Rasulullah ﷺ Allahumma Sholli Alaa Sayyidina Muhammad 🌸
Dulu.
Ada orang yang saya kenal. Dia ada masalah rumahtangga. Suami suka hutang. Nafkah tak bagi. Suka gaduh juga kalau bawa bincang.
Kemudian...
Orang ni ada rezeki dapat pergi jumpa Arwah Pak Su Mid. Nak minta nasihat apa nak buat. Nak buat cara mana supaya selesai hal dia.
Tapi, Arwah Pak Su Mid jawab begini.
Yang juga jadi nasihat paling mahal buat saya. Saya ingat kuat sampai sekarang.
Kata Arwah Pak Su Mid.
Setiap manusia yang Allah sayang ni dia macam ni. Allah akan letak dia di satu jalan. Kelepuk Allah letak dia situ. Jalan khas. Dan masing-masing ada jalan yang berbeza.
Ada dengan harta. Ada dengan sakit. Ada dengan manusia.
Tapi jalan tu teruk. Memang masa kita nak lalu tu kita dah nampak susah. Dan sakitnya nak lalu di situ.
Tapi manusia yang sedar itu jalan dia. Khas dicipta buat dia. Customa made untuk dia. Dia akan redah juga. Dan dia lalu dengan sabar. Dia menangis sepanjang jalan.
Susah. Kadang tak tahan. Kejap dia berhenti. Berdoa. Jalan lagi. Doa lagi. Jalan sikit. Doa lagi. Walau belum jumpa jalan bahagia. Tetap dia berikhtiar sedaya mahu. Terus dia tabah seboleh mampu.
Tapi itulah bahagia dia sebenarnya. Banyaknya dan upayanya dia berdoa. Itulah bahagia dia sebenarnya. Tetap kuat lalu di jalan yang sama walau dia belum nampak ada hujungnya. Itulah bahagia dia sebenarnya. Walau tak sudah masih bangkit semula biar penuh susah payah.
Kata Arwah Pak Su Mid.
Itu jalan syurga.
Nak balik syurga bukan semudah cerita.
Lalu apa pun jalan kita.
Ingatlah yang ada Dia sedang menunggu di hujungnya.
Kredit : Siti Suryani Yaakop
@thetazkirahiman
Kehidupan itu tidaklah selalunya berjalan seperti yang kita mahu, ada kalanya ditimpa masalah yang mematahkan semangat dan jiwa.
Hakikatnya, masalah yang timbul itu bukanlah pengakhiran, namun permulaan buat kehidupan yang berbeza daripada yang sebelumnya.
"Sesungguhnya dalam setiap kepayahan itu ada kesenangan"
@thetazkirahiman
Ulama adalah pewaris para Nabi☝🏻
@thetazkirahiman
Ada segelintir orang itu, berharap agar engkau mendapat kesenangan, namun bersyarat. Iaitu kesenangan yang engkau perolehi itu mestilah tidak melebihi kesenangan yang mereka peroleh.
@thetazkirahiman
Andai manusia itu 'menunggang' angin untuk lari daripada rezeki (yang telah Allah tetapkan untuknya), maka pasti rezeki itu akan 'menunggang' kilat untuk pergi mengejarnya.
(Allah telah mentakdirkan rezeki setiap hambanya)
@thetazkirahiman
Segala sesuatu yang terhalang daripadamu, adalah satu rahmat kepada engkau daripada keburukannya.
@thetazkirahiman
Semalam:
• Seorang rider makanan sedang menunggang motorsikal membawa sup yang dipesan oleh pelanggannya.
• Seorang anak bongsu selalu mengucapkan kata-kata, “adik sayang mama…” setiap kali menelefon ibunya.
• Seorang pemandu e-hailing telah menolak permintaan pelanggan yang mahukan khidmatnya. Satu jam sebelum itu dia masih sempat bergurau dengan isterinya tentang luka di mukanya. Dia juga beri anaknya simpan gambarnya buat kenangan.
• Seorang Adun setelah menang pilihan raya dia disayangi masyarakat di tempatnya berkhidmat.
• Seorang ayah berasa tak sedap hati nak ke Langkawi dan tinggalkan dua orang anaknya yang kurang sihat.
• Seorang juruterbang memberikan nombor telefon isterinya kepada sahabatnya untuk dihubungi kalau ada hal penting.
• Seorang lagi juruterbang yang sudah empat tahun menduda selalu berpesan kepada ayahnya tolong tengokkan anak-anaknya kerana dia mahu kejar pahala atas setiap urusan kerjanya.
• … dan kisah-kisah yang lain.
Hari ini:
Ini antara catatan kenangan yang mengingatkan kita tentang erti perpisahan paling abadi.
Tiba-tiba sahaja takdir pahit datang dan semuanya menempuh erti perpisahan paling pedih iaitu berpisah mati.
Sudah tak ada momen bersama-sama dengan semua sepuluh almarhum dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie di Elmina pada 17 Ogos 2023 ini.
Oleh itu:
Jika masih ada orang tua keraplah hubungi mereka.
Emak abah selalu tertunggu-tunggu panggilan telefon anak-anak.
Selalulah peluk kuat-kuat orang tersayang, itu mungkin pelukan yang terakhir.
Bergurau dan rajinlah bersembang dengan isteri, suami dan anak-anak kerana jika kematian berlaku, ada kenangan yang manis untuk dikenang.
Selalulah bercakap perkara-perkara baik dengan semua orang, mereka antara yang akan memberi doa selepas kematian kita.
Luangkan masa melakukan banyaknya kebaikan selagi kita dipinjamkan nafas. Kerap lakukan solat berjemaah sekeluarga.
Berilah hadiah dan bersedekah kepada semua yang memerlukan. Ini akan menjadi tanda indahnya pahala dan ukhuwah.
Ambil sebanyaknya gambar dan video, simpan untuk ditatap pada saat rasa rindu datang menerjah.
Jika ada menulis buku dan kisah-kisah kehidupan, ini waktunya dibaca semula setiap tulisan yang telah menjadi sejarah keluarga – kerana kematian berlaku tanpa syarat dan tanpa isyarat.
Ya kerana kita pernah hidup dan kerana kita akan mati. Soal kematian memang tak ada yang tercepat atau terlewat.
Silakan kongsi jika tragedi ini memberi kesan dalam hati tentang pemergian yang tak akan kembali lagi.
Innalillahhiwainalillahirojiunn
Yang masih terkejut dengan tragedi ini.
Sri Diah Shaharuddin.
@thetazkirahiman
"Utamakan akhirat dalam hal segala hal dunia kita bermula hari ini, sesungguhnya akhirat adalah permulaan kepada kehidupan yang sebenar."
Ustaz Wadi Annuar
@thetazkirahiman
Jika tidak memiliki sesuatu yang bisa kau berikan kepada orang lain, maka cukuplah kau berikan mereka kata-kata yang baik dan senyuman yang tulus.
Al Habib Muhammad Al Bagir bin Yahya
@thetazkirahiman
Kita memberi bukan kerana kaya tetapi kerana kita sudah merasa peritnya kemiskinan.
@thetazkirahiman
Definisi Tawakkal
“Tawakkal yang nyata kepada Tuhan adalah meninggalkan apa yang kamu mahukan semata-mata demi-Nya, iaitu meredhai dan menerima apa sahaja yang Dia kerjakan (atau tetapkan) terhadap dirimu.”
Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah
@thetazkirahiman
Isteri kita ni,
Sebelum kahwin dengan kita,
kita nampak dia lawa.
Sebab dia tak jadi milik kita lagi.
Bila dah jadi milik kita,
kita rasa dia biasa-biasa sahaja.
kita nampak orang lain pulak lagi lawa dari dia.
Bila berpisah, bercerai,
kita nampak 'janda' kita ni lawa balik, mengancam balik.
sebab?
dia dah bukan milik kita lagi dah.
Hakikatnya,
Orang yang kita nampak lawa dan orang yang kita rasa biasa-biasa saja itu adalah orang yang 'sama'.
Dia tak pernah jadi hodoh pun.
Dia tetap sama!
Cuma kita sahaja yang tak reti bersyukur bila dah memiliki dia.
@thetazkirahiman
Ada orang bernikah pada usia 21 tahun, tetapi bercerai 5 tahun kemudian.
Ada orang bernikah pada usia 31 tahun, tetapi hidup kekal bahagia bersama hingga akhir hayatnya.
Jangan pernah rasa terlambat, kita ada batas waktu kita masing masing.
Ada orang sukses waktu mudanya. Ada orang lewat waktu suksesnya.
Paling utama tetaplah berdoa dan berusaha.
Belum tentu yang kita nampak indahnya hari ini, kekal hingga akhir hayat nanti.
Jangan menunggu bahagia untuk tersenyum tetapi tersenyumlah untuk bahagia.
@thetazkirahiman
SOLAT TARAWIKH JANGAN SAMPAI TAK BACA DOA IFTITAH
Bacalah sekurang2 iftitah:
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
“Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah, baik waktu pagi dan petang”
[HR Muslim (150)]
Boleh juga dengan bacaan berikut:
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
“Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, pujian yang terbaik dan pujian yang penuh keberkatan di dalamnya”
[HR Muslim (129)]
Sunat baca iftitah walaupun solat sunat selama belum baca isti’azah atau surah al fatihah
Sayyid Bakri bin Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathi dalam kitab I‘anatut Thalibin mengatakan
سن الافتتاح مدة عدم شروع في تعوذ أو قراءة فإن شرع في ذلك فات عليه فلا يندب له العود إليه لفوات محله
“dianjurkan membaca doa iftitah selagi belum mula membaca ta‘awwudz atau Surah al-Fatihah. Jika telah mula membaca bacaan itu, maka luputlah anjuran (untuk membaca doa iftitah). tidak dianjurkan untuk kembali padanya (doa iftitah) kerana telah luput tempatnya (waktu sunat membaca)."
[ I‘anatut Thalibin mengatakan juz I, halaman 170 ]
Ustaz Hazri Hashim Al Bindany
Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin
@thetazkirahiman
Manis ataupun pahit, semuanya adalah takdir yang telah tertulis. Kita hanya perlu bersyukur mahupun bersabar.
@thetazkirahiman
Tidak semestinya orang yang menasihatimu itu serba sempurna, namun hanyasanya dia mampu memberikanmu 'sesuatu daripada apa yang dia miliki' untuk menampal segala kekuranganmu.
@thetazkirahiman
Janganlah engkau berputus asa walau betapa sukarnya jalan yang engkau tempuhi. Kerna 'Yang Menciptakan' jalan yang engkau tempuhi itu, mampu untuk memberikan kekuatan dalam dirimu untuk menempuhinya.
@thetazkirahiman
Janganlah engkau hasad atau merasa iri terhadap kesenangan yang terlihat pada 'zahir' luaran seseorang. Kerna pasti bahagian ujian yang menimpa dirinya, itu tidak terzahir pada pandangan mata.
@thetazkirahiman
Tiap sesuatu itu terdedah kepada salah faham, hatta diamnya engkau sekalipun akan membuat orang tersalah faham.
@thetazkirahiman
Diam itu tidaklah bermakna kita hanya menerima semata. Kadangkala, kita merasa lelah untuk menerangkan dan memberi penjelasan kepada orang yang tidak mampu untuk memahaminya.
@thetazkirahiman
Jadikan Ilmumu Itu Umpama Garam Dan Akhlakmu Itu Umpama Tepung.
@thetazkirahiman
Kata Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah:
"Antara tips bagi orang yang banyak berbuat dosa-dosa besar, pemaksiat dan susah nak beramal kebaikan adalah dengan perbanyakkan bersalawat kepada Nabiﷺ. Kerana salawat adalah satu-satunya amalan yang terus di angkat ke langit; di terima Allah walau siapa pun yang berselawat, walau besar mana dosanya..
Dan dengan syafaat Nabi dan rahmat Allah, melalui salawat juga kita akan diberi kekuatan meninggalkan maksiat, menjadi lebih taat, jiwa lebih tenang dan makin dekat dengan Allah.
Jadi bagi sesiapa yang rasa diri susah beramal dan terlalu banyak berbuat dosa, ataupun jumpa orang yang sebegitu, jangan kita benci dan sisih mereka, sebaliknya kita suruh mereka agar perbanyakkan bersalawat."
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا
محمد وعلى آله وصحبه
@thetazkirahiman
Jodoh itu datang dengan ada dua cara iaitu
1. Berjodoh dengan orang yang kita selalu sebut namanya.
2. Berjodoh dengan orang yang selalu sebut nama kita.
Ustaz Kazim Elias
@thetazkirahiman
Anehnya Doa Nabi Yunus
1. Rasulullah ﷺ memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika menghadapi kesulitan (HR al-Tirmizi) . Doa ini direkodkan di dalam al-Quran dengan lafaz:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
2. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. Sabda Rasulullah:
فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له
“Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)
3. Anehnya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.” Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Nah! Inilah dia intipati doa yang terbaik.
4. Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.
5. Inilah yang seharusnya yang disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Mereka tidak seperti liberal yang merasakan diri mereka yang menentukan apa yang mereka hendaki. Sekiranya mereka ingin mengamalkan perlakuan terkutuk, tiada siapa yang boleh melarang mereka kerana menurut liberal, ini adalah hak asasinya sebagai manusia. Sedang Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.
6. Allah mengingatkan kepada kita bahawa para Nabi terdahulu tidak lekang dari berdoa. Nabi Ibrahim berdoa supaya dikurniakan anak, Nabi Musa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan Nabi Yunus berdoa supaya Allah ampunkan dirinya.
7. Sekiranya para Nabi sendiri berdoa, apakah yang membuatkan kita sombong untuk berdoa seusai solat? Sertakan doa Nabi Yunus ini dalam doa kita. Semoga permohonan kita diperkenan.
Moga Allah mengampunkan kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
@thetazkirahiman
Keikhlasan itu dinikmati didaerah paling sunyi antara hamba dengan Tuhannya. Tidak ada yang melihat, mendengar mahupun mengetahui rahsia itu.
Ketika Imam al-Ghazali R.A hampir wafat muridnya meminta wasiat, beliau berkata:
"Hendaklah engkau menjaga keikhlasan"
Diulang-ulangnya beberapa kali.
@thetazkirahiman
“Asas hubungan antara hamba dengan Allah Ta’ala adalah di antara kesabaran dengan kesyukuran. Oleh itu, wajib ke atas kamu tatkala ditimpa dengan sesuatu musibah, bersabar. Dan apabila kamu diberikan pula pelbagai nikmat, bersyukur. Maka, kamu berada di antara sifat al-khawf (kekhawatiran) dan al-raja’ (pengharapan).”
Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah, Anggota Hay’ah Kibar Ulama’ al-Azhar al-Syarif
@thetazkirahiman
Dalam hidup ada 3 perkara yang akan kita hadapi.
1. Hari mati
2. Hari tua
2. Hari perkahwinan
Jadi untuk kita hadapinya kita perlu buat persiapan dan bekalan. Supaya bila bertemu dengannya hidup kita jadi mudah.
Hidup di dunia ini tempat untuk bercucuk tanam dan penghujungnya adalah kematian.
@thetazkirahiman
Dalam rancangan televisyen “Wallahu A’lam”, Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah -hafizahullahu Ta’ala- telah ditanya oleh hos rancangan tersebut : “Apakah doa bagi mempermudahkan segala urusan?”
Maka, jawab Mawlana al-Imam :
“Amalan yang saya terima dari para guru saya adalah membaca Surah al-Inshirah (أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ) sebanyak 40× dan setiap bacaannya didahului dengan Basmalah.
Mungkin akan timbul persoalan setelah itu, dari mana datang amalan ini? Adakah ia warid dari al-Qur’an mahupun al-Sunnah?
Sudah tentu jawapan bagi soalan tersebut : “Amalan ini tidak warid dari mana-mana nas secara langsung sama ada dari nas al-Qur’an mahupun nas al-Sunnah”.
Jadi, amalan ini datang dari mana? Jawapannya adalah : “Amalan ini terhasil dari pengalaman (tajribah) para ulamak Islam.”
Mungkin akan muncul pula soalan lain : “Adakah kita boleh mengamalkan sesuatu pengalaman dari individu lain sebagai jalan ikhtiyar?”
Jawapannya, “Ya! sudah tentu kita boleh mengambilnya sebagai jalan ikhtiyar”.
(Perkara ini tidak bertentangan dengan syara’ dan ia termasuk di bawah dalil umum yang diriwayatkan oleh Imam al-Muslim dalam kitab Sahihnya; Sahih Muslim)
مَنِ اسْتَطَاعَ مِنكُم أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَلْ
“Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, (maka) hendaklah dia melakukannya”.
Peratusan untuk berjaya dan qabul selepas mengamalkan bacaan ini adalah sekitar 60% atau 70%.
Namun, sekiranya ditanya lagi, bagaimana pula kalau sudah mengamalkan, namun hasilnya tidak seperti yang dipinta?
Jawapannya : “Sekurang-kurangnya kamu sedang beribadat! Bukankah kamu telah membaca salah satu dari ayat-ayat suci-Nya? Jadi, kamu telah melakukan kebaikan, ia tidak merugikan apa-apa pun kepada diri kamu.
Namun begitu, pengamalan ini perlu diiringi dengan satu syarat iaitu kamu meyakini melalui amalan dan bacaan yang mulia ini, hanya Allah Ta’ala jualah yang akan mempermudahkan segala urusan kamu. Dengan demikian, akan bertambah juga nilai keimanan kamu terhadap-Nya”.”
@thetazkirahiman
Kita ada tiga jenis kehidupan.
1. Public life.
2. Private life.
3. Secret life.
Public life adalah kehidupan kita sehari-harian. Bergaul dengan siapa, bekerja, melepak berkongsi di media sosial dan seumpamanya.
Private life adalah kehidupan kita bersama keluarga. Hubungan kita dengan isteri. Hubungan kita dengan anak-anak. Hubungan kita dengan ibubapa, mertua, adik-beradik, saudara mara.
Secret life adalah rahsia kita dengan Allah sahaja. Tahajud kita. Sedekah dan amal jariah yang kita tak pernah cerita dekat orang. Waima suka meletakkan semangkuk air untuk anjing jalanan yang kehausan, itu antara secret life kita jika kita tidak pernah berkongsi dengan sesiapa hal itu.
Hanya kamu dan Tuhanmu sahaja.
Public life ini, banyak yang fake. Kita kongsi pada dunia apa yang kita nak dunia tahu tentang kita. Kita hanya akan paparkan yang terbaik, yang molek-molek, yang bahagia, yang sempurna agar pandangan awam pada kita itu baik.
Dan private life, mereka yang terdekat dengan kita sahaja tahu bagaimana sebenarnya perangai kita. Yang tidak diceritakan orang.
Bukan semua yang bahagia, baik dan molek itu yang kita paparkan pada public life menggambarkan private life kita. Ada orang hanya kelihatan bahagia di alam maya. Di pandangan orang luar sahaja.
Sedangkan orang yang berdekatan dengan kita menderita dengan perangai kita. Anak isteri, ibu ayah dan adik-beradik tahu sebenarnya kita ini bagaimana.
Dan yang paling berharga dalam hidup ini ialah secret life. Hubungan kita dengan Allah. Masa kita bersendirian sujud dan doa. Masa kita benar-benar menghulur tanpa sesiapa tahu melainkan kamu dan Tuhanmu.
Orang yang memiliki secret life yang berkualiti, automatik private life dia turut sama berkualiti. Walau pada pandangan awam, pada public life dia kelihatan biasa-biasa dan tiada kelebihan, namun orang terdekat dalam circle private life dia sangat menghargainya.
Kerana dalam ketiga-tiga pecahan itu, secret life adalah jantung utama. Elok yang itu, elok semua, InsyaAllah.
Sama-sama kita renungkan. Sama-sama kita perbaiki public life, private life dan paling utama secret life.
Kita semua pendosa yang mengimpikan syurga.
Begitulah.
@thetazkirahiman
Allahlah yang mentadbir segala urusan petala langit dan bumi. Adakah Allah itu 'lemah' dalam hanya menguruskan dirimu yang seorang itu.
Beristighfarlah 😢
Jutaan nikmat telah diberi. Hanya kerana satu musibah, kita terus bersangka buruk terhadap Allah. Benarlah firman Allah, Nikmat apa lagi engkau ingin dustakan.
@thetazkirahiman