Mandat Rakyat Penentu Masa Depan Sabah – Salleh Said Keruak
https://umno-online.my/2025/07/09/mandat-rakyat-penentu-masa-depan-sabah-salleh-said-keruak/
KOTA KINABALU, 9 Julai – Bendahari UMNO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang bakal berlaku bukanlah satu perkara mengejutkan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada proses demokrasi yang biasa. Katanya, penggal semasa hampir ke penghujung dan mengikut peruntukan undang-undang, pilihan raya mesti diadakan dalam tahun ini bagi [...]
KKDW Komited Pastikan Pembangunan Desa Tidak Tertinggal Dalam RMK13 — Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/07/09/kkdw-komited-pastikan-pembangunan-desa-tidak-tertinggal-dalam-rmk13-ahmad-zahid/
PUTRAJAYA, 9 Julai — Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan komuniti desa terus diberi perhatian utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Beliau memulakan tugasan hari ini dengan menerima kunjungan delegasi Kementerian Ekonomi yang diketuai Menteri Ekonomi, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, bagi memperhalusi peringkat akhir [...]
Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih… UMNO Bergerak Satu Pasukan – Azman Ismail
https://umno-online.my/2025/07/09/buang-yang-keruh-ambil-yang-jernih-umno-bergerak-satu-pasukan-azman-ismail/
BAKRI, 9 Julai – Ketua UMO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail menyeru semua ahli parti agar mengenepikan segala perbezaan dan mengutamakan semangat perpaduan demi memperkukuhkan kekuatan UMNO di peringkat akar umbi. Menurut beliau, hanya melalui kesatuan dan semangat yang jitu, parti akan mampu menghadapi segala cabaran serta terus kekal relevan di mata rakyat. “Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. [...]
ASEAN Perlu Kekal Berdaya Tahan Hadapi Cabaran Global – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2025/07/09/asean-perlu-kekal-berdaya-tahan-hadapi-cabaran-global-mohamad-hasan/
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Negara anggota ASEAN perlu kekal bersatu dan memperhebat usaha ke arah pembinaan Asia Tenggara yang berdaya tahan, di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik, pemecahan ekonomi dan gangguan global berterusan. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata rantau ini perlu mengekalkan autonomi strategik dan tindakan kolektif bagi mendepani ancaman baharu seperti perubahan iklim, gangguan teknologi dan peningkatan [...]
UMNO Melaka Depani Cabaran, ‘Wakil Rakyat Untuk Rakyat’ Bukti Kesungguhan
https://umno-online.my/2025/07/09/umno-melaka-depani-cabaran-wakil-rakyat-untuk-rakyat-bukti-kesungguhan/
TANGGA BATU, 9 Julai – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin menyatakan keyakinan bahawa semangat ahli UMNO khususnya di Melaka semakin membara dalam mendepani pelbagai cabaran termasuklah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam tempoh 14 bulan lagi. Menurut beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka, kesungguhan para pemimpin UMNO dari peringkat Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib [...]
Sabah Catat Kadar Pengangguran Tertinggi … UMNO Sabah Pertikai Kejayaan 94% SMJ 1.0
https://umno-online.my/2025/07/09/sabah-catat-kadar-pengangguran-tertinggi-umno-sabah-pertikai-kejayaan-94-smj-1-0/
KOTA KINABALU, 9 Julai – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir mempersoalkan dakwaan kejayaan 94% Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0) yang diumumkan kerajaan negeri, ketika Sabah masih mencatat kadar pengangguran tertinggi di Malaysia iaitu 7.7%. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran, angka itu adalah statistik rasmi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bersamaan lebih 169,800 rakyat Sabah yang masih [...]
UMNO Johor Junjung Kasih Titah Prihatin Tunku Mahkota Demi Kesejahteraan Rakyat
https://umno-online.my/2025/07/09/umno-johor-junjung-kasih-titah-prihatin-tunku-mahkota-demi-kesejahteraan-rakyat/
JOHOR BAHRU, 9 Julai – UMNO Johor merafak sembah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor atas titah penuh keprihatinan yang mencerminkan kepimpinan berwibawa dan berpandangan jauh demi kesejahteraan Bangsa Johor. Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah berkata, titah DYAM Tunku Mahkota Ismail mengenai pembukaan Hospital Pasir [...]
Pengerusi AMM Mohamad Tegaskan Sokongan Terhadap Agenda Hak Asasi ASEAN
https://umno-online.my/2025/07/09/pengerusi-amm-mohamad-tegaskan-sokongan-terhadap-agenda-hak-asasi-asean/
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan semula kepentingan memperkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN sebagai sebahagian daripada usaha integrasi serantau yang lebih luas. Dalam satu kenyataan, Mohamad berkata promosi dan perlindungan hak asasi manusia kekal menjadi elemen penting dalam pembinaan Komuniti ASEAN, dengan menekankan bahawa usaha itu perlu diterajui ASEAN dan dimiliki oleh ASEAN. [...]
Kerajaan Perpaduan: Sokongan Ahli, Akar Umbi Semakin Kembali Kepada UMNO – Saarani
https://umno-online.my/2025/07/08/kerajaan-perpaduan-sokongan-ahli-akar-umbi-semakin-kembali-kepada-umno-saarani/
GOPENG, 8 Julai – Sokongan ahli dan akar umbi UMNO dilihat semakin kembali kepada parti kerana mereka mula memahami bagaimana dan mengapa Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu. Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO memerlukan kuasa untuk meneruskan agendanya dalam membantu rakyat. “Kita sudah melalui [...]
Kerajaan Teliti Bina Pagar Penghadang, Pasang Lampu Di Jalan Sungai Korok
https://umno-online.my/2025/07/08/kerajaan-teliti-bina-pagar-penghadang-pasang-lampu-di-jalan-sungai-korok/
JERLUN, 8 Julai – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk membina pagar penghadang dan memasang lampu jalan di Jalan Sungai Korok, Jitra. Langkah ini diambil bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya selepas kejadian tragis yang meragut nyawa sebuah keluarga awal minggu lalu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) [...]
Malaysia Sambut Baik Usaha AICHR Rangka Dua Deklarasi Utama Hak Asasi Manusia – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2025/07/08/malaysia-sambut-baik-usaha-aichr-rangka-dua-deklarasi-utama-hak-asasi-manusia-mohamad-hasan/
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Malaysia menyambut baik usaha Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) yang merangka dua deklarasi utama bagi menangani kebimbangan mendesak berhubung isu hak asasi manusia. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dua dokumen itu ialah Deklarasi ASEAN mengenai Hak kepada Alam Sekitar yang Selamat, Bersih, Sihat dan Mampan serta Deklarasi mengenai Pemajuan [...]
Ubah Cara Dekati Rakyat, Manfaat Peluang Bangkit Semula – Wan Rosdy
https://umno-online.my/2025/07/05/ubah-cara-dekati-rakyat-manfaat-peluang-bangkit-semula-wan-rosdy/
LARUT, 5 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa ahli dan akar umbi untuk mengubah cara mendekati rakyat dalam memanfaatkan peluang agar parti bangkit semula. Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, perubahan landskap politik yang berlaku pada ketika ini menuntut agar gerak kerja baharu dan lebih progresif dijalankan untuk memenangi semula hati rakyat. [...]
Politik PN Hanya Raih Simpati, Pengaruhi Orang Melayu/Islam – Aznel
https://umno-online.my/2025/07/05/politik-pn-hanya-raih-simpati-pengaruhi-orang-melayu-islam-aznel/
GERIK, 5 Julai – Ketua UMNO Bahagian Gerik Datuk Aznel Ibrahim berpandangan corak berpolitik Perikatan Nasional (PN) khususnya kononnya mahu menjadi ‘payung besar orang Melayu’ tidak lain dan tidak bukan hanya menimbulkan persepsi bagi meraih simpati orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Katanya, ini berbeza dengan politik UMNO yang jelas konsisten dari dahulu selaras dengan apa yang termaktub [...]
Krisis Air Jejas Industri Pelancongan Sabah, Pemuda UMNO Desak Tindakan Segera
https://umno-online.my/2025/07/04/krisis-air-jejas-industri-pelancongan-sabah-pemuda-umno-desak-tindakan-segera/
KOTA KINABALU, 4 Julai – Krisis bekalan air yang berlarutan di Sabah terus menimbulkan keresahan, kali ini turut memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri sehinggakan beberapa hotel di kawasan tumpuan pelancong dilapor terpaksa menolak tempahan tetamu akibat ketiadaan bekalan air yang konsisten. Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Naim Moktar, dalam satu kenyataan menzahirkan kebimbangan serius terhadap isu tersebut dan [...]
Noraini Ziarah Pelajar UPSI Kemalangan Bas, Sampaikan Bantuan
https://umno-online.my/2025/07/04/noraini-ziarah-pelajar-upsi-kemalangan-bas-sampaikan-bantuan/
KUALA LUMPUR, 4 Julai – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berbesar hati mengunjungi mangsa nahas kemalangan bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bulan lalu di Kuala Besut dan Setiu. Beliau yang juga Ketua Wanita UNMNO Malaysia menyantuni seramai tujuh orang mangsa iaitu Rohadatul Aisy Mohd Zaki, Aimi Nasuha Che Azmi, [...]
Titah Tuanku Harapan Untuk Bangsa Johor, Bukan Modal Politik Murahan
https://umno-online.my/2025/07/09/titah-tuanku-harapan-untuk-bangsa-johor-bukan-modal-politik-murahan/
JOHOR BAHRU, 9 Julai – Pemuda UMNO Negeri Johor menegaskan bahawa titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, adalah satu amanat penuh harapan dan bukan untuk dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak. Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Dr. Mohammad Aswad Ithnain berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan media oleh ARMADA BERSATU Johor bertarikh 8 Julai, namun menyifatkan kenyataan tersebut sebagai [...]
Notis Saman Fitnah Telah Diserahkan Kepada ‘Papagomo’ – Dr Asyraf
https://umno-online.my/2025/07/09/notis-saman-fitnah-telah-diserahkan-kepada-papagomo-dr-asyraf/
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Notis saman fitnah telah diserahkan kepada Wan Muhammad Azri Wan Deris atau yang lebih dikenali sebagai ‘Papagomo’ sebentar tadi, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan notis tuntutan saman tersebut telah diserahkan oleh pasukan peguam beliau. “Petang tadi [...]
Junjung Titah: Kerajaan Negeri Johor Akan Pastikan Segala Pelaksanaan Berjalan Lancar
https://umno-online.my/2025/07/09/junjung-titah-kerajaan-negeri-johor-akan-pastikan-segala-pelaksanaan-berjalan-lancar/
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Kerajaan Negeri Johor akan terus berusaha untuk memastikan segala pelaksanaan agenda bagi memajukan negeri tersebut berjalan dengan lancar, telus dan berimpak tinggi demi manfaat rakyat. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebooknya menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menzahirkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri tersebut. “Menjunjung titah [...]
Kekhilafan Bukan Alasan Hukum, Memaafkan Tanda Kekuatan Teruskan Perjuangan – Dr Masliha
https://umno-online.my/2025/07/09/kekhilafan-bukan-alasan-hukum-memaafkan-tanda-kekuatan-teruskan-perjuangan-dr-masliha/
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sebagai ahli UMNO, seharusnya mendukung keputusan pucuk pimpinan, bukan membesar-besarkan sedikit kekhilafan. Exco Wanita UMNO, Dr Masliha Harun berkata, menjadi Presiden parti bukan satu tugas mudah, kadangkala ucapannya dalam majlis tertutup sesama ahli parti bersifat santai, beremosi, atau berseloroh. Ia tidak wajar ditafsir sebagai penghinaan atau kesombongan. “Belajarlah membezakan… meminta maaf dan memaafkan adalah amalan [...]
Santuni Masyarakat, Selami Hasrat Seiring Aspirasi Kerajaan Negeri – Norshida
https://umno-online.my/2025/07/09/santuni-masyarakat-selami-hasrat-seiring-aspirasi-kerajaan-negeri-norshida/
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Wanita UMNO Segamat terus berperanan sebagai mata dan telinga kepada masyarakat setempat menerusi pelbagai perlaksanaan seiring dengan hasrat kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Ketuanya, Datuk Norshida Ibrahim berkata aktiviti ziarah yang dilakukan menerusi semangat dan kerjasama berpasukan rakan-rakan lain membolehkan program berkenaan dilaksanakan dengan sebaiknya. Bagi beliau yang juga Naib Ketua [...]
Kerja Keras, Pastikan UMNO/BN Peroleh Kemenangan Tertunda Pada PRU Ke-16
https://umno-online.my/2025/07/09/kerja-keras-pastikan-umno-bn-peroleh-kemenangan-tertunda-pada-pru-ke-16/
LARUT, 9 Julai – Ahli dan akar umbi diseru untuk bekerja keras bagi memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan tertunda pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang. Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoff berkata, UMNO pernah menang dengan cemerlang dalam 13 PRU namun tewas pada PRU ke-14 dan 15 secara berturut-turut. “Sejak merdeka kita telah mengadakan [...]
Progres Rumah SMJ Kinabatangan, Fakta Tidak Tepat Gagal Selesaikan Masalah – Naim
https://umno-online.my/2025/07/09/progres-rumah-smj-kinabatangan-fakta-tidak-tepat-gagal-selesaikan-masalah-naim/
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Bendahari Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Naim Kurniawan Moktar melihat provokasi murahan apatah lagi melibatkan fakta yang tidak betul tidak akan menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya tegas beliau, perkara tersebut hanya akan menyebabkan senario serta suasana tidak sihat yang tidak memberi apa=apa manfaat. “Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam menyaksikan perbahasan berhubung pelaksanaan Rumah SMJ yang [...]
Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Terkhilaf
https://umno-online.my/2025/07/08/ahmad-zahid-mohon-maaf-akui-terkhilaf/
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf secara terbuka susulan tularnya sebuah video yang memaparkan beliau mengungkapkan satu perumpamaan tentang malaikat dalam ucapannya baru-baru ini. Menurut Ahmad Zahid, kenyataan itu dibuat dalam suasana penuh emosi bagi menggambarkan tekanan dan cabaran yang dihadapinya selaku pemimpin utama parti, namun mengakui [...]
Semangat, Kesatuan Mampu Angkat Semula Martabat UMNO – Ibnu Rasyeed
https://umno-online.my/2025/07/08/semangat-kesatuan-mampu-angkat-semula-martabat-umno-ibnu-rasyeed/
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Semangat, kesatuan dan kerja berpasukan mampu untuk mengangkat semula martabat parti terutamanya dalam mengembalikan keyakinan generasi muda. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ibnu Rasyeed Mat Isa berkata, UMNO jadi lebih kuat apabila ketiga-tiga sayap iaitu Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri berpadu tenaga. “UMNO kuat apabila tiga sayap saling berpadu tenaga. Wanita sebagai [...]
Asas Perjuangan UMNO Demi Agama, Bangsa Dan Tanah Air Sentiasa Dipertahankan – Johari
https://umno-online.my/2025/07/08/asas-perjuangan-umno-demi-agama-bangsa-dan-tanah-sentiasa-dipertahankan-johari/
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Asas perjuangan UMNO yang berteraskan agama, bangsa dan tanah air sentiasa dipertahankan meskipun strategi dan pendekatan berubah seiring zaman. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani berkata, perubahan landskap politik tanah air menyebabkan pembentukan kerajaan tanpa sebarang perkongsian kuasa bukan lagi satu realiti. “Saya berada di Negeri Sembilan untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jempol, [...]
Sabah Antara Negeri Rumah Termahal, Rakyat Perlukan Rumah Mampu Milik – Bung Moktar
https://umno-online.my/2025/07/08/sabah-antara-negeri-rumah-termahal-rakyat-perlukan-rumah-mampu-milik-bung-moktar/
KOTA KINABALU, 8 Julai – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyuarakan kebimbangan terhadap harga rumah yang semakin tidak mampu milik di negeri Sabah, menjadikannya antara negeri yang mencatatkan harga rumah tertinggi di Malaysia. Menurut beliau, jumlah rumah mampu milik yang tersedia di negeri itu masih terlalu sedikit, sekali gus menjejaskan impian ramai rakyat Sabah terutamanya kakitangan kerajaan [...]
PRN Sabah: UMNO Sudah Bersedia, Namun Hati-Hati Dinamik Politik – Shamsul Anuar
https://umno-online.my/2025/07/05/prn-sabah-umno-sudah-bersedia-namun-hati-hati-dinamik-politik-shamsul-anuar/
JOHOR BAHRU,5 Julai – UMNO sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan dalam masa terdekat, namun sentiasa berhati-hati dengan dinamik politik yang berlaku. Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dengan langkah tertentu turut diambil untuk memperkukuh jentera parti bagi menghadapi PRN itu. “Tentunya persiapan dari segi jentera di [...]
Isu Ambalat: Komitmen Pertahan Kedaulatan Negara – Mohamad Alamin
https://umno-online.my/2025/07/04/isu-ambalat-komitmen-pertahan-kedaulatan-negara-mohamad-alamin/
PERSEMPADANAN maritim di Laut Sulawesi masih belum dimuktamadkan sepenuhnya. Triti Laut Sulawesi yang dimeterai pada 8 Jun 2023 (Triti Sulawesi 2023) hanya meliputi kawasan di separa perairan laut wilayah (territorial sea) di Pantai Timur Wilayah Sabah. Penandatanganan Triti Sulawesi 2023 ini tidak mencakupi kawasan ND6 & ND7 yang terletak dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara sepanjang 200 batu nautika. Blok [...]
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Melaka Beri Impak Positif – ADUN Sg Rambai
https://umno-online.my/2025/07/04/program-wakil-rakyat-untuk-rakyat-melaka-beri-impak-positif-adun-sg-rambai/
JASIN, 4 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis berkata Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh adalah satu inisiatif kerajaan negeri yang banyak memberi impak positif. Kata Siti Faizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, program sedemikian memberi peluang kepada wakil rakyat kawasan [...]
Jalan Baharu Serkam – Bemban Jadi Laluan Alternatif Strategik Rakyat Luar Bandar
https://umno-online.my/2025/07/04/jalan-baharu-serkam-bemban-jadi-laluan-alternatif-strategik-rakyat-luar-bandar/
MELAKA, 4 Julai – Penduduk luar bandar khususnya di kawasan Bemban dan sekitarnya kini menikmati kemudahan laluan alternatif yang lebih efisien berikutan pembukaan Jalan Baharu Serkam – Bemban, yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban semalam. Ujarnya, projek jalan dua lorong sepanjang tiga kilometer ini bukan sekadar [...]