🌵 جهاد في سبيل الله ،☝ Goncanglah Dunia dengan Dakwahmu.💚 Mantapkan akhlakmu.💚 Kuatkan hafazanmu.💚 Jadikan Al-Quran sebagai sahabatmu.💚 Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT.💚 Maka Dakwahmu Pasti Berjaya! " 🌵💚 🌎HuffazulQuran 💚
Setiap hari Syeikh akan bertanya khabar tentang anak muridnya.
"Aisyah, kau apa khabar?"
Syeikh mula bertanya khabar pada saya.
"Alhamdulillah sihat. Doakan aku, Syeikh."
Saya senyum kelat.
"Kau kenapa? Sakit? Atau ada masalah apa?"
Saya diam tersenyum dan Syeikh ibarat memahami masalah saya.
"Perjalanan untuk menjadi ahli al-Quran bukanlah suatu perkara yang senang.
Saat kita nak istiqamah mencintai al-Quran, saat itulah kita diuji dengan pelbagai ujian hingga kadangnya kita rasa tiada daya untuk hadapinya."
Saya tersenyum.
"Kalau lah senang jadi ahli al-Quran itu, mesti semua orang akan membaca al-Quran setiap masa, bukan?
Prof Syeikh Dr Isa al-Ma'sarawy pernah memberi nasihat,
Sekiranya kau merasakan bahawa al-Quran itu susah. Maka janganlah kau menyangka bahawa Syurga itu mudah jalannya. Dan ingatlah, bahawa kedudukan tertinggi di dalam syurga itu buat ahli al-Quran."
Begitulah,
Bukan mudah untuk menjadi ahli al-Quran, saat kita niat untuk kosisten membaca al-Quran, saat itulah ujian menimpa.
Dan setiap orang ada ujian tersendiri. Diuji dengan kesihatan, diuji dengan kewangan, diuji dengan hati, diuji dengan kemalasan dan sebagainya.
Tetapi kita perlu ingat ujian lebih besar di akhirat seandainya kita tinggalkan al-Quran. Maka, mana satu pilihan kita? Diuji didunia atau menanggung diakhirat?
Iwana Aisyah Ab Halim
Cinta dalam ujian
#NotaIbrahIwanaAisyah
Alhamdulillah & mubarak alaik. Semoga kita yang masih diberi nikmat penglihatan dan kesihatan yang baik, sentiasa kuat semangat melazimi kehidupan dgn al-Quran. 🤍
Ngantuk ngantuk juga, rehat la sekejap, nanti sambung baca balik. Baca al-Quran dan banyak mari mengantuk lagi daripada membaca itu sendiri adalah biasa, krn kita pendosa. :)
Bak kata guru kami, "benda molek memang berat nak buat sbb banyak pahala & kebaikan padanya". & setiap kesusahan bagi mereka yang berusaha belajar utk mencantikkan bacaan al-Quran, akn dikira 2 pahala berbanding mereka yg lancar.
Jka tiba² bosan dgn al-Quran, tengok² la balik, dosa apa yang tlh dilakukan sampai al-Quran tak mmpu melekat pada diri. Benda baik tak akn bertahan pada tempat yang kotor. *Dri sini perbanyakkan baca dan baca kalāmullāh sehingga mampu bersihkan diri daripada apa yang tidak sepatutnya ada.
Muhasabah sikit malam ini. Untung mereka yang masih dpt duduk dlm majlis² Quran. Tahniah awak yg ada jiwa cintakan al-Quran. Teruskan membaca, usah putus asa.❤️
Memberi alasan sibuk dengan al-Quran adalah sangat berbohong. Sebab orang yang sibuk macam mana sekalipun, dia akan makan dan akan tidur sebab itu keperluan diri kita.
Tapi kita lupa meletakkan al-Quran juga keperluan diri setiap hari.
Kita ada 24 jam dalam sehari. Seminggu ada 7 hari. Sebulan ada 30 hari tapi berapa muka surat al-Quran yang kita baca?
Kita sibuk bercakap tentang politik, kita sibuk nak ubah orang lain tapi kita terlalu lupa nak ubah diri kita.
Diri kita yang masih merangkak membaca al-Quran kerana sibuk tak sempat belajar mengaji. Diri kita yang memberi alasan sibuk untuk membuka lembaran al-Quran.
Memberi saki baki masa untuk al-Quran tetapi telefon bimbit setiap saat dalam genggaman. Dan kita masih beralasan ‘Ya Allah, aku sibuk.’
@iwanaaisyah
Sibuk sangat kan kita?
هو القرآن ❤️
ذِكْرٌ وَمَوْعِظَةٌ وَنُورْ، فِيْهِ شِفَاءٌ للِصُّدُورْ، وَشَفِيْعُنَا يَوْمَ النُّشُورْ
آيَاتُهُ تَرْوِي الْمَدَى، وَصِفَاتُهُ نَبْعُ الْهُدَى، نَرْقَى الْجِنَانَ بِحُبِّهِ
لَنْ تَسْتَقِيْمَ حَيَاتُنَا، إِلَّا بِهِ
هُوَ الْقُرْآنُ وَالْفُرْقَانْ، إِلَيْهِ تُنْصِتُ الْأَكْوَانْ، وَفِيْهِ تُعَطَّرُ الْآذَانْ،
هُوَ الْقُرْآنُ
ضِيَاءٌ يَمْلَأُ الْآفَاقْ، وَنُوْرٌ يَبْعَثُ الْأَشْوَاقْ، وَفِيْهِ مَحَاسِنُ الْأَخْلَاقْ،
هُوَ الْقُرْآنُ
---
كَمْ يَهْتَدِي الْحَيْرَانُ فِيهْ، وَالنَّفْسُ كَمْ حَنَّتْ إِلَيهْ، يَعْلُوْ وَلَا يُعْلَى عَلَيهْ
هَيَّا نُرَتِّلُ آيِهِ، وَنَعِيْشُ تَحْتَ ظِلَالِهِ، نَنْسَى الْهُمُوْمَ بِقُرْبِهِ
لَنْ تَسْتَقِيْمَ حَيَاتُنَا، إِلَّا بِهِ
هُوَ الْقُرْآنُ وَالْفُرْقَانْ، إِلَيْهِ تُنْصِتُ الْأَكْوَانْ، وَفِيْهِ تُعَطَّرُ الْآذَانْ، هُوَ الْقُرْآنُ
أَسْعِدْ بِهِ قُلُوْبَنَا، وَاغْفِرْ بِهِ ذُنُوْبَنَا، وَاشْرَحْ بِهِ صُدُوْرَنَا، يَا رَبَّنَا
أَذْهِبْ بِهِ أَحْزَانَنَا، فَرِّجْ بِهِ هُمُوْمَنَا، وَاجْعَلْهُ شَاهِدَا لَّنَا، يَا رَبَّنَا
...See more
Mungkin Allah pilih dada kita untuk diletakkan Al-Quran tetapi belum tentu itu tanda kemuliaan.
Jika Allah berkehendak kemuliaan pada hamba-Nya, pasti dikekalkan hafalan dan diulang-ulang bacaan setiap waktu sehingga dia tidak akan melupakan Al-Quran.
Adapun orang yang tidak Allah ingin muliakan ia dengan Al-Quran, Al-Quran yang hanya berada di dadanya hanya dijadikan “transit” sementara dan sampai masa ia akan hilang tanpa bacaan dan ulangan.
Sekarang lihatlah ke dalam dirimu, apakah Al-Quran sedang memuliakanmu atau hanya menjadi ujian untukmu didunia ini?
#penghafazQuran
Wanita ini pekak dan bisu. Apa lagi alasan kita untuk tidak membaca alQuran 😭😭😭😭😭😭😭
Читать полностью…Kalau tak mampu menghafal, janganlah tinggalkan Al-Quran walaupun sehari.
Minima: biasakan membaca walaupun 1 halaman. Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa membaca Al-Quran.
Jika ingin bahagia, Al-Quran salah 1 sumbernya. Semoga Allah jadikan kita semua ahli Al-Quran. Aamiin³ Ya Rabbal Alamin.
- Dari komen fb 😊
Boleh kongsikan kpd keluarga @ kenalan² yang dah habis spm, mungkin rezeki mereka masuk sini pulak 🤩
Читать полностью…Seorang pemuda bertanya saya, "bagaimana menyeimbangkan pembacaan, antara baca buku dengan baca Al-Qur'an? Kadang tu rasa bersalah, bila masa baca buku lebih daripada masa baca Al-Qur'an.."
Kerisauan beliau ada asasnya. Dan sesuatu yang terpuji, ketika dunia berlumba mengejar segala bentuk konten berformat segera.
Saya sangat gembira untuk sama-sama memikirkan persoalan yang begini.
Jadi, yang boleh saya kongsikan berhubung dengan pertanyaan beliau adalah, jadikanlah pembacaan buku-buku lain sebagai sebahagian dari perjalanan untuk kita membaca Al-Qur'an juga.
Ia bukan dua aktiviti yang berbeza apabila kita bawa kedua-duanya menuju Tuhan.
Ada orang boleh baca Al-Qur'an, tetapi apabila pembacaannya bukan untuk meninggikan Tuhan sebaliknya diri sendiri, ia tetap akan sesat dan menyesatkan.
Al-Qur'an ialah kitab suci yang merangkumi setiap sesuatu yang kita lakukan dalam hidup, dan buku-buku lain yang kita baca, hanyalah huraian, arguments, perjalanan untuk kita sendiri lebih faham tentang apa yang Al-Qur'an jelaskan.
Apabila kita faham hakikat tersebut, barulah pembacaan kita juga lebih terarah dan tidak akan berlawanan dengan keutamaan terhadap Al-Qur'an yg patut kita berikan.
Bacalah, dengan nama Tuhan yang Menciptakan.
Bacalah dengan kerendahan hati, untuk menyedari betapa kerdilnya diri sebagai makhluk yang diangkat Tuhan sebagai anak Adam.
Semoga pembacaan kita menghantar ke daerah Kebenaran yang diredhai oleh Maha Pemilik Keabadian.
In syaa Allah..
© Nik Nur Madihah
Hati Yang Gundah,
Tiba-tiba datang rasa tidak senang, down, sendu, galau, emosi bercelaru.
Maka cubalah perbaiki;
Hubungan kita dengan Allah,
Ibadah kita,
Akhlak kita dengan makhluk.
Mungkin ada silap yang tidak kita perasan, sehingga menjadi hati tidak tenang.
Ibnu Abi Daud daripada Ibnu Abbas RA katanya Sayyidina Umar bin al Khattab RA apabila masuk ke dalam rumah beliau membuka Quran dan membacanya.
Dalam pertemuan penulis dengan isteri Dr Haron Din RH selepas kematiannya , isterinya menceritakan di antara amalan Dr Haron Din RH di dalam rumah ialah dia meletak sebuah Quran bersaiz besar dekat katil tidurnya. Setiap kali masuk ke dalam bilik tidur beliau buka Quran itu dan membacanya.
اللهم ارزقنا تلاوة القرآن آناء الليل وأطراف النهار
- Ustaz Tirmizi Taha
TINGKATAN-TINGKATAN HAFIZ/HAFIZAH AL-QURAN ( YANG TELAH KHATAM MENGHAFAZ AL-QURAN)
1⃣ Menghafaz dan muraja'ah, buat syahadah dan khatamkan setiap hari selama 40 hari , kemudian sentiasa muraja'ah al-Quran walaupun sambil buat kerja,kecuali masa haid dan nifas.( biasanya mereka akan sentiasa ingat seluruh al-Quran).
2⃣ Menghafaz dan muraja'ah,buat syahadah dan khatamkan 30 juz setiap hari selama 40 hari.
3⃣ Menghafaz dan muraja'ah serta buat syahadah.
4⃣ Menghafaz dan muraja'ah, bila dah khatam muraja'ah lagi, tapi separuh jalan atau tidak buat syahadah.
5⃣ Menghafaz serta muraja'ah sampai khatam, tetapi bila dah khatam, terus berhenti.
6⃣ Hanya menghafaz hafalan baru semata-mata sampai khatam tanpa muraja'ah (biasanya habis menghafaz, habis tak ingat).
*Maksud buat syahadah ialah tasmik hafazan dengan penyemak/guru sebanyak 30 juz sehari atau 15 juz sehari selama 2 hari, atau paling kurang 10 juz sehari selama 3 hari. Ada juga sesetengah madrasah yang pelajarnya kena tasmik hari pertama 20 juz. Hari kedua 10 juz.
- Khairaatun Hisaan
Kesian anak ini.
Saya faham kebimbangan ibu ini.
Pertama; tidak wajar seorang guru berkata sedemikian walaupun pelajarnya mungkin paling lambat dalam kumpulan tasmik.
“Setiap orang berhak diberi peluang untuk menjadi lebih baik, dan biarlah kita menjadi orang yang menjadi asbab orang lain untuk lebih semangat dengan Quran. Bukan sebaliknya”
Kedua; anak ini sudah menghafaz Quran selama 10 bulan dan berjaya menghafaz 3 juzuk.
Jawapan jujur saya, anak ini agak lambat prosesnya. Cuma saya tertanya juga; apakah kata-kata guru menjadi salah satu sebab dia sebegini?
Lambat menghafaz, tidak bermakna anak ini tidak mampu menghafaz Quran. Cuma mungkin dia akan dapat selesaikan hafazan 30 juzuk dengan ‘timeline’ dia tersendiri. Bukan silibus yang telah ditetapkan pihak sekolah. Kalaulah pihak sekolah menetapkan 5 tahun wajib selesai 30 juzuk, saya nasihatkan anak ini untuk keluar daripada sekolah kerana tidak terpikul oleh anaknya.
Ketiga, pemilihan sekolah sangat-sangat penting. Bertanyalah orang itu dan ini, lagi-lagi pelajar yang pernah belajar di tempat yang mahu kita menghantar anak. Bertanyalah bagaimana suasana, sistem.
Apapun; buat ibu ini:
“Ini bukan penutup untuk anak puan. Kalau benar anak ini benar-benar mahu meneruskan hafalannya; cuba berpindah ke sekolah lain. Beri tempoh dalam masa 6 bulan dan lihat bagaimana ‘progressnya’. Jika masih sama, cukuplah anak ini menjadikan hafalan Quran sebagai part-time. Bukan fulltime”
Dalam buku Cerita Budak Tahfiz, saya ada menyatakan isu ini. Dapatkanlah nanti ya. Kita siap bagi slot motivasi percuma lagi kalau ibu ayah beli yang set.
https://nasyrah.onpay.my/order/form/ceritabudaktahfiz
🎉 Selamat Hari Raya Aidilfitri, ☪
🤲🏼 Maaf Zahir Batin 💞
كل عام وأنتم بخير
Pesan Syeikh Mutawalli As-Sya’rawi,
Ulama besar Al Azhar Syarif.
-Dengan membaca surah Yasiin selepas solat Subuh, Allah SWT akan menunaikan semua hajatmu di dunia dan di akhirat.
-Dengan membaca surah al Waqiah selepas solat Zohor, Allah SWT akan memeliharamu daripada kefakiran di dunia dan akhirat.
-Dengan membaca surah ar Rahman selepas solat Asar, Allah SWT akan merahmati kelemahanmu.
-Dengan membaca surah ad Dukhan selepas solat Maghrib, 70 Malaikat akan berdoa memohon keampunan untukmu.
-Dengan membaca surah al Mulk selepas solat Isyak, Allah SWT akan melindungimu daripada azab kubur.
BILA UMUR SUDAH MULA MENINGKAT.
Bila umur sudah mula meningkat, meskipun masih bujang, akan tetapi hadir bermacam-macam perasaan bila hendak menuntut ilmu. Oleh kerana itu, berusaha lah untuk mujahadah dalam menuntut ilmu, kerana hanya satu fasa, manusia berada di titik terkuat iaitu ketika muda.
Maka, jangan pernah sesekali kita mensia-siakan masa muda kita. Sesibuk apa pun kita dengan pekerjaan dunia, usahakanlah untuk menuntut ilmu agama. Jadi lah manusia yang pertengahan sebagai mana yang di sebut kan oleh Ayah Der Sekam رحمه الله تعلى dalam kitab Ta'limul Aulad beliau.
Maka, selama masih muda teruslah bergerak, bangkit dan tetap semangat mencari ilmu, kerana masa mudamu menjadi penentu masa tua. Namun, bukan lah berarti orang yang sudah memasuki usia senja sudah terlepas tanggung jawabnya untuk menuntut ilmu. Imam Ahmad رحمه الله تعلي berkata;
إنما اطلب العلم إلى أن أدخل القبر
Sesungguhnya mencari aku akan ilmu sehingga masuk kubur.
Hassan al Basri pernah di tanya, apakah seseorang yang sudah berumur 80 tahun masih layak untuk menuntut ilmu? Beliau menjawab;
إن كان يحسن به أن يعيش.
Jika dia masih layak untuk hidup..
Yang paling penting, tetap menuntut ilmu...
والله اعلم.
- Kredit fb Md Basirun
Bila mana kamu membaca Al-Quran bermakna..
1. Kamu telah memberikan matamu pahala melihat
2. Kamu telah memberikan telingamu pahala mendengar
3. Kamu telah memberikan lisanmu pahala bertutur
4. Kamu telah memberikan hatimu rasa kerehatan.
Maka jangan sekali kali kamu meninggalkan Al-Quran.
(Dr Ahmad Isa Al-Ma'sarawi).
Sukacita diingatkan Inshaa'Allah tahun baharu Hijrah, *1 Muharram 1445H* akan tiba dengan *masuknya waktu Maghrib pada hari Selasa, 18 Julai 2023*.
Bersempena dengan tibanya tahun baharu ini, jom kita laksanakan amalan-amalan berikut:
(1) *berpuasa sunat* pada hari terakhir bulan Zulhijjah ( *18 Julai* )
(2) membaca *doa akhir tahun* pada hujung waktu Asar ( *18 Julai* )
(3) membaca *doa awal tahun* setelah solat Maghrib ( *18 Julai* )
(4) *berpuasa sunat* pada hari pertama bulan Muharram ( *19 Julai* )
(5) *berpuasa sunat Hari Tasu'a* pada 9 Muharram ( *27 Julai* )
(6) *berpuasa sunat Hari 'Asyura* pada 10 Muharram ( *28 Julai* ).
_Kalau kita tidak mampu melakukan semua, janganlah kita tinggalkan semua_.
Semoga Allah menerima segala ibadah kita. Aamiin🤲🏻
KEBERKATAN WAKTU
“Ada empat waktu yang barangsiapa menjaganya dengan ibadah dan dzikir (termasuk membaca Qur'an dan Shalawat) maka Allah akan menggantikan apa-apa yang hilang dari usia dan hidupnya :
1⃣ Sebelum tenggelamnya matahari walau sebentar.
2⃣ Waktu antara maghrib sampai adzan isya'.
3⃣ Sebelum fajar (subuh) walau sebentar.
4⃣ Waktu ba'da (selepas) subuh sampai terbit matahari.
[Al-Alamah Al-Musnid Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz]
📚 t.me/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
DOA ARAFAH 1444H.pdf
---
Waktu Wukuf Arafah:
Makkah:
12.23 pm - 07.05 pm
Malaysia:
05.23 pm - 12.05 am
KAEDAH MENGHAFAL DAN MEMAHAMI
Oleh: Ustadz Beni Sarbeni, Lc
Syaikh Shalih bin Abdillah bin Hamd al-Ushaimi hafizhahullah berkata,
1⃣ Kaedah menghafal adalah dengan mengeraskan suara.
2⃣ Kaedah memahami adalah dengan merendahkan suara.
Ketika hendak menghafal; lalu seseorang mengeraskan suaranya, maka ia menyatukan antara mata dan pendengaran, itu membantunya untuk menghafal.
Ketika hendak memahami; dengan suara perlahan, maka dia menyatukan hati sehingga mudah memahami.
[Syarah kitab Ta’limul Muta’allim (86)]
"ILMU SULUHAN WAHYU"
Makluman untuk LEPASAN SPM atau mana-mana individu yang berkelayakan..
Peluang melanjutkan pelajaran dalam TUJUH (7) PROGRAM PENGAJIAN DI KQT..
• DIPLOMA TAHFIZ DAN BAHASA AL-QURAN.
• DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT.
• DIPLOMA PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN.
• DIPLOMA PENGAJIAN HADIS.
• DIPLOMA AKIDAH ISLAMIAH.
• DIPLOMA SYARIAH ISLAMIAH.
• DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN (Laluan Pendidikan Alternatif Untuk Golongan Berkerjaya).
Permohonan Bagi Sesi 2023/2024 KINI DIBUKA!
Layari www.kqt.edu.my untuk membuat permohonan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 011-64843423 (Encik Azrul)
#JomMasukKQT
#JomMasukU
#resultspm
Daripada Aus RA bin Aus daripada Nabi SAW baginda bersabda bacaan Quran tanpa melihat mushaf pahalanya seribu dan bacaan Quran dengan melihat mushaf digandakan pahalanya iaitu dua ribu.
Menurut Syeikh Sirajuddin hadis ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi dengan sanad yang lemah.
Hadis ini menunjukkan betapa besarnya ganjaran membaca Quran.
- Ustaz Tirmizi Taha
KELEBIHAN MEMBACA QURAN DALAM SOLAT
Daripada Sayyidah Aisyah RA , Nabi SAW bersabda membaca Quran dalam solat lebih baik daripada membaca Quran di luar solat. Membaca Quran di luar solat lebih baik daripada tasbih dan takbir .
Hadis riwayat oleh al Baihaqi dengan sanad yang lemah.
- Ustaz Tirmizi Taha
al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud RA bahawa Nabi ﷺ bersabda, “hendaklah kamu sentiasa melihat mushaf ( sentiasalah kamu membaca Quran ).”
---
Imam Ahmad RH meriwayatkan dalam kitab Zuhd daripada Sayyidina Othman bin Affan RA dia berkata, “aku tidak suka berlalu satu hari tanpa aku melihat kitab Allah” ( membaca Quran ).
Bacalah Quran setiap hari.
- Ustaz Tirmizi Taha
Nasihat saya kepada para penghafaz Al-Quran, buatlah syahadah. Kalau ada anak-anak yang hafaz Al-Quran , pastikan anak-anak buat syahadah.
Kalau di Maahad Tahfiz tempat menghafaz tu tak buat syahadah, selepas khatam, hantarlah anak-anak buat syahadah di madrasah yang ada buat syahadah. Cuma payahlah sikit diorang nak terima kalau pelajar dari madrasah lain nak buat syahadah saja sebab kena banyak bagi tumpuan kepada mereka dan kena semak banyak-banyak. Jadi seeloknya dari awal hantar ke madrasah yang ada buat syahadah.
Kalau madrasah yang tetapkan selepas syahadah kena khatamkan 30 juz sehari selama 40 hari lagi bagus. Hafalan lagi mantap.
📍Sebab apa kena buat syahadah? Supaya bila keluar daripada madrasah, kalau sambung belajar, bekerja atau berkahwin ,tak sempat nak muraja'ah dengan tengok al-Quran,kita boleh muraja'ah sambil buat kerja. Boleh muraja'ah sambil bawa kenderaan,sambil basuh pinggan,sambil suap nasi anak, sambil dodoi anak, sambil sapu sampah dan lain-lain.
- Khairaatun Hisaan
*PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 1 2023*
💥 DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki
Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 Tahun 2023
💥 PENGENALAN
Sijil Tahfiz Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia.
💥 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Warganegara Malaysia;
Berumur 17 tahun dan ke atas;
Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran; dan
Mengemukakan surat pengesahan / rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’.
▪️ 𝑀𝑎𝑘𝑙𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑙𝑎𝑛𝑗𝑢𝑡, 𝑠𝑖𝑙𝑎 𝑙𝑎𝑦𝑎𝑟𝑖:
https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=770
💥Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan STM, sila hubungi urus setia pada waktu pejabat melalui talian 019-9350857 (Ustazah Fathin Nadhirah binti Saadon)/ 019-2424543 / 013-5095249 (Ustaz Abdul Hakim bin Mohamad Nadzri)