3650
KISAH SERAM / CERPEN BERCAKAP DENGAN JIN Karya TAMAR JALIS 🤲al fatihah kpd penulis Allahyarham dlm memori (13.9.1940 - 26.8.2018) Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Piah berusia 50-an & beliau sbg cucu
Seisi kampung juga tidak berani menegur perbuatan Lasah Tepok. Bimbang juga mereka sekiranya lelaki itu mengganggu anak-anak gadis mereka pula sekiranya menghalang kelakuannya. Lasah Tepok semakin keras kepala setelah orang-orang kampung terpaksa mematuhi sahaja tingkah lakunya.
Masakan mereka boleh menyergah Lasah Tepok tatkala anak gadis diganggu. Cukuplah dengan menggosok batu cincin sahaja, mereka akan lemah tidak berani angkat muka untuk menatap wajah Lasah Tepok. Mereka akan menyerah apa sahaja menurut kemahuan lelaki berkenaan.
Mail Repol yang menggenggam ulu parang erat-erat menyerbu ke rumah Lasah Tepok tatkala adiknya Raminah menyerah diri ke rumah lelaki tersebut, tidak tergamak mahu menerkam sebaik sahaja menatap wajah Lasah Tepok. Hatinya pilu kalau tidak menyerahkan Raminah kepada Lasah Tepok yang tersenyum menunggu dia menyerbu dengan parang terhunus.
Siapa lagi berani menghalang Lasah Tepok, kalau keluarga mereka datang menyerah diri kepada lelaki berkenaan? Tidak ada perempuan dapat melepaskan diri apabila Lasah Tepok sudah mengasapkan cincin dan air mata duyung pemberian Onyeng Duyung setelah nama mereka diseru.
"Kenapa abang Lasah masih mahu kahwin juga, tak cukupkah?" tersengguk-sengguk Siti Dinah merayu setelah tidak tertahan dengan perbuatan Lasah Tepok yang sudah melampaui batas.
"Bukan aku yang gilakan perempuan, tapi perempuan itu datang menyerah diri pada aku," beritahu Lasah Tepok bangga sambil menepuk-nepuk dadanya.
"Tapi, abang Lasah gunakan air mata duyung," lantas Siti Dinah membuka rahsia suaminya selama itu.
"Mana kau tahu!" jerkah Lasah Tepok tersinggung apabila diungkit mengenai air mata duyung itu.
"Tak payahlah abang Lasah berdalih," sahut Siti Dinah mencebek bibir. Dia tahu sangat rahsia suaminya menggunakan air mata duyung, kalau hatinya dilukai oleh perempuan. Tetapi perempuan berkenaan tidak akan menyinggung hati Lasah Tepok, kalau suaminya tidak mengganggu.
Di mana sahaja Lasah Tepok menemui wanita muda dia segera merapati lantas menegur. Lasah Tepok tidak akan menegur bertanyakan khabar, tetapi bertujuan untuk memikat. Tentulah hati perempuan tersinggung apabila lelaki tepok demikian bersikap gatal tidak menentu. Mudah sahaja mereka terlepas cakap mengejek Lasah Tepok.
Sebaik sahaja terlepas cakap mengejek inilah, Lasah Tepok akan gunakan air mata duyung di dalam botol. Dia akan asapkan dengan kemenyan sambil menyeru nama perempuan yang melukai hatinya itu.
"Selama ini kau intip aku ke?" bentak Lasah Tepok marah apabila Siti Dinah ungkit fasal air mata duyung itu.
Siti Dinah mengaku dia tahu sangat mengenai air mata duyung yang disimpan baik-baik di dalam peti kayu. Selepas Siti Dinah mengakui itulah dia jatuh sakit sampai terlantar lebih sebulan. Memang Lasah Tepok tidak dapat membantu apa-apa bila isterinya tahu mengenai rahsia dirinya selama ini.
Selepas Siti Dinah meninggal dunia, setiap senja Lasah Tepok mengulangi kubur isterinya. Dia tidak dapat menahan kekecewaan hingga menyebabkan kematian Siti Dinah. Kalaulah dia tidak mengungkit mengenai air mata duyung itu tentulah Siti Sinah tidak membukakan rahsia dirinya selama ini hingga ramai perempuan tidak mahu berenggang darinya.
Tiga bulan Lasah Tepok mengulangi kubur Siti Dinah, beransur-ansur dia menjadi tidak siuman. Lasah Tepok akan berhenti di mana-mana sahaja terserempak tunggul pokok, lantas bercakap-cakap memanggil Siti Dinah. Bertahun juga Lasah Tepok menghidap tidak siuman sebelum dia meninggal dunia.
"Udin Tinjut ni memang cucu Lasah Tepok, ustaz," ujar bapa mertuanya Pak Magan perlahan sambil menatap muka saya. Udin Tinjut juga mengangguk lemah, tetapi dia sendiri tidak tahu menahu mengenai air mata duyung tersebut.
Tamat bab 156.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Sudah diingatkan oleh Pak Mahadan amalan ilmu pengasih hanya digunakan kepada perempuan yang boleh dikahwini. Kalau terkena isteri orang atau perempuan bukan Islam tentulah mudarat kepada diri apabila hati masing-masing sudah sama-sama terpaut.
Lama juga Aki Cubin mamai tidak menentu selepas balik ke kampung akibat berpisah dengan Ah Ying. Kalau dia berkeras mahu meneruskan hubungan tentu keluarga gadis Cina itu akan memukulnya. Mereka percaya tentu Aki Cubin gunakan jampi serapah memikat anak gadisnya.
Tetapi tidak lama selepas itu Aki Cubin mendengar juga khabar mengenai Ah Ying mati meminum cuka getah di estet. Hiba juga hati Aki Cubin dengan kejadian yang menimpa Ah Ying yang mengambil keputusan demikian setelah dihalang oleh keluarganya membuat hubungan dengan Aki Cubin.
"Kau mesti ajar perempuan macam tu, Lasah!" ujar Aki Cubin tidak berkedip mata menatap muka cucu saudaranya itu. Dia mahu biarlah Siti Dinah menerima nasib yang sama dengan Ah Ying sekiranya keluarga perempuan itu berkeras menghalang kemahuan anaknya mengasihi Lasah Tepok.
"Sebab itulah aku jumpa, aki," sahut Lasah Tepok menyimpan harapan yang terlalu tinggi. Sia-sia dia datang jauh ke Telemong di Pahang kalau balik dengan tidak membawa apa-apa hasil. Dia mahu buktikan pada orang-orang kampung setepok-tepok dirinya, Siti Dinah akan tunduk juga melutut.
Tetapi Lasah Tepok tidak takat amalkan jampi serapah sahaja. Dia sanggup bertapa di tengah hutan biar dapat air mata duyung. Jangan kata hati manusia yang keras tidak boleh dipujuk, besi tercancang juga akan cair apabila disimbah dengan air mata duyung yang diperolehi tatkala bertapa.
Aki Cubin yang turunkan amalan supaya dia bertapa di atas busut jantan menghadap anak air di pinggir hutan. Lasah Tepok sanggup lakukan apa sahaja asalkan tercapai untuk menemui puaka yang menyimpan air mata duyung.
Tiga malam dia bertapa di atas busut jantan, tiba-tiba belukar di kiri kanan bergegar kuat dirempuh orang. Tatkala bulan tengah mengambang penuh, memang Lasah Tepok nampak biawak besar merangkak terhangak-hangak di celah belukar.
Sebaik sahaja biawak itu menjelma di tepi busut tidak bertangguh ekornya dilibas ke tanah hingga terasa bergegar sampai ke isi perut Lasah Tepok. Hampir juga dia termuntah akibat memual-mual perut sewaktu biawak besar melibas ekor ke tanah.
Di dalam kesamaran cahaya bulan itulah Lasah Tepok nampak kepala biawak bergoyang-goyang menakutkan dia. Lama kelamaan badan biawak itu bertukar menjadi lelaki tua bertubuh kurus, tetapi ekor biawaknya masih kekal tidak berubah. Lelaki itu memberitahu dia mengenai dirinya Onyeng Duyung yang terkena sumpahan turun temurun menyebabkan ekor biawak tidak dapat dihapuskan dari tubuhnya.
"Sumpahan ini turun temurun," beritahu Onyeng Duyung melibas-libas ekor biawaknya ke kiri dan ke kanan.
Lasah Tepok mengangguk. Dia menerima apa sahaja pantang larang yang ditetapkan asalkan air mata duyung boleh digunakan memikat Siti Dinah. Dia yakin Siti Dinah akan dirundung kesedihan sepanjang masa sekiranya tidak menatap mukanya selepas direnjiskan air mata duyung itu. Bukan Siti Dinah sahaja akan menerima padah, malah siapa sahaja perempuan mahu tunjuk hidung tinggi di hadapannya tidak akan terlepas daripada bahana air mata duyung.
Sudah lama dia mengetahui mengenai air mata duyung menjadi ubat pengasih. Tetapi Lasah Tepok tidak tahu bagaimana amalan mahu mendapatkannya. Memang dia berangan-angan sekiranya air mata duyung itu diperolehinya, dia akan gunakan kepada siapa sahaja perempuan cantik.
Tetapi takat air mata duyung sahaja tidak akan memberi makna apa-apa, sekiranya dia dijerkah lelaki perkasa atau keluarga perempuan. Dia perlu amalan lain yang mampu menentang siapa sahaja kalau berkeras menghalang kemahuannya!
Belum sempat dia membuka mulut meluahkan rasa keinginan yang menyubur dalam jiwanya, Onyeng Duyung sudah menghulurkan ketul putih sebesar kuku kelengkeng. Terketar-ketar Lasah Tepok menyambut pemberian Onyeng Duyung yang berbau bagaikan kemenyan dibakar.
Masakan menjadi kesalahan kalau dia memuji kejelitaan Siti Dinah yang terkedek-kedek menjinjang bakul berisi kain basuhan. Tetapi gadis itu tidak mahu menyahut apabila ditegur ramah oleh Lasah Tepok. Sebab itu tidak bertangguh Lasah Tepok menghadang jalannya biar dia dapat menatap wajah Siti Dinah.
Disebabkan marah benar dihadang oleh Lasah Tepok, lantas Siti Dinah meludah ke tanah meluahkan rasa meluat yang terpendam. Biar Lasah Tepok sedar, selamanya dia tidak sudi didampingi oleh lelaki yang mengada-ngada tidak sedarkan diri sendiri tepok sampai melangkah goyah tidak bertenaga.
Memang tersinggung benar Lasah Tepok diludah Siti Dinah. Meludah ke tanah pun samalah macam meludah ke muka dia juga. Alangkah malunya dia dihina demikian oleh Siti Dinah. Apalagi Mail Repol dan Mat Jimin melihat sendiri dia diludah macam sampah tidak berguna di tepi longkang.
Selepas diludah Siti Dinah itulah Lasah Tepok meninggalkan kampung halamannya terus ke Pahang. Tahu sangat Mak Sunah tentu anaknya ke Telemong membawa diri ke rumah bapa saudaranya di sana. Aki Cubin juga terkilan apabila diberitahu dengan kejadian cucu saudaranya diludah anak gadis di hadapan orang.
"Kau kena cari air mata duyung," tegas Aki Cubin mendesak Lasah Tepok supaya berusaha menebus malu. Pantang datuk nenek moyangnya diludah perempuan kalau tidak bertindak balas biar sampai melutut meminta maaf.
"Sebab itu aku cari aki ni," sahut Lasah Tepok seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal apabila datuk saudaranya itu sudah memberikan jalan.
"Kau mesti tahan diuji," beritahu Aki Cubin mengusap muka dengan dua belah tapak tangannya. Kalau dia diludah Siti Dinah, memang gadis itu sengaja mencari nahas. Tidak perlu dia gunakan air mata duyung direnjiskan ke tubuh Siti Dinah, memadai sahaja tepuk bantal di tengah malam.
Di Telemong memang seisi kampung tahu sangat mengenai Aki Cubin tatkala mudanya kalau dicabar perempuan. Limah Janda balik dari bekerja di estet berkali-kali dicubanya tidak juga mahu mengalah apabila ditegur sapa, lantas sahaja dilambungnya bantal di tengah malam.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Kalau tidak disebabkan Lasah Tepok dihinggapi demam panas sewaktu usianya dua bulan, Mak Sunah percaya anaknya tidak tepok demikian. Ketika bayi kecil itu terkejang dengan badan meruap panas, Dukun Simek sudah beritahu dia mengenai badi biawak yang mencari geruh.
Memang salah suaminya Malim Geceh membunuh biawak dengan menetak bahagian kaki hingga terkulai tidak dapat merangkak, sewaktu dia tengah sarat mengandungkan Lasah Tepok. Marah benar Malim Geceh disebabkan biawak berkenaan menyusup masuk ke dalam tarang induk ayamnya tengah galak mengeram. Habis telur ayam di dalam tarang digonggong biawak laknat itu.
Masakan dia dapat menahan sabar dalam saat demikian, kecuali mencapai parang panjang. Terhendap-hendap dia di bawah rumah mendekati tarang ayam mengeram biar biawak berkenaan tidak dapat lari ke mana. Tetapi biawak laknat itu mudah sahaja tercium bau manusia. Sempat dia terjun ke tanah sebelum Malim Geceh mendekati tarang tersebut.
Sebab itu Malim Geceh tidak bertangguh menghayun parang panjang yang tergenggam erat di tangan. Dia tidak peduli di mana pun mata parangnya singgah asal sahaja biawak itu tidak dapat melepaskan diri. Kepantasan Malim Geceh juga bukan kepalang, hingga tetakannya tidak sia-sia begitu sahaja. Sekali gus mata parangnya hinggap di bahagian paha biawak menyebabkan binatang itu tidak mampu bergerak pantas setelah pangkal pahanya terkibak.
Dalam saat biawak itu terkial-kial merangkak, Malim Geceh sekali lagi menghayun mata parang menetak di bahagian tengkuk biar kepala biawak terpenggal. Tidak sia-sia dia mengasah mata parang panjang penebas itu setiap hari sehingga tajam tidak bersisa. Sekali tetak sahaja kepala biawak tersebut terpenggal sampai terkulai macam batang mengkudu ditebas tengah belukar.
Memang badi biawak itulah yang menjadi geruh bayi kecil baru dua bulan dilahirkan itu. Marah benar emak mertuanya pada Malim Geceh disebabkan membunuh biawak tatkala isteri sendiri sedang sarat mengandung. Sudah dipantangkan oleh orang tua-tua supaya tidak membunuh binatang semasa isteri sarat mengandung kerana bimbang badi akan menimpa bayi dalam kandungan. Disebabkan Malim Geceh melanggar pantang larang orang tua-tua itulah bayinya yang baru lahir dua bulan ditimpa bencana geruh. Terkejang bayi itu dengan air liur meleleh hingga mata terbalik putih. Menggeleng kepala Dukun Simek setelah melihat air di dalam geluk kerana bayi itu ditimpa geruh badi biawak.
Tetapi Malim Geceh tetap percaya anaknya tidak ditimpa badi geruh biawak yang menceroboh tarang ayamnya. Bukan binatang laknat itu sahaja wajar dibunuh, kalau manusia juga menceroboh dia perlu bertindak balas. Tidak ada sebab dia mesti tunduk dengan bencana geruh badi, sekiranya biawak laknat itu menceroboh ternakannya.
Malim Geceh percaya , bayinya itu ditimpa demam panas meruap seluruh badan. Dia sendiri jaramkan kepala anaknya dengan air daun pulasan biar sejuk menusuk ke kulit. Kalau harapkan jampi serapah Dukun Simek sahaja belum tentu demam panas itu boleh sembuh betul.
"Kenapa kau jaram dengan air daun pulasan?" gerutu emak mertuanya Uda Kijah apabila Malim Geceh tidak pedulikan air ubat Dukun Simek siap dijampi. Air di dalam geluknya sudah dicampur dengan bunga raya tujuh kuntum dan mayang pinang muda tujuh urai. Apabila Dukun Simek sudah jampikan bunga raya di dalam geluk air, bermakna dia sudah berubat air tawar besar.
Tentu badi biawak itu sudah semakin pasang menyebabkan Dukun Simek berubat air tawar besar. Sebab itu dia pantangkan tidak boleh memasak barang yang boleh kecut dalam tempoh tiga hari; tidak boleh memanggil dari tengah halaman, dilarang menghalau binatang dengan bersuara! Pantang larang ini mesti dipegang oleh seisi rumah.
Biar apapun pantang larang ditetapkan oleh Dukun Simek, tidak dipedulikan langsung oleh Malim Geceh. Biarlah anaknya cabuh pantang kalau dia jaramkan dengan air daun pulasan untuk membuang wap panas di dalam tubuh anaknya. Tersinggung juga Dukun Simek dengan sikap Malim Geceh seolah-olah tidak menghargai jasa baiknya.
"Awak berani, sebab ada ustaz ni?" sahut lelaki tua kurus itu mengerang-erang kesakitan tidak dapat bingkas bangun lagi. Tangannya mengurut-urut pangkal paha mahu mengukuhkan semula kakinya yang goyah.
"Kawan berani bukan kerana ustaz ni!" tegas Dukun Leman mengisar tapak tangannya hingga kelihatan berasap seperti kemenyan dibakar. "Ustaz ni tak boleh menolong, kawan hanya berlindung pada Allah," beritahunya mencemik muka lantas menghembus ke arah lelaki kurus tersebut.
Hembusan Dukun Leman itu menyebabkan beratus-ratus pucuk jarum tersembur keluar terus menerjah ke tubuh lelaki kurus berkenaan. Dia menggeliat-geliat menahan kesakitan akibat tusukan jarum beratus-ratus pucuk itu. Matanya terkebil-kebil merenung saya dalam keadaan takut gementar.
"Bukan salah kawan," ujar lelaki tua kurus berekor biawak itu terketar-ketar suara cuba mencabutkan tusukan jarum yang banyak menembusi kulit tubuhnya. "Tapi, Udin Tinjut ni yang mahukan kawan menolong dia," jelasnya kecewa dengan kejadian yang menimpa dirinya.
"Habis, kenapa kau seksa Udin?" soal Dukun Leman keras. Lelaki tua itu menggeleng-geleng lemah. Dia termengah-mengah menahan ombak dada yang kencang apabila kenangkan Udin Tinjut membakar kemenyan di tepi busut tatkala cancangkan tujuh batang lidi sewaktu bulan mengambang penuh. Hujung bayang busut itu mesti jatuh di tengah-tengah pancang lidi tujuh batang itu, tatkala Udin Tinjut amalkan doa pengasih untuk memikat.
Udin Tinjut perlu menunggu sehingga semua bayang busut itu terkurung dalam pancang lidi tujuh batang itu. Lelaki kurus berekor biawak akan keluar di tengah-tengah busut selepas Udin Tinjut membacakan jampi serapah:
Assalammu 'alaikum ya Jibrail, wa'alai-kummus salam ya Mikail, langit bapaku bumi ibuku, nursani nama engkau, insan terjadi nama aku, Asyhadu-an la-illa haillallah, wa-asyhadu-anna Muhammad-dar Rasulullah.
Tatkala ini lelaki tua kurus itu memberi janji akan membantu Udin Tinjut supaya memudahkan mana-mana perempuan melutut ke kakinya asal sahaja diseru Onyeng Duyung datang menjelma. Setiap kali menjelma Onyeng Duyung akan menitikkan air mata supaya ditadah oleh Udin Tinjut dengan botol kecil.
Cubalah mana-mana perempuan juga tunjukkan keras kepala di hadapan Udin Tinjut, bila-bila dia akan renjiskan air mata Onyeng Duyung. Perempuan itu tidak akan dapat lupakan Udin Tinjut sampai bila pun.
"Aku pantangkan kau jangan bunuh biawak di mana-mana pun!" Onyeng Duyung ingatkan dia sewaktu menjelma di atas busut tatkala dia memancang tujuh batang lidi mengepung bayang busut.
Kalau tidak disebabkan biawak besar mengerkah ayam jantannya berkaki tiga, memang Udin Tinjut ingat sangat pantang larang Onyeng Duyung itu. Tetapi apabila ayam jantan kesayangannya dikerkah biawak, dia terlupa semua pantang larang. Disebabkan kemarahan yang memuncak, Udin Tinjut tidak berdaya menahan perasaan yang menguji kesabarannya. Hanya kesabaran sahaja yang mampu menahan gangguan syaitan setiap kali diuji demikian.
"Amalan syaitan memang mudaratkan diri sendiri," tutur Dukun Leman setelah saya selesai berdoa, dan duduk menghadapi hidangan minuman yang disajikan oleh Mak Semijah.
"Buat apa amalkan perkara yang mudaratkan diri," rungut Pak Magan kesal dengan amalan yang dituntut oleh menantunya selama ini. Dia sendiri tidak menyedari amalan Udin Tinjut yang disebut oleh Dukun Leman itu.
Hanya beberapa tahun selepas itu, sewaktu saya berkunjung semula ke kampungmya Udin Tinjut memberitahu dia tidak lagi menyimpan air rnata Onyeng Duyung. Perkara ilmu pengasih bukan boleh diamalkan untuk tujuan yang tidak baik, kerana Allah sahaja menentukan jodoh pertemuan seseorang itu.
Tamat bab 155.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Saat ini Dukun Leman hanya mendengarkan sahaja bisikan daripada lembaga berkenaan bagaimana mahu mengubati sesiapa pun.
Apabila lembaga tersebut meninggalkan dia, sekaligus Dukun Leman akan rebah jatuh hingga beberapa minit. Tatkala dia sedar semula, memang Dukun Leman tidak tahu apa-apa pun yang dituturkan semasa lembaga itu duduk mendampingi dia.
Sebab itulah mana dia tahu mengenai Pak Kacah memelihara pelesit. Lainlah sekiranya lembaga yang mendampingi dia itu memberitahu. Memang selamanya Dukun Leman hanya bergantung kepada lembaga yang menjelma sebaik sahaja dia mula bertasbih.
"Abang Leman buat dulu," saya menepuk bahunya, setelah dia terlalu berharapkan saya mendekati Udin Tinjut.
"Sejak tadi, tak mahu dia datang ..." ujar Dukun Leman menggeleng lemah terlalu kecewa. "Agaknya dia malukan ustaz tu," katanya mencebek bibir kerana memahami setiap kali dia menyeru akuannya datang, tidak ada satu pun menjelma di sisinya.
Apabila diserunya Panglima Hitam, dia nampak bayangan lelaki tampan berpakaian serba hitam dengan misai berkeluk hanya berlegar sahaja di kejauhan sambil menggeleng-geleng kepala menuding jari ke arah saya.
Disebabkan Panglima Hitam tidak mahu menjelma, cepat-cepat Dukun Leman menyeru orang lima sahabat yang sanggup melakukan apa sahaja sama ada tujuan baik mahupun tujuan jahat.
Tetapi orang lima sahabat juga bertarik-tarikan tidak mahu hampir setelah melihat saya ter-conggok di situ.
Bukan takat Panglima Hitam dan orang lima sahabat sahaja yang diseru tidak mahu menjelma, malah Tok Bongkok Lidah Berbulu yang sering menjelma membantunya juga tetap mengelak. Masing-masing menuding telunjuk ke arah saya seolah-olah memberi isyarat supaya saya berundur.
Tetapi Dukun Leman tidak berkecil hati apa-apa. Sekiranya jelmaan yang diseru mengelak disebabkan saya terconggok di situ, lebih baik dia meminta saya sahaja doakan Udin Tinjut. Dia tidak perlu membakar kemenyan sernata-mata mahu menyeru jelmaan itu datang.
"Silalah ustaz," Cikgu Suhut menolak kepala lutut saya supaya tidak bertangguh apa-apa lagi. Malam pun sudah semakin hening dengan laungan kuang sayup-sayup di kejauhan Leman tidak sabar lagi mahu sekali-sekala.
"Saya ikhlas minta ustaz doakan Udin ni," Dukun Leman pula mendesak setelah melihat saya masih teragak-agak.
Dalam keadaan terkuap-kuap mengantuk saya meletakkan tapak tangan dada Udin. Terasa detak jantungnya mengombak kuat bagaikan berlari kencang sekalipun tidak kelihatan dadanya kencang turun naik. Perlahan-lahan saya kisarkan tapak tangan lantas membacakan:
Qulmai yunajjikum min-zulumatil Jibah barri-wal-bahri tad-'u-nahu tadharru 'au-wa khufyatan lain anjana min-hazihilana- ku nanna minasy syakirin
Tiba-tiba sahaja Udin Tinjut tersenyum bagaikan mengejek. Melihatkan Udin Tinjut tersenyum cepat-cepat Dukun Leman mara mendekati dia. Tetapi keadaan Udin Tinjut tidak juga dapat bergerak disebabkan belakangnya seolah-olah terlekat pada tikar lantai.
"Kenapa kau tersenyum?" jerkah Dukun Leman tidak sabar lagi mahu menguji gangguan yang merasuk dalam diri Udin Tinjut.
Udin Tinjut terlekat di tikar sama macam biawak ditusuk besi perejang di perdu pokok dedali. Tangannya terkapai kapai bagaikan biawak mengelepar mahu melepaskan diri.
"Ah, kena badi Udin ni, agaknya," tuduh Dukun Leman setelah melihat keadaan Udin Tinjut menggeliat-geliat.
"Boleh jadi badi biawak," lantas sahaja Jibah mencelah menahan sebak di dada. "Udin bunuh biawak bulan dulu fasal kerkah ayam jantannya," beritahu sebaik sahaja kenangkan suaminya membunuh biawak di tepi lubuk di baruh rumah.
"Kenapa tak beritahu awal-awal," gerutu Dukun Leman bercampur kesal setelah mengagakan Udin Tinjut diganggu badi biawak. Kalau diganggu badi tentulah tidak rasi apabila ditangkalkan pelesit.
Sekiranya dia tahu Udin Tinjut diganggu badi biawak, Dukun Leman akan meminta carikan mulai-lengkuas dengan jerangau. Dia akan bacakan jampi:
Tuduh dia simpan pelesit memang terkilan sangat di hati Pak Kacah. Tetapi di sebelah siangnya isteri Usup Pengkar datang menengadah Pak Kacah di tengah halaman, malamnya Dukun Leman merasa perutnya memulas-mulas. Tidak sempat dia berkejar ke sungai mahu buang air besar, di kepala tangga lagi dia sudah cirit birit.
Tiga hari Dukun Leman menanggung sakit perut cirit birit hingga berak darah. Tubuhnya menjadi lemah disebabkan gangguan cirit birit itu. Terpaksa dia minum air halia dicampur garam untuk meredakan keadaan perutnya yang merengat-rengat tidak menentu.
"Cepatlah cikgu, ayah saya entah apa kenanya," desak anak kecil yang gelabah berdiri di belakang Cikgu Suhut.
Sewaktu saya sampai bersama Cikgu Suhut keadaan Udin Tinjut tidaklah menggelepar sangat. Tubuhnya sahaja sukar digerakkan seolah-olah ter-lekat di lantai. Sekali sekala dia merungut-rungut dengan mulutnya berbuih sambil menjelirkan leher.
Disebabkan emak mentuanya Mak Semijah meminta tunggu Dukun Leman datang, kami berdua mematuhi sahaja. Memang sebagai jiran kami wajib menziarahi keluarga Udin Tinjut, sekalipun tidak dapat membantu apa-apa. Kalau ramai jiran-jiran datang menjengah tentu kurang juga bimbangnya hati Jibah.
Lama juga baru Dukun Leman tiba setelah dijemput oleh Pak Magan bapa mentua Udin Tinjut. Setelah melihat keadaan Udin Tinjut terkial-kial, cepat-cepat Mak Semijah mendesak suaminya menjemput Dukun Leman. Memang di dalarn kampung itu Dukun Leman satu-satunya yang boleh diharapkan membantu tatkala keluarga mereka dirasuk puaka apapun.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Tetapi dia tetap percaya memang disebabkan ayam berkaki tiga itulah Allah memberikan banyak rezeki kepadanya. Sebab itulah dia tidak pernah mengelak kalau orang-orang kampung mengupah bertukang. Macam mana letih pun badannya Udin Tinjut tetap gagahi juga bertukang biar orang yang mengupah puas hati.
"Saya takkan jual ayam ni, ustaz," tegas Udin Tinjut ketika saya datang ke rumahnya meminta dia buatkan reban ayam di belakang rumah. Ketika itu duduk di kampung pendalaman demikian memang isteri saya gernar menternak ayam.
Lagipun Cikgu Suhut sudah memberitahu mengenai Udin Tinjut sanggup buatkan reban ayam. Bukanlah besar sangat reban yang hendak dibuat itu, tetapi memang saya tidak tahu bertukang. Sekali sekala diejek juga oleh isteri saya kerana membuat reban ayam hanya buka sedepa sahaja, terpaksa meminta Udin Tinjut buatkan.
Apabila saya membelek-belek ayam Udin Tinjut itu tidak tergamak pula saya mahu memberitahu ayamnya itu cacat. Apa sangat mahu dibanggakan ayam berkaki tiga, kerana Karrupaya yang duduk di estet tidak jauh dari situ pun pernah memelihara lembu berkaki lima.
Sekalipun kawan kawannya percaya lembu itu bertuah, tetapi Karrupaya akan pukul juga apabila lembu tersebut terlepas ikatan. Marah benar dia sekiranya binatang itu merempuh masuk ke kebun pisang jirannya di belakang dapur.
Sebelum jirannya melilau marahkan lembu itu menceroboh setelah terlepas ikatan, biarlah dia sendiri memukulnya melepaskan geram. Karrupaya tidak peduli sama ada lembu berkenaan bertuah ataupun tidak. Tatkala lembu itu mahu dibeli orang, tidak bertangguh sahaja Karrupaya bersetuju. Biarlah lembu itu dibeli orang, dia tidak akan bertahan fasal keganjilannya berkaki lima. Bila-bila induk lembunya akan beranak lagi sampai membiak banyak.
Tatkala membuatkan reban ayam saya, Udin Tinjut beritahu juga isteri saya mengenai ayam berkaki tiga yang dipeliharanya itu. Bangga sangat dia kerana memelihara binatang yang dianggapnya ganjil, hingga tidak siapa pun orang-orang di kampung tersebut memilikinya.
Sewaktu membuat reban ayam di rumah saya inilah, Samah anak lelaki Udin Tinjut berumur baru sepuluh tahun berlari datang memberitahu ayamnya diserbu biawak. Memang terdengar bunyi ayam terbebar di baruh rumahnya dari rumah saya itu.
Tidak bertangguh Udin Tinjut balik ke rumahnya sebaik sahaja diberitahu biawak menyerbu ke perdu pokok dedali di tebing lubuk. Di situ seringkali dia nampak biawak merangkak mengendap ayam tengah galak mengekas. Tetapi biawak akan lari menyusup ke dalam belukar keladi apabila dia memburu dengan besi perejang di tangan.
Sebaik sahaja sampai ke tepi lubuk berdebar sangat Udin Tinjut apakala melihat ayam jantannya berkaki tiga terkial-kial digonggong biawak ke tepi belukar keladi. Jibah hanya tergamam tidak tahu mahu melakukan apa-apa tatkala ayam-ayamnya terbebar di tepi lubuk di baruh rumah. Sebab itu dia menyuruh Samah cepat-cepat memanggil ayahnya.
Lagipun rumah saya tidaklah jauh dari rumah Udin Tinjut, hanya dipisahkan oleh rumah Cikgu Suhut sahaja. Sejak berpindah ke kampung itu memang kami berjiran. Ketika saya tinggal di rumah sewa yang dicarikan oleh Cikgu Suhut, memang Udin Tinjut sudah memelihara ayam jantan berkaki tiga itu.
Ketika dia hampiri tepi lubuk, biawak kekuningan itu tidak berganjak di perdu pokok dedali bertarik-tarikan dengan ayam jantan yang menggelepar dengan kepak terkembang. Pangkal pahanya tersangkut di celah taring biawak yang merenggut ke dalam belukar di pangkal perdu pokok dedali.
Berhati-hati Udin Tinjut mendekati perdu pokok dedali dengan menggenggam perejang besi erat-erat. Kemudian dia menimang-nimang besi perejang itu mahu mencari sasaran untuk dilontarkan. Kalau lontarannya tidak menyinggahi tepat ke sasaran tentulah sia-sia sahaja dia menyerbu ke situ.
Setelah hampir sangat dengan biawak itu Udin Tinjut tidak bertangguh merejamkan besi perejang hingga terhentak ke tengah belakang biawak. Rejaman yang kuat itu menyebabkan besi perejang tembus menujah sampai ke perdu pokok dedali.
Saya masih lagi berusia belasan tahun ketika itu, sampai ke tanah perkuburan sewaktu mayat Saenah Janda sudah dikebumikan semula. Kejadian sedih ini bukan sahaja menyayat perasaan Maaris, tetapi saya juga disebabkan Saenah sudah menjadi nenek ucu kepada saya, selepas dia berkahwin dengan Ucu Labat.
Kejadian mayat Saenah Janda yang dikebumikan dua kali ini memang diketahui sangat oleh penduduk kampung, sekalipun saya tidak sempat melihat kepalanya yang timbul di permukaan kubur dan tercacak pada kayu daka. Tetapi, setelah mayat dikebumikan semula memang sempat juga saya duduk di situ sama-sama aminkan doa Tok Aji.
Selepas itu pula Maaris meninggalkan kampung halaman hingga tidak di-dengar khabarnya. Cuma saya mendengar khabar dia mengikut orang menyelam mutiara di Australia. Bukan Maaris sahaja, meninggalkan kampung halaman, malah Ucu Labat juga terus berhijrah jauh sampai ke Melaka. Sebab itulah saya rasakan kejadian yang menimpa Ali Kelih itu tidak seberapa kalau bandingkan dengan Ucu Labat. Tetapi saya sendiri memang tidak berupaya mahu melakukan apa-apa-pun untuk membantunya.
"Macam mana kita nak buat dengan Ali ni, ustaz?" ujar Kadir Misai mendesak. Kemudian dia berpaling memandang Eton Juling yang tersengguk-sengguk menahan rasa terharu yang sekian lama terpendam di hatinya.
Bersambung di bab 155...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Sebab itu siapapun di kampung tidak berani sangat mahu mengajak Aki Alang berkeras sampai dia panas baran. Satu-satunya yang boleh menyabarkan dia cuma Tok Aji. Dalam suaranya yang lembut, Aki Alang tidak akan angkat muka mahu menatap muka Tok Aji.
Setelah Ucu Labat dibawa balik, tiga hari Tok Aji berpuasa untuk tunaikan solat tahajud. Tengah malam dia bangun bersolat hingga terpaksa bersekang mata untuk memantapkan zikir yang bergema jauh di lubuk hati. Selepas berturut-turut tunaikan solat tahajud inilah Tok Aji menyuruh Ucu Labat dimandikan di dalam kain nenek aji dengan dikangkangkan kepalanya. Dia mandikan Ucu Labat di kaki tangga dengan membacakan doa:
Fat-tahazat min dunihim hijaban paarsalna ilaiha rohana fatamassala laha basyaran sawiyan
dan diulangi sepuluh kali.
Tiga pagi berturut-turut dia mandikan Ucu Labat, hingga tubuhnya kelihatan segar semula, sekalipun keadaannya masih bingung lagi. Apabila dimarahi oleh nenek aji, Ucu Labat mula memahami pertuturan orang lain. Dia tahu mencapai cawan untuk meneguk air. Setelah seminggu dimandikan itu Tok Aji menyuruh nenek aji memberi minum air hujan yang ditadah di tengah padang dengan didoakan:
Ya qadim, ya daim, ya Ahad, ya Wahid, ya Samad, Allahhumma inni as-alaka bismika al-ahadal 'aza-wada'waka, Allah-humma bismikal ahadal-samada wada'waka, Allah-humma bismikal 'azimil witri wada'waka, Allah-humma bismikal kabiral muta'alallazi mala-al arkana kullaha an-tak'afa 'inni ma-asbahata wama amsita-fihi
Dengan air yang didoakan oleh Tok Aji itu, di samping nenek aji sendiri membimbingnya, lebih sebulan barulah keadaan Ucu Labat mula berubah. Dia boleh makan bersuap semula, dan tahu keadaan alam keliling. Bagaimanapun pertuturannya masih pelat juga seolah-olah lidahnya kelu sejak menghidap penyakit ganjil itu.
Sebaik sahaja keadaan Ucu Labat pulih, dia tidak mahu balik semula ke rumah Saenah Janda. Sekali-sekala Aki Alang mengusiknya menyuruh dia balik menemui isterinya, dia tersengih-sengih sahaja. Terasa macam ada rahsia yang terpendam di lubuk hatinya sehingga tidak mahu lagi jejak kaki di rumah Saenah Janda.
Tetapi Tok Aji tahu rahsia yang disembunyikan oleh Ucu Labat. Tiga malam dia berturut-turut tunaikan solat sunat tahajud dengan berzikir panjang sampai santak subuh, dia melihat seolah-olah di hadapannya menjelma Saenah Janda mengejek dia.
Sengaja Saenah Janda tunjukkan di hadapannya bagaimana dia memakan pucuk gelenggang hingga buang air besar keluarkan cacing gelang bersama najisnya. Cacing gelang itulah dijemur hingga kering seperti tali perut ayam. Setelah cukup kering cacing gelang itu disalai pula sebelum digoreng di kuali sehingga garing.
Selepas itu ditumbuknya halus dijadikan seperti serbuk kopi. Serbuk cacing gelang yang diteran dari perutnya itulah ditapakan di atas busut sampai tiga malam. Hanya secubit sahaja serbuk cacing gelang itu dicampurkan ke dalam air minuman Ucu Labat, bila-bila sahaja Saenah Janda boleh mempengaruhi dia.
Amalan ilmu pengasih yang dibanggakan oleh Ucu Labat selama ini tidak mampu menyelamatkan dia daripada serbuk cacing gelang yang keluar bersama najis Saenah Janda. Kalau Ucu Labat berbangga dengan amalannya sampai dapat menawan hati Saenah Janda, perempuan itu juga tidak kurang dengan pengalamannya.
Perkara ilmu pengasih ini memang sudah menjadi amalan Saenah Janda hingga semua suaminya tunduk mengikut telunjuknya. Belum pernah mana-mana suaminya berani angkat muka setelah berkahwin dengannya. Tetapi tidak pernah pula berlaku seperti Ucu Labat sampai terlantar sakit menjadi seperti bayi baru dilahirkan.
Bukan sekali dua Saenah Janda sudah menjadi janda. Masuk Ucu Labat sudah enam orang suaminya. Masakan dia tidak berpengalaman menghadapi kerenah lelaki yang cuba memperdayakan dirinya. Apalagi dia memang menyedari Ucu Labat menggunakan amalan ilmu pengasih hingga dia tidak dapat lelapkan mata sepanjang malam.
#KoleksiTokAwangNgahBab154
MAYAT TIMBUL DI PERMUKAAN KUBUR
(Bab 154 bahagian 2)
Setelah hatinya bertekad mahu mengambil Saenah Janda menjadi isteri buat sementara sahaja dalam masa dua tiga bulan, Ucu Labat lantas mencapai bantal tidurnya. Ditepuknya bantal itu tiga kali terus dia membacakan jampi serapahnya:
Hai, insan wah-di insan, hai wandi mani manikam, aku tahu asal kau jadi, masuk ke batang tubuh aku, kembali kepada dia, Qul-inquntum tuhibunal-lahha fatab-'uni yuhhibbu qumullah hu...
Selepas itu dilambungnya bantal tersebut tiga kali, sebelum diletakkan dan ditepuk lagi tiga kali. Kemudian barulah dia rebahkan kepala ke situ hingga berdengkur tidur tidak peduli apa-apa lagi.
Ketika bangun solat subuh nenek aji tidak peduli sangat adiknya yang tidur berselubung di hujung serambi. Memang sejak menjadi duda, Ucu Labat menumpang di rumah nenek aji. Tok Aji juga tidak peduli sama ada dia mahu menoreh getah ataupun tidak, kecuali sekali sekala Tok Aji tegur juga menyuruhnya tunaikan solat.
Ucu Labat sekadar mengangguk sahaja. Dia akan solat berjemaah sekiranya tidak ke kawasan estet bermain majong. Tahu sangat saya Ucu Labat memang tidak menemui kawan-kawan Cinanya kalau dia tidak berduit langsung. Kerat sepuluh pun dia tidak berani meminta dari nenek aji sampai bila-bila.
Selesai sahaja tunaikan solat subuh bersama Tok Aji itulah, nenek aji mendengar suara perempuan memanggil Ucu Labat dari tengah halaman. Sudah diduga oleh nenek aji memang perempuan tersebut sudah dikenakan oleh adiknya Ucu Labat.
Nenek aji mati akal kalau dengan adiknya yang seorang itu. Ditegah macam manapun dia tidak pernah serik. Apalagi dengan Tok Aji, memang dia tidak mahu campur urusan adik iparnya. Cuma sekali-sekali dia menyindir juga supaya saya tidak mengikuti jejak Ucu Labat.
Sebaik sahaja nenek aji membuka pintu terkejut dia melihat Saenah Janda tercegat di tengah halaman. Tersipu-sipu malu Saenah Janda apabila mendongak ke pintu melihat nenek aji di situ. Tidak segan-segan Saenah Janda bertanyakan Ucu Labat.
Tetapi nenek aji sudah memahami asal sahaja perempuan datang terjongol tatkala pagi sebelum matahari naik segalah, sudah tentulah dikenakan ilmu pengasih amalan Ucu Labat. Di mana Ucu Labat belajar hingga mujarab sangat amalannya, nenek aji juga tidak tahu.
Dua minggu selepas berkahwin dengan Saenah Janda itulah Ucu Labat tidak lagi bermain majong. Dia sanggup sama-sama menggalas tajak turun ke sawah bersama Saenah Janda. Hairan juga nenek aji dengan perubahan adiknya itu, yang mahu bekerja untuk menyara hidupnya.
Lebih sebulan Ucu Labat bersama Saenah Janda tidak siapa pun menyangka perubahannya itu. Aki Alang sendiri gembira kerana adiknya itu sudah menyedari tanggungjawab bersuami isteri. Dia memuji-muji Saenah Janda kerana dapat mengawal perangai Ucu Labat yang tidak tahu tanggungjawab itu.
Hanya masuk bulan kedua barulah nenek aji menyedari keadaan Ucu Labat terlantar sakit hingga tidak tahu melakukan apa-apa. Dia sekadar duduk sahaja di rumah dan menangis merengek-rengek apabila perut terasa lapar. Saenah Janda akan letakkan pinggan nasi dibubuhkan lauk ikan bilis sahaja.
Apabila keadaannya bertambah tenat Ucu Labat tidak lagi mampu menyuap nasi ke mulut. Dia hanya menunggu sahaja mulutnya disuapkan botol susu berputing untuk dinyonyot. Tidak pernah Saenah Janda memberitahu nenek aji keadaan yang ditanggung oleh Ucu Labat itu.
Hanya tergerak sahaja hati nenek aji mahu menjengah adiknya itu disebabkan lama sangat Ucu Labat tidak jejak kaki ke rumahnya. Jarang Ucu Labat tidak balik menemuinya sekalipun sudah beristeri. Memang sejak kecil dialah yang memelihara Ucu Labat, seolah-olah dialah emak yang mengasuhnya. Masakan Ucu Labat tidak mahu balik menemuinya kalau tidak disebabkan gangguan lain.
"Kau buat apa Labat ni, Saenah?" gerutu nenek aji sebaik sahaja melihat keadaan adiknya yang merengek-rengek laksana bayi di dalam buaian.
"Entahlah kak aji, tiba-tiba aje dia jadi macam tu," sahut Saenah Janda mencemik muka.
"Kau kenapa ni, Ali?" sengaja Kadir Misai mahu menguji.
"Tak guna, Ali ni tak berguna lagi," tersengih-sengih Ali Kelih membeliakkan matanya. Kemudian dia ketawa berdekah-dekah sambil bertepuk tangan dengan matanya tajam merenung kasau atap.
"Kau mesti kuatkan iman," pujuk Kadir Misai sekalipun dia sedar Ali Kelih tidak memahami apa jua pertuturannya lagi.
"Nak minum," Ali Kelih mengangakan mulutnya meminta minuman. Tetapi Eton Juling tahu benar apabila suaminya meminta air dia terpaksa sorongkan botol berputing laksana menyusukan bayi dalam buaian.
Memang saya juga merasa hiba dengan keadaan Ali Kelih tatkala disorongkan botol berputing ke mulutnya. Dia menyonyotnya seperti bayi laparkan susu apabila disuapkan oleh Eton Juling.
Keadaan yang menimpa Ali Kelih bukanlah ganjil sangat apabila Allah sudah menetapkan demikian. Apa sangat keadaan Ali Kelih sama seperti bayi kalau dibandingkan dengan kejadian alam yang terbentang apabila ditentukan Allah langit tiada bertiang, gunung-gunung tersergam kukuh tidak runtuh laksana pasir dan laut berombak yang kadangkala pasang, kadangkala surut.
Semuanya dikawal mengikut aturan yang ditetapkan Allah. Tentulah perkara penyakit Ali Kelih tidak sampai sebesar hama keganjilannya kalau bandingkan dengan penciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya itu.
Memang tatkala melihat keadaan penyakit Ali Kelih, saya tidak lupa kepada arwah Ucu Labat yang menghisap puting susu apabila meminta air. Lama juga dia menghidap penyakit demikian sehingga merengek-rengek sekiranya lapar mahu makan. Dia berkelakuan seperti anak-anak kecil yang tidak bermaya langsung.
"Ikhtiarkanlah, biar Labat tu pulih," rungut nenek aji setelah diberitahu mengenai adiknya yang bongsu itu. Harapkan Aki Alang, dia sendiri sudah mengaku tidak boleh membantu apa-apa.
"Orang gila betina, tanggunglah!" Aki Alang mencebik bibir meluahkan rasa hampa apabila didesak oleh nenek aji.
"Kau pun apa kurangnya," nenek aji tersinggung dengan sikap Aki Alang yang mahu berlepas tangan sahaja setelah diberitahu dengan keadaan penyakit Ucu Labat.
"Hah, kalau nak gila betina, kuatkanlah pendinding diri," sahut Aki Alang bangga dengan kemampuan dirinya selama ini.
"Jangan takbur, alang..." cepat sahaja Tok Aji ingatkan dia disebabkan terlalu membanggakan diri itu. Terdiam Aki Alang ditegur abang iparnya. Memang dia tidak berani angkat muka kalau berdepan dengan Tok Aji. Tahu sangat dia fasal adiknya Ucu Labat yang tidak mahu lagi mendengar nasihat Tok Aji, sebaik sahaja berkahwin dengan Saenah Janda.
Tidak siapa menduga Ucu Labat yang mampu meniup serunai batang padi untuk memikat gadis-gadis di dalam kampung tiba-tiba jatuh hati dengan Saenah Janda yang boleh dijadikan emak. Sudah dua tiga kali dia berkahwin disebabkan gadis-gadis itu mengejeknya badan berbau busuk. Besoknya pagi-pagi lagi perempuan berkenaan menunggu di tangga tidak mahu berenggang dengan Ucu Labat. Tetapi tidak sampai dua bulan mereka berkahwin, Ucu Labat ceraikan juga.
Siapalah yang sanggup menjadi isteri Ucu Labat, kalau mereka sahaja terpaksa bertekun di tengah sawah. Ucu Labat habiskan masa di kedai majong bersama kawan-kawan Cinanya di kawasan estet. Kadang-kala sampai dua tiga hari tidak balik ke rumah; bermakna dua tiga hari juga tidak mandi hingga badan berbau hapak.
Memang tersinggung juga Ucu Labat apabila dileteri oleh Saenah Janda tatkala berselisih jalan. Terasa loya tekak Saenah Janda berselisih jalan semasa Ucu Labat balik dari bermain majong disebabkan tiga hari tidak mandi langsung.
"Berhentilah main majong tu Labat," ujar Saenah Janda menggalas tajak ke sawah sebaik sahaja matahari naik segalah.
"Saya bukan menyusahkan orang, Kak Nah," sahutnya tersengih-sengih sekalipun hatinya mendongkol.
"Tak menyusahkan orang memanglah, tapi bau badan kau tu hapak, nak loya tekak aku!" gerutu Saenah Janda menjeling marah. Benci sangat dia dengan perangai Ucu Labat yang tidak lekang di meja majong asal sahaja ada duit selepas menjual getah.
#KoleksiTokAwangNgahBab154
MAYAT TIMBUL DI PERMUKAAN KUBUR
(Bab 154 bahagian 1)
BERKALI-KALI sudah diingatkan oleh Tok Aji amalan ilmu dunia memang untuk sementara sahaja. Sebab itulah saya beritahu Lahak mengenai cara dia mendapatkan Saerah menggunakan ilmu pengasih itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa tidak tenteram. Ada sahaja yang tidak kena hingga seringkali bergaduh tidak menentu.
Apalah ertinya dapat menundukkan hati perempuan hanya seketika sahaja semasa amalan itu dapat mempengaruhi. Lama kelamaan amalan ilmu pengasih itu akan luntur juga kerana ianya bersifat sementara.
Setiap kali saya diberitahu mengenai sikap beberapa orang kenalan mencari bomoh untuk meminta amalan ilmu pengasih ini, seringkali juga saya ingatkan hanya Allah sahaja yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tetapi mereka menganggap saya terlalu kolot sehingga tidak mahu menerima kenyataan yang berlaku sekarang.
Kalau mereka menemui Mat Jubin juga, mereka tetap berkecil hati kerana dia juga tidak akan melayani sesiapa sahaja fasal ilmu pengasih. Lainlah kalau rumah tangga mereka diganggu syaitan sehingga sampai dalam keadaan retak rnenunggu belah. Bila-bila Mat Jubin sanggup berusaha biar rumah tangga mereka kembali aman sentosa.
Sewaktu Ali Kelih tidak balik ke rumah sampai seminggu disebabkan ikut Lisah Janda, memang isterinya Eton Juling tidak bertangguh menemui Mat Jubin. Marah benar Eton Juling sebaik sahaja mendapat tahu fasal Ali Kelih gilakan Lisah Janda sampai lupa tanggungjawab pada rumah tangga.
Bukan takat tidak balik ke rumah sahaja, malah beras tidak ada di tempayan pun Ali Kelih tidak ambil peduli. Kalau Eton Juling tinggikan suara di depannya, tengah malam pun Ali Kelih akan turun tinggalkan rumah. Hingga seminggu dia tidak jejak kaki ke rumah jengah anak isteri.
"Dia gilakan janda di Jerantut," beritahu Eton Juling terharu menahan sebak di dada di hadapan Mat Jubin. "Cubalah Pak Mat tolong, biar Ali lupakan janda tu," katanya macam mendesak.
"Awak tak pandai jaga hati Ali agaknya," sengaja Mat Jubin mengejek sekalipun dia tahu perempuan itu dalam keadaan rusuh.
"Nak jaga macam mana lagi Pak Mat," keluh Eton Juling tersinggung juga dengan ejekan Mat Jubin. "Dah bertahun saya dengan dia, kalau tak kerana janda tu, dia tak berubah hati macam ni..." ujarnya meluahkan rasa yang mendongkol lama di hatinya.
Mat Jubin tersengih-sengih. Memang dalam keadaan demikian Eton Juling tidak akan mahu mengakui kelemahan dirinya. Dia tetap bertahan dengan menyalahkan janda tersebut. Tentulah ada keistimewaan pada diri Lisah Janda menyebabkan Ali Kelih mudah tertarik hati. Kalau takat cantik sahaja apalah kurangnya dengan Eton Juling? Calang-calang berhias dan berdandan memang tidak siapa pun menyangka Eton Juling sudah beranak tiga.
Tetapi Mat Jubin sanggup membantu bukan disebabkan Eton Juling mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya. Dia sekadar mahu menyelamatkan rumah tangga Ali Kelih supaya anak-anaknya tidak simpang perinang. Biarlah dia pisahkan lelaki itu dengan Lisah Janda asal sahaja rumah tangga mereka tidak musnah.
Mat Jubin hanya bekalkan kelongsong kertas yang dibubuh sedikit kemenyan kepada Eton Juling. Kelongsong kertas itu ditulisnya:
Yuhibbu nahum kahubbillahhi wallazina amanu asyaddu hubban-lillahhi, zui-yina linnasi hubbusy syahawati nilna-nnisa-i walbanina walqa-nathiril muqantharah,
dan digulung sebanyak tiga kelongsong.
Tiga malam berturut-turut Eton Juling bakarkan kelongsong kertas itu di bawah tangga rumah, satu kelongsong tiap-tiap malam. Malam yang kelima Ali Kelih balik ke rumah bagaikan orang terbangun dari tidur. Dia tidak bercakap apa pun, tetapi terus bermain dengan anak-anaknya.
Semenjak itu Ali Kelih tidak lagi menjengah Lisah Janda di Jerantut. Tetapi Eton Juling juga diingatkan supaya tidak ungkit-ungkit mengenai Lisah Janda sekiranya Ali Kelih balik ke rumah. Dia pegang kukuh-kukuh pesanan Mat Jubin itu supaya tidak cabuh pantang larang yang ditetapkan.
wala-haulawala qauwata illabi
Setelah saya hembuskan ke ubun-ubunnya memang saya terasa seolah-olah berdiri di sisinya yang berdiri di lorong gelap memanjang. Di kiri kanannya bergema, bunyi yang menakutkan hingga terasa bulu roma meremang. Ketika ini saya seolah-olah menyerahkan kepadanya lampu suluh penerang kegelapan dengan bungkusan bekalan makanan.
Sebaik sahaja saya hulurkan lampu suluh dan bekalan makanan itu ke tangannya, terlalu berat Aki Alang mahu melangkah. Disebabkan saya masih juga berdiri di sisinya, terpaksalah dia melangkah melalui lorong gelap itu membawa lampu suluh di tangan. Saya terus berdiri memerhatikan dia berjalan di tengah kegelapan itu sehingga hilang bersama silauan lampu suluh di tangannya.
Hanya saya sedari ayah saya menepuk-nepuk bahu saya meminta melepaskan genggaman di tangan Aki Alang yang sudah menghembuskan nafasnya. Perlahan-lahan saya mengesat pelupuk mata lantas berundur ke belakang, apabila Ulung Mali sudah menyuruh adik-adiknya bersiap sedia untuk membujurkan jenazah.
"Buat apa amalkan ilmu macam tu," saya ingatkan Tukimin yang bersusah payah temukan Lahak dengan Wak Busil di Kampung Sungai Nerek itu.
"Saya cuma nak tolong Lahak tu, ustaz," beritahu Tukimin mengeluh pendek.
"Kenapa paksa hati orang perempuan menyukai kita?" soal saya semacam mengejeknya.
Tukimin tersengih-sengih. Memang Wak Busil tidak memaksa dengan kekerasan, tetapi dia mendorongkan perempuan itu jatuh hati kepada Lahak dengan memujanya. Wak Busil hayunkan semangat perempuan itu dengan makrifat melalui buaian tatkala dinihari tengah sepi sesepi-sepinya.
Tentu Tukimin faham mengenai kejadian yang menimpa Aki Alang sampai tiga bulan terlantar tidak dapat buang air kecil itu, disebabkan semasa remajanya memenuhi hawa nafsu dengan perempuan yang dipuja semangatnya. Sudah tentu pula perempuan-perempuan itu tidak dinikahinya, melainkan melakukan perbuatan zina yang dilaknati Allah.
Alangkah seksanya tiga bulan tidak dapat buang air kecil, sekalipun perut terasa senak hingga menggelepar manahan kesakitan! Tetapi siapa yang mahu memahami iktibar daripada peristiwa yang menimpa Aki Alang, kerana setiap orang hanya menyangka dia sekadar mengidap penyakit batu karang bukannya qada dari Allah yang mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi?
"Tapi Lahak tu, kahwin," Tukimin masih mempertahankan kawannya itu. "Dia tak berzina dengan perempuan tu, ustaz," katanya dalam suara yang perlahan.
Saya mengangguk lemah. Perkara kahwin atau berzina bukan urusan manusia sesama makhluk, tetapi semuanya ditentukan oleh Allah. Saya sekadar mengingatkan Tukimin supaya tidak menjadikan amalan ilmu pengasih itu untuk memikat perempuan. Jodoh pertemuan di tangan Allah, biarlah Dia yang menentukan segalanya.
Hanya seminggu selepas Tukimin menemui saya itu, dia menelefon memberitahu mengenai Lahak yang sering bergaduh dengan dua orang isterinya. Jiran-jiran di sebelah rumahnya sampai menelefon polis kerana tidak sabar dengan pertengkaran yang melarat sampai jam 4.00 pagi.
Bukan di rumah isteri tua sahaja Lahak bertengkar hingga menjerit-jerit kuat, malah balik ke rumah Saerah juga tidak pernah tenteram. Terpaksa Lahak meminta bantuan Tukimin mencari bomoh biar rumah tangganya kembali tenteram.
Mereka berdua sudah menemui Wak Busil di Temerloh. Tersenyum Wak Busil apabila diberitahu mengenai perbalahan Lahak yang sudah beristeri dua itu kerana tidak dapat mengawal isteri-isterinya. Kemudian dia bekalkan pinang beracik supaya dikunyah sebelum masuk ke rumah. Memang isterinya tidak bercakap apa-apa tatkala pinang dikunyah. Tetapi menjelang tengah malam sahaja isterinya tetap membebel juga. Isterinya tetap melepaskan geram dengan menerkam Lahak macam harimau tengah lapar. Tidak bertangguh Lahak balik ke rumah Saerah sekalipun sudah jam 2.00 pagi.
Setiap kali kenangkan Tok Aji bimbang juga saya mahu menyelami rahsia petua Aki Alang, sekalipun dia memberikan jampi serapahnya. Marah benar Tok Aji kalau sengaja Aki Alang turunkan petua jampi serapahnya kepada saya. Sebab itu Aki Alang juga tidak akan memberi apa-apa petua, sekiranya tidak dibenarkan oleh Tok Aji.
"Kamu masih budak-budak, jangan belajar dulu ilmu Aki Alang tu," nenek Aji juga seringkali ingatkan saya.
Sebab itulah apabila Aki Alang terlantar sejak tiga bulan tidak dapat bangun akibat menahan kencing, beberapa kali juga Ucu Besah memanggil ayah saya meminta bacakan Yassin. Tiga malam ber-turut-turut ayah saya jemput jemaah di surau mem-bacakan Yassin, keadaan Aki Alang tidak juga berubah.
Tubuhnya semakin kurus hingga tulang pipinya yang cengkung menungkal macam akar pokok terbongkar di perdu. Sebaik sahaja ayah saya memberitahu akan keadaannya, terpaksa juga saya balik ke kampung menjengah. Tersengguk-sengguk Ucu Besah menahan kesedihan apabila menatap saya.
"Cubalah bantu Aki Alang ni, angah ..." gerutu Ucu Besah mengesat pelupuk mata.
"His, biarlah angah tu lepaskan penat dulu," tutur anaknya yang tua Ulung Mali memujuk Ucu Besah. Memang dia tahu emaknya rusuh dengan keadaan ayahnya yang terlantar dalam keadaan payah, tetapi tidak patutlah menggesa saya yang baru sahaja jejak kaki ke kampung.
"Dah macam-macam ikhtiar," keluh Ucu Besah sebaik sahaja saya duduk di sisi Aki Alang.
Saya tidak menyahut apa-apa. Hanya tunduk menatap muka Aki Alang yang perlahan membukakan mata sebaik sahaja mengetahui saya duduk di sisinya. Dia tersenyum dan cuba menggerakkan badannya.
Apabila saya memegang tangannya, Aki Alang meramas-ramas tangan saya. Bibirnya bergerak-gerak mahu menuturkan sesuatu, tetapi bagaikan tersekat tidak dapat diluahkan. Lama dia menggigit bibir barulah tangannya memberi isyarat menyuruh saya dekatkan telinga mahu berbisik.
"Dah tiga bulan, aki tak dapat nak kencing," bisiknya terketar-ketar jauh di kerongkong.
Saya memberi isyarat pula menyuruh dia bertenang dan banyakkan istighfar. Kemudian saya letakkan tapak tangan ke dahinya dengan membacakan Fatihah tiga kali, lantas diusapkan ke mukanya perlahan-lahan. Apabila saya bacakan surat al-Ikhlas tiga kali terus saya usapkan pula ke dadanya hingga terasa debaran mengombak-ombak.
Dengan membacakan Ayatul Kursi pula, saya usapkan hingga sampai ke hujung kaki. Tatkala saya ulangi membacakan tiga kali, Aki Alang cuba mengangkat kepala. Cepat-cepat ayah saya memangku kepalanya kerana Aki Alang mahu duduk bersandar ke bantal di belakangnya.
"Sejuknya rasa tangan angah ni," bisiknya ke telinga ayah saya.
"Kalau pak lang penat baring, eloklah duduk," ujar ayah saya lantas menyuruh Ulung Mali sendalkan bantal di belakang Aki Alang, biar dapat bersandar kukuh.
Dia mengangguk lemah. Tetapi tenaganya seolah-olah gagah untuk duduk bersandar setelah saya usapkan seluruh badannya, sekalipun tubuhnya masih tidak bermaya. Setelah Alang Aki duduk bersandar ke bantal saya memegang bahagian pinggangnya lantas membacakan:
Rabbanallahhul lazi-fissama-i taqadda man-ismaka amwata-fissama-i wal-arsi kama-rahmatuka-fissama-i faj'ala-rahmataka-filardhi wagh-firlana hau-bana wa-khatayana anta rabbut-taiyibina fa-unazil syaf a-an syifa-ika birah-matin min-rahmatika 'alaiya hazal-waji'.
Tiga kali saya usapkan tapak tangan ke pinggangnya setelah diulangi mendoakan tiga kali, tiba-tiba Aki Alang menggeliat kerana terasa senak perut mahu buang air kecil. Tangannya berpaut kuat ke lengan ayah saya sambil termengah-mengah menahan kesakitan.
Hampir lima belas minit dia terkial-kial, Aki Alang terus buang air kecil tetapi nanah bercampur darah. Baunya busuk hingga menusuk ke hidung menyebabkan saya terpaksa berpaling muka. Kemudian meminta Ulung Mali segera istinjakkan ayahnya Aki Alang.
"Ambil tulang duyung tu," ujar Onyeng Duyung tersengih-sengih semacam mengejek Lasah Tepok. "Buatlah batu cincin dan pakai tiap-tiap hari di jari manis kau," katanya memberi tunjuk ajar supaya dituruti oleh anak muda tepok yang berdendam kuat itu.
Sebaik sahaja dia serahkan tulang duyung dan air mata duyung yang diberi jelmaan Onyeng Duyung itu kepada Aki Cubin, tidak bertangguh orang tua itu asapkan dengan kemenyan. Dia sudah menduga memang Lasah Tepok akan mendapat barang-barang tersebut setelah bertapa menempuh banyak dugaan.
Bukan mudah mahu menyeru Onyeng Duyung sampai menjelma memberikan air mata duyung dan tulang duyung yang boleh dijadikan khasiat pengasih. Tatkala balik ke kampung, Lasah Tepok sudah memakai cincin suasa diikatkan tulang duyung itu.
Sampai sahaja di rumah Lasah Tepok bertanyakan kepada emaknya mengenai Siti Dinah. Sebaik sahaja diberitahu oleh Mak Sunah fasal Siti Dinah akan berkahwin dengan pemuda di Kampung Hilir, menyirap sahaja darah Lasah Tepok. Dia merasakan dirinya dicabar kalau membiarkan sahaja Siti Dinah berkahwin dengan orang lain.
Seminggu selepas Lasah Tepok balik ke kampungnya, tiba-tiba sahaja Siti Dinah mengambil keputusan tidak mahu berkahwin dengan tunangnya Mat Banat. Gempar juga keluarga Mat Banat dengan keputusan Siti Dinah secara mendadak sahaja tidak mahu berkahwin.
Tetapi keputusan Siti Dinah bukan dipersetujui oleh Pak Kubir. Tidak ada sebab anak gadisnya membantah setelah dia menerima Mat Banat menjadi suami. Hanya beberapa hari kemudian baru Pak Kubir tahu memang angkara Lasah Tepok menyebabkan anaknya berubah fikiran demikian.
Sewaktu diberitahu Siti Dinah bertahan tidak mahu balik di rumah Lasah Tepok, memang Pak Kubir tidak terkejut apa-apa. Dia sudah mengagak tentu anaknya sudah diperangkap dengan ilmu pengasih. Tahu benar Pak Kubir fasal anak gadisnya membenci Lasah Tepok sebelum lelaki itu meninggalkan kampung halaman. Tiba-tiba sahaja Siti Dinah tidak boleh berenggang dengan Lasah Tepok tentulah disebabkan ilmu pengasih. Pak Kubir dapat mengagak beberapa bulan Lasah Tepok menghilang, tentulah mencari amalan yang boleh menundukkan Siti Dinah.
"Panggil aje Dukun Simek biar dia jampikan pembenci," Andak Bibah mendesak suaminya Pak Kubir. Satu-satunya yang boleh diharapkan memang Dukun Simek yang pernah mengubati Lasah Tepok tatkala ditimpa badi biawak semasa bayinya.
"Buat apa panggil Dukun Simek?" gerutu Pak Kubir menggertap bibir menahan perasaan geram. Tidak guna dia menjemput Dukun Simek, kerana puncanya sudah diketahui. Sudah jelas kepadanya memang Lasah Tepok yang melakukan kerja memerangkap anak gadisnya dengan ilmu pengasih.
"Dia guna ilmu pengasih, kita guna ilmu pembenci!" tegas Andak Bibah kecewa dengan perbuatan Lasah Tepok. Dia tidak mahu berkeras kerana bimbang Siti Dinah akan ditimpa bencana yang lebih teruk. Kalau boleh dia perlu berlembut memujuk Lasah Tepok supaya lepaskan sahaja Siti Dinah daripada perangkap ilmu pengasih itu.
"Tak guna berlembut dengan budak tu!" marah benar Pak Kubir apabila kenangkan anak gadisnya tidak mampu berenggang dengan Lasah Tepok.
Lantas sahaja dia menyerbu ke rumah Mak Sunah mendesak Siti Dinah supaya balik ke rumah. Tetapi Siti Dinah berpaut di bahu Lasah Tepok tidak mahu berenggang kalau ayahnya terus berkeras mendesak.
Pak Kubir sendiri terkaku sebaik sahaja bertentang mata dengan Lasah Tepok. Hatinya yang memberang tiba-tiba sahaja berubah menjadi belas kasihan hingga rela menerima lelaki tepok itu menjadi menantunya. Saat ini memang Lasah Tepok menggosok-gosok tulang duyung yang dijadikan batu cincin sambil tumit dikisarkan ke lantai.
Selepas berkahwin dengan Siti Dinah, sikap Lasah Tepok bertambah angkuh. Siapa sahaja perempuan yang diidamkannya, dia tidak akan lepaskan daripada genggamannya. Sudah beranak dengan Siti Dinah dia tetap tidak mengubah perangainya. Siti Dinah tidak berani membuka mulut untuk menegur sekalipun Lasah Tepok membawa balik perempuan balik ke rumah.
#KoleksiTokAwangNgahBab156
BAHANA AIR MATA DUYUNG
(Bab 156 bahagian 2)
Tiga kali Aki Cubin menepuk bantal tidurnya dengan membacakan jampi serapah :
Hai insan wandi insan, hai wandi mani manikam, aku tahu asal kau jadi, masuk ke batang tubuh aku, kembali kepada dia, hu Allah.
Setelah itu dilambungnya bantal tersebut tiga kali hingga sampai cecah ke kasau atap.
Ketika dia mahu merebahkan kepalanya ke bantal, Aki Cubin menepuk lagi tiga kali dan membacakan:
Qul in-quntum tuhib-bunallahha fatab 'uni, ya Limah Janda binti Hawa, yuhibbu qumullah,
dengan diulangi tujuh kali.
Esok paginya sewaktu dia turun ke telaga, tiba-tiba sahaja Limah Janda sudah menunggu di situ. Tersipu-sipu Limah Janda apabila ditegur sapa oleh Aki Cubin sampai dia menyahut dengan ramah mesra. Bila-bila sahaja Limah Janda sanggup menerima Aki Cubin sekalipun keluarganya menentang keputusan dia. Hati Limah Janda sudah bertekad mahu menerima Aki Cubin menjadi suaminya.
Bukan takat Limah Janda sahaja tunduk dengan kemahuan Aki Cubin. Gadis Cina yang sama-sama menoreh getah di estet tiba-tiba sahaja sanggup mematuhi kemahuan Aki Cubin. Bukan calang-calang orang boleh memikat Ah Ying yang putih melepak apabila membuka tutup kepalanya selepas habis menoreh.
Beberapa orang lelaki Cina sudah cuba memikat Ah Ying, tetapi dia tetap melarikan diri macam merpati yang jinak bermain di tengah halaman sahaja. Kalau dilayan berbual memang Ah Ying terlalu ramah dengan senyuman yang mendebarkan hati Aki Cubin.
"Ah Ying, mari kita kahwinlah," sengaja Aki Cubin luahkan perasaannya kerana bimbang gadis Cina itu terpikat dengan lelaki Cina yang lain.
"Siapa mahu sama lu, Cubin," sahut Ah Ying bergurau dengan melirik senyum manja.
"Apa fasal?" terkejut juga Aki Cubin apabila Ah Ying menolak sekalipun sekian lama melayaninya penuh mesra.
"Lu punya kulit hitam, gua putih, tentu tak padan," ejek Ah Ying bergurau sengaja mahu menyakiti hati Aki Cubin.
Tetapi gurauan Ah Ying itu menyebabkan hati Aki Cubin terguris. Mentang-mentang kulitnya hitam berjemur menarah rumput di estet, Ah Ying hinakan dia di hadapan orang lain yang berkumpul di tempat menyimpan susu getah. Malu benar dia ditertawakan orang apakala diejek demikian oleh Ah Ying.
Perlahan-lahan Aki Cubin mengeluarkan rokok di saku. Tidak bertangguh dia bacakan jampi serapah :
Hak kata tolak telan, lidah engkau Ah Ying kepada aku Cubin, kalau mahu jabat tangan ke atas, kalau tak mahu jabat tangan ke bawah, aman yang punya kata, hak yang memberi-tahu, berkat la-illahha illallahhu...
Asap rokok itu sengaja dihembuskannya ke arah Ah Ying sampai gadis Cina itu tersedut bau rokoknya. Sebaik sahaja asap rokok itu berkepul menerjah ke arahnya, Ah Ying mengusap rambutnya tiga kali. Kemudian dia mengerling ke arah Aki Cubin melemparkan senyumnya.
"Cubin, kasi gua hisap rokok lu," terus sahaja Ah Ying mencapai rokok di bibir Aki Cubin lantas dihisapnya dua tiga kali. Terkejut juga beberapa orang yang berkumpul di situ apabila Ah Ying tidak teragak-agak menghisap rokok yang dicapai dari bibir Aki Cubin.
"Aku hitam Ah Ying, kenapa mahu hisap sisa aku?" Aki Cubin berpura-pura merendahkan diri untuk menguji hati gadis Cina itu.
"Apa salah gua sayang sama lu, Cubin," sahut Ah Ying berair-air mata disinggahi asap rokok.
Memang hubungan Aki Cubin dengan Ah Ying menimbulkan kekecohan juga di kawasan estet. Marah benar keluarga Ah Ying disebabkan memilih lelaki Melayu. Di dalam kawasan estet yang tebal dengan perasaan perbezaan masyarakat memang keluarga Ah Ying tidak suka anaknya berkahwin dengan pemuda Melayu. Lainlah kalau takat berkawan biasa sahaja disebabkan sama-sama di tempat kerja.
Kekecewaan hatinya menyebabkan Aki Cubin berhenti kerja di estet berkenaan. Dia balik ke kampung setelah mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ah Ying. Terasa juga kesal di hati Aki Cubin kerana melanggar pantang larang gurunya Pak Mahadan supaya tidak kenakan amalan tersebut kepada perempuan bukan Islam.
Lama juga bayi itu terkejang baru dapat dipulihkan. Malim Geceh tetap sabar menghadapi dugaan apabila anaknya diserang demam panas yang membahang. Biarlah emak mertuanya Uda Kijah menceceh salahkan dirinya, Malim Geceh tetap jaramkan air daun pulasan itu ke seluruh tubuh anaknya.
Tidak lama selepas bayi itu sembuh daripada terkejang tidak sedarkan diri, Malim Geceh pula ditimpa sakit perut cirit birit sepanjang hari. Tiga hari dia menghidap cirit birit itulah Malim Geceh meninggal dunia setelah berak darah tidak berhenti.
Memang Uda Kijah menuduh menantunya bertukar nyawa akibat badi biawak yang menimpa anak kecilnya, sekalipun Lebai Besar ingatkan bahawa Allah Subhanahu Wata'ala tidak pernah menukar nyawa sesiapa pun.
Akibat demam panas yang menimpa Lasah Tepok itulah menyebabkan dia tepok apabila membesar hingga sebelah kakinya goyah tatkala melangkah. Uda Kijah percaya sangat malang yang menimpa cucunya itu memang berpunca daripada sikap arwah menantunya Malim Geceh cabuh pantang. Geruh badi biawak yang ditetak paha itulah yang menyebabkan Lasah Tepok terpaksa menanggung padah.
"Sebab aku tepok, orang nak hinakan aku!" Lasah Tepok menggertap bibir sambil mengurut-urut kakinya yang tepok.
"Perasaan kau aje macam tu," sahut Mak Sunah mengerling anaknya yang terlentang di tempat tidur dengan dua tangan terlanggung di kepala.
"Biarlah mereka nak cakap apapun, bukannya kau rugi apa-apa," dia menambah dengan tersengih-sengih.
"Aku akan ajar mereka," ujar Lasah Tepok mencemik muka bagai menyimpan dendam yang membara.
"Siapa yang kau marahkan sangat ni?" sengaja Mak Sunah mahu menguji hati anaknya yang bergejolak dengan perasaan marah itu.
"Ah, semua orang kampung pun sama," jelas Lasah Tepok merenung kasau atap rumah lantas meletakkan dua tangannya ke dada pula.
"Agaknya kau marahkan Mail Repol, Juki Bular, Mat Jimin?" Mak Sunah tersenyum mengusik anaknya.
Tetapi Lasah Tepok tidak menyahut. Dia mencebek bibir menahan perasaan marah yang meluap-luap. Sebesar hama pun dia tidak berdendam dengan Mail Repol, Juki Bular atau Mat Jimin. Tidak ada sebab dia berdendam kalau sekadar Mail Repol mampu menarik kerbau membajak di sawah sampai sejenjang habis, atau Juki Bular gagah mengheret manau sepuluh kabung di lereng bukit, atau Mat Jimin bergayut pantas meniti dahan petai di tengah hutan.
Satu-satunya yang terbuku di hati Lasah Tepok memang Siti Dinah yang tidak mahu berpaling pun menatap mukanya di mana sahaja terserempak. Sombong benar anak gadis Pak Kubir itu, seolah-olah di dalam kampung tidak seorang pun anak muda layak meminangnya.
Hampa juga hati Mail Repol apabila pinangannya ditolak setelah tepak sirih diusung ke rumah Pak Kubir. Tetapi Mail Repol tidak ambil hati sangat apabila peminangan ditolak oleh Pak Kubir. Apa sangat dia mahu harapkan Siti Dinah kalau sudah bukan jodohnya!
Sebab itu Mail Repol meminang Mahawa berkulit hitam manis yang mempunyai hubungan kekeluargaan dua pupu dengannya. Memang sudah jodohnya dengan Mahawa, dia rela menerima Mail Repol menjadi suaminya.
"Buat apa kau jadi pungguk rindukan bulan," ejek Mail Repol nasihatkan Lasah Tepok disebabkan berkeras sangat dia mahu memikat Siti Dinah. Kalau anak muda tampan lagikan Siti Dinah tidak sudi menjeling mata pun, masakan Lasah Tepok boleh diterimanya.
"Kau fikir aku tepok, tak ada perempuan mahu?" gerutu Lasah Tepok geram kerana diejek demikian.
"Sedarlah sikit diri kau tu, tepok!" sengaja Mat Jimin menyakiti hati Lasah Tepok yang tidak mahu mengalah kalau bertegang leher di manapun. "Nak memikat Siti Dinah konon, lembu betina pun belum tentu sukakan kau," katanya keras menyebabkan Lasah Tepok benar-benar tersinggung.
Marah Lasah Tepok tidaklah tertumpu pada Mat Jimin, tetapi dendamnya membara setiap kali kenangkan Siti Dinah meludah ke tanah tatkala dia menegurnya dengan ramah. Tidak patut gadis itu menghina dia, kalau sekadar mahu bertegur sapa apabila terserempak di tengah jalan.
#KoleksiTokAwangNgahBab156
BAHANA AIR MATA DUYUNG
(Bab 156 bahagian 1)
KALAU tidak dapat dengan jalan baik, hanya cara jalan jahat juga menjadi pilihan manusia apabila hati mereka tersinggung. Sekiranya memilih cara jalan jahat sudah tentu pula lah amalan syaitan yang menggoda sanubari, hingga mereka tidak peduli pun sama ada perbuatan itu diredai Allah Subhanahu Wata'ala.
Puas juga Lasah Tepok menyimpan rasa dendam apabila seisi kampung menganggap dia tidak sama dengan anak-anak muda lain. Sampaikan mahu duduk bertenggong berbual sama pun, anak-anak muda yang lain mengelak. Sebenarnya tidak siapa pun yang menganggap Lasah Tepok demikian, cuma dia sahaja terasa hati.
Malas juga Mail Repol mahu melayani dia disebabkan Lasah Tepok sering bercakap membangga diri.
Tidak sedar dengan keadaan dirinya yang tepok, dia seringkali bercakap besar seolah-olah mampu buat apa sahaja orang lain boleh lakukan.
Kalau Mail Repol mampu menarik manau sepuluh kabung, dia juga temberang fasal boleh heret manau sepuluh kabung. Juki Bular boleh pikul seguni damar, dia juga tidak akan mengaku kalah mampu menandingi lelaki bertubuh sasa itu. Baik Mail Repol, baik Juki Bular, baik Mat Jimin, baik siapa sahaja Lasah Tepok tidak pernah mahu mengalah.
Sebab itu seisi kampung tidak mahu melayani sangat lelaki tepok bercakap besar itu. Tidak padan dengan keadaannya yang tepok, tetapi cakapnya macam gelegar buluh hingga menyebabkan kawan-kawan jadi meluat. Memang tidak ada anak-anak muda sebaya yang mahu berkawan dengannya disebabkan sikap Lasah Tepok.
"Orang tak benci kerana kau tepok, Lasah," tutur emaknya Mak Sunah cuba memujuk disebabkan Lasah Tepok merungut-rungut tidak tentu biji butir. "Tapi, kau cakap besar sangat macam nak jinjing dunia," tegas emaknya menasihati dia.
"Mentang-mentang aku tepok, apa aku cakap semuanya dikatakan temberang!" gerutu Lasah Tepok tetap menyimpan dendam yang mendongkol di hati.
Kalau Mail Repol berbuih mulut bercakap siapa pun tidak menuduh lelaki itu kaki temberang. Juki Bular terserempak pontianak tatkala tengah menjala di sungai waktu senja tidak siapa pun mengejeknya fasal cakap besar. Terseringai pontianak itu dilempar dengan pasir oleh Juki Bular sampai tidak berani menerkam. Bukan Mail Repol atau Juki Bular sahaja yang pandai temberang, Mat Jimin juga sama kalau memperagakan kemampuan diri.
Mat Jimin seringkali bercakap fasal kebolehannya memanjat pokok petai setinggi manapun. Dia akan anggit dahan petai rapat sampai ke batang, biar mudah menetak buahnya di hujung ranting. Kalau hari berangin, Mat Jimin akan berayun-ayun sama macam buah petai di hujung ranting yang terjuntai dipuput.
Seisi kampung akan terangguk-angguk apabila mereka bercakap apapun. Tetapi kenapa dia dituduh sengaja bercakap besar. Tersingung benar Lasah Tepok disebabkan orang-orang kampung menuduhnya demikian. Kalau mereka tidak mahu mendengar temberangnya apa salahnya mereka tutup telinga sahaja?
Sampaikan Siti Dinah anak gadis Pak Kubir pun mengejeknya sewaktu dia menegur di tebing sungai. Tersengih-sengih Lasah Tepok meranduk air semasa balik dari sawah sebaik sahaja ternampak Siti Dinah membasuh kain di perdu pokok kelepung.
"Boleh aku tumpang mandi?" tutur Lasah Tepok lembut untuk memikat hati gadis berkenaan.
Siti Dinah tidak pun menyahut. Malah dia tidak berpaling pun memerhatikan Lasah Tepok menggalas tajak menuruni tebing sungai hingga meranduk ke tengah. Tahu sangat dia perangai Lasah Tepok yang suka mengusik siapa sahaja gadis yang terserempak.
Tetapi Lasah Tepok sekadar mahu menegur. Apa salahnya dia bertegur sapa sewaktu terserempak di mana-mana. Kenapa pula gadis-gadis di kampung meluat sangat dengan dia sekiranya mahu beramah mesra. Tentulah mereka semua bencikan dia disebabkan kakinya yang tepok.
"Memang mereka hina aku, kerana aku tepok!" ujar Lasah Tepok meluahkan rasa terkilan di hadapan emak-nya. Mak Sunah tidaklah ambil peduli sangat rungutan anaknya, kerana dia percaya Lasah Tepok sekadar mampu merungut sahaja. Apalah yang boleh dilakukan oleh anaknya yang tepok sejak dilahirkan itu.
Ah badi mah badi, um-but badi seratus sembilan puluh, itulah asal kau jadi badi, air setitik engkau jadi badi, tanah segenggam asal engkau badi, datang engkau di rimba raya balik kau ke rimba raya, datang kau di gaung guntung balik kau ke gaung guntung, tak balik engkau berdosa engkau ke pawang berempat, tak balik engkau ke gaung guntung derhaka engkau kepada Tuhan yang sebenarnya, kabul berkat pengajaran guru aku, berkat la-illahha illallah hu...
Tetapi hairan juga Dukun Lernan kerana jarang berlaku biawak berbadi. Lainlah kalau puyuh atau ayam denak di hutan, memang tahu sangat dia fasal badinya. Apalagi kalau kijang atau rusa diburu tatkala melintasi busut, jangan dicuba ditembak tidak menentu.
"Saya dah kata ayam berkaki tiga tu bukannya bawa tuah!" rungut Jibah melepaskan geram apabila kenangkan punca Udin Tinjut membunuh biawak itu disebabkan mahu selamatkan ayam berkenaan. "Ayam tu bawa bencana, sebab itu Udin kena badi biawak," tuduhnya menyimpan dendam terhadap ayam jantan berkaki tiga yang sudah sembuh luka akibat dikerkah biawak.
"Ayam tu tak salah," sahut Cikgu Suhut mengerling Jibah. "Penyakit dah nak datang, kita cubalah ubat," katanya menyampuk sekalipun dia berdiam diri sebelumnya. Dia perlu ingatkan perempuan itu supaya tidak salah anggap sampai terpesong pula pernahaman mengenai musibah yang diturunkan oleh Allah.
"Betul cakap cikgu tu," lantas Dukun Leman terangguk-angguk setelah melihat saya mengukuhkan duduk sambil mengisar dua tapak tangan.
Saya tidak peduli pun apa yang mereka bualkan tatkala itu, disebabkan melihat bayang biawak yang berligar di keliling perdu pokok dedali.
Lama bayang biawak itu berligar sekali gus kulitnya terkoyak hingga dagingnya tersiat merah. Dia mengelepar sama seperti ayam berkaki tiga yang dikerkah taringnya sampai daging paha terkoyak.
Tercangut-cangut biawak itu dengan mulut ternganga apabila besi perejang terlekat di tengah belakang tatkala mengelapar menahan kesakitan akibat kulit terkoyak. Ekornya mengotek sambil memukul lemah ke kiri dan ke kanan. Saat ini saya merasakan diperdaya oleh bayangan biawak berkenaan yang cuba mengalihkan perhatian kepada perkara lain yang merasuk di dalam tubuh Udin Tinjut. Bagaimanapun sekali-sekala saya mendengar Dukun Leman membentak menyergah biawak yang menggelepar di perdu pokok dedali itu.
Setelah merasakan diri saya diperdaya cepat-cepat saya beristighfar sampai 21 kali, dan berselawat juga 21 kali. Saya terus membacakan
a'uzubillahhi minasy syaitanirrajim, sebanyak tiga kali dan diikuti dengan
subhanallah walhamdulillah wala-illahha illallah Allah-hu-Akbar, juga tiga kali, dengan diteruskan mem-bawa Ayatul Kursi.
Apabila saya membacakan pula:
In-nama-ilahu-kumullahhul lazi-la-ilaha illahuwa, wasi'a kulla syai-in 'ilman,
tubuh biawak itu bergulung bagaikan tenggiling merengkok. Sedikit demi sedikit biawak di perdu pokok dedali bertukar menjadi asap berpusar-pusar hingga menjelma lelaki tua bertubuh kurus dengan ekornya menceceh ke tanah seolah-olah biawak.
"Apa hal awal ni mengganggu kerja kami?" jerkah lelaki tua kurus itu setelah berhadapan dengan saya.
"Awak rupanya Onyeng Duyung!" tiba-tiba sahaja saya mendengar Dukun Leman melaung dari belakang.
"Dukun Leman, awak jangan cuba campur hal kawan," sahut lelaki tua kurus yang berekor seperti biawak itu.
"Kalau kawan campur, awak nak buat apa?" marah benar Dukun Leman apabila dicabar oleh lelaki kurus berekor biawak dengan belakang tangannya.
Cepat-cepat lelaki tua kurus itu melibas Dukun Leman dengan ekornya, tetapi lantas saya tampan dengan tangan menyebabkan dia menjerit kesakitan apabila kulit ekornya melurut laksana kain sarung terlucut.
Belum sempat dia mengangkat semula ekor yang tersiat kulit, lelaki tua kurus berekor biawak itu rebah tidak bertahan. Kakinya mulai goyah laksana tiang reput tercabut sendal. Dia mendongak terkebil-kebil mata merenung saya.
"Kalau kau nak lawan ustaz ni, lawanlah!" ejek Dukun Leman mencebek bibir.
#KoleksiTokAwangNgahBab155
BADI BIAWAK ONYENG DUYUNG
(Bab 155 bahagian 2)
Mak Semijah percaya tentu Udin Tinjut dirasuk puaka menyebabkan menantunya itu terkial-kial bagaikan belakangnya terlekat di lantai. Mahu diangkat duduk Udin Tinjut menjerit-jerit kesakitan seolah-olah kulit belakang tidak boleh direnggangkan lagi dengan tikar.
"Apa puncanya ni?" ujar Dukun Leman sebaik sahaja duduk dalam keadaan termengah-mengah disebabkan berjalan cepat.
"Entahlah Abang Leman, penyakit nak datang..." sahut Mak Semijah mengeluh pendek.
Tidak bertangguh Dukun Leman meminta Jibah sediakan tempat membakar kemenyan. Dia mesti mem-bakar kemenyan untuk mengesan puaka mana yang berani mengganggu orang-orang kampung. Tentu puaka yang bersembunyi dalam tubuh Udin Tinjut tidak bertahan akibat bau asap kemenyan yang dijampi serapah hingga memabukkan.
Setelah membakar kemenyan Dukun Leman mengusapkan asap kemenyan tiga kali ke mukanya dan di seluruh badannya mulai dari kepala lutut membawa ke bawah ketiak. Selepas itu dia membacakan jampinya:
Assalammualaikum ya rijal-ghaib, assalammualaikum ya arhal-muqqudus, sati jinurni birasati wahurmati ya nuj iba ya nuquta ya qutub bilasati wahurmati wasahbihi was-salam.
Selepas itu Dukun Leman mengusap pula dua tangannya dengan asap kemenyan sambil merenung Udin Tinjut yang mengerang-erang tidak menentu. Kemudian dia mengisar dua tapak tangannya lantas meneruskan mambaca jampi:
Songsang tapak songsang hati jantung engkau, patah sendi patah layang patah alih-alih, ambil besi petua akan pemarak hati jantung hempedu rawan engkau, datang menelentang pulang kau menelangkup, jenjang lama engkau balik, aku tahu asal kau jadi, orang berlaki tujuh asal engkau jadi, kabul aku menangkal Udin Tinjut dek pelesit, berkat laillahha illallah hu...
Dukun Leman menghembus perlahan ke arah Udin Tinjut. Lama dia menunggu tetapi keadaan Udin Tinjut tidak juga berubah lantas dia mengeluh panjang sambil menggeleng kepala. Biasanya sebaik sahaja Dukun Leman membacakan jampi serapah sudah tentu pelesit yang merasuk tidak dapat bertahan. Mangsa akan tersentak akibat Dukun Leman tahu asal usul pelesit yang mengganggu. Mana-mana jenis syaitan akan berasa malu setelah asal usulnya dapat diketahui oleh siapa sahaja.
Kalau pelesit terus bertahan nescaya tuannya juga akan diketahui orang. Manalah muka tuannya mahu sembunyikan sekiranya seisi kampung mengetahui angkara perbuatannya. Sebab itu pelesit yang mengganggu tidak akan bertahan setelah Dukun Leman membacakan jampi serapah.
"Bukan kena pelesit Udin ni," tutur Dukun Leman mengisar punggung lantas meminta air untuk minum.
"Agaknya kena apa dia ni?" soal Mak Semijah.
Dukun Leman tidak menyahut. Dia menggeleng-geleng semacam kecewa kerana tidak dapat memulihkan Udin Tinjut. Kemudian dia berpaling lemah ke arah saya dan Cikgu Suhut, seolah-olah meminta pandangan bagaimana mahu membantu ikhtiarnya.
"Cubalah ustaz pula, manalah tahu rasi pula dengan ustaz," kata Dukun Leman tersengih-sengih macam bergurau.
"Cubalah ustaz," desak Cikgu Suhut pula menyuruh saya mara ke hadapan.
"Habis, kalau bukan pelesit, bolehkah ustaz ubatkan?" Pak Magan serba salah setelah Dukun Leman mula mengalah.
"Perkara ubatkan makhluk bukan kerja kita," sahut Dukun Leman tersengih-sengih mengusap mukanya dengan tapak tangan. "Kita hanya minta ustaz doakan, insya-Allah," ujarnya penuh harapan.
"Tentu kerja Pak Kacah, dia bukan pelihara pelesit aje," gerutu Mak Semijah apabila kenangkan Usup Pengkar dirasuk pelesit setelah mengambil buah kelapa gugur di tepi sempadan.
"Jangan buat dosa menuduh-nuduh!" cepat sahaja Dukun Leman mengingatkan. Dia sendiri tidak pernah menuduh sesiapa pun sekiranya dijemput mengubati orang-orang kampung yang merapik tidak menentu.
Asal sahaja dijemput mengubati orang, Dukun Leman sekadar membakar kemenyan. Selepas itu dia akan membacakan Fatihah tiga kali diikuti dengan salawat 21 kali. Kemudian dia membacakan surat al-Qadar diikuti dengan bertasbih sehingga merasakan ada lembaga lain duduk di sisinya.
Sekaligus mulut biawak ternganga menyebabkan ayam di celah taringnya terlepas, tetapi terdengkot-dengkot akibat pangkal pahanya goyah.
"Baru kau tahu, ini Udin tau!" bentak Udin Tinjut bangga setelah biawak berkenaan terlekat ditujah besi perejang menembusi belakang.
Menggelepar biawak berkenaan mahu melepaskan diri dengan ekornya melibas ke kiri ke kanan. Melihatkan biawak itu masih lagi boleh bergerak, Udin Tinjut meliar memandang keliling mencari apa-apa pun untuk memukul kepala binatang itu. Sebaik sahaja ternampak batu sebesar kepala lutut, dia terus mencapainya. Tidak bertangguh dihentaknya kuat ke kepala biawak itu hingga terpenyek sampai lidahnya juga terjelir keluar.
Beberapa minit biawak itu menggelepar akibat kepala dihentak dengan batu sebesar kepala lutut, barulah binatang itu mati terbungkang. Udin Tinjut mencabut besi perejang yang tercacak di tengah belakang. Menggeleng kepala dia disebabkan hujung mata besi perejang itu sumbing disebabkan kulit belakang biawak itu keras laksana bertampan besi.
Ketika dia mencari-cari ayam jantan berkaki tiga yang digonggong biawak, Udin Tinjut melihatnya terselit di perdu rumpun pisang. Cepat-cepat dia menyuruh isterinya Jibah gilingkan beras dengan kunyit. Luka di pangkal paha ayam berkenaan mesti dipupuk biar cepat berparut.
Seminggu dia ubati ayam berkaki tiga itu, barulah ayam jantan itu kelihatan segar semula sekalipun jalannya terdengkot-dengkot. Kaki tambahan yang terjuntai berayun-ayun itu pula meleding ke atas hingga menungkat di bawah ekornya.
Sebulan selepas kejadian itu, tiba-tiba sahaja Udin Tinjut meracau di tengah malam. Dia menggelepar seolah-olah belakangnya terlekat di tikar di tempat tidur. Disebabkan keadaan suaminya bertambah tenat hingga sukar mahu bernafas, cepat-cepat dia menyuruh Samah memberitahu Cikgu Suhut.
Tengah malam itu juga Samah meranduk kegelapan malam mengetuk pintu rumah Cikgu Suhut. Dia tidak bimbang apa-apa lagi dalam keadaan cemas demikian. Lagipun rumahnya bukanlah jauh sangat dari rumah Cikgu Suhut hanya dilindungi oleh belukar senduduk sahaja.
Sebaik sahaja Samah memberitahu mengenai malang yang menimpa Udin Tinjut ayahnya, tidak bertangguh Cikgu Suhut memanggil saya. Terkejut juga saya apabila dipanggil oleh Cikgu Suhut di tengah kesepian malam demikian.
"Ustaz, mari kita ke rumah Abang Udin," ujarnya mendongak ke muka pintu rumah saya. Samah berdiri di belakangnya memakai seluar pendek tidak berbaju sekalipun dingin malam terasa menusuk ke tulang sum-sum.
"Apa halnya?" perlahan saya bertanya disebabkan terpisat-pisat mata menahan rasa mengantuk.
"Abang Udin kena tak ingat," beritahu Cikgu Suhut dalam keluhan pendek.
Dalam kampung terpencil demikian memang seringkali berlaku kejadian penduduk-penduduk dirasuk. Apalagi ketika negeri masih lagi belum terbuka seperti tahun 60-an itu, memang orang-orang kampung masih lagi dikongkong oleh perasaan mempercayai ilmu syaitan.
Sudah beberapa kali Cikgu Suhut memberitahu mengenai anak-anak gadis dirasuk pelesit di kampung berkenaan. Siapa yang amalkan ilmu demikian, tidak pula diketahui. Dukun Leman juga tidak dapat menentukan siapa yang empunya angkara setiap kali dia dijemput orang untuk mengubati mangsa.
Dukun Leman juga pernah mengidap cirit birit tiga hari hingga berak darah selepas mengubati Usup Pengkar dirasuk pelesit, semata-mata mengambil buah kelapa gugur di sempadan tanah. Marah benar Pak Kacah apabila isteri Usup Pengkar menuduh dia gunakan pelesit kerana buah kelapa gugur di sempadan tanah diambil oleh lelaki itu.
Kalau takat sebiji dua buah kelapa apa sangat dihiraukan oleh Pak Kacah sekiranya diambil oleh Usup Pengkar. Pokok kelapanya masih banyak berbuah lebat di sekeliling rumah. Dia tidak harapkan sangat buah kelapa di sempadan tanah itu, kalau Usup Pengkar teringin sangat mahukan buah kelapa yang gugur.
#KoleksiTokAwangNgahBab155
BADI BIAWAK ONYENG DUYUNG
(Bab 155 bahagian 1)
PERCAYA sangat Udin Tinjut fasal ayamnya berkaki tiga itu boleh membawa tuah dalam kehidupan keluarganya. Dipujuk juga oleh Ah Kong tauke kedai di pekan kecil supaya jualkan sahaja ayam tersebut seratus ringgit, tetapi Udin Tinjut tetap berkeras tidak mahu ayam jantannya itu dijual.
Kalau mahu dikatakan ayam berkenaan berkaki tiga tidak nampak pula kakinya yang satu lagi itu berjejak ke tanah. Hanya bergantung sahaja berbuai-buai apabila mengekas di mana-mana. Tidak ada apa pun bezanya dengan ayam-ayam lain yang dipelihara oleh Udin Tinjut.
"Saya percaya ayam ni ada tuah, ustaz," jelas Udin Tinjut memperagakan ayam tersebut kepada saya. Memang ayam jantannya yang satu itu terlalu jinak hingga makan pun memagut di atas tangan Udin Tinjut.
Tidak hairan sangatlah kenapa ayam tersebut terlalu jinak, kalau dididik sejak kecil demikian. Tentulah setiap hari Udin Tinjut bubuh beras di tapak tangan sorongkan pada ayam itu sampai besar sehingga boleh berkokok nyaring.
Memang Udin Tinjut tidak campurkan ayam berkaki tiga itu dengan ayam ternaknya yang lain. Sengaja dibuat serkap asingkan ayam tersebut daripada masukkan ke reban yang sama. Dia perlu khaskan tempat istimewa untuk ayam jantan yang boleh membawa tuah kepada kehidupan keluarganya.
Tetapi isterinya Jibah tidak percaya sebesar hama pun fasal ayam jantan berkaki tiga itu mempunyai tuah. Sudah lebih setahun dia menternak, tidak ada apa-apa perubahan dalam kehidupan mereka sekeluarga. Masih juga hidup terkial-kial mencari nafkah menoreh getah dan berkebun sayur di keliling rumah.
"Jibah mana tahu fasal tuah ayam," tutur Udin Tinjut mencebek bibir disebabkan tersinggung isterinya tidak mahu mempercayai pendapat dia. "Orang perempuan memang pendek akal," tuduhnya melepaskan geram yang mendongkol di hati. Kecewa sangat dia apabila Jibah tidak mahu memberikan perhatian pada ayam jantan berkaki tiga itu.
Terpekik juga Udin Tinjut melepaskan marah tatkala Jibah membaling ayam berkenaan dengan kayu api apabila menyerbu padi jemuran di hujung halaman. Tidak patut Jibah tunjuk berani mahu memukul ayam kesayangannya yang membawa tuah dalam hidupnya.
Semenjak ayam berkaki tiga itu dipeliharanya, rezekinya banyak mencurah masuk. Habis sahaja menoreh getah, Pak Mursit ketua kampung minta buatkan reban ayam. Timah Juling juga minta sambungkan dapur rumah. Bila-bila pun ada sahaja orang kampung upahkan dia bertukang sampai dia sendiri tidak cukup masa terluang.
Masakan Jibah tidak nampak tuah yang datang setelah memelihara ayam jantan berkaki tiga itu. Memang rezekinya bertambah. Tetapi rezeki bertambah itu tidak macam batu bergolek meluru ke tengah halaman. Dia terpaksa berusaha sama ada ayam jantan berkaki tiga itu terconggok ataupun tidak.
Tetapi Udin Tinjut memang terasa sangat perubahan semenjak dia memelihara ayam itu. Mudah sahaja orang-orang kampung mengupahnya bertukang kayu. Sekalipun pendapatannya tidak seberapa, namun Udin Tinjut lega juga. Dia tidak mengeluh panjang kalau kenangkan dapur tidak berberas. Duitnya sentiasa ada dalam simpanan di bawah lipatan kain di dalam gobok.
"Ayam tu memang bertuah, yang tak bertuahnya awak tu," gerutu Jibah mengejek sikap suaminya yang percaya dengan perkara yang karut marut tidak menentu.
"Awak tahu, rezeki awak selama ni kerana tuah ayam tu!" bentak Udin Tinjut menggertap bibir.
"Rezeki di tangan Tuhan, bukannya pada tuah ayam," ujar Jibah tidak mengalah kalau suaminya terus juga berkeras.
Terdiam Udin Tunjut. Memang kata-kata isterinya benar. Siapa pun tahu rezeki datangnya daripada anugerah Allah, bukannya tuah binatang seperti ayam jantan berkaki tiga itu. Kalau Allah tidak menurunkan rezeki, masakan tuah ayam itu boleh membantunya mendapatkan rezeki?
Asal sahaja dia mahu lelapkan mata nescaya Ucu Labat akan tercegat di hadapannya melayani dia sepanjang malam. Ucu Labat akan memicit-micit tubuhnya hingga terasa segar. Sebab itulah terbangun pagi sahaja dia tidak segan-segan ke rumah nenek aji mahu menatap wajah Ucu Labat. Kalau dia tidak dapat menatap wajah Ucu Labat, memang hatinya berdebar-debar sepanjang hari.
Setiap detik dia merasakan dirinya bersalah terhadap Ucu Labat kerana mengejeknya berbau busuk. Selagi tidak dapat bersua muka meminta maaf, rasa bersalahnya itu terus menyelubungi dirinya. Selepas meminta maaf terpulanglah pada Ucu Labat sama ada mahu mengambilnya menjadi isteri atau tidak. Dia tidak akan terkilan setelah Ucu Labat sanggup memaafkan dirinya yang telah bersalah.
Tentu amalan ilmu pengasih Ucu Labat yang menyebabkan dia bagaikan orang gila sentiasa teringatkan lelaki itu. Sebab itulah Saenah Janda tidak boleh diamkan begitu sahaja. Kalau Ucu Labat boleh perdayakan dirinya, dia juga tidak akan lepaskan lelaki muda seperti Ucu Labat sengaja mahu mempermainkan dia.
Satu-satunya yang boleh tundukkan Ucu Labat memang serbuk cacing gelang yang keluar bersama najisnya. Suaminya yang terdahulu memang tidak pernah membantah apa sahaja kemahuannya setelah diberi serbuk cacing gelang. Kalau suaminya berani jatuhkan talak, hanya dalam masa seminggu sahaja lelaki akan datang semula mencarinya. Menangis-nangis suaminya merayu supaya menerimanya semula.
"Macarn mana pun Labat tetap suami kau, sekalipun usianya muda," tutur Tok Aji mengingatkan.
“Memang aku tahu dia suamiku," sahut Saenah Janda seolah-olah menunjukkan keangkuhan dirinya.
"Kalau tahu suami, kenapa kau derhaka?" soal Tok Aji mengejeknya.
"Dia buatkan aku dulu," tegas Saenah Janda berang dengan ejekan Tok Aji itu.
"Kalau dia berdosa, kau pun nak berdosa?" Tok Aji merenung tepat ke mukanya dengan membacakan Fatihah tiga kali.
Terkejut Saenah Janda apabila merasakan mukanya ditiup angin kencang. Tetapi dia kembali berdiri tegak bagaikan mahu mencabar Tok Aji di dalam kabus tebal yang memutih.
"Oh, abang aji nak menangkan adik ipar sendiri!" marah benar Saenah Janda apabila tubuhnya hampir melayang ditiup angin kencang.
"Aku tak mengetahui urusan Allah, terpulanglah pada kau sendiri," jelas Tok Aji sehingga dia merasakan seluruh bulu romanya tegak meremang dengan peluh memercik sekalipun wap pagi terlalu dingin dengan hembusan angin segar.
Tidak lama selepas Ucu Labat beransur pulih, Tok Aji diberitahu mengenai Saenah Janda meninggal dunia akibat sesak nafas sewaktu tidur. Berkali-kali dia menyebut nama Ucu Labat sebelum menghembuskan nafas, tetapi anaknya melarang diberitahu kepada bapa tirinya itu.
Hanya selepas Saenah Janda meninggal dunia, barulah anaknya Maaris bersetuju diberitahu kepada bapa tirinya yang lebih muda usia daripadanya iaitu Ucu Labat. Disebabkan mereka tidak pernah bercerai, Tok Aji nasihatkan dia menjengah jenazah isterinya itu.
Serba salah juga Ucu Labat setelah didesak oleh Tok Aji. Setelah menatap jenazah isterinya, dia terus sahaja balik ke rumah. Ucu Labat tidak ikut sama menghantar jenazah ke kubur. Hatinya seolah-olah luka dengan pengalaman bersama isterinya itu.
Senja selepas Saenah Janda dikebumikan, mereka seisi kampung mendengar jeritan halus dari arah tanah perkuburan, tetapi tidak siapa pun berani menjengah. Maaris sendiri enggan ke tanah perkuburan sekalipun jiran-jiran percaya suara jeritan itu datangnya dari arah kubur emaknya.
Paginya sebelum matahari naik segalah, Sahak Genyeh adik Saenah Janda sendiri mahu memastikan jeritan halus dari tanah perkuburan itu. Sebaik sahaja dia menjengah kubur Saenah dia terkejut kerana kepala mayat tertimbul di permukaan bumi. Kayu daka yang ditandakan pada bahagian kepala tercacak keras di kepala mayat.
Termengah-mengah Sahak Gengeh memberitahu anak saudaranya Maaris mengenai kejadian itu. Mereka tidak bertangguh memberitahu orang kampung apabila mayat Saenah Janda ditolak ke permukaan kubur. Mahu tidak mahu Maaris terpaksa juga menjemput Tok Aji meminta nasihatnya mahu uruskan semula mayat emak.
"Kenapa kau tak beritahu Labat ni sakit?" tersinggung juga nenek dengan sikap Saenah Janda seolah-olah mahu mencabar dia.
"Nak kata sakit dia tak sakit, tapi keadaannya macam orang sakit," ujar Saenah Janda masih berpura-pura.
Setelah menjengah Ucu Labat inilah, nenek aji memanggil Aki Alang ke rumahnya. Dia meminta Aki Alang dan Tok Aji cuba selamatkan juga Ucu Labat. Kalau jahat pun Ucu Labat, dia tetap adik juga kepadanya. Macam manapun nenek aji perlu berusaha selamatkan adiknya itu.
Tetapi Aki Alang mudah sahaja panas baran. Mahu sahaja dia menampar muka Saenah Janda biar perempuan itu mengaku apa yang telah diperlakukannya terhadap Ucu Labat. Tentu dia gunakan ramuan makan sampai Ucu Labat menjadi bodoh seperti bayi dalam buaian.
Aki Alang menuduh Saenah Janda hidangkan nasi kangkang berwap kepada Ucu Labat sebaik sahaja mereka berkahwin. Sebab itulah Ucu Labat menjadi bodoh tidak boleh berfikir langsung. Kalau tidak diberi nasi kangkang berwap tentu Ucu Labat mudah tinggalkan Saenah Janda.
Tentu Saenah Janda tidak mahu lepaskan lagi Ucu Labat, biar lelaki itu tidak sombong dengan amalan ilmu pengasihnya selama ini. Disebabkan amalan ilmu pengasih itulah Ucu Labat merasakan semua orang perempuan macam barang mainan sahaja. Apabila diperlukan dia akan menyeru sampai perempuan itu melutut, dalam masa beberapa minggu pula dia akan halau perempuan itu bagaikan anak tidak ber-keluarga.
"Jangan kau nak tunjuk panas baran," Tok Aji ingatkan Aki Alang supaya tidak terburu-buru menyalahkan orang lain. Kenapa tidak salahkan adik sendiri yang menganiaya orang dengan amalan ilmu pengasihnya itu?
"Pandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah," gerutu nenek aji apabila kenangkan nasib yang menimpa Ucu Labat. "Kau pun, kalau takbur sangat, akan jadi macam Labat juga!" tegas nenek melepaskan rasa geram kepada Aki Alang.
"Takkan sama saya dengan Labat," ujar Aki Alang tersinggung dengan ejekan kakaknya. Perkara kesalahan Ucu Labat tidak patut disangkutkan kepadanya pula. Biarlah urusan Ucu Labat dipikul ke atas bahunya sendiri, supaya dia insaf akan kesalahannya selama ini.
"Kalau benar Saenah lakukan, biar urusan Allah tentukan," beritahu Tok Aji perlahan. Perkara menganiaya suami memang dosa yang perlu ditanggung oleh isteri, tidak perlu sesiapa pun campur urusan Allah.
Tok Aji hanya meminta izin daripada Saenah Janda membawa Ucu Labat balik ke rumahnya untuk diubati. Seminggu Ucu Labat dibawa balik ke rumah nenek aji, tidak pernah Saenah Janda datang menjengah. Memang berkeras juga dia pada mulanya tidak benarkan Ucu Labat dibawa balik ke rumah nenek aji. Kalau mahu diubati apa salahnya di rumah dia sahaja.
Tetapi dia terpaksa lepaskan juga kerana bimbangkan Aki Alang. Manalah tahu lelaki itu tidak dapat menahan sabar sampai menerpa tidak bertangguh. Cepat sahaja tangan Aki Alang merentap rambutnya sambil melepaskan tamparan ke muka macam harimau lapar di tengah rimba.
Tahu sangat dia sekiranya Aki Alang tengah panas baran. Kasim Pagan guru silatpun diheretnya ke tengah gelanggang tidak berani bercakap apa-apa. Terpinga-pinga Kasim Pagan apabila Aki Alang menghunus parang mengajaknya memencak tunjukkan ketangkasan membuka langkah.
Belum sempat Kasim Pagan menerpa kaki Aki Alang pantas membuka langkah mengelak. Dia terus menyiku ke bawah rusuk sampai Kasim Pagan terlentang jatuh tidak bertampan. Memang Kasim Pagan tidak mampu menyaingi ketangkasan Aki Alang kalau mahu membuka langkah di tengah gelanggang.
Apalagi memang salah dia menuduh Aki Alang gunakan ilmu pengasih memikat isterinya. Kalau tidak kenangkan isteri Kasim Pagan itu sepupunya sendiri, memang tergamak juga dia hayunkan limau di tengah malam biar Jeliyah datang tersepuk di depannya. Marah benar dia dengan cemburu Kasim Pagan tidak bertempat. Belum tergamak dia mahu memikat Jeliyah dengan amalan ilmu pengasihnya. Kasim Pagan tidak perlu cemburukan dia sekiranya Jeliyah melayaninya berbual-bual. Masakan dia mahu mencemarkan sepupunya sendiri!
"Buat apa Kak Nah sibuk, saya bukan laki Kak Nah," lantas sahaja Ucu Labat mengejeknya apabila beberapa orang melintas untuk turun ke sawah.
"Kalau kau tu laki aku, tahulah kau langit ni tinggi laut tu dalam!" Saenah Janda mencebek bibir kerana terasa malu dihina oleh Ucu Labat di hadapan orang-orang kampung.
Tetapi Ucu Labat juga terasa malu dimarahi oleh Saenah Janda di hadapan orang-orang kampung mahu turun ke sawah. Sepanjang malam Ucu Labat tidak dapat lelapkan mata disebabkan terlalu marah dengan sikap Saenah Janda. Kalau tidak kenangkan usia perempuan itu sudah tua hampir sebaya dengan emaknya, memang bila-bila dia akan uji biar sampai melutut meminta dikahwini.
Lama juga dia berfikir sebelum membuat keputusan. Apalah salahnya membalas dendam biar Saenah Janda merayu-rayu meminta dijadikan isteri. Setidak-tidaknya dia boleh meminta wang dari Saenah Janda untuk duduk bertunggu hari main majong bersama kawan-kawan Cinanya. Saenah Janda mesti diajar juga supaya mulutnya tidak celupar sangat mengejek dia.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Selagi dia tidak ungkit-ungkit mengenai Lisah Janda, sampai bilapun Ali Kelih tidak ingat lagi megenai janda berkenaan. Setelah berbulan-bulan pun ditinggalkan Ali Kelih langsung tidak teringin mahu menjengah Lisah Janda di Jerantut.
"Tak tahulah saya macam mana dibuat oleh Pak Mat Jubin tu, ustaz," beritahu Eton Juling tersenyum simpul memberitahu tatkala saya berkunjung ke rumahnya bersama Kadir Misai.
Memang Kadir Misai juga tahu mengenai sepupunya Ali Kelih gilakan Lisah Janda semasa dia bertugas di Jerantut. Lama juga Eton Juling melilau tidak tenteram hati setelah mengetahui suaminya gilakan janda beranak satu itu. Tetapi Kadir Misai tidak peduli sangat selagi Eton Juling tidak memberitahu apa-apa.
Tentu Eton Juling tidak percayakan dia disebabkan Ali Kelih sepupunya. Masakan dia mahu menyebelahi Eton Juling kalau yang membuat angkara itu Ali Kelih sendiri. Kalaupun perempuan itu mengadu kepadanya memang serba salah juga Kadir Misai mahu mencampuri urusan rumah tangga orang.
Hanya setelah diberitahu mengenai Ali Kelih sakit sejak beberapa bulan, terpaksa juga Kadir Misai menjengah. Apalagi emaknya ingatkan dia fasal Ali Kelih menjadi seperti orang bingung yang sudah hilang ingatan.
"Macam mana punca Ali kena macam ni?" soal Kadir Misai memegang pergelangan Ali Kelih yang terbaring semenjak kakinya membengkak tidak boleh berjalan.
"Tak perasan puncanya," jelas Eton Juling mengerling anak gadisnya Raunah yang keluar dari dapur menatang dulang minuman. "Mulanya ayah marah-marah, sampai beberapa hari dia marah," sahut Raunah lantas menghulurkan dulang ke hadapan emak-nya. "Lepas itulah dia suka termenung dan merungut-rungut seorang diri," beritahunya apabila kenangkan kejadian yang menimpa ayahnya.
"Agaknya kerja janda tu!" cepat sahaja Eton Juling menuduh setiap kali hati-nya rusuh melihat keadaan suaminya.
"His, tak baik rnenuduh macam tu," tutur Kadir Misai mencemik muka tidak bersetuju dengan sikap Eton Juling.
Tatkala dia menyingkapkan kain Ali Kelih, memang buku lalinya membengkak hingga hitam lebam. Kulit buku lalinya juga keras laksana belulang jangat dijemur. Apabila disingkapkan hingga ke betis, saya melihat kulit betisnya juga retak-retak bagaikan tanah sawah merekah di musim kemarau.
Beberapa kali saya beristighfar menahan keluhan setelah melihat keadaan kaki Ali Kelih demikian. Sukar juga mahu diramalkan apakah penyakit yang dihidapinya sampai ingatan hilang menjadi orang bingung. Kulit kaki sampai ke betis retak-retak sekalipun tidak memercik darah di situ.
"Macam mana ustaz?" ujar Kadir Misai menggeleng-geleng kepala menatap muka saya. Dia sendiri gelisah dengan keadaan sepupunya yang menghidap penyakit demikian.
"Dah tanya pada Mat Jubin?" soal saya berpaling pada Eton Juling.
"Pak Mat tu bukan tetap di rumah," gerutu Eton Juling semacam hampa. Sudah berapa kali dia pesankan kepada isteri Mat Jubin, tetapi bapa saudaranya itu tidak juga jengah muka.
Setiap kali dia ke rumah Mat Jubin, bapa saudaranya itu sudah ke Segamat di Johor. Kadangkala terus sampai ke Pontian hingga berhari-hari tidak balik ke rumah. Apabila balik ke Temerloh, belum sempat isterinya Maisah memberitahu pesan Eton Juling, dia sudah ke Terengganu pula.
Kalaulah tidak disebabkan Raunah berikhtiar memberitahu emak Kadir Misai di Lancang, memang Kadir Misai juga tidak tahu mengenai Ali Kelih yang terlantar sakit. Berdetak juga hati Mak Tiamun, tentu anak saudaranya itu dianiaya dengan ilmu hitam. Siapa lagi yang gunakan ilmu hitam kalau bukan Lisah Janda yang berdendam?
Dia percaya tentulah Lisah Janda kecewa dengan keputusan Ali Kelih meninggalkannya. Masakan janda itu boleh berdiam diri setelah mereka berdua sudah berjanji mahu berkahwin, sekalipun sanggup bermadu. Tentulah janda itu carikan bomoh mahu membalas dendam, biar sama-sama berputih mata.
Kalau tidak disebabkan ilmu hitam, tentulah Ali Kelih tidak menghidap penyakit ganjil demikian. Dia hanya terkebil-kebil mata sahaja semasa Mak Tiamun datang menziarah. Menitik juga air mata Mak Tiamun menatap keadaan yang ditanggung oleh anak saudaranya itu.
Saerah juga tidak mahu bukakan pintu sebaik sahaja kereta berhenti di hadapan rumah. Sampai pagi Lahak terpaksa merengkok dalam kereta tertidur di luar rumah. Sebab itulah dia desak Tukimin membantunya. Hatinya semakin tidak tenteram setelah berkahwin dua. Kalaulah tidak disebabkan berkeras menemui Wak Busil untuk memikat hati Saerah, tidaklah keadaan rumah tangganya menjadi kucar kacir. Dia terpaksa tempuhi juga kegelisahan semikian disebabkan segalanya telah terlanjur.
"Tolonglah ustaz," terharu sangat Lahak mendesak apabila dibawa oleh Tukimin menemui saya. "Selamatkan rumah tangga saya yang sudah tidak tenteram lagi," katanya tidak segan-segan meluahkan perasaan hati yang terbendung dalam jiwanya.
Saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menasihati Lahak. Marah juga saya pada Tukimin yang memberikan saya beban demikian, sedangkan saya tidak pernah mendorongkan Lahak menggunakan amalan tersebut. Kalau Wak Busil sudah tidak dapat membantu setelah dia melorongkan perbuatan itu, bagaimana pula saya boleh menolong Lahak?
Lama saya berfikir, lantas saya menyuruhnya lakukan sahaja sembahyang tahajud dan bertaubat kepada Allah. Kemudian saya suruh dia amalkan membaca doa selepas solat sunat tahajud itu:
Yahibbu nahum kahu-bbillahhl wallazina amanu asyaddu hubban-lillahhi, zui-yina linnasi hubbusy-syahawati minnan nisa-i walbani-na walqanathiril muqantharah.
Saya sekadar menasihati Lahak supaya lakukan solat sahaja apabila menghadapi kesulitan demikian. Tetapi dua minggu selepas itu dia datang menemui saya memperkenalkan isteri tuanya. Tiga hari selepas itu dia datang lagl membawa Saerah pula, letapi dia tidak memberitahu apa-apapun mengenai isterinya.
Tamat bab 153.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Setelah bersih dicuci, Aki Alang terasa lagi mahu buang air kecil. Ayah saya menyuruh sepupunya Ulung Mali tebuk sahaja lantai biar mudah Aki Alang mahu buang air kecil atau pun buang air besar. Belum sempat Ulung Mali menebuk lantai rumah, Aki Alang tidak dapat bertahan lagi terus buang air kecil lagi sama seperti sebelum-nya juga.
Nanah bercampur darah yang keluar dari kemaluannya berbau busuk meloyakan. Ucu Besah tidak segan-segan membantu suaminya beristinjak. Saat ini tidak ada apa lagi yang mahu dimalukan, kecuali mahu menjaga suaminya yang sekian lama terlantar. Terbayang kegembiraan di wajah Ucu Besah setelah Aki Alang boleh membuang air kecil.
Santak asar sudah beberapa kali Aki Alang buang air kecil, sekalipun sudah sekian lama dia tidak meneguk air. Memang dia takut mahu meneguk air, kerana bimbang kencing tidak tus. Dia akan menderita kesakitan mahu buang air sekiranya kencing tidak tus.
Malamnya Ucu Besah cuba juga sudukan bubur supaya Aki Alang menjamah makanan, tetapi dia sudah tidak berselera lagi mahu menjamah apapun. Selepas isya, ayah saya mengajak orang-orang di surau datang lagi membacakan Yassin.
Sewaktu orang-orang surau membacakan Yassin, mata Aki Alang liar memerhati keliling. Dia seolah-olah ketakutan sambil tangannya bagaikan menggamit meminta pertolongan. Ayah saya segera mendekati Aki Alang sambil merapatkan telinga ke mulut orang tua itu. Kemudian ayah saya mengangguk-angguk perlahan.
Selepas selesai membacakan Yassin, ayah saya menyuruh Ulung Mali mencium pusat ayahnya. Sewaktu Ulung Mali membongkok mencium pusat Aki Alang, ayah saya menepuk belakangnya tiga kali. Serentak dengan itu Aki Alang bersendawa beberapa kali dalam keadaan semakin lemah.
"Cubalah angah pula," ayah saya menggamit menyuruh saya duduk di sisi Aki Alang.
"Masa macam ni, jangan tangguh-tangguh lagi, angah," tutur Ulung Mali pula cemas dengan keadaan ayahnya.
Saya terus duduk di sisi Aki Alang. Semasa saya renung jauh ke dalam matanya, memang terbayang kehebatan dia tatkala mudanya. Kulit tubuhnya tidak berbekas apa-apa semasa dilanggar kereta hingga terhumban sampai ke seberang jalan. Kalau tidak disebabkan saya memujuk menantunya Salim supaya bersabar, sudah tentu pemandu kereta itu dipukul teruk.
Tetapi Aki Alang yang terhumban ke seberang jalan sekadar tidak dapat bangun sahaja. Setelah dibawa ke hospital tidak ada kesan-kesan luka dikulitnya. Bagaimanapun dia enggan di x-ray kerana tidak mahu tubuhnya dilakukan macam barang tidak bernyawa. Dia sendiri meminta supaya dibawa sahaja balik ke rumah.
Sebaik sahaja sembuh selepas dilanggar kereta, Aki Alang masih mampu membantu menantunya dirikan rumah. Tatkala naik ke bumbung rangka rumah, tidak semena-mena rumah tersebut runtuh tidak bersebab. Sekaligus pula Aki Alang terhumban jatuh ditimpa kayu kasau dan tiang-tiang rumah jongkang kalang. Lebih satu jam Salim bersama Ulung Mali memunggah runtuhan kayu-kayu itu untuk lepaskan Aki Alang yang terhimpit di situ.
Memang tidak ada berbekas pada tubuh Alang akibat ditimpa runtuhan rangka rumah itu. Tiga hari sahaja dia terbaring demam, tetapi selepas itu dia bangun juga ke kedai mencari teh. Tidak dapat meneguk teh di kedai terasa tidak selesa pada dirinya.
"Angah, aki ni banyak buat dosa ..." tuturnya seolah-olah menusuk ke jiwa saya tatkala bibirnya bergerak-gerak. Memang suaranya tidak kedengaran lagi akibat menahan kesakitan yang dideritainya sekian lama.
"Semua nya urusan Allah," bisik saya mengusapkan tangan ke mukanya dengan membacakan Fatihah.
Dia seolah berdiri di hadapan lorong yang gelap memanjang. Kebimbangan terbayang di wajahnya yang murung hingga teragak-agak mahu melangkah. Cepat-cepat saya membacakan:
La-ilahaillallahhu wal-lahhu akbar sad-daqahu rabbahu faqala la-ilaha illa-ana wa-ana-akbar, wa-izaqala la-ilahaillallahhu wandahu la-syarikalahu gala yaqulu la-ilahailla ana-wandi la-syarikali, wa-izatiala la-ilahaillallah lahulmulku walahul hamdu gala la-ilahailla ana-liyal hamdu waliyal-mulku, wa-izaqala la-ilahaillallahhu wala-haulawala qauwata illabillahhi gala la-ila ha-illa-ana
#KoleksiTokAwangNgahBab153
ILMU PENGASIH MEMAKAN DIRI
(Bab 153 bahagian 2)
Bukan takat menyeru perempuan sampai melutut di hadapannya sahaja boleh Aki Alang gunakan jampi serapah. Kalau orang sengaja mahu mengujinya fasal jampi serapah, dia akan menunggu sampai orang itu tertidur lena. Kemudian Aki Alang akan mengikat jari hantu orang itu dengan benang putih, lantas membacakan jampi serapahnya.
Dalam masa beberapa saat sahaja orang itu akan bingkas bangun berjalan merayau-rayau sampai keluar rumah dalam keadaan nyenyak tidur. Apabila kakinya terantuk di mana-mana orang itu akan rebah terbaring di situ sampai santak pagi baru terjaga.
Sewaktu kenduri nikahkan anak saudaranya, Lajim Togel bertengkar dengan Aki Alang kerana membelakangkan dia fasal membeli barang-barang di tungku penanggah. Tidak patut Aki Alang yang buat keputusan selagi Lajim Togel abang isterinya Ucu Besah masih terconggok. Cuma Lajim Togel satu-satunya yang boleh membuat keputusan.
Tetapi mahu ditunggu Lajim Togel sampai bilapun barang-barang tidak dibeli di kedai. Tiga hari lagi kenduri akan dimulakan, Lajim Togel masih belum nampak kelibat. Berulang kali dituruti ke rumahnya, dia sekadar memberitahu masanya masih panjang.
Sebab itu Ngah Tiamah tidak sabar lagi mahu harapkan abangnya Lajim Togel. Biarlah semuanya serahkan pada adik iparnya Aki Alang. Semasa kenduri tengah terpasang lat inilah Lajim Togel memberang tidak pedulikan siapapun.
Tersinggung juga Aki Alang dengan sikap abang iparnya Lajim Togel macam ayam betina berketak lepas bertelur. Menghentak-hentak kaki ke tanah dia memarahi Ngah Tiamah di tengah khalayak ramai kerana tidak sabar mahu menunggu dia datang menentukan majlis kenduri untuk diatur mengikut adat resam orang Melayu.
Disebabkan terlalu marah itulah Lajim Togel tidak mahu jejakkan kaki ke rumah Ngah Tiamah. Kalau Ngah Tiamah sudah membelakangkan dirinya, biarlah semua urusan serahkan sahaja pada Aki Alang. Tidak bertangguh dia mendesak semua anak isterinya balik sahaja ke rumah sewaktu lat kenduri kahwin tengah terpasang.
"Biarlah, dia nak marah tak bertempat," tutur Aki Alang mengingatkan Ngah Tiamah yang serba salah dengan keputusan Lajim Togel itu.
Malamnya tatkala Lajim Togel tengah nyenyak tidur, Aki Alang terus sahaja menaiki rumahnya. Setelah diikat jari hantu Lajim Togel dengan benang, dia membacakan:
Bismillahi aqattu jabna al-qarib walisanal hayati wafamatta masyihi-wal asuyudi wayadayi sariqi wal-hariqi wazzalima biqauli, urat engkau seribu empat ratus empat puluh empat, aku jadikan kepada empat uri, mari wall azani, dihimpunkan kepada satu hu Allah...
Kemudian dia rnengetukkan jari telunjuknya ke dahi Lajim Togel tiga kali, sehingga abang iparnya itu perlahan-lahan bangun sambil terkuap-kuap. Dia memerhatikan sahaja Lajim Togel berjalan ke pintu, terus menuruni tangga. Memang Lajim Togel berjalan seolah-olah mengikut sahaja panduan di dalam gelap itu menuju ke rumah adiknya Ngah Tiamah.
Sampai sahaja di penanggah, dia terus berbaring di pangkin kayu hingga sampai ke pagi. Tatkala orang-orang yang berkumpul di rumah Ngah Tiamah mahu berkemas di penanggah, mereka terkejut melihat Lajim Togel tidur nyenyak di situ sampai bersenar kuat.
"Siapa yang bawa aku ke sini?" gerutu Lajim Togel sebaik sahaja terbangun setelah dikejutkan oleh Ngah Tiamah.
"Memang abang Lajim tidur di situ," beritahu Ngah Tiamah tersengih-sengih mengerling Lajim Togel merungut-rungut tidak tentu biji butir.
Ketika dia melihat benang terikat pada jari hantunya, Lajim Togel menggeleng lemah. Memang dia tahu Aki Alang yang memperdayakan dia. Tahu sangat dia kebolehan Aki Alang yang boleh memindahkan orang tatkala tengah nyenyak tidur sekadar mengikatkan benang di jari hantunya sahaja.
Tetapi takat jampi serapah itu sahaja yang diberitahu oleh arwah Aki Alang kepada saya. Sengaja saya tidak mendesak mahukan petua yang sangat mustahak menjadi rahsianya. Kalau saya meminta bila-bila dia sanggup memberitahu asal sahaja memenuhi syarat-syaratnya.