umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Sokongan Kepada Program Mobiliti Dalam ASEAN Perlu Diperkukuh – Zambry
https://umno-online.my/2025/07/04/sokongan-kepada-program-mobiliti-dalam-asean-perlu-diperkukuh-zambry/

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Sokongan kepada program mobiliti pelajar, pendidik, penyelidik dan golongan belia dalam kalangan negara ASEAN mahupun antara ASEAN dan Eropah perlu diperkukuh dalam usaha merapatkan negara dan menghubungkan rantau. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menerusi kenyataan di Facebook berkata, pada masa sama, mobiliti minda perlu terus dipromosikan melangkaui sekadar mobiliti fizikal pelajar dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MINDEF Alu Komitmen Syarikat Itali, Modenkan Aset ATM – Mohamed Khaled
https://umno-online.my/2025/07/03/mindef-alu-komitmen-syarikat-itali-modenkan-aset-atm-mohamed-khaled/

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengalu-alukan komitmen dan akan memastikan cadangan yang dikemukakan oleh dua buah syarikat dari Itali akan memberi manfaat kepada usaha permodenan aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan dua buah syarikat yang berpengkalan di Itali sempena lawatan kerja [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kebajikan Penggiat Sektor Industri GiG Terus Diperkukuh – Johan
https://umno-online.my/2025/07/03/kebajikan-penggiat-sektor-industri-gig-terus-diperkukuh-johan/

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sesi Meja Bulat Ekonomi Perkongsian dan Industri GiG yang berlangsung pada Selasa membuka peluang untuk meningkatkan lagi pelbagai usaha membantu golongan berkenaan. Timbalan Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi GiG Malaysia, Datuk Johan Abd Aziz menerusi perkongsian di Facebooknya berkata ianya juga adalah satu pencapaian yang terbaik buat mereka yang terlibat dalam sektor tersebut. “Menghadiri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perak Sejahtera 2030 Tidak Pinggirkan Masyarakat Orang Asli – MB
https://umno-online.my/2025/07/03/perak-sejahtera-2030-tidak-pinggirkan-masyarakat-orang-asli-mb/

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata dalam pelan Perak Sejahtera 2030, masyarakat Orang Asli tidak dibiarkan terpinggir. Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu, masyarakat Orang Asli di Perak sentiasa diberikan tempat, peluang dan kepercayaan. “Sektor ekopelancongan, pertanian moden, pendidikan tinggi dan latihan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) kini semakin dikuasai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MUU Cadang Anjur Multaqa’ Ulama Pada Perhimpunan Agung UMNO
https://umno-online.my/2025/07/02/muu-cadang-anjur-multaqa-ulama-pada-perhimpunan-agung-umno/

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Majlis Ulama UMNO (MUU) bercadang untuk menganjurkan Multaqa’ Ulama dan ilmuan UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada bulan November ini. Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad berkata, Multaqa’ Ulama UMNO diadakan dengan tujuan untuk menambah keyakinan para penyokong dan ahli bahawa UMNO adalah parti umat Islam terbesar. “Alhamdulilah hari ini MUU [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Program Rumah Kasih Johor Terus Diperkasa, Progresif Demi Rakyat – Mohd Jafni
https://umno-online.my/2025/07/02/program-rumah-kasih-johor-terus-diperkasa-progresif-demi-rakyat-mohd-jafni/

JOHOR BAHRU, 2 Julai – Kerajaan Negeri Johor terus komited memastikan rakyat yang memerlukan mendapat tempat tinggal selesa melalui pelaksanaan Program Rumah Kasih Johor (RKJ) yang kini berjalan dengan lebih sistematik dan berhemah. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan RKJ yang melibatkan sesi pembentangan calon penerima oleh [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sekretariat Wanita Profesional Terus Komited, Lahir Pemimpin Pelapis Negara – Dr Masliha
https://umno-online.my/2025/07/02/sekretariat-wanita-profesional-terus-cemerlang-lahir-pemimpin-muda-dr-masliha/

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Sekretariat Wanita Profesional (SWP) terus memperkukuhkan peranannya dalam melahirkan pemimpin wanita masa depan apabila dua orang ahlinya terpilih menyertai program berprestij Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) 2025. Pengerusinya, Dr Masliha Harun berkata, dua wakil SWP yang berjaya dalam kalangan 56 peserta terbaik ialah Noor Saadah Mohammad Yusof dan Siti Suhaili Sulaiman. Katanya, penyertaan mereka dalam program [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bangkit Pertahan Bangsa, Jentera UMNO Tunjang Kemenangan PRU – Abdul Razak
https://umno-online.my/2025/07/02/bangkit-pertahan-bangsa-jentera-umno-tunjang-kemenangan-pru-abdul-razak/

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kepong, Tpr Abdul Razak Abdul Rahman berpesan jentera parti khususnya Wanita UMNO agar menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya bagi memastikan parti menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Katanya, kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) amat penting bagi memastikan kepentingan agama, masa depan anak bangsa dan tanah air terus terpelihara ekoran dinamika politik masa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

RUU Pekerja Gig Dibentang Di Parlimen Ogos Atau September Ini – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/07/02/ruu-pekerja-gig-dibentang-di-parlimen-ogos-atau-september-ini-ahmad-zahid/

PUTRAJAYA, 2 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dijangka dibentang di Parlimen seawal Ogos atau September ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, RUU yang diusahakan kerajaan itu, merupakan akta pertama menjurus ke arah menjaga industri ekonomi gig di Malaysia serta yang pertama di dunia. Ahmad Zahir berkata, RUU itu, merupakan langkah penting [...]

Читать полностью…

UMNO Online

“Komuniti Prihatin” Kukuhkan Tanggungjawab Sosial DUN Gemencheh Untuk Rakyat
https://umno-online.my/2025/07/01/komuniti-prihatin-kukuhkan-tanggungjawab-sosial-dun-gemencheh-untuk-rakyat/

TAMPIN, 1 Julai – Komitmen berterusan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah terus diperkasa menerusi penganjuran Program Community Empowerment “Komuniti Prihatin” yang berlangsung di sini, semalam. Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap penglibatan aktif komuniti setempat dalam menyokong inisiatif pencegahan dadah secara kolektif. Menurut beliau, usaha membanteras dadah tidak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Johor Tidak Berkompromi Isu Kedaulatan Ekonomi Dan Keselamatan – Mohd Jafni
https://umno-online.my/2025/07/01/kerajaan-johor-tidak-berkompromi-isu-kedaulatan-ekonomi-dan-keselamatan-mohd-jafni/

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Kerajaan Negeri Johor menegaskan pendirian untuk tidak berkompromi dalam perkara yang menyentuh kedaulatan ekonomi dan keselamatan negeri, khususnya membabitkan kegiatan perniagaan haram oleh warga asing tanpa lesen. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pendekatan tegas ini diterjemahkan melalui pelaksanaan operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Terajui Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026–2030
https://umno-online.my/2025/07/01/malaysia-terajui-strategi-kerjasama-keselamatan-siber-asean-2026-2030/

PUTRAJAYA, 1 Julai – Malaysia kini menerajui penyediaan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030, sebuah kerangka masa depan yang bertujuan memperkukuh daya tahan siber serantau secara kolektif, dan dijangka dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN akan datang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia telah meletakkan keselamatan siber sebagai satu daripada agenda [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Veteran UMNO Digalak Manfaat Media Sosial, Jayakan Agenda Maju Johor
https://umno-online.my/2025/07/01/veteran-umno-digalak-manfaat-media-sosial-jayakan-agenda-maju-johor/

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Veteran UMNO digalakkan untuk memanfaatkan media sosial bagi menjayakan agenda ‘Maju Johor’, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan satu pertemuan bersama kepimpinan Veteran UMNO Johor telah diadakan untuk memperkukuh kerjasama penerangan. “Sebelum sesi bersama media, kami berkesempatan bertemu kepimpinan Veteran UMNO Johor untuk memperkukuh kerjasama [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Memperkasakan Wanita Melalui Usahawan Langkah Terbaik – Norshida
https://umno-online.my/2025/07/01/memperkasakan-wanita-melalui-usahawan-langkah-terbaik-norshida/

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim melihat usaha memperkasa wanita melalui usahawan adalah langkah yang penting dalam meningkatkan ekonomi dan kemandirian gender. Jelas beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, usahawan wanita tidak hanya menjana pendapatan untuk diri mereka tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat secara keseluruhan. “Dalam konteks ini, organisasi seperti [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perhimpunan Agung UMNO 2025 Ditunda 26 Hingga 29 Nov – Dr Asyraf
https://umno-online.my/2025/06/30/perhimpunan-agung-umno-2025-ditunda-26-hingga-29-nov-dr-asyraf/

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang sebelum ini ditetapkan pada 20 hingga 23 Ogos ditunda kepada tarikh baru iaitu 26 hingga 29 November. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata tarikh baru berkenaan mengambil kira persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. “Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2025 telah dipersetujui untuk ditunda kepada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

GOTV UMNO Sabah Bukti Komitmen Tinggi Jentera Menangi PRN – Awang Aslee
https://umno-online.my/2025/07/03/gotv-umno-sabah-bukti-komitmen-tinggi-jentera-menangi-prn-awang-aslee/

BEAUFORT, 3 Julai – ‘Get Out The Vote’ (GOTV) UMNO Sabah yang berlangsung baru-baru ini memperlihatkan komitmen dan kesiapsiagaan jentera parti dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, menyifatkan program GOTV ini sebagai medan latihan terbaik untuk memperkukuh gerak kerja parti dan menyusun strategi yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia-Itali Perkukuh Hubungan Dagang Melalui Sesi Meja Bulat – Mohamad
https://umno-online.my/2025/07/03/malaysia-itali-perkukuh-hubungan-dagang-melalui-sesi-meja-bulat-mohamad/

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Malaysia dan Itali memperkukuhkan hubungan dagang melalui Sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa lebih 100 buah syarikat dari kedua-dua buah negara telah mengambil bahagian dalam sesi tersebut. “Dalam rangka lawatan kerja ke [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dr Anil Seru Kukuhkan Perpaduan, Mantapkan Gerak Kerja Menuju PRN Sabah
https://umno-online.my/2025/07/03/dr-anil-seru-kukuhkan-perpaduan-mantapkan-gerak-kerja-menuju-prn-sabah/

TENOM, 3 Julai – Bendahari Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu menyeru agar seluruh jentera Pemuda UMNO Bahagian Tenom terus memperkukuh perpaduan dan semangat juang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat. Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Bobby Balang serta seluruh perwakilan sayap pemuda [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rakyat Semakin Sedar Kepentingan Politik Khidmat, Tolak Budaya Fitnah – Maslin Sham
https://umno-online.my/2025/07/02/rakyat-semakin-sedar-kepentingan-politik-khidmat-tolak-budaya-fitnah-maslin-sham/

KUALA KANGSAR, 2 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar Datuk Maslin Sham Razman berkata rakyat kini semakin sedar mereka amat memerlukan politik khidmat berbanding politik yang penuh dengan budaya fitnah dan dakyah. Ujarnya, kesilapan mereka yang terkeliru dengan permainan persepsi yang dibawa oleh pihak lawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu ternyata tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat. “Kita [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pertahankan UMNO Di Sabah, Penting Kemenangan Setiap Kerusi Ditandingi – Wan Rosdy
https://umno-online.my/2025/07/02/pertahankan-umno-di-sabah-penting-kemenangan-setiap-kerusi-ditandingi-wan-rosdy/

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berbesar hati turun padang ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah bagi meninjau gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). Beliau ke UMNO Bahagian Kinabatangan yang merupakan bahagian angkat diamanahkan kepada UMNO Pahang. “Kehadiran saya di bumi Sabah dimulakan dengan kunjungan ke UMNO Bahagian Kinabatangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Libaran Dan BPUN Kedah Mantapkan Gerak Kerja, Perkukuh Ukhuwah Perjuangan
https://umno-online.my/2025/07/02/umno-libaran-dan-bpun-kedah-mantapkan-gerak-kerja-perkukuh-ukhuwah-perjuangan/

SANDAKAN, 2 Julai – UMNO Bahagian Libaran dan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Kedah terus memperkukuh semangat muafakat dan ukhuwah perjuangan menerusi lawatan kerja dan program bersama yang berlangsung di kawasan Libaran menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Ketua Penerangan UMNO Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir bersama Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Madani Komited Perkukuh Sistem Keadilan Mesra Kanak-Kanak – Azalina
https://umno-online.my/2025/07/02/kerajaan-madani-komited-perkukuh-sistem-keadilan-mesra-kanak-kanak-azalina/

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Kerajaan Madani komited untuk memperkukuhkan sistem keadilan yang lebih mesra kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Azalina memaklumkan beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Garis Panduan Khas Pengendalian Kes Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, di Bangunan Parlimen pada Isnin. “Seiring dengan komitmen Kerajaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

GOTV Zon Timur Sabah, Persiapan Rapi Jentera Hadapi PRN – Wan Rosdy
https://umno-online.my/2025/07/02/gotv-zon-timur-sabah-persiapan-rapi-jentera-hadapi-prn-wan-rosdy/

SANDAKAN, 2 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan Kursus ‘Get Out The Voters’ (GOTV) Zon Pantai Timur Sabah yang berlangsung di sini sebagai langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menurut beliau yang juga Menteri Besar Pahang, kursus ini bukan sekadar perhimpunan politik semata-mata, malah merupakan platform [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Manfaat Mesyuarat Bahagian Bawa Keperluan Semasa Rakyat Di Kawasan
https://umno-online.my/2025/07/01/manfaat-mesyuarat-bahagian-bawa-keperluan-semasa-rakyat-di-kawasan/

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berharap mesyuarat bahagian yang dilaksanakan di seluruh negara pada ketika ini dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh solidariti dalam kalangan akar umbi parti. Menurut beliau ia juga sebagai platform untuk merangka pembangunan kepada kawasan sesuai dengan keperluan semasa rakyat di kawasan. “Mesyuarat bahagian ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Nahas Bas UPSI: Noraini Ziarah Mangsa Perodua Alza
https://umno-online.my/2025/07/01/nahas-bas-upsi-noraini-ziarah-mangsa-perodua-alza/

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Wanita UMNO Malaysia , Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah menziarahi mangsa Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan dengan bas yang membawa para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Sabtu. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan rasa simpati terhadap musibah menimpa keluarga tersebut dan menzahirkan penghargaan kepada semua [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dr Akmal Hargai Jasa, Bimbingan Bekas Pimpinan UMNO Jasin
https://umno-online.my/2025/07/01/dr-akmal-hargai-jasa-bimbingan-bekas-pimpinan-umno-jasin/

JASIN, 1 Julai – Ketua UMNO Bahagian Jasin merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengucapkan terima kasih dan amat menghargai jasa bekas pimpinan bahagian itu yang memperkenalkannya kepada UMNO. Exco Kerajaan Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, individu yang bertanggungjawab membawanya kepada UMNO adalah bekas Ketua UMNO bahagian iaitu Datuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

“Radu Tetap Radu”: UMNO Pensiangan Komited Pastikan BN Menang PRN Sabah
https://umno-online.my/2025/07/01/radu-tetap-radu-umno-pensiangan-komited-pastikan-bn-menang-prn-sabah/

NABAWAN, 1 Julai – Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Busiau Ampirak menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan berganjak dalam usaha untuk memastikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau berkata, ini termasuklah merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan walaupun pada PRN yang lalu jentera UMNO diarah untuk membantu calon Perikatan Nasional (PN), namun [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Semangat Muafakat Perkukuh UMNO Bentong
https://umno-online.my/2025/07/01/semangat-muafakat-perkukuh-umno-bentong/

BENTONG, 1 Julai –Semangat muafakat dan iltizam untuk terus memperkukuh perjuangan UMNO jadi keutamaan kepada UMNO Bahagian Bentong dalam meneruskan kesisambungan parti. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohd Zaini Salleh menekankan keperluan memperkukuh kekuatan dalaman parti menerusi kerjasama semua peringkat kepimpinan dan akar umbi. “UMNO Bentong mesti kekal sebagai benteng utama memperjuangkan nasib rakyat, khususnya orang Melayu dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MKT Boleh Pertimbang Rayuan Tindakan Disiplin – SUA UMNO
https://umno-online.my/2025/06/30/mkt-boleh-pertimbang-rayuan-tindakan-disiplin-sua-umno/

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO boleh mempertimbangkan sebarang rayuan yang dibuat oleh mana-mana ahli yang dikenakan sebarang tindakan disiplin parti. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat MKT malam ini berkata proses berkenaan selaras dengan Perlembagaan parti tersebut. “Majlis Kerja Tertinggi boleh mempertimbangkan sebarang rayuan yang dikemukakan oleh mana-mana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Perlu Dominan Semula, Bukan Sekadar Jadi Pelengkap – Syahbudin
https://umno-online.my/2025/06/30/umno-perlu-dominan-semula-bukan-sekadar-jadi-pelengkap-syahbudin/

MACHANG, 30 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbudin Hashim menegaskan bahawa UMNO perlu terus berusaha memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang bagi memastikan parti itu kembali menjadi dominan dalam landskap politik negara. Menurut beliau, ini adalah selari dengan saranan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel