『🌺』"Orang yang bijaksana ialah orang yang selalu melakukan muhasabah terhadap dirinya dan melakukan amalan untuk kehidupan selepas mati. Sementara orang yang bodoh ialah orang yang menurut hawa nafsunya kemudian menaruh harapan terhadap Allah swt (berharap Allah swt ialah Zat yang Maha Pengampun)
-HR Tarmizi-
@tarbiahsignal
TERSASAR JAUH 🥀
Tipulah kalau semua orang tak pernah tersasar.Tipu.
Semua orang pernah tersasar.Siapa yang tak nak imannya yang sentiasa diatas tanpa perlu jatuh.Semua orang nak,tetapi adakala walau kita cuba berusaha menjaga iman kita daripada jatuh,kita tetap tersadung didalam gaung dosa. Bila iman kita tinggi memuncak,kita selalu berharap agar iman ini sentiasa diatas tanpa perlu jatuh tebaran diruang maksiat.Kita selalu berharap bahawa hati ini berada hampir dengan Tuhan tanpa perlu melangkah jauh meninggalkan Tuhan.
Mungkin kita lupa bahawa syaitan itu tidak pernah tidur.
Sentiasa ada cara untuk menjatuhkan kita. Jika kelemahan kita adalah ikhtilat, maka syaitan akan cucuk kita dengan bagi kita tunggang langgang dalam ikhtilat. Jika kelemahan kita adalah pada perasaan cinta kepada manusia maka syaitan akan cucuk kita bagi kita lemah dengan cinta manusia.
Semua orang punya titik kelemahan. Carilah titik kelemahan itu dan perbaiki ia. Saat paling menakutkan adalah apabila kita telah jauh tersasar dari Allah tanpa kita sendiri sedar.
"Aku rindu iman ku yang dulu. Aku rindu saat aku begitu dekat dengan Allah. Sedikit pun hatiku tidak pernah terusik dengan pujukan dunia. Tetapi lihatlah aku pada hari ini. Hari ini aku semakin jauh dari Allah. Iman aku tidak seutuh yang dahulu lagi. Aku rindu diri aku yang dulu. Aku futur".
Pernah rasa begitu?
Rindu membuak buak kerana merindukan iman yang dulu. Bila diri mula tersasar,teringat kembali bagaimana diri kita yang dulu, iman kita yang dulu. Yang mana ketika itu hati kita begitu dekat dengan Allah,iman kita begitu kukuh tanpa goyah.Dan lihatlah diri kita hari ini.
Jangan biarkan syaitan terus bersorak gembira kerana telah berjaya memperdayakan kita. Kau jatuh, kau futur. Kau ratap dan tangisi tetapi jika kau masih ditakuk yang lama, tanpa ada sebarang usaha,ia takkan mengubah apa apa. Bila jatuh,bangun!
Jika jatuh tetapi hanya sekadar meratap kejatuhan itu,ia takkan mengubah apa apa. Bangunlah.Bila rasa diri tenggelam dalam kegelapan, bangun cari kembali cahaya untuk menerangi kehidupan. Cari kawan yang soleh, hadiri majlis ilmu, baca Al Quran,buat solat taubat, solat tahajjud, untuk kembali dekat pada Allah.
Ditulis oleh : Akak fiqah☝🏻💗
Cc: @hikmahwords
@tarbiahsignal
『🛸』Kita kejar akhirat, dunia akan ikut sekali. Fikirkan apa yang kita mahu selepas kita dibangkitkan.
@tarbiahsignal
『🌞』 Selamat Pagi🌻
Jangan lupa ucap Alhamdullillah kerana masih ada peluang menghirup udara pagi ni!
@tarbiahsignal
『🧎🏻』 Manusia boleh cakap apa sahaja yang dia mahu, tapi hati-hati dengan banyaknya bicara tentang perkara yang lagha hanya dapat membazirkan air liur sahaja.
Jadilah sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada makhluk lain.
@tarbiahsignal
『🪂⚽️』 Be different than others and enjoy your life without disturbing any people, it's so much better.
@tarbiahsignal
『🌄』 Subuh ni sebenarnya rezeki untuk kita, tak semua orang dapat bangun untuk solat Subuh—jadi, bersyukurlah.
@tarbiahsignal
『🥀』"Nafsu bisa membuat seorang raja menjadi budak. Sedangkan sabar bisa membuat seorang budak menjadi raja."
-Imam Al-Ghazali-
@alHuffazQuotes
『🌸』 what's beautiful is only beautiful if you want it to be beautiful
-Jia-
@tarbiahsignal
『❄️』 Azam.. andai tak ada azam tahun ini. Jadi, aku syorkan tingkatkan level kematangan.
Matang dari segi fikiran terutamanya.
Matang dari segi percakapan.
Dan,
Matang dari segi tindakan.
Dunia pada zaman sekarang perlukan generasi yang semangat dalam segi dakwah.
Mulakan dengan diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
@tarbiahsignal
『🌹』Sekarang kita dah masuk tahun baharu iaitu {2021}
Jadi azamlah perkara baharu dan yang bermanfaat untuk kita dan orang lain, minta maaf dengan semua salah silap kita dan maafkan Salah Silap orang lain yang buat pada kita juga.
HAPPY NEW YEAR🎁
@tarbiahsignal
『🏠』 Setiap kelebihan yang kita ada tak semestinya akan ada pada orang lain. Hargai diri awak. Sayangi diri awak. Awak akan bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.
@tarbiahsignal
『🚨』 Kadang manusia tahu apa yang dia buat itu salah namun sengaja membiarkannya tanpa membetulkan apa yang salah kerana sudah menjadi kebiasaan dia melakukan kesalahan.
Bukan mudah untuk terus berubah. Yah aku tahu.
Tapi setidaknya kita harus mencuba sedaya upaya.
Aku tahu kau mahu jadi lebih baik.
Aku tahu kau suka dengan kebaikan.
Tapi, disebabkan kau kurang sokongan kau jatuh.
Hey, aku ada untuk kau.
Allah ada untuk kau.
Kuatkan diri✨
Tahun barukan.. so mai buka episod baru.
@tarbiahsignal
『💞』 Tidak salah untuk menegur, malah amat digalakkan. Tetapi, tegurlah dengan berhemah—biar teguran tu kekal di hati dan bukan mengguris hati.
@tarbiahsignal
『🌸🌻』 Andai ujian kau hadap itu terasa pedih dan berat, bersabarlah.
"Innallaha ma'asobirin"
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Carilah sokongan untuk kau terus kuat.
Bunga yang cantik mekar tidak akan tumbuh dengan baik sekiranya tidak ada keadaan tanah yang baik, air yang tak mencukupi serta cuaca yang baik.
@tarbiahsignal
⏰ Jadual Waktu Solat Hari Ini ⏰
📍 Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, S.Alam (Selangor)
🗓 Sabtu, 02/01/2021
🌟 18 Jamadil Awal 1442H
🌥 Imsak : 05:57
⛅️ Subuh : 06:07
🌤 Syuruk : 07:17
🌞 Zohor : 13:20
☀️ Asar : 16:43
🌙 Maghrib : 19:17
⭐️ Isyak : 20:32
Saya, kalau yang nak kahwin muda ni perempuan, saya tak kisah sangat. Kahwinlah umur berapa pun. 18 ke 17 ke 16 ke 15 ke 14, 13 ke, ikut sukalah.
Tetapi yang lelaki ni...
Maaf cakap. Kalau spender sendiri pun mak yang belikan lagi, tak payah nak sembanglah bab kahwin.
Kalau yang tua pun main pubg tak hirau anak sampai anak mati lemas dalam bilik air, yang budak hingus ni macam mana pulak?
Hah!!
Duduk sebelah anak, bapak sibuk main game. Anak dia bagi main handphone. Komunikasi apa pun tak. Agak-agak anak yang membesar dalam keadaan macam ni, apa yang akan jadi dekat dia?
Tolonglah jangan bawa jiwa ke dunia untuk awak siksa dia.
Tolonglah...
"Kalau dah mampu galas tanggungjawab, apa salahnya."
Tanggungjawab sebagai seorang suami ja? Tanggungjawab sebagai seorang anak?
Berapa ramai hari ni anak lelaki yang bergelar anak derhaka selepas berumah tangga?
Dia hanya fikir tanggungjawab dia pada isteri, pada anak dia semata-mata. Tanggungjawab dia pada mak ayah dia, pada mak ayah mertua dia, langsung dia tak peduli.
Macam inikah definisi tanggungjawab yang awak maksudkan?
Sebab itu saya tekankan sekali lagi. Saya tak halang dan tak tolak perkahwinan muda.
Tetapi biar cukup syaratnya.
Jangan kita basuh mentaliti anak-anak kita dengan mentaliti nak elak zina, kahwin muda.
Jangan...
Apa guna kahwin muda kalau yang menjurus je arah penceraian pun tidak kurang hebatnya.
Didik mereka dengan agama. Sebab hanya agama sahaja yang dapat halang mereka dari terjerumus ke arah zina. Perkahwinan sahaja tak cukup kalau tak disisip agama bersama.
Perkahwinan yang dipandu nafsu, hanya akan merosakkan perkahwinan itu.
Kalau anak tu dah mampu kahwin. Matang, berdikari, bertanggungjawab, silakan. Tapi kalau diri dia sendiri pun tak terurus, macam mana nak urus keluarga?
Apa pun terpulanglah. Kita tengoklah anak awak nanti awak nak bagi kahwin muda ke tak.
Jangan sembang kemas je lebih...
Kalau saya, saya tak akan bagi. Kecuali anak saya betul-betul layak untuk kahwin. Agamanya cantik, akhlaknya baik, kahwinlah kalau nak kahwin. Buat apa nak halang. Walaupun masih muda lagi.
Ini kalau bangun pun tengah hari, solat pun tunggang terbalik lagi, lepas tu nak kahwin.
Memang makan penendang tengah belakanglah jawabnya.
😌 Sekian, fi Hifzillah
-Akhi Khairiz-
Cc: @alHuffazQuotes
@tarbiahsignal
『🌱』 Mengapa perlu membenci sesama manusia? Mengapa perlu ada sifat iri dalam diri?
Aku tahu aku bukan berada di tempat kau. Aku tahu aku takkan dapat rasa apa yang kau rasa.
Satu yang kau perlu ingat, sekarang kita hidup di dunia.
Dunia penuhh dengan ujian kerana nanti di akhirat akan penuh dengan kebahagian.
Don't lose hope to Allah. Trust me you will be okay.
Buang semua sifat mazmumah dan tanam kembali sifat mahmudah.
Jadikan hari terakhir kita sebagai memori indah bagi kita dan memori pahit bagi manusia sekeliling kita.
@tarbiahsignal
『🦋』 Bahagia sementara, sedih sementara kerana kita hidup di dunia hanya sementara. Awak nak bahagia selama-lamanya, jom pergi syurga.
@tarbiahsignal
Orang tak tegur kesalahan sahabatnya tapi mengaku sayang?
dia sebenarnya sedang berdusta
(sheikh said Ramadan al buti)
Sayang dan cinta kepada seorang sahabat itu perlukan pembuktian 🥰
Sahabat itu
Bukan hanya yang ada ketika waktu sudah dan senang
Bukan hanya yang sentiasa ada untuk kita meluahkan segala masalah & rasa
Bukan hanya yang ada selalu untuk menghiburkan kita sewaktu kita bersedih
Tapi Sahabat juga adalah orang yang sentiasa menasihati & menegur kita dengan cara berhikmah sewaktu kita berbuat suatu perkara yang dilarang agama & sewaktu juga kita mula jauh dari - Nya
Dia bimbing kita balik untuk dekat balik dengan - Nya
Dia buat kita makin cinta pada - Nya
Dan paling indah sekali ,
Dia Tarik kita sama sama masuk syurga Allah .
Masha Allah betapa indahnya suatu ukhuwah jika berlandaskan kerana Allah semata ❤️
Cc: @Hikmahwords🌿
@tarbiahsignal
『🚄』 Putus asa akan buat kau menjadi orang yang kurang bersyukur. Positifkan diri dengan mendekatkan diri dengan Allah.
@tarbiahsignal