umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Lawatan TPM Ahmad Zahid Ke Beehive Bunker Rintis Kerjasama Pengurusan Bencana Malaysia-New Zealand
https://umno-online.my/2025/07/17/lawatan-tpm-ahmad-zahid-ke-beehive-bunker-rintis-kerjasama-pengurusan-bencana-malaysia-new-zealand/

WELLINGTON, 17 Julai – Malaysia dan New Zealand berpotensi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pengurusan bencana melalui pendekatan lebih holistik, susulan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke National Crisis Management Centre (Beehive Bunker) di sini hari ini. Lawatan itu adalah sebahagian daripada hari terakhir misi kerja rasmi lima hari beliau ke negara Oceania tersebut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

ADUN Asahan Pastikan Tiada Anak Tercicir Pendidikan Hanya Kerana Kekangan Kewangan
https://umno-online.my/2025/07/17/adun-asahan-pastikan-tiada-anak-tercicir-pendidikan-hanya-kerana-kekangan-kewangan/

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan bersyukur dapat menyampaikan sumbangan pendidikan kepada murid-murid sekolah rendah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pagi tadi. Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan berkata, usaha ini selaras dengan komitmen untuk memastikan tiada anak-anak yang tercicir dalam pendidikan hanya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

SWP Sokong Titah Adendum, Seru Pelaksanaan Secara Tertib
https://umno-online.my/2025/07/17/swp-sokong-titah-adendum-seru-pelaksanaan-secara-tertib/

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Sekretariat Wanita Profesional (SWP) menjunjung kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengesahan oleh pihak Peguam Negara berhubung kewujudan Titah Adendum yang memperkenankan penahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Pengerusinya, Dr Masliha Harun berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan rasmi Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Mesti Jadi Juara Suara Rakyat – Azman Azeez
https://umno-online.my/2025/07/17/pemuda-umno-mesti-jadi-juara-suara-rakyat-azman-azeez/

BALING, 17 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohamad Khairul Azman Abdul Azez menegaskan bahawa Pemuda UMNO perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membawa suara rakyat dan bukan sekadar mengikut telunjuk tokoh-tokoh besar parti. Menurutnya, rakyat hari ini mendambakan pemimpin yang benar-benar mendengar dan menyuarakan keluhan mereka di peringkat akar umbi. “Rakyat mahu ahli parti bawa suara mereka. Kita perlu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Melaka Bakal Perkenal Smart AI Tourism, Perkukuh Ekosistem Pelancongan Digital
https://umno-online.my/2025/07/17/melaka-bakal-perkenal-smart-ai-tourism-perkukuh-ekosistem-pelancongan-digital/

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Kerajaan Melaka bakal memperkenalkan inisiatif pelancongan pintar baharu dikenali sebagai “Smart AI Tourism Melaka” menjelang September ini, dalam usaha memperkukuh ekosistem pelancongan digital di negeri berkenaan. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu akan memudahkan pelancong mendapatkan maklumat arah dan lokasi tumpuan pelancongan dengan lebih cepat serta [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Titah Adendum Perlu Dilaksana Segera, Pelihara Institusi Diraja – Rose Amalina
https://umno-online.my/2025/07/17/titah-adendum-perlu-dilaksana-segera-pelihara-institusi-diraja-rose-amalina/

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Titah Adendum berkaitan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu dilaksanakan segera demi memelihara maruah Institusi Diraja dan memastikan keadilan dapat ditegakkan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Rose Amalina Rosemin berkata, pengesahan rasmi Titah Adendum tersebut mengakhiri segala penafian dan keraguan sebelum ini. “Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menyuarakan kekesalan terhadap kegagalan pihak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pahang Catat Jumlah Pelaburan RM4 Bilion, Tertinggi Di Negeri Pantai Timur
https://umno-online.my/2025/07/17/pahang-catat-jumlah-pelaburan-rm4-bilion-tertinggi-di-negeri-pantai-timur/

KERAJAAN Negeri Pahang terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam menarik pelaburan ke negeri ini. Sehingga Jun 2025, Pahang mencatat jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan mencecah RM4 bilion, sekali gus mengatasi negeri-negeri lain seperti Terengganu (RM1.3 bilion) dan Kelantan (RM1.1 bilion). Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat dan usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan Negeri, syarikat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tabika Tunas Istimewa KEMAS Dukung Pendidikan Awal Anak Istimewa – Rais
https://umno-online.my/2025/07/16/tabika-tunas-istimewa-kemas-dukung-pendidikan-awal-anak-istimewa-rais/

KUALA lUMPUR, 16 Julai – Exco Kanan Kerajaan Melaka, Datuk Rais Yasin melihat pelaksanaan Tabika Tunas Istimewa KEMAS adalah salah satu usaha penting pendidikan awal kamak-kanak istimewa. Menurut beliau usaha berkenaan amat perlu dalam mendukung pendidikan awal anak-anak yang istimewa selaras dengan aspirasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk memperkukuhkan pembangunan komuniti luar bandar. “Alhamdulillah, saya telah hadir menyambut kedatangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Titah Adendum YDPA Mesti Dilaksanakan Tanpa Dolak-dalik Atau Alasan Politik
https://umno-online.my/2025/07/16/titah-adendum-ydpa-mesti-dilaksanakan-tanpa-dolak-dalik-atau-alasan-politik/

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menegaskan bahawa Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mesti dilaksanakan tanpa dolak-dalik atau alasan politik. Katanya ini kerana sebarang keengganan adalah lambang penderhakaan kepada institusi Raja-Raja Melayu. “Pemuda UMNO akan terus menjadi benteng mempertahankan kedaulatan Raja, keluhuran Perlembagaan, dan prinsip negara berdaulat. “Kita tidak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Akta JAC Akan Diperkemas – Azalina
https://umno-online.my/2025/07/16/akta-jac-akan-diperkemas-azalina/

PUTRAJAYA, 16 Julai – Kerajaan sedang meneliti semula Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 susulan kekeliruan yang timbul berhubung proses pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata satu jawatankuasa khas akan dibentuk, melibatkan Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, pakar perlembagaan, peguam serta ahli akademik bagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bangkit Daripada Kekalahan, UMNO Perlu Jadi Arkitek Komunikasi Rakyat
https://umno-online.my/2025/07/15/bangkit-daripada-kekalahan-umno-perlu-jadi-arkitek-komunikasi-rakyat/

PENDANG, 15 Julai – UMNO Bahagian Pendang perlu bangkit dengan semangat baharu daripada kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu melalui strategi-strategi yang digariskan, ujar Ketuanya Datuk Suraya Yaacob. Kata Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia itu, kesatuan dan kestabilan dalaman serta keunggulan tadbir urus sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan antara elemen yang sangat penting. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Langkah Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Tangani Isu Salah Laku Hakim – Azalina
https://umno-online.my/2025/07/15/langkah-berlandaskan-perlembagaan-persekutuan-tangani-isu-salah-laku-hakim-azalina/

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan mekanisme yang jelas untuk menangani salah laku hakim. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata ia melalui Perkara 125(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan tribunal khas bagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Titah Adendum Disahkan, Laksana Keadilan Untuk Najib – Arman Azha
https://umno-online.my/2025/07/15/titah-adendum-disahkan-laksana-keadilan-untuk-najib-arman-azha/

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Arman Azha Abu Hanifah menyifatkan kelewatan pelaksanaan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai satu kegagalan sistem untuk menzahirkan keadilan sebenar. Ini kerana katanya, setelah dua mahkamah iaitu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengakui kewujudan titah tersebut, seharusnya tiada lagi ruang untuk mempertikaikannya. “Tolong laksanakan keadilan dengan seadil-adilnya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Muhyiddin Obses Mahu Jadi PM ‘Tebuk Atap’ – Puad
https://umno-online.my/2025/07/15/muhyiddin-obses-mahu-jadi-pm-tebuk-atap-puad/

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menyifatkan pemimpin itu sebagai obses ‘menebuk atap’. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata ini kerana Muhyiddin melalui kenyataannya mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan. “Muhyiddin mendesak agar PMX letak jawatan kerana faktor [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Selayang Sokong Tubuh Sekretariat Perundangan, Lindungi Kepentingan Melayu/Islam – Hasnal Rezua
https://umno-online.my/2025/07/15/umno-selayang-sokong-tubuh-sekretariat-perundangan-lindungi-kepentingan-melayu-islam-hasnal-rezua/

SELAYANG, 15 Julai – UMNO Bahagian Selayang menyambut baik hasrat parti untuk mewujudkan Sekretariat Perundangan bagi mengkaji dan membawa kes-kes mahkamah terhadap mereka yang memfitnah pemimpin-pemimpin UMNO. Ketuanya, Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican berkata fungsi sekterariat ini harus diperluaskan bagi mengenal implikasi terhadap masyarakat. “Sekretariat Perundangan yang mengkaji semua Rang Undang-Undang dan Rang Undang-Undang (Pindaan) yang bakal dibentangkan di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kes Kebejatan Sosial Memalukan Imej ‘Serambi Mekah’, Wakil Rakyat Jangan Lepas Tangan
https://umno-online.my/2025/07/17/kes-kebejatan-sosial-memalukan-imej-serambi-mekah-wakil-rakyat-jangan-lepas-tangan/

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Semua pihak amat diperlukan tidak mengira latar belakang politik, budaya dan pekerjaan menyokong usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memerangi masalah kebejatan sosial yang berlaku di negeri Kelantan seperti isu penyalahgunaan dadah, parti hubungan sejenis dan terlarang. Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Noor Hariri Mohamed Noor menegaskan semua pihak mesti bersatu hati menyokong tindakan Ketua [...]

Читать полностью…

UMNO Online

30 Peratus Peserta PLKN Tidak hadir, Masalah Kesihatan Antara Alasan Utama
https://umno-online.my/2025/07/17/30-peratus-peserta-plkn-tidak-hadir-masalah-kesihatan-antara-alasan-utama/

KOTA TINGGI, 17 Julai – Kira-kira 30 peratus peserta daripada dua siri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilaporkan gagal menghadiri latihan atas pelbagai alasan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata antara alasan utama yang diberikan adalah masalah kesihatan dan melanjutkan pengajian ke universiti. “Setakat ini, bagi setiap siri sebelum ini untuk PLKN 3.0 kita dapati [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRN Sabah: Bawa Politik Waras… Tanpa Hina, Fitnah
https://umno-online.my/2025/07/17/prn-sabah-bawa-politik-waras-tanpa-hina-fitnah/

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Semua pihak digesa untuk membawa politik yang waras dengan tidak menghina, memfitnah dan menjatuhkan maruah sesiapa lebih-lebih lagi apabila menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi. Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, beliau menghormati pendirian dan meraikan perbezaan pendapat rakan-rakan yang menyokong parti berbeza seperti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). “Saya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Tidak Akan Sesekali Khianati Janji Kepada Bangsa Melayu – Razlan
https://umno-online.my/2025/07/17/umno-tidak-akan-sesekali-khianati-janji-kepada-bangsa-melayu-razlan/

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan bahawa UMNO tidak akan sesekali mengkhianati janjinya kepada bangsa Melayu meskipun bersama Kerajaan Perpaduan. Ujarnya, tuduhan bahawa UMNO ‘menjual’ agama, bangsa Melayu dan mengetepikan prinsip perjuangan dibuat oleh pihak lawan untuk meracuni pemikiran rakyat. “UMNO dituduh ‘menjual’ agama dan bangsa Melayu hari ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Cah Keting’ Musnahkan Parti… Kukuhkan Perpaduan
https://umno-online.my/2025/07/17/cah-keting-musnahkan-parti-kukuhkan-perpaduan/

TAIPING, 17 Julai – Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie menggesa seluruh ahli parti agar kembali menghayati semangat perjuangan UMNO yang sebenar. Menurut beliau, perpecahan dalaman dan sikap ‘cah keting’ harus dihentikan demi memastikan kekuatan parti dapat diperkukuh semula. “Marilah sama-sama menghayati semula perjuangan dan asasnya adalah perpaduan. Janganlah kita bergaduh sesama sendiri, ‘cah keting’, jangan menjadikan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Lawat Pusat Krisis Kebangsaan New Zealand, Temu Komuniti Malaysia
https://umno-online.my/2025/07/17/ahmad-zahid-lawat-pusat-krisis-kebangsaan-new-zealand-temu-komuniti-malaysia/

WELLINGTON, 17 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan melawat Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan New Zealand hari ini, bagi meninjau pendekatan negara ini dalam menangani bencana dan krisis nasional. Lawatan ke fasiliti yang terletak di Bunker Beehive, Parlimen New Zealand berkenaan adalah sebahagian daripada pengisian hari keempat lawatan kerja rasmi Ahmad Zahid ke negara ini, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KPWKM Terus Komited Tangani Keganasan Rumah Tangga – Noraini
https://umno-online.my/2025/07/16/kpwkm-terus-komited-tangani-keganasan-rumah-tangga-noraini/

KUALA TERENGGANU, 16 Julai – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menegaskan komitmen berterusan dalam menangani isu keganasan rumah tangga melalui pelaksanaan program berfokuskan pencegahan, perlindungan dan pemulihan. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, usaha ini termasuk program Aku Wanita@KRT, yang menyasarkan peningkatan kesedaran masyarakat, khususnya di Terengganu, terhadap isu keganasan rumah tangga. “Program Advokasi Kesejahteraan untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Komitmen Holistik KKDW Bukti Rakyat Luar Bandar Sabah Diutamakan – Jamal Nerubi
https://umno-online.my/2025/07/16/komitmen-holistik-kkdw-bukti-rakyat-luar-bandar-sabah-diutamakan-jamal-nerubi/

PAPAR, 16 Julai – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi memuji komitmen serius kerajaan Persekutuan khususnya melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dalam memperkasa ekonomi rakyat luar bandar, terutamanya golongan usahawan mikro dan kecil di Sabah. Beliau berkata, usaha proaktif ini amat bertepatan dengan keperluan semasa rakyat, khususnya dalam era pasca pandemik yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohd Rafi Hargai Peranan Wanita UMNO, Komitmen Tinggi Dalam Perjuangan
https://umno-online.my/2025/07/16/mohd-rafi-hargai-peranan-wanita-umno-komitmen-tinggi-dalam-perjuangan/

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Rafi Ali Hassan melihat peranan serta komitmen Wanita UMNO cukup tinggi di samping jentera parti yang lain. Beliau yang berkesempatan merasmikan Mesyurat Wanita UMNO di beberapa bahagian termasuk yang terbaru Wanita UMNO Kota Melaka Jumaat lalu melihat sumbangan ‘tudung merah’ terhadap perjuangan UMNO cukup tinggi. “Saya telah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Teruskan Lawatan Kerja Di Wellington, Perkukuh Hubungan Malaysia-NZ
https://umno-online.my/2025/07/16/ahmad-zahid-teruskan-lawatan-kerja-di-wellington-perkukuh-hubungan-malaysia-nz/

WELLINGTON, 16 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meneruskan hari ketiga lawatan kerja rasmi ke New Zealand dengan siri pertemuan bersama beberapa pemimpin kanan negara itu di ibu negara di sini, dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia- New Zealand. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, memulakan jadual padatnya seawal [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bekerja Untuk Menang… UMNO Bahagian Tumpat Hasrat Tambah Cawangan Pemuda, Puteri
https://umno-online.my/2025/07/15/bekerja-untuk-menang-umno-bahagian-tumpat-hasrat-tambah-cawangan-pemuda-puteri/

TUMPAT, 15 Julai – UMNO Bahagian Tumpat berhasrat untuk menambah dan memperkasa cawangan Pergerakan Pemuda serta Puteri sebagai salah satu usaha bagi mendapatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kini bahagian tersebut mempunyai hanya 207 cawangan dan ia dilihat agak sukar untuk menyantuni lebih 170,000 pengundi. “UMNO Bahagian Tumpat ada 207 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Perlu Bangkit Dan Mara Demi Rakyat – Reezal Merican
https://umno-online.my/2025/07/15/umno-perlu-bangkit-dan-mara-demi-rakyat-reezal-merican/

KLANG, 15 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyeru agar seluruh jentera parti terus memperkukuh saf perjuangan dalam menghadapi cabaran politik semasa yang semakin mencabar. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Klang Tahun 2025 yang berlangsung dalam suasana penuh semangat baru-baru ini. “Saya yakin [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Cadang Tubuh Majlis Perniagaan, TVET Khas Perkasa Orang Asli
https://umno-online.my/2025/07/15/ahmad-zahid-cadang-tubuh-majlis-perniagaan-tvet-khas-perkasa-orang-asli/

ROTORUA (New Zealand), 15 Julai – Sebuah Majlis Perniagaan Orang Asli dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas dicadangkan untuk ditubuhkan bagi memperkasakan ekonomi komuniti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada lima cadangan utama diilhamkan hasil pencapaian komuniti Maori di New Zealand yang dilihat berjaya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Norliza Seru Laksana Titah Ikut Perlembagaan, Tuntut Keadilan Untuk Najib
https://umno-online.my/2025/07/15/norliza-seru-laksana-titah-ikut-perlembagaan-tuntut-keadilan-untuk-najib/

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan UMNO dalam menyeru agar titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dilaksanakan mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang. Ketuanya yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata tuntutan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Kenal Pasti Tiga Bidang Keutamaan Perkukuh Kerjasama Dengan New Zealand – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/07/15/malaysia-kenal-pasti-tiga-bidang-keutamaan-perkukuh-kerjasama-dengan-new-zealand-ahmad-zahid/

AUCKLAND, 15 Julai – Malaysia telah mengenal pasti tiga bidang keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dengan New Zealand iaitu kemampanan, transformasi digital dan keterjaminan makanan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata New Zealand, dengan 87 peratus tenaga elektriknya dijana daripada sumber boleh baharu merupakan peneraju dalam peralihan hijau. “Ini selari dengan komitmen Malaysia untuk mencapai matlamat pelepasan [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel