thenusrah | Unsorted

Telegram-канал thenusrah - The Nusrah 🌻

1256

Segala ilham hanya milik Tuhan, diberikan sebagai pinjaman 📍Inspiration Motivation Quotes 📍Tips Business 📍Nasihat 📍Perkongsian 📍Islamic quotes 📍Viral Nak dapat knowledge baru? Jom join channel ni

Subscribe to a channel

The Nusrah 🌻

kadangkala kebaikan yg kita lakukan mungkin tidak akan pernah dihargai oleh mereka , tapi cubalah sedaya upaya untuk sentiasa bersabar kerana bukan itu yg kau harapkan dari awal .

Kerana yang kau harapkan dari awal cumalah keredhaan daripada Allah bukanlah dari pandangan manusia

Ingat tu !

Dapat sesuatu ?

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Selamat berpuasa ! 🌼

Satu nasihat yang sangat mendalam iaitu :

Hargai & layanilah dengan baik setiap dari mereka yang memerlukan bantuan kita kerana tanpa sedar , mungkin dengan cara itu Allah swt memberi pahala kepada diri kita dengan bantuan yang kita hulurkan ☺️

InshaAllah 🤍

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

"Kehidupan bukan apa yang kita dapat. Tetapi siapa kita, apa yang kita sumbangkan yang memberi makna kepada kehidupan orang lain. " ❤️

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Belajarlah membawa diri dengan melepaskan segala kepahitan yg telah kau lalui di masa lalu☺️

Setiap orang ada PELUANG untuk mengubah diri ke arah kebaikan

Jangan bersedih & buktikan pada mereka bahawa kau adalah seorang insan yang kuat !

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Kecewa😭

Allah hadirkan kesedihan setelah kegembiraan kerana Allah tidak ingin melihat kita hanyut dibuai mimpi oleh cinta manusia yg tidak pasti

Betapa sayangnya Allah pada kita

Terima kasih Allah ❤️

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Selamat pagi 🌧

Dah bangun ke belum tu 🤪

Berdoalah sebanyak mana yg kita inginkan seperti luasnya impian & keinginan kita pada Allah 🔥.Yakin & percaya dengan kuasa DOA ❤️

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Selamat Pagi 🌈

Mulakan pagi hari dengan bersangka baik pada Sang Pencipta iaitu Allah SWT 😉

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

“ SYUKUR ”🥰

Sentiasa mengucapkan ALHAMDULILLAH di saat kita menerima KEBAHAGIAAN & KEBAIKAN pada diri

KERANA APA ❓

Setiap yang kita miliki hingga ke saat ini semuanya adalah MILIK ALLAH SWT 😊

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

- Semoga Bermanfaat 💖

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Jangan pernah berhenti untuk kuasai ILMU dalam apa jua bidang yang kita minati

KERANA ....

Setiap ILMU yang kita PELAJARI itu merupakan sebuah ILMU yang sangat BERMANFAAT 🔥

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna. Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

🌈BERKONGSI DENGAN JIRAN.
▫️Kongsi makanan dengan jiran.
▫️Kalau kita beri benda yang terbaik pada orang, Allah beri yang terbaik pada kita.
▫️Biar banyak memberi daripada menerima.

🌈BUAT BAIK PADA MAKHLUK ALLAH.
▫️Buat baik pada semua haiwan, tumbuhan dll.

🌈MINTA PADA ALLAH (BERDOA).
▫️Jangan berharap manusia yg bagi sesuatu pada kita, tapi minta pada pencipta manusia..
▫️Ada 2 pelanggan yg datang pada kita:
▫️Pelanggan dari syurga - yang baik, yang mampu tingkatkan bisnes kita.
▫️Pelanggan dari neraka - yang suka komen negatif2, toxik.

🌈BINA IMPIAN YANG SEIMBANG.
▫️Usaha tu hak kita. Usahalah bersungguh2...
▫️Dan rezeki tu hak Allah. Minta pada Allah.

Contoh doa yang boleh diamalkan:
🤲🏻 "Dengan izinMu ya Allah, jadikanlah aku/kami ......."
🤲🏻"Ya Allah, jika ada rezekiku, percepatkanlah ...."

🌈Tambahan:
▫️Kejar berkat, bukan kuantiti.
▫️Jangan bandingkan dengan orang lain.

Kredit: Nabila RK

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Apakah menyebabkan kamu masuk kedalam neraka saqar?

Surah Al Muddaththir

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Semoga kita sentiasa berbuat kebaikan dan menggembirakan hati tidak kira siapa dengan ikhlas 🤍

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Sedekah yang paling baik adalah kepada keluarga kita sendiri. Sebab silaturrahim terbesar datangnya daripada keluarga dan selagi mana silaturrahim itu berkekalan, selagi tu Allah panjangkan rezeki buatnya.

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Elakkan 5 Perkara ni kalau nak jadi Hebat

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Selamat Pagi 🌻

Teruskan buat perkara baik harini walaupun semalam dipenuhi dengan ujian. Kita tidak akan tahu bila Allah akan hantarnya pelangi tapi kita tahu setiap ujian yang berlaku pasti ada manisnya 🤍

Awak kuat okay ?! 🥰

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Teruskan mengejar impian yang kita ingini walaupun pelbagai rintangan yang datang kerana impian hanya akan terhasil pada mereka yang BERUSAHA tanpa putus asa ! 🔥

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Ya Allah , Kau kuatkanlah hati ini seperti mana kuatnya hati insanMu , Nabi Muhammad saw dalam menempuh setiap ujian yg Kau turunkan pada Baginda . Janganlah Kau tinggalkan aku dalam kekeliruan & kelalaian soal dunia .

Sesungguhnya aku , hambaMu yang lemah , yang tak mampu menolak & membuang segala fikiran yang melalaikan aku pada Mu Ya Allah 🥺

Tariklah & bimbinglah aku pada jalanMu yang benar & dekatkanlah diri aku pada mereka yang menyayangi & menghargai kehadiran aku ✨

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

SABAR 😉

Bersabar dalam mengimpikan sesuatu yang kita impikan adalah satu hal yang mampu memberikan kekuatan dalam diri kita tanpa disedari

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Putus Asa 💔

Pernah terfikir untuk berputus asa dari buat apa yg kita impikan tak ❓🥺

MESTI ADA kan ⁉️😭

Tiap kali kita berfikir untuk putus asa dengan apa yg kita inginkan .. tapi tak pernah sekali pun capai .. INGAT SATU BENDA NI ❗️

Allah suka melihat hambanya yang sentiasa BERUSAHA bersungguh sungguh & TIADA YANG MUSTAHIL dengan keizinan dari Allah ☺️

Semoga bermanfaat

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Mudahkan urusan orang lain, Allah pasti akan mudahkan urusan kita.

Ringankan beban orang lain, Allah pasti akan ringankan beban kita.

Selesaikan masalah orang lain, Allah pasti akan selesaikan masalah kita.

Jangan banyak tanya tentang apa yang kita akan dapat. Tapi banyaklah bertanya tentang apa yang boleh kita sumbangkan.

Hidup ini bukan semata-mata untuk kita. Tapi hidup ini ialah tentang berapa ramai orang di sekeliling kita yang kita berjaya sentuh hati mereka dan ubah hidup mereka.

Rasulullah SAW pesan; Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.

Apa yang kita simpan untuk diri kita sahaja, kita akan tinggalkan sebagai harta pusaka bila kita mati.

Tapi apa yang beri, belanja, tolong dan sebagainya, itulah yang akan kita nikmati di akhirat nanti.

Semoga hari ini penuh dengan manfaat dunia akhirat. 😊

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

“SAKIT”💔

Sesakit mana pun perasaan kita , INGATLAH bahawa Allah sentiasa ada buat kita semua

Walaupun diri kita ditolak, dihina, dimaki, dipinggirkan dll .. jangan pernah sesekali lupa untuk BERDOA pada Allah supaya pulihkan keadaan kita seperti sediakala☺️

Allah lah sebaik baik perancang yang menguruskan kehidupan kita & kita sebagai Hamba Allah jangan pernah lupa pada Nya ✨

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

PMR vs DEGREE

P - problem
M - management
R - risk/risau

Vs

D - development
E - education
G - growing
R - relationship (networking)
E - explore new oppurtunity
E - execute

Hanya 20% di perlukan untuk fikir tentang PMR, manakala 80% lagi untuk DEGREE.

Jika kita nak berjaya, focus kepada DEGREE, upah orang untuk make sure PMR tu berjalan lancar.

9/10 rezeki datang dari busines.

Tapi kena ingat 9/10 orang yang buat bisnes failed.

Sebab apa?

Sebab focus kepada PMR.

Jadi mulai sekarang, focus kepada DEGREE dan buat bersungguh2!
.
.
.
Duo Heroes
Sifu Ash & De Amirul
FB : Asyraf Azmin & De Amirul

Dapat sesuatu?💪🏻

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Sentiasa yakin & percaya dengan kuasa DOA❤️

Allah pasti akan memakbulkan setiap DOA yang diminta apabila saatnya telah tiba 🤗

Jangan bersedih & teruskan berDOA kerana Allah tahu setiap keperluan hambaNya✨

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

13 Punca Rezeki yang ramai terlepas pandang

Ramai di antara kita sebagai usahawan terlepas pandang dengan punca-punca rezeki. Di sini, kami nak kongsikan tentang 13 senjata booster rezeki.

Alhamdulillah, ramai yang perolehi result yang mengagumkan selepas mengamalkan 13 punca ini.

Bukan sahaja terkesan dari segi jualan & bisnes mereka, bahkan kehidupan mereka bersama keluarga pun berubah 360 darjah. Berikut adalah senarai punca rezeki tersebut.

1. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki".

2. AL QURAN - kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.

3. ZIKIR - "ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu."

4. ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan.

5. TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

6. SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Untuk capai impian perlukan masa. Kejayaan itu adalah satu journey yg panjang. Cintai prosesnya. Sabar anak muda, jangan terlalu taksub nak kaya. Trust the process

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Tips Bisnes ( IG Story Sendu ) 😍

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Hidup ini terlalu pendek untuk berhasad dengki. Untuk bergaduh dan bermusuh. Buang masa ja. Jalani kehidupan dengki hati yang bersih barulah tenang.

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

Cara untuk Mengubati Diri Sendiri (Penawar Penyakit)

Baca Surah Al Ikhlas 3x selepas solat fardhu

Daripada Abu Hurairah;
Rasullullah SAW bersabda bahawa Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani/Jasmani)

(HR : Ibnu Majah r.a)

Читать полностью…

The Nusrah 🌻

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT:

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Читать полностью…
Subscribe to a channel