mujahidhuffaz | Unsorted

Telegram-канал mujahidhuffaz - ؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

-

🌵 جهاد في سبيل الله ،☝ Goncanglah Dunia dengan Dakwahmu.💚 Mantapkan akhlakmu.💚 Kuatkan hafazanmu.💚 Jadikan Al-Quran sebagai sahabatmu.💚 Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT.💚 Maka Dakwahmu Pasti Berjaya! " 🌵💚 🌎HuffazulQuran 💚

Subscribe to a channel

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Tips konsisten semangat dengan Quran :

1. Ambil tahu hadith atau ayat Quran tentang kelebihan orang yang dekat dengan Quran. Sabdaan Rasulullah dan juga firman Allah tidak akan menipu. Manusia, iya.

2. Spesifikkan masa dengan Quran. Wajib! Tiada istilah tunggu masa lapang untuk Quran. Kalau begini, sampai bila-bila tidak akan ketemu.

3. Banyakkan istighfar.

4. Minta Allah anugerahkan nikmat bersama Quran. Mahal rasa ini.

5. Memaksa diri. Ni paling wajib hehe.

6. Jauhi maksiat.

7. Kurangkan mendengar muzik.

8. Letak target mengikut kemampuan supaya kita tidak mengecewakan diri sendiri.

9. Nak lagi semangat, sertai program-program tentang al Quran seperti di Nasyrah Consultant

Syaurah Ishak.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

“Jika datang kemarahan maka diam dan tenanglah, ketahuilah bahwa kata-kata yang terucap saat marah itu hanya akan menjadi sebuah penyesalan.”

[Habib Muhammad Al-Bagir Bin Alwy Bin Yahya]

#kalamulama
@ilovequrann♥️🍃

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kita sepatutnya memberi masa untuk al-Quran. Bukan hanya tunggu waktu yang lapang atau peristiwa tertentu baru hendak baca al-Quran apatah lagi nak tadabbur al-Quran.

Kadang, kita terlalu sibuk mengejar duniawi hingga lupa sebenarnya al-Quran yang akan menjadi peneman kita nanti.

Setiap hari memberi alasan sibuk hinggakan tiada masa langsung dengan al-Quran.

Berkata Abdul Malik bin Umair :

"Manusia yang tidak akan tua dan tidak pelupa adalah orang yang selalu membaca al-Quran. Dan manusia yang paling jernih akalnya adalah pembaca al-Quran."

Begitulah, berikan masa untuk al-Quran walaupun hanya satu muka setiap hari.

Iwana Aisyah Ab Halim
Selangkah menjiwai al-Quran

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Ada yang tanya saya:

"Boleh kongsi tips mula hafazan? Nak mula dari juzuk mana? Saya ada impian nak hafaz al Quran"

MashaAllah tabarakallah, niat yang sangat baik. Ada beberapa cadangan yang saya boleh kongsikan.

1. Mula dari surah yang biasa kita baca.

2. Cari guru untuk semak bacaan. Bahaya kalau tiada guru sebab kita akan rasa bacaan kita dah betul.

3. Mesti mengulang setiap hari dan bawa bacaan dalam solat.

4. Pastikan mempunyai bacaan (tajwid) yang baik. Jangan mula menghafaz kalau masih tak lancar bacaan bertajwid.

- Syaurah Ishak

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

“Kita tidak akan pernah sempat dengan al-Quran.” - Syaurah Ishak

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Jika sudah waktunya, maka hujan akan turun.
Jika sudah masanya, maka bunga akan mekar.
Dan jika sudah waktunya, maka doa-doa yang melangit akan dikabulkan.

🕊

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kebenaran tetap satu kebenaran, walau tidak siapa mempercayainya.

Penipuan tetap satu penipuan, walau semua orang mempercayainya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

🌿Habib Pesan🌿

"Perempuan pun kene tahu Tentang SOLAT JUMAAT ni. Bukan Orang lelaki sahaja... Supaya kalau kita jadi Isteri,kita boleh bagitahu suami kita. Kalau jadi ibu kepada anak2 lelaki,kita boleh ingatkan pada mereka..."

📌Kita Belajar bukan untuk judge orang☝😌
📌Kita belajar untuk kita tahsin,memperelok dan jugak memperkukuh daripada amalan kita sehingga amalan ini benar2 mantap.

✍️Tetapi kalau memang di depan kita ini ada berlaku kesilapan,bukan untuk kita memperkecil ataupun kita nak mencari kesalahan ,tetapi adalah untuk memperbetul sebagai salah satu daripada kewajipan kepada seseorang muslim untk beri peringatan kepada muslim yang lain maka kita boleh bagitahu...

Contoh situasi :

Kita : mintak maaf tuan,tadi tuan masuk di tahiyat akhir saya perasan. Lepastu tuan bangun hanya solat 2 rakaat sahaja. Tuan solat apa ya ?

Tuan Z : Saya solat Jumaat la.. Solat jumaat kan 2 rokaat.

Kita : Betul, tapi tuan tak dapat 1 rokaat pun bersama dengan imam, maka tuan sepatutnya menunaikan solat zohor iaitu 4 rokaat..macam tu ...

.
.
.
Link kajian ini :
https://www.facebook.com/watch/?v=372125410783230

Jom ikuti Kajian Kelas Asas Fardu Ain Habib Najmuddin Othman Al-Khered

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Bila dilanda musibah, cuba amalkan doa ni. Contoh hilang sesuatu ke, laptop rosak, kereta rosak, motor rosak. Amalkan sungguh-sungguh.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Doa agar berjaya dunia akhirat.
[Cc; Nurul Hana Ahmad Saipul.]

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Persiapan.

Setiap pelajar al-Quran yang ingin menghafal 30 Juzuk mestilah mempersiapkan dirinya dari segi zahir dan batin. Zahirnya dia mestilah sihat, cergas dan bersemangat serta nampak kesungguhan di wajahnya sementara batinnya pula ialah dia mestilah ada niat yang kuat, hati yang bersih, cita-cita yang tinggi dan sifat tahammul dalam menghadapi ujian sepanjang masa menghafal.

Betapa beratnya ayat-ayat Al Quran, Nabi ﷺ sendiri akan mengalami kesukaran apabila wahyu datang kepada Baginda. Kali pertama Nabi ﷺ menerima wahyu, Malaikat Jibril As memeluk Baginda Nabi ﷺ dan seluruh tubuh Baginda Nabi ﷺ terasa sakit, unta yang dinaiki Baginda ﷺ terpaksa duduk kerana beratnya wahyu. Jika wahyu turun semasa hari yang sangat sejuk maka akan dilihat peluh membasahi dahi Baginda ﷺ. Kata isterinya, Sayyidatina Aishah Ra, dan Sayyidina Zaid bin Tsabit merasakan pehanya hampir patah apabila turunnya wahyu ke atas baginda ﷺ sedangkan peha Baginda di atas peha Sayyidina Zaid Ra. Malahah setiap kali wahyu turun, wajah baginda Nabi ﷺ akan berpeluh menahan bebannya wahyu itu. Ayat Al-Quran juga diturunkan dalam berbagai keadaan dan tempat. Kesemuanya penuh mujahadah dan pengorbanan. Sebanyak dua kali hati Nabi ﷺ dicuci daripada sifat-sifat mazmumah melalui pembedahan oleh Malaikat Jibrail As.

— Sebaliknya kita pada hari ini hendak menghafal Al-Quran dalam keadaan berehat dan bersantai tanpa sebarang mujahadah. Tambahan pula dengan keadaan hati kita yang penuh dengan kegelapan disebabkan berbagai dosa dan kegiatan keduniaan yang sangat lama. Oleh itu, satu sistem dan cara yang betul akan dapat membantu dan memudahkan penghafalan Al-Quran.

Petikan daripada Panduan Hafalan Al-Quran & Imtihan Syahadah.

Oleh : Ustaz Haji Abdul Latif bin Salleh, ketua syu'bah kelas Hafiz MQKB

#inspirasihuffaz
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

JANJI ALLAH DALAM AL-QUR'AN

١. لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
1. "Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu untuk kalian." (Qs. Ibrahim 7)


٢. فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
2. "Ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepada kalian." (Qs. Al-Baqarah 152)

٣. ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

3. "Berdoalah kepadaKu pasti Aku kabulkan untuk kalian." (Qs. Ghafir 60)

٤. مَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

4. "Tidaklah Allah mengazdab (menghukum) mereka, sedang mereka (masih) memohon ampunan." (Qs. Al-Anfal 33)

Semoga Allah mudahkan kita untuk memahami dan mengamalkannya.

#sentaplaatuu

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kawan.

Jangan paksa diri untuk menjadi sempurna. Tidak ada manusia yang sempurna dan selamanya tidak akan kau capai.

Kau tahu. Ada orang yang terlalu mengejar kesempurnaan kerana mahu orang lain bahagia. Sedang dirinya sendiri dibiar penuh terabai.

Memberi jangan sampai terkorban, mencintai jangan sampai tergadai. Kau tidak perlu minta kemaafan atas ketidaksempurnaan. Itulah kebiasaan.

Apa yang harus kau buat adalah untuk terus memberi segala kebaikan dan bukan jadikan sempurna sebagai tujuan.

Bila kau jelas dengan hal ini, jiwa akan lebih tenang dan kau bersedia untuk sekali lagi mencipta kebaikan.

@sindiransigadis
Amal 3 Zikir ni untuk mendapat Rezeki Melimpah Ruah
Klik sini --> bit.ly/Amalan3Zikir

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Usaha tidak pernah mengkhianati hasil dan setiap ujian adalah sesuai dengan kemampuan.

Walau tiada siapa yang mengetahui sakit & perit cabaran yang dilalui, akan tetapi Allāh سبحانه وتعالى lebih daripada tahu akan keadaan hamba-hambaNya.

Terus tersenyum & teruskan perjuangan!

- TM (25/02/2021) -

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hargai tak perlu bayaran tapi perlu perjuangan.

Perjuangan untuk menunjukan betapa kita menghargai kewujudan dia di dunia.

Kerana dia juga sama manusia seperti kita yang mahu rasa disenangi dan disayangi.

Kewujudannya sangat penting, tanpa dia kita runsing.

-iddinramli-

@thedakwahjourney🌸🍃

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

“Dipilih atau terpilih?”

1. Dalam hidup ini, apa jua yang terjadi, ianya hanya ada dua pilihan sahaja iaitu sama ada terpilih atau memilih. Tiada istilah kebetulan. Begitulah indahnya percaturan yang Maha Esa. Tidakkah begitu juga pertemuan kita(?)

2. Terpilih itu, sesuatu yang tidak pernah kita pinta pada Allah yang Maha Berkuasa. Sampai masanya, kita dicampakkan ke dalam suasana Al Quran. Begitulah percaturan kehidupan saya. Saya tidak pernah minta pada Allah secara khusus untuk menjadi sebahagian penghafaz Al Quran, tetapi kerana rahmatNya yang Maha Luas,saya berada di sini.

3. Saya percaya, kebanyakan sahabat sahabat saya yang menceburi dunia ini adalah semata mata mahu menunaikan hasrat ibu dan juga ayah. Biarpun pada mulanya bukan kerana kerelaan hati, tetapi Allah tetap memilih kita. Baiknya Allah pada kita. Tetapi itulah, kita selalu berkira kira dengan Dia. Untuk meluangkan masa bersama kitabNya pun, terkadang kita risau ia akan menjejaskan kerja kerja kita yang lain.

Sombongnya kita.

4. Di saat kita menjadi insan terpilih, percayalah bahawasanya kita mampu. Cuma usaha kita yang belum sehabis baik. Itulah realiti yang terpaksa kita telan, biarpun ia sepahit kopi.

Kita yang terpilih,

Sentiasa menyangka bahawasanya kita masih ada hari esok untuk terus bersama dengan kitabNya. Asbab itu, kita sentiasa menangguhkan ia.

“Tidak mengapa. Esok saya qadhalah bacaan Al Quran saya” tanpa sebab yang munasabah.

Tetapi kita lupa, berapa ramai orang di luar sana mahu menjadi seperti kita (?)

Mereka itulah golongan yang mahu dipilih oleh Allah. Berdoa siang dan juga malam agar termasuk di kalangan ini. Ada yang usaha pelbagai cara untuk menjadi seperti kita, tetapi kita lupa tentang semua itu.

5. Jangan sampai Allah keluarkan kita daripada golongan yang terpilih. Saat itu, kita akan mula menangis memohon pada Dia untuk terus memilih kita di kalangan yang terpilih. Hargailah pilihan ini. Teruslah berdamping dengan kitabNya sehingga akhir hayat kita.

Itulah impian kita semua.

Syaurah Ishak,
Mahu terus dikalangan yang terpilih

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 (𝗦𝗣𝗛) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

𝗔𝘀𝘀𝗮𝗹𝗮𝗺𝘂𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝘂𝗺.

𝗦𝘂𝗸𝗮𝗰𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗸𝗶𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 (𝗦𝗣𝗛) 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 / 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗦𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿 𝟮) 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟳 𝗠𝗮𝗰 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 2023

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 http://sph.islam.gov.my

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟯.

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁, 𝘀𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗦𝗸𝗶𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝟬𝟯-𝟴𝟴𝟳𝟬𝟳𝟭𝟰𝟭/𝟳𝟭𝟮𝟱/𝟳𝟭𝟰𝟲/𝟳𝟭𝟰𝟵

𝗦𝗶𝗹𝗮 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗼𝗿𝘁𝗮𝗹 𝗦𝗣𝗛 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘁𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻.

𝗦𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻, 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Celik Tafsir Surah Al-A’raf: Ayat 204

◀️ وَإِذا قُرِئَ القُرآنُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا..
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah..

Ini adalah adab kita apabila dibacakan Qur’an. Kena dengarlah betul-betul dan jangan buat bising. Jangan ada gangguan waktu itu. Lafaz فَاستَمِعوا bermaksud: dengar baik-baik, betul-betul. Kena dengar dengan betul kerana hendak faham. Bukan dengar-dengar biasa sahaja.

Dan Allah tambah, kena senyap, kena diam. Jangan bercakap waktu itu. Inilah adab kita dengan Qur’an yang jarang orang kita sedar.

Inilah juga dalil bagi mengatakan tidak boleh kita nak pasang MP3 Qur’an dan biarkan ianya sebagai background music. Ramai yang buat macam itu. Mereka pasang Qur’an tapi lepas itu buat kerja lain – bukan nak dengar pun. Itu tidak beradab dengan Qur’an. Kalau Qur’an dibacakan, kita tidak boleh buat kerja lain dan kena dengar.

Begitulah juga kita semasa baca Qur’an dalam solat, bukan? Kita baca Qur’an dan kita dengar dengan baik dan cuba fahami apa yang kita sedang bacakan. Oleh itu, jangan pasang TV semasa kita sedang baca Qur’an kerana kalau begitu, tandanya kita tidak menumpukan perhatian kepada ayat yang kita baca.

Begitu juga, semasa belajar Qur’an atau belajar tafsir, kena tinggalkan perkara lain, jangan bersembang dengan kawan, jangan periksa telefon dan sebagainya – tumpukan perhatian kepada pengajaran.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
◀️ ..لَعَلَّكُم تُرحَمونَ
..supaya kamu beroleh rahmat.

Kalau kita beradab dengan Qur’an, kita akan mendapat rahmat. Kalau kita mahu mendengar dengan saksama, kita akan mendapat rahmat.

Dalam ayat yang lain, ada disebut yang Musyrikin Mekah tidak suka kalau Qur’an dibacakan. Mereka akan buat bising supaya orang lain tidak dengar Qur’an dibacakan. Kerana mereka lihat, kalau orang yang mendengar Qur’an dibacakan oleh Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat, ramai yang masuk Islam. Jadi mereka tidak mahu orang lain dengar kerana mereka tidak mahu ramai yang masuk Islam.

@mujahidhuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

"Air mata yang pernah gugur kerana sakitnya mengulang al-Quran akan dihitung diakhirat kelak oleh Allah. Jangan sedih kerana rahmat Allah sentiasa ada bersama kau. Jangan bersedih selagi kau dengan al-Quran. Tetapi bersedihlah jika kau jauh dari al-Quran."

-Syeikh Ibrahim Azhari-

Maahad Qiraat Fatayat Al-Azhar Shoubra el-Kheimah, Misr ❤️

#Shoubra #ElKheimah #Qiraat #AlAzhar #Egypt

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Tip Menghafaz Al Quran

1. Pilih satu Al Quran yang kita selesa. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Sebaiknya mempunyai terjemahan. Jangan bertukar tukar Al Quran sepanjang proses menghafaz.

2. Tetapkan matlamat mengapa mahu menghafaz Al Quran. Moga dengan matlamat yang jelas,ia membuahkan usaha yang bersungguh.

Boleh ke niat kerana mahukan Syurga?
Boleh ke niat mahu pahala?

Boleh. Tidakkah itu matlamat kita semua (?)

Niat yang baik,pasti dipermudahkan.

3. Letakkan target. Berapa banyak yang mahu dihafaz dalam sehari. Berapa tahun mahu habiskan hafalan.

4. Susun jadual dengan menetapkan waktu khusus untuk menghafaz. Sebaiknya sebelum atau selepas subuh dan juga antara maghrib dengan isyak.

5. Pastikan bacaan dengan bertajwid.

6. Mulakan hafalan dengan tidak beralih ke ayat seterusnya selagimana ayat pertama tidak lancar.

7. Jika ayat pertama sudah lancar, beralih pada ayat kedua. Jika ayat kedua sudah lancar,sebelum ke ayat ketiga,pastikan ulang kembali ayat satu dan dua. Kemudian baru ayat ketiga dan seterusnya.

8. Semakin banyak yang diulang,semakin kuat di ingatan.

9. Solat taubat dan banyakkan istighfar supaya dosa dosa kita yang lalu tidak menjadi asbab susahnya kita menghafaz.

10. Banyakkan berdoa dan berharap pada Allah.

11. Pastikan mempunyai guru untuk menyemak bacaan.

12. Ada niat, terus mulakan. Jangan bertangguh. Risau tidak sempat.

13. Kalaupun kita meninggal dunia dalam keadaan bukan al hafiz, sekurangnya kita dalam proses ke arah itu.

14. Boleh mula daripada mana mana surah atau juzuk. Sekiranya orang awam,sebaiknya juzuk 30.

Syaurah Ishak,
Selamanya berusaha.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Dengan al quran ,
Aku menemukan kedamaian .

@cikpenuliss

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Jika hati sedang bersedih,
pujuklah ia,
tenangkan dengan zikrullah,
jika masih terasa pedih,
sujudlah kepada Allah,
jika terasa ia kosong dan sepi,
isilah ia dengan ibadah

#pdp
#puisidaripanda
#syda_frhnm

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

“Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam–jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana ditakutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin,”

(Imam Al-Ghazali).

🥀 @hakakpesann

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hai Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua ahli #MujahidinHuffaz 🥰

Alhamdulillah syukur atas kelapangan rezeki dan kesihatan yang baik. Masih diberi waktu untuk kita semua bernafas di bumi Allah agar dapat tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah setiap masa😍

Maafkan semua Admin sebab sekarang sudah jarang post. Semoga semua ahli MH memahami situasi kami yang masih belajar dan perlu sedikit waktu untuk focus pada pelajaran masing masing 🥰

Terima kasih semua kerana masih lagi setia menanti dan menetap di dalam channel @MujahidHuffaz! ❤️

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Baru² ni ada tular status seseorang, “Jangan memandai baca al-Quran jika tidak pandai tajwid.” 😨😨😨
━━━━━━━•⊰✿•━•✿⊱•━━━━━━━
Sejujurnya Kak Ad sebagai seorang tutor Al-Quran sangat terkilan dengan status sebegitu. Sangat mengelirukan orang awam.

Sepatutnya beliau perlu memberikan semangat kepada orang luar, bukan kata-kata negatif sebegitu.

Apepun kita tak tahu asbab kenapa beliau menulis begitu, so abaikan!

Kak Ad nak bagi semangat sikit pada kenalan yang masih baru nak mula membaca Al-Quran

🌹 Jangan pernah rasa down jika kalian tak pandai baca, atau masih tergagap gagap. Teruskan membaca disamping berusaha mencari guru untuk rujukan.

Al-Quran tetap perlu dibaca dalam sehari. Jangan pernah tinggal ok? Kerana sesungguhnya Alquran adalah manual untuk kita menjalani kehidupan seharian.

🌹 Jika tak boleh baca bermuka-muka, cukuplah untuk baca semuka atau separuhnya.

Nak mudah, dengar dulu bacaan setiap ayat, kemudian kita ulang. Ulang dan ulang.

🌹 Tak jumpa guru sebenar?
Takpe. Teruskan baca dengan cara tadi. Dalam masa yang sama, usaha cari guru sebenar untuk memberikan penerangan lebih lanjut.


Kata-kata negatif tadi, tolak tepi. Tak perlu ambil tahu.

Kak Ad doakan kita semua dapat membaca Al-Quran dengan lancar, dan dapat memahami hukum-hukum tajwidnya sekali, insya-Allah.

Kak Ad
8.3.2021
Bukan pakar bidang Al-Quran.
Tutor Al-Quran, Tajwid.

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Aku kagum betul bila sesuatu bidang tu ada 'ahlinya'. Sebab mereka bercakap berdasarkan fakta, kajian, tidak beremosi dan sangat berhati hati dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan fahaman pada orang awam. Sebagai contoh , agamawan hanya bercakap tentang hukum hakam dalam agama, ahli perubatan bercakap hal hal kesihatan dan penyakit, pendidik bercakap tentang sahsiah pelajar, jurutera bercakap hal hal berkaitan kejuruteraan etc.

Bagaimana urusan agama ditanyakan kepada ulama (orang yang berilmu dalam hal agama), begitu juga dengan urusan dunia ditanyakan kepada ahlinya.

Apapun, yang buat aku betul betul terkilan dengan sikap segelintir orang awam yang bila ada masalah tak nak merujuk pada 'ahlinya' terutama dalam perubatan. Lately, begitu ramai penjual produk yang overclaims dapat merawat macam macam penyakit la apa la tidak kurang juga yang suka berkongsi petua merapu.  Bila di perbetul oleh ahlinya di marah, di kecamnya pula mereka. 

Mereka menuntut ilmu bertahun tahun untuk siapa? Untuk kita juga. Masa mereka banyak di habiskan dengan mendidik masyarakat je semata nak bagi kita faham dan tak ikut fahaman merapu terutama pengambilan supplemen dan petua petua yang jelas menjejaskan kesihatan ,paling malang boleh bawa kepada kematian. Dah tu kenapa kita suka sangat ikut kepala sendiri? Ikut logik akal sendiri ?

Ternyata masyarakat kini terlalu taa'sub dengan produk yang belum tentu kesahihannya berbanding ubat hospital. Bila sakit tahu pula cari hospital. Sudah di terangkan berkali kali pun masih tak boleh terima , sebab lebih percaya orang lain  daripada ahlinya. Anti vaksin, anti insulin, pentaksub jus, pentaksub petua semua ada. Isu nenas batu tu sampai ke hari ini belum selesai padahal pakar dah keluarkan kertas kajian apa semua.

Nampak tak nampak degilnya kita.

Cukup la kita lihat kes baru baru ini, kematian seorang kanak kanak sebab si emak dan bapa sampai ke sudah tak benarkan anak mereka di vaksinkan. Asal ubat hospital je  mesti dari zionist, mesti agenda yahudi. Ya Allah tepuk dahi aku.

Cukup lah Dr duk cerita ramai pesakit datang dengan buah pinggang rosak , darah tinggi, masalah jantung etc sebab amal jus merapu.

Cukup lah Dr duk cerita ramai yang datang ke hospital sebab muka breakout tersalah pakai produk.

Cukup la kita tahu ramai yang hampir buta sebab terlalu taasub pakai contact lens online yang tak ada pengawasan ahlinya.

Tak fikir kah kita semua tu?

Nak cantik, nak sihat jaga makan. Nak kurus amal diet seimbang. Bukan telan segala benda. Health is the most important thing. Benda lain semua secondary. Pemakanan yang sihat, rehat yang cukup, tidak merokok, minum arak or dadah. Badan kita ni nak pakai lama, bukan nak mati muda or mati sengsara walaupun panjang umur.

Usah terpedaya lagi dengan penjual penjual produk yang konon produk dan herba mereka lah paling mujarab. Merapu semua tu. Yang merananya kita, yang kaya rayanya mereka. Sakit rujuk lah pada ahlinya ,bukan mereka yang tidak bertauliah.

فَسۡ‍َٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

“… maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.” (an-Nahl: 43

Allahu'alam.

Moga kita sentiasa sedar.

Buat pakar pakar di luar sana,bertabah lah.
Kerja mulia memang mencabar.
Moga Allah hitung segala pengorbanan kalian.
InshaAllah.

Teruskan berjuang !

|120417|

#titiancinta 🌷
#theart_oflife

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Ada sebab kenapa Allah jauhkan kita ataupun detikkan hati kita untuk tidak mendekati seseorang yang teringin sekali dekat dengan kita.

Kerana boleh jadi setelah kamu mula mendekat, hatimu semakin pedih.

Bersyukurlah andai dijauhkan, jangan merayu untuk mendekat kerana kita tidak tahu hati manusia itu bagaimana

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hidup tak perlu begitu sempurna jika mampu berbahagia dengan apa yang ada.
🌻✨
@Rindu_sahabat

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hukum Terlupa Hafazan Al-Quran.

📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Adakah kita terlalu hebat sehingga boleh menilai orang cukup dari pandangan luaran sahaja ? 👀

Menilai orang dari luaran,
merupakan punca kita merendahkan orang lain, dan berasa diri lebih baik dari mereka.

“Usah pandangan sebelah mata pd pekerja walaupun hanya sebagai seorang tukang penyapu, kerana hakikatnya yang membezakan kita mulia atau tidak bukan terletak pada pekerjaan, tetapi pd sifat At Taqwa”

Bukan hanya pada sudut pekerjaan, sama juga halnya dalam sudut bidang pembelajaran / aliran, dan sebagainya....

Wallahua'lam


#sharing
✨@sentaplaatuu

Читать полностью…
Subscribe to a channel