3427
Membongkar penyelewengan fahaman Wahabi bagi mempertahankan ASWJ.
𝐊𝐄𝐂𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐅𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐔𝐁𝐇𝐀𝐓𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐖𝐀𝐇𝐇𝐀𝐁𝐈
Al-Imām al-ʿAllāmah al-Muḥaddith al-Qāḍī al-Shaykh Yūsuf bin Ismāʿīl al-Nabhānī (w.1350H) menyebutkan dalam kitabnya “Shawāhid al-Ḥaqq fi al-Istighāthah bi Sayyid al-Khalq ﷺ,” hlm. 113, cetakan Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah (2007):
قال ( الإمام السيد أحمد زيني دحلان الشافعي) رحمه الله تعالى:
[Al-Imām al-ʿAllāmah Shaykh ʿUlamā al-Ḥijāz Aḥmad Zaynī Daḥlān (1232–1304H)] telah berkata – semoga Allah merahmati beliau::
ذكر الشبه التي تمسك بها الوهابية:
Menyebut syubhat-syubhat yang dijadikan pegangan oleh golongan Wahhabi:
ينبغي أولا أن نذكر الشبهات التي تمسك بها ابن عبد الوهاب في إضلال العباد؛ ثم نذكر الرد عليه ببيان أن كل ما تمسك به زور وافتراء وتلبيس على عوام الموحدين؛
Kami hendaklah terlebih dahulu menyebut syubhah-syubhah yang dijadikan pegangan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam usaha menyesatkan manusia; kemudian kita akan menjawabnya dengan menjelaskan bahawa segala yang dijadikannya sebagai hujah itu hanyalah dusta, rekaan, dan kekeliruan yang ditimbulkan terhadap orang awam daripada kalangan kaum Muslimin yang mentauhidkan Allah.
فمن شبهاته التي تمسك بها زعمه أن الناس مشركون في توسلهم بالنبي ﷺ وبغيره من الأنبياء والأولياء والصالحين وفي زيارتهم قبره ﷺ وندائهم له بقولهم:
Antara syubhah yang dijadikannya sebagai pegangan ialah 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 [𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦𝐢𝐧] 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤𝐢𝐧 kerana bertawassul kepada Baginda Nabi ﷺ, kepada para nabi yang lain, para wali dan orang-orang soleh; juga kerana menziarahi kubur Baginda ﷺ serta menyeru Baginda ﷺ dengan ucapan seperti:
يا رسول الله نسألك الشفاعة،
"Wahai Rasulullah, kami memohon syafaat melalui tuan."
وزعم أن ذلك كله إشراك وحمل الآيات القرآنية التي نزلت في المشركين على الخواص والعوام من المؤمنين
Dia mendakwa bahawa semua perbuatan tersebut adalah syirik.
Bahkan dia telah 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤𝐢𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬 (𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐥𝐢) 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧.
...
قال محمد بن عبد الوهاب (مؤسس الوهابية): إن من استغاث أو توسل بالنبيﷺ أو بغيره من الأنبياء والأولياء والصالحين أو ناداه أو سأله الشفاعة فإنه يكون مثل
هؤلاء المشركين ويكون داخلا في عموم هذه الآيات، وجعل زيارة قبر النبي ﷺ أيضاً مثل ذلك.
Muḥammad bin ʿAbd al-Wahhāb (pengasas Wahhabiyyah) berkata:
“Sesungguhnya sesiapa yang beristighathah (memohon pertolongan) atau bertawassul kepada Baginda Nabi ﷺ, atau kepada selain Baginda ﷺ daripada kalangan para nabi, para wali dan orang-orang soleh, atau menyeru mereka, atau meminta syafaat daripada mereka, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤𝐢𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 dan termasuk dalam keumuman ayat-ayat ini.
Beliau juga menganggap bahawa menziarahi kubur Baginda Nabi ﷺ adalah termasuk dalam perkara yang sama.”
[Selesai nukilan dan terjemahan]
Nota:
Umat Islam yang terpengaruh oleh ideologi Salafi-Wahhabi akan terjebak dalam 𝐊𝐄𝐂𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐅𝐈𝐑.
Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah Khawarij yang sangat buruk ini.
PENUNTUT ILMU
SUATU KAEDAH YANG PERLU DIFAHAMI
Sebahagian orang, apabila mendengar kisah karamah atau apa-apa keistimewaan yang Allah beri kepada mana-mana hamba-Nya, mereka kata:
"Mustahillah.. Nabi SAW sendiri pun tiada kelebihan macam tu"
"Bohonglah.. Nabi SAW lebih mulia daripada Syeikh tu.. Nabi SAW sendiri pun tak dapat kelebihan macam tu.."
Sekali dengar macam betul. Tapi sebenarnya tak tepat. Ini kerana:
يجوز أن يحصل للمفضول ما لم يحصل للفاضل
"Boleh jadi seseorang yang kurang utama (al-mafdul) memiliki suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang yang lebih utama (al-fadil)"
Imam al-Qarafi telah menghuraikan perkara ini beserta dengan dalil-dalilnya dalam kitab Anwar al-Buruq Fi Anwa al-Furuq. Kata beliau:
من ذلك ما ورد في الحديث الصحيح عن النبي عليه السلام أنه قال { أقرؤكم أبي وأفرضكم زيد وأعلمكم بالحلال والحرام معاذ بن جبل وأقضاكم علي } إلى غير ذلك مما ورد في فضل الصحابة مع أن أبا بكر الصديق رضي الله عنه أفضل من الجميع وعلي بن أبي طالب أفضل من أبي وزيد . ومع ذلك فقد فضلاه في الفرائض والقراءة ، وما سبب ذلك إلا أنه يجوز أن يحصل للمفضول ما لم يحصل للفاضل ، ومن ذلك { قوله عليه السلام لعمر ما سلك عمر واديا ولا فجا إلا سلك الشيطان فجا غيره } فأخبر عليه السلام أن الشيطان ينفر من عمر ولا يلابسه ، وأخبر عن نفسه { عليه السلام أنه قد تفلت علي الشيطان البارحة ليفسد علي صلاتي فلولا أني تذكرت دعوة أخي سليمان لربطته بسارية من سواري المسجد حتى يلعب به صبيان المدينة } فلم ينفر الشيطان من النبي عليه السلام كما نفر من عمر وفي حديث الإسراء { أن شيطانا قصده عليه السلام بشعلة من نار فأمره جبريل عليه السلام بالتعوذ منه } وأين عمر من النبي عليه السلام غير أنه يجوز أن يحصل للمفضول ما لا يحصل للفاضل ، ومن ذلك أن الأنبياء صلوات الله عليهم أفضل من الملائكة على الصحيح وقد حصل للملائكة المواظبة على العبادة مع جميع الأنفاس يلهم أحدهم التسبيح كما يلهم أحدنا النفس إلى غير ذلك من الفضائل والمزايا التي لم تحصل للبشر . ومع ذلك فالأنبياء أفضل منهم ؛ لأن المجموع الحاصل للأنبياء من المزايا والمحاسن أعظم من المجموع الحاصل للملائكة فمن استقرى هذا وجده كثيرا في المخلوقات اهــ
"Antara contoh perkara tersebut ialah hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda:
“Orang yang paling mahir membaca al-Quran dalam kalangan kamu ialah Ubay, yang paling mengetahui ilmu faraid ialah Zaid, yang paling mengetahui halal dan haram ialah Mu‘az bin Jabal, dan yang paling mahir dalam kehakiman ialah Ali.”
Dan banyak lagi hadis yang menyebut kelebihan para sahabat. Walaupun begitu, Abu Bakr al-Siddiq رضي الله عنه tetap lebih utama daripada mereka semua, dan Ali ibn Abi Talib lebih utama daripada Ubay dan Zaid. Namun demikian, Nabi ﷺ tetap mengutamakan mereka berdua dalam bidang faraid dan bacaan al-Quran. Sebabnya tidak lain ialah kerana:
"Boleh jadi seseorang yang kurang utama (al-mafdul) memiliki suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang yang lebih utama (al-fadil)"
Antara contohnya ialah sabda Nabi ﷺ kepada Umar ibn al-Khattab:
“Tidaklah Umar melalui suatu lembah atau jalan melainkan syaitan akan melalui jalan yang lain.”
Baginda ﷺ memberitahu bahawa syaitan menjauhkan diri daripada Umar dan tidak mendampinginya. Sedangkan baginda sendiri memberitahu tentang dirinya:
“Syaitan telah cuba menggangguku malam tadi untuk merosakkan solatku. Kalaulah aku tidak teringat doa saudaraku Sulaiman, nescaya aku akan mengikatnya pada salah satu tiang masjid sehingga kanak-kanak Madinah dapat bermain-main dengannya.”
Maka syaitan tidak menjauh daripada Nabi ﷺ sebagaimana ia menjauh daripada Umar.
Dalam hadis Isra’ pula disebut bahawa:
“Seorang syaitan datang kepada baginda ﷺ dengan membawa nyalaan api, lalu Jibril memerintahkan baginda supaya berlindung kepada Allah daripadanya.”
Padahal, siapalah Umar jika dibandingkan dengan Nabi ﷺ? Namun begitu, boleh jadi seseorang yang kurang utama memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang yang lebih utama.
Alam roh itu sendiri rahsia Allah SWT dan kita tidak diberikan ilmu mengenainya melainkan sedikit. Firman Allah SWT: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." (Surah al-Isra': 85)
Antara sedikit ilmu pengetahuan yang diberikan kepada kita mengenai roh ialah hidupnya anbia AS selepas kewafatan mereka.
Ringkasnya, dakwaan anbia' AS pada masa kini hanyalah mayat yang sudah mati serta tiada apa-apa keistimewaan pada roh mereka adalah dakwaan lemah dan tidak tepat.
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)
*HADIS TAWASSUL DAN TABARRUK TETAP KEKAL MENJADI SUMBER PENSYARIATAN SEHINGGA HARI KIAMAT*
<<<<< >>>>>
Al-‘Allamah Al-Shaykh Shahid Al-Mihrab Prof. Dr. Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti, tokoh besar Ahli Sunnah Wal Jamaah, menyebut di dalam kitabnya Fiqh Al-Sirah Al-Nabawiyyah, di bahagian nota kaki, hlm. 141:
يرى الشيخ ناصر الألباني أن مثل هذه الأحاديث (في التوسل وتبرك الصحابة بآثار النبي صلى الله عليه وسلم) لا فائدة منها في هذا العصر،
Menurut Syeikh Nasir al-Albani, hadis-hadis seperti ini (berkenaan tawassul dan tabarruk para sahabat dengan peninggalan Rasulullah ﷺ) *tidak mempunyai faedah pada zaman ini.*
ذكر ذلك في نقد له على أحاديث كان قد انتقاها الأستاذ محمد المنتصر الكتاني لطلاب كلية الشريعة.
Beliau menyatakan demikian dalam kritikan yang dibuatnya terhadap beberapa hadis yang telah dipilih oleh Al-Ustadz Muhammad al-Muntasir al-Kittani/ al-Kattani untuk para pelajar Fakulti Syariah.
ونحن نرى أن هذا كلام خطير ما ينبغي أن يتفوه به مسلم،
*Kami berpandangan bahawa kenyataan ini adalah suatu ucapan yang merbahaya dan tidak sepatutnya diungkapkan oleh seorang Muslim.*
فجميع أقوال الرسول وأفعاله وإقراراته تشريع،
Ini kerana seluruh sabdaan, perbuatan dan perakuan Rasulullah ﷺ merupakan sumber pensyariatan.
والتشريع باق مستمر إلى يوم القيامة ما لم ينسخه كتاب أو سنة صحيحة.
Syariat itu pula kekal berterusan sehingga Hari Kiamat selagi tidak dimansuhkan oleh Al-Quran atau Al-Sunnah yang sahih.
ومن أهم فوائد التشريع ودلالاته معرفة الحكم والاعتقاد بموجبه.
Antara faedah dan tujuan utama [sumber] pensyariatan dan petunjuk-petunjuknya ialah untuk mengetahui hukum-hakam serta mengiktikadkan kandungannya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Syariat.
وهذه الأحاديث الثابتة الصحيحة لم ينسخها كتاب ولا سنة مثلها فمضمونها التشريعي باق إلى يوم القيامة.
Dan hadis-hadis yang sahih dan thabit ini tidak pernah dimansuhkan oleh mana-mana ayat Al-Quran atau Al-Sunnah lain yang setaraf dengannya.
Oleh itu, kandungan hukum dan petunjuk Syariat yang terdapat di dalamnya tetap berkekalan sehingga Hari Kiamat.
ومعنى ذلك أنه لا مانع من التوسل والتبرك بآثار النبي عليه الصلاة والسلام فضلا عن التوسل بذاته وجاهه عند الله تعالى، وإن ذلك ثابت ومشروع مع الزمن، فكيف يقال مع ذلك إنه لا فائدة منها في هذا العصر؟ ..
Maksudnya, tidak ada halangan untuk bertawassul dan bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah ﷺ, apatah lagi bertawassul dengan zat Baginda dan kedudukannya yang mulia di sisi Allah Taala.
Semua itu adalah perkara yang sabit dan disyariatkan sepanjang zaman.
Maka bagaimana mungkin dikatakan bahawa hadis-hadis tersebut tidak mempunyai faedah pada zaman ini?
أكبر الظن أن السبب الذي ألغى فائدتها بنظر الشيخ ناصر، أنها تخالف مذهبه في التوسل، غير أن ذلك وحده لا يكفي موجبا لنسخها وانتهاء فائدتها كما هو معلوم.
Besar kemungkinan sebab yang menyebabkan Syeikh Nasir menganggap hadis-hadis tersebut tidak lagi mempunyai faedah ialah kerana kandungannya bercanggah dengan pegangannya dalam isu tawassul.
Namun demikian, percanggahan dengan sesuatu mazhab atau pandangan semata-mata tidaklah memadai untuk menjadikan hadis-hadis tersebut seolah-olah mansukh atau hilang manfaat dan pengajarannya, sebagaimana yang sedia dimaklumi.
[Selesai nukilan dan terjemahan]
Nota:
Al-Albani adalah antara tokoh utama rujukan golongan Salafi-Wahhabi khususnya dalam bidang hadis dan sikap pembidaahan.
Al-Albani telah mencetuskan begitu banyak fitnah tabdi’ (pembidaahan) dalam bab fiqah dan sikap/ manhaj yang penuh kontroversi dalam bidang hadis.
Antara fitnah Al-Albani yang paling berat ialah tuduhan palsunya terhadap akidah ulama Al-Azhar sehingga mencetuskan fitnah takfir terhadap ulama Al-Azhar.
Semoga Allah memberikan hidayah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan keampunan buat semua umat Islam.
*PENUNTUT ILMU*
Al-Fakihi juga meriwayatkan (1645) melalui sanad Hammad bin Salamah, daripada Thabit, beliau berkata: “Dahulu orang ramai (para Salaf) bertakbir pada hari-hari sepuluh Zulhijjah sehingga al-Hajjaj [ath-Thaqafi] melarang mereka. Namun, amalan di Makkah terus berlangsung sedemikian hingga ke hari ini; orang ramai bertakbir di pasar-pasar pada hari-hari sepuluh tersebut.” Sanadnya sahih. Thabit ialah seorang tabi‘in yang mulia. Antara guru-gurunya ialah Ibn ‘Umar, Ibn az-Zubair, Anas, Abu Barzah, Ibn Mughaffal dan selain mereka.
6.
أخرج ابن أبي شيبة في مصنفه (16741) عَنْ مِسْكِينٍ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : سَمِعْتُ مُجَاهِدًا، وَكَبَّرَ رَجُلٌ أَيَّامَ الْعَشْرِ، فَقَالَ مُجَاهِدٌ: "أَفَلَا رَفَعَ صَوْتَهُ؟ فَلَقَدْ أَدْرَكْتُهُمْ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُكَبِّرُ فِي الْمَسْجِدِ فَيَرْتَجُّ بِهَا أَهْلُ الْمَسْجِدِ، ثُمَّ يَخْرُجُ الصَّوْتُ إلَى أَهْلِ الْوَادِي حَتَّى يَبْلُغَ الْأَبْطُحَ، فَيَرْتَجُّ بِهَا أَهْلُ الْأَبْطُحِ، وَإِنَّمَا أَصْلُهَا مِنْ رَجُلٍ وَاحِدٍ".
Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dalam Musannaf-nya (16741), daripada Miskin Abu Hurairah, beliau berkata: “Aku mendengar Mujahid, ketika seorang lelaki bertakbir pada hari-hari sepuluh Zulhijjah, lalu Mujahid berkata: ‘Mengapa dia tidak mengangkat suaranya? Sesungguhnya aku telah sempat melihat mereka (para Salaf); tatkala seorang lelaki bertakbir di dalam masjid, lalu seluruh ahli masjid pun bergema dengan takbir. Kemudian suara itu keluar kepada penduduk lembah tersebut sehingga sampai ke al-Abtah, lalu penduduk al-Abtah turut bergema dengan takbir. Padahal asalnya hanyalah daripada seorang lelaki sahaja.”
7. Lafaz takbir yang masyhur ialah:
"الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد".
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, Wallahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamd.” Pada lafaz ini terdapat takbir, tahlil dan tahmid sebagaimana yang disebut dalam hadis.
Wallahu a‘lam.
Dr Khafidz Soroni
PODKASTERA [S3 EPS 6]: Kenapa Ulama Dahulu Sangat Menjaga Selawat?
https://youtu.be/JsocQK4LaGw
Amalan berselawat merupakan manifestasi cinta, penghubung rohani antara umat dan Nabinya, serta sebab turunnya rahmat, keampunan dan ketinggian darjat di sisi Allah ﷻ.
Kesedaran inilah yang mendorong para ulama hadith sejak dahulu untuk memberi perhatian khusus terhadap tema selawat, sama ada melalui penulisan, pengajaran mahupun pengamalan peribadi. Kitab ini berdiri sebagai salah satu bukti keprihatinan tersebut.
Penerbitan 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini diharapkan dapat menghidupkan kembali tradisi ilmu dan amalan, dengan menghimpunkan dalil-dalil sahih serta athar para salaf berkenaan keutamaan berselawat, lalu menyampaikannya dalam bentuk yang mudah diakses oleh pembaca kontemporari.
Terjemahan yang diusahakan dengan cermat ini diharap dapat mendekatkan masyarakat kepada khazanah turath Islam, tanpa menghilangkan roh asal dan wibawa ilmiahnya.
https://youtu.be/JsocQK4LaGw?si=zVRoc9Cc3WX3QRsD
Hukum kutip zakat di negeri lain. Majlis Fatwa Kebangsaan.
Читать полностью…
Mufti Wilayah Persekutuan beri tauliah kepada puak Wahabi. Tapi tauliah untuk ASWJ buat-buat susah.
Disebabkan itu, Mufti dilihat tidak bersungguh untuk mengangkat ASWJ Asya’irah Maturidiyyah di Wilayah Persekutuan.
Apa nasib Akta Mufti sekarang?
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1531040/kes-ulu-tiram-anggota-terbunuh-akibat-ditetak-tembakan-di-kepala?
BAHAYA AJARAN WAHHABI
*IMAM IBNU ḤAJAR AL-HAYTAMĪ (W.974H):*
*PARA ULAMA’ (TERMASUK IMAM AL-SHĀFIʿĪ) MENZIARAHI KUBUR IMAM ABU HANIFAH DAN BERTAWASSUL DI SISI KUBUR BELIAU*
<<<<<< >>>>>>
Al-‘Allāmah al-Imām Shihāb al-Dīn Aḥmad bin Ḥajar al-Haytamī al-Makkī al-Shāfi‘ī (wafat tahun 974H) berkata dalam kitabnya “al-Khayrāt al-Ḥisān fī Manāqib al-Imām al-A‘ẓam Abī Ḥanīfah al-Nu‘mān,” hlm. 129 (Maktabah Ḥaqqāniyyah):
الفصل الخامس والثلاثون: في تأدب الأئمة معه (الإمام أبي حنيفة) في مماته كما هو في حياته وأن قبره يزار لقضاء الحوائج
Bab Ketiga Puluh Lima: Mengenai adab para imam terhadapnya (Imam Abu Hanifah) selepas kewafatannya sebagaimana adab mereka terhadapnya ketika hidupnya, dan bahawa kuburnya diziarahi untuk menunaikan hajat.
اعلم أنه لم يزل العلماء وذوو الحاجات يزورون قبره ويتوسلون عنده في قضاء حوائجهم ويرون نجح ذلك،
“Ketahuilah bahawa para ulama’ dan orang-orang *yang mempunyai hajat sentiasa menziarahi kuburnya serta berTAWASSUL di sisinya* dalam menunaikan hajat-hajat mereka, dan mereka mendapati keberhasilan dalam hal tersebut.
منهم الإمام الشافعي رحمه الله لما كان ببغداد، فإنه جاء عنه قال إني لأتبرك بأبي حنيفة وأجيء إلى قبره، فإذا عرضت لي حاجة صليت ركعتين وجئت إلى قبره وسألت الله عنده فتقضى سريعاً (١).
Antaranya ialah *Imam al-Shāfi‘ī رحمه الله* ketika beliau berada di Baghdad; diriwayatkan daripadanya bahawa beliau berkata:
“Sesungguhnya aku mengambil keberkatan (bertabarruk) dengan (Imam) Abū Ḥanīfah, dan aku datang ke kuburnya. Apabila aku mempunyai sesuatu hajat, aku menunaikan solat dua rakaat, kemudian aku datang ke kuburnya dan berdoa kepada Allah di sisinya, maka hajat itu ditunaikan dengan segera.” (1)
(١) أخبار أبي حنيفة وأصحابه (ص ٨٩) جامع المسانيد (١٢٠/١) وذكره الخطيب في تاريخ بغداد (١/١٢٣) قال صاحب تانيب الخطيب (ص ١٦) رجال هذا السند كلهم موثقون عند الخطيب اهـ.
(1) Akhbār Abī Ḥanīfah wa Aṣḥābih (hlm. 89), Jāmi‘ al-Masānīd (1/120), dan disebut oleh al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād (1/123). Berkata pengarang Tānīb al-Khaṭīb (hlm. 16): *Para perawi sanad ini semuanya dipercayai (thiqah) menurut al-Khaṭīb. [Selesai]*
Nota:
Kalau ikut fahaman ekstrem takfiri Salafi-Wahhabi, maka Imam al-Shāfi‘ī رحمه الله dan para ulama’ Salaf dan Khalaf telah melakukan perkara syirik atau perkara yang membawa kepada syirik atau golongan quburiyyun - ia pastinya satu sangkaan atau tuduhan yang jelas batil.
Jauhkan diri daripada fahaman *Khawarij-Takfiri-Salafi-Wahhabi.*
PENUNTUT ILMU
23. Pendustaan dan fitnah berleluasa
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/10/1277380/pendustaan-dan-fitnah-berleluasa
Disiarkan pada: Oktober 19, 2025
24. Rom: Ciri positif bangsa dalam hadis Nabi SAW
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/11/1282735/ciri-positif-bangsa-dalam-hadis-nabi
Disiarkan pada: November 2, 2025
25. Usah ikut jejak langkah golongan kuffar
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/11/1285491/usah-ikut-jejak-langkah-golongan-kuffar
Disiarkan pada: November 9, 2025
26. Teladan salafussoleh ketika berlaku fitnah
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/11/1288218/teladan-salafussoleh-ketika-berlaku-fitnah
Disiarkan pada: November 16, 2025
27. Pahala berpegang teguh agama di akhir zaman
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/11/1290968/pahala-berpegang-teguh-agama-di-akhir-zaman
Disiarkan pada: November 23, 2025
28. Keterasingan Islam pada akhir zaman
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/11/1294076/keterasingan-islam-pada-akhir-zaman
Disiarkan pada: November 30, 2025
29. Pertahan turath ilmu Islam, elak pemikiran sesat
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/12/1296833/pertahan-turath-ilmu-islam-elak-pemikiran-sesat
Disiarkan pada: Disember 7, 2025
30. Hadis ummu as-sunah wajib dihayati
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/12/1299606/hadis-ummu-sunah-wajib-dihayati
Disiarkan pada: Disember 14, 2025
31. Perkhabaran akhir zaman Rasulullah SAW
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/12/1302447/perkabaran-akhir-zaman-rasulullah
Disiarkan pada: Disember 21, 2025
32. Huzaifah penyimpan rahsia Rasulullah SAW
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/12/1304567/huzaifah-penyimpan-rahsia-rasulullah
Disiarkan pada: Disember 28, 2025
Tafsiran Dan Definisi AHLI SUNNAH WAL JAMAAH:
Fatwa Negeri PAHANG
YouTube
https://youtu.be/9T9IRol1MVI?si=RdbWnF0AFK07f9Kl
FB
https://www.facebook.com/share/v/1FFabLPkCb/?mibextid=wwXIfr
TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSu9uM4VM/
PENUNTUT ILMU
إنا لله وإنا إليه راجعون
Dukacita dimaklumkam bahawa Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas telah mangkat petang tadi 18 Ramadan 1447 pada pukul 6.47
Semoga Allah Taala mengampuni segala dosanya, menerima segala amalan dan jasa baktinya buat ummah, dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi dan Salihin.
Allahyarham akan disolatkan esok pagi di Masjid al-Taqwa dan dikebumikan di Perkuburan Muslim Kiara.
له الفاتحة...
Kebiasaan masyarakat ialah bersedekah bagi pihak si mati pada hari ketiga selepas kematiannya, pada hari ketujuh, hari kedua puluh, hari keempat puluh, hari keseratus, dan selepas itu dilakukan setiap tahun pada tarikh kematian tersebut, sebagaimana dijelaskan oleh guru kami, Sheikh Yusuf al-Sanbalawini". Nihayah Al-zayn Fi Irsyad Al-mubtadi'in (275).
Termasuk dalam bentuk sedekah bagi si mati: menyediakan makanan untuk menjamu orang ramai dengan tujuan pahala sedekah jamuan tersebut disampaikan kepada si mati. Penetapan hari juga selagi tidak dianggap ianya perintah dan kewajipan syarak maka ia termasuk dibawah bentuk bid'ah idhafiyyah yang harus dalam Mazhab Syafie sepertimana telah diperincikan para fuqaha’ dan usuliyyun dalam mazhab.
10. Maksud Kenduri Arwah Yang Dinilai Bid'ah Tercela Dalam Mazhab:
Telah datang ibarah pelbagai kitab seperti Tuhfah Al-Muhtaj, Hawasyi Nihayah Al-muhtaj, I’anah Al-Tolibin, Nihayah Al-zayn oleh Al-'allamah Nawawi Al-bantani dan kitab-kitab lain yang menilai kenduri arwah sebagai bid'ah tercela, antara ibarah tersebut adalah:
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس عليه بدعة مكروهة كإجابتهم لذلك، لما صح عن جرير كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة. ووجه عده من النياحة ما فيه من شدة الاهتمام بأمر الحزن.
Maksudnya: "Apa yang menjadi kebiasaan bahawa keluarga si mati menyediakan makanan untuk mengundang orang ramai adalah merupakan bid'ah yang makruh, begitu juga dengan memenuhi jemputan tersebut. Ini berdasarkan hadis sahih daripada Jarir, beliau berkata: "Kami menganggap perhimpunan di rumah keluarga si mati dan penyediaan makanan selepas pengebumiannya sebagai satu bentuk ratapan (niyahah)." Sebab dianggap ia sebagai ratapan adalah kerana terdapat unsur berlebih-lebihan dalam menunjukkan kesedihan dan keprihatinan terhadap peristiwa kematian itu".
Ibarah ini kadangkala disalah fahami sebagai larangan dan penilaian bid'ah terhadap perbuatan ahli keluarga si mati menyediakan makanan dan menjemput orang ramai makan, ia dijadikan hujah bahawa kenduri arwah adalah bid'ah disisi mazhab Syafie sendiri. Namun begitu sebenarnya ibarah diatas dan yang semisal dengannya mempunyai tafsiran lain disisi ulama Syafi'iyyah, ia ditafsirkan dengan merujuk kepada bentuk perkumpulan yang khusus yang masyhur pada zaman syafi'iyyah mutaakhirin yang berlaku pada majlis tersebut perkumpulan (ijtima') untuk meratap (Niyahah) dan bersedih, berikut huraian Syeikh Ismail Ahmad Nalikut Al-malibari Al-syafie tentang isu ini:
وأما ما ذكر في بعض كتب الفقه كما في شرح المهذب والتحفة من أن ما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعو الناس عليه بدعة مستدلين بما روى عن جرير بن عبد الله قال كنا نعد الاجتماع الى اهل الميت وصنعة الطعام بعد دفنه من النياحة فهو حكم لنوع خاص مما اعتيد في بعض النواحى من الاجتماع الشبيه بالنياحة بحيث يحث للبكاء والنياحة على الميت وهذا ظاهر من عباراتهم واستدلالهم لان كلمة (ما) عبارة عن أمر معروف.
"Adapun apa yang disebutkan dalam beberapa kitab fiqh seperti Syarh al-Muhadhdhab dan al-Tuhfah, bahawa kebiasaan keluarga si mati menyediakan makanan untuk mengundang orang ramai adalah satu bid'ah, mereka berdalilkan dengan riwayat daripada Jarir bin Abdullah, beliau berkata: "Kami menganggap perhimpunan di rumah keluarga si mati dan penyediaan makanan selepas pengebumiannya sebagai satu bentuk ratapan (niyahah)." Maka, hukum ini merujuk kepada jenis tertentu daripada adat yang diamalkan di sesetengah tempat, iaitu perhimpunan yang menyerupai ratapan di mana ia mendorong kepada tangisan dan meratap atas kematian tersebut. Ini jelas daripada lafaz-lafaz mereka dan dalil yang digunakan, kerana perkataan (ما) dalam konteks ini merujuk kepada perkara yang sudah maklum diketahui." Fiqh Al-sunnah, (370).
Dari sudut ilmu Nahwu perkataan (ما) boleh datang dengan pelbagai makna dan wajah. Syeikh Muhammad Abdul Rahman Syumailah Al-Ahdal telah menghimpunkan makna-makna perkataan (ما) dalam Nazham Alfiyah beliau dalam Ilmu Nahwu dan Ikrab, kata beliau:
Contoh lain ialah para nabi عليهم الصلاة والسلام. Menurut pendapat yang sahih, mereka lebih utama daripada para malaikat. Namun para malaikat memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh manusia, antaranya mereka sentiasa beribadah pada setiap saat dan setiap hembusan nafas. Seseorang malaikat diilhamkan untuk bertasbih sebagaimana manusia diilhamkan untuk bernafas. Demikian juga terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan lain yang tidak dimiliki oleh manusia. Walau bagaimanapun, para nabi tetap lebih utama daripada para malaikat kerana keseluruhan kelebihan dan kemuliaan yang dimiliki oleh para nabi adalah lebih besar daripada keseluruhan kelebihan yang dimiliki oleh para malaikat.
Sesiapa yang meneliti perkara ini secara menyeluruh, dia akan mendapati contoh-contohnya sangat banyak dalam kalangan makhluk".
[Tamat nukilan daripada al-Qarafi]
Jadi kalau seseorang itu menolak kisah karamah tertentu yang berlaku kepada mana-mana wali Allah, ulama, masyaikh, habaib, solihin dan sebagainya kerana beranggapan mafdul tak mungkin mempunyai keistimewaan lebih daripada fadil, maka sebenarnya kefahamannya menyimpang daripada kefahaman yang sahih (Lainlah kalau dia menolak kisah itu kerana ada faktor lain, maka itu mungkin boleh diterima lagi). Imam al-Qarafi dah bentangkan begitu banyak dalil. Malah kita sendiri pun tahu, betapa banyak kelebihan yang Allah bagi kepada sebahagian para sahabat yang darjatnya lebih rendah daripada Abu Bakr sedangkan kelebihan itu tidak dimiliki oleh Abu Bakr sendiri.
Semoga Allah beri kefahaman yang sahih yang berpaksikan dalil dan mengikut kefahaman ulama yang muktabar, bukan semata-mata mengikut emosi, perasaan, faham sendiri atau taqlid buta kepada kelompok yang tidak sepatutnya ditaqlid.
Ustaz Abdul Rahman Ar Raniri
Hukum Tawassul dan Istighasah Harus - Jumhur Ulamak
Читать полностью…
Para Nabi dan Mereka Yang Mati Syahid Masih Hidup Di Alam Barzakh
Dr Mohd Khafidz Soroni
Terdapat segelintir pihak mendakwa roh para anbia AS termasuk Nabi Muhammad SAW pada masa kini adalah sama seperti orang mati yang lain, tiada sebarang keistimewaan.
Antara dalil mereka ialah firman Allah SWT: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati." (Surah az-Zumar: 30)
Jika diamati, ayat ini sebenarnya hanya menunjukkan Nabi SAW dan para anbia AS juga adalah seperti manusia lain yang pasti akan merasai mati serta berpindah meninggalkan alam dunia ini ke alam barzakh. Sesuai dengan firman Allah SWT: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati." (Surah Ali Imran: 185)
Jelasnya, ayat 30 Surah az-Zumar itu tidak menunjukkan roh Nabi SAW dan juga sekalian anbia AS pada masa kini adalah sama seperti mayat yang mati serta kekal dalam keadaan demikian sehingga hari kiamat.
Malah, dakwaan berkenaan bertentangan dengan banyak dalil yang menunjukkan Nabi SAW dan para anbia AS kini pada hakikatnya hidup di dalam kubur mereka.
Imam al-Baihaqi (wafat 458H) mengumpulkan banyak riwayat mengenai perkara ini di dalam kitab Hayat al-Anbiya' Ba'da Wafatihim. Antara riwayat berkenaan ialah daripada Anas bin Malik RA katanya: "Nabi SAW bersabda: 'Para anbia itu hidup di dalam kubur mereka sedang bersolat." (Riwayat Abu Ya'la dan al-Bazzar, kata al-Haithami: Para perawi Abu Ya'la adalah thiqah)
Hadis ini bertepatan dengan satu riwayat dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi SAW bersabda: "Kemudian, aku memasuki Baitul Maqdis. Lantas, dikumpulkan kepadaku para anbia AS. Lalu, Jibril pun mengkedepankanku sehingga aku mengimamkan mereka solat. Kemudian, aku diangkat pula ke langit dunia..." (Riwayat an-Nasa'i dengan sanad sahih)
Anas bin Malik RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Aku melintasi Musa pada malam aku diisrakkan, iaitu di sisi bukit pasir merah dan beliau sedang berdiri solat di dalam kuburnya." (Riwayat Muslim)
Kubur Nabi Musa AS ini terletak berhampiran Baitul Maqdis. Ini kerana ketika Nabi Musa AS hendak wafat, baginda memohon kepada Allah agar mendekatkannya dengan tanah yang suci (Baitul Maqdis) dalam jarak sejauh lemparan batu. Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya aku ke sana, pasti aku akan tunjukkan kepada kamu sekalian kuburnya yang berada di pinggir jalan di sisi bukit pasir merah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara dalil lain ialah Nabi SAW mengetahui dan melihat selawat yang diucapkan oleh umatnya. Daripada Aus bin Aus RA katanya: "Nabi SAW bersabda: 'Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu sekalian adalah Jumaat. Pada hari itu Nabi Adam AS diciptakan dan pada hari itu beliau diwafatkan. Pada hari itu ditiupkan sangkakala dan pada hari itu semua pengsan. Maka, perbanyakkanlah berselawat kepadaku padanya kerana selawat kamu sekalian akan dibentangkan kepadaku." para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami dapat dibentangkan kepadamu sedangkan (jasad) engkau telah hancur?" Baginda menjawab: 'Sesungguhnya Allah Azzawajalla mengharamkan ke atas tanah untuk memakan jasad para anbia AS." (Riwayat Ahmad, an-Nasa'i, Abu Dawud, Ibn Majah dan ad-Darimi. Hadis sahih)
Imam as-Suyuti (wafat 911H) dalam kitab Inbah al-Azkiya' fi Hayat al-Anbiya' menyatakan riwayat mengenai hidupnya Nabi SAW dan sekalian anbia AS di dalam kubur mereka mencapai tahap mutawatir.
Selain anbia, golongan syuhada juga turut diberikan keistimewaan oleh Allah SWT hidup di sisi-Nya sebagaimana dalam firman-Nya: "Jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh (syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Surah Ali Imran: 169)
Namun, hidupnya anbia dan syuhada selepas kewafatan mereka tidaklah sama seperti mereka hidup sewaktu di alam dunia. Dua alam yang berbeza sudah tentu mempunyai dua hukum berbeza.
Komen nitizen dalam satu group:
Ada sorg dua yang dilantik sebagai PPA (Panel Pakar Akidah) JAKIM diragui “pakar” mereka. Mereka ini mungkin dilantik oleh Menteri sebab penyokong kuat Madani. Malangnya orang lama yang benar-benar pakar seperti Dr Abdul Rahman Mahmood dari UKM digugurkan, untuk beri tempat kepada “pakar” ini. Sangat malang!
Keadaan sama pernah berlaku ketika kerajaan dulu yang pernah lantik Prof Basri Ibrahim (geng Wahabi, bidang Syariah) sebagi PPA. Rosak agama di tangan orang politik dan lantikan politik. RUU Mufti Wilayah untuk perkukuh ASWAJA Asya’irah wal Maturidiyyah sampai sekarang tak berjalan. Wasatiyy lah sangat!
[Takbir Mutlak pada Sepuluh Hari Awal Zulhijjah]
Antara dalil tentang amalan ini:
1.
عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ، وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ، مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ". (أخرجه أحمد في مسنده (5294) وابن أبي شيبة في مصنفه (16740) والطبراني في الكبير (10960) والبيهقي في شعب الإيمان (3464). قال ابن حجر في الأمالي المطلقة: حديث حسن، وقال شعيب الأرنؤوط: صحيح [أي لغيره]، وهذا إسناد ضعيف لضعف يزيد بن أبي زياد. اهـ وقد تابعه مُوسَى بن أَبِي عائشَةَ، كما في مستخرج أبي عوانة (2406))
Daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهما, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak ada amalan yang lebih dicintai oleh-Nya padanya daripada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini. Maka, perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad-nya (5294), Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf-nya (16740), al-Tabarani dalam al-Kabir (10960), dan al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman (3464). Ibn Hajar berkata dalam al-Amali al-Mutlaqah: “Hadis hasan.” Syu‘aib al-Arna’ut berkata: “Sahih [iaitu kerana adanya penguat], dan sanad ini lemah kerana kelemahan Yazid bin Abi Ziyad.” Tamat. Namun, beliau turut disokong oleh riwayat Musa bin Abi ‘Aisyah sebagaimana dalam Mustakhraj Abi ‘Awanah (2406))
2.
عَن ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَا مِنْ أَيَّامٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ الْأَضْحَى، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ تَعَالَى". (رواه أبو حنيفة، كما في مسند أبي حنيفة رواية الحصكفي بإسناد صحيح)
Daripada Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada hari-hari yang lebih utama di sisi Allah daripada hari-hari sepuluh Eiduladha (awal Zulhijjah). Maka, perbanyakkanlah padanya zikrullah (mengingati Allah Taala).”
(Diriwayatkan oleh Abu Hanifah sebagaimana dalam Musnad Abi Hanifah riwayat al-Haskafi dengan sanad yang sahih)
3.
قال الإمام البخاري في صحيحه معلقاً: "وكان ابن عمر وأبو هريرة يخرجان إلى السوق في أيام العشر يكبّران، ويكبّر الناس بتكبيرهما، وكبّر محمد بن علي [هو أبو جعفر الباقر] خلفَ النافلة". اهـ (أي في أيام التشريق)
قال الحافظ ابن رجب في فتح الباري: ومراده (أي البخاري) أن التكبير يشرع في أيام العشر وأيام التشريق جميعاً. اهـ
Imam al-Bukhari berkata secara mu‘allaq dalam Sahih-nya: “Ibn ‘Umar RA dan Abu Hurairah RA keluar ke pasar pada hari-hari sepuluh Zulhijjah sambil bertakbir, lalu orang ramai turut bertakbir dengan takbir mereka. Dan Muhammad bin ‘Ali [iaitu Abu Ja‘far al-Baqir] bertakbir selepas solat sunat.” (iaitu pada hari-hari Tasyriq)
Al-Hafiz Ibn Rajab berkata dalam Fath al-Bari: “Maksud beliau (iaitu al-Bukhari) ialah bahawa takbir disyariatkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah dan juga hari-hari Tasyriq keseluruhannya.” Tamat.
4.
وأخرج الفاكهي في أخبار مكة (1643)، عن مجاهد، قال: "كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَخْرُجَانِ أَيَّامَ الْعَشْرِ إِلَى السُّوقِ، فَيُكَبِّرَانِ، فَيُكَبِّرُ النَّاسُ مَعَهُمَا، لَا يَأْتِيَانِ السُّوقَ إِلَّا لِذَلِكَ". وإسناده حسن.
Al-Fakihi meriwayatkan dalam Akhbar Makkah (1643), daripada Mujahid, beliau berkata: “Abu Hurairah dan Ibn ‘Umar رضي الله عنهما keluar pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ke pasar, lalu mereka bertakbir, maka orang ramai pun bertakbir bersama mereka. Mereka tidak pergi ke pasar melainkan untuk tujuan itu.” Sanadnya hasan.
5.
وأخرج الفاكهي (1645) أيضاً من طريق حماد بن سلمة، عن ثابت، قال: ”كان الناس يكبّرون أيام العشر حتى نهاهم الحَجَّاج [أي الثقفي]، والأمر بمكّة على ذلك إلى اليوم، يكبّر الناس في الأسواق في العشر". وإسناده صحيح، وثابت تابعي جليل، من مشايخه؛ ابن عمر وابن الزبير وأنس وأبو برزة وابن مغفل وغيرهم.
https://malaysiagazette.com/2024/07/12/12-mufti-sokong-ruu-mufti-wilayah-persekutuan-2024/
Читать полностью…
[Adab Mengajar Ilmu Agama: Tidak Mengajar Ilmu Agama Kepada Golongan Yang Memiliki Sikap Bermudah-Mudah Dan Mempermainkan Hukum]
(مسألة : ي) :
Masalah Yā [yang difatwakan oleh al-Imām al-Faqīh al-Muḥaqqiq al-Muftī al-Mujāhid al-Sayyid al-Sharīf ʿAbdullāh bin ʿUmar bin Yaḥyā (w.1265H)]:
لا يحل لعالم أن يذكر مسألة لمن يعلم أنه يقع بمعرفتها في تساهل في الدين ووقوع في مفسدة ،
Tidak halal bagi seorang alim menyebut sesuatu masalah kepada orang yang dia mengetahui bahawa dengan mengetahuinya akan menyebabkan sikap bermudah-mudah (tasāhul) dalam agama dan terjerumus ke dalam kerosakan (mafsadah).
إذ العلم إما نافع : كالواجبات العينية يجب ذكره لكل أحد ، أو ضار : كالحيل المسقطة للزكاة ، وكل ما يوافق الهوى ويجلب حطام الدنيا ،
Ini kerana ilmu itu sama ada:
• Ilmu yang bermanfaat, seperti perkara-perkara fardu ‘ain, yang wajib diajarkan kepada setiap orang; atau
• Ilmu yang memudaratkan, seperti helah-helah untuk menggugurkan kewajipan zakat, dan segala perkara yang menepati hawa nafsu serta membawa kepada habuan dunia.
لا يجوز ذكره لمن يعلم أنه يعمل به ، أو يعلمه من يعمل به ، أو فيه ضرر ونفع ، فإن ترجحت منافعه ذكره وإلا فلا ،
Maka tidak harus menyebutnya (ilmu yang memudaratkan) kepada orang yang diketahui akan mengamalkannya, atau mengajarkannya kepada orang lain yang akan mengamalkannya, atau pada ilmu yang mengandungi unsur mudarat dan manfaat. Jika manfaatnya lebih dominan, maka boleh disebut; jika tidak, maka tidak.
ويجب على العلماء والحكام تعليم الجهال ما لا بد منه مما يصح به الإسلام من العقائد ، وتصح به الصلاة والصوم من الأحكام الظاهرة ، وكذا الزكاة والحج حيث وجب.
Dan wajib ke atas para ulama dan para pemerintah untuk mengajarkan kepada golongan jahil perkara-perkara yang tidak dapat tidak diperlukan, iaitu apa yang dengannya sah Islam seseorang daripada aspek akidah, serta sah ibadah seperti solat dan puasa daripada hukum-hukum zahir. Demikian juga zakat dan haji apabila telah menjadi wajib.
[Selesai terjemahan]
Kitab: “Bughyat al-Mustarshidīn fī Talkhīṣ Fatāwā Baʿḍ al-Aʾimmah min al-ʿUlamāʾ al-Mutaʾakhkhirīn.”
PENUNTUT ILMU
KHUTBAH JUMAAT
*“Bahaya Ekstremisme dan Kembali kepada Manhaj Ahlus Sunnah”*
KHUTBAH PERTAMA
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له.
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدًا عبده ورسوله.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
أما بعد، فيا عباد الله، اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Pada hari ini, mimbar ingin mengajak kita semua merenung satu isu besar yang sedang melanda umat Islam, iaitu bahaya fahaman ekstremisme dalam agama.
Bahaya Salah Faham Agama
Islam adalah agama yang sempurna, penuh rahmat dan keseimbangan.
Namun, terdapat segelintir manusia yang memahami agama secara sempit dan melampau.
Firman Allah:
“Dan demikianlah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan (wasatiyyah)”
(Surah al-Baqarah: 143)
Ayat ini menegaskan bahawa Islam adalah agama kesederhanaan, bukan ekstrem.
Ciri-ciri Golongan Ekstrem
Menurut para ulama seperti Dr Usamah al-Azhari Hafizahullah:
Mentafsir agama tanpa ilmu dan bimbingan ulama
Mengambil nas secara literal tanpa melihat konteks
Mudah menghukum orang lain sesat atau kafir
Menyempitkan makna jihad kepada keganasan
Mereka ini bukan membela agama, bahkan merosakkan imej Islam itu sendiri.
Bahaya Budaya Takfir (Mengkafirkan Orang)
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang mengatakan kepada saudaranya ‘wahai kafir’, maka tuduhan itu akan kembali kepada salah seorang daripadanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Ini menunjukkan bahawa takfir bukan perkara ringan.
Kepentingan Rujuk Ulama
Islam bukan agama yang difahami secara sendiri-sendiri. Ia mesti dipelajari melalui sanad dan bimbingan ulama muktabar seperti tradisi di Universiti Al-Azhar.
Tanpa ilmu, seseorang mudah terjerumus dalam kesesatan dan ekstremisme.
Islam Agama Rahmah
Islam datang membawa keamanan, bukan keganasan. Nabi Muhammad ﷺ diutus sebagai rahmat untuk seluruh alam.
Ekstremisme hanya membawa:
Perpecahan umat
Keganasan
Fitnah terhadap Islam
فاتقوا الله عباد الله، واعلموا أن الله أمركم بأمر عظيم...
(teruskan dengan selawat dan penutup khutbah pertama)
KHUTBAH KEDUA
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Sidang Jumaat sekalian,
Marilah kita mengambil pengajaran:
Cara Menangani Ekstremisme:
Mendalami ilmu agama dengan guru yang sahih
Berpegang dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah
Menjauhi sikap mudah menghukum orang lain
Menyebarkan dakwah dengan hikmah dan kasih sayang
Doa
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
اللهم جنبنا الفتن ما ظهر منها وما بطن
اللهم احفظ بلادنا وبلاد المسلمين من الفتن والتطرف والإرهاب
اللهم اجعلنا من عبادك المعتدلين، واجعلنا دعاةً للخير والسلام.
عباد الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى...
PAHALA ISTERI BERKHIDMAT PADA SUAMINYA DI RUMAH
فَالرِّجَالُ إِذَا خَرَجُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقُتِلُوا فَهُمْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ، وَإِذَا خَرَجُوا فَلَهُمْ مِنَ الْأَجْرِ مَا قَدْ عَلِمْتَ، وَنَحْنُ نَخْدُمُهُمْ وَنحْبِسُ أَنْفُسَنَا عَلَيْهِمْ ، فَمَاذَا لَنَا مِنَ الْأَجْرِ؟ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ( أَقْرِئِي النِّسَاءَ مِنِّي السَّلَامَ وَقُولِي لَهُنَّ: إِنَّ طَاعَةَ الزَّوْجِ تَعْدِلُ مَا هُنَالِكَ ، وَقَلِيلٌ مِنْكُنَّ تَفْعَلُهُ
وهذا إسناد جيد موصول
Seorang wanita mengadu: para lelaki jika keluar berjihad dijalan Allah mereka terbunuh akan memperoleh ganjaran sentiasa hidup disisi Allah dan diberi rezki dari syurga jika mereka selamat mereka mendapat pahala yang engkau tahu, sedangkan kami mengurung diri kamu utk berkhidmat pada mereka , apa pahala kami. Nabi SAW menjawab:
“Sampaikan salam kepada para wanita dan katakan kepada mereka , ketaatan mereka pada suami menyamai pahala jihad dan mati syahid tetapi sedikit yang berbuat demikian. snad jayyid atau hasan
Hadis Asma bin Yazid bin Sakn:
«إن الله عز وجل بعثك إلى الرجال والنساء كافة، فآمنا بك واتبعناك. وإنا معشر «بأبي أنت وأمي، إني وافدة النساء إليك، واعلم، نفسي لك الفداء، أما إنه ما من امرأة كائنة في شرق ولا غرب سمعت بمخرجي هذا أو لم تسمع إلا وهي على مثل رأيي، إن الله بعثك بالحق إلى الرجال والنساء، فآمنا بك وبإلهك الذي أرسلك، وإنا معشر النساء محصورات مقصورات، قواعد بيوتكم، ومقضى شهواتكم، وحاملات أولادكم. وإنكم معاشر الرجال فضلتم علينا بالجمعة والجماعات، وعيادة المرضى، وشهود الجنائز، والحج بعد الحج، وأفضل من ذلك الجهاد في سبيل الله، وإن الرجل منكم إذا أُخْرِجَ حاجًا أو معتمرًا ومرابطًا حفظنا لكم أموالكم، وغزلنا لكم أثوابًا، وربينا لكم أولادكم، فما نشارككم في الأجر يا رسول الله؟».
فالتفت النبي صلى الله عليه وسلم إلى أصحابه بوجهه كله، ثم قال: «هل سمعتم مقالة امرأة قط أحسن من مسألتها في أمر دينها من هذه؟». فقالوا: «يا رسول الله، ما ظننا أن امرأة تهتدي إلى مثل هذا»، فالتفت النبي صلى الله عليه وسلم إليها، ثم قال لها: «انصرفي أيتها المرأة، وأعلمي من خلفك من النساء أن حسن تبعل إحداكن لزوجها، وطلبها مرضاته، واتباعها موافقته تعدل ذلك كله»، فأدبرت المرأة وهي تهلل وتكبر استبشارًا (رواه البزار والطبراني وابن أبي الدنيا).
.
Bila Asma mengadu dan cemburu kerana lelaki diberi kelebihan:
1. Solat jumaat
2. Solat berjemaah
3. Ziarah org sakit
4. Ziarah org mati
5. Haji
6. Umrah
7. ribat
8. jihad
sedangkan kami hanya mampu buat kerja rumah seperti menenun kain dan menjaga anak, adakah juga dapat pahala mereka ini?
Nabi SAW menjawab:
“Baliklah engkau hai wanita dan beritahu pada wanita diluar sana bahawa baiknya layanan isteri pada suami, sentiasa mencari keredoan suami dan selalu mengikut kemahuannya dapat semua ibadah yang engkau sebut itu. -pu salman-
Senarai Artikel Tahun 2025
1. Kedudukan hadis berkaitan bulan Rejab
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/01/1172974/kedudukan-hadis-berkaitan-bulan-rejab
Disiarkan pada: Januari 5, 2025
2. Syirik asghar lebih ditakuti Rasulullah SAW
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/01/1175592/syirik-asghar-lebih-ditakuti-rasulullah
Disiarkan pada: Januari 12, 2025
3. Jangan mudah mengucapkan doa laknat
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/01/1178158/jangan-mudah-mengucapkan-doa-laknat%C2%A0
Disiarkan pada: Januari 19, 2025
4. Kekeliruan ayat tiada paksaan dalam agama
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/01/1180597/kekeliruan-ayat-tiada-paksaan-dalam-agama
Disiarkan pada: Januari 26, 2025
5. Hala tuju sebenar pemikiran seorang Muslim
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/02/1182835/hala-tuju-sebenar-pemikiran-seorang-muslim
Disiarkan pada: Februari 2, 2025
6. Pencerahan kalam Imam Malik mengenai Istiwa
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/02/1187681/pencerahan-kalam-imam-malik-mengenai-istiwa
Disiarkan pada: Februari 16, 2025
7. Sakit perlu diredhai, bukan dibenci
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/02/1190010/sakit-perlu-diredhai-bukan-dibenci
Disiarkan pada: Februari 23, 2025
8. Puasa bukan sekadar lapar dan dahaga!
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/03/1192386/puasa-bukan-sekadar-lapar-dan-dahaga
Disiarkan pada: Mac 2, 2025
9. Ramadan & gandaan pahala amalan fardu
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/03/1194880/ramadan-gandaan-pahala-amalan-fardu
Disiarkan pada: Mac 9, 2025
10. Ibrah daripada Nuzul al-Quran
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/03/1197348/ibrah-daripada-nuzul-al-quran
Disiarkan pada: Mac 16, 2025
11. Ketahui garis merah ketika berbicara perihal Nabi SAW
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/03/1199876/ketahui-garis-merah-ketika-berbicara-perihal-nabi
Disiarkan pada: Mac 23, 2025
12. Pererat silaturahim melalui amalan berziarah
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/03/1202477/pererat-silaturahim-melalui-amalan-berziarah
Disiarkan pada: Mac 30, 2025
13. Syafaat orang masuk syurga tanpa hisab
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/04/1204522/syafaat-orang-masuk-syurga-tanpa-hisab
Disiarkan pada: April 6, 2025
14. Bidaahkah amalan baca Yasin malam Jumaat?
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/04/1207034/bidaahkah-amalan-baca-yasin-malam-jumaat
Disiarkan pada: April 13, 2025
15. Syaitan tidak pernah penat, rehat menyesatkan manusia
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/04/1209599/syaitan-tidak-pernah-penat-rehat-menyesatkan-manusia
Disiarkan pada: April 20, 2025
16. Jauhi perbuatan dilaknat
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/04/1212151/jauhi-perbuatan-dilaknat
Disiarkan pada: April 27, 2025
[*Artikel terakhir bagi siri kolum ‘Lentera Hadis’. Bulan Mei, Jun, Julai & Ogos tiada artikel kerana menunaikan ibadah haji serta hal lainnya. Berikut pula adalah siri kolum baharu dengan tema ‘Pesanan Kiamat’]
17. Hadis 'fitan' penting dipelajari dan dihayati
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/09/1261278/hadis-fitan-penting-dipelajari-dan-dihayati
Disiarkan pada: September 7, 2025
18. Petanda kiamat: Antara yang berlaku & belum berlaku
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/09/1263819/petanda-kiamat-antara-yang-berlaku-belum-berlaku
Disiarkan pada: September 14, 2025
19. Menghadapi gelora fitnah akhir zaman
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/09/1266324/menghadapi-gelora-fitnah-akhir-zaman
Disiarkan pada: September 21, 2025
20. Enam petanda kiamat disebut Nabi Muhammad SAW
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/09/1268922/enam-petanda-kiamat-disebut-nabi-muhammad
Disiarkan pada: September 28, 2025
21. Tiga fitnah sebelum kemunculan Dajal
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/10/1271625/tiga-fitnah-sebelum-kemunculan-dajal
Disiarkan pada: Oktober 5, 2025
22. Baitul Maqdis dalam peristiwa sebelum kiamat
https://www.hmetro.com.my/addin/2025/10/1274520/baitul-maqdis-dalam-peristiwa-sebelum-kiamat
Disiarkan pada: Oktober 12, 2025
Ziarah Kubur Pagi Raya: Bukan Sekadar Tradisi, Ada Asasnya!
Ramai yang tanya, "Eh, boleh ke ziarah kubur pagi raya? Bukan raya ni hari gembira ke?"
Rupa-rupanya, amalan ini juga dilakukan oleh sebahagian ulama Salaf daripada kalangan Tabi'in. Seperti kisah 'Ato' bin Saib yang melihat para sahabat dan tabi'in menuju ke tanah perkuburan sejurus selepas solat Subuh di hari raya.
Ziarah kubur itu bukan untuk bersedih yang melampau, tapi sebagai peringatan buat kita yang masih hidup di saat sedang bergembira. Syukur dapat beraya, tapi jangan lupa "rumah" masa depan kita.
#ziarahkubur #hariraya #SunnahSalaf #dakwahsunnah #adabraya
https://youtube.com/shorts/IAIKuEkjGwk?si=hswxBJCklLd0vlIz
Читать полностью…
وما اسم موصول ومَصدَريَّة ** مستفهمْ بِها تَعَجُبِيَّهْ
واسم شرط حرف نفي زائد ** كنحو نعم وهو فِعْل جامِدُ
حرف يكف ثم ما التي تلي ** نكرة فصـــف بها وذا جَلي
Maka menurut beliau, (ما) boleh datang sebagai isim mausul, harf masdariyyah, isim istifham, isim syart, harf za’id, harf kaff/al-kaffah, (ما) Al-Nakirah Al-wasifah. (Syarh Ithaf Uli Al-Ahbab Bi Jam’I Ma Tafarraqa Min Al-Ma’aani Aw Usykila Min Al-Ikrab (348)
Adapun perkataan (ما) yang berada pada kenyataan ramai ulama syafi'iyyah seperti di atas:
ما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما....
Maka ia merupakan الموصولة (ما), iaitu (ما) yang merupakan isim mausul. Dan diantara petandanya adalah ia merupakan (ما) yang boleh digantikan dengan perkataan (الذي), apabila ia menjadi ما الموصولة maka ia berhajatkan kepada ayat/جملة yang menjadi جملة الصلة kepadanya, yang berperanan menghuraikan isim mausul (ما) tersebut. Dalam konteks ini, kesamaran pada ما itu telah diterangkan dengan jumlah fi'liyyah اعتيد dan yang selepasnya yang menjadi جملة الصلة. Fi'il اعتيد pula bermaksud apa yang telah dijadikan adat kebiasaan, sudah tentu para ulama merujuk kepada apa yang menjadi adat kebiasaan zaman mereka dan bukan merujuk kepada mana-mana adat kebiasaan sepanjang zaman. Ini selari dengan apa yang disebutkan oleh Syeikh Dr Mustofa Al-zuhayli:
فلا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان، أي بتغير عرف أهلها وعادتهم.
"Maka tidak diingkari bahawa hukum-hukum boleh berubah dengan perubahan zaman, iaitu dengan berubahnya uruf dan adat masyarakat pada zaman tersebut". Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Wa Tatbiqatuha Fi Al-Mazahib Al-Arba’ah (354)
Dengan ini, isim mausul (ما) menjadi jelas huraiannya dan kesamaran padanya dihilangkan dengan جملة الصلة yang datang selepasnya.
Ini menzahirkan bahawa yang dihukumkan sebagai bid'ah yang makruhah itu adalah bentuk menyediakan makanan dan perkumpulan yang khusus yang telah menjadi kebiasaan zaman para ulama terdahulu yang mana pada perkumpulan tersebut terdapat galakan dan dorongan untuk menangis dan meratap. Ia tidak merujuk secara umum kepada semua bentuk perkumpulan dan penyediaan makanan oleh ahli keluarga si mati seperti yang sering disalah fahami.
Kesimpulan:
1. Amalan kenduri arwah tidak bercanggah dengan panduan syarak dan tidak juga diharamkan secara pukal oleh ulama Syafi'iyyah, bahkan pada kebanyakan bentuk yang disebutkan bagi amalan tersebut ternyata ia amalan yang harus bahkan digalakkan oleh Al-saadah Al-syafi'iyyah apabila dilakukan sesuai dengan lunas dan syaratnya dan ia termasuk dalam umum galakan bersedekah dan mengirimkan pahala kepada si mati.
2. Masyarakat mesti berhati-hati dan peka terhadap soal harta yang digunakan untuk penyediaan kenduri arwah tersebut.
3. Walaupun amalan kenduri arwah adalah harus tetapi jangan sehingga menganggapnya wajib, atau bersangka buruk terhadap orang yang tidak melakukannya. Imam Ibn Hajar Al-haytami dalam Al-fatawa ada menghukum suatu adat kebiasaan memberi makan untuk si mati sebagai bid'ah mazmumah, diantara faktor daripada banyak faktor yang disebutkan adalah orang kawasan tersebut menganggap jelek dan rendah orang yang tidak melakukan adat kebiasaan itu. Untuk perincian lanjut rujuk Fatawa (7/2) beliau.
Wallahu A’lam.
Apa yang dinyatakan oleh al-allamah Mulla ali al-qari di atas dipersetujui oleh al-allamah Muhammad Ali Bin Husain Al-maliki Al-makki dalam Bulugh Al-umniyah Fi Al-nawazil Al-asriyyah, bahkan beliau menambah dalam Bulugh Al-umniyah bahawa sekiranya makanan yang disediakan itu dari harta orang lain bukan dari harta peninggalan si mati, atau dari harta si mati sendiri dan tiada baginya waris melainkan seorang sahaja dan waris itu sendiri yang berniat menyediakan makanan tersebut, atau dari harta si mati yang masuk dalam 1/3 yang telah diwasiatkan sebelum dia mati agar disediakan makanan untuk Qurra' dan selain mereka yang akan menghadiri untuk membaca al-quran dan zikir pada perkumpulan tersebut maka ia tidaklah bid'ah. (Bulugh Al-umniyah, 216).
Setelah jelas hukum asal bagi ahli keluarga si mati menyediakan makanan dan mengajak orang ramai untuk hadir dan makan, maka sekarang kita berpindah kepada bentuk yang dilarang Fuqaha' Syafi'iyyah, dapat disimpulkan bahawa terdapat tiga bentuk kenduri arwah yang dilarang:
1. Membuat dan menyediakan makanan kenduri arwah menggunakan harta peninggalan si mati sedangkan harta tersebut tidak cukup untuk menyelesaikan apa yang wajib ke atas si mati dari kos pengurusan jenazah dan hutang-hutang, atau menggunakan harta peninggalan yang merupakan hak si anak yatim, atau menggunakan harta peninggalan dan ahli waris yang telah besar tiada disitu sehingga tidak diketahui keredaan mereka terhadap penggunaan harta tersebut atau ada ahli waris yang tidak bersetuju atau ahli keluarga si mati membuat kenduri arwah bukan dengan niat hendak mensedekahkan pahala kenduri arwah kepada si mati akan tetapi ia dilakukan kerana tidak sukarela, dipaksa, dan tidak mahu melakukannya. Maka penyediaan jamuan makanan pada bentuk-bentuk di atas adalah haram. Untuk makluman sebahagian dari bentuk diatas terdapat kesepakatan akan keharamannya disisi Lujnah Fatwa Ulama' Fatoni.
2. Kenduri arwah yang mempunyai unsur (Niyahah) iaitu meratap, yang masyhur dikalangan fuqaha' sebagai Al-Wahsyah/الوحشة. Perbincangan bentuk ini akan dilanjutkan pada bahagian kenduri arwah yang tercela selepas ini.
3. Ini merupakan bentuk yang makruh, dan gambarannya adalah ia merupakan Kenduri Arwah yang dilakukan pada malam pertama kematian oleh ahli keluarga si mati. Kata Al-‘allamah Nawawi Banten:
وأما الطعام الذي يجتمع عليه الناس ليلة دفن الميت المسمى بالوحشة فهو مكروه.
Bermaksud: “Dan adapun tentang makanan yang berkumpul manusia atasnya pada malam dikebumikan mayat yang dinamakan "wahsyah" ia adalah makruh”. Nihayah Al-zayn Fi Irsyad Al-mubtadi'in (275)
Wahsyah pada malam pertama dalam ibarat Al-allamah Nawawi banten di atas bukanlah secara mutlak bahkan mesti ditaqyid, dengan salah satu ataupun kedua-dua qayd berikut:
a. Qayd yang telah dinyatakan oleh dua al-allamah Mulla Ali Al-qari dan Muhamma Ali Bin Husain Al-makki di atas.
b. Atau Qayd yang akan dibawakan di bawah dari al-allamah Ismail Ahmad Nalikut Al-malibari.
9. Penetapan hari ke-7 hari ke-40 dan seterusnya bagi amalan tahlil/kenduri arwah:
Tentang penetapan hari pula, maka ia hakikatnya hanya adat sahaja, maka secara asas tiada masalah untuk menetapkan hari-hari tertentu selagi mana tidak diiktiqadkan bahawa ia suatu kemestian dan kelaziman dari syarak, kata Al-‘Allamah Nawawi Banten berkenaan perkara ini:
والتصدق عن الميت بوجه شرعي مطلوب ولا يتقيد بكونه في سبعة أيام أو أكثر أو أقل وتقييد ببعض الأيام من العوائد فقط كما أفتى بذلك السيد أحمد دحلان، وقد جرت عادة الناس بالتصدق عن الميت في ثالث من موته وفي سابع وفي تمام العشرين وفي الأربعين وفي المائة، وبعد ذلك يفعل كل سنة حولا في يوم الموت كما أفاده شيخنا يوسف السنبلاويني.
Maksudnya: "Bersedekah bagi pihak si mati dengan cara yang sah menurut syarak adalah dituntut, dan ia tidak terikat dengan tempoh tujuh hari, lebih, atau kurang. Penetapan pada hari- hari tertentu hanyalah berdasarkan adat semata-mata, sebagaimana difatwakan oleh Sayyid Ahmad Dahlan.