🌵 جهاد في سبيل الله ،☝ Goncanglah Dunia dengan Dakwahmu.💚 Mantapkan akhlakmu.💚 Kuatkan hafazanmu.💚 Jadikan Al-Quran sebagai sahabatmu.💚 Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT.💚 Maka Dakwahmu Pasti Berjaya! " 🌵💚 🌎HuffazulQuran 💚
Bukannya tidak dikabulkan, ia hanya belum sampai. Doamu itu tersangkut: di antara langit dan bumi.
Ia tak mampu menembus langit. Sebab terhalang oleh dosamu sendiri.
🌻✨
@Rindu_sahabat
🌻✨
Rugi kalau pernah hidup, tapi tidak pernah mengajak orang ke jalan kebenaran.
- Ustaz Abdul Somad -
@Rindu_sahabat
Setiap hari tanyalah diri kita sekurangnya 10 soalan ini :
1) Kita bangun jam berapa hari ini? Bagaimana solat subuh kita?
2) Berapa halaman al-Quran yang telah kita baca hari ini?
3) Sudahkah kita bersedekah hari ini?
4) Apakah senaman ringan yang telah kita lakukan untuk menjaga tubuh badan kita?
5) Adakah kita memberi manfaat untuk orang lain hari ini?
6) Bagaimana pengurusan masa kita hari ini? Banyak membuang masa atau manfaatkan masa?
7) Sudah selawatkah dan istighfar kita hari ini?
8) Bagaimana hubungan kita dengan keluarga?
9) Bagaimana solat kita hari ini? Diawal waktu atau melengahkan solat?
10) Apakah kesyukuran terbesar hari ini? Buat catatan setiap hari agar kita bertambah bersyukur.
Muhasabah. Refleksi lagi dan lagi. Moga Allah bantu kita menjadi hamba yang semakin taat pada-Nya.
Kredit : Iwana Aisyah Ab Halim
Renungan
#NotaIbrahIwanaAisyah
@theinfiru
Cuba baca al Quran, pastu bezakan dengan hari-hari yang tak baca.
Resultnya, hari yang tenang adalah hari yang kita baca al Quran.
Allahuakbar.
Kalau kita bangun tahajud, jangan pandang rendah orang yang sedang tidur lena
Kenapa ?
Mungkin saja, dia tidur dalam air mata taubat dan penyesalan
🖋♥
@TheKeyQuotes
@CahayaBulanOfficial
من مجربات الصالحين رضي الله عنهم
فائدة في قراءة سورة (طه)
📚 من خلاصة كتاب (عمل اليوم والليلة)
للحبيب حسن الشاطري رحمه الله تعالى :
من واظب على قراءة (طه) عند طلوع الفجر كل يوم ، أقل ما يرى من بركتها أنه يدخل عليه في ذلك اليوم ، رزق جديد لم يكن له إليه تشوّف ، و تقضى حوائجه في ذلك اليوم ، و تلين له القلوب ، و ينصر على الأعداء ، ولها من الفضل ما لا ينحصر ،
— و روي عن بعضهم أنه قال : تعهدوا :
( قل يا أيها الكافرون ) و ( إذا جاء نصر الله ) فإنهما ينفيان الفقر.
📚 Dari amalan Al-Habib Hasan As-Syatiri :
Sesiapa yang istiqamah membaca Surah Thoha ketika muncul fajar setiap hari, manfaat paling sedikit yang akan dia dapati pada hari itu adalah;
• rezeki baru yang belum pernah direncanakan,
• dikabulkan segala hajatnya di hari itu,
• dilembutkan hatinya,
• mendapat bantuan menghadapi musuh-musuh
• & beroleh pelbagai faedah yang tidak dapat dibatasi.
— Diriwayatkan daripada sebahagian Ulama’ lain :
Perhatikanlah kamu sekalian agar selalu menjaga (untuk membaca) Surah Al-Kafirun dan Surah An-Nasr kerana sesungguhnya dua surah ini mampu menolak kefakiran.
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
Jika ada yang bertanya kepada kita, kita menjawab soalannya. Jika dia tidak faham, tidak mengapa. Jangan memarahi dia. Kita hanya menjawab soalan, Allah yang memberi kefahaman.
Jika ada yang melakukan kesilapan, kita menasihati dia. Kita tegur dia. Allah yang memberi hidayah.
✨ @sentaplaatuu ✨
"Guru-guru kami mengajarkan kepada kami untuk melakukan tiga perkara jika melihat kesalahan pada saudara-saudara lain :
1️⃣ Sembunyikan kesalahan mereka, jangan disebar-sebarkan.
2️⃣ Berdo'a untuk mereka secara rahsia.
3️⃣ Menasihati mereka dengan tulus (hati bersih) dengan etika yang baik.
Kamu hanya boleh menceritakan kesalahannya kepada orang ketiga; sekiranya kamu tidak dapat membantu dan meyakini bahawa orang ketiga itu mampu menolong."
#banatazzahra
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
Hati kecil berkata pada diri sendiri : "AKu ingin sekali Istiqamah dengan Al-Qur'an. Di tanganku tiada lain hanya Al-Qur'an dan tasbih. Waktu itu ingin aku habiskan untuk mengkhatamkannya"
.
Tapi realitanya, tidak seperti yang digambarkan.
.
Alpanya Kita. Dengan Al-Qur'an kita boleh berjauhan. Dari minggu sampai bertahun. Tapi kita tidak sanggup berjauhan dengan gajet walaupun hanya seminit.
.
Gajet kita rosak terus kita tak keruan. Dengan pantas kita baiki.😞 Tapi saat hati kita sudah mulai rosak. Apakah kita ambil peduli? Apakah kita risau? Padahal ubat hati hanyalah Al-Qur'an.
.
Allahu...Cuba renungkan, sudah berapa hari kita tidak bersua dengan Al-Qur'an?
Bila terakhir kali kita menyentuh dan membacanya?😢
Adakah Al-Qur'an itu sudah berdebu sekarang?
.
Terangilah rumah kita dan hati kita dengan lampu-lampu bacaan Al-Quran! Supaya hati semakin terang dan iman semakin bertambah.
.
Sesungguhnya Ayat al-Qur'an itu ibarat buah. Setiap kali dikunyah, manisnya meruah. Al-Quran memberikan pengaruh yang luar biasa bagi jiwa manusia. Hati yang tentram dan menjadikan akal fikiran yang tajam.
.
Gelisahlah hati umpama handset kau rosak.
.
Sunguh indah bagi yang menghayatinya. Sebuah kitab yang isinya penuh kisah & cinta, dikemas sangat indah, tersusun rapi tanpa celah tak bermakna.
.
Tiap huruf, tiap kata, tiap ayat & tiap kalam semuanya sempurna. Penyair paling hebat sekalipun takkan mampu menandinginya.
.
Kau cubalah bukalah ia dan cubalah kau cermati meski sulit untuk kau mengerti. Tapi lambat laun hatimu akan jatuh cinta dengannya.
.
Akan kau temukan ketenangan di sana, dari mulai ditatap, didengar, dan dibaca semuanya menenangkanmu. Dan yang sakit sembuh seolah telah menemukan ubat yang bingung kembali terarah kerana menemukan petunjuk. Begitu hebatnya kalam Allah.
.
Wahai sahabat cuba tanya pada hati sendiri, sudah sejauh mana kita mencintainya.
.
Janganlah kau berdalih dengan beribu alasan.
.
Wahai sahabat.. Bacalah walau satu ayat.. renungkanlah makna dari tiap surat.. Dan Nikmatilah cinta yang sempurna dari-Nya pada kitab ini.
Ini contoh luahan penulis yang faham tujuan sebenar. Nak menulis/menaip, seiringkan kerana Allah Ta'ala. Kita perantara sahaja, yang jadi sebab tarikan tu semuanya dari Allah Ta'ala.
Tidaklah bila ditiru @ dibuang kredit pena, kita jadi naik angin & memberontak melainkan memang terdapat jelas unsur pengkhianatan atas usaha/nama kita kerana risiko maruah yang tercalar.. Untuk elakkan fitnah maka perlu dibanteras sekadarnya.
Bukan melenting kerana takut hilang populariti serta pangkat di mata Dunia. Waiyyadzubillah.
✨ @sentaplaatuu ✨
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”
DIALOG MANUSIA DENGAN AL QUR'AN TENTANG MUSIBAH (COVID-19)
Manusia bertanya kepada Sang Khaliq :*
Soalan 1 :
Ya Allah, apakah gerangan yang sedang menimpa kami saat ini ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan” (QS. Al-Baqarah : 155)
Soalan 2 :
Mengapakah kami harus diuji dengan wabak corona seperti ini ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ?” (QS. Al-Ankabut : 2)
Soalan 3 :
Untuk apa sesungguhnya ujian ini, ya Allah ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah ; barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya” (QS. At-Taghabun :11)
Soalan 4 :
Namun, mengapa harus terjadi pada kami ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (QS. Al-Ankabut : 3)
Soalan 5 :
Dari mana datangnya musibah ini ya Allah ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Dari mana datangnya ini ?” Katakanlah: “Itu dari dirimu sendiri” (QS. Ali Imran: 165)
Soalan 6 :
Tapi ya Allah, wabak ini sungguh buruk bagi kami….
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al-Baqarah : 216)
Soalan 7 :
Telah sesak nafas kami, berat hidup kami, gara-gara wabak ini….
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al-Baqarah : 286)
Soalan 8 :
Kami tidak bisa bekerja ya Allah, kami dikurung di rumah saja, kami tidak bisa berbuat apa-apa….
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS. Ali Imran : 139)
Soalan 9 :
Terkadang, wabak ini memberikan tekanan yang demikian dahsyat kepada kami. Rasanya kami telah menyerah kalah. Sebahagian dari kami bahkan telah berputus asa.
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir" (QS. Yusuf : 87).
“Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya, kecuali orang-orang yang sesat” (QS. Al-Hijr: 56)
Soalan 10 :
Kami menjadi gelisah, tidak tenang, karena beban berat yang kami hadapi akibat wabak ini….
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (QS. Ar-Ra’du: 28)
Soalan 11 :
Di saat sempit seperti ini, masih adakah jalan keluar bagi kami ? Masih adakah pintu rezeki untuk menyambung hidup kami ya Allah ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. Ath-Thalaq: 2-3).
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya” (QS. Ath-Thalaq: 4)
Soalan 12 :
Tapi, perusahaan sudah memotong gaji kami. Bahkan sebahagian dari kami, sudah tidak memiliki pekerjaan lagi. Siapa yang akan memberikan rezeki kepada kami ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya" (QS. Hud: 6)
Soalan 13 :
Sudah selama ini kami menjalani kebijakan Stay At Home. Rasanya sudah tidak kuat untuk terus menerus dikurung di dalam rumah. Lelah ya Allah. Sungguh kami tidak tahu, sampai bila suasana ini….
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS. Ali Imran : 200)
PuisiHati🌿
Jangan biarkan diri kau hidup dalam gelapnya kenangan masa silam. Mungkin nanti kau akan gagal melihat cerahnya masa hadapan.🙂
@hrie.azmn (instagram)
/channel/PuisiiHati
Korang boleh join dan support tau channel ni! InsyaAllah setiap bait kata betul betul masuk ke hati 😭
.
.
*Kelas Tagging Al-Quran Bersama Kak Ad* 😍
Tarikh : 6 Feruari 2021
Masa : 9 malam
Tempat : Aplikasi Zoom
Pengisian program 📖 :
👉🏻 Teknik tagging Al-Quran (Bagaimana cara tangging di topik-topik & surah tertentu)
👉🏻 Tips Hafazan Al-Quran, Hadis dan Doa
📌 Terbuka lelaki dan perempuan
📌 Terhad 60 orang sahaja
📌 Pendaftaran sebelum 4 Februari 2021.
Hubungi : www.wasap.my/+601118591829
9. Nak menghafaz tapi malas dan kurang semangat?
10.Dah lama baca Yasin, tapi tak hafal?
Siapa yang layak masuk kelas ini?
1. ibubapa
2. orang dewasa/pekerja
3. pelajar maahad tahfiz
4. pelajar sekolah biasa
5. pelajar pondok
6. orang yang cinta Al-Quran
Yuran penyertaan ialah RM99.
*Berita baik, peserta 100 terawal tidak perlu membayar yuran RM99. Anda hanya membayar RM30.00 sahaja.*
*Anda juga boleh membawa dua orang rakan lagi. Jadi hanya RM30.00 untuk tiga orang peserta.*
Untuk pertanyaan kelas sila hubungi :
Ustazah Raihan
Telefon/ wasap: 0113-751 9726
Daftar segera dengan tekan link di bawah untuk pembayaran
https://toyyibpay.com/KELAS-RAHSIA-MENGHAFAZ-ALQURAN
https://toyyibpay.com/KELAS-RAHSIA-MENGHAFAZ-ALQURAN
# sila share maklumat ini
# share sambil mendapat pahala jariah
🌻✨
Apabila kita memberi lebih daripada kemampuan kita, insyaaAllah, Allah pulangkan semula kepada kita melebihi apa yang kita harapkan.
Setiap kebaikan dibalas kebaikan.
Setiap kejahatan hanya Allah yang layak membalasnya.
Kita hanya mampu berdoa yang terbaik.
Para ulama mengatakan :
Bulan Rejab adalah bulan istighfar, bulan Sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW dan bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.
—Habib Najmuddin bin Othman al Khered📌
Seorang ulama' ditanya, "Berapa banyak ayat yang sebaiknya kita baca sewaktu membaca Al-Quran ?"
Ulama' itu menjawab : "Sebanyak kebahagiaan yang ingin engkau rasakan dalam hatimu!"
Berapa ramai saat ini orang yang mencari kebahagiaan namun mereka meninggalkan dan menjauhkan diri dari Al- Quran.
📖✨
Apps Al-Quran tafsir terbaik.
Semua free & tiada iklan. 👍
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.greentech.quran
#inspirasihuffaz
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
Nasihat buat kamu.
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
ALIM QURAN TETAPI DI MANA TASAWWUF?
Wallahi, aku pelik melihat Ahli Quran yang mempermainkan Ahli Quran yang lain kerana satu kegelinciran. Kutuk mengutuk secara berjemaah. Masing masing ketawa puas. Salah adalah salah tetapi alangkah baik jika ahli Quran itu, dihubungi. Minta ditarik balik kenyataan.
✅ Di dalam Faidh Al Qadir, Imam Al Munawi menyebutkan kata-kata Al Fudhail bin Iyadh kepada anaknya :
اشِتَرُوا دَارًا بَعِيدَةً عَنِ القُرَّاءِ, مَا لِى وَالقَوْمُ إِنْ ظَهَرَتْ مِنِّى زَلَّةٌ قَتَلُونِى وَإِنْ ظَهَرَتْ عَلَي حَسَنَةٌ حَسَدُونِى.
Belilah rumah jauh dari para qari. Apa perlunya aku kepada kaum ini. Jika mereka melihat terdapat padaku kegelinciran, pasti mereka akan membunuhku. Dan jika mereka melihat padaku kebaikan mereka memendam hasad.
✅ Syeikh Muhammad Al Baidhawi di dalam Syarahnya atas Manzumah Al Adab Al Bathiniyyah li Qari Al Quran juga menyebutkan kata-kata Imam Al Ghazali :
Jauhilah kamu 4 sifat para Qari (خصال القراء):
1- Al amalu(الامل) : banyak berangan angan.
2- Al ‘Ajalatu(العجلۃ) : gopoh gapah.
3- Sombong(الكبر).
4- Hasad(الحسد).
Mudah-mudahan Allah memelihara kita dari sifat sifat tercela ini.
#inspirasihuffaz
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
"Ustazah, ada cadangan tak macam mana kita nak "refresh" hubungan kita dengan al-Quran?"
__________
Refresh dengan Formula Q.U.R.A.N
Q - Quality
Tingkatkan dan pelihara kualiti bacaan kita dari segi tajwid dan sebutan makhraj huruf. Kemudian, baca terjemahan ayat yang dibaca. Dengan cara ini, kualiti kefahaman dapat ditingkatkan. In shaa Allah mudah untuk kita tadabbur al-Quran selepas itu.
U - Upgrade
Berusaha untuk upgrade diri. Lakukan perubahan diri dan hijrah menjadi seseorang yang lebih baik dari hari semalamnya. Upgrade amal, upgrade kualiti, upgrade ilmu dan sebagainya
R - Responsibility
Bila kita sudah memahami consequences bila melakukan kebaikan atau kejahatan, bermakna kita sudah boleh menilai tindakan terbaik. Maka, jadilah orang yang bertanggungjawab untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Jika kita seorang ayah atau ibu, maka bertanggungjawablah untuk memelihara keluarga daripada ancaman api neraka. Ajarkan anak-anak solat dan mengaji
A - Aulawiyat
Bila kita memiliki tannggungjawab yang banyak, masa pula dirasakan tidak cukup. Maka perlunya untuk menyusun aulawiyat.
Contohnya, selepas mulakan urusan dunia, ada baiknya baca quran satu dua muka surat. Jika tidak, bila kita sudah serabut dengan urusan dunia, sedar-sedar hari sudah menjelang malam. Sudah penat dan terlupa untuk membaca al-Quran.
N - Never say "Never"
Jangan bersikap pesimis. Hal ini mustahil, hal itu mustahil. Cuba dahulu, usaha dahulu barulah kita buat keputusan untuk teruskan atau tidak. Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba-hambNya yang dikasihi. Usah berputus asa untuk memohon kepada Allah agar memberi kemudahan untuk urusan kita. Usah merasakan faktor usia sudah lewat, barulah nak belajar membaca al-Quran itu sebagai terlambat atau perkara mustahil. Yakin dan mohonlah doa kepada Allah selalu.
#alquranuntuksemua #tadabburalquran #tadabburcentre
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
“Orang yang rindu pada RASULULLAH ﷺ, maka ia telah dirindukan oleh RASULULLAH ﷺ.”
[Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa]
“Setiap kali engkau mengenalinya, maka engkau mencintainya. Ketahuilah bahawasanya iman bukanlah hanya melaksanakan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, akan tetapi iman adalah engkau mencintai NABI MUHAMMAD ﷺ.”
[Syeikh Yusri Rusydi Al-Hasani]
“Mempertahankan Ketuanan RASULULLAH ﷺ bukanlah suatu perkara yang mudah dan ianya merupakan suatu anugerah daripada ALLAH khusus bagi hamba-NYA yang terpilih dan tidak semua dari kalangan hamba-NYA yang mendapat nikmat tersebut kerana mahar untuk urusan ini (mempertahankan RASULULLAH ﷺ) adalah nyawa.”
[Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin]
Jom selawat?
Sollu alik ❤️😘
@alHuffazQuotes
Teruk macam mana pun perangai kita,
Jangan pernah tinggalkan kerja dakwah,
Jahat macam mana pun kita dimata mereka,
Jangan pernah menoleh ke belakang lalu berhenti untuk menyebarkan dakwah,teruskan berjalan.
Ilmu kurang?
Itu bukan alasan untuk berhenti menyebarkan kebaikan,
Jangan pernah putus asa untuk sampaikan dakwah.
Teruskan!
Aku tahu engkau ingin berubah ke arah kebaikan,
Jangan putus asa ya utk sebarkan dakwah.🥰
Engkau niat yang baik,insha allah semuanya akan baik².
Allah itu maha penolong,
Maha mengetahui,
Maha penyayang,
Maha pemurah.
Insha allah,
Kalau kita berusaha sungguh² ingin berubah ke arah kebaikan
Insha allah Allah akan bantu kita,
Malah dia sentiasa menemani kita❤️
Teruskan menyebarkan dakwah,menyebarkan kebaikan ya!
Kuat!
Kita ada allah swt!❤️
#gadismisteri🐼
#semangatdakwah!
#pdp❤️
@puisidaripanda
Saya lagi suka kalau orang copypaste idea saya , tiru saya.
Sebab benda manfaat perlu disebarkan. Saya takkan sakit hati orang gunakan ilmu yang saya kongsi tu dia buat secara percuma.
Sebab saya yakin dan percaya , saya tak ada apa2 , tanpa izin Allah saya takkan pernah mampu menulis dan berkongsi.
Remember this even sejuta orang tiru cara dan gaya awak , benda tu takkan jadi masalah langsung , ingat yang Ya Razaq Ya Fatah Ya A'lim , DIA yang berkuasa atas semua perkara
Orang tiru atau gunakan takkan sesekali menyekat rezeki awak
Belajar damaikan hati , buang penyakit hati dalam diri kalau nak hidup tenang dan diberkati
- Hana;
Subjek bagi kata ‘saya’ dalam penulisan di atas. Semoga dikurniakan rahmat buat golongan pendakwah.
✨ @sentaplaatuu ✨
Soalan 14 :
Mengapa Engkau menyuruh kami untuk bersabar ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Allah mencintai orang-orang yang sabar” (QS. Ali Imran : 146)
Soalan 15 :
Adakah balasan atas kesabaran kami ya Allah ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan” (QS. An-Nahl : 96)
Soalan 16 :
Alhamdulillah. Seberapa banyakkah pahala yang akan Engkau berikan kpd kami ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (QS. Az-Zumar : 10)
Soalan 17 :
Masya Allah… Lalu bagaimana nasib kami kelak di akhirat ya Allah ?
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (syurga),(sambil mengucapkan) ‘Selamat untuk kalian atas kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” (QS. Ar-Ra’du : 23-24)
.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Sekarang kami tenang ya Allah, kami redha dengan ketentuan-Mu, kami bersabar dengan ujian-Mu.
.
Al-Qur'an menjawab :*
“Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepada-Nya” (QS. Al-Bayyinah : 8)
“Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar" (QS. At-Taubah : 72)
Kesemua ini Khazanah dari Al Qur'an
Oleh itu....
PERBANYAKKAN MEMBACA TERJEMAHAN AL QURAN AGAR FAHAM AKAN WAHYU DARI ALLAH UNTUK SEKALIAN MANUSIA.
AGAR MENJADI PEYULUH DAN PETUNJUK UNTUK MENCARI KEBENARAN YG SEBENAR...
-----------------------------
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidinHuffaz
Teringat ustaz kata :
.
Kadang, Allah hadirkan peminta sedekah, bukan sebab Allah uji dia, tapi sebab Allah nak uji kita.
.
Jangan berkira dengan rezeki.Sesungguhnya dalam rezeki kita terselit jugak rezeki orang lain.
.
Makin banyak kita memberi, makin banyak Allah kurniakan nikmat dan rezeki.
Bila hati kotor kita tidak nampak Al-Quran..
Bila hati kotor tiada keinginan nak ambil Al-Quran..
Bila hati kotor tiada keinginan nak baca, hafal dan amal isi Al-Quran.
Kehidupan kita adalah cerminan kita bersahabat dengan Al-Quran.
Renung- renungkanlah. ❤️
Jangan biarkan rumah bergema muzik tapi sunyi daripada bacaan al-Quran. Rumah yang tidak dibacakan al-Quran dan alunan zikir adalah seperti kuburan.
#SpreadLoveNKindness
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
Dato / Datin /Tuan/Puan yang dihormati.
Assalamualaikum WBKT.
Saya Ustaz Kamal, pengetua Maahad Tahfiz Manzil Furqan, Kota Bharu.Saya memohon jasa baik tuan/puan untuk kongsikan iklan ini kepada orang lain.
Berita baik untuk seluruh umat Islam di Malaysia. Kelas *secara atas talian* akan dijalankan oleh Maahad Tahfiz Manzil Furqan (MTMF) Kota Bharu seperti berikut :
Tarikh : 30 Januari 2021
Hari : Sabtu
Jam : 9:00 pagi hingga 12 tengahari
Siapakah penceramah kelas ini ??
1. Ustaz Kamal, penulis buku Rahsia Menghafaz al-Quran
2. Beliau ialah pengasas MTMF Kota Bharu
3. Beliau ialah pakar teknik hafazan Malaysia
Perbincangan kelas ialah:
1. Rahsia Menghafaz Al-Quran berpandukan buku Rahsia Menghafaz Al-Quran yang di tulis oleh Ustaz Kamal.
2. 5 prinsip hafazan
3. Teknik hafaz Yasin
4. Bagaimana mengekalkan hafazan
5. Hafazan jangka pendek dan jangka panjang
6. Ujian bulanan manzil untuk hafazan
7. Perancangan stategi hafazan
8. Isu dah lama menghafaz tapi tak ingat-ingat !