Soalan:
Apa nak buat apabila marah anak?
Jawapan:
1. Kawal emosi.
2. Baca ayat kursi sambil sapu dada ikut lawan jam.
3. Jauhkan diri daripada anak sekejap.
4. Dah stabil baru cakap dgn anak.
(Ustaz Kamal Said)
Soalan:
Bagaimana nak elak rasa dengki?
Jawapan:
1. Jangan tengok orang yang lebih daripada kita tapi tengok orang yang kurang daripada kita.
2. Untuk elakkan perasaan dengki, ia tidak dapat dilatih dengan jalan yang singkat tapi ia mestilah dilatih oleh guru. Guru yang membimbing kita.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Dikatakan dalam hadis sahih bahawa nabi SAW mengenali umatnya dari selawat kita terhadapnya di akhirat kelak.
Ramai nabi akan menolak kita hinggalah kita bertemu nabi junjungan kita nabi penutup baginda SAW.
Kita akan memohon syafaat daripada baginda SAW dan nabi SAW akan membantu kita setelah baginda SAW menyedari bahawa kita adalah umatnya.
Persoalannya, melalui selawat nabi SAW mengenali kita tapi apakah bentuk selawat itu?
Dari suara kita.
Disebutkan dalam hadis sahih bahawa setiap ucapan salam, selawat kita sampai pada nabi SAW dan di akhirat kelak nabi SAW akan berkata suara ini sepertinya pernah kudengar.
Inilah suara yang selalu berselawat kepadaku.
🟢 Soalan: Assalamualaikum, ustaz. Macam mana kalau dah pakai tudung labuh tapi terselak juga seperti terkena angin?
🔵 Waalaikumussalam.
Kalau dah cuba ikhtiar sebaik mungkin tapi nampak juga tanpa sengaja, dimaafkan pada syarak.
Dengan syarat pantas menutupnya semula selepas dia sedar.
Jika selalu pula berlaku, maka berdosa jugak sebab dengan sengaja. Janganlah mencampakkan diri ke arah kebinasaan.
@PenaHijauDakwah
Soalan: Bolehkah belajar daripada guru yang berlainan jantina?
Jawapan: Boleh. Belajar dalam suasana yang elok seperti:
1) Menjaga adab berpakaian.
2) Belajar dalam keadaan ramai orang untuk mengelakkan fitnah.
Soalan: Apakah adab dengan guru?
Jawapan:
1) Duduk dalam keadaan sopan.
2) Jangan keluar sebelum guru selesai mengajar.
3) Mendengar dengan penuh perhatian.
Soalan: Kalau seseorang tu terkena cat pada kuku, sah tak wuduk?
Jawapan: Tidak sah wuduk krna sifat cat menghalang air ke anggota.
Soalan: Sekiranye seorg wanita masih dlm iddah. Tiba² ibunye sakit, boleh tak wanita tu kluar berjumpa ibunya. Ibunya tinggal negeri berlainan.
Jawapan: Boleh jika berlaku darurah, spnjng perjlnn pergi blik dan semasa di rumah ibunya jaga diri daripada berlaku fitnah dengan menutup aurat dan berakhlak.
Soalan: Apakah syarat² untuk meletakkan gambar di media sosial?
Jawapan:
1) Menutup aurat.
2) Tidak bertabarruj.
3) Bukan tujuan untuk lelaki melihat.
4) Tidak boleh gaya menggoda.
5) Gambar mestilah kecil.
Soalan:
Seseorang membeli buah durian secara timbang dgn harga sekian sekian dan bersetuju dgn harga tersebut. Setelah sampai di rumah, bila dibelah durian tersebut, hanya ada seulas shj dan pembeli tersebut rasa tidak berbaloi dan berpuas hati dgn hasil pembelian tersebut walaupun dia bersetuju dgn harga dinyatakan pd awal nya. Adakah jualan tersebut diharuskan?
Jawapan:
Jual beli berdasarkan persetujuan. Dah setuju mcm tu, kira sah jual beli. Boleh juga suruh kupas terus buah durian tu, lagi selamat.
(Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman)
Soalan:
Apakah hukum berkhitan bagi perempuan?
Jawapan:
Wajib dalam mazhab Syafie.
(Ustaz Azhar Idrus)
@Thetypewriterchannel
Soalan:
Boleh ke kita buat sujud sahwi untuk menggantikan dua atau lebih rukun solat yang terlupa?
Jawapan:
Harus difahami sujud sahwi tidak boleh menampung/menanggung rukun yang tidak dilakukan dalam solat.
Jika rukun tertinggal dalam rakaat dan disedari selepas rakaat tersebut maka solat tidak batal namun rakaat tersebut dianggap tiada. Dan wajib tambah rakaat.
Sujud sahwi hanya disunatkan jika:
Lupa.
Tak pasti.
Ragu² jumlah rakaat.
(Ustaz Rusdi)
@Thetypewriterchannel
Soalan: Kalau seseorg tu meninggal pd bulan Ramadhan, adakah dia wajib bayar zakat? Tapi dia tak sempat bayar.
Jawapan: Wajib diambil daripada peninggalan hartanya utk dibayar zakat tersebut, kerana ia ditakrif sebagai hutang.
(Ustaz Rusdi)
@Thetypewriterchannel
Soalan: Bolehkah pakai inai bagi lelaki?
Jawapan: Seperti yg gholib saya nyatakan bahawa dalam hukum berkaitan dngn Fiqh, maka ikhtilaf adalah satu perkara yg menjadi rahmah.
Demikianlah juga hukum bab inai ini, adalah harus kite dapat membezakan antara fatwa berbentuk nasihat dan fatwa yg dikhususkan satu arahan.
Dalam hukum inai yang dinyatakan oleh pihak fatwa kebangsaan ia disebut dngn nyata sebagai hukum keharusan setiap hukum. Ia dibaca dengan hujahan manakala hujahan ia mengambil kira adat dan amalan setempat.
Saya bertanya dngn sahabat yg bertugas di Jakim mengenai fatwa tersebut, beliau memberikan penjelasan dengan panjang lebar. Secara ringkasnya, mengapa majlis mengharuskan inai adalah dngn bacaan ia adalah adat setempat yg tidak boleh dikaitkan amalan satu² agama (hindusme) kerana masyarakat melayu menggunakan inai bukan kerana tujuan keagamaan. Dngn syarat iaitu berkhilaf bentuk, namun pendapat ulama'-ulama' secara asasnya inai adalah bentuk perhiasan bagi wanita. Oleh itu, meninggalkannya lebih utama.
@Thetypewriterchannel
Soalan: Boleh ke dlm satu tempat ada 2 imam?
Jawapan:
Hukum solat dua imam di masjid yang ada imam rawatib:
1. Haram: Jika didirikan pada waktu yang sama dan dngn solat tammam kedua-duanya. Jika imam rawatib tammam dan jemaah kedua (lebih kecil) jamak diharuskan.
2. Harus: Jika di surau yang tiada imam rawatib. Sebagai contoh surau R&R, tiada batas halangan kerana ketiadaan imam rawatib.
@Thetypewriterchannel
Soalan:
Bagaimana nak delete perasaan geram, dendam dan memori buruk dalam hati dan fikiran.
Jawapan:
Solat taubat.
(Ustaz Kamal Said)
Soalan:
Kawan saya tidak menutup aurat, macam mana nak tegur?
Jawapan:
1. Apabila nak tegur, jangan tegur secara terburu-buru. Kena pandai tegur seseorang. Ajak berjalan-jalan. Masa berjalan tu, bercakap dengan dia. Tegur dia.
2. Beli tudung. Hadiahkan kepada dia.
Kenapa Nabi Muhammad S.A.W. bin Abdullah bin Mutallib mengikut rekod tidak pernah melaungkan azan sehingga akhir hayat baginda S.A.W.?
Antara hikmah/sebab Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah melaungkan azan sehingga akhir hayat Baginda ialah:
1) Kerana sesungguhnya Nabi S.A.W. apabila melakukan sesuatu, Baginda akan beristiqamah melakukannya. Baginda sangat sibuk menguruskan urusan umat hingga tidak mempunyai waktu untuk beristiqamah melaungkan azan.
2) Sekiranya Baginda S.A.W. melaungkan azan yang di dalamnya terdapat kata perintah untuk menunaikan solat pada lafaz:
"حي على الصلاة"
Sedangkan solat itu mempunyai waktunya yang luas iaitu boleh ditunaikan sepanjang waktunya seperti solat Zohor yang boleh ditunaikan selagi belum masuk waktu Asar. Namun, apabila yang menyeru itu adalah Nabi S.A.W., maka adalah menjadi suatu kesalahan apabila menolak seruan atau perintah Nabi S.A.W.
3) Bahawa kesaksian Nabi SAW sebahagian adalah daripada azan, maka tidak harus untuk Baginda bersaksi ke atas diri Baginda sendiri.
4) Kasihnya Nabi S.A.W. pada umatnya pada waktu itu kerana jika Nabi S.A.W. yang panggil (azan) ada sahabah r.a yg tak dapat datang mungkin sebab tertidur atau apa saja ulama kata hukumnya kafir.
🟢 Soalan: Assalamualaikum, ustaz. Macam mana ya kalau seorang perempuan dia pakai tudung singkat. Kemudian, dia ambik kain selendang letak atas tudung singkat. Tapi kain selendang tu dia tak pin. Dia letak mcm tu je. Jadi, akn mudah jatuh, terselak dan ternampak aurat. Apa hukumnya?
🔵 Jawapan: Waalaikumussalam. Tu cari pasal namanya. Tak boleh la mcm tu. Kena ada sikap mencegah.
Ia ibarat saja duduk tepi jalan. Tak apa kalau kena langgar pon. Ter tak sengaja kan.
@PenaHijauDakwah
Soalan: Bolehkah murid ingin bertanya kepada guru?
Jawapan: Jika murid ingin bertanya kepada guru:
1) Bertanya apabila guru bagi peluang untuk murid bertanya.
2) Jangan bertanya ketika guru sedang keletihan.
3) Jangan bertanya ketika guru masih ingin menyampaikan ilmu.
4) Guru bersedia menerima soalan.
Soalan: Apakah adab dengan guru?
Jawapan:
1) Memberi salam kepada guru apabila bertemu.
2) Bercakap dengan bahasa yang sopan.
3) Bermanis muka apabila menerima teguran dan nasihat guru.
4) Mendoakan kebaikan dan kebajikan guru.
5) Menziarahi guru ketika berkelapangan.
6) Memanggil guru dengan panggilan yang mulia.
Soalan: Saya mempunyai jiran. Dia tidak pernah menegur saya tetapi dia selalu memberi salam dan senyum.
Jawapan: Mempunyai jiran yang tidak menyakiti hati lebih baik daripada mempunyai jiran yang menyakitkan hati. Dia memberi salam dan senyum merupakan perbuatan yang baik. Jika dia tidak menegur kita, kita la kena tegur dia.
Soalan: Apakah tanda² riak?
Jawapan:
Riak merupakan salah satu perangkap syaitan yang membawa maksud menunjuk².
Terdapat 3 tanda riak:
1) Malas apabila bersendirian tetapi rajin apabila berada di hadapan orang
2) Memperbanyakkan amal apabila dipuji
3) Mengurangkan amal apabila dicela
Oleh itu, apabila melakukan sesuatu ibadah atau amal kebajikan yang dikerjakan jangan sesekali mengharapkan pujian atau sanjungan daripada manusia.
Soalan: Apakah perbezaan antara riba dan hadiah?
Jawapan:
Riba: Ditetapkan oleh pemberi pinjam.
Hadiah: Tidak ditetapkan oleh pemberi pinjam.
Contoh:
Pinjam RM 5000
Bayar RM 7000
Hadiah RM 2000
Soalan: Sekadar mana orang perempuan boleh memakai minyak wangi?
Jawapan:
Sekadar dirinya saja yang dapat baunya. Kalau semerbak, tak boleh.
(Ustaz Azhar Idrus)
@Thetypewriterchannel
Soalan:
Kalau kita puasa sunat 6 hari syawal kena puasa terus 6 hari atau boleh selang seli
Jawapan:
Kedua² kaedah tersebut dibenarkan dan sah, namun berturut² tanpa henti adalah lebih utama.
(Ustaz Rusdi)
@Thetypewriterchannel
Soalan: Seseorng tu dh brkrja tapi trlupa mmbyar zakat fitrah. Bolehkah beliau meminta ahli keluarganya sndri tolong bayar kan. Sebabnya dia terlalu sibuk sehingga terlupa mmbyarnya.
Jawapan:
Kewajipan membayar zakat adalah mengeluarkan dngn jumlah yg disepakati oleh jumhur fuqaha'.
Sunat diserahkan sendiri oleh individu.
Sah diwakilkan (wakalah) pada seseorang dipercayai utk mengeluarkan zakat, kaedah yg sama dilakukan oleh sesetengah bank² ke atas pendeposit dngn syarat sebelum Solat Sunat Aidilfitri diserahkan pada asnaf atau amil.
Soalan: Jika dia trlupa atau sngaja tidak mngeluarkan zakat. Adakh berdosa bgnya?
Jawapan:
1. Lupa: Hukum orang yg terlupa membayar zakat fitrah hingga lupus waktu adalah tidak berdosa tapi wajib membayarnya.
2. Sengaja tidak membayar zakat fitrah hukumnya adalah haram dan ijma' jumhur fuqaha'.
@Thetypewriterchannel
Soalan: Apa maksud imam rawatib dan solat tammam?
Jawapan:
Rawatib: Imam yg dilantik oleh pihak pengurusan masjid utk memimpin solat 5 waktu mengikut jadual.
Tammam: Solat fardhu tanpa menghimpun atau mengurangkan jumlah rakaat.
@Thetypewriterchannel
Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang apabila melihat bangkai dia termuntah tetapi sengaja dilihatnya?
Jawapan:
Batal puasa seseorang yang sengaja muntah dngn ikhtiar:
A) Jika tujuan melihat bangkai agar muntah maka ianya boleh ditakrif sebagai ikhtiar untuk muntah, walaupun tidak ada sentuhan pada rongga mulut.
B) Sebaliknya, terpandang bangkai lalu muntah maka disitu wujud ketiadaan redha, maka situasi dua tidak batal.
Soalan: Adakah sah puasa apabila kita nk buang bngkai dan sebagainya. Tiba² kita pula yang muntah. Adakah batal puasa?
Jawapan:
Muntah dengan ikhtiar adalah membatalkan puasa. Takrif ikhtiar adalah memasukkan sesuatu ke dalam mulut dengan tujuan mengeluarkan sesuatu yg dimakan. Jika muntah kerana melihat/menghidu sesuatu maka puasa tidak batal.
(Ustaz Rusdi)
@Thetypewriterchannel