tarbiahsentap | Unsorted

Telegram-канал tarbiahsentap - Tarbiah Sentap

32069

Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan Islami Pilihan Anak Muda ~

Subscribe to a channel

Tarbiah Sentap

Assalamualaikumwarahmatullah semua untuk hari pertama Tarbiah Sentap di PBAKL.

Terima kasih kepada pengunjung yang datang tak henti dari pagi sehingga tengahari ni.

Jangan lepaskan peluang korang datang PBAKL singgah ke booth kami di DEWAN TUN RAZAK, TINGKAT 3.

Boleh dapatkan buku kami dari pelbagai genre. Promosi untuk setiap kombo dan freegift exclusive dari Tarbiah Sentap! Jumpa disinii

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝗧𝗛𝗘 𝗢𝗡𝗘 𝗔𝗡𝗗 𝗢𝗡𝗟𝗬 𝗔𝗗𝗡𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡.

Antara karya paling dinanti daripada Adnin Roslan yang bukan sekadar bacaan, tetapi mampu menyentuh hati, membuka fikiran dan memberi makna dalam setiap helaian.

Dapatkan koleksi karya terbaik beliau yang sarat dengan inspirasi, tarbiah dan pengisian yang dekat dengan jiwa pembaca di Pesta Buku Antarabangsa.

Hanya ada di Reruai Tarbiah Sentap, No booth 619, Dewan Tun Razak, Tingkat 3.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Jangan lepaskan peluang dapatkan buku-buku best seller oleh Najmi Fetih.

Boleh dapatkan keempat - empat buah buku ini dari genre puisi dan novel. Juga boleh dapatkan tandatangan penulis Najmi Fetih 😍

Tarbiah Sentap akan turun padang ke Pesta Buku Antarabangsa selama 10 hari berturut - turut.

Datang ke reruai kami berpeluang untuk berjumpa dengan penulis kegemaran anda!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Koleksi terbaik Syed Salahudin menanti anda.

Boleh dapatkan keempat - empat buah buku ini dimana kesemuanya adalah genre motivasi. Juga boleh dapatkan tandatangan penulis Syed Salahuddin 😍

Tarbiah Sentap akan turun padang ke Pesta Buku Antarabangsa selama 10 hari berturut - turut. Datang ke reruai kami berpeluang untuk berjumpa dengan penulis kegemaran anda!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐓𝐀𝐑𝐁𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐉𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀.

Anda berpeluang untuk berjumpa penulis kegemaran anda iaitu Ustaz Adnin, Aniq Muhai, Aizuddin Hamid, Najmi Fetih, Abeben, Syed Salahuddin dan Abemat.

Nak jumpa mereka di mana?

Di booth Tarbiah Sentap, reruai no 619 Dewan Tun Razak, Tingkat 3.

Telah disertakan tarikh kedatangan penulis untuk korang merancang masa dengan sebaiknya. Save post ini jadikan rujukan untuk kita jumpa disana!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝗜𝗡𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗥𝗘𝗥𝗨𝗔𝗜 𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔.

Kami tahun ini berada di Dewan Tun Razak, Tingkat 3.

Masuk sahaja laluan dari pintu utama terus dan akan jumpa reruai kami. Boleh save post ini dan jadikan rujukan semasa nak datang ke Pesta Buku nanti.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Datang PBAKL nanti, jadikan reruai Tarbiah Sentap sebagai salah satu reruai yang wajib korang singgah.

Ada pelbagai aktiviti kami sediakan antaranya sesi meet and greet bersama penulis, pelancaran buku terbaru, diskaun bagi buku best seller dan freegift buat pembeli yang terawal.

Kami berada di Dewan Tun Razak Tingkat 3 | No Reruai 619. Jumpa di sana!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐁𝐎 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐀𝐑𝐁𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐃𝐈 𝐏𝐁𝐀𝐊𝐋.

Dah boleh mula buat list untuk pembelian buku kami kalau korang datang ke Reruai Tarbiah Sentap nanti.

Pembelian sebuah buku pun dah boleh dapat harga diskaun, pembelian kombo akan dapat potongan diskaun yang berganda bersama freegift istimewa!

*terhad untuk pembeli yang terawal pada setiap hari sepanjang pesta buku berlangsung.

Jangan lupa save post ini. Datang PBKAL, wajib singgah booth Tarbiah Sentap ☺️😍

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

PBAKL semakin dekat. Dan Tarbiah Sentap sedang siapkan sesuatu khas untuk anda. Nantikan trailer rasmi kami.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡...

KARYA TERBARU DARI USTAZ ADNIN DAN DR SABARIAH FARIDAH YANG BERTAJUK

𝗣𝗔𝗥𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡

Buku "Parenting Akhir Zaman" hadir sebagai panduan buat ibu bapa yang tidak mahu sekadar melihat anak berjaya di mata dunia, tetapi lebih takut jika anak gagal di sisi akhirat.

Berpaksikan Al-Quran dan Sunnah, disokong oleh pengalaman kehidupan sebenar serta dapatan ilmu sains moden.

Buku ini membimbing kita kembali kepada asas, mendidik dengan iman, membentuk dengan hikmah dan membesar dengan kasih yang berpandukan wahyu.

Buku ini akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung bermula 29 Mei sehingga 7 Jun ini di reruai Tarbiah Sentap | No 619. Dewan Tun Razak 3.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐁𝐄𝐁𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐀𝐃𝐍𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

Dalam riuh dunia yang tak pernah berhenti, ada panggilan agung yang selalu kita dengar... tapi tak selalu kita rasa.

Dengan gaya penyampaian yang kekal santai, adanya lukisan comel yang menyentuh dalam diam.

Setiap helaian mengajak kita menyelami wuduk yang bukan sekadar membasahkan, niat yang bukan sekadar dilafazkan, dan solat yang bukan sekadar gerakan.

Ada jatuh, ada leka, tapi di situlah bermulanya perjalanan kembali.

Kerana akhirnya, solat bukanlah semata-mata tentang cukup lima waktu ... tapi tentang hati seorang hamba yang pulang setiap kali dipanggil kekasihnya.

Segalanya akan terjawab di dalam buku 𝐓𝐀𝐑𝐁𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝟐.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐍𝐈𝐐 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐈 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔.

SINOPSIS PENUH BUKU 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆 👇🏻

Watak utama di dalam novel ini ialah seorang wanita yang sangat cekal dan tabah, dinamakan Sarah Fathiyah, bagaimana dia menerima hidup dalam keadaan 'denial' setelah dia tahu tentang sesautu di dalam fail tempat dia bekerja.

Kisah hidup sarah lebih tragis apabila dia dapat tahu wanita yang dirumahnya itu bukanlah ibu kandungnya. jika anda berada di tempat sarah, apa yang anda akan buat?

• setiap kali rasa dipandang, rasa diekori

• diganggu dengan mesej2 yang datangnya entah dari siapa siapa

• dihantui oleh bayangan pembunuh yang ingin membunuh dan menutup mulutnya.

Adakah Sarah mampu bertahan dalam kemelut dan ujian yang melanda dirinya? Adakah dia mampu menerima hakikat bahawa ibu kandungnya sebenarnya telah tiada?

Segalanya akan terjawab di dalam novel 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗞𝗦𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗨𝗕𝗔?

Kami sangat mengalu - alukan! Ramai pembaca menyatakan buku kami banyak membantu mereka dalam proses berhijrah, menguatkan langkah menjaga ikhtilat, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Koleksi buku Tarbiah Sentap merangkumi motivasi, puisi, novel, dan komik tarbiah yang santai tetapi mendalam.

Pembaca buku Tarbiah Sentap ramai daripada golongan anak muda yang mencari motivasi hijrah, pegangan agama, dan sentuhan rohani "sentap" (tegur secara terus)

Terima kasih kami ucapkan buat pembaca semua yang setia menyokong hasil usaha dakwah kami melalui penulisan buku dan nantikan buku baru yang bakal terbit pada Pesta Buku Antarabangsa ini.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang tak henti memberikan sokongan

Nantikan beberapa buah buku baru yang akan terbit dan semestinya merchandise khas untuk anda yang datang berkunjung ke booth Tarbiah Sentap

Ikuti kami sehingga hari pesta buku berlangsung.

Kami akan update dari semasa ke semasa.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Gunakanlah pengaruh itu untuk membina, bukan melalaikan.

Gunakanlah platform itu untuk mendidik, bukan menjerumuskan.

Gunakanlah kreativiti itu untuk menghasilkan hiburan yang bersih, cerdas dan bermanfaat.

Anak muda tidak perlu dilalaikan untuk terhibur.

Mereka tidak perlu dilucahkan untuk ketawa.

Mereka tidak perlu disuap chemistry lelaki perempuan untuk terus menonton.

Percayalah, kalian mampu buat lebih baik daripada ini.
Kepada adik-adik AITeam,

Kalian ada potensi.
Sebab itu orang suka.
Sebab itu orang ikut.
Sebab itu orang tonton.

Tetapi jangan kecilkan potensi itu dengan lawak murahan.

Jangan rendahkan bakat kalian dengan menjual ikhtilat sebagai hiburan.

Jangan gadaikan masa depan akhirat kalian kerana tepukan manusia yang belum tentu akan membela kalian di hadapan Allah.

Hari ini peminat mungkin bersorak.
Hari ini komen mungkin penuh dengan sokongan.

Hari ini orang mungkin berkata, “Biarlah, mereka muda lagi.”

Tetapi di hadapan Allah nanti, setiap lidah akan ditanya.

Setiap pandangan akan ditanya.

Setiap content yang disebarkan akan ditanya.

Setiap pengaruh yang digunakan akan ditanya.

Berhentilah sebelum terlalu jauh.

Muhasabahlah sebelum hati menjadi terlalu keras untuk ditegur.

Kerana yang paling menakutkan bukan apabila orang menegur kita.

Yang paling menakutkan ialah apabila kita sudah tidak rasa apa-apa ketika ditegur.

Moga Allah membimbing kita.

Syahirah Omar

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐔𝐊𝐔, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍

Buku tarbiah kami ditulis untuk mereka yang sedang mencari jalan pulang menjadi insan yang lebih baik.

𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Antara karya paling dicari daripada Aniq Muhai.

Boleh dapatkan kelima - lima buah buku ini ada genre motivasi, novel dan puisi. Juga boleh dapatkan tandatangan penulis Aniq Muhai 😍

Tarbiah Sentap akan turun padang ke Pesta Buku Antarabangsa selama 10 hari berturut - turut. Datang ke reruai kami berpeluang untuk berjumpa dengan penulis kegemaran anda!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Komik yang buat anda ketawa, berfikir dan tersentuh. Hanya di booth Tarbiah Sentap.

Boleh dapatkan keempat - empat buah buku ini dimana kesemuanya adalah genre komik tarbiah. Juga boleh dapatkan tandatangan penulis Abeben dan Abemat 😍

Tarbiah Sentap akan turun padang ke Pesta Buku Antarabangsa selama 10 hari berturut - turut.

Datang ke reruai kami berpeluang untuk berjumpa dengan penulis kegemaran anda!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Yang mencari motivasi, refleksi dan “sentapan” kehidupan. Koleksi Aizuddin Hamid ada di sini.

Boleh dapatkan keempat - empat buah buku ini dimana kesemuanya adalah genre motivasi. Juga boleh dapatkan tandatangan penulis Aizuddin Hamid 😍

Tarbiah Sentap akan turun padang ke Pesta Buku Antarabangsa selama 10 hari berturut - turut. Datang ke reruai kami berpeluang untuk berjumpa dengan penulis kegemaran anda!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚 𝗘𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔 𝗜𝗡𝗜

Ada pelbagai aktiviti menarik kami sediakan antaranya sesi meet and greet bersama penulis, pelancaran buku terbaru, diskaun bagi buku best seller dan freegift buat pembeli yang terawal.

Janji cari kami di Dewan Tun Razak Tingkat 3!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Sebuah buku yang sedang menjadi sebutan ramai.

Nantikan kehadirannya di reruai Tarbiah Sentap sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

Sebelum ini hanya mampu tengok secara online sahaja kan? 😍

Jumpa kami di sana bersama buku best seller ini dan juga koleksi buku Tarbiah Sentap yang lain.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Jom bantu kami pilihkan bookmark mana yang bakal jadi pilihan untuk pembelian buku di reruai Tarbiah Senta nanti.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Ada cerita yang tak mampu disampaikan dalam beberapa saat.

Full video sempena PBAKL boleh ditonton di YouTube Tarbiah Sentap. Jangan lupa singgah dan support!


Klik link di sini untuk menonton video penuh :

https://youtu.be/R2VU996updQ?si=c7wjMzbxcg5KAREw

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐈𝐍𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝟓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐁𝐀𝐊𝐋!

Dapatkan 5 buah buku baru bersama beberapa buah buku lain pelbagai genre di reruai Tarbiah Sentap, Dewan Tun Razak 3.

Kami akan berada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung bermula 29 Mei sehingga 7 Jun ini.

Kalau hati tengah sesak, mungkin jawapannya ada pada ilmu. Singgah reruai Tarbiah Sentap dan dapatkan koleksi buku islamik terbaik.

Jumpa di sana!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

𝟰𝟬 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 mengingatkan bahawa akhir zaman bukan dongeng atau cerita masa depan. la hakikat yang sedang berlaku.

Dalam suasana kelam mencengkam ini, hanya iman yang teguh mampu menjadi pelindung.

Buku ini hadir sebagai bekalan untuk menguatkan hati di akhir zaman, menenangkan jiwa ketika menghadapi fitnah dan membimbing untuk kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Segalanya akan terjawab dalam buku 𝟰𝟬 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐈𝐙𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐃 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

SINOPSIS BUKU 𝗡𝗢𝗞𝗧𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡

la bukan sekadar isu tanah atau politik. Hakikatnya, Palestin adalah ujian keimanan untuk kita semua.

Sanggupkah kita terus memejamkan mata, atau bangkit menjadi sebahagian daripada rantai perjuangan umat?

Naskhah 𝗡𝗢𝗞𝗧𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 hadir untuk menyingkap realiti sebenar yang cuba disembunyikan dunia.

Segalanya akan terjawab di dalam novel 𝐍𝐎𝐊𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍.

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗳𝗮𝘇 𝗕𝗶𝘀𝗺𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵... 𝟱 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗥𝗕𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔

Tahun ini, kami memperkenalkan variasi genre buku yang lebih pelbagai. Adakah dari penulis yang sama atau kami bakal memperkenalkan penulis baru?

Agaknyaa apa yang bakal kami bawakan kali ini.... Nantikan tajuk dan genre baharu daripada Tarbiah Sentap!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 - 𝗦𝗔𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗚𝗘𝗟𝗔𝗣

𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡. Hijrah bermaksud perubahan ke arah yang lebih baik. meninggalkan perkara lama yang kurang baik kepada kehidupan yang lebih diredhai Allah.

𝐑𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭. Perkataan Inggeris ini bermaksud “mula semula” atau “reset”.

"𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭"

menggambarkan permulaan baru dalam hidup dengan semangat perubahan ke arah kebaikan seolah-olah “reset” diri jadi lebih baik dari segi iman, akhlak, dan cara hidup.

Kami akan bawakan tema ini ke 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔. Jumpa anda semua di sana!

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Alhamdulillah, tahun ini Tarbiah Sentap diberi peluang untuk menyertai Pesta Buku yang penuh makna.

Inilah ruang untuk kita bertemu, berkongsi rasa, dan menyebarkan kebaikan melalui penulisan yang menyentuh hati.

Kami menjemput anda semua untuk hadir dan memeriahkan acara ini bersama kami. Jangan lupa singgah dan jumpa kami di sana!

𝗧𝗲𝗺𝘂𝗶 𝗧𝗮𝗿𝗯𝗶𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 | 𝗡𝗼 𝗥𝗲𝗿𝘂𝗮𝗶 𝟲𝟭𝟵 | 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸 𝟯

Читать полностью…

Tarbiah Sentap

Boikot bukan bermaksud kita hilang adab.Bukan juga lesen untuk mencaci dan ruang untuk menghina peribadi.

Boikot ialah pendirian.

Kita memilih untuk tidak menyokong content yang merosakkan rasa malu anak muda.

Kita memilih untuk tidak menjadi sebahagian daripada normalisasi maksiat.

Kita memilih untuk menjaga anak-anak kita daripada hiburan yang membuat batas agama kelihatan kecil.

Kerana masalah content AITeam bukan sekadar 'hiburan santai'.

Masalahnya lebih besar.

Content sebegini sedang mengajar anak muda bahawa percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram itu biasa sahaja jika dibuat di hadapan kamera.

Ia mengajar bahawa gurauan 'double meaning' boleh dianggap kelakar kalau semua orang ketawa.

Ia mengajar bahawa lelaki dan perempuan boleh dipasangkan, diusik, dijual chemistry mereka, lalu dibela peminat atas nama “sweet” dan “bahagia”.

Ia mengajar bahawa teguran agama boleh diketepikan selagi views naik, followers bertambah dan peminat terus bersorak.

Di sinilah bahayanya.

Bukan semua penonton mampu filter mana betul mana salah menurut pandangan Allah.

Ramai yang menonton rancangan ini usia mereka masih remaja.

Ramai yang sedang belajar tentang cinta, malu, batas, populariti dan hubungan lelaki perempuan melalui apa yang mereka lihat setiap hari.

Kalau setiap hari yang mereka lihat ialah content yang memandang remeh ikhtilat, jangan hairan kalau mereka juga mula memandang remeh batas dalam hidup sendiri.

Kalau setiap hari mereka ketawa pada lawak lucah, jangan hairan kalau bahasa lucah tidak lagi terasa jijik.

Kalau setiap hari mereka disuap dengan hubungan belum halal yang nampak comel,

jangan hairan kalau mereka mula rasa agama ini terlalu menghalang bahagia.

Sebab itu content seperti ini perlu dihentikan.

Bukan sekadar diperbaiki sedikit untuk reda isu.

Bukan sekadar minta maaf apabila tular.

Bukan sekadar tukar format sehari dua.

Tetapi perlu ada muhasabah besar tentang hala tuju keseluruhan content.

Adakah content ini membawa anak muda lebih dekat kepada Allah?
Atau semakin membuat mereka selesa dengan suasana maksiat?

Adakah content ini menaikkan adab?
Atau menghakis rasa malu?

Adakah content ini membina generasi?

Atau sekadar mengutip engagement daripada kelemahan jiwa anak muda?

.
.
Kepada Alieff Irfan,

Saudara bukan sekadar content creator.
Saudara membina satu ekosistem.

Saudara mengumpulkan anak-anak muda, memberi mereka pentas, membentuk naratif, menentukan suasana, dan membuka ruang untuk ratusan ribu bahkan jutaan orang menonton.

Maka tanggungjawab saudara jauh lebih besar daripada sekadar menghasilkan video yang viral.

Dalam dunia content, pengaruh bukan sekadar angka. Pengaruh ialah amanah.

Rasulullah saw memberi peringatan yang sangat berat bahawa,

"Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, dia menanggung dosa seperti dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan dosa mereka sedikit pun."

Hadis Riwayat Muslim

Hadis ini memberi peringatan buat diri saya juga terutamanya dan untuk kita semua.

Sebab itu orang yang ada platform tidak boleh berkata,

“Kami cuma buat content.”

Tidak.

Kalau content itu membentuk cara anak muda melihat ikhtilat, malu, cinta, bahasa lucah dan batas agama, maka ia bukan lagi sekadar hiburan.
Ia sudah menjadi pengaruh yang mendidik sosial.

Semua ini akan ditanya di hadapan Allah.

Hasil duit ringgit daripada content itu juga bukan perkara kecil.

Ia akan ditanya.

Dari mana ia datang?

Apa yang dijual?
Apa yang dinormalisasikan?
Apa kesannya kepada anak muda?

Kalau income itu datang daripada content yang membiasakan ikhtilat, lawak lucah, hubungan kabur, dan hiburan yang melalaikan, berhentilah sekejap dan fikir.

Adakah itu rezeki yang benar-benar membawa berkat?

Adakah itu kejayaan yang saudara mahu bawa menghadap Allah?

Adakah itu legacy yang saudara mahu tinggalkan kepada masyarakat?

Saudara ada pengaruh.
Saudara ada kreativiti.
Saudara ada kemampuan mengumpulkan anak muda.

Itu semua nikmat besar.

Tetapi nikmat yang besar, jika tidak dipandu iman, boleh bertukar menjadi fitnah yang besar.

Читать полностью…
Subscribe to a channel