Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. #salamUkhuwahFillahAbadanAbada
Anak lelaki bila mak suruh balik kampung..mak mertua pun suruh balik hari yang sama juga..nak balik mana?Hukum feqah kata wajib dahulukan mak kandung.
Anak perempuan bila makan bersama mak ayah dan suaminya..nak senduk nasi untuk mak ayahnya dulu atau suaminya?Hukum feqah kata wajib layan suaminya dahulu.
Anak bila ayahnya suruh buat sesuatu..dlm masa yang sama.. mak pun suruh buat sesuatu yang lain..nak buat yang mana dulu?Hukum feqah kata wajib dahulukan perintah mak.
Antara ibu ayah dan dan ank isteri mana dulu yang wajib diberi nafkah?Hukum feqah kata wajib dahulukan ank isteri.
Kita ada adik beradik yang hidup susah..kawan kita pun ada yang susah..nak tolong siapa dulu..Hukum feqah kata dahulukan adik beradik.
Urusan rumah tangga bila bertembung dengan urusan jemaah berbaiah yang kita sertai..mana dulu nak diutamakan?.Hukum feqah kata ank isteri dulu.
Setuju atau tidak..hukum tetap hukum..wajib kita ikuti..
Kalaulah semua org faham hukum hakam agama ini..bukankah itu dapat mengharmonikan kehidupan berkeluarga..Lebih harmoni jika kita dapat bertoleransi dan bertolak ansur..contoh,bila kita makan dgn mertua,isteri sendukkan dahulu nasi untuk kita(suami)..kita pula beri nasi itu pada mertua..kan cantik mcm tu..Bila ibu boleh berkata"takpa..buat dulu apa yang ayah kau suruh buat tu..pastu buat yang mak suruh"..Inilah Tasawuf..Wallahu'alam.
Syakirah abdullah
#tarbiahiman
◽copy-paste
Karikatur Israel dengan kapsyen: "Kami kalah dalam Piala Dunia tanpa menyertainya!"
Sumber: Shehab Agency
t.me/hadispalestin
Jana Majdi Zakarneh, gadis Palestin berusia 16 tahun, dibunuh dengan kejam malam tadi oleh penembak tepat Israel.
Читать полностью…ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…Wahai orang yang diuji, bersabarlah.
Ingati orang yang lebih banyak dan lebih teruk diuji.
Kemudian renungi nikmat iman yang Allah telah berikan kepadamu.
Mohon bantuan Allah agar sentiasa sabar ketika diuji, dan bersyukur ketika diberi nikmat.
The Palestinian movie.. Jom tgk.. "Farha".. Gara2 filem ni israhell boikot Netflix 😅
Читать полностью…ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…Ujian datang bertalu-talu..
Moga kuat dan tabah 😊
#tarbiahiman
One day you'll regret how much time you spent worrying about things that didn't even matter. Switch your focus to those that do matter.
#share
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…Melakukan ibadah yang ringan atau sedikit namun terus-menerus dan berkelanjutan, itu jauh lebih bagus daripada ibadah yang berat atau banyak tapi hanya sekali saja.
▪️copy-paste
#tarbiahiman
Abu Dzar Al Ghifari adalah salah satu sahabat Rasulullah SAW yang paling aku gemari.
Setelah sekian lama aku meninggalkan kisah para sahabat, malam ini secara tidak langsung aku teringatkan kisah Abu Dzar sewaktu aku mengenang kembali kisah hidup aku.
"Dia berjalan sendirian, mati sendirian dan dibangkitkan sendirian”
This is the closest story of sahabat dalam kehidupan aku. Dan sentiasa menjadi inspirasi buatku.
Bermula remaja aku merasakan hidupku seakannya bersendirian. Mendapat tawaran ke SBP dan pindah dari sana bersendirian, kemudian bila ke asasi turut bersendirian, bila degree jauh tercampak ke pulau bersendirian, dan kemudian, sambung pelajaran peringkat sarjana turut bersendirian.
Walaupun ada tempoh tertentu aku merasakan hidup berteman, namun kemudian teman itu bertemu teman yang lain yang jauh lebih baik setelah sekian lama, aku kembali berseorangan.
..
Aku pernah terfikir, good ending in a story is just in that storybook. Which is, in reality, we don't really have an ending, except death. But then.. pengakhiran hidup dekat dunia ni pun untuk permulaan hidup baru dekat alam seterusnya. Like, there's no ending.
Tapi kemudian aku teringat seorang arwah kakak usrah yang sangat aku kagumi sejak sekolah.
Kematiannya agak mengejutkan kami kerana ianya disebabkan kemalangan. Aku juga mendapat liputan berita tentang kematian arwah dan nama arwah turut trending seketika. Arwah meninggal dengan baby sewaktu dalam perjalanan ke hospital untuk tangani kes covid kalau tak silap. Semua yang lain cuma cedera ringan namun arwah dan baby telah ditemukan dengan Allah SWT.
Dan setelah kematian arwah, keluar banyak kisah kebaikan arwah terhadap banyak golongan. Aku sangat sedih kerana aku adalah salah satu orang yang arwah santuni dengan sangat baik.
Dan arwah sentiasa beribadat, berbuat baik tanpa mengeluh ataupun berkira tentang berapa banyak masa yang arwah perlu habiskan untuk umat. Bagi arwah, rehatnya adalah di syurga.
Dan bila mendapat berita kematian tersebut, aku tahu dan aku yakin, arwah akhirnya mampu berehat dan ditemani bayinya.
Itulah a good ending yang sepatutnya. Husnul khotimah. Pengakhiran yang baik.
Semoga kita semua sentiasa dijaga Allah swt daripada nafsu jahat dan dunia yang tidak pernah rehat daripada kejahatan ini.
Ya Allah. Berikanlah kami kematian yang baik-baik. Amin..
#tarbiahiman
▪️copy-paste
This message couldn't be displayed on your device due to copyright infringement.
Читать полностью…This message couldn't be displayed on your device due to copyright infringement.
Читать полностью…Mulakan hari ini dgn bismillah .
Sentiasa bersangka baik .
#savepalestine
Berdakwahlah walau kecil apa pun ilmu tersebut, kerana mungkin dari perkongsian itu dapat membuka pintu hati seseorang agar sentiasa dekat dengan penciptanya.
#tarbiahiman
#share
Semakin kuat kamu untuk menunaikan niat baik, maka semakin berat pula godaan agar kamu batal menunaikanya.
Bukan berarti Allah tak menyambut niat baikmu, justru Allah sedang menguji seberapa lurus niat itu kamu tunaikan..
#tarbiahiman
Ye.. Yg jenis tak kisah.. Kita buruk atau lawa tetap terima.. Tapi tu laa satu dlm sejuta blom tentu ada 😌
Читать полностью…4 AMALAN RINGKAS YANG MEMBAWA KE SYURGA
1. Sebarkan salam. Ucapkanlah salam kepada sesiapa sahaja saudara muslim yang dikenali atau tidak. Salam adalah doa yang indah dan bermakna, serta membawa rahmat dari Allah.
2. Menyambung silaturrahim. Jalinkan hubungan baik dengan semua orang dengan rasa penuh kasih sayang kerana Allah taala. Menyambung silaturrahim juga meluaskan rezeki insyaAllah.
3. Memberi sedekah makanan. Memberi makan kepada orang lain adalah perbuatan yang amat mulia. Selalulah belanja ahli keluarga, kawan2, jiran2 makan, serta hulurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.
4. Solat malam. Ibadah ini adalah tingkatan tertinggi bagi mukmin kerana ia amat sukar dilakukan secara istiqamah. Ganjaran solat malam sangat hebat hingga Allah juga turun di langit bumi untuk mendengar & mengabulkan doa2 mereka yang solat malam. MasyaAllah.
Dalil amalan2 hebat ini adalah hadis sahih berikut:
Dari ‘Abdullah bin Salâm, dia berkata: “Ketika Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju baginda ﷺ (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasulullah ﷺ telah datang. Lalu aku mendatanginya di tengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya.
.
Ketika aku melihat wajah Rasulullah ﷺ, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali baginda ucapkan adalah:
.
"Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kalian akan MASUK SYURGA DENGAN SELAMAT."
.
(HR Tirmizi. Hasan sahih)
▪️copy-paste
#tarbiahiman
Jika kita meyakini bahwa Allah Maha segalanya, pantaskah kita khawatir saat menjalani kehidupan ini?
Читать полностью…ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…Kita sangka penyokong penyokong dari negara Arab sahaja yang bersorak "Free Palestine", sekali penyokong dari Britain pun sama.
Ketika bertemu bual dengan wartawan dari rejim Zionis pula!
Alhamdulillah! 🇲🇾🇪🇭
#aqsasyarif
Sekarang dah masuk fasa mendidik diri dan keluarga sedikit demi sedikit tinggalkan nikmat dunia. Allah dah beri peringatan bahawa dunia ini hanyalah hiburan dan permainan. Sesungguhnya negeri akhirat itulah sebenar-benar kehidupan. Ini Allah dah bagi amaran dalam Al-Quran.
Ada hutang?
Langsaikan hutang yang berbaki.
Dah selesai bayar hutang?
Jangan tambah lagi hutang.
Jangan ulang dosa riba' lagi.
Dosa riba' itu menarik keberkatan hidup. Amal ibadah pun jadi malas nak buat. Kadang rasa hidup ini serba serbi tak kena. Macam mana nak tenang sedangkan kita berperang dengan Allah dan Rasul?
Sekarang dah masuk fasa didik diri kita dan keluarga tinggalkan kesedapan dunia. Didik diri dengan amalan berpuasa. Puasa ini amalan orang-orang soleh. Didik diri dan keluarga kurangkan makan. Makan ala kadar. Makan sekadar apa yang ada. Berpuasa akan menundukkan NASFU.
Isi perut kita dengan :
1/3 makanan
1/3 air (minuman)
1/3 udara (pernafasan)
Dekat dunia ini kita boleh berbangga punya barang-barang koleksi. Koleksi jam, handbag, baju, barang kemas, kereta dan sebagainya tapi di akhirat nanti satu persatu harta yang kita miliki di dunia akan disoal Allah. Ketika itu yang menjawab di depan Allah bukan lagi mulut tapi tangan, mata, telinga, kaki dan semua pancaindera kita yang menjadi saksi ketika kita hidup di dunia akan menjawab. Ketika ini mulut akan dikunci rapat. Tidak lagi boleh bercakap.
Semakin kurang harta dunia kita, semakin mudah kita dihisab. Di akhirat kelak, orang yang banyak harta paling lama dihisab.
Kalau ada barang-barang atau pakaian yang kita simpan tak pakai dalam almari, cepat-cepat clear kan. Jual atau sedekahkan. Semakin kurang harta, semakin mudah perhitungan di akhirat kelak.
"Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui."
(Surah Al'Ankabut. Ayat 64.)
Sudah nak masuk 2023 ini, kita peganglah pada 7 perkara ini jika nak jadi insan hebat:
1. Berhenti komplain dan mengeluh. Mulakan hari dengan ucapkan betap bersyukurnya kamu hidup hari ini.
2. Hargai nikmat bersendiri. Gunakan masa tersebut untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
3. Ucapkan selamat tinggal kepada mereka yang tidak membawa manfaat dan energi positif dalam diri kamu.
4. Lupakan TV, Netflix dan kawal cara kita bermain media sosial. Jangan diri kita yang dikawal media sosial.
5. Pilih satu kemahiran yang boleh menjana pendapatan. Hari ini, ramai orang belajar cara edit guna canva, video editing dan menulis copywriting. Ini skil yang mahal hari ini.
6. Pastikan kita berpeluh setiap hari dengan bersenam. Hal ini amat bagus untuk keseimbangan tubuh badan dan mood yang lebih ceria.
7. Fokus pada matlamat utama dalam hidup kita dan jangan toleh kiri dan kanan. Fokus, fokus dan fokus!
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Kena bangkit dan berusahalah untuk capai Tahun 2023 yang gemilang nanti. Moga kita semua diberikan kekuatan dan kecekalan membina masa hadapan yang lebih cerah.
Jemput share peringatan ini dengan kawan-kawan yang lain ya.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berusaha dengan lebih hebat!
#tarbiahiman
▪️copy-paste
This message couldn't be displayed on your device due to copyright infringement.
Читать полностью…Jangan lupa berdoa untuk saudara kita di sana ❤️
Читать полностью…RM10 juta untuk bantuan kecemasan buat Palestine diperlukan. Sekarang dah terkumpul RM2 juta. Jom derma sikit sorang🙏
Boleh transfer melalui aplikasi bank masing-masing atau tekan link ini https://www.billplz.com/tabungkilatgaza
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline 1300-888-038 (Isnin - Jumaat 9am-6pm) atau Whatsapp 012-8002016
Assalamualaikum .. Selamat pagi sahabat semua ❤️
Читать полностью…