Membongkar penyelewengan fahaman Wahabi bagi mempertahankan ASWJ.
Pesta buku Ahli Sunnah Wal Jamaah ini objektifnya adalah untuk menyatukan penerbit-penerbit buku yang berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia adalah kali pertama dibuat tahun ini kecil-kecilan sebagai permulaan dengan harapan agar penerbit-penerbit ini terus bersemangat untuk terus menerbitkan buku-buku Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jom hadir tanda sokongan.
.
22 Ogos - 24 Ogos 2025 di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi. Jadual penuh akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Forum Ilmiah, Bedah Buku, Maulid Akbar, podcast, pameran kitab dan manuskrip turath akan diadakan. Lock tarikh ini, jumpa disana.
https://www.facebook.com/100064441579477/posts/pfbid0HHdFLNo1TnQzGim1LADnjn9DfWXmTpry39sU3Uor1PPYo6TFjYRo8CzBNarWJEjTl/
ISTIGHATHAH DAN ISTIʿANAH
Soalan:
Apakah makna istighathah (ٱسْتِغَاثَة) dan istiʿanah (ٱسْتِعَانَة)?
Jawapan:
Perkataan istighathah berasal daripada al-ghawth (ٱلْغَوْث) yang bererti pertolongan. Ia termasuk dalam wazan “istafʿala” (ٱسْتَفْعَلَ) atau “istifʿāl” (ٱسْتِفْعَال) yang membawa maksud permintaan atau permohonan. Maka istighathah bererti meminta pertolongan, seperti kata:
غُفْرَان (ghufran) = keampunan
اِسْتِغْفَار (istighfar) = permohonan keampunan
Rujukan: KH A. Nuril Huda, Ketua PP Lembaga Dakwah Nahdlatul Ulama (LDNU), Artikel dengan suntingan bahasa.
Perkataan istiʿanah pula berasal daripada al-ʿawn (ٱلْعَوْن) yang juga bermaksud pertolongan. Maka, istiʿanah juga bermaksud meminta tolong.
Perbezaan makna:
Istighathah digunakan apabila berada dalam keadaan genting dan sukar.
Istiʿanah digunakan untuk permintaan pertolongan secara umum.
Dalil Quran dan Hadis
1. Surah al-Anfal: 9
إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَٱسْتَجَابَ لَكُمْ
"Ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu Dia memperkenankan permohonanmu."
Konteks: Nabi ﷺ memohon bantuan ketika Perang Badar, lalu Allah menghantar 1,000 malaikat.
Rujukan: al-Qur'an, Surah al-Anfal: 9.
2. Surah al-Ahqaf: 17
وَهُمَا يَسْتَغِيثَانِ اللَّهَ
"Dan kedua-dua orang tuanya memohon pertolongan kepada Allah."
Konteks: Ibu bapa berdoa kepada Allah untuk anak yang derhaka.
Rujukan: al-Qur'an, Surah al-Ahqaf: 17.
3. Hadis al-Bukhari
الشَّمْسُ تَدْنُو يَوْمَ الْقِيَامَةِ ... فَيَسْتَغِيثُونَ بِآدَمَ، ثُمَّ بِمُوسَى، ثُمَّ بِمُحَمَّدٍ ﷺ
"Mereka beristighathah kepada Nabi Adam, kemudian Musa, lalu Muḥammad ﷺ..."
Konteks: Hadis Hari Mahsyar menunjukkan orang memohon syafaat kepada para Nabi.
Rujukan: Sahih al-Bukhari.
4. Hadis Anas bin Malik
"Telah masuk seorang lelaki pada hari Jumaat... dan berkata: Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar menurunkan hujan."
Nabi ﷺ tidak menegur lelaki itu, malah berdoa secara terbuka.
Rujukan: Riwayat al-Tirmizi.
5. Surah al-Baqarah: 45
وَٱسْتَعِينُوا بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَاةِ
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat."
Rujukan: al-Qur'an, Surah al-Baqarah: 45.
6. Riwayat Abu Dawud
Nabi ﷺ menyebut hujan (matar) sebagai “al-mughith” (yang menolong).
Sabda Nabi ﷺ:
"Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang menolong (mughith)."
Rujukan: Riwayat Abu Dawud dan lain-lain (sanad sahih).
Kesimpulan:
Istiʿanah dan istighathah telah digunapakai sejak zaman para Nabi dan sahabat.
Tiada larangan jika meminta kepada makhluk dalam konteks mereka sebagai perantara atau sebab, bukan sebagai pemberi kuasa mutlak.
Semua ini berasal dari nas syarak yang sahih, baik dari al-Qur'an mahupun hadis.
Catatan Rujukan Lain:
al-Masa’il al-Muntakhabah, ms. 17
Intabih! Dinuka fi Khathar (Agamamu dalam Bahaya), ms. 169–170
Taufiq al-Bari li Taudih wa Takmil Masaʾil al-Idaḥ, jld. 2, hlm. 175
Antara kalam ‘azim’ (besar) yang ku dgr langsung dr mulut sidi sheikh Usamah al Sayyid al Azhari di satu halaqah majlis ilmunya, yg bagi ku sgt penting & wajib dihadam oleh para penuntut ilmu, beliau berkata :- (dlm makna kalam)
“Ketahuilah bahawasanya Rasulullah SAW tidaklah meninggalkan kpd kita 2 perkara shj (yakni al Quran & Sunnah), bahkan baginda meninggalkan 3 perkara sbenarnya tetapi ramai tidak menyedarinya. 1 lagi perkara yg tersebut ; adalah ‘manhaj’ yg Rasulullah tinggalkan kpd kita utk memahami al Quran & as Sunnah dgn jalan yg benar sebagaimana yg harus difahami ke atas keduanya secara selayaknya seperti apa yg dikehendaki oleh Allah & Rasulnya.”
Kerana itu ilmu agama ini mesti difahami dgn manhaj yg telah diwariskan oleh nabi kpd kita melalui sahabat2, tabien2 & alim ulamak. Perlu difahami bahawa tanpa manhaj ini, Islam pasti takkan dpt difahami seperti apa yg dikehendaki oleh Allah & Rasul, malah dikhuatiri terpesong jauh lebih2 lg jika cuba difahami dgn kudrat akal semata2. Natijahnya hanyalah mendatangkan musibah & kesesatan. AlQuran & asSunnah itu tiada kecacatan sedikit pn padanya, akan tetapi jika ia tidak difahami melalui manhajnya yg asli, maka akan lahirlah kefahaman2 cacat & rosak melalui manhaj2 yg tiruan seperti yg kita lihat pada kefahaman golongan2 liberal, anti hadith, syiah, wahabi, khawarij, muktazilah dll.
Kerana itu adalah penting utk mempelajari ilmu agama melalui manhaj yg benar yg diwarisi oleh para ulama & masyaeikh kita, dgn erti kata lain harus dipelajari melalui guru yg alim yg punyai rantaian sanad ilmu & manhaj yg bersambung hinggalah kpd Rasulullah. Hayatilah kalam as Syatibi di bawah sebaiknya sebagai sedikit pengenalan kpd sunnah menuntut ilmu.
Berkata as Syatibi rahimahullah di dalam kitabnya ‘al Muafaqat’ ;-
Mereka berkata : “Sesungguhnya ilmu itu sebelumnya tersimpan di dalam dada-dada para lelaki (yakni alim ulama’), kemudian ianya berpindah ke dalam kitab-kitab lalu kunci-kunci pembukanya berada di tangan-tangan para lelaki. Para alim yg ‘mutahaqqiq’ dgn ilmunya itu padanya tanda2 & alamat:-
1. Yang beramal dgn apa yg diketahui.
2. Adalah terdiri dari orang yang dididik oleh para masyaeikh di dalam ilmu tersebut.
3. Yang mencontohi gurunya, dan beradab dgn adab gurunya.
Jika telah ternyata ia memilik ciri2 tersebut maka mestilah diambil ilmu itu dari ahlinya, iaitu dgn 2 cara;-
1. Secara lisan, iaitu cara paling memberi manfaat dan selamat. Ianya itu adalah faedah-faedah dari mendampingi para ulama. Allah akan memberikan futuh (pembukaan) kepada penuntut ilmu dari keberadaan mereka dihadapan para ulama melebihi dari yg tidak melalui ilmunya dari para ulama.
2. Secara mutolaah (pembacaan) kitab2 yg ditulis & susunan dari catatan2 (ulama), maka ianya juga memberi manfaat dengan 2 syarat :-
Pertama: Berhasil padanya kefahaman maqasid ke atas ilmu yg dituntut itu, dan berhasil jg pengetahuan ke atas istilah2 (yg digunakan oleh) ahlinya, yg mesti ia menyempurnakan padanya segala pemerhatian @ penelitian ke atas kitab2 tersebut. Maka yg demikian itu akan berhasil melalui 2 cara:-
1. Melalui lisan para ulama (yakni penerangan mereka ke atas kitab2 yg dikarang ulama). Itulah makna pada kalam (yg disebut pd permulaan tulisan) pada orang yang menyebutkan bahawa ilmu itu sebelumnya tersimpan di dalam dada-dada para lelaki (yakni alim ulama’), kemudian ianya berpindah ke dalam kitab-kitab lalu kunci-kunci pembukanya berada di tangan-tangan para lelaki. Ketahuilah bahawa dgn berpegang kpd kitab semata2 tidaklah memberi manfaat sedikit pun melainkan kunci pembukaan ilmu itu mesti diambil dr para ulama. Mereka itu adalah penyaksi yg lazim (yakni yg sudah terbiasa & dikenal sebagai insan yg memiliki kudrat & keupayaan yg benar utk menghuraikan isi kitab).
Kedua: Cara ke 2 untuk mengambil ilmu, adalah dengan meneliti kitab2 mutaqaddimin (yang terdahulu) dari ahli ilmu, kerana sesungguhnya mereka itu lebih kuat kedudukan mereka mengatasi selain mereka dari kalangan mutaakhirin (yg terkemudia). Asal pada yg tersebut pd 2 perkara:-
“(Dan kata) Syeikh Ajhuri dan aku lihat bagi orang yang lain nasnya bahawasanya (Nabi) Nuh (عليه السلام) tatkala turunnya dari safinah (bahtera) dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan ini dengan segenggam gandum, dan ini dengan kacang ‘adas dan ini dengan kacang ful (pol) dan ini dengan setapak tangan kacang himmasun (kacang kuda) hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya dan adalah ia pada hari Asyura', maka mengucap Nabi Nuh عليه السلام dengan bismillah dan dimasakkan dia, maka sekaliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyiduna Nuh عليه السلام . Firman Allah Taala:
قيل يا نوح اهبط بسلام منا وبركات عليك وعلى أمم ممن معك وأمم سنمتعهم
(Maksudnya) Dikatakan: Hai Nuh, turunlah olehmu dengan sejahtera daripada kami dan berkat atasmu dan atas umam (umat-umat) sertamu dan umam (umat-umat) yang kami sukakan mereka itu. (Surah Hud: 48)
(Dan) adalah demikian ini pertama-tama makanan yang dimasakkan di atas muka bumi kemudian daripada taufan. Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari Asyura' dan adalah padanya itu pahala yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu dan memberi makan segala fuqara (orang-orang yang faqir) dan masakin (orang-orang yang miskin), maka dinamakan bubur Asyura'. Dan jika bidaah sekalipun, (maka ia) bidaah hasanah dengan qasad itu."
Disebutkan dalam kitab:
1. Hasyiah I'anah al-Tolibin (al-Sayyid al-Bakri hal.417/2)
2. Nihayah al-Zain (Syeikh Nawawi Banten hal.192)
2. Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman al-Usfuri hal.172)
3. Jam'ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani hal.132);
"Bahawasanya tatkala bahtera Nabi Nuh alaihissalam berlabuh di bukit Judi pada hari Asyura', maka berkatalah baginda kepada umatnya :
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih. Maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"
Maka berkata Nabi Nuh alaihissalam; "Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang."
Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.
Syeikh Ibn Hajar al-'Asqolani bersyair dengan katanya;
في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس
وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول
"Pada Hari Asyura' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung), Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).
Dan Kacang Himmas (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang dinukil daripada kata-kata ulamak)."
Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka difahami bahawa sejarah BUBUR ASYURA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.
Oleh itu, adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh alaihissalam kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?
Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya sekadar kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah Taala dengan sebenar-benar taqwa.
Andai arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan al-Syar'u Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.
"𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗟 𝗝𝗔𝗠𝗔𝗔𝗛"
𝗞𝗵𝘂𝘁𝗯𝗮𝗵 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿
𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱𝗠
𝟴 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗿𝗿𝗮𝗺 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
<<<<< >>>>>>
Hlm. 3-4:
"Hadirin Jumaat yang dikasihi Allah SWT,
Alhamdulillah,
𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗿𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘁𝘄𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗦𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗪𝗮𝗹 𝗝𝗮𝗺𝗮𝗮𝗵 pada 𝟭𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱.
Fatwa tersebut dengan jelas menyatakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah:
- Dari sudut 𝗮𝗸𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘂𝗵𝗶𝗱, mengikut manhaj 𝗺𝗮𝗻𝗵𝗮𝗷 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗔𝗯𝘂 𝗮𝗹-𝗛𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗮𝗹-𝗔𝘀𝗵’𝗮𝗿𝗶, 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗔𝗯𝘂 𝗠𝗮𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗮𝗹-𝗠𝗮𝘁𝘂𝗿𝗶𝗱𝗶, 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗹-𝗔𝘀𝗵𝗮’𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗹-𝗠𝗮𝘁𝘂𝗿𝗶𝗱𝗶𝗮𝗵.
- Dari sudut 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗳𝗶𝗾𝗮𝗵, sesuatu hukum ditentukan berdasarkan pegangan 𝗺𝗮𝘇𝗵𝗮𝗯 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗮𝗹-𝗦𝗵𝗮𝗳𝗶‘𝗶, atau dalam keadaan tertentu, boleh juga merujuk kepada pandangan 𝗠𝗮𝘇𝗵𝗮𝗯 𝗛𝗮𝗻𝗮𝗳𝗶, 𝗠𝗮𝗹𝗶𝗸𝗶, 𝗛𝗮𝗻𝗯𝗮𝗹𝗶, atau ijtihad hukum yang diputuskan oleh 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗙𝗮𝘁𝘄𝗮.
Manakala:
- Dari sudut 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘀𝗮𝘄𝘂𝗳, aliran ini mengikut manhaj 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗝𝘂𝗻𝗮𝗶𝗱 𝗮𝗹-𝗕𝗮𝗴𝗵𝗱𝗮𝗱𝗶, 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗮𝗹-𝗚𝗵𝗮𝘇𝗮𝗹𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘀𝘂𝗳𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗸𝘁𝗮𝗯𝗮𝗿.
Tafsiran ini berasaskan pegangan dan pandangan yang kukuh, sebagaimana yang telah diterima oleh 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻.
Ia merupakan fahaman serta amalan agama yang diwarisi daripada 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗱𝗶𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵𝘂𝗮𝗻𝗵𝘂𝗺, seterusnya disampaikan oleh 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗺𝘂𝗸𝘁𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗳 (𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁, 𝘁𝗮𝗯𝗶‘𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗯𝗶‘ 𝘁𝗮𝗯𝗶‘𝗶𝗻) 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗵𝗮𝗹𝗮𝗳 (𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗳 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗶𝗹𝗺𝘂𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺) 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗸𝗲 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶.
Ia juga disifatkan sebagai 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗺𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻."
[Selesai nukilan]
PDF: https://drive.google.com/file/d/1GmW1o-DSgSFpxS-cc671Cq9xM2d6odZQ/view?usp=drive_link
𝗣𝗘𝗡𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗜𝗟𝗠𝗨
https://www.facebook.com/share/p/1Ae8HhZ7CR/
𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀
Assalamualaikum
.
1. BERIBADAH DI MALAM ASYURA
.
Para ulama Fiqh mengatakan sunat menghidupkan malam Asyura dengan banyak ibadah. Dalam hadits riwayat imam Khollal dari Khalid bin Ma’dan secara Mauquf disebutkan:
.
خمس لَيَال فِي السّنة من واظب عَلَيْهِنَّ رَجَاء ثوابهن وَتَصْدِيقًا بوعدهن أدخلهُ الله الْجنَّة : أول لَيْلَة من رَجَب يقوم لَيْلهَا ويصوم نَهَارهَا ، وَلَيْلَة الْفطر يقوم لَيْلهَا وَيفْطر نَهَارهَا ، وَلَيْلَة الْأَضْحَى يقوم لَيْلهَا وَيفْطر نَهَارهَا ، وَلَيْلَة عَاشُورَاء يقوم لَيْلهَا ويصوم نَهَارهَا
.
“Lima malam dalam setahun, siapa yang beribadah padanya berharap pahalanya dan membenarkan janjinya, akan Allah masukkan ke dalam syurga. Malam pertama bulan Rajab, beribadah di malamnya dan puasa di siang harinya. Malam Aidul Fitri, beribadah di malam harinya dan berbuka di siangnya. Malam Aidul Adha, beribadah di malam harinya dan berbuka di siang harinya. Malam Asyura, beribadah di malam harinya dan puasa di siang harinya.” (HR Al Hafiz Ibnul Mulaqqin dalam al Badrul Munir 40/5, serta al Hafiz Ibnu Hajar dalam Talkhisul Habir No. 676.)
.
Antara ibadah yang disebutkan juga di dalam hadits ialah ‘at Tausiah’, bersedekah dan memperbanyak nafakah untuk keluarga. Di dalam kitab Fikih Mazhab Maliki, Mawahibul Jalil, sebuah hadits disebutkan:
.
من وسع على أهله ليلة عاشوراء وسع الله عليه سائر السنة
.
“Siapa yang memperluas nafakah untuk keluarganya pada malam Asyurah maka Allah akan meluaskan rejekinya sepanjang tahun.” Diriwayatkan dari Umar r.a secara Mauquf, sanadnya kuat. [1]
.
Disunatkan juga ibadah-ibadah lainnya, dan inilah pendapat ulama-ulama Mazhab Hanafi, Syafii juga Hanbali sebagaimana di dalam kitab al Furu’ kitab Fikah mazhab Hanbali.
.
2. MEMPERBANYAKKAN ZIKIR, BACA AL-QURAN DAN BERDOA
.
Disunatkan memperbanyakkan zikir, membaca al-Qur’an dan berdoa. Antara zikir dan doa yang disebutkan oleh para ulama adalah yang dinyatakan di dalam kitab Nihayatuz Zain:
.
ونقل سيدي علي الأجهوري أن من قال يوم عاشوراء سبعين مرة : حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلِ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، كفاه الله تعالى شر ذلك العام
.
“Dan Sayyidi Imam Ali al Ajhuri menukil bahawa siapa yang membaca tujuh puluh kali:
.
حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلِ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
.
Allah akan cukupkan (menjaganya) dari keburukan tahun tersebut.”
.
3. BERPUASA
.
Sunat muakkad puasa di hari Asyura, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa kitab Fikah Mazhab Syafii:
.
ويسن متأكدا صوم يوم عاشوراء
.
“Sunat secara muakkad puasa hari Asyura.” [2]
.
Bersandarkan kepada Hadis Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya no 2003 dari Muawiyah r.a, Nabi saw bersabda:
.
هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ وَلَمْ يُكْتَبْ عَلَيْكُمْ صِيَامُهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ ، وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِر
.
“Ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan kalian berpuasa, tapi aku puasa, siapa yang ingin berpuasa maka berpuasalah, siapa yang tidak ingin maka berbukalah.”
.
Antara kelebihan puasa Asyura adalah:
.
صَوْمُ عَاشُورَاءَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
.
“Puasa hari Asyura akan menghapus dosa setahun sebelumnya.” HR Imam Muslim no 2804 dan Nasa’i 2809 dari Abu Qotadah r.a.
.
4. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DAN NAFKAH KEPADA KELUARGA
.
Imam Ibnu Abdil Bar meriwayatkan:
.
ﻣَﻦْ ﻭَﺳَّﻊَ ﻋَﻠَﻰ ﻧَﻔْﺴِﻪِ ﻭَﺃَﻫْﻠِﻪِ ﻳَﻮْﻡَ ﻋَﺎﺷُﻮﺭَاءَ ﻭَﺳَّﻊَ اﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺳَﺎﺋِﺮَ ﺳَﻨَﺘِﻪِ
.
“Siapa yang meluaskan (pemberian nikmat) kepada dirinya dan keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun.” (Dari pada kitab al Istidzkar Ibnu Abdil Bar daripada Jabir. Jabir berkata: “Kami mencubanya dan kami dapati ianya benar (mujarrab),” begitu juga dikatakan oleh para perawi hadis ini. Sanad hadis ini menurut Imam Abu Zur’ah dalam at-Tausi‘ah ‘ala al-‘Iyal adalah sahih atau hasan.
.
“Sebelum kita menjelaskan dalil-dalil dan bukti-bukti yang menunjukkan keharusan, bahkan pensyariatan amalan ini (iaitu tabarruk), hendaklah kita fahami bahawa tabarruk itu tidak lain hanyalah satu bentuk tawassul kepada Allah SWT melalui sesuatu yang dijadikan perantara – sama ada ia berupa peninggalan (kesan), tempat, atau individu
.
13. Adapun individu-individu (al-a‘yan) maka mereka dihormati kerana diyakini mempunyai kelebihan serta kedudukan yang hampir dengan Allah SWT, namun dalam masa yang sama, diyakini juga bahawa mereka tidak mampu membawa manfaat atau menolak mudarat kecuali dengan izin Allah semata-mata. Manakala kesan-kesan atau peninggalan pula dihormati kerana ia dikaitkan dengan individu-individu tersebut. Maka ia menjadi mulia dan dimuliakan disebabkan oleh kemuliaan orang yang disandarkan kepadanya. Ia dihargai, dicintai, dan diagungkan kerana keterkaitannya itu.
.
14. Adapun tempat-tempat, maka ia tidak memiliki kelebihan secara zat semata-mata sebagai sebuah lokasi. Tetapi kelebihannya datang kerana apa yang berlaku di dalamnya seperti kebaikan, keberkatan, amalan solat, puasa, dan segala bentuk ibadah yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang soleh. Sesungguhnya tempat-tempat ini menjadi medan turunnya rahmat, kehadiran para malaikat, dan limpahan ketenangan. Inilah keberkatan yang dimohon daripada Allah di tempat-tempat yang dimaksudkan. Keberkatan ini dimohon dengan cara menghadirkannya di tempat-tempat tersebut, dengan menghadap(tawajjuh) kepada Allah, berdoa kepada-Nya, memohon keampunan-Nya, serta mengingati peristiwa-peristiwa besar dan kesempatan mulia yang pernah berlaku di tempat tersebut yang membangkitkan jiwa, menyemarakkan semangat, dan mendorong seseorang untuk meneladani golongan yang pernah berada di situ; iaitu golongan yang berjaya dan soleh”. [3]
.
HUKUM MENGAMBIL TANAH DARI PERKUBURAN WAKAF
.
15. Disebutkan di dalam Himpunan Fatwa imam Al-ramli, soalan yang berbunyi:
.
سئل عمن أخذ ترابا من أرض موقوفة ما يجب عليه (فأجاب) بأنه يجب عليه رده إن بقي وإلا فمثله وأرش نقص الأرض ويكون للموقوف عليه.
.
"imam Al-ramli ditanya mengenai seseorang yang mengambil tanah dari sebidang tanah wakaf: Apakah yang wajib ke atasnya?
.
16. Beliau - imam Al-ramli -menjawab: Wajib ke atasnya untuk mengembalikan tanah itu jika masih ada. Jika tidak, maka dia wajib menggantinya dengan yang seumpamanya serta membayar ganti rugi atas kekurangan nilai tanah tersebut. Semua itu menjadi hak bagi pihak yang diwakafkan kepadanya". [4]
.
MENCERITAKAN HAL POSITIF BERKENAAN JENAZAH UMAT ISLAM
.
17. imam Ibn Abi Al-dunya dalam kitab beliau "Zikrul Maut" mengkhususkan beberapa bab berkaitan perkara ini seperti bab:
.
-Fi Karamat Ba'dh Al-awliya' Wa Al-solihij Inda Mautihim/bab pada menyatakan karamah yang berlaku sebahagian wali dan orang soleh ketika kematian mereka.
.
-Fi Zikr Mahasin Al-mauta Wa Al-bu'dh An Zikri Sayyiatihim/bab pada menyatakan kebaikan-kebaikan si mati dan menjauhkan dari menyebut keburukan-keburukannya
.
18. Antara kisah yang disebutkan imam Ibn Abi Al-dunya ialah:
.
عن الحسن، قال: مات هَرِمُ بن حيان في يوم صائف، فلما أن دفن جاءت سحابة قدر قبره، فرشت ثم انصرفت.
.
Diriwayatkan daripada al-Hasan, beliau berkata: “Harim bin Hayyan - seorang tabi'in yang masyhur - meninggal dunia pada suatu hari yang panas terik. Setelah selesai pengebumiannya, datanglah sekumpulan awan sebesar ukuran kuburnya, lalu ia menaunginya dan menurunkan hujan seketika, kemudian berlalu pergi”. [5]
.
19. Bahkan inilah merupakan tradisi ulama zaman berzaman, dimana mereka sentiasa menghikayatkan kisah-kisah dan hal ehwal kewafatan orang-orang soleh sebagai tujuan untuk diambil iktibar dan penyuntik semangat dalam beramal.
.
20. Kata Syeikh Muhammad Al-zuhaili
.
ويستحب للغاسل اذا رأى أمرا حسنا أن يتحدث به كاستنارة الوجه وطيب ريحه
KUBUR YANG MENGELUARKAN BAU WANGI
1. Isu kubur wangi sekali lagi dimainkan oleh orang-orang jahil. Seolah-olah ia adalah khurafat dan perkara merepek. Hakikatnya ia boleh berlaku pada orang-orang yang Allah muliakan.
2. Antara yang dikisahkan berlaku kepada ‘Abdullāh bin Ghālib, beliau seperti yanh dinukilkan oleh Imam Abu Nu'aym:
عَبْدُ اللهِ بْنُ غَالِبٍ وَمِنْهُمُ الْعَابِدُ الرَّائِبُ، الْمُتَشَمِّرُ النَّاحِبُ، الْمُتَشَوِّقُ الطَّالِبُ، أَبُو فِرَاسٍ عَبْدُ اللهِ بْنُ غَالِبٍ.
وَقِيلَ: إِنَّ التَّصَوُّفَ الْحَذَرُ مِنَ الدُّنْيَا وَالْهَرَبُ، وَالرَّغَبُ فِي الْعُقْبَى وَالطَّلَبُ.
‘Abdullāh bin Ghālib, termasuk dalam kalangan mereka yang tekun beribadah, penuh ketakutan (kepada Allah), bersungguh-sungguh, menangis (kerana takutkan Allah), penuh kerinduan dan sentiasa mencari (keredaan Allah), dialah Abū Firās ‘Abdullāh bin Ghālib. (Hilyah al-Awliya', 2/256)
3. Dikisahkan pada beberapa tempat dalam kitab Hilyah, bahawa kuburnya mengeluarkan bau sewangi kasturi. Salah satunya disebutkan seperti berikut:
حَدَّثَنِي عَطَاءٌ السَّلِيمِيُّ، قَالَ: رَأَيْتُ عَبْدَ اللهِ بْنَ غَالِبٍ جَاءَ إِلَى ابْنِ الْأَشْعَثِ وَهُوَ فِي جوانا عَلَى مِنْبَرٍ مِنْ حَدِيدٍ وَمَعَهُ أَصْحَابُهُ عَلَيْهِمُ الثِّيَابُ الْبِيضُ مُتَحَنِّطِينَ فَصَعِدَ إِلَيْهِ الْمِنْبَرُ، فَقَالَ: عَلَى مَا نُبَايعُكَ قَالَ: عَلَى كِتَابِ اللهِ وَسُنَّةِ رَسُولِ اللهِ فَبَايَعَهُ فَكَانَ يُوجَدُ مِنْ قَبْرِهِ رِيحُ الْمِسْكِ
Aṭā’ as-Salimī berkata: Aku melihat ʿAbdullāh bin Ghālib datang kepada Ibn al-Asyʿath yang berada di Jawāna di atas mimbar yang diperbuat daripada besi, bersama para pengikutnya yang memakai pakaian putih dan telah diminyaki. Lalu dia (ʿAbdullāh bin Ghālib) naik ke atas mimbar itu lalu berkata: "Atas dasar apa kami membaiʿahmu?" Dia (Ibn al-Asyʿath) menjawab: "Atas Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah." Maka ʿAbdullāh bin Ghālib pun membaiʿahnya. Dan (setelah wafatnya) didapati dari kuburnya bau kasturi. (Hilyah al-Awliya', 6/225)
4. Perkara ini tidak pelik bagi golongan Wahhabi di tanah Arab sekalipun kerana mereka maklum tentang ia adalah kemuliaan yang Allah berikan kepada hamba-nya yang terpilih. Dalam Islamweb menjelaskan:
فَإِنْ كَانَ مَقْصُودُ السَّائِلِ بِقَوْلِهِ: "كَرَامَاتُ الشُّهَدَاءِ"، مَا يَحْصُلُ لَهُمْ بَعْدَ مَوْتِهِمْ مِنَ الْعَلَامَاتِ الدَّالَّةِ عَلَى صِدْقِهِمْ وَقَبُولِ اللَّهِ لَهُمْ، فَإِنَّ هَذَا كَثِيرٌ لَا يُمْكِنُ حَصْرُهُ، فَمِنْهُمْ مَنْ تُشَمُّ مِنْهُ رَائِحَةُ الْمِسْكِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَمُوتُ وَهُوَ يَبْتَسِمُ، وَمِنْهُمْ مَنْ يُرَى عَلَى وَجْهِهِ الْإِنْشِرَاحُ وَالنُّورُ.
"Sekiranya maksud si penanya dengan katanya “karamah para syuhada” itu ialah apa yang berlaku kepada mereka selepas kematian mereka, berupa tanda-tanda yang menunjukkan kebenaran mereka dan penerimaan Allah terhadap mereka, maka perkara ini amat banyak dan tidak dapat dihitung. Antaranya ada yang tercium daripadanya bau kasturi, ada yang mati dalam keadaan tersenyum, dan ada yang dilihat pada wajahnya tanda kegembiraan dan cahaya." (Islamweb, fatwa no. 37,026)
5. Semoga masyarakat Islam di Malaysia lebih cerdik dan terbuka untuk menerima kebenaran.
Ust HAZA Official
Alhamdulillah.. tahniah Dato' Noh bin Gadot. Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah dan Mantan Mufti Pahang - Dato' Haji Abdul Rahman
Читать полностью…Ajaran sesat liber4l dan plur4lism3 bernaung atas nama SIS.
Patut diharamkan penggunaaan nama ISLAM bagi pertubuhan yang membawa ideologi sesat.
https://tvpertiwi.com/2025/06/21/mahkamah-persekutuan-terkhilaf-bataskan-kuasa-mahkamah-syariah-kata-pakar/
Ulasan yang bagus dan telus !
والدليل على ذلك أنه هو وأتباعه كانوا يؤولون القرآن بحسب أهوائهم لا بحسب ما فسّره النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه والسلف الصالح وأئمة التفسير، وما كان يقول بأحاديث النبي وأقاويل الصحابة والتابعين والأئمة المجتهدين، ولا بما استنبطه الأئمة من الكتاب والسنة ولا يأخذ بالإجماع ولا القياس الصحيح وكان يدعي الانتساب إلى مذهب الإمام أحمد كذبا وتسترا،
“Bukti yang menunjukkan demikian ialah dia dan para pengikutnya mentakwil Al-Quran menurut hawa nafsu mereka, bukan menurut tafsiran Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم, para sahabat, salafus soleh dan para imam tafsir. Dia tidak berpegang dengan [makna] hadis-hadis Nabi صلى الله عليه وسلم, tidak juga dengan kata-kata para sahabat dan tabi‘in, dan tidak juga dengan ijtihad para imam. Dia tidak mengambil apa yang telah diistinbatkan oleh para imam daripada al-Kitab (Al-Quran) dan al-Sunnah. Dia juga tidak menerima ijmak dan tidak juga qiyas yang sahih. Dia mendakwa berpegang kepada mazhab Imam Ahmad secara dusta dan penuh penyamaran.”
وقد رد عليه أضاليله كثير من علماء الحنابلة وألفوا في ذلك رسائل عديدة حتى أخوه الشيخ سليمان بن عبد الوهاب ألف رسالة في الرد عليه كما ذكرناه، و كان يقول لعماله: اجتهدوا بحسب نظركم واحكموا بما ترونه مناسبا للدين ولا تلتفتوا لهذه الكتب المتداولة فإن فيها الحق والباطل
“Ramai para ulama daripada kalangan Hanabilah telah membantah kesesatannya dan mengarang banyak risalah sebagai jawapan kepadanya. Bahkan, saudaranya sendiri, Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahhab telah mengarang satu risalah bagi menolak ajarannya, seperti yang telah kami sebutkan.
Dia biasa berkata kepada para pengikutnya: “Berijtihadlah menurut pandangan kamu, dan hukumlah menurut apa yang kamu rasa sesuai dengan agama. Jangan pedulikan kitab-kitab yang beredar itu, kerana di dalamnya ada kebenaran dan kebatilan.”
وقتل كثيرا من العلماء والصالحين لأنهم لم يوافقوه على ما ابتدعه.
“Dia telah membunuh ramai ulama dan orang-orang soleh hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan bidaah yang dibawanya.”
[Selesai nukilan]
Buku beliau ini telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Shaykh Muhammad Hisham Kabbani, As-Sunna Foundation of America, pada tahun 1996, dengan tajuk: “The Doctrine of Ahl al-Sunna Versus the “Salafi" Movement
Kitab ini juga telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak dengan tajuk: “Penolakan Terhadap Golongan Wahhabiyyah Yang Menyeleweng,” bilangan halaman: 203, tahun 2023. Alhamdulillah.
PDF kitab asal:
https://dn721802.ca.archive.org/0/items/20200823_20200823_1859/الفجر%20الصادق%20في%20الرد%20على%20منكري%20التوسل.pdf
PDF English:
https://dn790000.ca.archive.org/0/items/TheDoctrineOfAhlaLSunnaVsTheSalafistMovement/The%20doctrine%20of%20Ahla-l-Sunna%20vs%20The%20Salafist%20Movement.pdf
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah. Penganut ajaran liber4l dan pluralism3 tetap sah sebagai sesat sebagaimana fatwa negeri yang memfatwakannya. !
Читать полностью…Bila Allah dianggap seperti makhluk, di situlah bermulanya kesesatan akidah.
Dalam sejarah Islam, ada banyak golongan sesat yang mendakwa Allah berada di atas Arasy secara fizikal, duduk, atau bertempat walaupun dilapik dengan ayat fizikal Allah tidak seperti fizikal makhluk.
Mereka bukan hanya datang dari satu aliran tetapi dari pelbagai kumpulan seperti Mujassimah, Karramiyah, Hisyamiyah dan Wahhabiyah.
✅ Akidah yang sahih adalah Allah tidak menyerupai makhluk-Nya.
❌ Allah tidak bertempat, tidak bermasa dan tidak berarah.
Berkata ulama salaf yang berpegang dengan manhaj salaf original, Imam Abu Jaafar al-Tahawi (227-321 H):
“Maha suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar (seperti wajah, tangan dan lainnya) mahupun anggota badan yang kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lainnya). Dia tidak diliputi oleh satu mahupun enam arah penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) tidak seperti makhluk-Nya yang diliputi enam arah penjuru tersebut.”
#realdakwahsunnah #dakwahsunnah #mazhab #tasybih #allah #komik #islam #akidah
Tajuk-Tajuk Pembentangan Ilmiah Musyawarah 3.0: Penjelasan Isu-Isu Syiah
.
Anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang Dengan Kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Pahang
.
18 Kertas Kerja Akan Dibentangkan:
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 1*
Tajuk: Ancaman Syiah Terhadap Akidah Dan Syariat Islam
Pembentang: Dr. Mohd Hamidi Ismail (Pensyarah Kanan, USIM)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 2*
Tajuk: Penjelasan Tentang Hadith Tsaqalain
Pembentang: Dr. Mohd Khafidz Soroni (AJK Fatwa Selangor)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 3*
Tajuk: Jawapan Terhadap Keraguan Kesahihan Al-Quran
Pembentang: Dr. Abdullaah Jalil (AJK Fatwa Pahang)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 4*
Tajuk: Penjelasan Tentang Surah Al Ahzab 33 dan Hadith Kisa’
Pembentang: Ustaz Ahmad Norido (Maahad An Noer, Janda Baik)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 5*
Tajuk: Penjelasan Hadith Tragedi Peristiwa Khamis
Pembentang: Ustaz Muhammad Adam Iman (Penyelidik ASWJ)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 6*
Tajuk: Status Syiah Disisi Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah
Pembentang: Dr. Mohd Shahid (AJK Fatwa Negeri Sembilan)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 7*
Tajuk: Siapakah Golongan Ahli Bait?
Pembentang: Ustaz Ahmad Norido (Maahad An Noer)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 8*
Tajuk: Penjelasan Hadith Ghadir Khum dan Hadith Manzil
Pembentang: Ustaz Ahmad Hafiz Rozmizi (Calon PhD Hadith, UIS)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 9*
Tajuk: Imam Mahdi: Antara Usul & Furu’ Akidah
Pembentang: Dr. Izham Hakimi Redzan (Penyelidik Institut Islam Hadhari, UKM)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 10*
Tajuk: Adakah Iran Adalah Kaum Parsi Yang Dipuji Oleh Rasulullah SAW?
Pembentang: Ustaz Adzdzin Muzhaffar (Calon Sarjana Usul Fiqh, UIA)
.
– *Pembentangan kertas kerja 11*
Tajuk: Penjelasan Isu Tanah Fadak (Kemarahan Fatimah Adalah Kemarahanku)
Pembentang: Kiyai Nur Hidayat (Ketua AJK Fatwa Majlis Ulama Indonesia, Caw Sragen)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 12*
Tajuk: Kaedah Pemilihan Khalifah Menurut Syariah Islam
Pembentang: Dr. Ahmad Irdha Mokhtar (Pensyarah Kanan FPI, UKM)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 13*
Tajuk: Abdullah Bin Saba’ Pengasas Syiah Ghulat : Fakta atau Fiktif
Pembentang: Dr. Ahmad A’Toa’ Mokhtar (Pensyarah Kanan, UIS)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 14*
Tajuk: Baiaah Umat Islam Terhadap Saidina Abu Bakar As Siddiq RA
Pembentang: Ustaz Abdul Aziz (Calon Sarjana Syariah, UKM)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 15*
Tajuk: Kaedah Berinteraksi Dengan Riwayat Perselisihan Sahabat Nabi SAW
Pembentang: Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor (Pensyarah Kanan IBS, UUM)
.
– *Pembentangan Kertas Kerja 16*
Tajuk: Keutamaan Para Sahabat Nabi Saw
Pembentang: Ustaz Abdul Halim Bin Abd Karim (Ketua Jabatan Syariah, UNIPSAS)
.
*Pembentangan Kertas Kerja 17*
Tajuk: Analisis Metod Imam Al-Ghazali Menghadapi Syubhat Syiah Ismailiah
Pembentang: Ustaz Abdul Rahman Tajudin (Calon PhD Usuluddin, UMS)
.
*Pembentangan Kertas Kerja 18*
Tajuk: Kajian Sejarah Penyebaran Islam Di Alam Melayu Oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah: Membantah Naratif Palsu Syiah
Pembentang: Dr. Hasanuddin Yusuf (Pengasas Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam)
.
https://www.facebook.com/share/p/1PK7TWEp8p/
1. Tajribah (pengujian) : iaitu satu perkara yg sudah disaksikan (ketulenan & teruji kebenarannya) pada segenap ilmu.
2. Kelebihan pengalaman serta kepakaran yg dimiliki. Sabda nabi: “Sebaik2 manusia di kurun ku, kemudian mereka yg selepasnya, kemudian mereka yg selepasnya.”.
Berkata mereka : “Janganlah kamu mengambil ilmu dari seseorang yang mengambil dari kitab2 (semata2) tanpa pembacaan dari para masyaeikh atau sheikh yg mahir. Maka sesiapa yg tidak mengambil ilmu kecuali melalui kitab semata2, maka dia akan jatuh kekeliruan (yakni dlm pembacaan & ejaan), serta akan terhasil banyak darinya segala kesalahan & penyelewengan.”
**Dengan itu, seharusnya kita mempunyai guru di dalam mnuntut ilmu lebih2 lagi ilmu agama. Kerana ilmu agama itu ilmu wayhu sedangkan ilmu selain darinya ialah ilmu yg dtg ilham. Ilmu wahyu itu sunnahnya dtg dr rantaian sanad, dari Allah SWT kpd Jibrail kpd Nabi SAW kpd Sahabat2 seterusnya sampai kpd kita melalui rantaian para ulama. Itulah resmi penuntut ilmu.
Dan perlu berwaspadalah juga pd slogan2 baru di zaman ini umpama ‘marilah kembali kpd al Quran & Sunnah’ @ ‘yang paling sahih’ dan slogan2 seumpamanya, yg rata2nya mmg dtg dr pemahaman literal & hnya berpandu pd kitab/nas semata2 tanpa bimbingan guru yg punyai rantain sanad yg benar dlm ilmu & manhajnya. Kerana slogan2 itu seolah2 sudah menafikan rantaian ilmu yg bersambungan serta menafikan amanah ilmu yg menjadi penghubung rantaian tersebut (yakni para ulama). Mana mgkin utk kembali pd al Quran & Sunnah tanpa rantaian tersebut, mustahil ilmu wahyu itu terus melompat kpd mereka dr zaman Nabi terus ke zaman ini tanpa perantara, lebih mustahil utk mengaku lebih benar dan lebih sahih dari golongan2 sebelumnya.
Itu semua hanyalah tak lebih dr tipu daya yg penuh licik demi menjayakan kepentingan tertentu, yg jelas jalannya itu adalah salah malah bukanlah atas manhaj yg benar.
Ibn Shihab Al Dimashqy al Hanafi
12:15am Cairo
Maka BUBUR ASYURA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai al-Syar'u Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH atau perkara yang bertentangan dengan kehendak syariat.
Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh meni, al-’Ajluni, al-Suyuti, al-Munawi, Ibn 'Arraq dan lain-lain. Sebelum Dr. Abu al-Laith, al-Hafiz al-'Allamah Sayyid Ahmad al-Ghumari رحمه الله sebenarnya telahpun membincangkan takhrij hadis ini secara detail dan menghukumnya sebagai sahih di dalam risalah beliau:
(هدية الصغراء بتصحيح حديث التوسعة يوم عاشوراء)
Wallahu a'lam.
Ustaz Alyasak Berhan
#buburasyura
BUAT BUBUR ASYURA JADI SYIAH ?
Hati-hati dengan si penipu ini.
Katanya bubur asyura adalah dari budaya syiah.
Memang betul-betul cara bercakap penuh yakin, tapi dengan kebodohan.
PANDUAN HUKUM : Bubur Asyura'
KEUTAMAAN ASYURA
Tersebut di dalam kitab Mukasyafah al-Qulub hal.263 susunan Imam al-Ghazali disebutkan:
"Dan telah datang athar yang banyak pada keutamaan hari Asyura', antaranya (adalah kerana - pada hari tersebut):
Diterima taubat Nabi Adam عليه السلام; diciptakan Nabi Adam; Adam عليه السلام dimasukkan ke dalam syurga; ‘arasy, kursi, langit, bumi, matahari, bulan dan bintang-bintang diciptakan; Nabi Ibrahim عليه السلام dilahirkan dan diselamatkan daripada api Raja Namrud; selamatnya Nabi Musa عليه السلام dan pengikutnya dari (dikejar fir’aun); tenggelamnya fir’aun dan tenteranya; Nabi ‘Isa عليه السلام dilahirkan dan diangkatkan ke langit; Nabi Idris عليه السلام diangkat ke tempat yang tinggi; berlabuhnya bahtera Nabi Nuh عليه السلام di atas bukit Judi; dikurniakan kepada Nabi Sulaiman عليه السلام sebuah kerajaan yang besar; dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan; dikembalikan penglihatan Nabi Ya’kub (yang kabur sebelumnya); dikeluarkan Nabi Yusuf عليه السلام dari telaga; disembuhkan penyakit Nabi Ayyub عليه السلام dan hujan yang pertama diturunkan dari langit ke bumi.
Manakala di dalam Kitab Hasyiah I’anah al-Tolibin karangan Sayyid Bakri al-Syato hal.417/2, antara peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari Asyura' adalah ;
"Nabi Adam عليه السلام bertaubat kepada Allah dan taubat baginda diterima; Nabi Idris عليه السلام diangkat oleh Allah ke tempat yang tinggi; Nabi Nuh عليه السلام diselamatkan Allah keluar dari perahunya; Nabi Ibrahim عليه السلام diselamatkan Allah dari api Raja Namrud; Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa عليه السلام; Nabi Yusuf عليه السلام dibebaskan dari penjara; Penglihatan Nabi Yaakub عليه السلام yang kabur dipulihkan Allah kembali; Nabi Ayyub عليه السلام disembuhkan Allah dari penyakitnya; Nabi Yunus عليه السلام selamat keluar dari perut ikan Nun; Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah; Nabi Sulaiman عليه السلام dikurniakan kerajaan yang besar; Hari pertama Allah menciptakan alam; Hari pertama Allah menurunkan rahmat ke bumi; Hari pertama Allah menurunkan hujan dari langit; Allah menjadikan ‘arasy; Allah menjadikan Luh Mahfuz; Allah menjadikan qalam; Allah menjadikan malaikat Jibril عليه السلام; Nabi Isa عليه السلام diangkat ke langit ………"
ASAL-USUL BUBUR 'ASYURA' MASYARAKAT MELAYU
Salah satu tradisi yang diadakan di kampung-kampung setiapkali menjelang bulan Muharram adalah membuat bubur Asyura'. Adapun mengenai tradisi ini ada disebut di dalam kitab Risalah al-Musalsal al-Amiriyyah yang dicetak bersama-sama syarahannya pada halaman 26;
“Begitu juga apa yang dilakukan oleh sebahagian orang daripada memasak bubur (pada hari Asyura) adalah merupakan suatu perkara bidaah. Asal-usulnya adalah bersandarkan kepada apa yang berlaku kepada Nabi Nuh عليه السلام tatkala baginda keluar dari kapal pada hari ‘Asyura’, orang-orang yang bersama baginda telah mengadu kelaparan. Lalu dikumpulkan saki baki bekalan mereka yang terdiri daripada pelbagai bijiran-bijiran seperti beras, kacang dal dan sebagainya. Setelah itu mereka pun memasak bijiran-bijiran tersebut di dalam periuk lalu mereka pun makan sehingga ia menyenyangkan mereka. Oleh itu, ia adalah merupakan makanan yang pertama dimasak di atas muka bumi selepas berlakunya taufan. Maka berdasarkan peristiwa ini, manusia telah menjadikan ianya sebagai suatu anjuran pada hari tersebut (Asyura’). Hal ini TIDAK MENGAPA dilakukan terutamanya perbuatan memberi makan kepada orang-orang faqir dan miskin adalah merupakan sebahagian tausi’ah (meluaskan belanja) bagi mereka yang mampu dan tidak mampu. Maka perluaskankanlah akhlaknya bersama kaum kerabat dan keluarga serta maafkanlah orang-orang yang menzaliminya kerana terdapat athar berkaitan hal tersebut.”
Hal ini juga telah disebutkan di dalam Kitab Jam'u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid yang dikarang oleh al-‘Allamah Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fatani pada halaman 132:
.
Dalam Mausuah Fiqih Kuwait, dinukil dari Kasyful Qana disebutkan, ia berkata:
.
قَدْ جَرَّبْنَاهُ مُنْذُ خَمْسِينَ سَنَةً أَوْ سِتِّينَ فَمَا رَأَيْنَا إِلاَّ خَيْرًا
.
“Kami sudah cuba (amalan ini) selama lima puluh tahun atau enam puluh tahun, kami tidak menjumpai kecuali kebaikan.”
.
5. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT
.
Antara yang sunat di hari Asyura adalah banyak bertaubat dan Istighfar, di dalam hadis disebutkan daripada Ubaid bin Umair dalam riwayat Ibnul Ja’di dalam Musnadnya no 1897:
.
إِنَّ الْمُحَرَّمَ شَهْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَإِنَّ فِيهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، أَذْنَبَ فِيهِ قَوْمٌ ذَنْبًا عَظِيمًا ، فَتَابُوا فِيهِ فَكَانَ يُسَمَّى يَوْمَ التَّوْبَةِ قَالَ : فَلاَ يَمُرَّنَّ عَلَيْكَ إِلاَّ صَمْتُهُ.
.
“Sesungguhnya Muharram adalah bulan Allah ‘Azza wa Jalla, di dalamnya terdapat hari Asyura. Ada sekumpulan orang yang melakukan dosa besar pada hari itu, lalu mereka bertaubat pada hari Asyura. Maka, ia dinamakan sebagai Hari Taubat. Jangan biarkan hari itu berlalu tanpa engkau berpuasa.”
.
Dalam riwayat imam Ahmad dan Tirmudzi disebutkan:
.
إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ فِيهِ يَوْمٌ تَابَ اللَّهُ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ وَيَتُوبُ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ آخَرِينَ
.
“Jika engkau berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Muharram, kerana Muharram adalah bulan Allah. Di dalamnya terdapat satu hari di mana Allah menerima taubat suatu kaum dan memberikan taubat kepada kaum yang lain.” Musnad no 1321 dari Ali , Sunan Turmudzi no 746, ia berkata: “Hasan ghorib.”
.
Dalam kitab al Lafzhul Mukarram dikatakan:
.
ففي ذلك إشارة إلى أن التوبة تقبل في هذا اليوم من التائبين
.
“Ini adalah isyarat bahawa taubat daripada ahli Taubat akan diterima pada hari Asyura ini.”
.
RUJUKAN:
.
[1] Hadis ini disebutkan di dalam kitab Mawahibul Jalil 316/3. Dalam nota Kaki kitab ini juga 317/3 disebutkan:
قال في المقاصد الحسنة وفي الأثر الذي ذكره عمر التوسعة على الأهل في ليلة عاشوراء وفي الأحاديث السابقة التوسعة على الأهل في يوم عاشوراء فينبغي أن يوسع على الأهل فيهما وقال الشيخ زروق في شرح القرطبية فيوسع يومه وليلته من غير إسراف ولا مرآة ولا مماراة وقد جرب ذلك جماعة من العلماء فصح انتهى
[2] Hasyiyah I’ananatut Tholibin 301/2
.
Disediakan Oleh:
.
Jabatan Mufti Negeri Pahang
"Memasyarakatkan Ilmu, Mengilmukan Masyarakat”
#Pahang #muftipahang #MajuTerusPahang #KerajaanNegeriPahang #Pahang1st #PahangStedi
.
"Disunatkan bagi orang yang memandikan jenazah untuk menceritakan perkara baik yang dilihat, seperti wajah yang bercahaya atau bau yang harum". [6]
.
KEWAJIPAN MENJAGA PERILAKU DI KUBURAN AGAR TIDAK MENIMBULKAN FITNAH
.
21. Menjaga adab dan perilaku di kawasan kuburan merupakan suatu kewajipan yang penting dalam Islam, khususnya bagi para pendakwah, ahli ilmu dan sesiapa sahaja yang menjadi ikutan masyarakat. Ini kerana perbuatan yang boleh disalah tafsirkan sebagai pengagungan yang melampau terhadap kubur — seperti bersujud, meraba-meraba dan mengusap kubur, dan sebagainya boleh menimbulkan salah faham dan fitnah di kalangan masyarakat awam yang kurang ilmu.
.
22. Mereka mungkin menyangka perbuatan tersebut adalah pengagungan yang dituntut dalam Islam, dikhuatiri mereka akan menirunya tanpa kefahaman yang benar, tanpa iktiqad yang betul lantas membuka ruang kepada amalan-amalan dan kepercayaan yang boleh membawa kepada kegelinciran akidah. Oleh itu, walaupun jika niat seseorang itu adalah semata-mata untuk mengambil berkat atau menzahirkan kasih kepada para wali, ia tetap perlu diteliti dari sudut kesannya terhadap pemahaman masyarakat umum. Prinsip sadd al-zari‘ah (menutup pintu kepada kerosakan) menuntut agar amalan-amalan yang boleh membawa kepada kekeliruan akidah dielakkan, demi menjaga kemurnian tauhid dan menghindari fitnah terhadap agama.
.
23. Kata Al-allamah Al-syarwani dalam Hasyiah beliau ke atas Al-tuhfah:
.
ينبغي لمن يقتدى به أن لا يفعل نحو تقبيل قبور الأولياء في حضور الجهلاء الذين لا يميزون بين التعظيم والتبرك والله أعلم.
.
"Sewajarnya orang yang diikuti perbuatannya itu tidak melakukan perbuatan seperti mencium kubur para wali di hadapan orang awam yang jahil, yang tidak dapat membezakan antara ta‘zim dan tabarruk. Dan Allah lebih mengetahui". [7]
.
KESIMPULAN
.
24. Berdasarkan pedoman dan panduan para ulama yang telah dinukilkan di atas maka hendaklah umat islam memperbanyakkan amalan menziarahi kubur terutamanya kubur-kubur orang soleh dalam keadaan ia dilakukan dengan adab-adab dan lunas panduan syarak. Dalam masa yang sama hendaklah umat islam berhati-hati dari menyalahkan perkara-perkara yang dianjurkan dalam Islam seperti menyebut kebaikan si mati, perkara yang baik yang berlaku kepada si mati dan tidak melihat perkara tersebut sebagai suatu yang tidak berasas. Umat islam juga hendaklah tidak mudah menyesatkan atau membid'ahkan amalan bertabarruk atau amalan-amalan lain yang mereka kurang mempunyai kefahaman terhadapnya bahkan harus sentiasa bertanya dan belajar kepada alim ulama’ untuk mendapat kefahaman yang sebenar tentangnya. Wallahu a’lam.
.
Disediakan Oleh:
.
Felo Penyelidik
Jabatan Mufti Negeri Pahang
.
RUJUKAN:
.
[1] Nazam Adab Ziyarah Al-Qubur
[2] Busyra Al-karim, (464)
[3] Mafahim Yajib An Tusahhah, (146)
[4] Fatawa Al-Ramli, (261/2)
[5] Zikrul Maut, (180)
[6] Al-muktamad Fi Al-fiqh Al-syafie, (610/1)
[7] Hasyiah Al-Syarwani ke atas Tuhfatul Muhtaj (176/3)
"Memasyarakatkan Ilmu, Mengilmukan Masyarakat”
#Pahang #muftipahang #MajuTerusPahang #KerajaanNegeriPahang #Pahang1st #PahangStedi
https://www.facebook.com/share/p/1ErrwAVCi1/
.
𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗟𝗘𝗛, 𝗔𝗗𝗔𝗕-𝗔𝗗𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚𝗡𝗬𝗔
.
Assalamualaikum
1. Menziarahi kubur adalah perkara yang sunat dan sangat dianjurkan kepada umat islam agar umat memperoleh peringatan tentang hakikat kematian. Anjuran ini bertambah apabila kubur yang diziarahi itu merupakan kubur orang soleh yang mana diharapkan para pengunjung memperoleh keberkatan dan mengambil iktibar dan pengajaran dari kesolehan mereka dan cara hidup mereka. Namun ziarah ini mestilah dilakukan beserta adab-adab yang telah dinyatakan para ulama' agar amalan kebaikan ini tidak bertukar menjadi suatu yang tercela.
.
ADAB-ADAB MENZIARAHI KUBUR [1]
.
2. Meninggalkan perbualan kosong di tanah perkuburan.
.
3. Wanita pula hendaklah keluar dengan pakaian sopan yang menolak pandangan orang yang berhawa nafsu.
.
4. Memberi salam sepertimana yang diajarkan Nabi SAW dalam hadis yang sahih:
.
ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺩَﺍﺭَ ﻗَﻮْﻡٍ ﻣُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ، ﻭَﺃَﺗَﺎﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﺗُﻮْﻋَﺪُﻭْﻥَ ، ﻏَﺪًﺍ ﻣُﺆَﺟَّﻠُﻮْﻥَ ، ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ
.
“Selamat sejahtera ke atas kamu semua penduduk negeri orang beriman. Dan telah datang akan kamu apa yang telah dijanjikan akan kamu. Dan hari esok akan tertunai. Dan kami semua insyaAllah akan bertemu dengan kamu sekelian". (Riwayat Imam Muslim)
.
5. Atau dengan bacaan lain:
.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أَهْلَ الْقُبُورِ, يَغْفِرُ اللَّهُ لَنَا وَلَكُمْ, أَنْتُمْ سَلَفُنَا وَنَحْنُ بِالْأَثَرِ
.
“Salam sejahtera atas kamu wahai ahli kubur. Semuga Allah mengampunkan kami dan kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan mengikuti kamu.” (riwayat Al-Tirmizi)
.
6. Berdiri dengan tenang sambil menghadap kepada si mati.
.
7. Memohon kepada Allah SWT agar diterima amalan baik yang dilakukan si mati serta diampuni segala dosanya.
.
8. Memohon rahmat kepada si mati dan memohon agar rasa asing dan bersendiriannya dia tidak berpanjangan dengan Allah mengurniakan kepadanya peneman di kuburnya tersebut yang berupa amalan solehnya.
.
9. Mengelakkan diri dari mengusap-usap, mencium batu nisannya agar tidak menimbulkan fitnah.
.
10. Walaupun tidak dinafikan perkara ini terdapat khilaf padanya, kerana sebahagian ulama menganjurkannya dan sebahagian menghukumnya sebagai makruh. Kata Al-'allamah Ba'isyen dalam Busyra Al-karim:
.
وفي تقبيل ضرائح الأولياء خلاف، فعند (حج): مكروه، وعند (م ر): سنة.
.
"Dan pada hukum mencium kuburan para wali terdapat khilaf, ianya makruh disisi imam Ibn Hajar dan Sunnah disisi imam Al-ramli". [2]
.
11. Atas dasar mengeluarkan diri dari khilaf dan pintu fitnah awam yang jahil, maka sebaiknya ia dielakkan, dalam masa yang sama hendaklah orang yang menziarahi kubur itu mengambil maklum akan khilaf yang terdapat dalam isu ini dan tidak mudah menyesatkan atau mensyirikkan pihak lain yang melakukannya dan hendaklah dia bersangka baik kepada saudara semuslimnya.
.
MAKSUD SEBENAR DISEBALIK MENZIARAHI KUBUR ORANG SOLEH DAN BERTABARRUK PADANYA
.
12. Al-‘allamah Muhammad Alawi Al-maliki menyebutkan:
.
وقبل أن نبين الأدلة والشواهد الناطقة بجواز ذلك ، بل بمشروعيته ينبغي أن نعلم أن التبرك ليس هو إلا توسلا إلى الله سبحانه وتعالى بذلك المتبرك به سواء أكان أثرا أو مكانا أو شخصا .أما الأعيان فلاعتقاد فضلها وقربها من الله سبحانه وتعالى مع اعتقاد عجزها عن جلب خير أو دفع شر إلا بإذن الله. وأما الآثار فلأنها منسوبة إلى تلك الأعيان فهي مشرفة بشرفها ومكرمة ومعظمة ومحبوبة لأجلها .وأما الأمكنة فلا فضل لها لذاتها من حيث هى أمكنة وإنما لما يحل فيها ويقع من خير وبر كالصلاة والصيام وجميع أنواع العبادات مما يقوم به عباد الله الصالحون ، إذ تتنزل فيها الرحمات وتحضرها الملائكة وتغشاها السكينة وهذه هي البركة التي تطلب من الله في الأماكن المقصود لذلك.
.
وهذه البركة تطلب بالتعرض لها فى أماكنها بالتوجه إلى الله تعالى ودعائه واستغفاره وتذكر ما وقع في تلك الأماكن من حوادث عظيمة ومناسبات كريمة تحرك النفوس وتبعث فيها الهمة والنشاط للتشبه بأهلها أهل الفلاح والصلاح.
Antara mitos wahhabi Malaysia
1. Kami ikut hadis sahih sahaja
- hakikatnya mereka menipu, dalam aqidah mereka menggunakan sanad palsu dan dhoif kemudian menisbahkan kepada aqidah Imam Syafie.
- contoh buku terbitan syarikat PIS yang galak promosikan aqidah wahhabi telah diharamkan MKI.
- telah didedahkan sanadnya adalah palsu dan lemah.
- amalan soleh yang ada sandaran dari al Quran dan hadis sahih juga ditolak dan dibid'ahkan wahhabi. E.g - zikir berjemaah lepas solat, doa qunut subuh, zikir Allah.. Allah tiada faedah
2. Kami tidak buat bid'ah
- hakikatnya mereka ikuti perkampungan sunnah, perkhemahan sunnah, pelayaran sunnah.
- masih juga dengar khutbah Jumaat Bahasa Melayu, amalkan bayar zakat secara online, bayar zakat guna duit.
3. Kami ikut sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
- hakikatnya adab dan akhlak jauh dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. E.g - suka troll, ada ilmu sampai PhD hadis pun ada yang mengumpat beramai-ramai dalam podcast, suka berbalah, suka keluarkan pernyataan mengelirukan dan bawa permusuhan.
- ada yang menghina melekehkan zikir 'Hu.. Hu' (dhomir dari ayat al Quran yang merujuk DIA - ALLAH) yang ada sandaran dalam al Quran seperti suara monyet.
*akan ditambah dari semasa ke semasa
𝗦𝗮𝗶𝗱𝗮𝘁𝗶𝗻𝗮 𝗔𝘀𝗺āʾ 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻𝗮 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗯𝗮𝗿𝗿𝘂𝗸 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝘁𝗶 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁
<<<<< >>>>>
عَنْ عَبْدِ اللهِ مَوْلَى أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَتْ [أسماء رَضِيَ اللهُ عَنْهَا] :
هَذِهِ جُبَّةُ رَسُولِ اللهِ ق، فَأَخْرَجَتْ إِلَيَّ جُبَّةَ طَيَالِسَةٍ كِسْرَوَانِيَّةٍ لَهَا لِبْنَةُ دِيبَاجٍ، وَفَرْجَيْهَا مَكْفُوفَيْنِ بِالدِّيبَاجِ فَقَالَتْ: هَذِهِ كَانَتْ عِنْدَ عَائِشَةَ، حَتَّى قُبِضَتْ، فَلَمَّا قُبِضَتْ قَبَضْتُهَا، وَكَانَ النَّبِيُّ ق يَلْبَسُهَا فَنَحْنُ نَغْسِلُهَا لِلْمَرْضَى يُسْتَشْفَى بِهَا.
Daripada ʿAbdullāh [bin Kayṣan al-Qurashī], mawlā kepada [Saidatina] Asma’ binti Abu Bakar رضي الله عنهما, beliau meriwayatkan bahawa [Saidatina] Asma’ رضي الله عنها berkata [kepadaku]:
“Ini adalah jubah Rasulullah ﷺ.”
Lalu beliau mengeluarkan kepadaku sehelai jubah jenis ṭayālisah buatan Kisrawāniyyah (Parsi), yang mempunyai sepotong [kain tampalan] sutera [pada poketnya], dan bahagian belahan di sisi jubah itu dilapik dengan kain sutera [dan dilipat ke atasnya].
Kemudian beliau [Saidatina Asmāʾ رضي الله عنها] berkata:
“Jubah ini dahulunya berada di sisi [Saidatina] ʿĀʾishah [رضي الله عنها]] sehinggalah beliau wafat. Setelah beliau wafat, maka aku menyimpannya; dan Baginda Nabi ﷺ dahulu biasa memakainya.
𝗗𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘀𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 [𝗮𝗶𝗿 𝗯𝗮𝘀𝘂𝗵𝗮𝗻]𝗻𝘆𝗮 (𝘁𝗮𝗯𝗮𝗿𝗿𝘂𝗸).”
T: (𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 (𝟮𝟲𝟭𝗛): 𝗮𝗹-𝗝ā𝗺𝗶ʿ 𝗮𝗹-Ṣ𝗮ḥīḥ / Ṣ𝗮ḥīḥ 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺), 𝗡𝗼. 𝟮𝟬𝟲𝟵 [𝗟𝗮𝗳𝗮𝘇 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀] [𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀: Ṣ𝗮ḥīḥ]
Nota:
Di dalam “Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim”, Jil. 14/18, hlm. 44, al-Imām Shaykh al-Islām al-Nawawī (w.676H) menyebut:
وَفِي هَذَا الْحَدِيث دَلِيل عَلَى اِسْتِحْبَاب التَّبَرُّك بِآثَارِ الصَّالِحِينَ وَثِيَابهمْ
“Dan 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗶𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗶ḥ𝗯ā𝗯 (𝗱𝗶𝘀𝘂𝗻𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻) 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗯𝗮𝗿𝗿𝘂𝗸 (𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁) 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.”
[Selesai nukilan]
𝗧𝗮𝗯𝗮𝗿𝗿𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘀𝘆𝗶𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗳𝘂𝗿𝗮𝗻.
𝗣𝗘𝗡𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗜𝗟𝗠𝗨
Ngo SIS ni patut diharamkan guna nama Islam. Sebab individu yang menggerakkannya tidak melambangkan ajaran Islam yang benar.
Beberapa isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian mereka. Antaranya:
(a) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)
Baca: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541058/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri-keterangan-isnin
(b) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)
Baca: https://www.ismaweb.net/2019/01/26/sisters-in-islam-gesa-amalan-bersunat-diharamkan/
(c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)
Baca: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/06/22/quran-doesnt-specify-womens-hair-as-aurat-muslim-ngo-insists-as-conservativ/919835
(d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)
Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8
Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121
(e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)
Baca: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/sharing-the-nation/2013/08/04/the-essence-of-fatwa
(f) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)
Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10
Lihat antara ajaran sesat pengasas pertubuhan ini. Mengaku sebagai anak Allah !
https://beliabangkit.blogspot.com/2014/11/tunggu-apa-lagi-kita-semua-anak-allah.html?m=1
ZIKIR HU SEPERTI SUARA MONYET DAKWA BASRI IBRAHIM
Innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun..
Kalau taknak terima dan amal Zikir Hu pun jangan melampau sampai samakan dengan suara monyet.
Para alim ulamak muktabar yang membenarkannya adalah bersandarkan ayat al Quran, mereka juga mendalami al Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas.
Bahkan banyak fatwa yang membenarkannya
LAFAZ HUWA (هو) DI DALAM AL-QURAN:
KEBANYAKAN MAKNA LAFAZ “HUWA” (هو) DI DALAM AL-QURAN MERUJUK KEPADA ALLAH
<<<< >>>>
Kalimah atau lafaz “Huwa” disebut di dalam Al-Quran sebanyak 481 dan kebanyakannya - iaitu sebanyak 295 kali - adalah kembali merujuk kepada Allah, iaitu sebanyak 61.3%.
Maka tidak hairanlah jika sebahagian para ulama’ menyatakan bahawa lafaz “هو” adalah salah satu daripada nama-nama Allah, bahkan sebahagian mereka menyatakan bahawa ia adalah Nama Allah Yang Maha Agung (اسم الله الأعظم ) berdasarkan hadis di dalam bab ini.
Ayat pertama yang menggunakan “هو" bagi merujuk kepada Allah ialah ayat 29, surah Al-Baqarah:
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيْعًا ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ (29) البقرة
Dan ayat yang terakhir ialah ayat pertama dalam surah Al-Ikhlāṣ:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) الإخلاص
PENUNTUT ILMU DAN ADAB
Fatwa-fatwa Yang Membolehkan - Harus Zikir 'Hu'
1. Fatwa Darul Ifta Jordan
https://www.aliftaa.jo/research-fatwas/3888
2. Fatwa Deobandi.
Kredit Maulana Wan Aswadi
https://www.facebook.com/share/p/oaXXNEGih4T62gK4/?mibextid=oFDknk
3. Fatwa Mesir
https://www.facebook.com/share/p/vrBzYn4TUEFv4XND/?mibextid=oFDknk
Kredit Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim - Mufti Pahang
4. Fatwa Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2667-irsyad-al-fatwa-254-zikir-kalimah-hu?
Dalam tarekat muktabar diamalkan zikir ini. Bahkan memang memulakan zikir yang ma'thur dan mengamalkannya dengan tersusun. Tak perlu bersangka buruk bahawa umat Islam dan yang mengikut tarekat muktabar tinggalkan zikir yang ma'thur dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.
ʿAllamah al-ʿIrāq al-Shāʿir Jamīl Affandī Ṣidqī al-Zahāwī (w.1354H/1936M) Membongkar Kesesatan Dan Sikap Khawārij (Takfir Dan Qitāl) Golongan Wahhābiyyah
<<<<< >>>>>
ʿAllamah al-ʿIrāq al-Shāʿir Jamīl Affandī Sidqī al-Zahāwī (1279H-1354H/ 1863M-1936H) menyebut di dalam kitabnya “al-Fajr al-Ṣādiq fi al-Radd ʿalā Munkirī al-Tawassul wa al-Karāmāt wa al-Khawāriq”, hlm. 15 & 17, cetakan Hakīkat Kitābevi (Istanbul) (2004):
[Halaman 15]
الوهابية ومنشأها
“Wahhabiyyah dan Asal-Usulnya”
الوهابية فرقة منسوبة إلى محمد بن عبد الوهاب، وابتداء ظهور محمد هذا كان سنة 1143 و إنه اشتهر أمره بعد الخمسين، فأظهر عقيدته الزائغة في نجد وساعده على إظهارها محمد بن سعود أمير الدرعية ببلاد مسيلمة الكذاب مجبرا أهلها على متابعة ابن عبد الوهاب هذا فتابعوه،
“Wahhābiyyah ialah satu firqah yang dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdul Wahhab. Bermula kemunculan [fitnah] Muhammad [bin Abdul Wahhab] ini pada tahun 1143 Hijrah, dan perkara mengenainya mula dikenali secara meluas selepas tahun 1150 Hijrah.
Dia menzahirkan akidahnya yang menyeleweng di wilayah Najd, dan Muhammad bin Saud, pemerintah Dirʿiyyah, negeri Musaylamah al-Kadzdzāb, telah membantunya menzahirkannya, dengan memaksa penduduk negeri itu untuk mengikut ajaran [Muhammad] bin Abdul Wahhab, lalu mereka pun mengikutinya.”
وما زال ينخدع له في هذا الأمر حي بعد حي من أحياء العرب حتى عمت فتنته وكبرت شهرته واستفحل أمره، فخافته البادية وكان يقول للناس: ما أدعوكم إلا إلى التوحيد وترك الشرك بالله تعالى في عبادته، وكانوا يمشون خلفه حيثما مشى حتى اتسع له الملك.
“Dan berterusan satu kabilah demi satu kabilah daripada kalangan bangsa Arab tertipu dalam hal ini sehingga fitnahnya meluas, namanya semakin masyhur dan pengaruhnya menjadi sangat besar, hingga orang-orang Badwi takut kepadanya.
Dia berkata kepada orang ramai: “Aku tidak menyeru kalian melainkan kepada tauhid dan meninggalkan syirik kepada Allah dalam melakukan ibadah kepada-Nya.” Maka mereka pun mengikutinya ke mana sahaja dia pergi, sehingga kekuasaan pun terbuka luas untuknya."
....
[Halaman 17]
تمسك ابن عبد الوهاب في تكفير الناس بآيات نزلت في المشركين فحملها على الموحدين،
“[Muhammad] bin Abdul Wahhab berpegang dalam mengkafirkan orang ramai dengan ayat-ayat yang diturunkan pada orang-orang musyrikin, lalu dia meletakkan ayat-ayat itu ke atas orang-orang yang bertauhid."
وقد روى البخاري في صحيحه عن عبد الله بن عمر رضي الله تعالى عنهما في وصف الخوارج أنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في الكفار فجعلوها في المؤمنين، وفي رواية أخرى عن ابن عمر أنه صلى الله عليه وسلم قال (أخوف ما أخاف على أمتي رجل متأول للقرآن يضعه في غير موضعه)
“[Al-Imam] Al-Bukhārī telah meriwayatkan dalam Sahih-nya daripada ʿAbdullāh Ibnu ʿUmar رضي الله عنهما tentang sifat golongan Khawārij, bahawa mereka mengambil ayat-ayat yang diturunkan kepada orang-orang kafir, lalu meletakkannya ke atas orang-orang beriman. Dalam riwayat lain daripada ʿAbdullāh Ibnu ʿUmar, Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Perkara yang paling aku takutkan menimpa umatku ialah seorang lelaki yang mentakwil (/mentafsirkan) Al-Quran dan meletakkannya bukan pada tempatnya.”
فهذا وما قبله صادق على ابن عبد الوهاب وأتباعه،
“Maka hadis ini dan hadis sebelumnya [berkenaan sifat Khawārij dan penyelewengan tafsiran Al-Quran] sememangnya benar/tepat mengenai [Muhammad] bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya.”
ويظهر من أقواله و أفعاله أنه كان يدّعي أن ما أتى به دين جديد لذلك لم يقبل من دين النبي صلى الله عليه وسلم إلا القرآن وقبوله إياه كان ظاهرا فقط كيلا يعلم الناس حقيقة أمره
“Daripada ucapan dan tindakannya, jelas bahawa dia mendakwa bahawa apa yang dia bawa itu adalah agama baru. Justeru itu, dia tidak menerima daripada agama Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم melainkan Al-Quran sahaja, dan penerimaannya terhadap Al-Quran itu pun hanya secara zahir, agar orang ramai tidak mengetahui hakikat sebenarnya.”
https://www.facebook.com/share/p/15sxyK2E5i/
Analisa keputusan SIS Forum Berhad di Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara menyatakan fatwa yang dibuat adalah sah setakat individu yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama sahaja. Mahkamah tidak membuat keputusan terhadap kandungan fatwa tersebut kerana ia bukan bidangkuasa mahkamah sivil. Hanya yang berkait dengan syarikat pertubuhan atau institusi sahaja di luar bidangkuasa Respondents arahan terhadap KDN dan MCMC mengikut penghakiman majoriti 3-1.
Intipati:
1. Pembuatan fatwa mengikut Enakmen Pentadbiran tersebut adalah sah
2. Fatwa hanya terhadap individu sahaja dan tidak terhadap syarikat SIS Forum Berhad
3. Jika syarikat pertubuhan institusi hendak diambil tindakan ia perlu diambil mengikut kuasa agensi Persekutuan tersebut.
4. Mana mana individu yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan boleh diambil tindakan.
𝗦𝗵𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗔𝗹-𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿: 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗳𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝗠𝗼𝗱𝗲𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 (𝟮𝟬𝟭𝟭)
Kaherah – Agensi
Selasa, 5 April 2011 – 01:29
Dr. Ahmad al-Tayyib, Sheikh al-Azhar al-Sharif, telah menyifatkan “𝗦𝗮𝗹𝗮𝗳𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝗺𝗼𝗱𝗲𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶”, sambil memberi amaran tentang kewujudan satu perancangan untuk mensabotaj pemikiran dan manhaj wasati al-Azhar yang telah dipelihara lebih daripada seribu (1000) tahun.
Al-Tayyib dalam ucapannya kepada satu perhimpunan sokongan yang dianjurkan oleh para pelajar antarabangsa dari pelbagai negara pada hari Isnin, 4 April, berkata:
“𝗔𝗾𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗾𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗔𝘀𝘆‘𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗹-𝗠𝗮𝘁𝘂𝗿𝗶𝗱𝗶, 𝗳𝗶𝗾𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘇𝗵𝗮𝗯 𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘀𝗮𝘄𝘂𝗳 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗮𝗹-𝗝𝘂𝗻𝗮𝗶𝗱.
𝗦𝗮𝗹𝗮𝗳𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝗺𝗼𝗱𝗲𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶.” Demikian menurut laporan akhbar Al-Ahram.
Al-Tayyib turut mengkritik serangan golongan Salafiyyah terhadap maqam dan makam para awliya', dan menegaskan bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan Islam yang sebenar, serta menyatakan bahawa 𝗮𝗹-𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘇𝗵𝗮𝗯 𝗮𝗹-𝗔𝘀𝘆‘𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘀𝗮𝘄𝘂𝗳 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗵𝗶𝗵 yang telah dianuti oleh puluhan para shuyukh al-Azhar sepanjang sejarahnya.
Pada hari yang sama, Masjid al-Azhar dan bangunan pejabat Syeikh al-Azhar menyaksikan perhimpunan menyokong al-Tayyib, di mana seramai 3,000 hadirin yang terdiri daripada para imam, pendakwah dan kakitangan institusi dari beberapa wilayah telah berhimpun.
Mereka juga telah memasuki bangunan pejabat Syeikh al-Azhar sebagai tanda sokongan terhadap beliau, yang menegaskan komitmennya terhadap langkah-langkah penambahbaikan, termasuk menaikkan gaji kakitangan serta mewujudkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua.
Teks asal:
شيخ الأزهر: السلفيون الجدد هم خوارج العصر
القاهرة - وكالات
الثلاثاء 5 أبريل 2011 - 01:29
وصف الدكتور أحمد الطيب، شيخ الأزهر الشريف، “السلفيين الجدد بأنَّهم خوارج العصر”، محذرًا من وجود مخططٍ لاختطاف الفكر والمنهج الأزهري الوسطي المعتدل الذي حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام.
وقال الطيب، في كلمته لمظاهرة مؤيدة قام بها الطلاب الوافدون من مختلف جنسيات العالم الاثنين 4 أبريل: إنّ عقيدة الأزهر هي عقيدة الأشعريّ والماتريدي وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد، وأن السلفيين الجدد هم خوارج العصر”. وفقًا لصحيفة “الأهرام”
وانتقد الطيب هجوم السلفيين على الأضرحة ومقامات الأولياء، مؤكدًا أنّ هذا العمل يخالف صحيح الإسلام وأن الأزهر سيبقى أشعريَّ المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفي الصحيح الذي انتمى إليه عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه.
وكان الجامع الأزهر ومبنى المشيخة شهدَا ظهر اليوم مظاهرات مؤيدة للطيب حيث احتشد 3 آلاف متظاهر من الأئمة والدعاة والعاملين بالمعاهد من عدة محافظات، واقتحم المؤيدون مبنى المشيخة في محاولة منهم للتعبير عن تأييدهم لشيخ الأزهر الذي أكّد تمسُّكه بخطواته الإصلاحية وزيادة رواتب العاملين وتحقيق العدل والمساواة بين الجميع.
Sumber:
https://www.hespress.com/%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B2%D9%87%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%84%D9%81%D9%8A%D9%88%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%AF%D8%AF-%D9%87%D9%85-%D8%AE%D9%88%D8%A7%D8%B1%D8%AC-%D8%A7%D9%84%D8%B9-47602.html
Boleh juga lihat rakaman beliau berkenaan isu ini di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=shbIK0K_Ul0
Semoga bermanfaat.
Para ulama' dapat melihat fitnah lebih awal berbanding masyarakat awam.