bercakapdenganjin | Unsorted

Telegram-канал bercakapdenganjin - Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

3650

KISAH SERAM / CERPEN BERCAKAP DENGAN JIN Karya TAMAR JALIS 🤲al fatihah kpd penulis Allahyarham dlm memori (13.9.1940 - 26.8.2018) Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Piah berusia 50-an & beliau sbg cucu

Subscribe to a channel

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab161

KUBUR BERASAP MENJELANG SENJA

(Bab 161 bahagian 2)

Setelah dipelawa masuk ke bilik oleh Lamijah, barulah Fakeh Sibin tersengih-sengih masuk membawa bungkusan kainnya. Ke mana sahaja dia berbaring hanya bungkusan kain itu sahaja menjadi alas kepalanya. Puas disorong oleh Lamijah bantal bersulam benang emas, Fakeh Sibin tetap menolak.

"Agaknya abang Fakeh tak sukakan saya ni?" sengaja Lamijah mahu menduga sebaik sahaja Fakeh Sibin berbaring di sisinya. Fakeh Sibin tidak menyahut. Dia hanya tersenyum sahaja mengerling Lamijah yang memakai bau-bauan harum. Sanggulnya juga dibubuh gumpalan daun pandan.

"Abang Fakeh tak sudi bercakap dengan saya?" pura-pura merajuk biar lelaki itu kelam kabut. Tetapi Fakeh Sibin sekadar menggeleng kepala sahaja supaya hati Lamijah tidak tersinggung. Disebabkan Fakeh Sibin tidak mahu bercakap apa-apapun, sengaja Lamijah memusingkan badannya menghadap ke dinding tidak mahu menatap muka Fakeh Sibin. Dia mengharap biarlah lelaki itu akan nriemujuknya.

Ketika ini memang Fakeh Sibin tidak bercakap apa-apa disebabkan dia mengamalkan surah al-Ikhlas yang dibacakan juga di dalam hati hingga sepuluh ribu kali. Disebabkan Fakeh Sibin tidak juga memujuknya, tidak disedari oleh Lamijah dia sendiri terlena terus.

Sebaik sahaja Lamijah tertidur, cepat-cepat Fakeh Sibin mengambil wuduk. Dia terus solat sunat empat rakaat satu salam dengan membacakan surah al-Ikhlas sepuluh kali selepas Fatihah rakaat pertama, 20 kali rakaat kedua, tiga puluh kali rakaat ketiga dan empat puluh kali rakaat keempat.
Habis sahaja memberi salam, dia bacakan lagi surah al-Ikhlas 50 kali, salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad 50 kali dan istighfar juga 50 kali. Selepas itu Fakeh Sibin berdoa:

"Iz-yuhi rabbuka ilal-m a aikati anni-ma' akum pasabbitul-lazina-amanu, sa-ulqi fi-qulubillazina-ka farur ru'ba-fadribu fau-qal'aknaqi wadhribu min-hu m kulla-b ananin."

Dalam masa berdoa itulah Fakeh Sibin mencapai kain kasa nipis dan gunting dari bungkusan kainnya. Hanya beberapa minit sahaja selepas dia berdoa tiba-tiba beberapa pucuk jarum terpancut dari hidung Lamijah menerjah ke arah Fakeh Sibin. Cepat-cepat pula Fakeh Sibin mengibarkan kain kasa di tangan menyebabkan semua jarum-jarum tersebut melekat ke kain.

Tidak lama selepas itu dari bawah selimut Lamijah menjalar beberapa ekor lipan bara menerpa mahu menerkam Fakeh Sibin. Tidak bertangguh Fakeh Sibin menggunting lipan-lipan berkenaan sehingga terputus dua. Bangkai lipan berkenaan dimasukkan ke dalam kain kasa yang dibentangnya di lantai. Sementara menunggu bencana lain, Fakeh Sibin terus membacakan surah al-lkhlas itu tidak henti-henti. Belum pun dia habiskan 300 kali, beberapa ekor bubuk keluar dari hidung Lamijah berterbangan membawa debu hitam. Tetapi semuanya jatuh ke atas kain kasa hingga tercacak di hujung mata jarum yang berceracak.

Hampir jam 3.00 pagi, Fakeh Sibin masih juga duduk di tikar sembahyang amalkan membaca surah al-Ikhlas itu tidak henti-henti. Ketika ini berpuluh-puluh ekor rama-rama hitarn berterbangan di dalam bilik menerpa ke api pelita yang terpasang di tepi dinding.
Tetapi rama-rama itu menggelepar jatuh di hadapan Fakeh Sibin, lantas sahaja digunting olehnya sampai terputus dua. Bangkai rama-rama itu juga dimasukkan ke dalam kain kasa yang terbentang. Sebaik sahaja Fakeh Sibin membungkus kain kasa tersebut, tiba-tiba sahaja di penjuru bilik puteri susuk emas menjelma.

Terlalu marah dia merenung Fakeh Sibin dengan tidak berkedip mata tercegat bercekak pinggang. Lama dia berdiri di penjuru bilik ini lama kelamaan puteri susuk emas termengah-mengah menyebabkan mukanya berkedut hodoh.

"Oh, kau nak pisahkan aku dengan Lamijah!" gerutunya melepaskan geram yang mendongkol di hati. Kalaulah dia boleh menerkam, memang tidak bertangguh dia akan menyerbu lelaki itu. Tetapi Fakeh Sibin tidak hiraukan puteri susuk emas itu. Dia terus membacakan surah al-Ikhlas tidak henti-henti hingga terasa seluruh tubuhnya cair seperti lilin terbakar.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tidak sampai setengah jam Imam Lah terconggok di tengah serambi, tiba-tiba sahaja di bilik tidur Leman Tunjal terbatuk-batuk. Kemudian dia berlari melompat ke pangkal serambi tidak sempat lagi ke sungai, terus sahaja terberak di kaki tangga. Terkebil-kebil mata Lebai Soned melihat Leman Tunjal melintas di hadapannya tergocoh-gocoh.

"Hai, siapa pula yang keluar dari bilik kau?" Imam Lah pura-pura bertanya.

Merah padam muka Lebai Soned menahan rasa marah yang bergelora, tetapi hatinya gementar tidak menentu. Memang dia tahu. Leman Tunjal naik ke rumah disebabkan Lamijah membenarkan. Kadangkala dia terpaksa tidur di serambi apabila Leman Tunjal masuk ke bilik. Bukan Leman Tunjal sahaja, kalau Berahim Buyut atau Mail Balam yang masuk ke bilik pun, Lebai Soned tidak akan membantah.

Siapapun yang dikehendaki oleh Lamijah memang Lebai Soned tidak akan bersuara apa-apa, asal sahaja dia tidak dipisahkan daripada perempuan itu. Tetapi dia berasa malu kerana Leman Tunjal melintas semasa Imam Lah ada terconggok sama. Kenapa anak muda itu tidak mendiamkan diri sahaja di bilik sampai Imam Lah balik ke rumah?

Tetapi Leman Tunjal tidak boleh bertahan di situ. Perutnya memual-mual mahu buang air besar hingga terbatuk-batuk tidak boleh dikawal lagi. Dia tidak peduli lagi sama ada Imam Lah terconggok atau pun tidak disebabkan rasa memual perut itu bagaikan mahu terlambak usus keluar.

Malu benar Lamijah dengan perbuatan Leman Tunjal keluar dari bilik tatkala tetamu berkunjung ke rumah. Sebab itu dia tidak berani jengah muka ke serambi selagi Imam Lah masih terconggok di tengah serambi.

Kalau tidak diberitahu pun memang Imam Lah dapat mengagak ada lelaki lain di bilik Lebai Soned. Tahu benar dia petaka yang menimpa Lebai Soned setelah termasuk perangkap puteri susuk emas yang menjadi amalan Lamijah itu. Sebaik sahaja bersila rapat di tengah serambi, memang Imam Lah sudah membacakan tujuh kali doa:

"Laqadja-akum rasulun an-fusikum 'azizun 'alaihi ma-anittum harisun 'alai-kum bilmukminina ra-ufurrahim, fa-in tawallau faqul hasbiallahhu la-ilaha illa-huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul-'arsyiil 'azim."

Tatkala Imam Lah menuruni tangga untuk balik, tiba-tiba sahaja Lebai Soned menangis terisak-isak. Hiba sangat hatinya tidak menentu dengan kunjungan Imam Lah, tiba-tiba sahaja Leman Tunjal menghambur keluar sampai rahsianya membenarkan lelaki lain masuk ke bilik isterinya diketahui orang juga.

Tidak lama selepas itu, Lamijah menghalau Lebai Soned keluar dari rumahnya. Bukan Lebai Soned sahaja, malah Leman Tunjal juga tidak dibenarkan jejak kaki ke situ. Meraung, sepanjang malam Leman Tunjal merayu-rayu meminta Lamijah tidak menghalaunya.

Dalam keadaan pilu Lebai Soned melangkah longlai meninggalkan rumah Lamijah. Dia terus ke rumah Imam Lah menahan rasa hati yang berkecamuk. Gembira sangat Imam Lah disebabkan sepupunya dapat melepaskan diri daripada cengkaman puteri susuk emas itu.

Kalau Lebai Soned balik ke rumahnya, memang dia sudah nekad untuk mendoakan seterusnya sehingga sepupunya benar-benar pulih. Dia tidak menyalahkan Lebai Soned yang sudah dipukau oleh godaan syaitan yang menjelma dalam amalan puteri susuk emas yang meresap dalam diri Lamijah.

Selagi Lebai Soned tidak dipisahkan daripada Lamijah selama itulah dia akan terus terperangkap. Biarlah memakan masa baru Lebai Soned boleh dipulihkan, Imam Lah tetap bersabar memohon doa daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Dalam saat demikian hanya Allah sahaja tempat mereka berlindung dan memohon pertolongan.

Lebai Soned sendiri merelakan dirinya dilakukan apa sahaja oleh Imam Lah, kerana semenjak beberapa bulan dia beristerikan Lamijah setiap malam dia bermimpi jatuh ke dalam kubang tahi yang menjijikkan. Puas dia berusaha melepaskan diri, tetapi kakinya lemah tidak dapat melompat keluar dari kubang tahi berkenaan.

Disebabkan Lebai Soned yang rela didoakan, Imam Lah hanya langirkan sepupunya itu dengan tiga biji limau tatkala mandi sewaktu matahari naik segalah. Sewaktu memotong limau ke dalam jag berisi air, Imam Lah membacakan tujuh kali doa:

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Siapa pun tidak tahu, dalam masa memencilkan diri inilah Lamijah dikunjungi gadis cantik yang mengaku dirinya puteri susuk emas. Dia yang tusukkan jarum emas ke pipi Lamijah sampai terasa seluruh badannya menjadi segar. Selepas dikunjungi puteri susuk emas inilah perangai Lamijah mulai berubah.

Tidak semena-mena sahaja Talib Enjut datang ke rumahnya hingga sanggup menunggu di tangga sampai ke malam. Talib Enjut merayu mahu berkahwin semula dengan Lamijah sekalipun terpaksa menceraikan isteri yang baru dikahwininya.

"Aku tak akan tampar kau lagi, Lamijah," Talib Enjut terus merayu-rayu dengan penuh harapan.

"Kenapa pula kau nak kahwin dengan aku lagi?" balas Lamijah keras tidak mahu menerima.

Disebabkan Lamijah tidak mahu menerimanya, Talib Enjut terus meminta Simek Bacar memujuk. Tahu sangat dia memang Simek Bacar satu-satunya yang boleh memujuk. Setelah Simek Bacar memujuknya, serba salah juga Lamijah mahu menolak. Cuma Simek Bacar satu-satunya yang sentiasa mengambil berat mengenai dirinya setelah diceraikan oleh Talib Enjut.

Sebaik sahaja dia berkahwin semula dengan Talib Enjut, lantas sahaja puteri susuk emas itu menjelma di depannya. Setiap kali Talib Enjut mahu mendekati Lamijah, dia menjadi bimbang apabila kenangkan pantang larang puteri susuk emas itu.

"Lamijah, kau hanya boleh kahwin, tapi tak boleh bersatu," puteri susuk emas sentiasa ingatkan dia.

Memang Lamijah tidak berani melanggar pantang larang itu. Dia tahu semuanya akan berakhir kalau dia berkeras melanggar pantang larang yang ditetapkan. Biarlah puteri susuk emas itu sahaja melayani Talib Enjut apabila puteri itu menjelma menyerupai dirinya.

Semenjak Talib Enjut berkahwin semula dengan Lamijah, seisi kampung tahu sangat perubahan dirinya. Dia sanggup turun ke sawah menajak sampai santak ke petang, sekalipun Lamijah tidak menghantar bekalan nasi sebaik sahaja tengah hari.

Tidak pernah Talib Enjut membantah. Balik tatkala petang pun Talib Enjut tidak akan marah sekiranya Lamijah tidak hidangkan makan minum. Dia sendiri akan ke dapur memasak sampai siap dihidangkan. Selepas itu dia akan mengajak Lamijah makan bersama.

"Kalau sayangkan bini pun, tak boleh macam tu, Talib," emaknya UIung Bedah marahkan dia sebabkan terlalu ikutkan sangat telunjuk isteri.

Talib Enjut tidak menjawab apa-apa. Dia tidak berani menegur Lamijah kalau terpaksa bercerai berai lagi. Biarlah dia menanggung apa sahaja asal sahaja Lamijah tidak dipisahkan darinya.

Tatkala Ulung Bedah menuduh Lamijah membawa lelaki lain balik ke rumah tatkala Talib Enjut menajak di sawah, dia tidak percaya langsung. Talib Enjut hanya menganggap emaknya sengaja mahu pisahkan dia dengan Lamijah. Sebesar hama pun Talib Enjut tidak percaya kalau sesiapa pun menuduh isterinya sanggup berlaku curang di belakangnya.

Tetapi Ulung Bedah sudah beberapa kali terserempak Lamijah mengajak anak muda naik ke rumahnya. Sepanjang hari anak muda itu tidak akan turun dari rumah Lamijah sehingga santak petang. Marah benar Talib Enjut kerana emaknya tergamak menuduh demikian. Sampaikan Ulung Bedah terlantar sakit hingga batuk-batuk darah pun, Talib Enjut tidak datang menjengah. Seminggu Ulung Bedah menderita batuk darah dia meninggal dunia. Tetapi Talib Enjut tidak juga datang menjengah jenazah emaknya kerana bimbangkan Lamijah akan menghalau dia dari rumah.

Seisi kampung percaya sangat memang Lamijah yang sebabkan Ulung Bedah batuk darah, disebabkan orang tua itu beberapa kali terserempak Leman Tunjal naik ke rumah Lamijah. Anak muda masih belasan tahun tidak membantah setiap kali disuruh datang ke rumahya oleh Lamijah setiap kali Talib Enjut turun ke sawah.

Kadangkala Leman Tunjal naik juga ke rumah sebaik sahaja malam menjelang setelah Talib Enjut bersenar tidur sampai tidak sedarkan apa-apa lagi. Siapa pun tidak berani menegur kelakuan Lamijah, malah Simek Bacar juga tidak mahu lagi ambil tahu urusan emak saudaranya itu.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Ketika Joyah Lintuk isteri Kasim Togok datang isteri saya baru sahaja selesai berkemas di dapur. Terkejut juga isteri saya disebabkan Joyah Lintuk datang dalam keadaan cemas.

"Kenapa Kak Joyah? tegur isteri saya sebaik sahaja Joyah Lintuk berdiri di pintu dapur.

"Tolong panggilkan ustaz, entah apa pula kenanya Kasim di rumah tu," beritahu Joyah Lintuk tidak dapat menahan kegelisahan di hatinya.

"Dia tak sedar diri ke?" cepat sahaja isteri saya menuduh. Manalah tahu kubur Lamijah itu berbadi hingga Kasim Togok menerima geruh. Sebab itulah seisi kampung tidak pedulikan sangat kubur Lamijah yang terbiar sejak berpuluh tahun lagi.

Kesal pula suaminya mahu sahaja terpengaruh dengan pujukan saya untuk membersihkan kubur Lamijah. Tentu orang luar seperti saya tidak berhak mencampuri urusan mereka di kampung berkenaan. Tetapi kenapa Kasim Togok berkeras sangat mahu meneruskan hasrat saya, sedangkan dia tahu bencana yang akan menimpa.?

“Biarlah ustaz sendiri tengok,” gerutu Joyah Lintuk bercampur geram seolah-olah saya yang mendorongkan suaminya terjerumus ke dalam bahaya.
Cepat-cepat isteri saya ke hujung serambi menggerakkan saya. Apabila saya bangun terkuap-kuap, Joyah Lintuk sudah menunggu di kaki tangga serambi.

‘Kubur Lamijah tu memang berpuaka!” gerutunya sebaik sahaja nampak saya bingkas bangun di hujung serambi. “Agaknya Kasim tu dah kena puaka kubur tu,” ujarnya tercegat tidak mahu lagi naik ke rumah sekalipun isteri saya mempelawanya berulang kali.

“Kak Joyah balik dulu, kejap lagi saya datang,” tutur saya untuk meredakan kegelisahan dihati Joyah Lintuk. Disebabkan perasaannya gelisah itulah dia kelihatan seperti orang hilang pertimbangan. Kalau tidak kenangkan saya kenalan rapat dengan Kasim Togok tentu akan diserbunya tidak bertangguh.
Ketika saya sampai di rumahnya Kasim Togok meracau disebabkan seluruh badannya berwap panas. Kakinya juga membengkak hingga ke betis macam karung berisi penuh.

"Kenapa ni Abang Kasim?" tegur saya sebaik sahaja naik ke rumah bersama isteri saya.

Kasim Togok tidak menjawab. Dia hanya mengibas-ngibas baju ke badan disebabkan terlalu panas. Apabila saya memegang betisnya yang membengkak terasa sejuk bagaikan ketul ais. Lantas saya menyuruh Joyah Lintuk ambilkan pucuk pisang kelat yang bergulung bulat. Tidak bertangguh Joyah Lintuk turun ke belakang rumah menetak pucuk pisang kelat bergulung bulat itu. Sebaik sahaja dihulurkan kepada saya pucuk pisang tersebut, segera saya rentangkan dan menyuruh Kasim Togok pijak kan kaki di situ.

Apabila saya menepuk kepala lutut Kasim Togok dengan membacakan tiga kali surah al-Quraisy, dia tergamam seolah-olah dikejutkan daripada tidur lena. Kemudian saya lurut betisnya dengan rnembacakan:

Fat-tahazat, min dinihim hijaban fa-arsalna ilaiha rohana fatamassala laha basyaran sawiya
dan di ulangi sepuluh kali.

Ketika ini di atas daun pisang yang dipijaknya berlonggok serbuk hitam seakan-akan sengat tebuan hampir segenggam. Terkejut benar Joyah Lintuk melihat longgokan serbuk hitam itu. Masakan bulu betis suaminya yang luruh di situ kerana sehelai pun bulu betis Kasim Togok tidak gugur langsung. Selepas itu saya menyuruhnya minum air sejuk segelas yang sudah didoakan dengan Fatihah tujuh kali. Barulah Kasim Togok tersenyum kerana terkejut dengan kunjungan saya bersama isteri saya ke rumahnya. Setelah diberitahu apa yang berlaku ke atas dirinya, dia semacam tidak percaya.

Tamat bab 160.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi segalanya ditentukan oleh Allah Yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi. Lebih lima tahun mereka kekal menjadi suami isteri, Fakeh Sibin meninggal dunia. Memang gelisah juga Lamijah apabila suaminya yang kekal lama bersamanya itu menutup mata rapat-rapat.

Tidak sampai sebulan selepas Fakeh Sibin meninggal dunia, orang-orang kampung melihat perubahan diri Lamijah. Dia kelihatan muda semula hingga sentiasa berhias. Anak-anak muda juga kembali terpikat untuk mendampingi dirinya. Hinggalah Lamijah terlantar sakit, dia masih juga mahu berdandan dan berhias.

"Kejadian itu berlaku lebih seratus tahun dulu, ustaz," beritahu Kasim Togok tatkala orang-orang kampung bergotong royong membersihkan tanah perkuburan sebaik sahaja berdiri tidak jauh dari kubur Lamijah. "Memang saya ni keturunan daripada Simek Bacar tu," jelasnya lemah apabila kenangkan kejadian tersebut.

Saya memerhatikan belukar senduduk padat di atas kubur Lamijah. Siapa pun tidak berani menebas setiap kali bergotong royong menebas kawasan tanah perkuburan.

"Ada sarang tebuan, ustaz," ujar Kasim Togok apabila saya terhangak-hangak memerhati di balik belukar. Memang mereka tidak bersihkan kubur Lamijah disebabkan tebuan bersarang sebesar tempayan di atas kubur berkenaan hingga seolah-olah tertanam sampai ke dasar.

"Kenapa tak dibakar saja sarang tebuan tu?" tutur saya sambil beristighfar berulang kali.

"Tak ada siapa pun yang berani," beritahu Kasim Togok mengeluh pendek.

"Apa salahnya kalau kita cuba bersihkan kubur ni," lantas saya memujuk orang-orang kampung. Serba salah juga mereka mahu menerima keputusan saya disebabkan bimbang akan ditimpa bencana semasa membersihkan kubur Lamijah.

Sudah beberapa kali juga orang-orang kampung sebelum mereka membersihkan kubur berkenaan. Sebaik sahaja dibersihkan lebah bersarang di atas tanah hingga menjadi busut. Tidak pernah pula mereka melihat lebah bersarang di atas tanah hingga kawasan kubur hitam bagaikan sisa terbakar.

Kadangkala belum sempat mereka mahu menebas belukar yang tumbuh di atas kubur Lamijah, tiba-tiba sahaja terjongol kepala ular tedung senduk menyembur. Ular berkenaan tidak beganjak pun sekali pun dihalau dengan buluh.

Apabila mereka memanggil Ali Mejong menangkap ular tedung senduk di atas kubur, cepat sahaja ular berkenaan menyemburkan liurnya hingga menyinggahi muka Ali Mejong. Tiga hari Ali Mejong tidak dapat melihat akibat semburan yang memedihkan itu.

Belum pernah lagi ular yang di tengah belukar tidak tunduk kepada Ali Mejong. Dia satu-satunya di kampung itu yang dikenali menjadi pawang ular yang mahir. Bukan sahaja fasal menangkap ular bisa, malah dengan siulnya sahaja beratus-ratus ekor ular akan datang mendapatkan dia.

Hairan juga orang-orang kampung kemahiran luar biasa Ali Mejong itu. Entah dari mana datangnya beratus-ratus ekor luar akan terjongol sekiranya dia bersiul. Sewaktu Jubir anak Mak Ribah dipatuk ular cepat-cepat dia menjemput Ali Mejong.

Lantas sahaja Ali Mejong bersiul menyebabkan berpuluh-puluh ekor ular menjalar naik ke rumah Mak Ribah. Setiap ekor ular yang datang akan dipangkah kepalanya oleh Ali Mejong dengan kapur, kemudian ular berkenaan akan menghilang semula selepas menuruni tangga. Hinggalah seekor ular tedung senduk berwarna hitam terlangah-langah naik.

Setelah dipangkah kepalanya ular tersebut menunduk tidak mahu berundur. Tahulah Ali Mejong memang ular itulah yang mematuk Jubir. Apabila dihembuskan tiga kali kepala ular berkenaan lantas disuruhnya menghisap semula bisa di kaki Jubir.

Dalam keadaan berdegil ular tersebut seolah-olah terpaksa memagut semula betis Jubir yang dipagutnya. Lama taringnya melekat pada betis Jubir, mereka yang melihat keadaan itu nampak sisik ular berkenaan bertukar menjadi kelabu. Apabila lekang sahaja taringnya pada betis Jubir belum pun sempat turun ke tanah ular tersebut menggelepar di pangkal serambi. Di kepala tangga itulah ular berkenaan terkulai menjadi bangkai.

Talib Enjut tidak menjawab apa-apa. Dia tidak berani menegur Lamijah kalau terpaksa bercerai berai lagi. Biarlah dia menanggung apa sahaja asal sahaja Lamijah tidak dipisahkan darinya. Tatkala Ulung Bedah menuduh Lamijah membawa lelaki lain balik ke rumah tatkala Talib Enjut menajak di sawah, dia tidak percaya langsung. Talib Enjut hanya menganggap emaknya sengaja mahu pisahkan dia dengan Lamijah. Sebesar hama pun Talib Enjut tidak percaya kalau sesiapa pun menuduh isterinya sanggup berlaku curang di belakangnya.

Tetapi Ulung Bedah sudah beberapa kali terserempak Lamijah mengajak anak muda naik ke rumahnya. Sepanjang hari anak muda itu tidak akan turun dari rumah Lamijah sehingga santak petang. Marah benar Talib Enjut kerana emaknya tergamak menuduh demikian. Sampaikan Ulung Bedah terlantar sakit hingga batuk-batuk darah pun, Talib Enjut tidak datang menjengah.

Seminggu Ulung Bedah menderita batuk darah dia meninggal dunia. Tetapi Talib Enjut tidak juga datang menjengah jenazah emaknya kerana bimbangkan Lamijah akan menghalau dia dari rumah.
Seisi kampung percaya sangat memang Lamijah yang sebabkan Ulung Bedah batuk darah, disebabkan orang tua itu beberapa kali terserempak Leman Tunjal naik ke rumah Lamijah. Anak muda masih belasan tahun tidak membantah setiap kali disuruh datang ke rumahya oleh Lamijah setiap kali Talib Enjut turun ke sawah.

Kadangkala Leman Tunjal naik juga ke rumah sebaik sahaja malam menjelang setelah Talib Enjut bersenar tidur sampai tidak sedarkan apa-apa lagi. Siapa pun tidak berani menegur kelakuan Lamijah, malah Simek Bacar juga tidak mahu lagi ambil tahu urusan emak saudaranya itu.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Awak berdua ni nak bunuh aku ke?" bentak orang tua bongkok itu dalam suara terketar-ketar. Apabila dia menggosok-gosok kepala tongkatnya sehelai kain hitam jatuh menyerkupnya. Dia merasakan dirinya hilang di sebalik serkupan kain hitam itu. Lantas saya bisikkan ke telinga Alang Sarit supaya membacakan:

Kaf ha ya a'in sad, ha min a'in sim qaf, iyya kana'budu wa-iyya kanasta'in ya haiyun ya qaiyun ya zaljalali wal-ikram.

Sebaik sahaja dihembuskan dengan doa berkenaan, kain hitam yang menyelubungi lelaki tua bongkok itu cair seperti ketul ais dibakar ke api. Tercengang-cengang orang tua bongkok itu tidak dapat bersembunyi, sekalipun dia telah mencubakan amalannya.

Apabila saya goncangkan tangan Alang Sarit di dalam genggaman, lelaki tua bongkok itu terjerit-jerit disebabkan semua penyakit yang dideritai oleh semua anak muda yang meminang Naemah terpaksa ditanggungnya pula. Tulang rusuknya tersembul patah sama macam Talib Lekeh, badannya dihinggapi tokak seperti Lamat Sendol dan buasirnya menjulur sampai ke pelipat bagaikan dialami oleh Latip Begar.

Selepas Alang Sarit bangun daripada tertidur, dia beristighfar beberapa kali. Hinggalah dia nikah dengan Naemah tidak ada apa-apa gangguan lagi dialami. Hanya selepas dia menikah dengan Naemah, seisi kampung menyedari Usup Ceding mengidap patah tulang rusuk, tokak seluruh badan dan buasir menjulur sampai ke pelipat.

Usup Ceding juga menderita beguk di leher, burut hingga terkengkang-kengkang berjalan dan bisul membengkak di mata tidak sembuh-sembuh sekalipun puas berubat. Lama juga Usup Ceding menderita hingga membawa maut dalam keadaan menanggung beban penyakit yang tidak kunjung sembuh.

"Jangan-jangan adik kau ni kena macam Naemah tu agaknya, angah?" Mak Tua Tiamah mengusik saya.

Saya tersenyum dengan usikan Mak Tua Tiamah yang mahu menyembunyikan keresahannya. Tetapi tiga bulan selepas saya berkunjung ke rumahnya itu, Mak Tua Tiamah berpesan sangat mahu menemui saya. Dia mahu memberitahu mengenai Jemiyah yang sudah dipinang anak muda dari Perak.

Tamat bab 160.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Memang sebak dada Pak Masar mahu menceritakan kesulitan yang dialami oleh Talip Lekeh, Lama Sendol, Latip Begar, Jubir Kasim Tembe dan Mat Noh Kasihan benar dia dengan kejadian yang menimpa anak-anak muda yang ingin sangat ditemukan jodoh dengan Naemah.

Kalau dia menerima juga Alang Sarit, tentulah dia yang menyebabkan anak muda itu menderita. Tentu Alang Sarit juga akan mengalami petala sama seperti mereka yang pernah menjadi tunangan Naemah. Lainlah dengan Usup Ceding, memang Pak Masar sendiri mahu diputuskan setelah mendapat tahu lelaki itu mempunyai dua orang isteri.

"Ah, biarlah Sarit cuba, dulu," lantas sahaja Cikgu Kasah mendesak setelah diberi penjelasan oleh Pak Masar.

Dalam keadaan serba salah terpaksa juga Pak Masar menerima pinangan Alang Sarit. Gembira benar Alang Sarit dengan keputusan Pak Masar setelah saya bersama Cikgu Kasah memujuknya. Sekalipun Cikgu Kasah sudah memberitahu kejadian yang menimpa semua lelaki yang bertunang dengan Naemah, namun Alang Sarit rela menerima apa sahaja geruh yang akan menimpanya.

Tetapi saya tahu Alang Sarit lama mengaji madrasah di Sumatera selepas belajar di madrasah Tok Aji. Sebab itulah dia kenal rapat dengan saya, kerana saya sendiri pernah memberi panduan kepadanya semasa di madrasah Tok Aji, sebelum dia dihantar oleh keluarganya ke Sumatera.

Tiga bulan selepas bertunang dengan Naemah, beristighfar panjang Alang Sarit apabila mendapati celah dinding rumahnya berbara seperti dijilat api. Tidak bertangguh dia memberitahu saya dengan Cikgu Kasah mengenai celah dinding rumahnya yang berbara di mana-mana.

"Narnpaknya tiba geruh kau Sarit,” ujar Cikgu Kasah bergurau sekali pun jauh disudut hatinya memang terasa bimbang yang menggusarkan.

“Kalau dengan geruh ni saya mati dan masuk syurga, apa salahnya!” sahut Alang Sarit ketawa dengan usikan Cik Gu Kasah itu.

“Macam mana nak buat sekarang ustaz?,” soal Cikgu Kasah setelah keadaan dinding rumah Alang Sarit reput sedikit demi sedikit. Bara merah celah dinding jatuh berserak ke lantai sekali pun rumah berkenaan tidak terbakar dengan api menjulang.

Saya hanya mencuit bahu Alang Sarit menuruhnya berdoa sendiri menghadapi ujian demikian. Dia terus sahaja melompat ke tengah rumah sambil melekapkan dua tangan ke dada. Kemudian Alang Sarit terus membacakan doa.

“ Bismillahhi masya Allah layasuqul hairu illallah, bismillahhi masya-Allah layasriful su-i illalallah, bismillahhi masya-Allah makana min-nikmatin faminallah, bismillahhi masya-Allah layati bil hasnata illallah, bismillahhi masya-Allah la-haulawala qauwata illa-billah,”

Sebaik sahaja Alang Sarit memusingkan badan nya, seluruh dinding rumah basah diperciki air. Bara yang merah di celah dinding serta merta padam dengan asapnya berbau hangit. Keesokan harinya terkejut jiran-jiran melihat keadaan rumah Alang Sarit bagaikan bekas terbakar, tetapi mereka tidak pun melihat api menjulang naik.

Hanya tiga hari selepas kejadian itu, Alang Sarit tiba-tiba jatuh tersungkur disebabkan kakinya lemah tidak boleh berdiri tegak. Terpaksa merangkak dia berpaut pada dinding sebelum dapat melaung Cikgu Kasah yang tinggal berdekatan.

Terkejut juga Cikgu Kasah tatkala melihat Alang Sarit terketar-ketar berpaut di tingkat rumah. Isterinya Meliah juga hairan dengan keadaan Alang Sarit seperti kesakitan memanggil mereka. Cepat-cepat Cikgu Kasah menyuruh isterinya memberitahu saya, lantas dia sendiri menjengah Alang Sarit.

Disebabkan malang menimpa Alang Sarit itu, saya juga memberitahu Pak Masar. Dia suami isteri datang menjengah ke rumah Alang Sarit bersama Naemah. Tersengguk-sengguk juga Naemah menangis hiba, apakala melihat Alang Sarit terbaring dengan memercik peluh darah.

"Kalau jodoh kita Naemah, tak usahlah berputus asa," Alang Sarit memberi jaminan dia tidak akan memutuskan tali pertunangan semata-mata bimbang dengan geruh yang mengancamnya. Naemah tunduk tidak menyahut. Kemudian perlahan-lahan dia berpaling memandang saya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Qul-innama ana-ba-syarum mislukum yuha-ilaiya innama ila-hukum ila-hun wahidun faman-kana yarju liqa-a rabbihi fal-ya'mal lamalan solihau walayusy-rik bi'ibadati rabbihi ahadan."

Sewaktu air limau dilangirkan ke kepalanya tersengguk-sengguk Lebai Soned menangis bagaikan kanak-kanak dimarahi. Terpaksa pula Imam Lah memujuknya untuk mententeramkan dia. Beberapa kali Lebai Soned beristighfar selepas dilangir oleh Imam Lah sewaktu matahari naik segalah.

Tiga pagi Imam Lah mandikan Lebai Soned dengan berlangir limau, dia mula jejakkan kaki semula ke surau. Dia juga tidak membantah apabila disuruh rujuk semula dengan bekas isterinya Leha Montok.

Selepas bercerai dengan Lebai Soned, beberapa kali juga Lamijah berkahwin. Tetapi tidak lama kemudian dia bercerai dengan suaminya. Hingga umurnya lebih 50 tahun pun, Lamijah kelihatan berseri seri bagaikan berusia 35 tahun sahaja. Tatkala inilah Fakeh Sibin yang datang ke kampung itu menemui Simek Bacar meminta melamar Lamijah. Berat sangat hati Simek Bacar mahu menerima permintaan Fakeh Sibin. Bukanlah disebabkan Fakeh Sibin hanya bertukang rumah dengan tidak mempunyai harta benda, tetapi dia tidak mahu lelaki itu menyesal.

Simek Bacar terpaksa temukan Fakeh Sibin dengan Imam Lah supaya dia tidak berkecil hati. Tetapi Fakeh Sibin masih juga berharap supaya dijodohkan dengan Lamijah.

Semenjak tiga tahun dia berhijrah ke kampung itu, tidak siapa pun tahu asal usul Fakeh Sibin. Dia mengaku datang dari Sumatera menumpang kapal arang ke Singapura, sebelum berpindah ke kampung berkenaan setelah mengikut Simek Bacar. Memang Simek Bacar yang mengupahnya bertukang rumah apabila terserempak Fakeh Sibin bertukang di Serting.

"Saya dah lama duda," beritahu Fakeh Sibin perlahan di hadapan Imam Lah. "Hanya sampai di kampung ni saja, saya terpikat pada Lamijah," jelasnya jujur meluahkan rasa yang terpendam di hatinya.

Sudah beberapa kali dia terpandangkan Lamijah sewaktu bertukang membuat rumah Simek Bacar. Sebab itu selepas siap sahaja rumah simek Bacar, dia tidak berpindah ke mana lagi. Memang Fakeh Sibin berhasrat benar mahu beristerikan Lamijah.

"Nanti awak menyesal," Imam Lah ingatkan dia lantas memberitahu mengenai arwah Lebai Soned. Sebelum sepupunya meninggal dunia memang sempat juga Imam Lah memulihkan jiwanya yang dipengaruhi oleh godaan syaitan itu.

"Kalau sudah nasib saya begitu, di manapun saya tak dapat menolak ketentuan Allah," Fakeh Sibin tetap tidak berganjak daripada hasratnya yang tertanam kukuh di dalam hati.

Dalam keadaan serba salah, Simek Bacar terpaksa juga rundingkan perjodohan emak saudaranya dengan Fakeh Sibin. Tersenyum simpul Lamijah apabila diberitahu mengenai Fakeh Sibin mahu melamarnya. Dia tidak peduli siapapun menjadi suaminya, asalkan sahaja lelaki itu jangan cuba menghalang apa sahaja yang mahu dilakukannya.

Selepas berkahwin dengan Fakeh Sibin, dia tidak hiraukan sangat suaminya. Tetapi berdebar juga hati Lamijah kerana Fakeh Sibin tidak sama dengan suami-suaminya sebelum itu. Fakeh Sibin tetap tidur di serambi, selagi Lamijah tidak mempelawanya masuk ke bilik.

Tidak sama dengan arwah Lebai Soned terus sahaja meluru masuk ke bilik sebaik berkahwin malam pertama. Talib Enjut juga merayu-rayu di pintu bilik meminta dibukakan pintu setelah mereka rujuk semula. Tetapi Fakeh Sibin hanya tidur beralaskan bungkusan kain yang dibawanya bersama pada malam perkahwinan.

Sampai ke pagi Fakeh Sibin tetap tidak masuk bilik disebabkan Lamijah tidak mempelawa masuk. Malam ketiga Fakeh Sihin tidak juga masuk tidur ke bilik. Dia terus turun ke telaga mengambil wuduk setelah Lamijah nyenyak tidur.

Hanya malam yang kelima barulah Lamijah sendiri mengajak Fakeh Sibin masuk ke bilik. Saat ini dia merasakan memang Fakeh Sibin tidak sama dengan lelaki lain yang pernah mengahwininya. Sejak lima malam dia berkahwin dengan Fakeh Sibin jelmaan puteri susuk emas sentiasa memuncungkan bibir merenung ke arahnya.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Kau tak boleh biarkan mak su kau tu, Simek," emaknya Uda Besah ingatkan Simek Bacar. Kalau tidak disebabkan kakinya lumpuh sampai tidak boleh berjalan, memang mahu juga dia menegur adik kandungnya itu. Tetapi siapa yang boleh diharap mahu mencegah Lamijah membawa anak-anak muda naik ke rumahnya.

Lebai Soned yang marahkan Lamijah disebabkan tidak mahu jejakkan kaki ke surau pun, tiba-tiba sahaja seringkali berkunjung ke rumah Lamijah. Sampailah Talib Enjut meninggal dunia akibat menderita batuk kering Lebai Soned sendiri yang menikahi Lamijah. Terkejut juga Imam Lah dengan keputusan sepupunya Lebai Soned berkahwin dengan Lamijah sekalipun terpaksa menceraikan Leha Montok.

Memang Lamijah sendiri mendesak supaya dia ceraikan Leha Montok sekiranya mahu berkahwin dengannya. Lebai Soned tidak membantah. Asal sahaja Lamijah sanggup menjadi isterinya bila-bila dia rela menceraikan Leha Montok.

"Dulu, awak marahkan saya tak ke surau," sengaja Lamijah mengejek Lebai Soned sebaik sahaja mereka tinggal serumah.

"Ah, perkara yang lepas jangan dikenang lagi," pujuk Lebai Soned supaya Lamijah tidak ungkit-ungkit lagi fasal dia menegah perbuatan perempuan itu.

"Bukankah awak tak sukakan saya?" usik Lamijah mahu menguji hati Leba Soned.

"Siapa cakap saya tak sukakan Lamijah," berdebar juga hati Lebai Soned mahu berkeras dengan perempuan itu.

Manalah tahu Lamijah akan mengambil keputusan meninggalkan dia.
Semenjak dia marahkan Lamijah disebabkan membawa Leman Tunjal naik ke rumah sewaktu arwah Talib Enjut tidak ada di rumah, terasa sangat kesal di hati Lebai Soned. Saban malam dia tidak dapat lelapkan mata, hinggakan Lamijah seolah-olah datang ke sisi-nya.
Lamijah akan picitkan tubuhnya yang lenguh-lenguh hingga terasa segar semula. Isterinya Leha Montok hanya terkebil-kebil mata sahaja melihat Lamijah memicitkan tubuhnya. Dia kan merasakan tubuhnya sakit hingga sengal-sengal semua sendi sekiranya Lamijah tidak datang menjelma di sisinya.

Sebab itu dia ambil keputusan untuk berkahwin dengan Lamijah. Tetapi Imam Lah menyedari kejadian yang menyelubungi Lebai Soned itu. Masakan sepupunya itu boleh berubah kalau tidak bersebab. Lama Lebai Soned belajar pondok di Kelantan, tentulah dia tidak akan membuat kerja yang sia-sia kalau semata-mata mahu beristerikan Lamijah.

Sebab itu dia ingatkan Leha Montok supaya bersabar dengan kejadian yang menimpa Lebai Soned. Setelah keadaan Lebai sama juga seperti dialami oleh arwah Talib Enjut, seisi kampung semakin syak dengan amalan yang dijadikan pedoman oleh Lamijah

Bukan sahaja Lebai Soned tidak lagi jejak kaki. ke surau, malah di hadapan dia pun Lamijah tidak ragu-ragu bawa anak teruna bermalam di rumahnya. Kalau Leman Tunjal tidak jengah muka, Berahim Buyut pula terhegeh-hegeh merayu. Kadangkala datang serentak dengan Mail Balam sampai bertengkar bertegang leher.

"Kau yang berambus!" jerkah Lamijah dari tingkap rumah menuding Berahim Buyut menyebabkan anak muda itu patuh meninggalkan kawasan rumah. Ketika ini Mail Balam akan tersengih-sengih naik ke rumah sambil mengerling Lebai Soned yang terconggok di hujung serambi.

Apa sangat yang harap oleh anak-anak muda itu kepada Lamijah yang sudah berusia ketika itu. Tetapi mereka tetap melihat perempuan itu bagaikan gadis jelita sama seperti puteri susuk emas yang mendampingi Lamijah. Tatkala Imam Lah datang berkunjung ke rumah Lebai Soned memang serba salah juga sepupunya itu. Kalaulah tidak disebabkan Lamijah benarkan naik memang dia tidak berani mempelawa Imam Lah jejak kaki.

“Hai, mimpi apa abang Lah datang ni?" Lebai Soned sengaja mengusik sepupunya itu.

Irnam Lah hanya tersengih-sengih sahaja. Apalah salahnya dia berkunjung setelah lama tidak bersua muka. Apatah lagi Lebai Soned sudah tidak lagi jejakkan kaki ke surau semenjak berkahwin baru.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab161

KUBUR BERASAP MENJELANG SENJA

(Bab 161 bahagian 1)

BERTURUT-TURUT tiga malam keluarga Simek Bacar bacakan Yassin di atas kubur emak saudaranya Lamijah, selepas sahaja dikebumikan. Memang Imam Lah sendiri nasihatkan supaya dibacakan Yassin, setelah orang-orang kampung mendengar jeritan halus di tanah perkuburan malam setelah Lamijah dikebumikan.

Tatkala Simek Bacar bersama beberapa orang kampung menjengah ke tanah perkuburan selepas maghrib, mereka nampak api menyala di atas kubur Lamijah seperti unggun apl di kandang kambing. Tetapi api berkenaan tidak kelihatan lagi, sebaik sahaja mereka semua sampai di situ, hanya asap nipis sahaja sepertl kabus keluar di celah rekahan tanah di kubur Lamijah.

Memang mereka lihat tanah kubur Lamijah merekah. Tidak ada tercium bau apa-apa pun di tengah asap nipis yang keluar dari rekahan kubur berkenaan. Sebaik sahaja mereka tinggalkan kawasan perkuburan, jeritan halus meminta tolong sayup-sayup kedengaran daripada kubur Lamijah.

Sebab itulah Imam Lah menyuruh Simek Bacar bacakan Yassin di atas kubur emak saudaranya itu. Setelah dibacakan Yassin berturut-turut tiga malam, barulah tidak kedengaran lagi jeritan halus meminta tolong dari kubur berkenaan.

Tetapi seminggu selepas kejadian tersebut, Simek Bacar terkejut lagi apabila diberitahu kubur emak saudaranya berlubang sebesar tempayan beras. Terpaksa pula dia memunggah tanah menimbus semula biar lubang sebesar tempayan itu kambus semula. Selepas ditimbus, esoknya kelihatan lagi lubang sebesar tempayan terlopong di atas kubur Lamijah.

Apabila diberitahu kepada Imam Lah, dia menyuruh kepalkan tanah dari kubur arwah suami Lamijah, Fakeh Sibin sebanyak tiga kepal. Imam Lah doakan tanah tiga kepal itu dengan Fatihah sahaja 41 kali, dan disuruh Simek Bacar campakkan ke dalam lubang terlopong, sebelum ditimbus semula dengan tanah lain.

Setelah didoakan oleh Imam Lah, tidak lagi berlaku kejadian yang mendebarkan di kubur Lamijah lagi. Simek Bacar juga tidaklah bimbang akan memikul beban yang berterusan.

Lainlah kalau Lamijah mempunyai anak-anak yang boleh memikul tanggung-jawab. Semasa hayatnya sudah beberapa kali berkahwin, Lamijah tidak mendapat seorang pun anak. Kalau mahu dituduh mandul tidak juga, kerana dia beberapa kali keguguran. Sekiranya melahirkan anak pun hanya sempat berusia setahun lebih sahaja anaknya meninggal dunia.

Sampailah Lamijah meninggal dunia memang dia tidak mempunyai seorang anak pun. Terpaksalah Simek Bacar uruskan apa sahaja yang berlaku terhadap diri Lamijah. Tatkala Lamijah terlantar sakit, cuma Simek Bacar satu-satunya yang boleh diharap ambil berat mengenai perempuan itu.

Kalau tidak kenang Lamijah itu adik kandung arwah emaknya, memang Simek Bacar tidak peduli sangat. Apa pula tuduhan orang-orang kampung kalau dia membiarkan perempuan itu tergolek seorang diri tatkala terlantar sakit. Biarlah dia terpaksa memikul beban sekalipun dia tahu sangat mengenai perangai emak saudaranya itu.

Siapa yang tidak tahu mengenai Lamijah hingga berkali-kali berkahwin. Selepas berkahwin dengan suami pertamanya, mereka bercerai disebabkan Talib Enjut suka sangat berjudi. Masanya banyak dihabiskan di tempat menyabung ayam sahaja.

Balik tengah malam Talib Enjut sentiasa memberang, hingga kadangkala sanggup menampar Lamijah sampai lebam bibir. Terjerit-jerit Lamijah ditampar tidak siapa pun datang membantu. Lagipun siapa pula berani mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Selepas bercerai dengan Talib Enjut, lama juga Lamijah menjanda. Beberapa orang lelaki cuba memikatnya, tetapi Lamijah tidak mudah memilih. Dia tidak mahu berulang lagi kejadian seperti ketika bersuamikan Talib Enjut yang terpaksa menanggung kegelisahan sepanjang masa.

Semasa lama menjanda ini Lamijah tinggal memencil diri membina rumah empat batang tiang di hujung sawah. Cuma Simek Bacar satu-satunya yang kerapkali berkunjung ke rumahnya. Kadangkala Simek Bacar yang bantu dia carikan kayu api ataupun menajak di tengah sawah.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Memang siapa pun tidak menduga Ali Mejong juga tewas disembur ular yang berlingkar di atas kubur Lamijah. Kalau Ali Mejong sendiri mengalah, siapa lagi di kampung itu yang boleh diharap menangkap ular berkenaan.

Sebab itulah tidak pedulikan sangat kubur Lamijah. Kalau tidak dibersihkan tidak ada pula bencana menunggu mereka. Semenjak itu mereka biarkan sahaja kubur Lamijah ditumbuhi belukar hingga pokok asam tumbuh sebesar tong. Akar pokok asam itu memecahkan batu galang dan nesan di kubur.

Lama kubur itu terbiar mereka dapati tebuan pula bersarang di pangkal pokok asam itu hingga sebesar tempayan. Setelah diamat-amati memang sarang tebuan itu terbenam ke tanah. Kalau dibakar pun di sebelah atasnya nescaya yang terbenam di dalam tanah masih tidak musnah.

"Kita cubalah ikhtiarkan," saya mendesak untuk memberi semangat kepada mereka. Apalah salahnya bersihkan juga kubur Lamijah setelah seisi kampung bergotong royong membersihkan tanah perkuburan di situ.

Memang siapa pun tidak mahu membantu tatkala saya bersama Kasim Togok menebas belukar di bahagian luar galang kubur. Tetapi saya tetap berhati-hati supaya tebuan yang bersarang itu tidak mengganggu. Kemudian saya mengepal tanah lantas membacakan:

In-nallahha lahu-mulkus samawatiwal-ardh, yuhyi wayumitu warnalakum min-dunillahhi min-waliyin wala-nasir,
sebanyak tujuh kali.

Setelah tanah yang saya kepal itu dilimparkan ke arah sarang tebuan di atas kubur, saya nampak tebuan naik ke atas menyebabkan orang-orang kampung yang membersihkan tanah perkuburan berundur jauh. Hanya saya dan Kasim Togok sahaja bertahan sisi kubur Lamijah. Bagaimana pun tebuan tersebut tidaklah menyerang kami, hanya sekadar merayap sahaja di atas sarangnya.

"Kita tak payah bakar sarang tebuan ni Kasim," saya menepuk bahu Kasim togok dan mengajaknya meninggalkan kubur ter-sebut. "Besok saja kita bersihkan kubur nenek Lamijah ni," ujar saya selanjutnya.

Ketika balik dari bergotong royong membersihkan kubur saya meminta Kasim Togok buatkan tahlil untuk arwah Lamijah. Tidak perlu adakan kenduri doa selamat untuk membuat tahlil, memadai sahaja lakukan selepas solat maghrib. Tetapi masuk sahaja solat maghrib Kasim Togok datang ke rumah saya. Dia sendiri mendesak saya supaya buatkan tahlil bersama selepas solat maghrib. Masa saya bertahlil bersama Kasim Togok, kebetulan pula hujan turun lebat sepanjang malam.

Tidak sempat Kasim Togok balik ke rumahnya disebabkan hujan berterusan dengan angin kencang. Dia tidur di serambi rumah setelah hujan tidak juga berhenti sehingga ajam 1.00 pagi. Tengah malamnya saya mendengar Kasim Togok merungut-rungut kerana mengigau.

Saya menyangka Kasim Togok mengigau disebabkan keletihan bergotong royong membersihkan tanah perkuburan di siang harinya. Tetapi apabila saya usap mukanya dengan membacakan Ayatul Kursi tiga kali, dia terpinga-pinga bangun.

Ketakutan Kasim Togok memberitahu saya fasal dia bermimpi bertemu Lamijah tenggelam di dalam api yang bergejolak. Tangan Lamijah melambai-lambai ke arah nya meminta pertolongan hingga hujan turun dengan lebat pun api yang bergejolak itu tidak juga mahu padam

"Banyakkan istighfar, Kasim," saya ingatkan dia. Tersengih-sengih Kasim apabila melihat isteri saya juga keluar disebabkan dia. Tetapi perkara mengigau bukanlah sengaja dibuat-buat.

Esoknya saya berdua dengan Kasim Togok sahaja ke kubur Lamijah untuk . membersihkan. Ketika saya sampai di kuburnya sarang tebuan itu tidak kelihatan lagi hanya kubur itu sahaja kelihatan berlubang sebesar tempayan. Setelah kubur Lamijah saya bersihkan bersama Kasim Togok kami timbus pula tanah yang berlubang itu sampai padat.

Balik dari membersihkan kubur Lamijah itulah isteri Kasim Todok datang ke rumah tatkala saya tidur merihatkan badan selepas solat zohor. Memang menjadi kebiasaan saya akan menjamah nasi terlebih dahulu sebelum solat. Disebabkan badan terasa terlalu letih saya terlelap dihujung serambi dengan berbantalkan lengan sahaja..

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Semakin lama Fakeh Sibin membacanya bertambah lemah puteri susuk emas itu hingga dia tidak berdaya mahu berdiri.

Terpaksa dia berpaut ke dinding supaya tidak tergolek rebah. Tangannya terketar-ketar untuk mengumpulkan tenaga, tetapi segalanya menjadi sia-sia. Nafasnya juga bertambah semput sukar mahu menghela panjang, hanya termengah-mengah dengan ombak dada yang kencang turun naik.

Kedut muka puteri susuk emas semakin hodoh, malah rambut juga mengerbang kusut memutih dipenuhi uban. Perlahan-lahan dia menekup mukanya disebabkan malu terserempak dengan Fakeh Sibin. Lama kelamaan jelmaan puteri susuk emas hilang juga di dalam bayang api pelita yang meliuk-liuk ditiup angin malam.

Kain kasa yang membungkus semua bisa dan debu kotoran yang keluar dari pernafasan Lamijah dimasukkan oleh Fakeh Sibin ke dalam botol. Setelah semuanya selesai barulah dia merebahkan badannya di sisi Lamijah. Tatkala dia bangun untuk solat subuh, Lamijah masih lena tidak sedarkan apa-apa.

Paginya, sementara menunggu sarapan pagi sengaja Fakeh Sibin menarah rumput di hujung halaman. Berdebar juga hati Simek Bacar yang datang menjengah, kerana disangkanya Fakeh Sibin juga sudah tunduk menurut perintah Lamijah emak saudaranya itu.

"Pagi lagi dah menarah rumput paksu," usik Simek Bacar.

"Biar badan berpeluh," sahut Fakeh Sibin girang tidak sama dengan suami Lamijah yang lalu semuanya moyok laksana ayam terkena sampar.

Lama mereka berbual di hujung halaman, barulah Fakeh Sibin mengajak Simek Bacar naik ke rumah. Sebaik sahaja mereka naik, berdebar hati Fakeh Sibin apakala mendengar tangisan di bilik tidur. Rupa-rupanya Lamijah tidak keluar dari biliknya selepas Fakeh Sibin turun ke tengah halaman.

Lantas dia mengajak Simek Bacar ke bilik dengan berhati-hati untuk melihat apa sebenarnya berlaku. Dari bilik pintu mereka berdua melihat imbasan bayang putih tercegat di sisi Lamijah memukul belakang Larnijah dengan rotan di tangan.

Apabila Simek Bacar mahu menerkam ke arah imbasan bayang putih itu segera dihalang oleh Fakeh Sibin. Dia tahu memang jelmaan puteri susuk emas yang terlalu marah terhadap Lamijah. Setelah membacakan surah al-Ikhlas 17 kali, Fakeh Sibin menghernbuskan perlahan ke arah puteri susuk emas itu. Terpelanting imbasan bayang putih itu ke dinding hingga berdegam kuat.

"Suami Lamijah dulu boleh kau perdaya!" bentak Fakeh Sibin tercegat di muka pintu bercekak pinggang. "Tapi Fakeh Sibin takkan merantau dari Lubuk Sakaping, kalau kosong dada," dia mencemik muka lantas menepuk-nepuk dadanya.

"Wah, takbur nampaknya kau, Fakeh Sibin," sahut imbasan bayang putih itu terketar-ketar hingga suaranya tenggelam timbul.

"Apa salahnya takbur dengan kau, syaitan yang memperdayakan manusia!" Fakeh Sibin mengejek jelmaan puteri susuk emas yang tidak berani lagi rnenunjukkan wajahnya. "Kenapa kau tak tunjukkan muka kau yang hodoh tu?" sengaja dia menyakiti hati puteri susuk emas yang tidak dapat menjelma menjadi gadis cantik lagi. Kemudian Fakeh Sibin membacakan:

Wa-imma yanza ghannaka minasy syaitani nazghun fasta'iz billahhi in-nahu sami'un lalim,

lantas dia menepukkan tangan tiga kali menyebabkan bayangan putih itu terhuyung hayang seperti asap ditolak angin.

Lama terkial-kial di tepi dinding dengan nafas tercungap-cungap mengah barulah bayang putih itu hilang seolah-olah menyusup di celah dinding itu. Selepas itu barulah mereka berdua mendekati Lamijah yang tertangkup di tempat tidur. Belakangnya birat berbekas seperti dicemat dengan rotan yang keras.

"Amalan yang salah memang memakan diri," bisik Fakeh Sibin mernbantu isterinya bangun dalam keadaan lemah. Semenjak itulah pula orang-orang kampung melihat keadaan Lamijah yang semakin dimamah usia. Memang Fakeh Sibin satu-satunya kekal menjadi suaminya hingga lebih lima tahun.

Tahulah Simek Bacar lelaki yang merantau bertukang rumah itu lama belajar agama di kampung halamannya di Lubuk Sakaping sebelum jejak kaki ke Tanah Melayu. Tatkala Fakeh Sibin mula datang ke kampungnya, dia sudah tahu rahsia Lamijah sebenarnya. Sebab itulah dia bertekad untuk membantunya.

"Kau tak boleh biarkan mak su kau tu, Simek," emaknya Uda Besah ingatkan Simek Bacar. Kalau tidak disebabkan kakinya lumpuh sampai tidak boleh berjalan, memang mahu juga dia menegur adik kandungnya itu.
Tetapi siapa yang boleh diharap mahu mencegah Lamijah membawa anak-anak muda naik ke rumahnya.

Tatkala Simek Bacar bersama beberapa orang kampung menjengah ke tanah perkuburan selepas maghrib, mereka nampak api menyala di atas kubur Lamijah seperti unggun apl di kandang kambing. Tetapl api berkenaan tidak kelihatan lagi, sebaik sahaja mereka semua sampai di situ, hanya asap nipis sahaja sepertl kabus keluar di celah rekahan tanah di kubur Lamijah.

Memang mereka lihat tanah kubur Lamijah merekah. Tidak ada tercium bau apa-apa pun di tengah asap nipis yang keluar dari rekahan kubur berkenaan. Sebaik sahaja mereka tinggalkan kawasan perkuburan, jeritan halus meminta tolong sayup-sayup kedengaran daripada kubur Lamijah.

Sebab itulah Imam Lah menyuruh Simek Bacar bacakan Yassin di atas kubur emak saudaranya itu. Setelah dibacakan Yassin berturut-turut tiga malam, barulah tidak kedengaran lagi jeritan halus meminta tolong dari kubur berkenaan.

Tetapi seminggu selepas kejadian tersebut, Simek Bacar terkejut lagi apabila diberitahu kubur emak saudaranya berlubang sebesar tempayan beras. Terpaksa pula dia memunggah tanah menimbus semula biar lubang sebesar tempayan itu kambus semula. Selepas ditimbus, esoknya kelihatan lagi lubang sebesar tempayan terlopong di atas kubur Lamijah.

Apabila diberitahu kepada Imam Lah, dia menyuruh kepalkan tanah dari kubur arwah suami Lamijah, Fakeh Sibin sebanyak tiga kepal. Imam Lah doakan tanah tiga kepal itu dengan Fatihah sahaja 41 kali, dan disuruh Simek Bacar campakkan ke dalam lubang terlopong, sebelum ditimbus semula dengan tanah lain.

Setelah didoakan oleh Imam Lah, tidak lagi berlaku kejadian yang mendebarkan di kubur Lamijah lagi. Simek Bacar juga tidaklah bimbang akan memikul beban yang berterusan.

Lainlah kalau Lamijah mempunyai anak-anak yang boleh memikul tanggung-jawab. Semasa hayatnya sudah beberapa kali berkahwin, Lamijah tidak mendapat seorang pun anak. Kalau mahu dituduh mandul tidak juga, kerana dia beberapa kali keguguran. Sekiranya melahirkan anak pun hanya sempat berusia setahun lebih sahaja anaknya meninggal dunia.

Sampailah Lamijah meninggal dunia memang dia tidak mempunyai seorang anak pun. Terpaksalah Simek Bacar uruskan apa sahaja yang berlaku terhadap diri Lamijah. Tatkala Lamijah terlantar sakit, cuma Simek Bacar satu-satunya yang boleh diharap ambil berat mengenai perempuan itu.

Kalau tidak kenang Lamijah itu adik kandung arwah emaknya, memang Simek Bacar tidak peduli sangat. Apa pula tuduhan orang-orang kampung kalau dia membiarkan perempuan itu tergolek seorang diri tatkala terlantar sakit. Biarlah dia terpaksa memikul beban sekalipun dia tahu sangat mengenai perangai emak saudaranya itu.

Siapa yang tidak tahu mengenai Lamijah hingga berkali-kali berkahwin. Selepas berkahwin dengan suami pertamanya, mereka bercerai disebabkan Talib Enjut suka sangat berjudi. Masanya banyak dihabiskan di tempat menyabung ayam sahaja.

Balik tengah malam Talib Enjut sentiasa memberang, hingga kadangkala sanggup menampar Lamijah sampai lebam bibir. Terjerit-jerit Lamijah ditampar tidak siapa pun datang membantu. Lagipun siapa pula berani mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Selepas bercerai dengan Talib Enjut, lama juga Lamijah menjanda. Beberapa orang lelaki cuba memikatnya, tetapi Lamijah tidak mudah memilih. Dia tidak mahu berulang lagi kejadian seperti ketika bersuamikan Talib Enjut yang terpaksa menanggung kegelisahan sepanjang masa.

Semasa lama menjanda ini Lamijah tinggal memencil diri membina rumah empat batang tiang di hujung sawah. Cuma Simek Bacar satu-satunya yang kerapkali berkunjung ke rumahnya. Kadangkala Simek Bacar yang bantu dia carikan kayu api ataupun menajak di tengah sawah.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Gangguan syaitan macam ni, mesti tabah menghadapinya," bisik saya memberi keyakinan supaya tidak menyerah kalah menghadapi ujian. Memang saya tahu Alang Sarit tidak mudah berputus asa kalau takat berdepan dengan ujian demikian.

Saat ini seluruh badannya memercik darah yang keluar dari bulu roma laksana peluh mengalir. Pak Masar sendiri mengelap darah yang memercik itu sambil dibantu oleh isteri-nya Mak Siah.

"Sabarlah Sarit," bisik Pak Masar terharu melihat geruh yang menimpa anak muda itu.
"Ustaz, bantulah doakan saya," lantas sahaja Alang Sarit menatap muka saya disebabkan peluhnya memercik darah. Asal sahaja dilap semakin banyak pula darahnya memercik di celah bulu roma.

"Tak apalah, awak tidur aje," ujar saya menyuruh dia merenung tapak tangan saya. Lama Alang Sarit merenung tidak berkedip mata ke tapak tangan saya, tubuhnya menjadi lemah hingga tertidur. Cepat-cepat saya memegang pergelangan tangannya sehingga terasa dia keluar meninggalkan rumah sekalipun tubuhnya terbaring di situ.

Beberapa minit selepas Alang Sarit terbaring seperti orang tidur, darah yang memercik di celah bulu romanya beransur hilang. Hanya peluh biasa sahaja mengalir. Setelah dilap oleh Pak Masar dan Mak Siah peluhnya juga kering tidak bersisa.

Saya membiarkan sahaja Alang Sarit terkejang tidur di tengah rumah, kerana saya tahu dia sudah jauh menyusup mencari punca gangguannya. Beberapa kali dia mengeluh sambil menggeleng-geleng kepala, sekalipun mereka yang terconggok di situ sekadar melihat Alang Sarit terkejang tidur.

"Dah jumpa, ustaz," ujarnya perlahan dengan mata terpejam, tetapi pergelangan tangannya masih saya genggam.

"Apa yang Sarit jumpa tu, ustaz?" Meliah tercengang dengan pertuturan Alang Sarit yang dirasanya pelik sangat.

"His, awak tu diamlah!" lantas sahaja Cikgu Kasah menegahnya disebabkan dia memang tahu tatkala itu Alang Sarit sudah melepasi kepungan dinding rumah.

Kemudian Alang Sarit tersenyum mencebik bibir dengan jarinya menuding ke bumbung atap. Matanya tetap terpejam sekalipun tangannya bertenaga seolah-olah mahu bingkas bangun.

"Tak ada sebab aku nak putuskan tunang!" tegas Alang Sarit seolah-olah memberi amaran apabila jarinya menuding ke bumbung atap.

Disebabkan pergelangan tangannya tidak saya lepaskan, saya membiarkan sahaja Alang Sarit mengubati dirinya. Hanya sekali sekala saya terasa dia menggenjur-genjur tangannya sehingga saya dapat melihat dia tercegat berhadapan dengan lelaki tua bongkok memegang tongkat bengkang bengkok.

Terlalu marah lelaki tua bongkok itu dengan keputusan Alang Sarit tidak mahu menerpa datang, tubuhnya terpelanting bagaikan merempuh tembok batu keras yang tidak boleh ditembusi.

Lelaki tua bongkok itu bertambah berang tatkala melihat saya tercegat di sisi Alang Sarit. Dia berjalan mundar mandir untuk mencari helah supaya dapat menyerbu rapat.

"Wah, sampai berdua sekali awak datang nak berlawan!" lelaki tua bongkok itu mengejek sambil menghentak-hentakkan tongkatnya yang bengkang bengkok.

Saya menepuk bahu Alang Sarit memberi isyarat supaya tidak melayani lelaki tua bongkok itu bercakap. Lantas saya bisikkan ke telinganya supaya membacakan Fatihah tiga kali dan hembuskan ke arah lelaki berkenaan. Sebaik sahaja Alang Sarit hembuskan dengan tiga kali Fatihah, lelaki tua bongkok itu berpusing seperti gasing tengah ligat uri.

Lama dia berpusing barulah jatuh terhumban ke penjuru rumah termengah-mengah mengurut dadanya. Apabila dia mahu bangun cepat-cepat saya menyuruh Alang Sarit bacakan surah al-Ikhlas 11 kali. Sekaligus pula lelaki tua bongkok itu tersungkur jatuh seolah-olah betisnya dibelantan dengan kayu sebesar paha.

Terketar-ketar lelaki tua bongkok itu mahu bertindak balas, tetapi dia menjadi gementar apabila saya menyuruh Alang Sarit serukan azan tujuh kali sehingga kelilingnya bergegar kuat. Tercengang-cengang lelaki tua bongkok itu disebabkan kelilingnya bergegar laksana dirempuh sekawan gajah liar dari segenap penjuru.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab160

GERUH MEMINANG GADIS BERBADI

(Bab 160 bahagian 2)

Selepas sahaja Talib Lekeh meminang, tiba-tiba sahaja dia terjatuh pokok petai di tengah hutan. Berbulan-bulan dia terlantar akibat tulang rusuknya patah. Sebaik sahaja dia putuskan tali pertunangan, hanya dalam masa beberapa minggu sahaja Talib Lekeh sudah boleh berjalan sekalipun terdengkot-dengkot.

Bukan Talib Lekeh sahaja mengalami kejadian ganjil itu, Lamat Sendol juga menghidap tokak seluruh badan sebaik sahaja bertunang dengan Naemah. Puas berubat di mana-manapun tokak di badan Lamat Sendol tidak boleh sembuh. Cuma satu-satunya yang boleh sembuhkan tokak di seluruh badannya hanya dengan memutuskan tali pertunangan dengan Naemah.

Mereka di Kampung Hulu cam benar mudarat sekiranya bertunang dengan Naemah. Selepas Talib Lekeh dengan Lamat Sendol menerima nasib malang, Latip Begar pula tidak mempercayai perkara tahyul demikian. Sekalipun Pak Masar nasihatkan dia supaya tidak meminang anaknya, tetapi Latip Begar tetap berkeras.

Latip Begar mahu buktikan kepada orang-orang kampung semua kemalangan yang menimpa sesiapa sahaja lelaki yang menjadi tunang Naemah bukanlah menumpang sial gadis itu. Tetapi hampir sahaja mereka akan bernikah, Latip Begar tiba-tiba menghidap buasir. Disebabkan tidak dapat menahan rasa malu akibat buasir yang terjulur panjang sampai ke pelipat, terpaksalah dia menurut kemahuan Dukun Samah yang mengubatinya.

Memang Dukun Samah sudah menilik melalui asap kemenyan yang dibakar, Latip Begar mesti putuskan pertunangan dengan Naemah sekiranya mahu sembuh. Seminggu sahaja selepas dia memutuskan tali pertunangan dengan Naemah, penyakit buasir Latip Begar tiba-tiba sahaja sembuh.

Mereka di kampung lain yang tidak tahu pun cuba masuk meminang Naemah. Berat juga hati Pak Masar apabila Jubir dari Jerantut masuk meminang. Mahu diterangkan sebab-sebabnya bimbang juga dia wakil Jubir tidak percaya dengan petaka tersebut.

Setelah diterima sahaja peminangan tidak semena-mena Jubir Jubir mengidap beguk di leher sampai membengkak sebesar tombong kelapa. Hanya selepas diputuskan sahaja pertunangan, beguk di leher Jubir semakin sembuh macam dia tidak pernah mengidapnya.

Kalau Jubir mengidap beguk, Kasim Tembe pula terkengkang-kengkang mengampu burut. Sementara Mat Noh pula menderita sakit mata hingga tumbuh bisul di pelupuknya. Memang siapa pun tidak percaya dengan kejadian demikian, kerana penyakit mereka semuanya sembuh sebaik sahaja memutuskan tali pertunangan dengan Naemah.

Selepas Mat Noh memutuskan tali pertunangan dengan anaknya, memang Pak Masar sudah serik mahu menerima lelaki yang masuk meminang. Biarlah anaknya Naemah tidak bertemu jodoh, asal sahaja keluarganya tidak menjadi buah mulut seisi kampung. Pak Masar tidak mahu sial yang menyelubungi anak gadisnya menyebabkan orang lain menanggung mudarat.

Sebab itulah tatkala Alang Sarit masuk meminang, lantas sahaja Pak Masar menolak. Sekalipun didesak oleh Alang Sarit dia tetap berkeras tidak mahu menerima peminangan anak muda. Tetapi Alang Sarit tidak puas hati dengan keputusan Pak Masar yang tidak memberikan sebab munasabah, setelah dia sendiri mendapat tahu ramai pemuda yang terpaksa memutuskan pertunangan.

"Sarit tak berniat jahat, Pak Masar," ujar saya memujuk lelaki itu semasa datang rnenemuinya bersama Cikgu Kasah.

Memang Alang Sarit mengharapkan saya memujuknya, kerana dia tahu saya sahaja satu-satunya yang disegani oleh Pak Masar di kampung itu. Bergenang air mata di pelupuk Pak Masar sebaik sahaja mendengar pujukan saya yang amat mengharukan hatinya. Serba salah dia mahu membuat keputusan apabila saya sanggup mewakili Alang Sarit.

"Tak menyesalkan dia nanti, ustaz?" keluh Pak Masar menuturkan perlahan sambil mengesat pelupuk matanya.

"Menyesal macam mana pula, Pak Masar?" hairan juga Cikgu Kasah dengan penjelasan lelaki berkenaan.

Читать полностью…
Subscribe to a channel