Bukankah lebih baik memperbaiki daripada mengganti? Jadikan setiap pertengkaran itu sebagai pelajaran, bukan akhir dari sebuah perjuangan.
Taurus | 21 MAY 2021
@Kutipanrasaa
[[~🌦]] Selalu berpesan pada hati jangan terlalu mudah untuk jatuh cinta supaya tidak menanggung sakit.
@wahaihati
[[~🌦]] Jangan cuma jaga hubungan sesama manusia, Hubungan sama Tuhanmu juga harus dijaga.
@wahaihati
[[~🌦]] Jangan pernah memaksa dia untuk menerima kamu. Cinta itu tidak boleh dipaksa. Kalau benar sayangkan dia usahalah, doanya jangan lupa!
@wahaihati
[[~🌦]] 1000 kali kau sakitkan aku pun, aku akan sentiasa ada untuk kau bila kau jatuh. Asalkan kau sentiasa bahagia.
@wahaihati
[[~🌦]] Jika kamu merasa perpisahan itu adalah jalan terbaik buat kita, maka putuskan saja hubungan ini.
@wahaihati
[[~🌦]] Lama sudah kita tidak bersua, apa khabar kau disana ? Aku masih disini dan memikirkan tentang kamu. Rindu ? Semestinya, kau lah yang selalu ada dekat dengan diriku dahulu. Maafkan aku kerna pergi tanpa berita.
@Wahaihati
[[RIF]]
Change your mentality from "I am broken and helpless" to "I am growing and healing" and see how life changes for the better.
@wahaihati
[[RIF]]
If we date, I’m pushing you to become a better you.
@wahaihati
Hei, sudah berapa lama tak saling sapa? Kamu tidak kangen 'kita'?
Bumi, tentangmu lagi
Taurus | 10 February 2021
@Kutipanrasaa
Seasing apapun kita sekarang, jangan lupa dengan kita yang dulu pernah saling sapa dengan kata 'sayang'.
Taurus | 19 January 2021
@Kutipanrasaa
Semua orang berpotensi untuk buat silap. Kadang kita buat silap dengan orang lain. Kadang orang lain buat silap dengan kita.
Kesilapan akan mencetuskan konflik. Tahap konflik pula bergantung kepada penerimaan setiap orang yang pastinya berbeza-beza. Ada yang boleh menerima dengan hati terbuka. Ada yang perlukan masa untuk merawat hati yang terluka.
Saya sendiri pun dah melalui tiga tahap penerimaan yang berubah seiring dengan masa.
Peringkat awal, pada ketika saya belum mengerti, memang tiada maaf bagimu. Pantang teringat, mesti sakit hati. Betapa puasnya hati jika ada peluang untuk membalas. Itu semasa zaman masih berebut mata pensel dengan abanglah.
Dah lama hidup, insaf sikit. Dah pandai kawal hati. Dah mampu memaafkan. Dah mula faham bahawa perkara yang dah jadi, bukannya boleh diperbetulkan lagi. Mahu tak mahu, hadap sajalah kesannya. Tetapi itulah … melupakannya tidak sekali-kali. Biarlah ia kekal dalam peringatan sebagai langkah berhati-hati.
Semakin matang, semakin pandai berfikir dan mula belajar meletakkan rasional atas setiap apa yang berlaku. Tidak lagi membuang masa melayankan toksik yang menjadi beban diri.
Dah tahu mengalihkan perhatian kepada sekian banyak nikmat lain yang boleh memberi bahagia. Dah mula faham bahawa mata Allah ciptakan sedemikian rupa untuk kita melihat ke hadapan, bukan ke belakang. Dah pandai angkat kening dan berkata… “Let it go.”
Jalan terus!
Ternyata, kejayaan melepaskan semua kemarahan itu adalah sesuatu yang membahagiakan. Ibaratnya mendapat sepotong hati yang baru.
Fresh!
Ya. Sangka saya, itulah kemuncak kejayaan dalam menangani konflik. Rupanya tidak ….
Membaca kupasan tentang cara menangani konflik oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam buku beliau, Setia Dengan Kebenaran, yang berpandukan surah al Imran ayat 159, membuatkan saya berfikir semula.
Rupanya apa yang berjaya saya lakukan setakat ini dalam menangani konflik masih ada lompongnya walaupun dah cukup baik.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah, (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut terhadap mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan jika engkau bersikap kasar dan berkeras hati, tentulah mereka lari dari sekelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka. dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
Bukannya tidak pernah berjumpa ayat ini, tetapi disebabkan pengertian yang belum cukup mendalam, maka saya terlepas pandang ilmu yang sangat berharga ini.
Ayat ini diturunkan semasa Rasullullah s.a.w berhadapan dengan sikap tentera Islam yang ingkar arahan baginda ketika perang Uhud sehingga menyebabkan kekalahan kepada pihak Islam.
Ayat ini menampilkan teknik yang diguna pakai oleh baginda bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Maka inilah empat langkah itu, yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan apabila berhadapan dengan konflik atau kesalahan orang lain.
1. Bersikap lembut dan memaafkan.
Saya melihat di sinilah keindahan yang diajar oleh Islam.
Walaupun dilemparkan dengan batu, tetap perlu dibalas dengan bunga.
Berlembut bukan tanda kita lemah, tetapi tanda kita redha. Perkara yang berlaku tidak ada apa yang boleh diubah lagi. Yang mampu dilakukan hanyalah memperbaiki keadaan.
Lebih cepat kita redha, lebih mudah kita memaafkan.
Jika meminta maaf itu sifat orang yang berani, maka memberi maaf itu pula adalah sifat orang yang kuat.
Memaafkan bukan sebab kita menyokong kesalahannya, kerana salah tetap salah. Sebaliknya itu tanda kita sedar dan mengakui bahawa manusia itu sifatnya tidak sempurna. Setiap orang berpotensi untuk melakukan kesalahan.
Memaafkan demi memberi peluang kedua dia menebus kesalahan dan memudahkan masa hadapan. Di sinilah kunci utama yang akan menentukan tindakan kita yang seterusnya.
"Sekarang waktu telah berganti. Apa yang kau rasakan, tidak ada yang berubah, 'kan? Masih tetap sama seperti waktu kemarin, tetap terluka dan kecewa"
Taurus | 14 January 2021
@kutipanrasaa
[[RIF]]
"Aku rindu"
Kebanyakan dari mereka hanya mampu dan berhasil untuk menulisnya saja, namun gagal untuk mengungkapkannya.
@Wahaihati
Rindu Sang Penyair
Kau kira rinduku hanya sederas hujan, sepekat malam dan sekencang deru angin yang berembus?
Tidak, Kekasih!
Bahkan gelombang di lautan saja tak mampu mengalahkan gemuruh dalam dadaku.
Kau kira sebaris pesan yang kau kirimkan mampu melebur semua rindu itu?
Sekali lagi … tidak, Kekasih!
Rindu penyair abadi dalam setiap makna yang tersirat dalam diksi
Rindu penyair kekal dalam kisah yang terangkai bak sebuah fiksi
Aku masih menunggu tabah meredam debar
Menanti kalimat yang tak mampu kau ucapkan
Digulir waktu kemudian cahayanya berpendar
Sudahlah, mungkin pertemuan pun hanya bualan
Aku serupa lilin yang membakar diri untuk menerangi jalanmu
Sementara di ujung jalan, bukanlah aku yang sedang kau tuju
Untuk apa kau hapus segala kenangan dan lukaku?
Sementara kau hanya ingin menorehkan luka yang baru di hatiku.
Mulutku diam akan tetapi hatiku meracau
Ini bukan lelucon laiknya pertunjukan komedi
Tapi tentang hati yang bertalu waktu dalam merindu
Taurus | 14 April 2021
@Kutipanrasaa
Sudah saatnya untuk melepas, bahagianya bukan lagi denganmu, ceritanya sudah bukan lagi tentangmu. Sekarang saatnya untuk belajar ikhlas, melepas; adalah caraku untuk mencintaimu.
Taurus | 22 Mac 2021
@Kutipanrasaa
[[Naqi`]] Jangan risau kalau diri kita tak goodlooking di mata org sebb pandangan orang tak sama dgn pandangan Allah.
@wahaihati
[[~🌦]] Sememangnya kita berbeza pendapat, tapi tak bermakna kita tidak sehati kan ?
@wahaihati
[[~🌦]] Hampir menyerah tapi hati tegas berkata kalau sayang, cinta itu harus diperjuangkan.
@wahaihati
[[~🌦]] Kenapa harus menunggu dia yang tak pasti, sedangkan sudah ada yang menunggumu di depan.
@wahaihati
[[~🌦]] Tiada niat untuk berubah atau berpaling dari kau. Cuma aku takut, takut terjatuh hati pada kau.
@wahaihati
[[RIF]]
Stop fixing people while they’re breaking you.
@wahaihati
AKU DISLEKSIA
Pagi hari
Ku lihat aksara menari-nari
Di papan tulis guruku
Lalu aksara itu terbang di cakerawala
B ku lihat D yang melompat
G ku lihat menumbuk lumat J
M pula terbang berkepak helang seperti W
Ku tulis
Ku lukis
Sebaris
Tetap bersilang salah
Hujung kaki menguis - guis
Terkulat - kulat menahan telah
Aduh...apalagi salah?
Bacaku lambat
Sebutku pelat
Kerjaku terbengkalai lewat
Guruku menjerkah dengan mata membulat
Kawan mula ketawa mengiat
Ku hadiahkan guru
Kuntum senyum dengan sebaris gigi berkarat
Sering ku membuang pandang
Melihat jauh ke tengah padang
Melihat gelagat sang belalang
Melompat - lompat girang
Aku berangan jadi seekor belalang
Aku disleksia
Usaha tulis baca ku sia - sia
Hari -hari dimarah sahaja
Tapi seorang guru itu tidak lupa
Menepuk bahu semangat
Agar terus usaha
Kerana aku juga manusia
Punya doa
Kudrat serta usaha
Berkehendak pada kurniaNya.Aynil
| 11 Februari 2021
@Lucernas
[[~🌦]] Kalau kau rindu bacalah puisi yang pernah ku beri dulu. Hayati setiap bait perkataan itu supaya kau fahami perasaan ini walaupun kita tidak sehaluan.
@wahaihati
2. Pohon keampunan kepada Allah untuk mereka yang telah melakukan kesalahan itu.
Kita mungkin boleh memaafkan kesalahan yang melibatkan antara kita dan dia, namun kita tiada kuasa memaafkan kesalahannya yang melibatkan orang lain atau Allah.
Nah! Betapa halusnya Allah mengajar kita melenturkan hati sendiri, dan pada masa yang sama melenturkan hati pihak yang melakukan kesalahan itu.
Bagaimana?
Pada ketika ini darjat kita sudah pasti sedikit tinggi daripada pihak yang berbuat kesalahan. Maka ini adalah saat di mana Allah sedang melindungi diri kita daripada sifat sombong dan merasa diri lebih baik atau mulia.
Memohon ampun kepada Allah untuk mereka akan mengingatkan kita bahawa kita dan juga dia adalah sama-sama hambaNya. Sama-sama berpotensi melakukan kesalahan. Tiada siapa pun yang lebih baik daripada siapa.
3. Berbincang untuk dapat kata sepakat.
Membuka ruang perbincangan akan mewujudkan komunikasi dua hala, sekaligus memberi peluang kita mendengar penjelasan daripada perspektif pesalah. Cuba memahami punca yang mendorongnya melakukan kesalahan tersebut dapat membantu kita membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan sesuai dengan keperluan.
Psikologi manusia yang berasa dirinya difahami dan tidak dianiayai, mereka akan lebih terbuka menerima sebarang keputusan. Begitu Allah mendidik kita supaya bersifat empati terhadap orang lain.
4. Buat keputusan dan tawakal.
Berpegang kepada keputusan yang telah disepakati, dan seterusnya bertawakal saja kepada Allah.
Urusan kita sudah selesai setakat itu. Selebihnya, serahkan saja kepada Allah kerana Dia yang memegang hati manusia.
Begitulah.
Garis panduan menangani konflik yang sangat sempurna! Penuh diplomasi, tegas dan pada masa yang sama meletakkan Allah bersama-sama dalam setiap tindakan.
Semoga kita menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
@Ruang_Aksara
10 Pieces of advice to every women:
1. When respect is no longer there, find your way out. Although it is hard to start over, do not wait until you lose yourself in the process.
2. Do not chase love. Chase your dreams instead.
3. No one has the right to make you feel worthless. You are more than enough.
4. If someone really loves you, he will pursue you and will make real efforts.
5. Please know that you are beautiful together with your scars and imperfections.
6. You do not need to compare yourself to anyone. You have a different journey to take.
7. Your only competition is yourself. Hone your skills and be a better version of you.
8. If it fails, it is not love in the first place. True love bends but it never breaks.
9. Working hard is good but you have to prioritize your health. Find time to be with your family. They are the ones who will be there for you in your darkest days.
10. Prioritize yourself. Love yourself. It has long been overdue.
@Brokenheartchannell
[[RIF]]
Kau sendiri yang menyuruhku pergi, dan melupakan semuanya. Kau yang membuat rasa ini tumbuh, namun kau juga yang membuatnya menjadi rapuh.
@Wahaihati
The Perfect Timing of Allah
Selalu aku dengar orang cakap
Seronoknya jadi dia muda-muda dah kaya.
Bila la jodoh aku nak sampai, kawan-kawan semua dah ada pasangan.
Bestnya tengok orang dah beranak-pinak, aku takde pun.
Benda ni mengingatkan aku pada sesuatu. Dulu masa aku sekolah, aku duduk sorang kat rumah sebab mak abah kerja. Aku lapar. Aku pun masuk dapur, potong apa yang patut dan masak.
Balik kerja, mak tanya aku “masak ke? Kenapa guna pisau, guna dapur time mak takde?? Jangan guna bila mak takde.”
Tapi bila dah besar, mak malah mempersilakan aku guna segala pisau dan perkakas dapur. Hahahah.
Analogi dia macamni, pisau tu boleh jadi berguna untuk orang dewasa tapi merbahaya untuk budak kecik. Sebagai budak kecik mungkin kita rasa dunia ni tak adil lalu kita memberontak, sedangkan kita tak tau bila kita dapat pisau mungkin kita mati tertikam diri sendiri.
Macam tulah timing Allah. Ada orang jadi jutawan masa muda sebab Allah tau dia boleh handle, kalau Allah bagi kat kita mungkin kita lalai atau ditipu atau buat benda bukan-bukan.
Ada orang muda-muda dah kahwin dan dapat anak sebab Allah tau dia mampu, kalau Allah bagi kat kita mungkin kita tak mampu nak handle komitmen-komitmen tambahan tu.
Selalu kan bila kita doa kita harap Allah makbulkan doa-doa kita, tapi sampai satu tahap bila kita rasa tak makbul, kita mula ragu-ragu— Allah ni dengar tak doa aku?
Mulut boleh kata yakin, tapi dalam hati tu kita je yang tahu. Sabarlah, Allah bersama sangkaan hambaNya.
Kita usaha, nanti bila sampai masa yang sesuai, Allah bagi apa yang kita nak — dalam keadaan kita yang paling bersedia.
Jangan kita paksa Allah beri apa kita mintak — nanti makan diri, Allah juga kita salahkan. Kita patut takut bila Allah serahkan kita pada diri sendiri.
Chin up and keep on believing ❤️
@Ruang_Aksara