umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Bersama Kuatkan Parti, Terajui Kekuatan Bangsa Di Pusat Pentadbiran – Ab Rauf
https://umno-online.my/2025/08/03/bersama-kuatkan-parti-terajui-kekuatan-bangsa-di-pusat-pentadbiran-ab-rauf/

KUALA PILAH, 3 Ogos – Seluruh pejuang dan pendukung UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu berganding bahu untuk menguatkan semula parti agar ia dapat menerajui kekuatan bangsa di pusat pentadbiran. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sejarah telah membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang hebat kerana ia melahirkan pemimpin untuk meneruskan legasi mentadbir negara. “Kita [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Zahid Ingatkan Jentera Parti Tolak Politik Negatif Di Sabah
https://umno-online.my/2025/08/03/zahid-ingatkan-jentera-parti-tolak-politik-negatif-di-sabah/

LIBARAN, 3 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar jentera parti mengelak daripada politik negatif dan menumpukan usaha kepada tawaran yang membina kepada rakyat Sabah. Menurut beliau apa yang penting dan perlu ditonjolkan adalah semangat untuk bersama-sama rakyat Sabah melakukan yang terbaik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. “Jangan fitnah sesiapa. Kita hanya berjanji untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kita Ada Peluang Untuk Bina Semula UMNO – Nur Jazlan
https://umno-online.my/2025/08/03/kita-ada-peluang-untuk-bina-semula-umno-nur-jazlan/

PULAI, 3 Ogos – UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang cerah untuk membina semula parti agar dominan pada masa hadapan, kata Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Beliau yang juga Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara berkata, meskipun mengalami kekalahan pada 2018, UMNO dilihat mula bangkit dan dapat meyakinkan rakyat bahawa parti ini semakin kuat. “Kita jangan lupa tahun [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRN Sabah: Johari Alu Kerjasama GRS-PH
https://umno-online.my/2025/08/02/prn-sabah-johari-alu-kerjasama-grs-ph/

PULAI, 2 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengalu-alukan kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Jelasnya yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, kerjasama tersebut amat bertepatan sekiranya semua pihak dalam gabungan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu untuk membangunkan negara serta Negeri Sabah. “Kita alu-alukan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohamad Tegaskan Keharmonian Parti Kunci Sokongan Rakyat
https://umno-online.my/2025/08/02/mohamad-tegaskan-keharmonian-parti-kunci-sokongan-rakyat/

KIMANIS, 2 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menekankan bahawa keharmonian dalam parti merupakan asas penting untuk menarik sokongan rakyat, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang kian hampir. Dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Berkelompok UMNO Sabah Bahagian Kimanis, beliau melihat  semangat kesepaduan yang ditunjukkan UMNO Kimanis cukup tinggi serta penuh semangat. “Alhamdulillah, saya amat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Struktur Semula Koperasi FELDA Untuk Manfaat Peneroka – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/08/02/struktur-semula-koperasi-felda-untuk-manfaat-peneroka-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Seluruh ekosistem koperasi di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) perlu menjalani proses penstrukturan semula supaya dapat menjana keuntungan lebih memberangsangkan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu kerana koperasi FELDA mempunyai pelaburan dalam pelbagai organisasi perniagaan yang berpotensi menjana pulangan sekali gus dapat disalurkan semula kepada peneroka. “Oleh kerana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Depani PRU Ke-16: ‘Engagement’ Dengan Anak Muda Amat Penting
https://umno-online.my/2025/08/02/depani-pru-ke-16-engagement-dengan-anak-muda-amat-penting/

PASIR GUDANG, 2 Ogos – Hubungan UMNO/Barisan Nasional (BN) bersama anak muda amat penting untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perubahan dinamika politik menuntut parti untuk menggunakan pendekatan yang lebih segar bagi memperoleh sokongan rakyat. “Ke mana-mana kawasan yang saya pergi saya memberitahu para perwakilan bahawa kalau kita [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kelab NKB 1Malaysia Kesal Pihak Persenda Titah Adendum
https://umno-online.my/2025/08/01/kelab-nkb-1malaysia-kesal-pihak-persenda-titah-adendum/

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia menzahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu yang cuba mempertikai dan mempersenda Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan tahanan rumah. Pengerusinya, Datuk Rosmadi Ismail berkata tindakan sebegini tidak mencerminkan adab terhadap Raja dan hanya memperlihatkan keangkuhan terhadap prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bung Gesa Tambah Baik Sistem Kesihatan Awam Sabah
https://umno-online.my/2025/08/01/bung-gesa-tambah-baik-sistem-kesihatan-awam-sabah/

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendesak kerajaan negeri untuk menyediakan pelan tindakan khusus bagi menambah baik kemudahan kuarters, akses jalan ke fasiliti kesihatan pedalaman, serta kelengkapan asas di klinik dan hospital daerah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata ini kerana pengabaian terhadap kemudahan tersebut bukan sekadar menjejaskan moral dan motivasi petugas [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PM Singapura Sambut Baik Kemajuan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura, Sedia Perluas Kerjasama
https://umno-online.my/2025/08/01/pm-singapura-sambut-baik-kemajuan-zon-ekonomi-khas-johor-singapura-sedia-perluas-kerjasama/

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi terhadap hala tuju kerjasama strategik dua hala antara Johor dan Singapura. Perkara itu dizahirkan dalam pertemuan rasmi beliau bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan delegasi Kerajaan Negeri Johor di The Istana semalam. Ujar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rakyat Kedah Kian Sedar Siapa Yang Boleh Diharap, Tunai Tanggungjawab – Hisham Suhaily
https://umno-online.my/2025/07/31/rakyat-kedah-kian-sedar-siapa-yang-boleh-diharap-tunai-tanggungjawab-hisham-suhaily/

LANGKAWI, 31 Julai – Ketua Wanita UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman menyuarakan keyakinan bahawa semakin ramai rakyat kini merindui sentuhan dan khidmat wakil rakyat UMNO berikutan kegagalan wakil rakyat kerajaan negeri dalam menunaikan tanggungjawab di kawasan masing-masing. Beliau berkata, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid sebelum ini mengenai peningkatan sokongan terhadap UMNO di Kedah jelas membuktikan rakyat sudah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KESUMA Laksana Pelbagai Langkah Atasi Isu Kekurangan 10,000 Jentera, Pakar AI
https://umno-online.my/2025/07/31/kesuma-laksana-pelbagai-langkah-atasi-isu-kekurangan-10000-jentera-pakar-ai/

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensi-agensinya telah melaksanakan pelbagai langkah konkrit untuk mengatasi isu kekurangan 10,000 jurutera dan pakar kecerdasan buatan (AI). Timbalan menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, isu tersebut memberi kesan langsung kepada daya saing negara dalam Revolusi Industri 4.0. “Kerajaan mengambil serius isu kekurangan kira-kira 10,000 jurutera dan pakar AI di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kajian Semakan Pindaan Akta Orang Asli 1954 Sedang Dilaksanakan – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/07/31/kajian-semakan-pindaan-akta-orang-asli-1954-sedang-dilaksanakan-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan sedang dalam tindakan untuk meminda Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] yang tidak pernah dipinda sejak ia berkuat kuasa pada tahun 1954. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan pindaan akta tersebut dilaksanakan untuk memperhalusi peruntukan semasa secara menyeluruh. “Untuk makluman, kerajaan sedang dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kolej Yayasan FELDA Medan Perjuangan Bina Jati Diri Generasi Baharu – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/07/30/kolej-yayasan-felda-medan-perjuangan-bina-jati-diri-generasi-baharu-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Kolej Yayasan FELDA (KYF) sebagai medan perjuangan membina jati diri dan kemahiran generasi FELDA yang mampu bersaing dalam dunia moden. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana dengan lebih 31,000 alumni yang kini menyumbang dalam pelbagai bidang strategik negara, KYF telah membuktikan bahawa pendidikan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Persempadanan Maritim: Kerajaan Sentiasa Bekerjasama Dengan Pemegang Taruh
https://umno-online.my/2025/07/30/persempadanan-maritim-kerajaan-sentiasa-bekerjasama-dengan-pemegang-taruh/

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan berhubung dengan perkara persempadanan maritim Malaysia Menurut beliau usaha ini dilakukan dengan pendekatan, ‘whole of government’ dan penuh komitmen dalam melaksanakan rundingan dengan negara-negara jiran bagi mencari penyelesaian yang dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Libaran Terus Kukuh, Perjuangan Kekal Relevan – Suhaimi
https://umno-online.my/2025/08/03/umno-libaran-terus-kukuh-perjuangan-kekal-relevan-suhaimi/

LIBARAN, 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan bahawa UMNO Libaran kekal teguh dan terus berkembang sebagai parti yang relevan serta mendapat kepercayaan akar umbi meskipun berdepan pelbagai cabaran. Ketika menyampaikan ucapan aluan sempena perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Libaran oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau memaklumkan bahawa seramai 1,429 perwakilan daripada 169 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Depani Cabaran… UMNO Perlu Lebih Dinamik, Pragmatik – Johari
https://umno-online.my/2025/08/03/depani-cabaran-umno-perlu-lebih-dinamik-pragmatik-johari/

PASIR GUDANG, 3 Ogos – UMNO perlu lebih dinamik dan pragmatik untuk berdepan dengan perubahan landskap politik yang kian mencabar, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dengan matlamat untuk memerdekakan negara dan nikmat tersebut telah dirasai sehingga generasi pada masa kini. “UMNO adalah sebuah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Perlu Pulihkan Sokongan Orang Melayu – Mohamed Khaled
https://umno-online.my/2025/08/03/umno-perlu-pulihkan-sokongan-orang-melayu-mohamed-khaled/

PASIR GUDANG, 3 Ogos – UMNO perlu mencari jalan untuk memulih dan mengembalikan sokongan orang Melayu agar parti keramat ini akan kembali dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perpaduan dan keakraban yang terbina di antara pemimpin serta akar umbi dilihat mampu untuk memulihkan imej [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MA63 Legasi Perjuangan Yang Dimulakan UMNO/BN – Jeffery Nor
https://umno-online.my/2025/08/02/ma63-legasi-perjuangan-yang-dimulakan-umno-bn-jeffery-nor/

PUTATAN, 2 Ogos  – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed menegaskan komitmen UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah termasuk dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), cukup jelas. Malah beliau menekankan bahawa asas perjuangan menuntut MA63 adalah antara legasi penting yang dimulakan oleh pimpinan UMNO dan BN Sabah. “Kita akan terus tuntut MA63 dan hak untuk rakyat Sabah. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO/BN Wajar Diberi Peluang Tanding Di Bongawan, Membakut – Mohamad Alamin
https://umno-online.my/2025/08/02/umno-bn-wajar-diberi-peluang-tanding-di-bongawan-dan-membakut-mohamad-alamin/

KIMANIS, 2 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menegaskan bahawa UMNO wajar diberi peluang untuk kembali bertanding di dua kerusi tradisinya, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan Membakut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Menurut beliau yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri, kedua-dua DUN itu merupakan kawasan yang menjadi asas permulaan pengukuhan UMNO di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kajian Separuh Penggal Penting Bagi Mendepani PRU16 – Azhari
https://umno-online.my/2025/08/02/kajian-separuh-penggal-penting-bagi-mendepani-pru16-azhari/

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menyambut baik pendekatan kepimpinan tertinggi UMNO membabitkan kajian separuh penggal yang akan dilaksana. Beliau menyifatkan ia sebagai platform terbaik untuk mendapatkan pandangan rakyat membabitkan Kerajaan Perpaduan terutama bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). “Kita sudah hampir pasti akan menghadapi PRU dalam dua tahun akan datang maka [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bidas Pas: Kerajaan Negeri Pahang Memang Ditadbir Pemimpin Melayu, Islam
https://umno-online.my/2025/08/02/bidas-pas-kerajaan-negeri-pahang-memang-ditadbir-pemimpin-melayu-islam/

RAUB, 2 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Fadzli Mohamad Kamal menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sememangnya diterajui oleh pemimpin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ujarnya, adalah lebih baik jika perbandingan dibuat untuk melihat kepada kemajuan negeri ditadbir dari segi ekonomi dan sebagainya. “Menteri Besar Pahang memang Melayu, Islam. Kita barisan exco di Negeri Pahang ini pun [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kajian Separuh Penggal Nilai Prespektif Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2025/08/01/kajian-separuh-penggal-nilai-prespektif-rakyat-terhadap-kerajaan-perpaduan/

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menyifatkan langkah UMNO yang akan melaksanakan kajian separuh penggal sebagai penting bagi menilai prestasi Kerajaan Perpaduan dalam melaksanakan urus tadbir negara. Beliau berkata ini kerana ia sebagai platform untuk mendapatkan respon daripada akar umbi membabitkan agenda yang dibawa kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ziarah Prihatin UMNO Beaufort Terus Disemarak, Santuni Golongan Memerlukan
https://umno-online.my/2025/08/01/ziarah-prihatin-umno-beaufort-terus-disemarak-santuni-golongan-memerlukan/

BEAUFORT, 1 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat meneruskan komitmen kebajikan melalui Ziarah Prihatin anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Beaufort yang menyantuni penduduk memerlukan. Kali ini, gerak kerja turun padang tersebut dilaksana di sekitar Menumbok dan Kuala Penyu di sini. “Ziarah Prihatin merupakan satu pendekatan yang sangat penting dan berkesan dalam menjalin hubungan erat antara parti [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malam Mega Selawat Satukan Jiwa, Suburkan Keberkatan – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/08/01/malam-mega-selawat-satukan-jiwa-suburkan-keberkatan-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Malam Mega Selawat sempena Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D2025) sebagai satu manifestasi penyatuan jiwa umat Islam dan penyemaian keberkatan melalui cinta kepada Rasulullah SAW. Bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, program yang berlangsung malam tadi diserikan dengan alunan merdu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ketua UMNO Putatan Komited Terus Sokong Program Kemasyarakatan Demi Rakyat
https://umno-online.my/2025/07/31/ketua-umno-putatan-komited-terus-sokong-program-kemasyarakatan-demi-rakyat/

PUTATAN, 31 Julai – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed menegaskan komitmen beliau untuk terus menyokong pelbagai program kemasyarakatan yang mampu memberi impak langsung kepada penduduk setempat, khususnya dalam aspek pembangunan kemahiran, keusahawanan dan kesejahteraan hidup. Beliau hadir menyempurnakan Program Jangka Pendek Photo Phone anjuran KEMAS Daerah Putatan yang berlangsung di Pusat NADI Kampung Muhibbah,baru-baru ini menyambut baik usaha [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kenyataan Ahmad Fadhli Persenda Usaha Damai Tunjuk Pemikiran Tidak Sihat Pembangkang – Ruzaini
https://umno-online.my/2025/07/31/kenyataan-ahmad-fadhli-persenda-usaha-damai-tunjuk-pemikiran-tidak-sihat-pembangkang-ruzaini/

PADANG BESAR, 31 Julai – Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais menyelar tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang mempersendakan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mendamaikan konflik antara Thailand dan Kemboja. Menurut Ruzaini, kenyataan yang dimuat naik Ahmad Fadhli di Facebook baru-baru ini tidak hanya biadab, malah mencerminkan pemikiran yang tidak sihat dalam kalangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pembentangan RMK13 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
https://umno-online.my/2025/07/31/pembentangan-rmk13-tumpuan-dewan-rakyat-hari-ini/

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini terarah kepada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu hala tuju yang bakal memacu rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan RMK13 pada 12 tengah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Bossku… Gulam Muszaffar Tepis Dakwaan Ketua UMNO Bahagian Berpura-pura
https://umno-online.my/2025/07/30/isu-bossku-gulam-muszaffar-tepis-dakwaan-ketua-umno-bahagian-berpura-pura/

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menepis dakwaan seorang individu membabitkan tuduhan terhadap ketua-ketua UMNO bahagian. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata, ini kerana mengatakan ketua-ketua UMNO bahagian berpura-pura berjuang untuk Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak berasas, sambil mengakui tidak mengenali individu terbabit. “Terus terang saya katakan tidak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Solidariti Dalaman Penting Bagi Kekuatan Parti – Mustaffar Kamal
https://umno-online.my/2025/07/30/solidariti-dalaman-penting-bagi-kekuatan-parti-mustaffar-kamal/

INDERA MAHKOTA, 30 Julai – Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid menegaskan betapa pentingnya semua ahli parti termasuk jawatankuasa, sayap-sayap dan akar umbi untuk terus berpadu dan bekerjasama demi memperkukuh perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Berucap sempena Mesyuarat UMNO Bahagian Indera Mahkota yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki baru-baru [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel