Kenyataan Hina Wanita: Rosni Sohar Kecam Tindakan Pemimpin Muda Pas
https://umno-online.my/2025/08/07/kenyataan-hina-wanita-rosni-sohar-kecam-tindakan-pemimpin-muda-pas/
KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Rosni Sohar mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Muhammad Salman Al Farisi, yang didakwa menghina wanita dengan menyamakan mereka yang memegang jawatan kepimpinan sebagai “lembu betina”. Menurut Rosni, analogi yang digunakan itu bukan sahaja bersifat biadab, tetapi turut memperlekeh maruah dan keupayaan wanita sebagai pemimpin dalam masyarakat. “Analogi [...]
Ziarah Wanita UMNO Segamat Semarak Silaturahim dan Prihatin Masyarakat
https://umno-online.my/2025/08/06/ziarah-wanita-umno-segamat-semarak-silaturahim-dan-prihatin-masyarakat/
SEGAMAT, 6 Ogos – Naib Ketua Wanita UMNO Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim terus memperkukuh agenda kebajikan dan semangat persaudaraan melalui penganjuran Jelajah Ziarah Prihatin di Zon Berata, di sini. Program ziarah yang memasuki sesi ketiga ini menjadi wadah mengeratkan silaturahim, menyantuni mereka yang sedang berdepan ujian kehidupan, termasuk golongan pesakit, individu kurang upaya, serta ibu-ibu [...]
Mohd Zaidy Tegas Perjuang Isu Rakyat Jeram Padang, Terus Bawa Pembangunan
https://umno-online.my/2025/08/06/mohd-zaidy-tegas-perjuang-isu-rakyat-jeram-padang-terus-bawa-pembangunan/
JEMPOL, 6 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menegaskan komitmennya untuk terus menjadi suara rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, memastikan setiap isu yang membabitkan kepentingan penduduk di kawasannya diangkat dan diperjuangkan secara berkesan. “Saya akan terus memainkan peranan sebagai wakil rakyat kawasan DUN Jeram Padang untuk bersuara dalam sidang [...]
Isu Kos Sara Hidup, Pelaksanaan MLFF Dan Tarif Timbal Balik Antara Tumpuan Dewan Rakyat
https://umno-online.my/2025/08/06/isu-kos-sara-hidup-pelaksanaan-mlff-dan-tarif-timbal-balik-antara-tumpuan-dewan-rakyat/
KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat, pelaksanaan Multi Lane Free Flow (MLFF) serta isu tarif timbal balik Amerika Syarikat kepada Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) pada sesi soal jawab meminta Menteri Perdagangan Dalam [...]
KKDW Perkukuh Sinergi PBK-LKW Demi Masa Depan Desa – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/08/05/kkdw-perkukuh-sinergi-pbk-lkw-demi-masa-depan-desa-ahmad-zahid/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Mesyuarat Perancangan dan Pembangunan Secara Bersepadu antara Pihak Berkuasa Koridor (PBK) dan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) yang diadakan hari ini membuktikan komitmen kerajaan memperkukuh kerjasama antara perancang wilayah dan pelaksana akar umbi dalam merencana masa depan luar bandar. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa [...]
Puteri UMNO Membina Kepimpinan Wanita Muda, Penyambung Perjuangan
https://umno-online.my/2025/08/05/puteri-umno-membina-kepimpinan-wanita-muda-penyambung-perjuangan/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyifatkan cabaran politik yang berbeza menuntut ruang kematangan akal, ketahanan jiwa dan keberanian membuat keputusan. Beliau berkata Puteri UMNO kini tidak lagi boleh dilihat sebagai ‘gadis manja politik’ sebaliknya penyambung harapan perjuangan. “Puteri UMNO telah genap 24 tahun, di saat parti induk kita, UMNO, kini [...]
Puteri UMNO Terus Teguh Di Usia 24 Tahun – Shamellya
https://umno-online.my/2025/08/05/puteri-umno-terus-teguh-di-usia-24-tahun-shamellya/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua Penerangan Puteri UMNO, Shamellya Norazizi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli Puteri UMNO sempena ulang tahun ke-24 penubuhan sayap itu yang disambut pada tahun ini. Dalam kenyataannya, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli Puteri UMNO di seluruh negara atas kesetiaan dan semangat juang yang tidak pernah luntur, walaupun pelbagai cabaran melanda parti sejak dahulu. “Terima [...]
Negeri Sembilan Stabil, Tenteram Bersama Kerajaan Perpaduan – Ismail Lassim
https://umno-online.my/2025/08/05/negeri-sembilan-stabil-tenteram-bersama-kerajaan-perpaduan-ismail-lassim/
KUALA PILAH, 5 Ogos – Negeri Sembilan berada dalam keadaan yang stabil dan tenteram di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, kata Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling berkata, Kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah gagal untuk mengambil berat mengenai apa sahaja permasalahan dihadapi oleh rakyat dan mendengar segala cadangan dikemukakan. “Pada [...]
RMK13 Pacu Pembangunan Luar Bandar Sabah Secara Strategik – Bung Moktar
https://umno-online.my/2025/08/05/rmk13-pacu-pembangunan-luar-bandar-sabah-secara-strategik-bung-moktar/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri yang disifatkan sebagai bukti komitmen kerajaan Persekutuan untuk membangunkan luar bandar Sabah secara lebih sistematik dan strategik. Menurut beliau, RMK13 bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi wilayah, malah memperkukuh prinsip [...]
KPM Perlu Tegas Tangani Isu Pasang Bendera Terbalik – Dr Akmal
https://umno-online.my/2025/08/05/kpm-perlu-tegas-tangani-isu-pasang-bendera-terbalik-dr-akmal/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bertindak tegas dengan isu bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah sekolah. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata siasatan wajar perlu dilakukan bagi mengenal pasti kecuaian tersebut. “KPM perlu mengambil perkara ini dengan serius agar ia [...]
Kekuatan BN Sabah Terus Utuh, Tanda Keyakinan Rakyat Bersama UMNO
https://umno-online.my/2025/08/05/kekuatan-bn-sabah-terus-utuh-tanda-keyakinan-rakyat-bersama-umno/
KALABAKAN, 5 Ogos – Kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sabah khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu terus kukuh apabila menerima sokongan padu daripada rakyat, sekali gus memberi keyakinan BN akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan selepas merasmikan Program Radu Tetap [...]
UMNO Perkukuh Jentera Akar Umbi, Terus Perjelas Agenda BN – Salleh Said Keruak
https://umno-online.my/2025/08/04/umno-perkukuh-jentera-akar-umbi-terus-perjelas-agenda-bn-salleh-said-keruak/
TAWAU, 4 Ogos – UMNO digesa menggandakan usaha memperkukuh jentera di peringkat akar umbi dan kembali mendekati rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang. Gesaan itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, ketika berucap dalam program Radu Tatap Radu (RTR) yang diadakan di Pasar Putih, di sini. Menurut Salleh yang [...]
Mohd Isam Bangkit Isu Ketelusan JPJeBid, Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen
https://umno-online.my/2025/08/04/mohd-isam-bangkit-isu-ketelusan-jpjebid-dapatkan-penjelasan-dalam-parlimen/
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isa hari ini bertanya berkenaan berkenaan sistem JPJeBid yang sering dibangkitkan orang ramai, terutamanya melibatkan masalah teknikal platform tersebut. Beliau juga memaklumkan ini kerana ia menimbulkan persepsi negatif terhadap ketelusan sistem tersebut. “Berhubung platform dalam talian yang digunakan untuk bida nombor plat kenderaan iaitu JPJeBid, kita sering mendengar keluhan orang [...]
Isu Sindiket ‘Fly’ Di KLIA, Peruntukan Urus Banjir Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
https://umno-online.my/2025/08/04/isu-sindiket-fly-di-klia-peruntukan-urus-banjir-antara-tumpuan-dewan-rakyat-hari-ini/
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Langkah penyelesaian isu rasuah dan penyelewengan secara menyeluruh melibatkan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan pendedahan kes sindiket Fly dan U-turn antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, persoalan itu dibangkitkan oleh Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) kepada Menteri Dalam Negeri pada sesi soal jawab [...]
UMNO Sabah Tidak Akan Terjebak Mainan Politik Pihak Lawan – Bung
https://umno-online.my/2025/08/04/umno-sabah-tidak-akan-terjebak-mainan-politik-pihak-lawan-bung/
SANDAKAN, 4 Ogos – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa UMNO negeri itu tidak akan terjebak dengan permainan politik pihak lawan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir. Beliau yang juga Ketua UMNO Kinabatangan seterusnya menambah apa yang penting hari ini seluruh jentera parti pelbagai peringkat memperkemaskan persediaan masing-masing. “Presiden kami tidak pernah menggoda [...]
Guna Tenaga Tidak Penuh Menurun Kepada 35.7%, Kerajaan Perkasa Latihan Kemahiran
https://umno-online.my/2025/08/06/guna-tenaga-tidak-penuh-menurun-kepada-35-7-kerajaan-perkasa-latihan-kemahiran/
KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran telah mencatatkan penurunan daripada 37.3 peratus pada tahun 2022 kepada 35.7 peratus pada suku pertama 2025 dan penurunan ini merupakan hasil pendekataan secara menyeluruh oleh Kerajaan melalui pelbagai kementerian. Menurut beliau pihaknya menerusi jabatan dan agensi yang terlibat [...]
MYJalan KKR Lalui Proses Penambahbaikan – Ahmad Maslan
https://umno-online.my/2025/08/06/myjalan-kkr-lalui-proses-penambahbaikan-ahmad-maslan/
KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, selaras dengan No Wrong Door Policy (NWD), aplikasi MYJalan KKR menerima aduan mengenai jalan yang berada di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) serta aduan jalan di bawah pihak bertanggungjawab yang lain. Menurut beliau selepas saringan dilaksanakan, semua aduan ini disalurkan segera kepada pihak bertanggungjawab yang [...]
Ahmad Zahid Yakin Pengurusan MARA Mampu Terjemah Amanah Demi Masa Depan Bumiputera
https://umno-online.my/2025/08/06/ahmad-zahid-yakin-pengurusan-mara-mampu-terjemah-amanah-demi-masa-depan-bumiputera/
KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan bahawa pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada masa ini mampu menterjemahkan amanah yang dipikul dengan baik demi masa depan Bumiputera yang lebih progresif dan berdaya tahan. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama pengurusan tertinggi MARA di Ibu Pejabat MARA di sini, [...]
Keyakinan Rakyat Mesti Dikembalikan Kepada UMNO – Ab Rauf
https://umno-online.my/2025/08/05/keyakinan-rakyat-mesti-dikembalikan-kepada-umno-ab-rauf/
KUALA PILAH, 5 Ogos – Keyakinan rakyat terhadap UMNO mesti dikembalikan atas dasar kebolehan, pengalaman dan kewibawaan parti ini untuk mengurus pentadbiran pusat dan negeri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, UMNO mesti bangkit dan terus menjadi sebuah parti yang mengungguli serta mempertahankan bangsa. “Saya dipelawa untuk merasmikan banyak mesyuarat UMNO bahagian tetapi waktu [...]
Bung Moktar Gesa Kerajaan Wujudkan Akta Kewajipan Bina Rumah Mampu Milik Di Setiap Negeri
https://umno-online.my/2025/08/05/bung-moktar-gesa-kerajaan-wujudkan-akta-kewajipan-bina-rumah-mampu-milik-di-setiap-negeri/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memuktamadkan dasar yang mewajibkan setiap negeri menggubal akta khusus bagi pembinaan rumah mampu milik secara menyeluruh. Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, langkah kerajaan dalam menyediakan sejuta rumah mampu milik di seluruh negara adalah sangat dialu-alukan. Namun, beliau [...]
Harga BTS Tinggi Jejas Usaha Tanam Semula Pokok Sawit – Johari Ghani
https://umno-online.my/2025/08/05/harga-bts-tinggi-jejas-usaha-tanam-semula-pokok-sawit-johari-ghani/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Berdasarkan statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) tahun 2024, kadar penanaman semula sawit dalam kalangan pekebun kecil hanya 0.7 peratus, manakala bagi estet adalah 2.3 peratus. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata terdapat sebilangan kecil estet yang telah mencapai kadar tanam semula melebihi 4 peratus pada tahun 2024. “Secara keseluruhannya, kadar [...]
Pembangunan Bersama Malaysia – Indonesia Di Laut Sulawesi Masih Di Peringkat Awal – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2025/08/05/pembangunan-bersama-malaysia-indonesia-di-laut-sulawesi-masih-di-peringkat-awal-mohamad-hasan/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Cadangan pembangunan bersama (Joint Development) antara Malaysia dan Indonesia di Blok ND6 dan ND7 di Laut Sulawesi masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan lagi. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kawasan tersebut adalah sebahagian daripada wilayah maritim Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2002 yang memberikan [...]
Wanita, Puteri UMNO Perlu Beradaptasi Media Baharu, Dekati Pengundi Muda
https://umno-online.my/2025/08/05/wanita-puteri-umno-perlu-beradaptasi-media-baharu-dekati-pengundi-muda/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Bendahari Wanita UMNO Malaysia, Datuk Maizatul Akmam Alawi menyeru ahli Wanita dan Puteri UMNO agar terus beradaptasi dengan perkembangan media baharu sebagai medium penting untuk menyampaikan mesej parti, sekali gus mendekati bukan sahaja ahli UMNO, malah pengundi di luar parti bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya, Wanita UMNO juga perlu mengambil peluang [...]
Kejayaan Pentadbiran Johor Bukti Kekuatan UMNO – Mohd Jafni
https://umno-online.my/2025/08/05/kejayaan-pentadbiran-johor-bukti-kekuatan-umno-mohd-jafni/
KULAI, 5 Ogos – UMNO tidak boleh menjadi parti yang hanya kuat ketika berkuasa, sebaliknya mesti kekal sebagai parti yang dihormati, berprinsip dan berjiwa kental sama ada berada di dalam kerajaan atau tidak, tegas Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di sini pada Ahad, beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri [...]
Kerajaan Negeri Sembilan Komited Pastikan Pembangunan Dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli
https://umno-online.my/2025/08/05/kerajaan-negeri-sembilan-komited-pastikan-pembangunan-dan-kebajikan-masyarakat-orang-asli/
SEREMBAN, 5 Ogos – Kerajaan pusat dan negeri kekal komited memastikan pembangunan serta kebajikan masyarakat Orang Asli terus menjadi agenda utama, termasuk melalui pelbagai inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata pada tahun 2025, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri [...]
Rundingan Konflik Thailand-Kemboja, Hutang Kerajaan MADANI Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini
https://umno-online.my/2025/08/05/rundingan-konflik-thailand-kemboja-hutang-kerajaan-madani-antara-fokus-dewan-rakyat-hari-ini/
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Peranan Malaysia dalam menjayakan rundingan perdamaian serta gencatan senjata konflik Thailand-Kemboja antara fokus persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Mesyuarat menerusi portal Parlimen, perkara berkenaan dibangkitkan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Pada sesi yang sama, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula memohon penjelasan daripada Perdana Menteri [...]
Puteri UMNO Jadi Tunjang Pelapis, Dr Masliha Seru Terus Progresif
https://umno-online.my/2025/08/04/puteri-umno-terus-jadi-tunjang-pelapis-dr-masliha-seru-terus-progresif/
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Exco Wanita UMNO, Dr Masliha Harun menyeru agar Pergerakan Puteri UMNO terus kekal menjadi benteng serta pendukung parti yang berprinsip, profesional dan progresif seiring dengan cabaran semasa politik tanah air. Menerusi kenyataan di Facebooknya, Dr Masliha yang juga bekas Exco Puteri UMNO berkata, penglibatannya dalam pergerakan tersebut bermula sejak usia 18 tahun dan berterusan selama [...]
Puteri UMNO Terus Teguh Sebagai Suara Wanita Muda Berani Dan Berkualiti
https://umno-online.my/2025/08/04/puteri-umno-terus-teguh-sebagai-suara-wanita-muda-berani-dan-berkualiti/
SEREMBAN, 4 Ogos– Pergerakan Puteri UMNO menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-24 semalam, menandakan hampir suku abad sumbangan cemerlang sayap wanita muda itu dalam perjuangan parti keramat UMNO. Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan, Hazratul Ilani Misdar berkata sejak ditubuhkan pada tahun 2000, Puteri UMNO telah menjadi wadah penting kepada generasi wanita muda untuk menyuarakan pandangan, memimpin pelbagai inisiatif rakyat, serta [...]
Kita Bertanding Atas Panji BN, UMNO Sedia Hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/08/04/kita-bertanding-atas-panji-bn-umno-sedia-hadapi-prn-sabah-ahmad-zahid/
SANDAKAN, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus bertanding di bawah panji dan lambang yang sama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, sambil menekankan bahawa kemenangan amat penting demi rakyat negeri berkenaan. Berucap pada majlis perasmian penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Kinabatangan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan [...]
Puteri UMNO Nadi Dinamik, Wakili Suara Wanita Muda – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/08/03/puteri-umno-nadi-dinamik-wakili-suara-wanita-muda-ahmad-zahid/
KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pergerakan Puteri UMNO sebagai nadi dinamik yang mewakili suara wanita muda. Menurut beliau ini kerana mereka berani ke hadapan, bijak menyusun gerak kerja dan tidak pernah gentar mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan. “Alhamdulillah tanggal 3 Ogos saban tahun merupakan detik penuh makna buat seluruh ahli [...]