak buat apa, cuba buat ini 😀
Читать полностью…Satu bulan sahaja lagi. Ramadhan ialah bulan permohonan, munajat, hidayah, dan petunjuk kebenaran. Semoga kita disempatkan bertemu ramadhan pada tahun ini 🤲🏻
Читать полностью…tiktok shop Tarbiah Sentap :
👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZS6GohMRc/?page=TikTokShop
semoga kedua - dua buku ini memberi manfaat kepada semua!