penadakwah | Unsorted

Telegram-ะบะฐะฝะฐะป penadakwah - ๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

4465

๐Ÿฆ‹Berdakwahlah walau kau pendosa, semoga ia menjadi asbab untuk kau berubah menjadi lebih baik๐Ÿ•ท๏ธ๐Ÿ•ธ๏ธ ๐Ÿฆ‹Channel Created On 22 April 2019๐Ÿ•ท๏ธ๐Ÿ•ธ๏ธ ๐Ÿฆ‹Any requests or problems contact us at admin @oneloveprincessnur

Subscribe to a channel

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Yakinlah, setiap ujian itu membuat kita menjadi lebih kuat. Percayalah, Allah ๏ทป itu Maha Baik. Ujian dan musibah tanda cinta Allah ๏ทป.

Hal yang patut difahami setiap manusia beriman, bahawa cubaan yang datang kepada kita kadang merupakan cara Allah untuk meninggikan darjat seorang muslim disisi-Nya dan tanda bahawa Allah ๏ทป semakin menyayanginya dan peduli kepadanya.

Semakin tinggi kualiti imannya, semakin berat pula ujiannya.

Jentik Hati
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Bacaan Ayat Al-Kursi Sebelum Tidur

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูˆูŽูƒู‘ูŽู„ูŽู†ููŠ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจูุญููู’ุธู ุฒูŽูƒูŽุงุฉู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ููŽุฃูŽุชูŽุงู†ููŠ ุขุชูุŒ ููŽุฌูŽุนูŽู„ูŽ ูŠูŽุญู’ุซููˆ ู…ูู†ู’ ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ูุŒ ููŽุฃูŽุฎูŽุฐู’ุชูู‡ู ููŽู‚ูู„ู’ุชู: ู„ูŽุฃูŽุฑู’ููŽุนูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ - ููŽุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซูŽ - ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽูˆูŽูŠู’ุชูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ููุฑูŽุงุดููƒูŽ ููŽุงู‚ู’ุฑูŽุฃู’ ุขูŠูŽุฉูŽ ุงู„ู’ูƒูุฑู’ุณููŠู‘ูุŒ ู„ูŽู†ู’ ูŠูŽุฒูŽุงู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุญูŽุงููุธูŒุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุจููƒูŽ ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ูŒ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูุตู’ุจูุญูŽ. ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ุตูŽุฏูŽู‚ูŽูƒูŽ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูƒูŽุฐููˆุจูŒุŒ ุฐูŽุงูƒูŽ ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ูŒ

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah memerintahkan saya untuk menjaga zakat Ramadan. Lalu datang seseorang yang mulai mengambil makanan, maka saya menahannya dan berkata, 'Saya akan membawamu kepada Rasulullah SAW.' Beliau kemudian menceritakan kejadian tersebut, dan Rasulullah SAW bersabda: 'Apabila kamu tidur di tempat tidurmu, bacalah Ayat Al-Kursi. Sesungguhnya Allah akan selalu menjagamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.' Kemudian Rasulullah SAW bersabda: 'Dia benar, meskipun dia adalah seorang pendusta. Itu adalah syaitan.' (HR Bukhari No: 2311) Status: Hadis Sahih

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Setiap langkah ada tujuan,
setiap nafas ada kehidupan,
setiap harapan ada kepastian,
setiap doa ada jawapan.

Dan....
Setiap orang miliki perjuangan hidup sendiri. Selesaikan satu persatu dengan tenang, tanpa perlu bandingkan dengan orang lain. Teruslah berjalan di jalur takdirmu sendiri.

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„:
๐ŸŒ ู„ูŠู„ุฉ ุณุนูŠุฏุฉ ๐ŸŒ
๐Ÿ•ธJangan lupa berwuduk, baca surah al-Mulk,surah an-nas,al-falaq,al-ikhlas, ayat qursi, selawat,doa sebelum tidur dan syahadah๐Ÿ•ท
ุงุญู„ุงู… ุณุนูŠุฏุฉ

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Jadilah wanita yang memiliki dua kecantikan:
luar dan dalam.
Dalam dunia yang semakin menekankan kecantikan fizikal, wanita Muslimah diingatkan untuk tidak hanya memperindah wajah dan penampilan luaran semata-mata.

Kecantikan sebenar bukanlah terletak pada solekan mahal atau pakaian mewah, tetapi pada bagaimana seorang wanita menjaga auratnya dengan penuh kehormatan.

Menutup aurat bukan sekadar kewajipan syariat, ia adalah simbol maruah, penghormatan terhadap diri sendiri, dan bentuk ketaatan kepada Allah. Wanita yang menjaga aurat, sedang menghantar mesej kepada dunia bahawa harga dirinya bukan untuk tontonan umum, tetapi dilindungi kerana dia tahu nilainya sangat tinggi.

Namun, jangan pernah lupa akan kecantikan dalaman.
Akhlak yang mulia adalah perhiasan yang paling indah dalam diri seorang wanita.

Lembut tutur katanya, sopan gerak lakunya, sabar hatinya, serta rendah diri dalam bergaul โ€” semua ini adalah pantulan dari hati yang bersih dan jiwa yang dekat dengan Allah.

Wanita yang berhias dengan akhlak terpuji akan disenangi oleh manusia, dihormati masyarakat, dan dicintai oleh Allah dan para malaikat. Kecantikan akhlak ini tidak akan pudar dimakan usia, malah semakin matang usianya, semakin tinggi nilai dirinya.

Jangan biarkan dunia menilai kita hanya dari pandangan mata kasar.
Ramai wanita terperangkap dalam tekanan masyarakat yang meletakkan standard kecantikan berdasarkan bentuk tubuh, warna kulit, atau gaya pakaian.

Sedangkan Islam datang membebaskan wanita daripada penilaian yang sempit itu. Apa gunanya wajah cantik jika lidahnya suka menyindir? Apa ertinya tubuh langsing jika hatinya penuh hasad dengki?

Dunia mungkin akan melihat luaran terlebih dahulu, tetapi Allah melihat hati dan niat kita.

Maka, wahai wanitaโ€ฆ peliharalah dua kecantikan ini.
Gabungkanlah kecantikan luaran dengan kesopanan dalam berpakaian, dan kecantikan dalaman dengan keikhlasan dalam beramal.

Kerana kecantikan yang sebenar bukan yang mengundang pujian manusia, tetapi yang membawa kita lebih dekat kepada keredhaan Allah. Jadilah wanita yang cantik dipandang oleh manusia kerana kesantunanmu, dan lebih cantik dipandang oleh Allah kerana ketaatanmu.

โ€œYa Allah, jadikanlah diri ku wanita yang solehah, yang menjaga maruah dan akhlakku, kuat dalam ujian, lembut dalam tutur kata, dan istiqamah dalam mencintai-Mu.โ€ ๐Ÿคฒ๐Ÿป

#selfreminder
#nasihatbersama
#jomperbaikidiri
#ุฌูŠุญุฉ ู†ุงุฌูŠุญุฉ

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Allah genggam segala doakan kita. Lalu dilepaskan satu persatu apabila tiba waktunya.... Yakinlah...

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

CC : Aini
@hershe_5927

Semoga awak sentiasa kuat dalam menghadapi segala ujian.. Allah sayang awak....

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Selamat datang Muharram Tahun baru islam. Semoga Allah tambahkan nikmat iman, nikmat selalu istiqomah untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Dimudahkan dalam segala urusan, dilancarkan rezeki dan terkabul segala doa yang selama ini dilangitkan.

๏ปฟ
Aamiin allahumma Aamiin

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Hidup tanpa isteri, ibarat hilang pandu arah.

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

โ€œMengharapkan cinta manusia dari cinta Allah maka bersiap sedia lah betapa pedihnya menanggung perasaan, bagaikan luka yang tidak berdarahโ€

-M
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Kenapa suami boleh berhenti cintakan isteri?
.
Jawapan ni mungkin pahit, tapiโ€ฆ memang kena telan.
.
Sebab kalau baca dengan hati terbuka, mungkinโ€ฆ awak akan jatuh cinta balik dengan isteri awak. Dan lebih cepat dari yang awak sangka.
.
Seorang suami pernah cerita:
.
Dulu, aku tak sabar nak balik rumah.
Rindu suara dia, ketawa diaโ€ฆ bau rambut dia pun aku rindu.
.
Tapi sekarang? Aku sengaja balik lambat.
Rasa lagi seronok duduk dengan kawan-kawan.
Nak sembang dengan dia punโ€ฆ malas.
Bila dia call, aku tak angkat.
Dia mesejโ€ฆ aku buat tak tahu.
.
Malam-malam bila dia baring dekat aku, aku cakap:
โ€˜Penatโ€ฆ nak tidur je.โ€™
.
Tapiโ€ฆ hakikatnya aku tak penat pun.
Aku cuma rasaโ€ฆ aku dah tak sayang dia.
.
Dia cuba cari jawapan.
Tanya kawan-kawan lelakiโ€ฆ
Kebanyakannya jawab, โ€œBiasa lah tu. Cinta memang akan pudar.โ€
.
Tapi jawapan tu tak tenangkan hati dia.
Dia mula fikirโ€ฆ
Kenapa isteri masih sayang kita macam dulu?
Kenapa cinta dia tak mudah luntur macam kita?
Mungkin salahnya bukan pada diaโ€ฆ tapi pada aku sendiri.
.
Jadi dia jumpa pakar.
.
Pakar tu tenang je dengar cerita dia, kemudian tanya:
.
โ€œAwak percaya pada Tuhan?โ€
โ€œYaโ€ฆโ€
.
โ€œKalau macam tu, ikut satu je perintah Dia. Awak akan rasa berubah, walau tanpa ubat.โ€
.
โ€œApa dia?โ€
.
Lalu dia bacakan ayat ni:
.
โ€œKatakanlah kepada lelaki yang beriman, supaya mereka tundukkan pandangan merekaโ€ฆโ€
(Surah An-Nur: 30)
.
Dan doktor tu cakap,
โ€œAwak cuba tundukkan pandangan selama sebulan. Ikut betul-betul.โ€
.
Masa dia keluar dari klinik tu, seorang wanita cantik lalu.
Macam biasa, dia rasa nak tengok. Tapi dia ingat balik pesan doktor.
Dia tundukโ€ฆ dan terus jalan.
.
Hari-hari lepas tu, berat sangat.
Kat jalan, kat media sosial, kat TVโ€ฆ semua penuh godaan.
Mata dia dah biasa tengok yang tak sepatutnya.
.
Tapi dia lawan. Dia cuba jaga.
Masuk hari ke-15โ€ฆ tiba-tiba hati dia rasa tenang.
Dia pandang isteri diaโ€ฆ rasa lain sangat.
.
Dia balik rumah awal.
Cari isteri dia. Nampak dia tengah sibuk kat dapur.
Tiba-tibaโ€ฆ hati dia cair.
Dia peluk isteri dia, kuat.
Dan dia bisik perlahan:
.
โ€œSaya masih cintakan awak.
Saya cumaโ€ฆ tersesat sekejap.โ€
.
Dia pergi semula jumpa doktor tu dan ucap terima kasih.
Doktor senyum dan cakap,
.
โ€œBulan belum habis lagi.โ€
.
Dia jawab,
โ€œTapi saya dah dapat semula apa yang saya hilang.
Hati sayaโ€ฆ dah kembali.โ€
.
Dia pandang ke langit dan ucap:
.
โ€œAlhamdulillahโ€ฆ syukur Ya Allah atas nikmat ni.โ€
.
Sahabat lelaki, ingatโ€ฆ
Kadang, masalah rumahtangga bukan sebab isteri dah berubahโ€ฆ
Tapi sebab hati kita sendiri dah jauh dari Allah.
Bila kita tak jaga pandangan, tak jaga hati, tak jaga imanโ€”
Kita mula rasa hambar dengan yang halalโ€ฆ
Dan mula rasa seronok dengan yang haram.
.
Nak bahagia semula? Islam dah ajar caranya:
โ€ข Tundukkan pandangan.
โ€ข Belajar syukur, tengok kebaikan isteri.
โ€ข Tingkatkan taqwa, jaga hubungan dengan Allah.
.
Nabi ๏ทบ pernah bersabda:
.
โ€œDunia ni penuh dengan nikmat. Tapi nikmat paling indahโ€ฆ isteri yang solehah.โ€
(Hadis Muslim)
.
Doa pendek tapi sangat bermakna:
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฌุนู„ู†ูŠ ู‚ู†ูˆุนู‹ุง ุจูู…ูŽุง ุฑูŽุฒูŽู‚ู’ุชูŽู†ููŠุŒ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ููŠ ูููŠู‡ูุŒ ูˆูŽุงุฑู’ุฒูู‚ู’ู†ููŠ ุญูุจูŽู‘ ุฃูŽู‡ู’ู„ููŠ ูˆูŽุฑูุถูŽุงู‡ูู…ู’
โ€œYa Allah, jadikan aku reda dengan rezeki yang Engkau beri, berkati ia, dan kurniakan aku cinta terhadap keluargaku, serta cinta mereka kepadaku.โ€
.
Dan yaโ€ฆ
Kalau awak ada dua, tiga, atau empat isteri pun, doa & pengajaran ni tetap kena pada tempatnya..

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Suami Kena Faham Isteri Yang Dah Masuk Usia 40-an.

โ€œAbang, Saya Penat Tapi Saya Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana.โ€

โ€œAbang, saya rasa saya dah tak macam dulu. Mudah marah, cepat letih, kadang tiba-tiba rasa sedih sangat tanpa sebabโ€

Kalau isteri mengadu macam ni, mesti suami diam. Tak tahu nak respon macam mana.

Mungkin si suami keliru. Mungkin pelik. Sebab isteri yang dulu ceria, sekarang mudah muram.
Yang dulu lembut, sekarang keras suara. Yang dulu aktif, kini asyik nak baring je.

Inilah realitinya bila wanita mula memasuki usia 40-an. Tanpa sedar, tubuh sedang bersiap ke fasa baru kehidupan, Pre-Menopause.

---
Apa Sebenarnya Jadi Dengan Isteri Bila Masuk Fasa Ini?

Bukan dia yang berubah. Bukan dia sengaja nak jadi pemarah. Bukan dia sengaja nak menjauh.

Tapi hormon dalam badan wanita umur 40-an mula turun naik macam roller coaster.

๐Ÿ”ฅ Kadang panas tiba-tiba.
๐Ÿ˜ญ Kadang sebak tanpa sebab.
๐Ÿ›๏ธ Kadang lesu sepanjang hari.
๐Ÿ˜” Kadang rasa diri tak berguna, tak disayangi.

Dan malangnya, ramai suami tak tahu, atau tak faham.

Bila isteri mula dingin, disangka merajuk. Bila isteri marah, disangka mengada-ngada. Bila isteri tak layan, disangka tak cinta lagi.

---
Suami, Ini Masa Untuk Tunjuk Sayang.

Fasa pre-menopause bukan mudah. Tapi ia boleh jadi indah jika suami berada di sisi sebagai penyokong, bukan penghakim.

โœ… Ambil tahu pasal perubahan hormon wanita.
โœ… Tenangkan dia bila emosinya naik turun.
โœ… Jangan ambil hati bila dia marah. Kadang dia pun tak faham kenapa.
โœ… Peluk dia. Tak perlu kata apa.
โœ… Dengar luahan dia walau berulang-ulang.
โœ… Tawarkan bantuan, walau sekadar angkat baju atau bancuh air.

Isteri bukan perlukan hadiah mahal. Dia cuma nak difahami.

Dia nak tahu, โ€œKalau aku lemah hari ni, suami aku tetap sayang akuโ€ฆโ€

---
Suka Kakcida Nak Pesan Pada Semua Suami,

Wanita yang awak kahwini dulu, dia bukan sekadar teman tidur.

Dia adalah wanita yang pernah korbankan tubuhnya untuk lahirkan anak-anak. Pernah tolong bina rumah tangga ini dari kosong. Pernah jadi tulang belakang saat suami hampir tersungkur.

Hari ni, bila dia lemah dengan hormon, tolong jangan tambah beban dengan salah faham.

Tapi jadilah tempat dia berlindung.

Sebab bila dia tenang, satu rumah akan kembali bahagia.

Isteri yang dihargai takkan biarkan suaminya kecewa.

Tapi, isteri yang tak difahami, boleh hilang dalam dirinya sendiri.

.
#Kakcida
Pre-Menopause Bukan Drama

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Perempuan yang cantik rupa wajahnya. Dia takut apabila mukanya terkena dari panasnya cahaya matahari. Berbeza pula dengan perempuan yang cantik akhlaknya. Dia lebih takut diri nya panas dari api neraka...

ู†ุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุฐู„ูƒ

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Berzikir Mengingati Allah Setiap Aktiviti

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ู…ูŽู† ู‚ูŽุนูŽุฏูŽ ู…ูŽู‚ู’ุนูŽุฏู‹ุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฐู’ูƒูุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูููŠู‡ูุŒ ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูุฑู‘ูŽุฉูŒุŒ ูˆูŽู…ูŽู† ุงุถู’ุทูŽุฌูŽุนูŽ ู…ูุถู’ุฌูŽุนู‹ุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฐู’ูƒูุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูููŠู‡ูุŒ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูุฑู‘ูŽุฉูŒ. ูˆูŽู…ูŽุง ู…ูŽุดูŽู‰ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู…ูŽู…ู’ุดู‹ู‰ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฐู’ูƒูุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูููŠู‡ูุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูุฑู‘ูŽุฉูŒ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang duduk di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia akan mendapat kebencian daripada Allah. Begitu juga, jika seseorang berbaring di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia akan mendapat kebencian daripada Allah. Dan sesiapa yang berjalan di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia juga akan mendapat kebencian daripada Allah. (HR Abu Daud No 4856) Status Hasan Sahih

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Tersenyum, di hadapan banyak
orang, tertawa seakan tak punyai beban dan menangis disaat sendiri.

Begitu kuatnya aku, yang
dituntut harus kuat dalam semua keadaan. Padahal aku sendiri pun rapuh.

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Berikut adalah maklumat lengkap poster program daripada gambar yang anda berikan:

โธป

๐ŸŽฏ KEM KECEMERLANGAN BAHASA ARAB UPKK

๐Ÿ“… Tarikh: 26 Julai 2025 (Sabtu)
โฐ Masa: 8:30 pagi โ€“ 4:30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Auditorium Perpustakaan Awam, Terengganu

๐Ÿ‘ฅ Terbuka kepada:
Semua calon UPKK 2025

๐Ÿ’ฐ Yuran penyertaan: RM120.00
๐Ÿ“ฆ Disediakan: Modul & Makan
๐Ÿ“Œ Tempat adalah terhad!

๐ŸŽค Bersama:
Ustaz Syafiq Roslan
JU BAHASA ARAB Perak

๐Ÿ“ž Pendaftaran:
Ustazah Norida โ€“ 012-9642396
https://wa.me/60129642396

๐Ÿ“Œ Anjuran:
Biro Pendidikan Persatuan Guru KAFA KT

โธป

Jika anda ingin saya bantu untuk tulis ayat iklan WhatsApp, Facebook, atau buat versi video/voiceover/teks ringkas promosi โ€” boleh beritahu saja!

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Di Akhirat, Anak Akan Tuntut Agama, Bukan Gadget

Ibu bapa hari ini bekerja keras untuk berikan segala-galanya kepada anak. Mainan, gajet, baju mahal, kelas tambahan, dan percutian. Tapi ada satu perkara yang ramai lalai. Perkara paling penting yang anak-anak kita perlukan sebenarnya ialah agama.

Di akhirat nanti, anak tidak akan tuntut gajet mahal. Mereka tidak akan tanya kenapa tidak bawa mereka ke Disneyland. Tapi mereka akan tanya, kenapa solat tidak diajar. Kenapa aurat tidak dijaga. Kenapa Quran tidak pernah dibimbing.

Allah sudah berfirman dalam Surah At-Tahrim ayat 6, "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka." Ini perintah jelas. Tugas utama ibu bapa bukan beri dunia, tapi selamatkan anak dari api neraka.

Nabi SAW juga bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya." Ayah adalah pemimpin keluarga. Dia akan dipersoal, apa yang dia ajarkan kepada anak-anak.

Kalau anak pandai ilmu dunia, tapi kosong ilmu agama, itu kegagalan yang besar. Anak mungkin cemerlang dalam akademik, tapi kosong jiwanya. Bila besar, hidup mereka hanyut. Ibu bapa akan menanggung penyesalan itu nanti.

Kita suka kata anak amanah Allah. Tapi kalau betul amanah, kenapa tak jaga agama mereka? Kita sanggup berhabis ribuan ringgit untuk gajet. Tapi kelas agama atau mengaji, rasa berat. Di akhirat, semua itu akan dipersoalkan.

Anak-anak hari ini ialah generasi yang akan doakan kita bila kita mati. Tapi kalau kita sendiri tak ajar agama, bagaimana mereka nak kenal Tuhan? Doa apa yang mereka akan panjatkan? Atau mereka sendiri pun lupa akhirat.

Didik agama bukan tunggu anak besar. Tapi sejak kecil. Sejak mereka pandai cakap. Sejak mereka faham tentang Tuhan. Itu yang akan jadi penyelamat kita di akhirat nanti.

Jangan tunggu anak rosak baru kita panik. Ketika itu mungkin sudah terlambat. Lebih baik hari ini kita mula semula. Ambil tanggungjawab sebagai ibu bapa. Tanggungjawab agama itu wajib.

---

๐Ÿ“˜ Ebook Ceramah & Motivasi Islamik

โœ”๏ธ 26 tajuk pilihan RM1 satu ebook
โœ”๏ธ Panduan zikir, solat sunat, taubat, sirah, healing jiwa
โœ”๏ธ Ringkas, padat, mudah diamalkan

Klik sini untuk dapatkan:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/60134588163?text=ebookCeramah

---

๐Ÿ“ฒ Channel Telegram Ceramah Ustaz & Ustazah

Ceramah pendek setiap hari. Kisah akhir zaman. Healing dan motivasi dari ustaz & ustazah.
Percuma & menyentuh hati.

Klik untuk masuk: /channel/ceramahustazdanustazah

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠูู‘ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู„ุงูŽูŠูุคู’ู…ูู†ู ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูุญูุจู‘ูŽ ู„ูุฃูŽุฎููŠู’ู‡ู ู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ู„ูู†ูŽูู’ุณูู‡ู

Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: โ€œTidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnyaโ€. (HR Bukhari No: 12) Status: Hadis Sahih

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

"Ya Allah, ku titipkan segala rasa yang tak dapat ku utarakan."

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„:
๐ŸŒ ู„ูŠู„ุฉ ุณุนูŠุฏุฉ ๐ŸŒ
๐Ÿ•ธJangan lupa berwuduk, baca surah al-Mulk,surah an-nas,al-falaq,al-ikhlas, ayat qursi, selawat,doa sebelum tidur dan syahadah๐Ÿ•ท
ุงุญู„ุงู… ุณุนูŠุฏุฉ

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

CC: Mamu Salam
@Pacempo
Silakan share... Terima kasih

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Sebelum tidur..
Maafkan semua yang melukakan.
Lepaskan yang tak mampu kau ubah.
Semoga esok lebih indah daripada hari ini.

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Ini bercakap atas dasar pasangan hidup.
Open sikit fikiran tu๐Ÿ˜…

Pandu arah tuju kehidupan kita yang pastinya hanya Dia.. Allah. Pencipta sekalian alam. Minta pada Dia.

Sekian...

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

๐Ÿ“ข *SEMINAR ARAB UPKK KHAS UNTUK GURU-GURU*
๐ŸŒŸ Menjana Teknik Pengajaran Efektif & Menyantuni Keperluan Murid Abad Ke-21

Persatuan Misi Mumtaz UPKK menjemput semua guru-guru KAFA & UPKK untuk menyertai seminar istimewa ini bagi memperkasa pendekatan pengajaran Bahasa Arab menjelang peperiksaan UPKK 2025.

๐ŸŽ“ Butiran Program:
๐Ÿ“† Tarikh: Sabtu, 19 Julai 2025
๐Ÿ•— Masa: 8.00 - 10.00 malam
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet (atas talian)

๐ŸŽฏ Apa yang bakal guru perolehi:
โœ… Strategi pengajaran Bahasa Arab UPKK yang lebih menarik dan berkesan
โœ… Pendedahan format terkini & analisa soalan
โœ…Modul pdf seminar
โœ… Sesi interaktif bersama penceramah berpengalaman

โœ๏ธ Daftar sekarang & sebarkan kepada guru-guru lain โžก๏ธ
http://www.wasap.my/60145406056/SeminarArabGuruOnlineUpkk2025

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Setiap kali bergaduh, isteri yang salahโ€ฆ
Setiap kali marah, isteri juga salahโ€ฆ
Apa-apa pun yang jadi, isteri je yang salahโ€ฆ
Memang jahat sangatlah isteri kita niโ€ฆ
.
Asyik buat silap jeโ€ฆ tak pernah buat benda baik, semua benda jadi sebab diaโ€ฆ
Kita suami ni kononnya sempurnaโ€ฆ hubungan kekal lama sebab kitaโ€ฆ takde masalah sebab kita hebat sangatโ€ฆ
.
Tapi pernah tak kita fikirโ€ฆ mungkin sebenarnya kita yang salahโ€ฆ
Kita yang tak faham, kita yang mula semua niโ€ฆ
Isteri jadi muram, sedih, marah sebab sikap dan perbuatan kitaโ€ฆ
.
Tapi nak mengaku ke?
Nak minta maaf ke dekat isteri?
"Alah, aku ni suamiโ€ฆ kenapa aku pulak nak minta maaf?
Dia yang kena minta maaf kat akuโ€ฆ
Walaupun aku yang salah, aku yang buat dia terluka, buat dia sedihโ€ฆ"
.
Suami yang bijak takkan fokus pada salah isteri jeโ€ฆ
Suami yang adil takkan asyik salahkan isteriโ€ฆ
Kalau sampai bila-bila isteri je yang salah, maka betullah isteri kita sangat jahatโ€ฆ
Dan itu maknanya kita gagal sebagai suami sebab kita gagal nak didik, bimbing dan ajar dia untuk jadi baikโ€ฆ
.
Fikir-fikirkanlahโ€ฆ
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Jangan Penat Berdoa. Bila Rasa Hidup Kita Berat, Doakan Orang Lain

Kadang-kadang, doa yang kita kirim untuk orang lain, itulah yang paling cepat Allah makbulkan dan dalam diam, hidup kita pun mula berubah.

Pernah tak kita rasa macam ni?

Bila kita terlalu sedih, bila hidup terasa berat, bila kita pun tak tahu nak minta apa lagi dari Allah,

Tapi dalam semua itu, ada satu perkara yang luar biasa kuasanya,

Doakan orang lain.

---
Doa Dalam Kesedihan Bukan Tanda Lemah, Tapi Tanda Masih Berharap

Ada satu masa dalam hidup Kakcida, diuji bertubi-tubi.

Hati kecewa, kewangan sempit, kerja tak jalan, orang sekeliling pun tak nampak struggle kita.

Masa tu, nak berdoa untuk diri sendiri pun terasa berat.

Air mata pun dah tak keluar. Hanya mampu duduk diam, tunduk, termenung.

Tapi entah kenapa, Kakcida tergerak untuk sebut,

โ€œYa Allah, tenangkan hati orang yang sedang diuji hari ini. Lindungi mereka yang sedang rasa down.
Lapang rezeki sahabat-sahabatku yang sedang berjuang.โ€

Lepas tu, rasa dada jadi ringan sikit.

---
Kita Tak Tahu, Mungkin Doa Itu Patah Balik Kepada Kita

Bila kita mendoakan orang lain, tanpa kita sedar, malaikat pula mendoakan benda yang sama untuk kita.

Itulah janji Rasulullah ๏ทบ:

โ€œDoa seorang Muslim untuk saudaranya yang tidak hadir akan dimakbulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang ditugaskan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan buat saudaranya,
malaikat itu akan berkata: โ€˜Amin, dan engkau juga akan dapat yang sama.โ€™โ€
(HR. Muslim)

Tak mustahil,

Doa yang kita kirim untuk orang yang tengah sakit, Allah sembuhkan hati kita.

Doa kita untuk orang lain murah rezeki, Allah cukupkan keperluan kita.

Doa kita untuk orang lain bahagia, Allah tenangkan jiwa kita.

---
Doa Itu Senjata Paling Sunyi, Tapi Paling Ampuh

Jangan pernah rasa sia-sia bila berdoa.

Mungkin belum sampai waktu Allah nak makbulkan.

Mungkin ada halangan yang Allah nak buang dulu.

Mungkin kita sedang ditapis, supaya bila sampai waktunya, kita bersedia menyambut rezeki besar dengan jiwa yang lebih matang.

Tapi satu perkara yang pasti, doa tak pernah sia-sia.

---
Kalau hari ini awak penat,
Kalau hati awak penuh luka dan kecewa,
Kalau awak dah tak tahu nak minta apa lagi,

Cuba berhenti sekejap, dan doakan orang lain.

Doakan mak ayah. Doakan sahabat yang jauh.
Doakan orang yang pernah sakiti kita.
Doakan orang yang pernah kita cemburui.

Kerana kadang-kadang, bila kita tak tahu nak ubatkan diri sendiri, kita sedang sembuh dalam diam dengan mendoakan orang lain.

Jangan penat berdoa. Jangan putus berharap.
Kerana doa, walau satu patah, tetap sampai kepada Tuhan yang Maha Mendengar.

#Kakcida
Doa itu senjata mukmin. Gunakan senjata sebaiknya.

๐Ÿคฒ

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Di saat kita tahu sesuatu yang membuat hati kita sakit. Berhentilah mencari tahu..

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Terimalah setiap apa yang Allah berikan. Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk mu.

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Asas Kehidupan Muslim

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฐูŽุฑู‘ู ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูู„ู’ุชู: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ุฃูŽูˆู’ุตูู†ููŠ. ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃููˆุตููŠูƒูŽ ุจูุชูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุฃู’ุณู ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑู ูƒูู„ู‘ูู‡ู. ู‚ูู„ู’ุชู: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ุฒูุฏู’ู†ููŠ. ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุจูุชูู„ูŽุงูˆูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูุŒ ูˆูŽุฐููƒู’ุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู†ููˆุฑูŒ ู„ูŽูƒูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถูุŒ ูˆูŽุฐูุฎู’ุฑูŒ ู„ูŽูƒูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู

Daripada Abu Dzar al-Ghifari RA berkata, Aku berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat." Baginda bersabda: โ€œAku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia adalah pokok segala urusan.โ€ Aku berkata lagi: โ€œTambahkan lagi untukku.โ€ Baginda bersabda: โ€œHendaklah kamu sentiasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah. Sesungguhnya ia adalah cahaya untukmu di bumi, dan simpanan untukmu di langit.โ€ (HR Ibn แธคibbฤn No: 361) Status: Hadis Sahih

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…

๐Ÿ•ŠPenaDakwahโœ’ใƒ„

Amalan Asas Masuk Syurga

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู: ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฃูŽุนู’ุฑูŽุงุจููŠู‘ู‹ุง ุฃูŽุชูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฏูู„ู‘ูŽู†ููŠ ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽู…ูŽู„ู ุฅูุฐูŽุง ุนูŽู…ูู„ู’ุชูู‡ู ุฏูŽุฎูŽู„ู’ุชู ุงู„ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซุชูŽุนู’ุจูุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ุงูŽ ุชูุดู’ุฑููƒู ุจูู‡ู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุงุŒ ูˆูŽุชูู‚ููŠู…ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉูŽ ุงู„ู…ูŽูƒู’ุชููˆุจูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุชูุคูŽุฏู‘ููŠ ุงู„ุฒู‘ูŽูƒูŽุงุฉูŽ ุงู„ู…ูŽูู’ุฑููˆุถูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุชูŽุตููˆู…ู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽยป ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู†ูŽูู’ุณููŠ ุจููŠูŽุฏูู‡ู ู„ุงูŽ ุฃูŽุฒููŠุฏู ุนูŽู„ูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุงุŒ ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ูˆูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ยซู…ูŽู†ู’ ุณูŽุฑู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู†ู’ุธูุฑูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุฑูŽุฌูู„ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูุŒ ููŽู„ู’ูŠูŽู†ู’ุธูุฑู’ ุฅูู„ูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุง

Daripada Abu Hurairah RA bahawa seorang Arab Badwi telah datang menemui Nabi SAW lalu bertanya: "Tunjukkan aku kepada suatu amalan yang jika aku melakukannya, aku akan masuk syurga." Nabi SAW menjawab: "Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat yang difardukan, menunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadan." Lelaki itu berkata: "Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, aku tidak akan menambah apa-apa (di luar amalan ini)."Setelah lelaki itu pergi, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki daripada ahli syurga, maka lihatlah kepada lelaki ini."ย  (HR Bukhari No: 1397) Status: Hadis Sahih

ะงะธั‚ะฐั‚ัŒ ะฟะพะปะฝะพัั‚ัŒัŽ…
Subscribe to a channel